•bab 8•

Romance Series 12832

          ISTANA besar yang tersergam megah itu memenuhi ruangan mata mereka. Dengan izin Allah, mereka sempat tiba di Kerajaan Tehran lewat pagi itu. Sidang mesyuarat yang bakal diadakan melalui dua Kerajaan juga hampir terlaksana. Hanya menunggu kedatangan mereka sahaja.

"Pastikan semuanya nampak natural, jangan hilangkan kepercayaan aku" kata-kata Raja Syeikh Luthfan mendapat anggukan penuh hormat dari mereka. Memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Raja mereka itu. Amanah yang diberikan sejak keberangkatan mereka lagi dipegang utuh, harus mengorbankan diri menjaga nama baik Kerajaan Versailles.

"Jemput masuk, Tuanku Syeikh Luthfan" Setiusaha Diraja Tehran menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu gah istana. Raja Syeikh Luthfan diiringi masuk bersama pengawalan anggotanya dan Setiusaha Diraja Versailles. Akhirnya, mereka tiba di bilik mesyuarat yang dikatakan.

Bilik yang dikelilingi beberapa orang pengawal, malah di dalamnya mempunyai bilangan pengawal yang melebihi bilangan di luar.

Mereka disambut oleh Raja Kerajaan Tehran sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Beliau melemparkan senyuman segaris dengan keadaan tubuh yang berdiri menunggu ketibaan mereka. Raja Syeikh Luthfan cuma membalas sapaannya sekilas, sekadar menghormati Raja Kerajaan Tehran.

Raja Syeikh Luthfan melabuhkan duduk diikuti Setiusaha Diraja Versailles. Hanya Nathan dan Hujan sahaja yang setia berdiri di belakangnya. Sedia bertindak sekiranya berlaku sebarang masalah.

"Saya ucapkan terima kasih, di atas kedatangan Raja Syeikh Luthfan ke istana saya. Walaupun dengan niat untuk memperbetulkan masalah" ujar beliau setelah mengambil tempat duduknya, di akhir katanya terselit sindiran sinis. Raja Uwais Hayyadh, Raja yang memerintah Kerajaan Tehran hampir 30 tahun. Jatuh dan bangun Kerajaan itu sentiasa mendapat perhatiannya malah dianggap sebagai tuah di kalangan rakyat Tehran. Kebijaksanaannya menjadi buah mulut Kerajaan jiran namun sikap amarahnya boleh menghitamkan hidup seseorang.

Raja Syeikh Luthfan cuma melemparkan senyuman kecil, seolah-olah tidak termakan langsung dengan sindiran itu.

"Terima kasih, kerana mengalu-alukan kedatangan saya. Saya juga ingin memohon maaf, kerana tidak meraikan kedatangan Perdana Menteri Tehran sewaktu di istana Versailles. Maklumlah, saya tidak berurusan dengan golongan bawah. Saya lebih suka untuk berurusan dengan golongan utama berbanding orang tengah" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan nada yang sama dilemparkan kepadanya. Bukan niatnya untuk membangkitkan kemarahan seseorang, dia cuma ingin mengatakan sesuatu yang benar sahaja. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Raja Uwais Hayyadh sewaktu menjejakkan kaki ke Kerajaan mereka.

Raja Uwais Hayyadh membalas dengan tawa yang sinis. Langsung tidak mengambil hati dengan perwatakan Raja Syeikh Luthfan yang sedikit angkuh itu.

"Baiklah, kita teruskan kepada tujuan yang utama" ujarnya tidak mahu menaikkan api kemarahan masing-masing. Cukuplah sekadar menyindir sesama sendiri sahaja.

Setiusaha Diraja Tehran bangkit memegang satu fail nipis di tangan, dia memulakan perbicaraan dengan kata-kata aluan sebelum masuk ke topik yang utama.

"Anggota Tehran menjumpai kelibat anggota Versailles di kediaman rakyat Tehran beberapa minggu yang lalu, kamera pengawasan juga turut menangkap kelibat mereka yang bersembunyi. Hal ini menimbulkan tanda tanya diperbualan Kerajaan, dengan itu Kerajaan Versailles perlu memberi penerangan mengenai pengintipan beliau" dia terus melabuhkan duduk sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.

Fail tersebut diberikan kepada Raja Uwais Hayyadh sebagai bukti. Fail yang sama turut diberikan kepada Raja Syeikh Luthfan, terdapat beberapa helaian kertas yang memaparkan maklumat dan beberapa keping gambar yang memperlihatkan kelibat anggota Versailles namun hanya samar-samar sahaja.

"Jadi, Tuanku Luthfan. Sila berikan penerangan"
Raja Uwais Hayyadh menyandarkan tubuhnya di kerusi empuk itu, tenang riak wajahnya menanti kata-kata Raja Versailles. Fail tersebut juga dibiarkan di atas meja, seakan-akan sudah menghadamkan segala maklumat dan bukti.

"Not me. Nathan, go on" balas Raja Syeikh Luthfan dengan pandangan yang masih tertumpu pada fail tersebut. Diteliti setiap maklumat yang terpapar tanpa meninggalkan satu perkataan pun. Bukannya dia tidak mahu membuka kata tetapi bukti yang lebih jelas terdapat pada anggotanya. Dia lebih berminat untuk duduk dan mendengar berbanding membuang masa berbicara perkara yang tiada noktah.

"Baik, Tuanku. Izinkan saya" ujar Nathan lalu bergerak ke arah laptop yang tersedia bersama skrin besar di sisi meja mereka. Pendrive dicucuk pada laptop tersebut lalu terpapar beberapa fail maklumat yang disediakan oleh mereka hari yang lalu. Skrin besar itu mula terpampang satu rakaman berdurasi pendek.

"Hujan, serahkan tablet pada Raja Uwais Hayyadh" arah Raja Syeikh Luthfan turut memegang satu tablet kecil di tangannya. Dia mahu mereka melihat sendiri bukti yang terpapar malah dia juga menanti tindakan anggotanya kali ini. Dia mahu melihat sekiranya perancangan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Tanpa diarahkan buat kali kedua Hujan menyerahkan tablet tersebut kepada Tuanku Uwais sebelum mengatur langkahnya ke sisi Nathan. Dia juga mempunyai penerangan tersendiri memandang dia turut terlibat dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Nathan memulakan kata-katanya dengan keluhan debaran lalu menekan rakaman tersebut.

"Kelibat yang kelihatan di dalam rakaman adalah sama dengan gambar yang diberi namun hanya kelihatan perjalanan rakyat Tehran sahaja manakala kelibat anggota Versailles langsung tidak kelihatan" rakaman berdurasi pendek itu mendapat perhatian penuh oleh individu yang berada di dalam bilik mesyuarat. Telinga mereka juga peka mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Nathan, sesekali mereka akan menganggukkan kepala atau membalas dengan riak wajah yang boleh dibaca.

"Berkemungkinan individu yang dilihat oleh Setiusaha Diraja Tehran adalah rakyat mereka sendiri dan bukan kelibat anggota Versailles. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa, Kerajaan Tehran mempunyai salah faham atau mereka cerita mengenai Kerajaan Versailles" sambung Nathan lagi. Kali ini dia memaparkan rakaman di setiap sudut kawasan terbuka itu malah rakaman di setiap penjuru Istana Tehran juga turut dipaparkan. Mulutnya juga tidak berhenti dari menjelaskan satu persatu rakaman tersebut agar memudahkan kesefahaman mereka.

"Tidak mungkin, saya sendiri sudah melihat rakaman itu. Bagaimana pula boleh timbul isu salah faham?" Bantah Raja Uwais Hayyadh, tegas. Dia sendiri sudah melihat rakaman tersebut dengan teliti, dan benar-benar jelas di pandangan matanya kelibat mereka. Jadi, bagaimana pula rakaman yang terpapar itu boleh berubah?.

"Maafkan saya, Tuanku. Rakaman itu kami perolehi daripada Ketua Pegawai Utama Kerajaan Tehran sendiri. Tuan Khalil Abdi menyerahkan rakaman tersebut kepada kami setelah mendapat keizinan daripada Tuanku sendiri" ujar Nathan bersama tundukkan maaf. Rakaman itu diserahkan kepada mereka sebaik sahaja mendapat keizinan dari Tuanku Uwais sendiri, jadi mereka tidak akan dituduh sebagai pencuri mahupun pembelot. Lebih-lebih lagi jika diiktiraf sebagai pemecah amanah.

"Sufyan, arahkan Khalil Abdi untuk menyerahkan rakaman itu di sini. Saya mahu mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri" arahan Raja Uwais Hayyadh itu mendapat anggukan patuh dari Setiusaha Diraja Tehran. Jelas kedengaran nada tidak berpuas hati di dalam ayatnya. Wajahnya juga tegang, berlainan dari riak wajah ketika menyambut mereka tadi.

"Tuanku Uwais, jangan beritahu saya yang kamu ragu-ragu dengan rakyat sendiri?" Ayat yang dilontarkan oleh Raja Syeikh Luthfan itu sedikit membarakan hatinya. Senyuman sinis itu juga seolah-olah sedang mengejeknya.

"Ini bukan soal keraguan, tetapi soal kebenaran" balasnya ringkas. Pandangannya dialihkan semula memandang skrin besar itu, tidak mahu menimbulkan rasa amarah yang hampir bertandang di dalam dirinya. Dia bukan manusia yang hidup dengan penipuan, kerana itu dia berasa agak amarah apabila perkara yang dilihat, lain dari yang terpapar. Dia adalah lelaki yang mementingkan keadilan dan kebenaran.

"Rakaman itu sendiri dihantar dari Kerajaan ini. Jadi apa yang kami perolehi, sama dengan apa yang kamu beri" Raja Syeikh Luthfan melemparkan pandangan penuh makna kepada lelaki itu. Dari riak wajahnya jelas menunjukkan perasaan membuang masa. Kebenaran sudah terbukti, namun masih mahu menyalahkannya.

"Itu benar, tetapi hal ini juga boleh menjadi tipu daya Kerajaan Versailles untuk memalukan Kerajaan kami" Raja Uwais Hayyadh berasa benar-benar tercabar dengan kata-kata tetamu mereka itu. Jika dia salah sekalipun, dia akan membuktikannya dalam keadaan yang tidak menjatuhkan maruah sendiri.

"Sudah. Sila teruskan perbicaraan yang seterusnya" arah Raja Syeikh Luthfan, malas mahu membuang masa. Topik itu juga tidak akan pernah habis dengan sifat Raja Uwais Hayyadh yang tidak mahu mengalah, masih berpegang teguh pada kenyataan yang salah.

Arahan Raja Syeikh Luthfan itu semakin menimbulkan rasa amarah di dalam hati Raja Uwais Hayyadh. Dia yang menjemput kedatangan Kerajaan itu untuk memperbetulkan kesalahan, namun lain pula dari yang diharapkannya. Seolah-olah mereka pula yang dituduh bersalah.

"Baiklah" tanpa membuang masa Setiusaha Diraja Tehran melangkah ke arah sudut laptop yang bertentangan. Beberapa saat kemudian, terpapar maklumat anggota Versailles memenuhi skrin besar itu. Fail-fail yang terpapar itu dipandang keliru oleh Raja Syeikh Luthfan, langsung tidak menjangkakan perkara itu. Namun perkara yang semakin mengelirukannya adalah wajah-wajah anggota tersebut, separuh wajah yang dilihat adalah anggotanya manakala separuh lagi pula adalah wajah yang dilihat buat kali pertama.

Nathan dan Hujan mengukirkan senyuman tersirat dalam diam, sudah menjangkakan perkara tersebut lebih awal.

"Berikut, adalah maklumat anggota-anggota Versailles yang telah dilihat penuh oleh anggota Tehran. Wajah-wajah tersebut juga pernah dilihat beberapa kali ketika menjejakkan kaki ke sini. Kami juga telah mengawasi rakaman kamera pengawasan pada tarikh mereka hadir ke Tehran, dan wajah mereka terpapar di dalam rakaman tersebut" terang Setiusaha Diraja Tehran senada. Tangannya juga lincah menekan papan kekunci dengan bibir yang tidak henti-henti memberikan penjelasan.

"Bagaimana pula kamu boleh tahu tarikh anggota Versailles hadir ke sini?" Soal Raja Syeikh Luthfan, tertanya-tanya.

"Anggota Tehran melihat kelibat anggota Versailles di dalam Kerajaan kami, dan tarikh yang kami pilih adalah tarikh pada hari kelibat mereka dilihat" balas Setiusaha Diraja Tehran penuh hormat. Walaupun dia berurusan dengan Kerajaan jiran, namun dia perlulah menghormati Raja mereka itu memandangkan tarafnya juga hanya terletak di bawah tapak kaki sahaja.

"Bila tarikhnya?" Soal Raja Syeikh Luthfan, ringkas.

"24 hingga 28 Januari" terang Setiusaha Diraja Tehran sedikit gentar. Panahan mata Tuanku Luthfan itu seakan-akan ingin menikamnya.

"Hujan, kamu diamanahkan untuk menguruskan bahagian peralihan dan tugas anggota. Saya nak tahu, berapa ramai anggota yang terlibat dengan tugasan luar pada bulan itu?" Kini pandangannya dialihkan kepada Penolong Ketua Polis Diraja itu pula. Riak wajah Hujan yang tenang itu sedikit meredakan kemarahannya, kerana dia tahu riak itu menjelaskan segalanya.

Hujan menyelak sebuah fail tipis yang memaparkan tugasan luar anggota Versailles.

"Pada bulan Januari, seramai 35 orang anggota dihantar ke Iraq untuk membantu golongan kemiskinan dan kemusnahan peperangan manakala 18 orang diwakilkan ke Itali untuk berunding mengenai senjata Kerajaan Versailles. 23 orang pula dihantar ke Turki untuk mengiringi Perdana Menteri Versailles mengenai urusan pembukaan bangunan baru. Itu sahaja, Tuanku" Hujan mengakhiri kata-katanya dengan tundukkan hormat. Fail salinan yang dibuat turut diberikan kepada kedua-dua Raja itu sebagai bukti.

Raja Uwais Hayyadh memerhati maklumat tersebut dengan teliti, sesekali dahinya berkerut. Tarikh yang disebut sebentar tadi tertera di dalam maklumat tersebut tetapi dengan tugas yang berbeza. Namun dia masih lagi curiga, seolah-olah ada perkara yang disembunyikan.

"Maklumat ini benar atau palsu? Lagipun anggota yang dihantar pun semestinya bukan orang yang sama. Kerajaan Versailles masih ada anggota tentera yang ramai" bantah Raja Uwais Hayyadh penuh tegas. Fail itu dihempaskan ke atas meja, menunjukkan rasa amarah yang dirasanya saat ini. Setiusahanya itu dipandang tajam, dia berasa benar-benar kecewa dengan hujah-hujah yang didengarinya sebentar tadi.

"Tuanku Uwais, kamu minta maklumat mengenai anggota yang terpapar. Jadi kami beri apa yang kamu minta. Sekarang ini, kenapa kamu mempersoalkan anggota lain yang langsung tiada kena mengena?"

Kata-kata Raja Syeikh Luthfan membuatkannya termakan ayat sendiri. Perasaan amarahnya semakin bertambah, lebih-lebih lagi apabila diperlakukan seperti manusia kurang bijak dihadapan individu lain. Bilik mesyuarat itu juga terasa amat bahang baginya, kesejukan penghawa dingin langsung tidak menusuk ke dalam tubuh.

"Maafkan saya kerana menyampuk, Tuanku. Tetapi terdapat salah faham di sini, sebahagian anggota yang terpapar bukan daripada Kerajaan Versailles" sampuk Hujan sambil menyerahkan lagi satu fail yang berisi maklumat lengkap anggota Versailles. Di dalam fail itu juga terdapat beribu biodata anggota Versailles sebagai bukti. Lagipun dia tahu bahawa Tuanku Uwais bukan seorang yang sambil lewa, pasti maklumat itu disemak dengan penuh terperinci.

Raja Uwais Hayyadh mengambil fail itu dengan kasar.
"Sekarang ini, kau nak buktikan yang anggota aku ni kurang bijak dalam melaksanakan tugas?" Soalnya sinis. Biasalah, bila dikuasai perasaan amarah pasti segala perkara yang dilakukan menjadi salah di pandangan mata.

"Bukan itu maksud saya, Tuanku. Cuma sebilangan anggota adalah individu yang tiada sebarang pertalian dengan Kerajaan Versailles" balas Hujan mempertahankan dirinya. Bukannya dia tidak lihat di dalam mata Raja Uwais Hayyadh, rasa tidak puas hati yang membara.

"Tuanku Uwais, jika mahukan bukti yang lebih kukuh saya menjemput Tuanku Uwais untuk hadir ke Kerajaan Versailles. Carilah seberapa banyak bukti yang Tuanku Uwais mahukan, tidak kiralah di Istana Versailles mahupun petempatan rakyat kami. Saya membenarkannya dengan hati yang terbuka" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan nada yang tenang. Dia juga sudah malas untuk berjalan. Biarlah lelaki itu sendiri yang mencari maklumat itu, sehingga hatinya berasa sungguh puas.

"Jangan cuba untuk ajar saya, Tuanku Luthfan. Ini soal--" kata-kata Raja Uwais Hayyadh terhenti apabila terdengar ketukan di pintu. Mereka semua mengalihkan pandangan kepada pintu yang sudah terbuka luas itu.

Ketua Pegawai Utama Kerajaan Tehran, Tuan Khalil Abdi berdiri tegak di hadapan pintu itu setelah mendapat keizinan untuk masuk.

"Maafkan saya kerana mengganggu, tetapi saya mendapat panggilan dari pejabat agar menghadirkan diri ke Istana" jelas Khalil Abdi sebaik sahaja selesai melakukan tunduk hormat.

"Bagus. Sufyan, selesaikannya secepat mungkin" arah Raja Uwais Hayyadh bersama senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Akhirnya, kebenaran akan terbukti.

Perbicaraan itu bersambung dengan bukti rakaman kamera pengawasan yang tergantung tanpa kemenangan dari kedua-dua pihak. Penjelasan yang terang dan lengkap dari Tuan Khalil Abdi mendapat sepenuh perhatian dari kedua-dua Raja. Dan rakaman itu berakhir dengan senyuman kepuasan di wajah Raja Syeikh Luthfan. Anggotanya dipandang dengan senyuman penuh makna, nampaknya kali ini mereka melakukan tugas dengan baik.

".. dan kelibat anggota Versailles di dalam rakaman, hanyalah sebuah salah faham" terang Khalil Abdi diiringi penutup kebenaran. Dia mengakhiri kata-katanya dengan tundukkan hormat lalu berdiri teguh di tempatnya. Jika dia dimaki atau dimarahi sekalipun, tugasnya sudah selesai walaupun kebenaran berpihak pada tetamu Kerajaan.

Raja Uwais Hayyadh mendiamkan diri seketika, wajahnya yang merah kian berubah. Lurus sahaja pandangannya ke hadapan, cuba menghadamkan kekalahan yang diterima. Nampaknya dia perlu terima kebenaran, walaupun pada awalnya Kerajaan dia yang memulakan amaran. Seakan benar-benar yakin dengan kemenangan yang bepihak padanya, namun akhirnya dihadiahkan sebuah kekalahan dengan bukti yang kukuh. Sungguh memalukan.

Tanpa kata tubuhnya bangkit dari tempat duduk. Wajah Raja Syeikh Luthfan dipandang dengan senyuman kecil sebelum dia menundukkan kepalanya, memohon maaf.

"Saya, Raja Uwais Hayyadh memohon maaf di atas salah faham dan fitnah yang dilemparkan kepada Kerajaan Versailles. Maafkan saya di atas sikap yang cuai dan kurang berfikiran terbuka. Dengan ini, saya menarik kembali amaran yang diberikan kepada Kerajaan Versailles sebagai tanda kemaafan buat kami" Raja Uwais Hayyadh sekali lagi menundukkan kepalanya. Melihat perlakuan Raja mereka itu, anggota Tehran mula menundukkan kepala mereka kepada Raja Syeikh Luthfan. Mereka juga turut bersalah di atas kesalahan yang dilemparkan tanpa usul periksa yang lebih teliti.

Raja Syeikh Luthfan hanya mengukirkan senyuman nipis yang sinis. Mudah sahaja kemenangan berpihak kepadanya tanpa membuka sebarang kata untuk mempertahankan diri.

Nathan dan Hujan berpandangan sesama sendiri sebelum mereka mengukirkan senyuman penuh makna.

Hack?. just at your fingertips.

         MAWAR memberikan pandangan tajam kepada Si Sotong bertocang kuda itu. Rasa hendak ditarik sahaja tocang yang terikat tinggi itu. Pantang diberi peluang keemasan, laju sahaja lelaki lembut itu menyambarnya. Tidak padan dengan kerja yang bertimbun, masih lagi nak berdalih!.

"Jebat, kau nak rasa tamparan laju aku ke? Sepatutnya decoration untuk hantaran dah lama siap!" Marah Mawar dengan nada yang sedikit tinggi. Berapi matanya melihat dulang hantaran yang masih lagi berbogel. Jika satu dua sahaja yang tinggal, tidak mengapalah. Ini hanya dua dulang hantaran sahaja yang siap daripada sembilan. Memang nak kena tamparan berapi aku lah ni.

Jebat memusing-musingkan rambutnya, wajahnya dicebikkan memohon simpati.

"Sorry lah, bossku. Tangan I dah bengkok ni, nampak ni haa dah tak boleh gerak" digoyang-goyangkan tangannya yang lembut itu, melantun jari-jari runcing itu diawangan. Sekali pandang, memang mirip benar dengan kaki ayam.

"Ada kau nampak muka aku kisah? Dulu waktu kau mohon kerja, bukan main. Pernah decor bilik pengantin artislah, buat concert band bagai. Sekarang ni, kau nak kata apa? Tangan kau jadi o.k.u sebab ubah bunga? This is stupid!"  Perli Mawar terang-terangan, cuba mengungkit kisah lalu Jebat yang dikatakan hanya fatamorgana sahaja.

"Alah you ni, dulu I memang buat semua tu tau. Bukan setakat artis, perdana menteri semua nak I tau" balas Jebat, bangga. Rambutnya di flip kan ke udara. Dah serupa sotong terbang.

Mawar menjuihkan bibirnya, sesekali dia mengajuk ayat penipuan Jebat itu.

"Aku tak kira. Selagi tak siap, kau jangan balik" ugutnya, geram.

"Eh, you tak boleh ugut I macam ni tau. You tak kenal ke I siapa haa?!" Soal Jebat dengan dada yang mendabik. Sekali aku sepak kang haaa, menjejes kau lari kat mak kau.

Mawar menjongketkan sebelah keningnya, seolah-olah tidak tercabar.

"Aku kenal kau" balasnya ringkas.

"Haaa, siapa? siapa?" Cabar Jebat dengan dada yang semakin mendabik ke arah Mawar.

"Kau pondan"

"Choiii, sekali I tibai mulut you nanti. Makan guna kaki you tau" tangannya yang lembut itu dituju ke arah bibir Mawar seakan-akan ingin mencubit dan mengoyakkannya. Berpusing matanya memandang gerakan tangan yang membengkok-bengkok itu.

"Woi! Cuba dengar cakap aku, apa yang susah sangat kau ni haa?! Aku potong gaji kau seratus ringgit setiap minit lepasni!" Mawar mula bercekak pinggang, tahap kesabarannya semakin tipis. Rasa ingin ditumbuk sahaja lelaki di hadapannya ini, tidak kiralah sama ada bermain-main atau tidak. Dia sendiri akan mengerjakannya cukup-cukup.

"You fikir I peduli, I ni kayalah!" Jerit Jebat dengan perasaan bongkak yang menggunung. Langsung tidak heran dengan duitnya yang bakal melayang. Walhal, nipis sahaja poket, dompet pula penuh dengan gambar-gambar polaroidnya.

Lurus sahaja pandangan Mawar memandang pekerjanya itu, dia juga sudah penat untuk bertengkar dan bermain soal kerja. Jebat Si Sotong benar-benar menguji kesabarannya.

"Kemas barang-barang kau, mulai esok aku akan gantikan tempat kau dengan orang baru" Mawar terus melangkah pergi ke pejabatnya sebaik sahaja dia menuturkan kata-kata itu. Jika itu yang diminta oleh Jebat selama ini, dia akan tunaikannya tanpa sebarang bantahan.

Jebat membulatkan matanya, mengapa permainannya ini berakhir dengan tragis?. Tanpa isyarat dia terus bangkit dari duduknya dan mengikuti langkah Mawar ke pejabat. Tidak mahu bossnya itu menganggap tingkah laku main-mainnya sebagai cabaran.

"Kanda di sini hanya bergurau, maafkan saya!" Jerit Jebat kuat sambil melutut, kedua-dua tangannya diangkat lurus ke atas seakan-akan di denda.

"Berambus" sepatah perkataan itu membuatkan air mata Jebat bertakung. Sungguh dia tidak sangkakan pengakhiran seperti ini. Gagal sudah lakonan Drama Queennya.

"Mawar, I nak sara keluarga I dengan apa? Daun kering pun susah nak dapat tau sekarang" sempat dia menyelitkan gurauan yang langsung tidak menghiburkan bossnya itu. Kaku sahaja wajah Mawar tanpa sebarang senyuman.

"Kau ada nampak aku peduli ke?" Wahh, Mawar. Sungguh aku tidak sangkakan sikapmu yang satu ini, sangat berhati, berkepala dan berjerawat batu.

Eh, sorry sikit. Jerawat batu tu boleh terbang pergi Mydin.

"Okay, okay. I janji akan siapkan semuanya hari ni. Tapi, kalau perogol hari tu datang sini macam mana? Kalau dia rogol I macam mana? Nanti I tak ada dara!" Teringat pula situasi cemas Mawar dan Maya ketika itu, mujur dia pulang awal. Jebat mencantumkan kedua-dua tangannya pada pipi, mulutnya ternganga terkejut.

Mawar mencebikkan bibirnya, dramatis yang amat sangat.

"Diorang tak ada selera pun dengan kau, bukannya diorang buta sampai tak boleh bezakan yang mana perempuan dan yang mana sotong bakar" sindirnya pedas. Biarkan, dia memang seorang boss yang kejam.
"You ni, janganlah jahat sangat dengan I. You tahukan, one day pasti you akan kejarkan I semula" ujar Jebat dengan yakin, siap melentikkan bulu matanya lagi.

"Malaslah aku kejar kau, lari pun lembab" bidasnya kejam. Dia tidak mempedulikan Jebat yang masih lagi melutut itu, ringan sahaja tangannya mengemas meja yang sedikit bersepah. Haih, tinggal beberapa hari lagi sebelum majlis Datin ternama itu diadakan. Jika mereka masih lagi sambil lewa dan bersuka ria, selepas ini memang tiada lagi pelanggan yang akan menggunakan khidmat mereka.

"Jangan pandang remeh dengan I tau, I ni dulu Johan lari dari rumah--"

"Maya!" Panggil Mawar kuat, sengaja.

Sahutan kecil di luar itu menyahut panggilannya. Sudah tidak larat ingin mendengar celoteh Jebat yang tidak pernah matang.

"Macam mana dengan barang dan alatan? Semuanya dah lengkap ke?" Soal Mawar sambil melangkah ke arah sahabatnya. Dia agak terkelu melihat Maya ketika itu. Tudung yang serabut, meja yang bersepah dan kertas yang berterabur di lantai. Ermm, impressive. This is what we call art.

"Sesungguhnya patik-- eh, apa?" Merapu Maya tiba-tiba. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal, tindakan spontan.

"Semuanya okay?" Soal Mawar, prihatin. Kesian pula melihat wajah sahabatnya yang serabut itu. Haih, kalaulah Jebat tu secekap Maya. Tetapi itulah, kenyataan lebih pahit dari permintaan.

"Pasal wedding Datin Grand tu ke? Haa, okay je. Lagi satu, semua gift, decoration, goodies and pelamin aku dah settle kan. Cuma hari ini, kau kena melawat tempat wedding tu dengan Datin. And one more thing, Datin nak tengok design baju untuk bride" terang Maya panjang lebar. Sambil itu tangannya tidak henti-henti bergerak menguruskan keadaannya yang serabut itu, dah serupa isteri yang kematian suami.

Mawar menganggukkan kepalanya tanda faham. Nampaknya dia seorang sahaja lah yang akan pergi, melihat keadaan Maya yang tidak terurus itu pun sudah membuatkannya mengerti. Nak pergi dengan Jebat? Alamatnya, memang tidak habis-habis dengan alasan cacat fisikal dia tu.

"Pergilah" balasan Maya itu menghentikan lamunannya. Serentak itu juga, dahinya berkerut seribu. Pergi mana? Berani dia halau aku.

"Kau sedar tak Datin dah tunggu kau kat sana? Bila kau nak gerak?" Sambung Maya apabila melihat wajah sahabatnya yang masih lagi di alam fantasi itu.

"Eh, lawak. Sekarang ke?!" Soal Mawar terkejut.

"Habistu, bila lagi? Waktu azan raya?" Perlinya main-main. Aduhai Mawar, sejak bila jadi monopos ni?.

"Hish, tagune tagune" sungguh pun mulutnya berpuaka seketika namun langkahnya laju sahaja mengambil barang untuk dibawa. Tergesa-gesa tubuh itu melangkah keluar dari butik.

Maya menggeleng perlahan, macam-macam karenah. Beberapa saat kemudian dia tersedar sesuatu. Aduh, Mawar tak bawa budak tu kan?.

"Mayaaaa, tengok tangan I ni. Dah hilang satu jari"

Maya memejamkan mata tatkala mendengar suara mengada-ngada itu.

"Lepas ni, I nak buat kad o.k.u lah. Dapat parking free"

Dia hanya mengendahkan suara itu, hindarilah aku dari bisikan syaitan Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience