WAJAH Mawar bertukar keliru, kaca televisyen itu dipandang dengan tanda tanya.
"Ini video yang mana? Tok Ummi tersalah letak kah?" Soal Mawar sendirian. Dia terus mengalihkan pandangan ke arah suaminya.
"Abang--" panggilannya terhenti tatkala melihat wajah suaminya, riak lelaki itu mulai bertukar tegang, pandangan Nathan juga tajam memandang ke arah televisyen.
Dengan teragak-agak Mawar mengalihkan semula pandangannya ke arah video itu.
Kejadian yang dipaparkan itu seakan-akan suram, semua yang berada di dalam video itu seolah-olah sedang berduka dan sedih.
Sebuah istana yang megah. Beribu tentera berpakaian hitam menadah tubuh dengan megah, titisan hujan yang renyai turun membasahi bumi. Tatkala itu matanya tertancap kepada satu susuk tubuh yang berpakaian gah dan kemas, wajah itu seakan-akan mengingatkannya pada sesuatu.
"Abang, itu Raja yang kat hospital dulu kan?" Soal Mawar tersekat-sekat dengan nada yang perlahan, risau melihat tindakan suaminya.
Sedari tadi Nathan hanya mengeraskan tubuhnya, tiada sebarang suara mahupun pergerakan yang membalas.
Suara tangisan menangkap perhatiannya, matanya tertumpu semula ke arah televisyen. Seorang wanita berbaju kurung sedang berpaut pada seseorang, wajah itu dipenuhi dengan air mata. Tubuh yang dipaut itu-- Nathan?.
"Abang" ujarnya tanpa sedar. Lebih mengejutkan tatkala tangan suaminya seakan-akan digari di dalam video itu, wajah lelaki itu juga menunduk tanpa sebarang riak. Tidak mempamerkan apa-apa perasaan.
Mengapa Nathan digari?.
"Sila berikan tabik hormat kepada salah seorang pejuang teragung kita yang telah bertumpah darah dan nyawa terhadap negara sepanjang tahun yang ditempuh sehingga hari ini..." Ujar seseorang memulakan bicara, tabik hormat?. Eh-- lelaki itu, Hujan?.
Ketika itu muncul satu peti jenazah yang dibaluti satu kain, tatkala itu kesemua tentera memberi tabik hormat dengan megah. Mawar keliru ditempatnya, video apa ni?.
"Pejuang terhormat kita, Arwah Tuan Reidht Nahdan Bin Reidht Nahiez telah pun meninggalkan kita bersama berjuta tangisan dan kesedihan, beliau kini telah dipanggil untuk menghadap penciptanya pada hari yang mulia ini" kata-kata itu membuat Mawar terkedu di tempatnya, Walid?.
Ketika itu Mawar memandang suaminya bersama wajah keliru sebelum dia merapatkan diri dengan tubuh itu, tangan suaminya digenggam dengan erat. Tegang.
Tidak sangka, pemakaman arwah Walid juga menjadi simpanan Ummi Dahlia. Mungkin Tok Ummi tidak sedar semasa menyimpannya, sehingga boleh tersalah letak.
Kau pun satu Mawar, sebelum nak pasang tu tengoklah dulu.
"Setinggi-tinggi hormat dan sayang kami berikan di atas segala kenangan dan tumpah darah yang telah dikorban oleh Arwah Tuan Reidht Nahdan terhadap negara, rakyat, dan buat keluarga tercinta. Doa sentiasa diiringi buat.." Nathan menahan sebaknya mendengar kata-kata itu. Kejadian lama mulai berputar kembali, suara Arwah Walid kembali bermain di fikiran. Sentuhan dan pelukan mulai terasa menyentuh tubuh, Allahuakbar.
Suara tangisan Ummi di video semakin menikam-nikam hatinya, diri terasa seakan-akan tidak berguna dan menyusahkan. Hati dan jiwanya benar-benar terasa disiat-siat dan dicarik.
Kejadian itu lebih memalukan kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa, tangan yang bergari menyukarkan segalanya. Nathan mulai menggenggam tangannya menahan perasaan sakit hati dan terluka, dia tidak mampu menenangkan Ummi ketika itu.
Mawar berdesis perlahan, genggaman tangan Nathan terlalu erat. Bibir yang hendak berbicara terus terhenti tatkala melihat wajah suaminya, riak lelaki itu mulai mempamerkan segalanya. Sedih. Kecewa. Marah. Semuanya bercantum di dalam satu perasaan.
Mata Nathan mulai berair tatkala wajah Umminya terpapar penuh di kaca televisyen. Ya Allah, rindunya pada ummi.
Mawar juga turut kaku di tempatnya, terpegun melihat wajah cantik ibu mentuanya. Ketika itu jelas kelihatan lesung pipit yang berada di pipi wanita itu. Allahuakbar, dari situ rupanya Nathan mendapat sisi manisnya.
"Dijemput Isteri kepada Arwah Tuan Reidht Nahdan, Puan Fillea Wasifa dan anaknya, Reidht Nathan untuk melihat jenazah" sebak semakin menyelubungi diri. Nathan mengetap giginya, cuba menahan diri dari mengeluarkan sebarang suara. Kejadian itu semakin bermain-main diminda, pegangan erat Ummi sewaktu itu seakan-akan terasa di lengannya.
Dia hanya memerhati langkah itu dengan diam, beratnya kaki untuk berhadapan dengan jenazah arwah Walid ketika itu. Rasa mahu menghukum diri ketika itu juga.
Mawar membalas genggaman tangan suaminya dengan sayang, dia tidak tahu bagaimana mahu bertindak ketika itu. Nathan seakan-akan tidak berada di bawah kawalannya.
Perasaan Nathan dihimpit tatkala jenazah arwah Walid terpapar di tv, air mata yang membasahi wajah Ummi turut menikam dan menusuk hatinya dengan lebih dalam.
Aku tak kuat, Ya Allah.
"Bunga izinkan pemergian abang" suara tangisan itu semakin menghunus hati Nathan.
"Bunga redha, Bunga dan Nathan sayangkan abang sehingga akhir hayat kami" esakan yang semakin jelas kedengaran itu berjaya meluluhkan hati Nathan.
Ketika itu juga Nathan menutup video itu, kaca televisyen itu mulai bertukar gelap.
Suasana mulai bertukar sunyi. Tiada sebarang suara yang berbicara.
Nathan menghembuskan nafas dengan lemah, cuba meredakan hati yang masih lagi tidak kurang dengan sebak dan kecewa. Tangannya yang mahu meraup wajah terhenti tatkala tersedar dengan satu genggaman erat ditangannya, dia terkedu tatkala tangan halus itu mulai bertukar merah.
Dengan segera Nathan memandang wajah isterinya, ketika itu dia disajikan dengan satu pandangan sayang di mata. Terus menusuk meredakan hati yang bergelora.
Tangan halus itu naik menyentuh pipinya, sebelum beralih mengusap setitik air mata yang jatuh dihujung mata tanpa sedar.
Nathan mengalihkan pandangannya, ego. Sentuhan tangan lembut itu terlerai begitu sahaja.
"Pergi tidur" arah Nathan dengan nada yang mendatar.
Mawar tersenyum kecil. Tidak mengapa, dia faham. Nathan perlukan masa untuk bersendirian.
"Sebelum tu, abang nak apa-apa?" Soal Mawar dengan lembut, seakan-akan memujuk.
Tiada balasan, tindakan kosong dari suaminya itu membuatnya tersenyum nipis. Tangannya yang selama ini menggenggam tangan Nathan itu dibawa ke bibir, kekura tangan suaminya dicium sayang.
"Selamat malam, abang. Mawar tunggu di bilik ya" pujuk Mawar sebelum bangkit dari duduknya, sengaja dia mengusap belakang kepala suaminya dengan lembut sebelum memulakan langkah.
Hanya beberapa tapak sebelum langkahnya terhenti, tersedar dengan genggaman tangan Nathan yang menahannya.
Dia hanya memerhati dengan tanda tanya.
Tubuh suaminya mulai berdiri kemas di hadapannya, tatkala itu terasa tangan kasar itu menyentuh kepalanya, mengusapnya dengan lembut sebelum turun menyentuh telinga, ciuman hangat bertandang di ubun-ubunnya.
Mawar memejamkan matanya, menahan rasa dengan sentuhan itu. Hati mulai dijentik debaran cinta.
"Maafkan abang" sayu suara itu, sebelum sentuhan itu hilang dari tubuhnya.
Mawar tersenyum kecil. Apa gunanya dia sebagai isteri, jika tidak mampu untuk merawat hati suami sendiri.
"Tak apa, jangan lupa naik ya" balasnya sayang sebelum memulakan langkah semula. Meninggalkan tubuh Nathan yang masih lagi terkaku ditempatnya, mendalami dan mengenangkan kejadian dahulu.
Mawar melihat suaminya seketika, tidak rela untuk meninggalkan suaminya sendirian seperti itu. Tetapi bagaimana, dia tahu Nathan perlukan masa sendirian. Dia tahu, suatu ketika, akan ada satu masa dia bersama suaminya. Menjadi pemujuk dan tempat meluah tangis dan sayang.
Mawar sayang abang, sepenuh hati Mawar.
"ANY NEWS?" Wayith tersenyum sinis melihat wajah tegang itu.
"Nothing" huh, interesting.
"Jangan sampai aku tahu berita tu sendiri sebelum aku dengar dari mulut kau. Kalau iya, kau sendiri tahu padahnya" ugutnya, tegas. Tidak mahu berlengah-lengah.
Nukhail menundukkan kepalanya. Entah mengapa, dia berasa sungguh menyesal kerana menghunuskan diri sendiri di dalam lubang neraka ini.
"Aku dah berikan fail salinan dan soft copy mengenai Mawar pada kau, aku rasa tugas aku dah selesai" keluhnya keletihan, mindanya terlalu bercelaru dan berat.
"Belum." Pintas Wayith, noktah. Lelaki itu mulai berdiri dari duduknya, dia berpeluk tubuh.
"Soft copy only for back-up, aku nak maklumat keluarga dia. Sepenuhnya" arahan itu membuat Nukhail mengangkat wajahnya, apa pula kali ni?.
"Target kau cuma Mawar, tak perlu libatkan keluarga dia" tegas Nukhail pula, entah mengapa dia mulai berasa susah hati.
"Saja. Dalam pertempuran perlu ada suka-ria juga--"
"Pertempuran yang melibatkan tumpah darah, kalau kau berani. Sejak awal lagi aku dah beritahu jangan libatkan Mawar dalam masalah kau, kali ini kau libatkan keluarga dia pula. Kau memang tak serik kah?" Hendak sahaja dia mencampak Wayith di medan pertempuran itu sendiri, biar lelaki itu merasai gegaran dan kesakitan itu dengan sendirinya.
"Serik? Apa benda kau merapu ni? Cukuplah kata-kata kau yang cukup kelakar untuk aku, tak habis-habis" sengih Wayith, sinis. Terhibur mendengar kata-kata itu.
"Itu masalahnya, kau tak berhadapan dengan perkara ni depan mata kau sendiri. Sebab tu kau riak dengan kuasa yang tidak tahu mana pokok pangkalnya" ayat itu menghamburkan tawa besar di bibir Wayith. Kelakar, sungguh kelakar.
"Tak akan kau tak tahu? Itu gimik--"
"Aku ada masa kejadian tu, aku ada masa peperangan tu berlaku. Dan aku lihat dengan mata dan kepala aku sendiri, bagaimana Nathan jatuhkan seluruh ketenteraan dan betapa kuatnya dia jadi, selepas pemergian bapa dia. The whole Kingdom become worse and doom" tekan Nukhail di hujung kata, benar-benar memaksudkannya.
"Okay" balas Wayith, tidak serius.
"Aku tak main-main Wayith, aku nampak sisi dia yang satu lagi. Even ayah dia sendiri tak mampu untuk tenangkan dia, apatah lagi rakan-rakan dia yang lain. His a vicious" tegas Nukhail lagi.
Wayith tertawa kuat.
Nukhail melepaskan keluhan kecil. "Terserah pada kau. Aku nampak apa yang berlaku, dan aku tahu sakitnya bagaimana. Nyawa kau boleh melayang dalam masa satu saat jika kau bertembung dengan diri dia yang satu lagi, kau sendiri tahu akibatnya" aku dah beritahu perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi kau tetap nak main kotor. Jadi terserah pada kau sendiri, tanggungjawab aku dah lepas.
"Jangan takut, kejap je tu" gurau Wayith lagi. Nathan? Ganas? Jauh sekali. Dia tahu lelaki itu masih lagi meringkuk di bawah ketiak keluarganya sendiri.
"Kau ada rakaman semasa kejadian tu berlaku, jangan nak berlagak berani" sinis Nukhail.
Wayith terdiam.
"Kalau rasa diri tu terlalu berani, putar semula rakaman tu. Kau cuma nak legakan hati sendiri, walaupun kau sendiri tahu kau akan jadi salah seorang daripada mangsa dia" sekali lagi dia terpampan, kata-kata itu tepat menusuk tubuhnya. Dia berdeham kecil, cuba melegakan hati sendiri.
"Kau tak akan berjaya putar kepala aku, cukup dengan cerita dongeng yang kau buat" tindasnya semula.
"Dalam tu, kau nampak bagaimana berlakunya perubahan Nathan, terutamanya selepas Arwah Tuan Reidht Nahdan rebah depan mata dia. Wajah dia, gaya dia, pergerakan dia, mata dia, segalanya berubah 360 darjah sebaliknya. Kekuatan dia mengalahkan beribu orang tentera di dalam satu tubuh. Kau gagal, kau akan gagal" tekan Nukhail dengan tegas, sebab aku nampak apa yang berlaku, sebab itu aku nasihat kau untuk hentikan. Tapi kau tak nak dengar, walaupun kau sendiri nampak dengan mata kau.
"Cukup--"
"Dengar sini, ayah dia sendiri gagal untuk kawal dia. Apatah lagi engkau" pintas Nukhail dengan pantas, terlalu malas untuk mendengar kata-kata Wayith yang berunsur ketakutan itu.
Wayith mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak mahu menunjukkan rasa gentarnya.
"Itu akibat yang akan berlaku, jika kau sengaja naikkan amarah dia. Kau akan berjumpa dengan sisi dia yang satu lagi. Sisi yang memang kau tak akan kenal, atau lebih tepat sisi yang menyambut kematian kau" ayat itu berjaya membuat Wayith membatu di tempatnya, lidahnya terkelu seribu bahasa.
"Leah. Roll the fotage. War of milions army against Reidht Nathan" arah Nukhail kepada wanita berbentuk komputer itu.
"Finding the fotage. Fotage is found."
Di dalam masa satu saat, rakaman itu muncul.
"Play it" sambungnya, tersenyum sinis.
Bunyi letupan memenuhi ruangan bilik itu.
"Lepaskan letupan!" Jeritan salah seorang tentera bergema di telinga mereka.
Tatkala itu suara jeritan kesakitan beribu tentera memenuhi ruangan kosong itu, bunyi teriak dan amarah mulai berlaga di antara satu sama lain. Bunyi letupan dan tembakan memenuhi kejadian itu.
"Jauhkan diri dari Nathan! kawal dia!" Jeritan itu mengukirkan senyuman sinis di bibir Nukhail.
Bunyi percikan darah mulai mendebarkan jantung Wayith, dia menelan liur. Dia masih lagi berpeluk tubuh membelakangi rakaman itu.
"Tenangkan diri kau Nathan! Ini bukan kau! Jangan bagi dia kawal diri kau!" Kening Nukhail terjongket sebelah tatkala mendengar suara itu, suara Hujan.
Jeritan demi jeritan mulai memenuhi rakaman itu, suara yang memekik meminta tolong semakin kuat bergema dan berdengung. Beribu-ribu tentera mulai menggapai di antara satu sama lain.
"Die" suara itu membuat wajah Wayith bertukar gementar, matanya bergerak-gerak gentar. Su--suara Nathan, sangat-sangat berbeza.
"Kau dengar sendiri? Thats his split personality, welcome him well" sengaja Nukhail menambah kata-kata yang menjerut ketakutan lelaki itu, dari belakang tubuh sahaja dia sudah dapat melihat getaran ketakutan lelaki itu. Huh, berlagak berani.
Wayith menelan liurnya,perit.
"Walid okay Nathan, kawal diri kamu. Walid ada dengan kamu, Walid tak akan tinggalkan kamu" suara pujukan Arwah Reidht Nahdan melintasi gegendang telinga mereka, kata-kata itu membuat Wayith terdiam.
Dengar sini, ayah dia sendiri gagal untuk kawal dia. Apatah lagi engkau. Ayat itu kembali berputar di kepalanya.
"Tenang Nathan, ini bukan kau" suara Hujan kembali memenuhi rakaman.
"Sediakan senjata, kita tawakkal apa yang patut untuk hentikan dia" sambung Hujan memberi arahan dalam nada tekad. Nukhail mendengar bersama senyuman penuh makna, dia tahu ketika itu mereka tiada cara lain untuk menenangkan Nathan.
Wajah Wayith dipandang sinis, peluh yang menitik di dahi lelaki itu menarik minatnya. Takut?.
"Walid ada dengan kamu, Nathan! Hentikan kawalan-- arghhh!" Jeritan arwah Reidht Nahdan menggetarkan gegendang telinganya mereka. Wayith menelan liur melihat tubuh Reidht Nahdan yang terlantar rebah di atas tanah.
"Look. He failed" tekan Nukhail, seronok melihat gentar di mata lelaki itu.
"Die. Kesakitan dibalas kesakitan. Kematian dibalas kematian. Darah dibalas--"
"Stop the fotage!" Arah Wayith, tegas. Suara kasarnya memenuhi ruangan bilik itu. Debarannya kian memuncak tatkala mendengar suara Nathan itu, dia menjadi gerun dan berpeluh gelisah.
"Kenapa? Rakaman baru 10 minit berjalan" perli Nukhail. Tahu pula erti takut.
"Aku rasa kau dah buang masa dekat sini, pergi balik" arah Wayith dengan nada yang tinggi, amarahnya kian mendatang.
"I don't think so, aku cuba bantu kau kat sini. Mengingatkan kau mengenai sesuatu" tambah Nukhail lagi. Dengan cara ini sahaja dia boleh menyedarkan lelaki itu, dan buktinya adalah sekarang. Dia tersenyum sinis melihat peluh ketakutan yang mengalir itu, menarik.
"Pergi" tekan Wayith lagi.
Nukhail mengeluarkan tawa sinis. "Takut?" Soalnya, memerli.
Wayith hanya membisu.
"Itu baru rakaman. Bukan depan mata kau lagi" ujar Nukhail, cuba menambah ketakutan lelaki itu.
"Andai kata aku melawan juga saat tu, berkemungkinan aku akan tinggal kepala sahaja. Aku bernasib baik, sebab dia tak nampak kedudukan aku" masih terbayang lagi kejadian itu didepan matanya, sakit dan perit yang dilalui oleh musuh-musuh mereka semasa berlawan. Seluruh anggota tubuh dipenuhi darah dan kesan cedera yang parah.
Dan semuanya menentang Nathan seorang. Hanya Nathan seorang.
"Nampaknya kata-kata aku berjaya jerat kepala kau. Kalau kau rasa kau nak jumpa sisi dia yang satu lagi, kau cuba cari nahas dengan isteri dan keluarga dia. Berkemungkinan, kaki kau tak akan jejak bumi ni pada masa akan datang" tekannya sekali lagi, sengaja ingin membuat Wayith menelan kata-katanya. Jika tidak, lelaki itu akan terlalu membongkak dan membangga diri tanpa melaluinya sendiri, lemah.
Sepi membalas kata-katanya, dia tersenyum penuh makna.
"Aku pergi dulu--"
"Aku akan kalahkan dia" potong Wayith setelah beberapa ketika.
Nukhail tertawa besar, kalahkan?.
"Lawak apa ni?" Soalnya bersama tawa yang bersisa.
Kali ini giliran Wayith mengukirkan senyuman sinis.
"Aku tak akan lawan dia secara berhadapan"
Aku dah agak, cuma lagak sahaja yang berbicara.
"Aku akan seksa mental dan fizikal dia. Bila minda dah terlalu buntu, keputusan bodoh akan mengiringi jalan penyelesaian. Aku akan target kelemahan dia" ayat itu melepaskan keluhan berat di bibir Nukhail.
"Aku dah beritahu, jangan sentuh--"
"Perkara itu akan berlaku selepas Nathan lepaskan amarah dia. Aku tak akan buat dia marah, tapi aku akan buat dia sakit. Fizikal dan mental. Biarkan dia dilema dalam keputusan dia sendiri" ayat itu membuat Nukhail berdiri keliru di tempatnya, tidak mengerti.
Wayith membetulkan kedudukannya, wajahnya kembali terukir sinis.
"Aku ada berjuta rencana, untuk seksa mental dia sikit demi sikit" jelas Wayith dengan lagak, nampaknya jalan penyelesaian sudah penuh dihadapan mata.
"Nathan is not easy"
"I know, but i'm not that stupid. Watch me, and take your role" sambung Wayith lagi.
Nukhail hanya mampu mempamerkan riak keliru.
Apa yang dia tahu, Wayith sengaja menempah mautnya sendiri.
TUBUH Nathan jatuh menimpa tanah, lelaki itu menarik nafas dengan sesak dan mengah.
"This stupid, bro. Kau tak pernah gagal" tegur Hujan, menyangkung di sebelah lelaki itu. Dahinya berkerut mengenangkan perilaku lelaki itu sedari tadi, seakan-akan terganggu.
"Kita dalam training, tapi kau tak fokus" sambung Hujan lagi, agak tidak berpuas hati.
Nathan menghembuskan nafas lelah. "Again" ujarnya sepatah.
"No need. Almost 1 hour kau berlawan dengan aku tapi sekali pun aku tak dapat tumpuan kau, aku menang dengan mudah. Sedangkan selama ni kekuatan aku untuk jatuhkan tubuh kau atas tanah pun susah" perli Hujan, dia melabuhkan duduk di sisi sahabatnya. Lengannya ditongkat keletihan di atas lutut, lengannya yang berbalut sarung hitam itu dibuka.
"Whats bothering you?" Soalnya, keliru.
Nathan merehatkan lengannya di wajah, letih. Otak dan mindanya turut bercelaru, serabut.
"Minggu depan kita dah mula misi, aku tak boleh bekerjasama dengan manusia yang macam ni" jujur kata, perilaku Nathan ketika ini 70 peratus berbeza dari asal. Sahabatnya itu seakan-akan disampuk sesuatu.
Keluhan kecil mulai meniti di bibir, pencarian Raja Syeikh Lais akan bermula minggu depan. Tetapi entah mengapa, semangatnya sudah tiada. Lemah sahaja tubuhnya tatkala ini.
"I hate this sh*t" ujarnya serabut, rasa hendak dibuang sahaja otaknya ketika ini.
"Kau bergaduh dengan Mawar?" Soalan itu dibalas dengan sunyi sepi.
Benda tak betul, buat apa nak balas.
"Mawar ada lelaki lain--"
"Fu*k" potong Nathan.
Hujan tertawa kecil. Bila orang tanya elok-elok tak mahu jawab, nak kena tuduh bukan-bukan baru mulut tu nak membalas.
"Dengar sini, aku tak boleh berkomunikasi dengan kau kalau balasan kau macam ni. Kalau sehingga hari misi nanti kau macam ni, aku terpaksa gantikan kau dengan orang lain" kata-kata itu hanya dibalas dengan gumaman kecil di bibir Nathan, malas mahu untuk membuka mulut. Semuanya rasa tidak kena baginya ketika ini, buntu.
Nathan bangkit dari baringannya, dia berdiri dengan terpaksa. Habuk dan pasir yang berada di tubuh itu dibuang kemas, berhabuk dan berlengas.
"Again" ayat itu mengukirkan senyuman sinis di bibir Hujan.
Tanpa suara dia bangkit dari duduknya, sarung hitam itu kembali dibalut di tangan.
Nathan menyiapkan posisinya begitu juga dengan Hujan.
"If you failed this time, aku akan anggap kau lemah" provok Hujan, sengaja menaikkan api amarah lelaki itu.
Genggaman tangan Nathan bersimpul erat.
"Fight"
Tumbukan dilepaskan satu persatu ke arah Nathan tanpa henti, dia mengejar kawasan wajah lelaki itu.
Nathan mengelak dengan cekap, tangan Hujan ditepis sebelum dia melepaskan tumbukan di bahagian pinggang namun terlepas. Dia mengetap gigi.
"Alert, Nathan" dia cuba menendang perut lelaki itu lalu menghayunkan tendangan 90 darjah ke sisi tetapi tendangannya terhempas ke tanah. Dia tersenyum sinis.
Dia mengejar langkah Nathan dengan tumbukan bersilih ganti, tangannya cuba mengunci lelaki itu namun gagal.
Tumbukan demi tumbukan ditepis dengan kemas sebelum Nathan memusingkan tubuhnya dan menyiku belakang sahabatnya itu dengan pantas.
Tubuh Hujan terngadah ke hadapan, dia tersenyum penuh makna. Nampaknya tumpuan Nathan sudah kembali.
Hujan memusingkan tubuhnya untuk melepaskan tendangan ke belakang sebelum kakinya dipegang oleh Nathan dan dijatuhkan dengan tendangan 180 darjah di bahu. Tubuhnya jatuh menghempas tanah.
Dia tertawa kecil, finally.
"Mawar ada lelaki lain, cibai"
Lah! Benda tu kah yang dia dok fikir dari tadi?, Patutlah panas semacam.
Hujan mengalihkan kedudukannya secara terlentang menghadap langit, dia tersenyum memandang langit yang mulai ditutupi selimut senja. Cantik.
Kali ini Nathan pula yang melabuhkan duduk di sisi sahabatnya, wajahnya tegang.
"If kau ada masalah, kau boleh cerita dengan sesiapa. Bukan lepaskan melalui emosi, this is not you" nasihat Hujan, seolah-olah mengetahui apa yang merasuki pemikiran sahabatnya itu.
Nathan memegang kepalanya, penuh penuh penuh. Pemikirannya tidak pernah terganggu seperti ini, tumpuannya hampir hilang dan fokusnya terganggu.
"Apa yang aku tahu, kau kena selesaikan sebelum misi minggu depan. Kalau tidak, misi kita akan terganggu seratus peratus sebab pemikiran bebal kau" sempat Hujan melemparkan kutukan di akhir kata, buat geram aku je.
"Apa yang berlaku?" Soal Hujan tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu Nathan terlalu menyerabutkan kepalanya dengan perkara-perkara yang remeh, misi akan datang sudah lebih dari rumit buat mereka. Jadi dia mahukan sepenuh perhatian dari sahabatnya itu, jika tidak satu persatu perancangan akan menjadi kelam-kabut.
"Kejadian semasa pemakan Arwah Walid aku--"
"Ummi sayang kamu, jangan jatuhkan diri sendiri"
Nathan kembali memegang erat kepalanya tatkala peristiwa itu mulai berputar sekali lagi, kata-kata Ummi ketika itu bermain-main di fikirannya. Rasa bersalah mulai menguasai diri.
"Nathan, asal?" Kedudukan Hujan berubah ke posisi duduk, dia memegang bahu sahabatnya dengan tanda tanya.
Pemakaman Arwah Walid?.
"Apa yang berlaku? Kenapa kau persoalkan kejadian tu?" Soal Hujan dengan nada yang risau, riaknya bertukar keliru.
Nathan menarik nafas dengan berat. "Mawar lihat video tu, dia nampak apa yang berlaku" kata-kata itu berjaya mengeraskan tubuh Hujan. Lelaki itu terkedu ditempatnya.
Lidahnya menjadi kelu. "How?" tidak menduga dengan perkara itu.
"Dia dapat tape tu dari rumah Tok Ummi, video tu bercampur dengan video-video masa kecil aku. Dan entah bagaimana, di antara beratus tape yang lain, video tu yang terpapar. And dia tengok apa yang berlaku" Nathan melemparkan pandangan kosong ke arah langit, melepaskan bebanan kepala dengan kecantikan ciptaan Tuhan.
"Apa reaksi dia?" Soalan itu mewujudkan tawa kecil di bibirnya.
"I don't know, masatu tu tumpuan aku ke arah lain" seratus peratus dia tidak sedar dengan kehadiran Mawar ketika itu, kerana itu dia menjadi terlalu gelisah dan risau. Tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan isterinya.
Hujan hanya mendiamkan diri.
"Dia nampak jenazah arwah walid. Dia nampak wajah ummi. Paling teruk, dia nampak keadaan aku yang digari masatu" pasti dia dianggap seperti pesalah di mata isteri sendiri.
"Aku tak ada pilihan, selain berkasar dengan dia. Semata untuk mempertahankan ego aku sebagai lelaki, stupid" tambah Nathan lagi. Kenapa perlu waktu ni sayang? Kenapa pada waktu sekarang untuk kau perlu lihat video tu?. It's hurt me.
Bahu sahabatnya ditepuk perlahan, Hujan melemparkan senyuman nipis. "Mungkin dah sampai masa untuk kau cerita segalanya pada isteri kau, lebih baik dia tahu kebenaran tu dari mulut kau sendiri berbanding mulut orang lain" balasnya memujuk, sebelum apa-apa berlaku lebih baik Nathan memulakannya terlebih dahulu.
"Susah. Dia jenis loading, setengah jam baru nak faham" kutuk Nathan terang-terangan, ayat macam tak sayang bini.
Otak kau.
"Kau pun lebih kurang, kalau kau cerita dari awal mungkin pemahaman dia lebih cepat dari asal. Sebab kau kuat berahsia, punca dia kena gali sendiri jalan cerita kau yang lain" zzzappp ! Nathan menjeling sekilas wajah sengihan Hujan, sama bengap.
"Lagipun, dia isteri kau. Dia dah lebih dari layak untuk tahu semuanya" sambung Hujan lagi.
Nathan menghembuskan keluhan kecil. "Aku tak nak cerita. Aku tak nak" tegasnya, dalam nada yang agak perlahan. Wajahnya kini menunduk mencengkam tanah.
"It's not that hard. Kau boleh tahu yang Mawar tu berbeza, kau boleh berbincang dengan dia baik-baik" cadang Hujan.
"Tak perlu, biarkan aja" bantah Nathan, tidak bersetuju.
"Dahtu, kau nak biar dia tertanya-tanya?" Gaya budak ni macam tengah bercinta, padahal dah kahwin. Tapi pemikirannya, aduhai.
"Lebih baik, dari dia pandang rendah pada aku" ayat itu mewujudkan seribu kerutan di dahi Hujan.
"Are you crazy? Dia isteri kau, celah mananya soal pandang rendah tu akan timbul" ini yang aku rasa nak sekolahkan dia balik.
"Let it be. I don't care, aku akan simpan selagi mampu" tegas Nathan lagi, tidak mahu mengalah. Dia akan tetap menyimpannya selagi boleh, walaupun sehingga menggadaikan nyawanya sendiri.
"Dia boleh tawar hati dengan kau Nathan" tegas Hujan pula.
"Then, kau nak dia pergi tinggalkan aku? Kau rasa dia akan stay dengan aku lepas tahu apa yang berlakukah?!" Akhirnya kata-kata yang dipendam Nathan terluah juga, dia mengetap gigi mengawal emosi. Tidak mahu terlalu melampau.
"Aku lagi rela dia tawar hati dengan aku, sekurangnya aku masih dapat rasa kewujudan dia di sisi aku. Biar perasaan dia hilang, asalkan dia tak tinggalkan aku" tekadnya, biar dia merasai sakit bertepuk sebelah tangan berbanding sakit ditinggalkan, rasa dikhianati itu lebih sakit tadi tusukan pisau di dada.
Tiada kata-kata yang meniti di bibir Hujan, dia seakan-akan tergamam mendengar luahan sahabatnya itu.
Siapa sangka, manusia seperti Reidht Nathan juga takut akan rasa kehilangan.
"Aku sanggup hadap wajah marah dia hari-hari, dari terkial-kial mencari bayangan dia yang memang tak akan kembali. Aku rela, asalkan dia tak pergi dari hidup aku" tekannya dihujung ayat, benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia menelan liur menghadam perit-perit patah perkataan yang dilontarkan. Walhal dalam hati berharap, agar satu perkara itu pun tidak akan berlaku.
Nathan mengalihkan pandangannya ke arah lain tatkala mendengar sengihan sahabatnya itu, ego ego dan ego.
"Satu kerugian besar buat Mawar jika dia tinggalkan kau. Sebab tu aku beritahu, kalau kau nak pertahankan rumah tangga kau, kau perlu jujur dengan dia. Aku tak rasa Mawar akan bertindak luar kawalan tanpa sebab" pujuk Hujan lagi, sambil melagakan baju mereka. Cuba menceriakan suasana di antara mereka.
"Salah satu kekuatan rumah tangga adalah kepercayaan, lebih baik dia percaya dengan kejujuran kau daripada dia percaya dengan fitnah manusia lain. Perkara itu akan lagi menyukarkan kau untuk berterus-terang dengan dia" sambung Hujan bersama senyuman lebar. Gaya kata seakan-akan sudah berpuluh tahun berumah tangga walhal seorang calon pun tiada. Nasib kaulah duhai hati.
"Kita tak kenal hati manusia, yang baik pun boleh jadi jahat. Aku tak yakin yang Mawar tak akan berpaling dari aku" nada yang dilontarkan oleh Nathan itu sudah cukup menjelaskan segalanya.
Hujan tersenyum nipis, itu nada yang dia pernah dengar sewaktu bersama arwah Tuan Reidht Nahdan dan arwah Ummi Fillea Wasifa, kata-kata ketakutan yang Nathan ujarkan kepada mereka.
"Jelaskan semuanya, tak akan kau nak tunggu Mawar dengar dari putar belit mulut orang lain sebelum kau. Kau kena cerita semuanya sebelum terlambat, bila dia dah tengok video kau, kau patut tahu yang kau dah tak ada banyak waktu. Musuh kau ramai tengah beratur untuk hancurkan hidup kau" kata-kata terakhir itu ditekankan, kerana itu ia agak berisiko untuk mempunyai pasangan hidup sebagai peneman. Tetapi hendak dibuat bagaimana, peneman hidup itu jugalah sumber kekuatannya.
"I'm not ready" Hujan menganggukkan kepalanya, dia faham.
"Ambillah masa kau, tapi jangan sampai nasi dah jadi bubur" balasnya menegur, yang penting sahabatnya itu akan berterus-terang.
Nathan meraup wajahnya, mengapa rasa ketakutan itu perlu pada saat ini?.
Aku tak nak hilang isteri aku, bantulah aku Ya Allah.
Share this novel