•bab 2•

Romance Series 13115

          "INI fail mengenai kes baru yang diterima, pihak atasan nak kau uruskan" fail yang berwarna biru tua itu diambil dari tangan Hujan. Baru sahaja mendapat persetujuan dari Raja Syeikh Luthfan untuk menangguhkan pencarian abang baginda, kini diganti pula dengan kes lain. Pihak atasan pula, ramai lagi anggota yang terlibat di dalam bidang ini tetapi dia juga individu yang diamanahkan tugasnya.

Hujan melabuhkan duduk berhadapan sahabatnya itu. Cap hitamnya ditanggalkan sebelum dicampak ke atas meja kerja lelaki itu. Peluh yang menitik di dahinya segera dilap dengan tisu yang tersedia.

"Bukan kes ni anggota lain dah selesaikan? Kenapa bagi aku pula?" Soal Nathan, sedikit keliru. Jika diteliti dengan betul, kes ini sudah hampir tiga tahun dalam siasatan. Tidak mungkin, dalam tempoh selama itu kes ini masih tergantung.

Hujan hanya menghelakan nafas lemah.
"Thats the problem, kes ini sudah hampir 9 kali bertukar tangan, dan dihantar ke beberapa balai polis yang lain untuk diberi kerjasama tetapi masih jumpa jalan buntu. Dan kita, adalah harapan terakhir diorang untuk diberi bantuan. Kes ni dah lama bro, aku tak tahu kalau pihak polis sambil lewa atau dalangnya terlalu cekap" terang Hujan panjang lebar. Dia juga sudah meneliti fail tersebut, jenayah yang dilakukan juga bukan dikategorikan sebagai jenayah ringan. Melibatkan nyawa manusia yang terancam.

Nathan membuka fail tersebut. Diteliti satu persatu maklumat yang tertera. Seketika dahinya berkerut, tanggapannya salah.

32 kes jenayah pembunuhan.
47 kes jenayah rogol.
61 kes penyeludupan wang haram.

"Lelaki ini bukan beshe-beshe" balas Nathan dengan riak wajah sedikit terkejut. Nampaknya pemikiran yang digambarkan bertentangan dengan realiti yang tercatat. Kes yang diterima kali ini memang berat, melibatkan  nyawa, maruah dan mata wang yang menjadi galang gantinya. Bagaimana manusia seperti ini masih terlepas di luar sana?.

"Aku dapat simpulkan kes pembunuhan tu melihatkan penjualan organ kanak-kanak dan orang dewasa. Berkemungkinan juga mereka dicabul atau dirogol sebelum dibunuh. Kemudian, organ mereka diambil untuk dijual" fail yang berada di tangan lelaki itu kembali diambil sebelum diteliti semula. Dia juga beranggapan bahawa kes-kes tersebut saling berkaitan. Pihak forensik juga sudah melakukan penyiasatan di atas tubuh mangsa-mangsa yang terlibat.

"Bukan pihak mahkamah kata nak tutup kes ni?" Soalnya lagi. Nathan meraup wajahnya diiringi dengan keluhan lemah.

Hujan yang melihat tersenyum kecil, benar juga kata Nathan itu. Kes tersebut sudah dibicarakan beberapa kali di mahkamah malah pihak atasan juga sudah turun padang untuk mengemukakan kes tersebut. Namun mendapat bantahan.

"Hakim bantah untuk tutup kes ni, walaupun dia ambil masa yang lama. Bila fikir balik, takkan kita nak biarkan nyawa manusia kat luar sana semakin terancam? Siapa lagi yang bertanggungjawab selain kita untuk hentikan kes tu. Sebab itu pihak atasan beri pada kita, dia nak kita beri kerjasama sebanyak yang boleh" terang Hujan terperinci. Lagipun, jika masyarakat mendengar berita ini, pasti mereka akan mula diselubungi perasaan takut dan was-was. Lebih-lebih lagi apabila jenayah kali ini merupakan jenayah paling besar. Sudah pasti mereka tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan sekiranya mereka terlibat dengan situasi itu.

"Memandangkan kita berurusan dengan Diraja, jadi makin tinggi harapan diorang pada kita" tambah Hujan lagi. Hanya kerana pangkat mereka yang dipanggil menghadap Diraja, menjadi perhatian ramai malah dianggap sebagai pasukan lebih berkemahiran. Sedangkan, setiap individu itu mempunyai kelebihan masing-masing bukan kerana pangkat dan taraf.

"Berapa banyak maklumat yang pasukan sebelum ni ada? Aku nak semua sekali termasuk maklumat dari pihak polis yang lain" arah Nathan dengan nada yang mendatar. Nampaknya tugasan mereka semakin hari semakin mencabar. Menurut maklumat yang diperolehi juga sudah menerangkan bahawa penjenayah kali ini membawa satu risiko yang amat besar.

"Orite, boss" balas Hujan lalu melangkah keluar dari pejabat mewah itu.

Haih, harini mesti akan jadi hari yang paling panjang untuk aku.

          BEBERAPA buku yang dipenuhi pelbagai jenis lukisan itu diletakkan berhadapan pelanggannya. Setiap helaian mempunyai satu lukisan trend pakaian terkini dan juga merupakan hasil rekaannya sendiri. Alhamdulillah, aku dilahirkan sebagai pereka fesyen zaman kini. Muahahaha.

"Di sini ada beberapa tema wedding yang Datin nak. Rekaan untuk dress bride pun ada. You can take a look first, and then Datin boleh bagitahu pendapat Datin pada saya" ujar Mawar bersama senyuman manis di wajahnya. Sesekali dia menerangkan beberapa tema yang terpapar di buku bewarna ungu cair itu.

"Gift and Catering turut disediakan sekali ke?" Soal Datin Maria, matanya tidak lepas dari memandang setiap design yang terlukis cantik itu. Kemas, kreatif. Pemilik butik ini juga mesra dan cantik. Maklumlah, nama pun pemilik butik, semuanya cantik.

"Gift dibawah pengurusan kami tetapi catering Datin perlu menempahnya di  pengurusan lain" terang Mawar, terperinci.

"Kalau macam tu, I'il take yours then" buku itu ditutup. Matanya memandang wanita yang sedari tadi mengukirkan senyuman manis itu. Dia membalas senyuman tersebut. Urusannya akan menjadi lebih mudah apabila berbincang dengan designer yang lebih berfikiran terbuka dan meluas. Tidak perlu mempertahankan satu topik dan tema sahaja. Malah, wanita ini turut mempelbagaikan cadangan dalam satu tema. Dan perkara itu benar-benar kena dengan citarasanya.

"Baiklah, Datin boleh proceed untuk bayaran pendahuluan dengan kami. Selebihnya, Datin boleh settlekan setelah majlis selesai" Beberapa helaian kertas dikeluarkan dalam fail. Pen juga diambil untuk menandatangani persetujuan mereka. Haih, dah macam nak bina bangunan baru.

"Okay then, thank you" ujar Datin Maria lalu meminta diri pulang. Beberapa fail rekaan turut diambil untuk dibawa pulang, sengaja dia mahu melihat sekiranya dia ingin menambah beberapa lagi perkara. Lagipun, dia sudah mendapat sepenuh keizinan.

Mawar melepaskan keluhan panjang. Rasa seperti tidak cukup udara pula. Hampir 2 jam perbincangan mereka sedikit membuatkannya sesak, macam mana tidak sesak jika segala persiapan perlu diuruskan dalam masa kurang dari sebulan.
Mahu dibantah, tidak sampai hati pula. Pelanggan tersebut memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka, lagipun ia merupakan sumber rezekinya juga.

"Mawar.." panggil seseorang, nadanya sedikit mengada-ngada.

Tidak melihat pun dia sudah mengagak siapa gerangan yang memanggilnya. Dengan nada lembut yang berpura keaslian, rambut kerintingnya pula dipintal-pintal menggunakan jari malah mukanya usah hendak dikata, tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Boleh tak-"

"No" pintasnya pantas. Wajah lelaki separuh lembut itu dipandang sekilas. Bukannya dia tidak tahu apa yang lelaki itu mahukan, tidak lain tidak bukan pasti hendak meminta waktu makan yang lebih ketika lunch hour nanti. Entah apa yang dibuat waktu makan itu pun, dia sendiri tidak tahu. Masak kenduri ke apa?.

"Alah, haritu you dah janji" balasnya sedikit geram. Kaki dihentak-hentakkan tanda tidak puas hati. Tertangguh lagi urusannya, nak mengusyar crush pun susah. Dasar mak tiri !.

"Kau sedar tak Jebat-"

"Ish, Jibby lah!" bentaknya geram.

Mawar mencebik. Dah elok-elok mak kau bagi nama pahlawan zaman dulu, sotong juga kau nak jadi.

"Semalam pun kau minta masa lebih, hari ni pun sama. Esok memang ya lah kau minta, hari-hari minta. Kau buat apa je dengan semua masa tu, solat sunat kat masjid?" sambungnya lagi sedikit memerli. Biar menusuk sikit ke hati lelaki itu. Kerjanya pun bukan terlalu banyak, diberi kerja untuk menguruskan gubahan bunga sahaja.

Itu pun banyak songeh lagi. Duri bunga kena jarilah, nanti tangan cacatlah. Pendek betul akalnya.

"You tak payahlah perli-perli I, I cuma nak extra care je" pujuknya dengan mata terkebil-kebil memohon simpati. Bibir usah dikata, muncungnya serupa punggung itik.

Mawar menggelengkan kepalanya. Isyarat mata diberi membawa maksud tidak. Pantang bila orang bagi peluang, mulalah naik lemak.

Jebat menjeling majikannya sebelum berlalu pergi. Tercebik-cebik bibir itu, menahan rasa tidak puas hati.

"Babe, jom" suara Maya menarik perhatiannya. Wanita itu sudah menyandang beg tangan di bahu dengan kunci kereta yang sudah tersedia di tangan. Dia melihat jam tangannya, sudah masuk waktu makan tengah hari.

"Kau keluarlah, aku hari ni ada tetamu. Tapaukan ea" ajakan Maya ditolak lembut. Dia tersengih melihat wajah berkerut itu.

Maya merenung mata sahabatnya itu sedalam-dalamnya, biasanya mata tidak boleh menipu. Lagipun Mawar ni ada tabiat, bila dia menipu nanti tiba-tiba hidung dia merah. Well, adik kesayangan pinocchio. Sebab itu, bila menipu tak boleh ajak perempuan ni.

"Kau ada lunch date?" soalnya sedikit tertanya-tanya.

Mawar menggelengkan kepalanya laju, ke situ pula tanggapan wanita itu. Lambat lagi lah nak tambah date kat belakang tu.

"Aku ada sesuatu nak pulang pada dia, bila lagi nak pulang kalau bukan sekarang kan" agak tergesa-gesa percakapannya. Berdebar punya pasal, percakapan pun boleh merapu. Dia tersengih kelat.

"Okaylah macam tu..." balas Maya bersama senyuman kecil. Hidung Mawar juga tidak bertukar merah, maksudnya wanita itu tidak menipu. Namun nadanya tergagap, apa sahajalah yang difikirkan sehingga begitu keadaannya.

"Jebat nak ikut aku makan tak?!" jerit Maya kuat, malas nak pergi ke tempat lelaki itu. Alah, tak jauh mana pun sebenarnya.

"Tak ada selera!" balasnya dengan nada yang sama. Mawar tergelak kecil, marahlah tu.

"Lantaklah, hari ni semua sombong dengan aku" balas Maya sebelum berlalu pergi. Gelak tawa Mawar diabaikan, malas nak layan.

Mawar hanya menghantar pemergian sahabatnya dengan tawa yang masih tersisa. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Beberapa material ditambah pada rekaan dress bride pilihan pelanggannya agar sejajar dengan permintaan mereka. Nampaknya dia akan mula bekerja sehingga lewat malam memandangkan semuanya bakal dilangsungkan dalam masa sebulan.

Selang beberapa minit kemudian kedengaran loceng butiknya berbunyi. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu, serentak bibirnya mengukir senyuman kecil.

Dah sampai.

"Sekejap, saya ambil sapu tangan awak" ujar Mawar sebelum melangkah ke bilik kerjanya. Sapu tangan yang terletak di dalam beg kecil di atas mejanya itu diambil. Langkah diatur semula ke arah lelaki itu.

"Nah" beg kecil itu dihulur.

Nathan hanya melihat tanpa berniat untuk mengambil.
"Tak nak" ujarnya ringkas.

"Ha?" balas Mawar sedikit terkebil-kebil, wajah tidak beriak itu ditatap dengan tanda tanya. Mamat ni nak buat kelakar ke.. haha?.

"Aku tak nak" ujarnya lagi. Beg kecil itu ditolak kembali ke arah wanita itu. Dari hari pertama aku jumpa dia, nama dia pun aku tak tahu. Terserempak hampir beberapa kali namun salah seorang langsung tidak memperkenalkan diri.

"Tapi, ini sapu tangan awak" beg itu ditolak kembali ke arah lelaki itu. Tidak kisahlah mahu diterima atau tidak hulurannya, sapu tangan itu tetap milik lelaki itu. Takkanlah dia pula yang perlu menyimpannya.

"Kau dah guna. Jadi aku tak nak" sekali lagi beg itu ditolak. Matanya dialihkan memandang sekeliling butik itu, cantik. Tapi bunyi loceng yang aku dengar masa masuk tadi mengingatkan aku pada 7eleven.

Mawar mengemam bibirnya, tiba-tiba rasa sakit hati pula. Mamat ni kalau tak sakitkan hati aku tak lengkap agaknya hidup dia. Dia menghembuskan nafas, geram.

"Kalau macam tu, kenapa datang?" sindirnya pula. Beg kecil tadi diletakkan atas meja kaunter, buat lenguh tangan je pegang barang yang orang tak nak walaupun barang tu dia punya sendiri.

"Kau suruh" balas Nathan, selamba. Seperti orang tiada perasaan pula, kosong sahaja riak wajahnya.

Bibirnya terasa seakan-akan hendak menjerit sahaja. Kenapa di dalam dunia ni, ada manusia macam ni ?!.

"Kalau macam tu, pergi balik" langkah diatur semula ke tempat tadi. Dia menyambung kembali kerjanya, malas hendak membuang masa. Kalaulah dia mengetahui keadaannya akan menjadi seperti ini, lebih baik dia mencampak sahaja sapu tangan ke muka lelaki itu sewaktu mereka berjumpa haritu.

"Kau dah makan?" Nathan mengendahkan kata-kata wanita itu malah dia pula yang menyoal.
Langkah wanita itu diikuti sehingga ke meja separuh besar itu. Terdapat beberapa helai kertas yang dipenuhi lukisan  bertaburan di atas meja itu.

Mawar memutarkan bebola matanya, menyampah.
"Tak" balasnya sepatah.

Serentak itu satu bungkusan coklat terletak di sisinya.

Mawar mengangkat kepalanya memandang lelaki itu, pelik. Kerjanya juga terhenti, bungkusan itu seolah-olah menarik perhatiannya.

"Apa tu?" bibirnya dimuncungkan ke arah bungkusan itu.

"Sisa makanan aku, kau makanlah" hendak terkeluar biji matanya mendengar ayat lelaki itu. Dia bagi aku makan sisa dia? Like seriously, sisa dia!.

"Awak ni... tak ada akal, ya?" balasnya tanpa teragak-agak. Memang lepasni kalau dia datang butik aku, memang aku jamu dia dengan sisa aku je.

Nathan mengerutkan dahinya.

"Kau-"

"Oh my goat ! Abang hensem!" jerit satu suara dengan nada yang kuat. Tangannya terkapai-kapai teruja di langit, sekilas pandang memang mirip sotong.

Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Terkelu lidah lelaki itu manakala Mawar pula hanya mampu menahan tawanya. Lupa pula dengan mamat sekor ni, eh bukan mamat tapi minah. Eh, tapi dia lelaki. Dah, lantak situ.

Tergedik-gedik Jebat menghampiri lelaki itu. Dengan tubuh sasanya, malah ketinggiannya yang sempurna itu benar-benar menjentik hatinya. Aummm! Kena sangat dengan citarasa mak!.

"Abang datang ni, nak tempah baju kahwin kita? Eh, maksud saya baju kahwin abang" melentuk-liuk nadanya dengan badan yang bergerak-gerak manja. Sesekali matanya terkenyit-kenyit memandang lelaki itu.

Nathan hanya mampu berdiri kaku, lebih-lebih lagi apabila tubuh si sotong itu benar-benar di sebelahnya. Bila bersentuh tu, terasa seperti tubuhnya baru sahaja terkena samak pun ada. Ampunkan dosa aku, Ya Allah.

Mawar hanya tersenyum kecil, menahan tawa yang hampir terletus. Pandangan lelaki itu terhadapnya turut diendahkan. Padan muka, melekatlah kau dengan dia.

"Mari, saya tunjukkan abang baju kahwin kita. Eh, baju kahwin abang" tersenyum-senyum dia menuturkan kata-kata itu. Dia menutup bibirnya menggunakan tangan, mahu kelihatan seperti gelak tawa anak dara. Sebelah lagi tangannya diawangkan sehinggalah bersentuhan dengan lengan sasa itu.

Spontan Nathan mengambil tangan itu dan menyilangnya kebelakang. Tubuh itu ditolak ke dinding, bahu itu ditahan rapat pada dinding. Seolah-olah menahan penjenayah, tindakan refleks.

"Eh, awak!" jerit Mawar apabila melihat adegan itu. Wajah Jebat yang sudah penyek mencium dinding itu dipandang sekilas sebelum pandangannya dialihkan semula kepada lelaki itu. Riak terkejut masih terpapar di wajahnya, langsung tidak menyangka tindakan lelaki itu.

"Tt-tolong!" tersekat-tersekat suara yang tersepit itu. Jebat mempamerkan wajah kesian kepada Mawar.

"Aku akan lapor kau atas tindakan sexual" balas Nathan, serius. Dia masih lagi mengunci lelaki itu di dinding. Suka hati sahaja ingin menyentuh orang yang tidak dikenali, walaupun mereka dari jantina yang sama. Namun, dia tetap berwaspada terutamanya dengan golongan seperti ini.

"Ma-maaf!" semakin sesak nafasnya, kuat benar lelaki itu menguncinya.

"Awak dia tak sengaja, lepaskanlah dia" sebenarnya dia ingin melepaskan tawa namun keadaan sekarang seperti tidak sesuai untuk perkara itu. Bukan apa, muka Jebat itu hanya nampak sebelah mata sahaja.

"Lagi sekali kau sentuh aku, rambut kau hilang" ugutnya sebelum melepaskan lelaki itu. Dia menjauhkan diri beberapa langkah ke belakang. Mahunya lagi sekali dia sentuh aku, takut aku tertampar je.

Jebat menarik nafasnya laju. Dia kembali memandang wajah Nathan dengan pandangan penuh makna.

"Kacaknya" ujarnya senafas dengan wajah yang gatal.

Mawar melepaskan tawa besar, tak serik mamat ni.

Nathan mempamerkan riak wajah jijik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience