"PUAN tak boleh macam ni, kami masih lagi menjalankan siasatan" Hujan meraup wajahnya yang berpeluh, penat. Sudah hampir berjam mereka membahaskan soal ini dan masih lagi menemui jalan buntu. Tugas mereka bukan seperti manusia lain, tahap kesabaran mereka perlu berlevel lagi tinggi dari yang lain.
"Kami akan cuba puan, puan diminta untuk bersabar" pujuk Raaid pula, kasihan melihat wajah penat sahabatnya. Tugas mereka yang lain pun terbengkalai disebabkan perkara ini, pihak lain tidak mahu memberi kerjasama.
"Anak saya dekat dalam tu tuan! Badannya dah tak bernyawa! Sedangkan pagi tadi masih terasa lagi ciuman dia di tangan saya, masih terdengar lagi ucapan dia dalam telinga saya!" Raung wanita separuh usia itu, berjuraian air matanya mengenangkan nasib anak perempuannya yang sudah hilang nyawa. Kaku tanpa pergerakan, senyap tanpa suara. Hati tuanya pedih tatkala melihat tubuh separuh pakaian itu. Semakin perit ketika mengetahui perkara yang sebenar. Dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, tubuh itu juga memilukan dengan organ yang berjuraian keluar. Ya Allah.
"Saya faham puan, pihak kami masih melakukan siasatan" pujuk Raaid lagi, dia juga berasa amarah kepada pelaku yang seperti binatang itu. Maruah sebagai perempuan dianggap remeh dan lemah.
"Tolong saya tuan, tolong kembalikan anak saya" rayu wanita tua itu lagi, dia langsung tidak memperdulikan pandangan orang sekeliling terhadapnya. Apa yang dia inginkan adalah anaknya, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.
"Subhanallah, ibu. Jangan macam, kita rehat dulu ya, ibu" pujuk seorang gadis yang baru tiba, dia mengusap dan memujuk lembut ibunya.
Hujan dan Raaid sekadar memerhati tanpa kata, baguslah jika anak perempuannya datang. Tidaklah mereka berasa risau dan khuatir ketika menjalankan tugas, tugas mereka tersekat pun kerana sikap wanita tua itu yang sedari tadi cuba memecah masuk kawasan kejadian.
"Adik, ini mak ya? Tolong bawa dia berehat kejap, kami ada tugas ni" pinta Hujan bersama senyuman gelisah, perkara ini tidak boleh di bawa main. Berkemungkinan juga mereka akan diserang dan dicederakan sekiranya individu di luar kawalan, tidak kiralah tua atau muda tetap merbahaya.
"Tolong duduk dengan mak, ya. Jangan bagi dia lepas kawasan larangan" pinta Raaid pula, hanya dengar cara ini mereka akan berjaya melakukan tugas dengan lancar. Faktor kawasan sekeliling boleh menyebabkan gangguan walaupun sedikit.
"Maaf, tuan. Mari ibu" gadis itu segera membawa ibunya ke kawasan yang bertentangan, dia tidak mahu ibunya sakit dan rebah. Dia juga turut terkilan dengan perkara yang berlaku, kakak kandungnya sendiri dilayan lebih teruk dari anjing kurab. Berita yang mereka terima beberapa jam tadi cukup menyiat hati mereka, senyuman yang riang terukir pagi tadi hilang begitu sahaja tatkala mendengar berita sedih itu. Dia harus kuat, demi ibu. Ibu masih lagi ada bersamanya, dan dia akan jaga ibu sebaik mungkin.
"Kakak dah tak ada, adik. Anak ibu dah pergi, kita dah tak ada sesiapa" rintihnya lagi, dadanya dipegang sesak. Masih terbayang lagi senyuman manis anaknya pagi tadi, kata-kata sayang yang diungkapkan juga terngiang-ngiang di pendengarannya. Hati tuanya yang gembira sebentar tadi hancur tatkala mendengar musibah menimpa anaknya.
"Ibu masih ada adik, adik akan sentiasa ada dengan Ibu. Adik akan ambil tanggungjawab kakak, adik akan jaga Ibu" pujuk Leinani menahan sebak, dia memeluk erat tubuh ibunya. Tolonglah jadikan ianya mimpi, bangunkanlah kami dari mimpi yang lena Ya Allah, aku tidak mahu menghadapi situasi ini aku tidak mahu merasainya Ya Allah. Dia memejamkan mata menahan air mata yang hampir mengalir keluar.
Hujan dan Raaid memerhati dengan senyap dari jauh, simpati akan nasib yang menimpa keluarga itu.
"Nampaknya diorang dah mulakan kerja semula, mungkin selama ni diorang menyorok memandangkan kawalan kita ketat" terang Raaid sambil memandang beberapa keping gambar mangsa yang diambil, lebih menyeksakan tatkala tubuh itu terkoyak menunjukkan organ yang kosong.
"Diorang sedang rancangkan sesuatu, berkemungkinan kes awal ni adalah gimik diorang sahaja" balas Hujan pula, dia berpeluk tubuh memerhati dua beranak yang masih lagi diselubungi rasa sebak itu. Takkanlah mereka hanya hidup bertiga? Pasti ada waris yang lain.
"Lagipun selama ni kerja diorang bukan ni je, diorang masih lagi teruskan lakonan sebagai penghantar makanan, online love, culik dan semua tu. Jadi tak ada istilah diorang akan berhenti" tambah Raaid, dia menghembuskan nafas lemah. Tangkapan mereka selalu terlambat selangkah, namun mereka selalu berjaya menangkap anak buah mereka. Namun seperti biasa, ia tidak memberikan apa apa pertolongan.
"Aku rasa kasihan tengok keluarga tu" ujar Hujan tiba-tiba, matanya masih lagi menatap keluarga kecil itu.
"Keluarga tu sama je dengan keluarga mangsa-mangsa yang lain sebelum ni" balas Raaid senada.
"Tapi, tak adalah teruk sampai macam ni. Kau tengok diorang, terseksa gila" tambah Hujan lagi, entah apa yang menarik perhatiannya terhadap keluarga itu. Rasa simpatinya tiba-tiba hadir tanpa sedar.
"Mana kau tahu? Keluarga lain berkemungkinan dapat kawal perasaan diorang, dan diorang tidak. Siapa yang dapat menerima kehilangan ahli keluarga?" Kata-kata Raaid itu berjaya membuatnya terdiam, benar juga.
Hujan mengalihkan pandangannya ke arah lain, dia sendiri pernah merasai perkara itu. Bukan setakat hilang, malah dibuang keluarga. Dugaan yang menimpanya lebih perit dan sakit, dan mungkin dia berjaya mengawal perasaannya.
Tepukan lembut di bahu menyedarkannya, dia menoleh ke sisi. Wajahnya berkerut memandang senyuman mengusik Raaid, dia menjongketkan sebelah kening menghantar persoalan.
"Kalau nak tegur, pergilah. Aku boleh uruskan mangsa, kau pergilah tenangkan keluarga tu" ujar Raaid, masih lagi tidak lekang dengan senyuman. Bukan selalu Hujan berhati lembut seperti ini, selalunya dingin dan lebih suka menguruskan halnya sendiri. Bila lagi mahu melihat sisi kelembutan Hujan, jika bukan sekarang.
"Tak perlulah, ada banyak kerja lagi ni" tolak Hujan pantas, dia ingin meneruskan langkah ke belakang namun ditahan. Dia memandang geram wajah tersenyum Raaid, bukannya dia tidak tahu niat lelaki itu. Pasti ingin mengenakannya.
"Pergilah, buatnya dia serang kawasan ni lagi" sengaja Raaid menakut-nakutkan sahabatnya, walaupun dia tahu sahabatnya itu takkan termakan dengan kata-katanya.
"Anak dia ada tu" bantah Hujan lagi. Dia bukannya tidak mahu, tetapi seganlah. Sudahlah dia orang luar, tiba-tiba hendak menyapa mereka. Walaupun kebanyakan tugas mereka seperti itu, namun dia malu. Erm, tak sangka selama ni aku ni pemalu, selama ni tidak pun.
"Dahtu biar aku pergi, kau uruskan kat dalam" putus Raaid sebelum melangkah laju ke arah keluarga kecil itu, dengan tiba-tiba belakang bajunya ditarik kuat. Hampir sahaja dia tersungkur ke belakang.
"Kau pehal?!" Soalnya marah, buatnya dia tersembam nanti. Jadi kes baru pula nanti.
"Yang kau beria nak tenangkan keluarga tu buat apa, banyak lagi orang boleh buat" marah Hujan tanpa sedar, geram sungguh dengan perangai Raaid yang tidak habis-habis ingin mengenakannya. Pantang diberi peluang, dihentam bersungguh. Dia melepaskan genggaman baju sahabatnya itu dengan geram.
"Eh, kenapa kau nak marah? Biarlah aku jadi salah seorang yang tenangkan" aduhai, kalau mahu pergi tu cakap jelah! Tak perlulah berdalih seperti ini, bukannya dia tidak dapat tangkap pun. Jelas sekali bahawa sahabatnya itu malu, fikir boleh disorokkan kah telinga yang kelihatan merah menyala itu ?. Haih.
"Tak payah, ikut aku" Hujan menarik baju sahabatnya itu dengan geram, dia melangkah dengan laju ke dalam kawasan jenayah.
"Weyh weyh, tenanglah. Tersembam aku nanti" kata Raaid gelabah, berusaha dia mengikuti langkah sahabatnya itu. Laju laju ni nak pergi mana? Marah?. Tumbok kang.
"Kau... kau uruskan jap, ak-aku nak pergi dekat keluarga tu" Ingin sahaja Hujan menampar mulutnya itu, waktu waktu seperti inilah mahu tergagap!. Tolonglah jangan buat perangai ketika ini, hingga tujuh keturunan dia akan dihentam Raaid. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia ingin mendekati keluarga itu, sedangkan dengan keluarga mangsa yang sebelum ini biasa sahaja. Apalah yang menariknya untuk mendekati keluarga itu, dia sendiri tidak tahu.
"Alalala, comelnya dia--"
"Diam" Raaid terus menutup mulutnya, gerun mendengar nada suara Hujan itu.
Bersama jelingan geram dia menendang betis Raaid sebelum melangkah perlahan ke arah keluarga itu, dia mengabaikan suara jeritan Raaid yang tersembam ke tanah itu. What you gave, you getback. Aku beri apa yang kau minta, jadi sama-sama.
Hujan berdeham perlahan, gabra pula. Bersama senyuman kecil dia menyapa pandangan si gadis yang sudah terarah ke arahnya. Ibunya pula sudah bersandar lemah di bahunya, mungkin tertidur.
"Bila saya boleh lihat kakak saya?" Soal Leinani perlahan, dia gagal untuk menyembunyikan matanya yang mulai merah. Sedari tadi dia menahan air mata sehinggalah ibunya tertidur, dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan ibunya.
Hujan mulai menyangkung di hadapan mereka, sebelah lutut menyentuh tanah manakala sebelah lagi terangkat menanggung beban tangannya.
"Buat masa ni, pihak polis masih tidak membenarkan ahli keluarga untuk masuk. Kalau awak nak lihat kakak awak, awak kena tunggu sehingga dia dimasukkan ke dalam hospital untuk dirawat" balas Hujan bersama nada lembut. Terasa ingin menyepak diri sendiri pula, tidak pernah-pernah dia bernada seperti ini. Kalau Raaid ada bersamanya tatkala ini, pasti tidak henti-henti lelaki itu mentertawakannya. Maklumlah, dia bukan manusia yang berlembut dengan perempuan.
Leinani menundukkan kepalanya, kecewa. Sejak tiba tadi mereka dihalang untuk melihat arwah, mampu menunggu namun lain pula harapannya.
"Sekejap pun tak boleh ke tuan?" Soal Leinani lagi, dia benar-benar ingin melihat arwah kakaknya. Seketika pun tidak mengapalah.
"Maaf dik, kami tak boleh" balas Hujan dengan rasa bersalah, jika boleh sudah lama dia membawa mereka masuk, sejak awal lagi. Namun keadaan sekarang memang tidak mengizinkan mereka untuk ke dalam, risau sekiranya ahli keluarga mangsa bertindak di luar kawalan.
Air mata Leinani semakin bertakung, kali ini dia benar-benar tidak dapat menahan tangisannya. Dia mengemam bibirnya kuat, tidak mahu menyedarkan ibunya dengan suara tangisannya.
Tergesa-gesa Hujan memberikan sapu tangannya. Aduhai, tak gentleman langsung. Eh, first time lah hahaha.
"Adik ni nama siapa?" Soal Hujan berhati-hati, dia tersenyum tatkala hulurannya disambut. Dia merenung wajah itu tunak, manis sungguh wajah itu, hatta menangis sekalipun tetap cantik. Astaghfirullahalazim, apa yang aku buat ni?. Hujan mengalihkan pandangannya ke arah lain, tersilap langkah pula. Melalut sehingga ke laut.
Leinani mengelap air matanya, perlahan, dia menahan esak.
"Leinani Hanna..." balasnya sedikit serak. Tidak mampu meneruskan kata-kata dengan keadaannya yang seperti ini, semakin tidak terkawal. Risau pula jika ibunya terjaga, dia tidak mahu menganggu lena ibunya. Wanita itu baru sahaja mendapat ketenangannya tadi.
Hujan menganggukkan kepalanya, tidak mahu menganggu waktu gadis itu. Biarlah dia bertenang dulu.
Dari jauh Raaid melihat bersama dahi yang berkerut, tubuh Hujan yang membelakanginya itu dipandang pelik.
"Aik? Dia tu pergi tenangkan kah pergi membuli? Nangis pula budak tu, dasar lelaki hati batu" kutuk Raaid selamba, dia menggeleng perlahan, tengok aku ni. Hensem pula tu, sweet, pandai memujuk. Erm, rugi tak pilih aku. Dasar angkat bakul sendiri.
Leinani menghembuskan nafas perlahan, dia mengelap air matanya lagi. Malu sungguh kerana menangis di hadapan pegawai polis, tidak malu sungguh.
"Saya minta maaf tuan, saya tak sengaja" pinta Leinani, malu. Wajahnya yang kemerahan sebentar tadi semakin bertambah merah. Dia menunduk malu, memandang kedua-dua pasang kakinya.
Hujan tertawa kecil, situasi seperti tidak ada apa pun baginya. Lagipun dia sudah banyak kali melihat situasi seperti itu, dia sudah biasa.
"Kalau saya tanya ni, jangan marah ya?" Alahai, Hujan. Aku masih tak boleh blah dengan diri sendiri, acah macho sungguh.
Leinani menganggukkan kepalanya.
"Leinani dengan ibu, masih ada ahli keluarga lainkah?" Sambung Hujan dengan nada berhati-hati, tidak mahu mengguris hati gadis itu. Dia hanya terfikir, jika tidak mengapa wajah ibu gadis ini menunjukkan rasa kehilangan yang amat besar. Walaupun dia tahu, rasa kehilangan ahli keluarga itu memang sungguh menyakitkan.
Mata Leinani kembali berair, sukar untuk dia mengungkapkannya.
"Maaf maaf, kalau Leinani tak boleh bagitau tak apa" pinta Hujan bersungguh, kerana itu dia sedikit bersalah ingin menanyakan soal ini. Gadis itu baru hampir tenang dengan pemergian kakaknya, kemudian ditambah pula isu keluarga. Pasti gadis itu tidak mampu menahan peritnya.
Segera Leinani menggelengkan kepalanya, dia menarik nafas perlahan. Sesak sungguh dadanya.
"Lei-leinani cuma ada ibu dan kakak, tapi se-sekarang Leinani cuma ada ii-ibu. Kami hidup sebatang kara, tiada waris lain" berusaha dia menahan esaknya, selama ini hidup mereka ditanggung dan disara oleh kakaknya namun sekarang bagaimana mereka ingin mencari sumber rezeki yang baru? Hatinya semakin sebak mengenangkan hari-hari yang seterusnya, bagaimana mereka akan melalui kehidupan selepas ini?.
Hujan terdiam mendengar kata-kata itu, rasa bersalahnya semakin meninggi kerana mengungkit perkara itu. Dia mulai rasa kasihan melihat kehidupan keluarga gadis ini, tiada waris dan perlu menyara diri berdua.
"Tuan, kalau Leinani tunggu kat hospital boleh kah? Lepas tengok kakak Leinani akan balik" pinta Leinani bersama harapan besar. Tolonglah, beberapa saat pun sudah memadai. Sebelum dia perlu menerima hakikat yang sebenarnya, dia perlu sedia dan menyambut jenazah arwah di rumah. Dia perlu kental dan kuat bersama ibu.
Hujan terdiam seketika, dia berfikir sejenak.
"Bolehkah tuan?" Soal Leinani lagi, dia benar-benar ingin pergi.
"Saya akan bincang dengan pegawai yang lain dulu" ujar Hujan sekadar untuk menyedapkan hati gadis itu. Kerana banyak prosedur yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga. Kerana ini bukan kemalangan biasa dan keadaan mangsa pun bukan seperti cedera ringan, jadi banyak perkara yang mereka perlu uruskan.
Leinani tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya, dia semakin menunduk. Bibir dikemam menahan tangis dan esakan, kuatkanlah aku Ya Allah.
Hujan tersenyum kecil memandang wajah itu, rasa bersalah tidak dapat disembunyikan tatkala melihat wajah kecewa itu. Bukannya dia tidak mahu membantu, tetapi keadaan sekarang masih lagi belum terkawal. Dia tidak boleh berbuat sesuka hati, mereka masih ada peraturan dan tanggungjawab.
Semakin lama semakin leka Hujan memerhati wajah manis itu, raut wajahnya juga masih muda. And yeah.. she's beautiful.
BERKERUT dahi Mawar memerhati berita pada malam itu, seorang mangsa wanita diseksa dengan kejam seawal pagi tadi.
Tekun matanya memerhati setiap patah perkataan yang terpapar di screen kaca televisyen itu, mangsa dirogol dan dibunuh dengan kejam.. lebih memilukan tatkala organ dalamannya dirobek kasar dan dibiarkan dalam keadaan yang mengaibkan.
Mawar mengemam bibirnya, seram.
"Apa kau tengok tu?" Suara Ferhadh menyentakkannya.
Terkebil-kebil Mawar memandang abangnya, fikirannya kosong. Entah mengapa bulu romanya meremang ketika membaca berita itu, laju sahaja darahnya mengalir di dalam badan. Berdebar. Gelisah.
"Oh, berita ni" terangguk-angguk kepala Ferhadh memandang berita itu. Jujurlah, dia juga risau akan keselamatan keluarganya. Terutamanya Mawar dan Ibu Ayana. Dia takut jika apa-apa berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah.
"Oh ya" Ferhadh menolak lembut bahu Mawar. Serentak itu juga adiknya menoleh dengan tanda tanya.
"Nathan kat luar, dia nak jumpa kau" ujar Ferhadh lalu melabuhkan duduk di sisi adiknya, dengan selamba dia mengangkat kaki dan meletakkannya di atas meja kopi. Ala-ala tuan besar gitew.
Mawar terjeda seketika. Nathan? Kat luar ? Sekarang?.
"Pergilah, kesian dia" arah Ferhadh sambil menolak bahu adiknya. Tanpa kata Mawar bangkit dari duduknya namun ditahan, rasa hendak disepak pula abangnya. Tadi beria menyuruhnya keluar sekarang ini mahu menyekat pula.
"Bawa Aathif sekali" tambah Ferhadh, dia tersengih panjang melihat wajah masam Mawar itu. Sengaja dia menyekat-nyekatkan ayatnya, bila lagi mahu bergaduh kalau bukan sekarang. Bukan selalu mereka boleh bertengkar seperti ini.
"Banyak songeh" rungut Mawar namun dia menurut juga arahan abangnya. Selendang yang berada di kepala sofa itu diambil lalu dililitkan di kepala sebelum dia mengangkat lembut tubuh Aathif yang sedang leka bermain mainan di ruang tamu itu. Sempat dia menyepak kaki abangnya sebelum berlalu keluar, rasakan lah!.
"Pendek!" Jerit Ferhadh. Semakin laju Mawar berlari keluar.
Dia tersenyum kecil tatkala melihat tubuh Nathan di sisi kereta, lelaki itu lengkap berbaju melayu dan berkain pelekat. Baru balik dari masjid lah tu, kan sekarang kan sudah melepasi waktu fardhu Isyak.
"Bang" panggil Aathif dari jauh. Dia tertawa tatkala melihat wajah cemberut makciknya, marahlah tu.
Mawar mengumam perlahan, pantang nampak Nathan terus sahaja kenal.
"Hey, baby" panggil Nathan tatkala tubuh Mawar dan Aathif sudah berada di hadapannya, dengan laju dia mengambil tubuh Aathif yang menghulurkan tangan ke arahnya. Rindu benar dengan si kecil ini, sudah lama dia tidak melihat Aathif. Semakin debab pula badannya, mujur tidak terlalu berat.
"Ada apa?" Soal Mawar lembut, dia berpeluk tubuh di hadapan lelaki itu. Tidak pernah walaupun sekali dalam hidupnya, manusia bernama Nathan ini akan memberitahu mengenai kedatangannya. Jika mahu datang pun keadaannya adalah seperti sekarang, dia terus diberitahu mengenai kehadiran lelaki itu di halaman rumah. Aduhai. Full of surprise.
"Kau okay?" Soal Nathan tanpa mengalihkan pandangannya, dia masih leka dengan wajah Aathif yang tersenyum di hadapannya. Rasa nak gigit.
"Soalan jenis apa tu?" Soal Mawar kembali, pelik. Dia kelihatan tidak sihatkah? Ataupun mukanya pucat?.
Serentak itu Mawar membelek wajahnya, risau jika ada sesuatu yang tidak kena.
"Soalan untuk orang macam kau" kali ini Nathan menumpukan pandangannya ke arah wanita itu, dia tersenyum kecil melihat wajah gelisah Mawar. Apalah yang dibelek sangat.
"Saya okay, kenapa? Saya nampak pucat kah?" Soal Mawar lagi, masih tidak berpuas hati. Lebih-lebih lagi tatkala melihat senyuman di wajah Nathan, seolah-olah sedang menahan tawa. Arhhh, ada benda kelakar kat muka aku kah?!.
Nathan menggeleng perlahan, pantang orang tegur sikit.
"Mulai esok, jangan buat semua kerja seorang. Tak kiralah kau buat apa pun, asalkan kerja kau tu berteman" ujar Nathan berbunyi arahan, dia mengeratkan pelukan Aathif didukungannya. Dia cuma mahu memastikan keselamatan orang disekelilingnya terkawal, tidak kiralah kenalan mahupun orang asing.
Namun lain pula reaksi Mawar, tersengih-sengih wanita itu mendengar kata-kata Nathan. Seolah-olah baru sahaja mendengar luahan cinta, tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Awak risaukan saya, kan?" Soal Mawar separuh mengusik, dia menunding jari telunjuknya benar-benar di hadapan wajah lelaki itu. Tersenyum-senyum dia memandang wajah kosong Nathan, beku betul.
"Haa, bagitau ahli keluarga kau juga. Terutamanya Ibu dan kakak ipar kau and kawan kau sekali, sebab sekarang ni umpan diorang adalah wanita" tambah Nathan lalu menunjukkan barisan giginya yang tersusun cantik, menyebabkan lesung pipitnya di sebelah kanan kelihatan.
Mawar mengemam bibirnya, suka. Namun dia gagal untuk menyembunyikan senyumannya, he always handsome in his way. Allahuakbar, dah salah ni. Dia berdeham perlahan, terbabas pula.
"Okay, ini mesti tentang kes pagi tadi kan?" Soal Mawar dengan riak ingin tahu, hatta dia sudah membacanya di berita namun dia ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam. Walaupun sedikit seram, namun perasaan ingin tahu itu lebih kuat. Harap-haraplah Nathan sudi memberitahunya.
"Ya" balas Nathan sepatah.
Serentak itu wajah Mawar berubah cemberut, itu je?. Ish.
"Apa.. jadi?" Soal Mawar dengan nada meleret, dia terkebil-kebil mengusik. Bibirnya mengukir senyuman lebar, bersungguh-sungguh ingin mengambil peluang.
"Aku baru baca separuh dari laporan, sebab aku sibuk. Tapi, aku tak nak cerita dekat kau" kata-kata Nathan itu mengundang keluhan berat dari Mawar, kenapalah aku tanya dia?.
"Alahh!" Bentak Mawar kuat, menyampah betul.
"Kenapa kau nak busybody? Jaga jelah badan gemuk kau tu" ejek Nathan tanpa sebarang riak, kosong sahaja wajahnya.
Mawar melemparkan jelingan tajam, nak dihalau balik tetapi rasa bersalah pula. Lelaki itu sudah bersusah payah untuk hadir berjumpanya, memberi nasihat pula. Jadi rasa tidak baik pula jika dia mengusir, tadah sahajalah telinga ini selagi mampu. Jika tidak tahan, baru dia akan menyepak lelaki itu pergi.
Seketika kemudian dia tersedar sesuatu, tanpa kata dia melangkah ke kereta lelaki itu. Tingkap di bahagian penumpang itu diketuk perlahan, seperti ada sesuatu yang tidak kena pula.
"Woi, kau buat apa?" Soal Nathan bersama dahi yang berkerut, dia membetulkan tubuh Aathif didukungannya. Anak kecil itu sedang sibuk bermain dengan butang baju melayunya, jangan tertanggal sudahlah.
"Bukalah.." pinta Mawar lembut. Tangannya masih lagi mengetuk tingkap kereta itu, aku yakin dia ada dekat dalam.
"Haaa" jerit Mawar riang tatkala tingkap kereta itu turun dengan perlahan, dia menyapa wajah Hujan bersama senyuman panjang. I know it, Nathan takkan datang sini sendirian, pasti akan berteman. Kerana dia selalu melihat Hujan dan Nathan bersama, tidak kiralah di mana-mana pun. Pasti akan berdua, seperti pasangan kekasih pun ada.
"Erm, ya?" Soal Hujan bersama sengihan kekok, aku tak nak masuk dalam cerita koranglah. Biarlah aku bersendirian.
"Apa jadi pagi tadi?" Soalan Mawar itu berjaya mewujudkan keluhan berat di bibir Nathan, tak habis-habis. Entah bagaimanalah wanita itu mengetahui kehadiran Hujan.
Namun lain pula bagi Hujan, lelaki itu mulai termenung dan tersenyum sendirian. Pandangannya pula tenang terarah ke arah langit yang diselimuti cahaya malam, berangan.
"Kenapa dengan dia?" Soal Mawar kepada Nathan tatkala soalannya dibiarkan tidak berjawab, orang tanya boleh pula dia termenung. Senyum-senyum pula tu, gila. Hiks, jahatnya aku.
"Sejak balik kerja macam tu, sasau" kutuk Nathan selamba, langsung tiada riak bersalah di wajahnya.
"Tak baiklah awak ni, dia penat tu" ujar Mawar sambil melangkah ke arah lelaki itu, dia tersenyum memandang tubuh Aathif yang selesa di dukungan lelaki itu. Pantang nampak Nathan, excited. Padahal baru kenal.
"Ingat pesan aku, apa-apa hal call aku" pesan Nathan lagi, kali ini wajahnya bertukar serius. Benar-benar memaksudkan kata-katanya.
"Baik, Nathannnn" jawab Mawar dalam keadaan yang pasrah, karang dianggap tidak mendengar kata pula. Dengarlah arahan polis wahai anak-anak semua, saya tidak mahu masuk penjara kerana itu saya mengikuti nasihatnya. Tetapi jika dia memberi arahan agar saya dihalang makan, saya sendiri akan mengheretnya ke penjara.
"Sekecil manapun gangguan yang kau dapat, terus bagitahu aku. Aku tak nak dapat panggilan daripada orang lain, aku nak kau sendiri yang bagitahu masalah kau" tambah Nathan lagi.
Mawar menganggukkan kepalanya beberapa kali sama seperti burung belatuk, sudah tidak betah mendengar kata-kata lelaki itu. Umurnya bukan 5 tahun untuk dikawal dan diingatkan beberapa kali, dia tahu lelaki itu risau tetapi dia bukan wanita yang tidak pandai menjaga diri sendiri.
"Sejak bila awak macam ni ea, macam mak nenek" kutuk Mawar terang-terangan. Benarlah, selama ini lelaki itu tidak pernah mengawalnya seperti ini. Cuma diberi nasihat agar berhati-hati semenjak kes nya pada malam itu. Namun dia tidak mahu membantah, dia sedar akan tugas lelaki itu.
"Lantak kaulah, janji kau dengar cakap aku" balas Nathan tidak kisah, katalah apa pun asalkan kau dengar arahan aku.
"Apa? Awak fikir saya akan dengar arahan awak sampai bila-bila? Awak bukan suami saya" bentak Mawar, sakit hati. Ini tak boleh, itu tak boleh. Kesana tak boleh, kesini tak boleh. Kesana. Kesini. Kesana. Kesini. Eh. Eh. Eh.
"Habistu semua arahan yang kau dengar selama ni, dari suami kau kah?" Hentaman Nathan itu berjaya mendiamkan mulut murai Mawar, wanita itu terus terkebil-kebil memandang wajahnya.
"Dengar jelah, untuk keselamatan kau juga" sengaja dia mengukirkan senyuman sinis, sekadar untuk menyakitkan hati wanita itu.
"And, aku akan pastikan kau dengar arahan dari orang yang betul-betul kau maksudkan tadi" ujar Nathan bersama riak wajah yang berubah, dia tersenyum penuh maksud. Smirk.
"Ha?" Soal Mawar, keliru. Orang yang aku betul-betul maksudkan? Siapa?.
Nathan tidak membalas, dia hanya tersenyum simpul menampakkan lesung pipitnya dengan jelas. Pandangannya juga tertumpu penuh kepada wanita itu, semakin lebar senyumannya tatkala wajah itu bertukar merah.
Mawar segera mengalihkan wajahnya, gagal untuk mengawal reaksinya.
Urgh, that killer eyes. Especially that smiles. Oh please, it's bothers me.
Share this novel