•bab 42•

Romance Series 12832

            "ABANG nak turun kah?" Soal Mawar sebaik sahaja selesai menggantung telekungnya, dia membetulkan ikatan rambutnya.

"Haah, abang nak jumpa Hujan jap" balas Nathan sambil menanggalkan songkoknya, sudah alang-alang bermalam di rumah Ummi Dahlia dan Ayah Syah harini, apa salahnya melepak sebagai orang bujang sebentar.

"Boleh tolong ambilkan beg Mawar dalam kereta tak? Mawar lupa nak bawa keluar tadi" pinta Mawar bersama sengihan, itulah tak sabar sangat nak jumpa Ummi Dahlia.

"Banyak cantik muka kau, ambil sendiri" eh, sombong menonggek.

"Sombong menonggek lah abang ni, minta tolong pun tak boleh" cebiknya, lupa pula perangai menyakitkan hati si Nathan ni.

"Memang. Pergi turun ambil sendiri" Ya Allah, mati-mati aku ingat dia termakan taktik aku.

"Ala, alang-alang abang nak jumpa Hujan tu. Bolehlah ambilkan sekali" pinta Mawar lagi, ingat aku kesah dengan perangai dia tu.

"Tak jadi. Abang tak nak turun" Nathan terus membawa tubuhnya ke katil sebelum melambung tubuhnya sendiri, dengan berkain pelekatnya lagi.

"Okay. Mawar turun" tatkala itu juga Mawar melepaskan ikatan rambutnya, membiarkan rambutnya yang sepanjang pinggang itu terurai alun.

Nathan mengendahkan isterinya, fikir aku tergoda kah?.

Mawar mengangkat bajunya separas perut sebelum membuat simpulan ikatan di tengah, menayangkan perut putih mulusnya itu. Dia tersenyum sinis tatkala pandangan mata itu tertumpu sepenuhnya ke arahnya.

Sebelah kening Nathan terjongket, menarik.

Ketika itu Mawar melangkah beberapa tapak ke belakang sehingga tubuhnya menyentuh meja solek. Lipstick merah yang berada di cermin itu diambil lalu disolek ke bibir, dia menggigit bibir menggoda.

Nathan bersiul nakal, jarang tak menarik bini aku ni.

"Come here, baby" panggil Nathan bersama senyuman lebar.

Mawar menggeleng, berpura-pura malu.

"Come to daddy, sayang" panggilannya lagi, senyumannya melebar tatkala isterinya mulai melangkah ke hadapan. Fuh, tak sabar aku.

Dahinya berkerut tatkala langkah isterinya memesong ke arah pintu bilik.

"Nak pergi mana tu? Abang kat sini" ujarnya pelik, buta erk?.

Mawar membuka pintu bilik.

"Woi!" Dengan segera Nathan menyambar tubuh isterinya yang hampir melangkah keluar, tubuh itu dilambung ke atas katil dengan pantas.

Tawa Mawar memenuhi ruangan bilik itu.

"Tahu pula takut!" Ingatkan tak peduli tadi.

Nathan berpeluk tubuh di tepi katil. "Dekat rumah oranglah kau nak buat perangai, masa kat rumah tak nak pula jadi macam tu" tegurnya, geram. Bukan main lagi dengan baju separas perut, geram aku.

Mawar tersengih, suka melihat wajah cemburu suaminya. "Ala bukan ada sesiapa pun" cari pasal sekejap.

"Otak kau, ada si Hujan dekat sini" tambah pula dengan Ayah Syah lagi, takut jika selepas lihat Mawar, disuruhnya pula Ummi Dahlia berpakaian seperti itu. Risau kadang.

"Siapa suruh tak nak ambilkan beg saya, kalau tidak saya turun macam ni" ugut Mawar.

Heh, Nathan tersenyum sinis. "Mawar ugut abangkah? Tak jadilah sayang" balasnya dalam nada yang bermain-main.

"Mawar akan keluar macam ni, kalau abang tak nak" tambah Mawar lagi.

"Dipersilakan" Nathan membuat gaya tangan ke arah pintu bilik, merelakan hati agar isterinya melangkah keluar.

Dengan segera Mawar menegakkan tubuhnya semula, dia berdiri dengan sombong dihadapan suaminya. Aku sasalah, walaupun separas dada dia je.

Dengan bangga dia memulakan langkah.

"Ark!" Tubuhnya terbaring semula tatkala ditolak oleh suaminya, dia ternganga tidak percaya.

Senyuman Nathan mulai bertukar, dia melangkah beberapa tapak ke hadapan. Melagakan lututnya bersama kaki cantik itu.

Mawar terdiam ditempatnya, hatinya didatangi perasaan cuak.

Nathan membuka kain pelekatnya.

"Arghhh!" Jerit Mawar sebelum mulutnya ditekup dari hadapan, matanya terkebil-kebil membalas pandangannya suaminya.

"Rileks, aku pakai seluar"

Mawar menundukkan pandangannya. Oh, haah ada seluar pendek. Hehe.

Tapak tangan itu ditolak dengan geram. "Buat orang takut je" gumamnya perlahan.

"Macam tak biasa" pft, Mawar tersedak di tempatnya. Tak bertapis!.

"Tak malu dia ni" gumamnya lagi.

"Apa dia?" Soal Nathan, sengaja.

"Apa? Tak ada" sengih Mawar, takut.

"Such a lier, kitten" kaki isterinya ditarik sehingga tubuh itu terbaring sepenuhnya di atas katil.

"Ab--abang--" huh, that 'abang' in her lips hits so different.

Nathan merangkak naik ke atas tubuh isterinya. "You should be quiet, baby" bisiknya lembut.

Mawar menelan liurnya tatkala wajah itu semakin mendekat, mata suaminya dibalas dengan debaran hebat.

Kedua tangannya naik menahan dada suaminya apabila tubuh mereka hampir bercantum. Degup jantung yang terasa di tapak tangan itu turut mendebarkannya, laju.

"Kk--kita kat rumah Tok Ummi" halang Mawar, cuba menghalang tindakan suaminya. Liurnya ditelan pahit, menyesal.

Nathan menggeleng, memberi isyarat bahawa dia tidakdak peduli.

"Na-Nathan"

Nathan membalas pandangannya isterinya, dia tersenyum sinis. "Iya sayang?" Soalnya perlahan.

Huh, Mawar cuba mengatur nafasnya. Rasa sesak menyelubungi diri setiap kali dia disentuh seperti ini, tindakan kegemaran suaminya setiap kali berdua dengannya.

"Nan--nanti-- abang!" Jeritnya apabila sebelah tangan Nathan mengunci kedua tangannya di atas kepala, nafasnya menjadi berat tatkala sebelah lagi tangan suaminya turun menyentuh perutnya. Usapan di kawasan itu menjadikan wajahnya semakin merah, rasa malunya semakin menggunung.

'Itulah Mawar! Siapa suruh cari nahas lagi.' Kutuknya pada diri sendiri.

"Lain kali, jangan cabar abang baby" gerakan tangan Nathan terhenti di simpulan baju isterinya, ikatan di mana Mawar berani untuk menduganya.

Dia membalas pandangan isterinya sebelum senyuman penuh makna terukir di bibirnya, wajah merah itu sentiasa menarik perhatiannya. Cantik.

"Mawar cabar abang, sama juga ertinya dengan Mawar menggoda abang. Don't do that, i'll lose myself" ayat terakhir itu sengaja dibisikkan di bibir isterinya, dia menelan liur tatkala bibir merah bak delima itu digigit.

You teased me, baby.

"Sama macam sekarang, you're seducing me" ayat itu membuat Mawar menelan liurnya, seram. Sedangkan dia langsung tidak bergerak dari kedudukannya, Nathan menguncinya terlalu erat.

"Abang yang-- erm" kata-kata Mawar terhenti tatkala melihat parut di bahu suaminya, parut itu sentiasa mengambil perhatiannya.

Dia terdiam memandang kesan parut itu.

Setiap kali Nathan membuka baju, pasti parut itu dahulu yang menjadi tatapan matanya. Tipulah jika dia kata tubuh suaminya itu tidak mempunyai sebarang bekas parut, pekerjaan Nathan juga telah menjelaskan segalanya. Namun sebahagian dari parut itu sudah hilang.

Tetapi parut di bahu itu, adalah parut di mana Nathan hilang dulu. Parut sewaktu suaminya menyelamatkan diri dari letupan.

Nathan tertawa kecil. "Tiba-tiba je diam, malaikat lalu ea" guraunya.

"Abang" panggil Mawar dengan pandangan yang masih tertancap di parut itu.

Nathan hanya menjawab dengan gumaman, dia terlalu menghayati wajah isterinya di hadapan mata. Mata, hidung dan bibir semuanya terlalu menarik, cantik betul isteri aku.

Mawar cuba melepaskan sebelah pautan tangannya dari tangan Nathan, perlahan-lahan tangan itu menyentuh lembut permukaan yang berparut itu.

"Abang tak cerita lagi tentang parut ni pada Mawar" ujar Mawar sambil mengusap bahu suaminya.

Dahi Nathan mulai berkerut kecil.

"Kan Mawar tahu, itu parut yang abang dapat masa letupan dulu" ni cuba nak mengenang masa lalukah?.

Mawar menolak tubuh suaminya agar berbaring, dia membetulkan kedudukan di sisi suaminya. Lengannya sengaja dilingkarkan di pinggang Nathan.

"Haa. Tapi Mawar nak tahu, macam mana abang terselamat dulu? Sedangkan masatu seminggu lagi majlis pernikahan kita" entah mengapa, hatinya tiba-tiba terasa sebak mengenang kembali kejadian itu. Hari di mana dia dibiarkan dengan resah hati dan tertanya-tanya.

Kali ini Nathan pula yang terdiam di tempatnya, bagaimana?.

"Kenapa nak tahu ni? Selama ni tak tanya pun" soal Nathan semula.

"Abang suami Mawar, semua pasal abang Mawar nak tahu. Tapi baru harini ada rasa berani nak tanya, takut abang marah" aduhai sayang, nampak macam abang ni garang sangat pula.

"Selama ni abang garang sangatkah? Sampai nak takut-takut" soalan itu dibalas dengan gelengan oleh isterinya.

"Abang menyakitkan hati" Nathan tertawa mendengar ayat itu, yang itu memang betul.

"Dengan perempuan lain, dengan sayang tak" Mawar mencebik mendengar ayat itu, dengan sayang konon.

"Mana ada, dulu abang selalu sakitkan hati Mawar. Sampai Mawar rasa malas nak jumpa abang" eh, tertipu pula.

"Sebab dulu Mawar perempuan lain, bukan perempuan abang"

"Habistu dulu, abang memang tak sukakan Mawar lah?" Soal Mawar dengan hati yang berkecai.

"Nope"  Mawar memutarkan bebola matanya, malas aku bercakap dengan kau.

"I love you very long time ago" eleh nak memujuk lah tu.

"Malas dengar, dahlah nanti Mawar ambil sendiri beg Mawar. Orang suruh buat lain dia buat lain, orang tanya lain dia jawab lain. Arh, geram" dengan pasrah Mawar bangkit dari duduknya, malas mahu berlama-lama. Sudahlah di rumah Tok Ummi, karang dikata pula. Dengan Hujan pula ada kat sini, lagi teruk pula diusiknya.

" Alaaa nantilah" Nathan menahan isterinya namun ditepis.

"Jangan sentuh saya selagi awak tak serius" Ha, pulak dah.

"Abang serius lah ni" rengek Nathan lagi.

"Saya tak nak tidur dengan awak" ugut Mawar.

"Apa kena mengena pula ni? Abang dah bagi apa yang Mawar nak, baby" kali ini dia memegang tangan isterinya yang telah pun berdiri di sisi katil.

"Diam. Saya tak main-main" balasnya tegas, tangan suaminya ditepis sekali lagi. Ingat perempuan tiga suku macam aku ni tak boleh tegaskah?.

"Habistu ingat abang main-mainkah?" Soal Nathan semula.

"Ya" ha sudah, merajuk.

"Iya, nanti abang ambilkan--"

"Tak perlu, pandai-pandailah saya ambil sendiri" tatkala itu Mawar terus melangkah jauh dari suaminya. Walhal bukan merajuk pun, sengaja cari nahas sebentar. Dah lama tak kena cepuk dengan suami sendiri, asik kena tebar je. Walaupun tak pernah kena cepuk, hehe.

Nathan terdiam melihat isterinya, susah juga ya nak faham hati perempuan ni. Macam nak satukan buah jambu dengan sambal kicap. Erm, tiber.

"Maaflah, nanti abang tak gurau dah. Abang serius" eh, jangan serius sangat. Takut pula nanti.

"Tak apa" tatkala itu Mawar terus melangkah keluar dengan cardigan dan tudung, mahu mengambil barangnya di bawah.

"Saya turun dulu" sejurus selepas itu Mawar terus menutup pintu bilik.

"Baby!" panggil Nathan dengan kuat.

Pulak dah, masak aku macam ni.

               HUJAN menundukkan pandangannya. Gerun melihat wajah Ayah Syah dan Ummi Dahlia.

"Kamu tahu tindakan kamu salah kan?" Soalan itu semakin membuat Hujan mengecilkan diri di tempatnya. Habis aku.

"I'm just--"

"Apa? Anggap diri tu macho? Kacak?" Dengan segera dia menggelengkan kepalanya. Ummi Dahlia ni tahu saja lembut, tapi bila marah tu bukan main. Boleh terbalik meja surau.

"Kamu tu ada rupa, tapi jangan salah gunakan. Buruk padahnya" tambah Ayah Syah pula.

"Perempuan ni hati dia senipis tisu, lagi tipis pun ada. Kalau dia sebagai wanita dah terluka, kamu rasa mak dia takkah?" Soal Ummi Dahlia dengan tegas, pantang dengan soal hati dan perasaan yang dimainkan.

"Hujan tau Hujan salah, cuma masa tu Hujan emosi sikit. Dia tu baik sangat--argh!" ayat terakhir itu mengundang cubitan ketam di lengannya, dia mengusapnya pedih.

"Kalau dia baik, itu peluang kamu untuk sakitkan dia kah?!" Ketika itu nada Ummi Dahlia mulai meninggi, geram dengan tingkah laku cucunya itu.

Dengan segera Hujan menggelengkan kepalanya.

"Apa lagi yang kamu beritahu dia?" Soal Ayah Syah lagi.

"Hujan... Erm, dia--"

"Apa?!" Sergah Ummi Dahlia.

"Awak ni, sabar lah sikit. Cucu awak nak terangkan tu" pujuk Ayah Syah, selalunya dia yang bising, namun kali ini dia pula yang memujuk. Letih dah, dulu karenah Nathan kali ini karenah Hujan pula. Aduhai, cucu cucu.

"Kan Tok Ummi dah ajar, hormati wanita. Kalau tak mahu, tolak secara lembut. Ini tidak, kamu sakitkan hati dia pula" marah Ummi Dahlia, tajam matanya membalas pandangan cucunya yang sedang menunduk itu.

"Mana ada Hujan sakitkan hati dia" gumamnya perlahan.

"Sama ajalah korang berdua. Si Nathan tu dulu lagi menyakitkan hati tapi nasib baik Mawar tu nak kahwin dengan dia. Kalau tidak, sampai umur 50 tahun tak nak kahwin. Cucu menantu Tok Ummi tak dapat, cicit pun Tok Ummi tak dapat. Apa nak jadilah dengan korang berdua ni" bebel Ummi Dahlia panjang lebar aduhai, picit dahilah macam ni. Sorang perangai macam tu, sorang perangai macam ni.

"Aik, Nathan juga kena?" Sapa Nathan dari entah mana.

Ayah Syah menoleh. "Ha, kamu lah dok ajar dia benda-benda ni semua" sambungnya pula.

Mata Nathan membulat besar, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dia yang bersalah?.

"Kamu duduk sini" dia menelan liur mendengar nada Ummi Dahlia, garang. Dengan patuh dia melangkah ke kerusi halaman itu dan melabuhkan duduk.

"Mawar mana?" Soal Ummi Dahlia sambil melilaukan pandangannya di sekeliling.

"Err, dia--"

"Merajuk" potong Hujan.

"Apa dia?" Soal Ummi Dahlia, pantas.

"Ark!" Jeritan Hujan memenuhi ruangan itu.

Nathan tersenyum sinis, puas hati dapat menyepak sahabatnya itu.

"Kamu buat apa pada bini kamu tu? Dah tak sayang bini?" Soal Ayah Syah pula. Hari ini banyak sungguh cekadaknya, dua-dua jantan ni hendak dipulas telinganya.

"Mana ada buat apa-apa, Mawar ngantuk" tipu Nathan, kalau aku jujur lagi sakit aku kena kena.

"Ha baguslah, Si Hujan ni menyakitkan hati perempuan, kamu pula sakitkan hati bini. Apa nak jadi ni?" Bebelan Ummi Dahlia kembali bersambung, geram sungguh dengan kelakukan cucunya ini.

"Perempuan mana pula kau sakitkan hati ni, bro?" Soal Nathan, tidak percaya. Ada perempuan mahu pada Hujan? My goat.

"Adalah" elak sahabatnya itu, malas mahu membalas.

"Jadi betullah kamu sakitkan hati dia?!" Aduh, Ayah Syah ni. Sengaja tau nak orang kena tempeleng.

"Tok Ummi dah banyak kali beritahu, jangan sesekali lukakan hati wanita. Kalau kamu tak suka, jangan layan dia. Kalau dia terkejarkan kamu, biarkan dia. Kalau dia buat perkara yang bukan-bukan, baru berkeras. Tapi kalau perempuan baik pun kamu dah lukakan hati dia, apatah lagi kalau dia jahat? Agaknya kamu dah naik tangan pada dia" nasihat Ummi Dahlia panjang, matanya tidak lepas memandang cucu-cucunya itu.

"Nak sakitkan hati sebab nak mengelak, tak apa. Tapi jangan sakitkan dia tanpa sebab, jangan ambil peluang sebab dia baik" sambung Ayah Syah pula.

"Ala, Tok Ayah. Dia pun dulu macam tu" cebik Nathan. Macam aku tak tahu je.

"Itu dulu, sekarang aku dah ada bini" cebik Tok Ayah pula.

"Ha samalah macam Nathan. Itu dulu, sekarang Nathan dah ada bini" ajuk Nathan semula, sengaja mencari nahas.

"Alahai baiknya Mawar, susah-susah je buatkan air. Mari sini, sayang" panggil Ummi Dahlia tatkala melihat cucu menantunya itu menghampiri mereka bersama dulang di tangan.

"Tak adalah, tak susah pun Tok Ummi" senyum Mawar.

"Ayok, bini dia datang" usik Hujan, perasan akan wajah gabra sahabatnya itu.

"Diamlah" marah Nathan.

Mawar meletakkan dulang di atas meja halaman itu, dia menghidangkan air kepada Ayah Syah dan Ummi Dahlia.

"Hai sayang" sengih Nathan.

"Cibai" carut Hujan perlahan.

Nathan menarik kerusi di sebelahnya, memberi isyarat agar Mawar melabuhkan duduk di situ.

"Kamu pergi bangun, duduk dekat belah sana" arah Ummi Dahlia kepada cucunya itu.

Aik? Aku pula.

"Tapi nak duduk sini" sengih Nathan, meminta peluang.

"Duduk dekat sana" tunjuk Ummi Dahlia ke arah kerusi kosong di antara Hujan dan Ayah Syah. Pantang, nak dekat aja dengan bini dia.

"Mawar nak duduk dengan Nathan" balas Nathan bersama alasan.

"Duduk sana" tegas neneknya.

Nathan bangkit bersama cebikan di bibir, semua tak boleh.

Mawar melabuhkan duduk bersama senyuman mengusik, suka melihat wajah ketat suaminya itu.

"Mari duduk dengan atok meh" usik Ayah Syah. Tawa kecilnya mulai kedengaran tatkala cucunya itu melabuhkan duduk dengan kasar dan terpaksa, marah benar.

"Kedua-dua cucu Tok Ummi, dah lepas usia 30 tahun kan. Dah lebih dari layak untuk berumah tangga, Tok Ummi tahu perkara tu" Ummi Dahlia sudah memulakan ceramahnya.

Hujan menundukkan wajahnya manakala Nathan pula leka melihat wajah isterinya, sedar tadi melihat isterinya tanpa lepas. Walaupun dia tahu Mawar sengaja mengelakkan pandangannya.

"Nathan dah berkahwin, Hujan pula akan menyusul. Sekejap saja lagi" sambung Ummi Dahlia lagi.

"Sekarang bagitahu Tok Ummi dan Tok Ayah, Hujan nak atau tidak berumah tangga?" Soalan maut itu membuat Hujan menelan liurnya. Entahlah, jawapannya terlalu rumit.

"Kamu boleh jujur, kami tak akan marah" pujuk Ayah Syah pula.

Nathan tersenyum tatkala pandangan matanya dan Mawar mulai bertaut, dia mengenyitkan matanya nakal.

Mawar mengalihkan pandangannya dengan segera, sengaja tau dia ni.

"Budak ni, termenung" Ayah Syah menarik telinga cucunya.

"Aduh aduh" Dengan segera Nathan memegang tangan atoknya.

"Lain kali orang bercakap, dengar. Yang pergi tenung muka bini kamu tu kenapa? Sasau?" Tegur Ayah Syah, dia melepaskan telinga cucunya bersama gelengan kecil. Tahulah pengantin baru, aduhai.

Asik-asik aku je, wajah Nathan kembali bertukar masam.

"Hujan nak berumah tangga, tapi pihak belah sana tak bersedia lagi" ujar Hujan dengan nada teragak-agak, takut dimarahi.

"Maksud kamu? Kenapa pula dia tak bersedia?" Soalan itu membuatnya terdiam seketika. Mengapa? Entahlah, dia sendiri tidak tahu.

"Mungkin dia muda lagi, dan perbezaan umur dia dan Hujan jauh sangat" balasnya tidak pasti.

"Kalau setakat enam ataupun lapan tahun, tak terlalu jauh pun" ujar Ayah Syah, umur normal di dalam sesebuah perkahwinan.

Hujan menggelengkan kepalanya. "Lebih kurang 12 atau 13 tahun lebih tua" balasnya perlahan.

Ayah Syah dan Ummi Dahlia menayangkan riak terkejut, manakala Nathan hanya menayangkan riak biasa begitu juga Mawar.

"Jauhnya" gumam Ummi Dahlia.

"I know, sebab tu Hujan fikir dua tiga kali. Hujan tak nak rosakkan masa depan dia" entahlah, dia risau jika waktu-waktu yang sepatutnya Leinani alami itu berubah kerananya.

"Biasa je" sampuk Nathan.

"Bolehlah kamu kata macam tu, jarak umur kamu dan Mawar bukannya jauh sangat" Ayah Syah menggelengkan kepalanya, pandai pula budak ni nak menyibuk.

"Siapa kata? Beza umur Nathan dengan Mawar dalam 12 tahun--"

"Iyakah?!" Soal Ummi Dahlia dengan rasa terkejut. Tidak percaya, hampir beberapa bulan Nathan berkahwin dan ketika ini baru dia mengetahui jarak umur mereka.

Mawar tersenyum kecil, terkejut sangat tu.

"Kau dengan Mawar beza 12 tahun?" Soal Hujan pula, dua kali ganda tidak percaya.

"Kau tak nampak kah Mawar ni macam orang tak matang? Mana ada orang tak matang umur 25 tahun" kutuk Nathan jelas, selamba sahaja bibirnya membalas.

Dia kata aku tak matang? Suka hati dia je.

"Kamu tu dah 33 tahun, tapi nampak bebal" kutuk Ayah Syah pula, dia menjentik telinga cucunya itu.

Nampak, aku lagi kena.

Akhirnya Nathan menyembamkan wajahnya di atas meja, pasrah.

"Berapa umur budak perempuan tu, Hujan?" Soal Ummi Dahlia, menghentikan drama tidak masuk akal itu.

"Entah, 18 tahun atau 19 tahun" sengih Hujan, aku nak rembat budak lepasan SPM bhai buat bini.

"Mudanya, apa sebabnya kamu nak ambil dia sebagai isteri?"

Hujan terngadah seketika, iya ya?. Sebab itu banyak, tapi tidak tahu mahu menerangkannya bagaimana.

"Simple, bro. Aku kahwin dengan Mawar, sebab dia tiga suku. Kau boleh kata kau kahwin dengan Leinani, sebab dia bebal. Easy" ayat itu mengundang cubitan kuat di perut Nathan, lelaki itu menjerit kesakitan.

"Bahasa tu, Reidht Nathan" tegur Ummi Dahlia dengan geram.

"Nama budak tu, Leinani?" soal Ayah Syah.

Hujan tersengih, brengsek punya Nathan.

"Sayang tengoklah ni, merah" rengek Nathan pada isterinya, dia menunjukkan kesan merah di perutnya dengan cebikkan sedih.

"Padan muka" ejek Mawar. Itulah, kata lagi perkara yang tidak senonoh. Mendapat.

Nathan menjulingkan matanya ke atas. Ngeh, benci aku.

"Tok Ayah tak kisah, kamu boleh berbincang baik-baik. Kalau kamu bersedia, kami bila-bila masa boleh pergi merisik. Cumanya, perlukan persetujuan dari kamu berdua aja" ujar Ayah Syah sebagai ketua keluarga, mana-mana pun dia tidak kisah. Sedangkan Nathan dulu pun seperti ini juga, banyak songeh tapi akhirnya nikah juga.

Ummi Dahlia mengangguk setuju.

"Jumpa hari-hari, tak akan tak tahu. Bukan beberapa harini diorang refer kes pada kau kah?" Ujar Nathan dengan lantang, sengaja mahu Tok Ayah dan Tok Ummi mendengar.

Hujan tersenyum manis, tak guna punya Nathan.

"Habistu, engkau hari-hari melekat dengan bini. Tak akan hari-hari nak buat bini kau ni makan hati" balas Hujan membalas paku buah keras semula, ingat kau je boleh cari pasal?.

Kali ini Nathan pula tersenyum manis, sama tak guna je kau macam aku.

"Mawar masuk dululah, ada kerja yang nak dibuat" pinta Mawar setelah mendiamkan diri, tidak tahu mahu berbual apa. Setelah itu dia terus bangkit dan memulakan langkah ke dalam.

"Nampak tu, bini merajuk" Hujan menyiku lengan sahabatnya itu.

"Diam, bodoe"

"Pergilah pujuk bini tu, dah tahu dia terasa janganlah jadi tungau lagi dekat sini" tegur Ayah Syah, itu pun mahu diajarkah?.

Nathan tersenyum sinis. "Watch me, bro" lagak Nathan ke arah sahabatnya.

Geli aku.

Nathan terus bangkit dari duduknya dan mengejar langkah isterinya.

"Baby" panggilnya.

Mawar menoleh. "Abang nak apa-- arghhh!" Jeritnya kuat tatkala tubuhnya digendong seperti guni beras.

"This is how you do it, bro" lagak Nathan lagi.

Hujan ternganga.

"Apa abang buat ni?! Turunkanlah!" Mawar menggoyang-goyangkan kakinya meminta dilepaskan.

"Ya Allah, yang pergi gendong bini kamu tu buat apa?!" Marah Ummi Dahlia.

"Aik? Awak marah kenapa? Cemburu?" Soalan Ayah Syah itu memakan dirinya sendiri, dia menjerit kesakitan tatkala lengannya dicubit.

"Jangan nak buang tebiat!"

Ha, padan. Siapa suruh? kan dah kena.

              "THIS IS so unbelievable" keluh Gween, letih melihat jam yang sudah menginjak jam 1 lagi. Dan ketika ini, dia masih lagi dibalai.

"Ni semua korang punya pasal, kalau tidak aku dah rehat sekarang ni. Dah dua hari aku berjaga tahu tak?!" Marahnya kepada dua ekor jejaka di hadapan matanya, punca semua ini berlaku adalah kerana sikap Raaid dan Nubhan yang sibuk ingin membincangkan soal kes beberapa hari ini.

"Rileks, tarik nafas. Dan hembus--"

"Aku letihlah bebal" Raaid menelan liurnya, gue dimarahin sama cewek.

"Sabarlah Gween, dah nak selesai dah" pujuk Nubhan pula, turut sama pening kepala.

"I don't mind to discuss about this, but... Tak bolehkah bincang esok? Kepala aku dah betul-betul berat" keluh Gween keletihan, hendak sahaja dia merehatkan kepalanya di atas meja sekarang ini.

"I know, tapi aku rasa curiga dengan sesuatu. Aku cuba kumpulkan fail-fail mangsa penglibatan jenayah pembunuhan baru ni, yang melibatkan isteri Nathan dulu" ayat itu berjaya menarik perhatian Gween, wanita itu membetulkan kedudukan tubuhnya.

"Nathan minta aku gabungkan fail-fail mangsa, untuk kumpulkan sebarang persamaan atau kebetulan dengan kejadian lepas, sebab ada sesuatu yang tak kena pada pandangan kitaorang" ujar Nubhan sambil melemparkan beberapa fail mangsa di atas meja.

"Jadi daripada a sampai z segala maklumat mangsa daripada beberapa tahun lepas aku kumpulkan, termasuklah rekod dari ahli forensik" sambungnya lagi.

"Huarghhhhh" suara menguap Raaid menghentikan percakapan mereka, lelaki itu sibuk menggosok matanya, mengantuk.

"Seriously, bro?" Waktu-waktu macam ni?.

"What? Aku manusia biasa" eleh.

"Ambil ni, baca" Gween mencampakkan fail bewarna coklat itu di wajah Raaid, sakit hati aku.

"Jadi, tujuan kita kat sini?" Ujar Raaid, separuh sedar.

"Entah, tapi cuma nak bagitahu fail Mawar hilang. Fail Mawar sahaja" santai Nubhan.

"Oh" Raaid mengangguk.

Eh, wait--

"Basak kita kena dengan Nathan weh" celah Gween pantas, terus segar matanya.

"Kau dah cari dekat rak lain? Aku rasa kat situ, tak mungkinlah hilang macam tu aja" gelabah Raaid, fail itu disimpan dengan rapi tidak mungkin boleh diambil begitu sahaja.

"Thats the things, even fail dalam lappy muncul noti di copy almost two times. Dan itu fail Mawar juga. I don't know why, but entahlah. Sebab perkara tu jadi pada Mawar aja" keliru Nubhan, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu mahu menyimpulkannya bagaimana.

"Tak mungkinlah, siapa je yang berani lepas lappy and pejabat Nathan selain kita" benar juga, tapi tidak mungkinlah tindakan orang dalam. Mereka sudah bekerjasama hampir bertahun, dia yakin tidak akan wujud pengkhianatan di antara mereka.

"Bukan nak kata apa, tapi sejak dua menjak ni memang banyak sangat benda pelik jadi. Kadang fail susunan mangsa tak teratur, dan bilik penyimpanan fail mangsa-mangsa dulu pun macam digeledah. Walhal, Nathan tak izinkan sesiapa masuk tanpa keizinan dia" keliru keliru, pening kepala.

"Nathan kot" sangka Gween.

"Nope. Bukan Nathan. Dia sekarang uruskan kes kehilangan Raja Syeikh Lais dengan Hujan. Dia amanahkan aku untuk pegang kes ni buat sementara waktu" kata-kata itu membuat dahi mereka semakin berkerut. Habistu, siapa?.

"Engkaulah kot, sebab kau yang pegang kes sekarang ni" sangka Raaid pula.

"Habistu, apa jadahnya aku rembat fail Mawar? Lepastu buat buat bodoh tak tahu" iya erk, betul-betul.

"Mana tahu kau--"

"Ha ha, tak payah nak lembab sangat" Nubhan menghempaskan fail ditangannya di atas kepala Raaid. Ni lagi sorang, kategori bebal.

"Ni kerja orang dalam" akhirnya Nubhan membuka rasa sangsinya.

"Tak mungkinlah, kita kenal semua yang kerja dekat sini" Gween mulai memicit dahinya, susah kalau macam ni.

"Aku tahu. Tapi siapa je yang tak nak kena suap duit. Cuma itulah, kenapa mesti Mawar?" sambung Raaid pula.

"Aku dah arahkan Nathan untuk perhatikan isteri dia buat masa ni, dari awal lagi aku dah syak sesuatu" ini tidak lain tidak bukan pasti orang dalam. Benar kata Raaid, siapa je yang tak mahu disuap duit. Itulah, orang-orang tidak berotak.

"Kita kena jaga Mawar sementara kes ni masih berjalan, aku rasa Mawar ada kena mengena dalam hal ni. Aku akan bagitahu Nathan info harini" mereka menganggukkan kepala mendengar sebaik sahaja mendengar arahan Nubhan.

"Like always, we should face the risk. Aku akan jaga Mawar, walaupun aku tahu Nathan akan jaga isteri dia dua kali ganda lebih baik" tetapi tiada halangan, jika dia menjadi orang kedua yang melindungi wanita itu.

"Aku tak kisah, tapi jangan sampai kejadian lama tu berulang kembali. Nathan almost lost himself semasa peperangan bersama Tuan Reidht Nahdan dulu, dia tak dapat kawal diri dia. Kita perlu halang kebangkitan Nathan yang satu lagi, it's a risk for us" ayat itu membuat Raaid dan Gween terdiam ditempat mereka, hampir lupa dengan kejadian yang menjadi sejarah itu.

Mereka menghembuskan nafas lemah.

This is hard.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience