•bab 23•

Romance Series 12832

           "SABUN?" Mawar mulai menggaru kepalanya, botak kepalanya mendengar segala soalan-soalan Nathan sejak dari awal lagi.

"Tuala?" Ya Allah, tidak habis lagi.

"Nathan" panggil Mawar, cuba menghentikan kata-kata lelaki itu.

"Makanan?"

"Saya dah kemas semuanya" ujar Mawar sambil mengzip beg bajunya, akhirnya dia berjaya juga untuk keluar dari wad ini. Namun dalam keadaan seperti ini pun ada juga angin taufannya, siapa lagi kalau bukan Nathan. Mengapalah lelaki ini yang mengambilnya, dari awal dia hadir sampailah sudah siap mengemas barang asik membebel sahaja. Aduhai.

"Mana?" Soal Nathan, sengaja lelaki itu menerawangkan matanya ke sekeliling sambil berpeluk tubuh di hadapan katil hospital itu.

"Janganlah main-main, dari tadi awak tengok apa yang saya buat" balas Mawar, lemah. Dia melabuhkan duduk kepenatan di atas katil hospital, badannya tegak menghadap lelaki itu. Tidak habis-habis lagi ingin mengusiknya, sepak karang.

"Manalah aku tahu, aku bukannya tengok kau kemas barang" balas Nathan selamba, dengan santai dia membalas pandangan Mawar. Mata bundar itu direnung tunak, lain macam pula perangai wanita itu. Penatkah?.

"Habistu dari tadi awak tercegat kat situ, awak tengok apa?" Persoalan Mawar itu dibalas dengan segaris senyuman.

"Tengok kau" serentak itu juga bibirnya tersenyum lebar, terserlah barisan gigi yang tersusun cantik itu.

Mawar terkebil. Allahuakbar, cubalah tenang wahai hati. Mawar berdeham perlahan, menyembunyikan rasa malunya. Sehari jika hatinya tidak berdebar, memang tidak sah. Walau bagaimanapun tetap akan berdebar, walaupun hanya melalui pandangan mata lelaki itu.

"Kau dah habis kah?" Soal Nathan masih lagi terukir senyuman di wajahnya, bahagia sungguh Encik Nathan hari ini ya. Bagaimana pula tidak bahagia, urusannya dipermudahkan oleh Allah dengan begitu lancar sekali. Alhamdulillah.

"Sudah, semua ada ni" balas Mawar sambil menunjuk ke arah dua begnya yang terletak di atas katil hospital, dia memerhati dengan teliti barang-barang yang tersimpan itu. Risau jika ada apa apa yang tertinggal, dia tidak ada alasan lagi untuk hadir ke hospital ini. Jadi, dia mahu segalanya beres.

Ketika itu juga Nathan mencapai beg baju itu namun ditahan oleh Mawar, keningnya terjongket pelik.

"Biar saya angkat" ujar Mawar cuba menahan lelaki itu, dia tidaklah terlalu kejam. Sudahlah lelaki itu yang hadir menjemputnya, sekarang ini mahu menyusahkannya mengangkat barang pula. Rasa bersalah pula, Nathan sudah menghabiskan masa untuknya.

"Kau buat kelakarkah?" Persoalan Nathan itu mengukirkan satu sengihan palsu di bibi Mawar, ingin menunjukkan rasa kelakarlah tu.

"Kau stay jelah lagi kat hospital ni" segera Nathan merampas beg baju itu, dia memandang tidak bersalah tubuh Mawar yang hampir tersembam ke hadapan itu. Mujur di atas katil, kalau di bawah agaknya sama seperti nangka basi, busuk, masam, bacin eh bukan main lagi.

"Kenapa pula?!" Bantah Mawar, tidak puas hati. Suka hati dia je nak tinggal-tinggal orang, hari ini adalah satu anugerah baginya kerana berjaya berambus dari wad ini.

"Kau tak siuman"

Mulut Mawar hampir ternganga mendengar kata-kata itu, tak siuman dia kata?!.

"Atok awaklah" balasnya bengang, habis hilang ayu aku.

"Atok aku kat rumah, dah jom berambus. Banyak mulut betul perempuan ni" sejurus selepas itu Nathan mencapai segala beg barang di atas katil itu dan mula beredar ke pintu, namun langkahnya terhenti apabila tiada sebarang tubuh yang mengikutinya dari belakang. Dia menoleh ke belakang, wajah cantik itu dipandang dengan tanda tanya. Tadi beria nak balik, lepastu boleh pula duduk lagi kat situ. Aku siku karang.

"Kau buat perangai apa ni?" Soal Nathan, tegas.

Mawar mencebik, garang.
"Suka hati sayalah nak buat apa" balasnya berani.

"Aku tak halang kau buat apa, aku tanya kau buat apa?" Tatkala itu juga Mawar mengemam bibir kegeraman, Reidht Nathan ini selalu menguji kesabarannya.

"Dahlah, jom balik" ujar Mawar, pasrah. Dia berjalan lenggang-kangkong ke pintu lalu dengan selambanya dia melanggar tubuh Nathan yang memegang barangnya itu.

"Tepilah!" Marahnya, garang. Amboi, beraninya kau Mawar.

Nathan sekadar mengukirkan senyuman sinis, serentak itu juga barang-barang ditangannya itu dilepaskan ke bawah. Bunyi hentakan itu berjaya menarik perhatian Mawar, dia memandang selamba wajah yang ternganga besar itu.

"Reidht Nathan!" Jerit Mawar kuat. Dia bercekak pinggang memandang barangnya yang mencium lantai wad itu, depan-depan pintu ini lah dia mahu mencari gaduh pun. Tidak malukah dengan orang yang lalu lalang di hadapan mereka? Sungguh tidak senonoh!.

Jeritan itu sekadar dibalas dengan kening yang terjongket sebelah, santai sahaja Nathan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

"Rosak barang saya dalam tu!" Marah Mawar, sakit hati!.

"Kalau rosak, pergi baikilah" balasnya selamba, seperti tidak kisah dengan wajah kemerahan Mawar itu.

"Awak buat kelakarkah? Mana lawaknya?" Perli Mawar kegeraman, dia mendongak membalas pandangan mata Nathan itu. Sepasang mata yang turut memandangnya itu semakin menyakitkan hati, wajahnya langsung tidak bersalah!.

"Sini, haha" kata-kata Nathan itu semakin mewujudkan kemerahan di wajah Mawar.

'Ya Allah, geramnya aku!' desisnya di dalam hati.

"Saya tak suka awak" ujarnya dengan sakit hati, mentang aku tak pandai melawan bukan main kau bantai aku ya.

"Aku pun tak suka kau" awww, entah mengapa tiba-tiba sakit pula mendengar kata-kata Nathan itu. Erm, padahal dia sendiri yang mengatakan perkara itu dahulu.

"Tak suka sudahlah!" eeeee! Bila aku boleh menang ha?!.

Kata-kata itu dibalas dengan tawa kecil oleh Nathan, tidak beriak langsung dengan ayat itu. Malah lelaki itu semakin menyelesakan diri dengan kedudukannya pula, mengabaikan kemarahannya yang semakin membara itu.

"Kenapa awak suka sakitkan hati saya ha? Apa yang awak nak?" Soal Mawar dengan dengusan kecil, masih lagi tidak berpuas hati. Kali ini dia pula berpeluk tubuh, aku tampar karang.

"Sampai masa kau jadi isteri aku nanti, kau tunggulah" jawab Nathan bersama senyuman misteri, dia tertawa penuh makna.

Ketika itu juga mulut Mawar berkunci, terdiam seribu kata. Seperti dapat menangkap kata-kata lelaki itu, dengan sengaja dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Matanya pula terkebil-kebil berfikir, dia terkejut.

"Tahulah aku senyapkan kau dengan cara aku sendiri--"

"Nak balik!" Potong Mawar sebelum berlari keluar dari wad itu, barangnya ditinggalkan selamba bersama lelaki itu. Nathan terlalu seram ! Ish!.

Nathan tertawa kemenangan, tahu pula nak lari.

           ESAK tangis mulai memenuhi tanah perkuburan itu, Hujan memegang payung dengan kemas melindungi Mak cik Wardah dan Leinani dari panas terik matahari. Sedari mereka tiba di kubur itu suara tangisan kedua-dua beranak itu masih tidak berhenti, mendayu dan tersedu-sedan. Masih lagi di dalam proses untuk menerima kenyataan, lagipun siapa yang mampu menerima kehilangan ahli keluarga dengan keadaan tenang.

"Sudahlah tu beria menangis, ajal anak kau dah sampai pun" ujar satu suara tua, makcik yang berada beberapa tapak di hadapan mereka mulai menjeling kerimasan. Dari tadi lagi seperti cacing kepanasan, asik merungut dan merimaskan orang di sekeliling. Tindakannya benar-benar tidak menunjukkan rasa hormat, terlalu sombong.

"Kenapa kau cakap macam ni, jagalah sikit hati diorang" tegur satu suara pula, tidak selesa dengan percakapan kawannya itu.

Orang sekeliling mulai menggeleng kepala memandang mereka, langsung tidak menunjukkan rasa hormat di tempat-tempat seperti ini.

"Betul apa aku cakap? Kalau diorang menangis air mata darah pun, budak tu tak akan hidup baliklah" bisiknya kasar, dia mengeluh kuat. Kipas ditangan itu semakin bergerak laju, kepanasan.

Ketika itu Leinani hanya mampu terdiam mendengar kata-kata itu, dia tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menghadirkan diri di majlis pengebumian kakaknya ini. Ini semua adalah kehendak dan keikhlasan penduduk kampung yang sudi membantu mereka.

"Ish, cepatlah sikit habis!" Rungut wanita tua itu lagi.

Hujan tersenyum sinis, kalau rasa malas kenapa semaikan diri di sini?. Tidak pandai menjaga hati sesiapa langsung, sudah tua tetapi serupa orang tiada adab.

"Mohon tolong beri rasa hormat, ini bukan tempat membawang. Tolong jaga adab ya" tegur seorang imam, dia juga sedari tadi memerhati tindakan mereka. Menambah rasa malu di kalangan penduduk kampung apabila orang-orang luar yang hadir memandang perkara seperti itu, cukup menunjukkan mereka ini langsung tiada didikan.

Ambil kau, setepek.

Wanita tua itu hanya menjeling sombong, langsung tidak terkesan dengan ayat itu.

Beberapa minit kemudian diiringi dengan bacaan doa, akhirnya pengebumian itu selesai. Leinani membantu mengangkat ibunya yang kelemahan itu, walaupun ketika itu dia juga turut merasa perkara yang sama namun dia harus kelihatan kuat di hadapan ibunya. Jika tidak, siapa yang mahu menjaga keluarga mereka selepas ini.

"Terima kasih, imam. Sebab tolong kami dari awal sampai akhir" ucap Leinani bersama segaris senyuman hambar, sebak dan sedih itu masih berbisa di dalam hatinya. Dan perkara itu dapat dilihat dengan jelas melalui perlakuannya, tidak perlu untuk menutupnya.

"Sama-sama, Leinani. Nanti ada apa-apa bagitahu saya, semampu mana saya boleh bantu itu saya akan tolong ya" kata-kata imam itu dibalas bersama anggukan kecil, dia bersyukur kerana mempunyai penduduk kampung yang ikhlas membantu mereka tanpa balasan. Membantu menyelesaikan pengebumian kakaknya itu sudah cukup bermakna buat mereka berdua, dia terharu.

Selepas berbalas salam seluruh penduduk kampung mulai pulang, mereka semua mula berangkat pulang ke rumah.

"Terima kasih, Tuan. Sebab tolong saya dengan ibu" ujar Leinani sebaik sahaja keluar dari kereta, dia tersenyum ikhlas kepada Hujan. Mak cik Wardah juga turut mengangguk kecil, mujur ada anak muda ini sanggup untuk membantu mereka. Banyak jasa yang diberikan oleh lelaki itu, dan dia sangat-sangat menghargainya.

Serentak itu Hujan mengusap belakang lehernya, segan.
"Tak ada apalah, kecil je" balasnya bersama tawa kecil.

"Saya doakan segalanya dipermudahkan ya, terus kuat dan sentiasa redha" tambah Hujan lagi, cuba untuk menaikkan semangat mereka.

"Kami baik-baik je, Insyaallah semua akan okay untuk kami" ujar Mak Cik Wardah cuba mengukirkan senyuman kecil, dia sangat gembira kerana urusan mereka dipermudahkan pada hari ini. Walaupun terpalit rasa sedih, namun dia terima seikhlasnya. Dia tahu ketentuan Allah itu indah, pasti akan ada pelangi dihujung kesedihannya ini.

"Kalau ada apa-apa, jangan segan untuk bagitahu saya" tambah Hujan lagi, lagipun dia berbesar untuk membantu keluarga ini. Pertolongannya tidak besar mana pun, sekiranya mampu untuk memberi kesenggangan mereka itu pun sudah lebih dari mencukupi.

"Tak apalah, Tuan. Kami dah banyak susahkan Tuan" bantah Leinani, malu. Terasa seperti muka tembok sahaja, sejak dari awal lagi lelaki itu tidak berhenti dari menolong mereka.

"Saya tak rasa macam itu pun--"

"Ha, Wardah" sampuk satu suara, serentak itu menghentikan kata-kata hujan.

Ketika itu juga, mereka memandang ke arah kanan. Seorang wanita tua dengan lenggok sombongnya mendekati mereka, riak sungguh menyenseng tangan sehingga ke siku menayangkan gelang tangan emasnya itu.

'Ya Allah, Mak Cik ni' desis Hujan di dalam hati, siapa lagi kalau bukan Mak Cik di tanah penguburan tadi.

Mak Cik Wardah sekadar berdiam diri menyambut kedatangan wanita itu, sudah tentu dia tahu apa hajatnya wanita itu ke mari.

"Rasanya kau tahu kenapa aku datang ke sini, jadi tak perlu nak banyak bunyi" ujarnya sombong, sekali pandang pun sudah tahu sikapnya itu. Riak sungguh.

"Sekejap ya, aku pergi ambil kat atas" balas Mak Cik Wardah sebelum naik ke rumahnya, dia tidak mahu memanjangkan cerita. Letih, hari ini sudah lebih dari cukup untuk dia menghabiskan tenaganya.

Leinani memerhati langkah ibunya sehingga ke atas sebelum bersuara mendatar.

"Mak Cik Syu, Leinani rasa hari ni bukan hari yang sesuai untuk Mak Cik minta duit pada kami" tegur Leinani, masih cuba untuk berlembut.

"Mulut apa kau ni? Kaki ni kaki aku, jadi suka hati akulah nak datang bila pun" balasnya kasar, kipas ditangan semakin dikipas laju. Tidak suka sungguh menghadirkan diri di sini, jika bukan sebab duit tidak ada maknanya dia hendak menjejakkan kakinya ke sini.

"Tak, Leinani cuma kata saja. Sebab hari ini baru lepas pengembumian arwah kakak, keadaan dan emosi ibu masih belum reda lagi" ingin menegur pun terasa sangat sukar, Mak Cik Syuhana ini bukan wanita yang boleh ditegur sembarangan. Walaupun untuk mempertahankan diri ataupun kebaikan, namun masih tetap salah di matanya.

"Itu ibu kau, jadi tak ada kena mengena dengan aku" semakin mengucap dia mendengar kata-kata Mak Cik Syuhana itu, akhirnya Leinani hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mampu untuk membalas, semua kata-katanya dianggap salah.

Sedari tadi Hujan hanya mendiamkan diri, santai sahaja dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Tidak henti-henti dia mendengar kata-kata Mak Cik ini, selamba dan kasar.

"Mana duitnya Wardah ? Aku dah penat tunggu ni" marahnya kepanasan. Hish, tak sedar kah sekarang ni tengah panas ? Tak akanlah benda ini pun aku nak tunjuk juga.

"Lagi satu" tambah Mak Cik Syuhana lagi.

Leinani sekadar menadah telinga sahaja.

"Laki aku dah lama nak kahwin dengan kau. Jadi kalau kau rasa tak mampu nak bayar semua duit tu, kahwin dengan laki aku" selamba sahaja dia mengatakan semua itu, seolah-olah tidak terasa mahupun sakit hati. Malah semakin meminta, sudah ditolak berulang-ulang kali pun masih tidak tahu malu lagi.

Leinani menahan rasa hatinya, hari ini sudah lebih dari cukup untuk dia merasai semua ini. Jika mahupun, biarkanlah dia tenang dengan pemergian kakaknya dahulu. Ini tidak, wanita tua itu cuma mementingkan dirinya sendiri sahaja.

Kening Hujan terjongket keliru, dia rela laki dia kahwin lain?. Bapak rare gila Mak Cik ni, tak meroyan pun. Siap minta sendiri lagi, nampak sungguh tidak kisah.

"Kali ni kakak kau tak ada, jadi kau nak bergantung pada siapa untuk bayar duit aku? Pada mamat ni ha? Berduit kah dia?" Ujar Mak Cik Syuhana sebelum menunding jari ke arah wajah Hujan, sedari tadi lagi dia memerhati lelaki ini langsung tidak bergerak untuk beredar. Hanya duduk tegak mendengar perbualan mereka, wajahnya tidak beriak pula tu.

Terbeliak mata Hujan memerhati jari itu, aik? Dia yang tidak ada kena mengena pun boleh tiba-tiba terbabit dalam hal ini. Duduk diam pun bersalah, dasar hati batu Mak Cik ni. Karang aku bertindak, kata aku power rangers.

"Cukuplah, Mak Cik--"

"Hey, budak baru habis belajar macam kau ni kalau kerja kedai makan pun belum tentu lepas nak bayar duit akulah" lagaknya lagi, langsung tidak mahu ambil tahu perasaan mereka. Asalkan hatinya puas, tidak habis-habis ingin memberi alasan dan berdalih. Bosan.

Allahuakbar, Leinani mengeluh lemah. Ditindas, ditindas dan ditindas. Bila semua ini akan berakhir?.

"Aku bagi kau jalan mudah, nikah dengan laki aku. Senang, tak payah kau susah payah nak kumpul duit yang memang tak akan buat kau kaya" tambah Mak Cik Syuhana bersama nada riak, mendabik dada dia menghina dan menindas gadis itu. Lagipun apa yang dia kata itu benar, bukannya jenaka. Lihatlah sekarang, kakak sudah tiada pun masih lagi mahu menafikannya. 

"Kami tak perlukan simpati kau, Syu. Aku dengan anak aku dah cukup bahagia" potong Mak Cik Wardah dari belakang, dia turun dengan perlahan sebelum menyerahkan duit itu kepala Mak Cik Syuhana. Sedari tadi dia mendengar kata-kata wanita itu dari atas, berbisa dan pedih sungguh. Dia tidak dia berasa bersalahkah berbuat seperti ini? Tidak mungkinlah secebis rasa kasihan pun tidak ada, malah semakin membangga dan riak dengan kemewahannya.

"Aku bagi jalan mudah, Wardah. Apa yang susah sangat untuk kau terima?" Perlinya sinis.

"Kau sebagai isteri, tak akan merelakan diri sendiri untuk bermadu. Dengan orang muda pula tu, hampir sebaya dengan anak kau" balas Mak Cik Wardah tidak berpuas hati, gaya wanita itu sama persisnya seperti orang tiada perasaan.

"Aku pun dah malas nak layan dia, sebab tu aku relakan hati aku ni untuk biarkan dia berkahwin dengan perempuan macam anak kau ni. Tapi kau pula, sombong tak nak terima" ujarnya sambil mengira duit ditangan, takut tidak cukup pula. Iyalah, orang tidak berduitkan. Pasti banyak alasan untuk berhutang dan menangguh, tidak fikirkah perasaannya yang penat untuk mengutip hutang.

"Bukan istilah sombong, masa depan anak aku ni yang aku utamakan" nada Mak Cik Wardah mulai mendatar, dia tidak mampu menahan sabar dengan kata-kata wanita itu lagi.

"Anak kau dah memang tak ada masa depan, apa lagi yang kau nak kisah?" Perlinya pedas.

Melampau! Mak Cik mengetap bibir menahan amarah, dia tidak mahu terlepas kata kerana orang seperti ini. Pandai memutar belit ayat dan menuduh, takut perkara lain pula yang berbangkit nanti. Dia mulai beristighfar di dalam hati, astaghfirullahalazim.

Leinani menggenggam tangan ibunya, tatkala itu terasa kuat genggaman ibunya itu. Dia tahu ibunya sedang menahan rasa amarah, buktinya wajah ibunya itu tidak setenang awal tadi.

"Sudahlah, kau dah dapat apa yang kau nak. Pergilah balik" ujar Mak Cik Wardah, tidak mahu berlama-lama lagi.

"Aku kena kira dulu, iyalah kalau tak cukup tak adalah aku kena penat-penat datang sini kan" tidak habis-habis lagi dengan kata-kata sinisnya, sudah dapat apa yang dimahukan pun masih ingin bersikap dingin lagi.

Mak Cik Wardah hanya mendiamkan diri,  ingin menenangkan hatinya kembali. 

"Mak Cik" panggil Hujan tiba-tiba, dia tersenyum kecil. Entah mengapa, dia yang turut memerhati situasi tadi pun terasa sakit hati. Di mana sikap wanita itj?.

Mak Cik Syuhana sekadar memandang sekilas, tidak berminat.

"Baru keluar dari mana ni? Perangai buat orang berasap" kata-kata Hujan itu mengukirkan senyuman kecil di bibir Mak Cik Wardah dan Leinani, mereka menahan tawa. Tiba-tiba terhibur pula mendengar kata-kata itu.

"Apa kau kata?" Soal Mak Cik Syuhana, berang.

"Tak, Mak Cik nampak macam supehero sebab dari awal datang tadi berapi-api. Takut saya nampak api dekat tapak kaki Mak Cik" tambahnya lagi, sengaja ingin menghiburkan diri.

"Kau jangan nak menghina aku ya, beradab sikit" jarinya ditunding kemarahan ke wajah Hujan, berang sungguh apabila dia dipermainkan seperti itu.

"Mak Cik ni seorang ibu kan?" Soal Hujan tiba-tiba.

"Apa kena mengena dengan kau? Kenapa kau nak menyibuk hidup aku?" Soalnya pula, marah.

"Bukan apa, syurga kan bawah tapak kaki ibu. Terkejut saya, syurga Mak Cik tu berapi" kata-kata Hujan itu mengundang tawa kecil di bibir Mak Cik Wardah dan Leinani, terhibur mendengar jenaka itu.

Mak Cik Syuhana semakin panas, suka hati sahaja ingin mempermainkannya. Sungguh tidak beradab!.

"Tolong hormat aku ya, aku ni lebih tua dari kau" ujarnya dalam nada tinggi, tidak tahu asal usulnya dari mana selamba sahaja ingin mengenakannya. Salah oranglah jika mahu mempermainkannya, dia tidak akan kalah.

"Lebih tua dari segi umur, tapi pemikirannya?" Soal Hujan, masih dalam gurauan.

Mak Cik Syuhana merengus kasar, geram.

"Sudahlah, aku balik dulu. Nanti aku datang sini lagi" marahnya lalu beredar pergi, pantas langkahnya meninggalkan kawasan rumah itu. Sakit hati, geram sungguh dia pada hari ini.

"Hujan baru nak tanya khabar dia" rajuk Hujan, bermuncung kecil.

Mak Cik Wardah tertawa kecil, dia terhibur mendengar jenaka anak muda itu. Kurang sedikit resah hatinya.

"Terima kasih, Hujan" ucap Mak Cik Wardah sambil tersenyum.

"Eh, tak ada apalah Mak Cik" balas Hujan dengan tawa, Ya Allah tidak sangka kata-kata itu boleh menjadi jenaka. Walaupun dia memang sengaja ingin bergurau, mencari nahas.

Leinani hanya terdiam mendengar tawa mereka, tanpa sedar sesuatu perkara terjentik di mindanya. Bagaimana dia ingin menyara ibu selepas ini?.

          "TOK UMMI?" Mawar terkaku di hadapan pintu rumah, patutlah di halaman rumahnya terdapat beberapa buah kereta yang tidak dikenali. Rupa-rupanya ada tetamu undangan yang tidak disangka-sangka, Allahuakbar.

Ketika itu juga dia memandang ke arah Nathan yang baru sahaja berdiri di sebelahnya, riak lelaki itu biasa sahaja.

"Apa?" Soal Nathan apabila wajahnya direnung begitu lama.

"Apa ni?" Soal Mawar kembali.

"Mana?" Balas Nathan semula.

Kerana malas mahu membalas, Mawar meneruskan langkahnya mencium tangan Ibu Ayana dan Ummi Dahlia. Satu senyuman manis dihulurkan kepada Ayah Syah. Kenapa tiba-tiba jantungnya terasa berdebar ya?.

Tatkala itu pula hanya Ibu Ayana dan kedua-dua atuk dan nenek Nathan sahaja. Wajah abang serta kakak iparnya tidak kelihatan, riuh suara Aathif pun tidak didengari.

"Duduk, Mawar. Ibu ada perkara nak bagitahu" ujar Ibu Ayana, tidak lekang dengan senyuman di wajahnya. Dia menarik lengan Mawar dengan lembut, untuk bersama-sama duduk dengannya.

Dengan rasa tidak faham Mawar hanya mengikuti sahaja, terkebil-kebil dia memerhati tubuh Nathan yang melabuhkan duduk dihadapannya.

"Tok Ummi datang, bawa hajat"

Oh! Ketika itu baru dia dapat menangkap situasi ini, rama-rama mulai berterbangan di perutnya. Perlahan-lahan tangannya naik memegang dada yang berdegup laju, hati mula dihuni rasa segan yang berkepuk hebat.

"Tok Ummi nak pinangkan Mawar untuk Nathan" kata-kata Ummi Dahlia itu mengukirkan satu senyuman lebar di bibir mereka, Mawar pula masih lagi melayani debarannya manakala Nathan beriak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hanya wajah mengusik yang mengiringi perilaku lelaki itu, sengaja!.

"Mm-mawar?" Mestilah dia kan?. Entah mengapa, minda tidak mampu mencerna apa-apa tatkala ini.

"Iyalah, mestilah Mawar. Siapa lagi anak perempuan Ayana kalau bukan Mawar" balas Ummi Dahlia bersama tawa kecil.

Eh, benar juga ya. Mawar mulai menggaru kepalanya yang tidak gatal, bukan apa tetapi dia masih diselebungi rasa terkejut. Ini semua salah Nathan! Lelaki itu tidak memberi tahu apa-apa kepadanya.

"Ibu dah bincang dengan Ummi Dahlia, pasal Mawar dengan Nathan. Ibu terima, Mawar pula macam mana?" Amboi Ibu Ayana, sukanya. Terus terima ya, ingatkan mahu memberi borang atau tandangan dulu untuk mensyuarat ini. Eh bukan main, mensyuarat konon.

Mawar terdiam, bukankah dia sudah memberi tahu kenapa Nathan? Mengapa perlu disoal kembali?.

"Nathan? Tak ada bagitahu apa-apa pada Mawarkah? Dia nampak macam keliru je" ujar Ummi Dahlia, kesian melihat wajah berkerut wanita itu. Nampak innocent, kosong wajahnya.

"Ada, Mawar lupa" balas cucunya, selamba.

Mawar ternganga, lupa?!.
"Awak tak bagitahu saya apa-apa pun, apa pula saya yang lupa" dia memuncung geram, sesuka hati sahaja menjual namanya.

"Oh, tak bagitahu? Habistu beberapa hari lepas aku cakap dengan siapa?" Soal Nathan pula, keningnya terjongket sebelah menghantar pertanyaan.

"Mana ada!" Balas Mawar laju.

"Eh, sudah. Habistu kamu terima atau tidak?" Potong Ibu Ayana pantas, kalau dibiarkan habis berkecai rumahnya nanti. Bukan apa, laju sahaja mereka berdua berbalas mulut. Hendak dikahwinkan pun masih belum reda perangainya, bagaimanalah jika sudah berumah tangga nanti?.

"Kenapa Ibu tanya Mawar macam itu? malulah" dengan segan Mawar menutup wajahnya, aik? Tiba-tiba malu.

"Mawar terima, Ibu. Dia yang minta Nathan masuk meminang cepat, dia kata tak nak lama-lama" kata-kata Nathan itu membuatkan mata Mawar membulat besar, bila masa aku kata?!.

"Lah, yeke?" Soal Ibu Ayana, tidak sangka.

"Bukan, Mawar tak--"

"Haah, dia bagitahu dia terlalu gilakan Nathan" potong Nathan tanpa rasa malu, riaknya pun selamba sahaja. Seperti orang tidak pandai menipu, hebat sungguh lakonannya.

"Jadi, Mawar sudah lama sukakan Nathan ya?" Soalan dari Ummi Dahlia pula mulai menjerat lehernya, kerana kata-kata yang tidak pernah keluar dari bibirnya habistu tercipta satu cerita yang tidak pernah wujud.

"Bukan setakat suka, bilik dia penuh dengan gambar Nathan" tambah Nathan lagi.

Astaghfirullahalazim, Mawar mengucap panjang. Bukan setakat gambar, nama Nathan pun tidak pernah wujud di dalam biliknya! Lelaki ini benar-benar menaikkan darahnya. Pandai mereka cerita dan menjadikannya bahan, dengan rasa tidak bersalah pula tu.

"Betul, Mawar tak ada--"

"Nampak dia kata betul, Mawar memang dah lama usha Nathan" potong Nathan lagi, kata-katanya semakin membuatkan kepala Mawar hampir pecah. Tidak sedarkah wajahnya sudah kemerahan, malu!.

Serentak itu juga kepala Nathan dihentuk oleh Ayah Syah.
"Aduh!" tertunduk lelaki itu sambil memegang belakang kepalanya. Sudah agak! Pasti kena punya!.

"Berhenti merapu, kamu sendiri yang datang pada kami kata nak beristeri" kata-kata Ayah Syah itu dibalas dengan rintihan kecil Nathan, mengapa dia yang perlu menerima segala perlakuan ini?.

"Mana ada" balas Nathan, menidakkannya.

"Kamu lupa? Kamu yang bagitahu kami yang kamu nak mendirikan rumah tangga, kamu sendiri yang sebut nama Mawar depan kami" ujar Ayah Syah lagi, bukan main lagi ya hendak mengenakan anak dara orang. Tidak cukup gambar dia yang hampir penuh dirumah, pandai pula menambah cerita di dalam kamar anak gadis itu pula.

"Nathan tak tipulah, tanya Mawar" kata Nathan laju, masih mahu menidakkan kata-katanya.

"Eh, kenapa saya?" Soal Mawar kekeliruan, wajahnya jelas menunjukkan riak tidak faham.

"Entah" ketika itu telinganya pula yang dijentik, Nathan mengaduh sakit. Ayah Syah ini memang garang!.

"Sudah, tak payah hendak menambah cerita" ujar Ayah Syah di samping itu ingin menghentikan kata-kata tidak masuk akal cucunya itu, dalam keadaan begini pun masih lagi mahu bergurau.

"Sebenarnya, niat kami datang ke sini di atas kehendak Nathan sendiri. Dia sendiri kata pada kami yang dia nak memperisterikan Mawar, dan dia bersedia nak berumah tangga. Jadi tujuan kami adalah untuk memetik Mawar ini sebagai isteri Nathan, apa kamu setuju kah?" Akhirnya Ayah Syah kembali menjernihkan situasi yang dikotorkan oleh cucunya itu, daripada cerita lain menjadi jalan cerita yang lagi satu pula. Tidak pernah difikir dek akal pula itu, semberono dan yakin sahaja bercerita.

"Ayana ikutkan je mana yang terbaik, Mawar pula?" Ibu Ayana mengusap kekura tangan anaknya itu, dia pun tidak mahu memaksa. Jika Mawar mahu, dia pun turut menyukainya.

Tidak tahu mahu beriak seperti apa, Mawar hanya mengangguk kecil. Menerima rombongan mereka, lagipun dia sudah memberi jawapan kepada Nathan mengenai ini. Jadi, mengapa mahu menukar cerita pula kan?.

"Alhamdulillah, berdebar jantung Tok Ummi tau, takut Mawar tak sudi" ujar Ummi Dahlia bersama tawa, jujurlah jantung dia tidak berdegup seperti biasa. Tidak sabar ingin menanti jawapan Mawar, akhirnya sekata juga.

"Alhamdulillah, akhirnya lepas juga anak perempuan Ibu yang sorang ni"  tersenyum-senyum Ibu Ayana membayangkan pelamin anaknya, tidak sabar benar dia ingin menanti hari itu tiba. Kepala anaknya yang ditutupi tudung itu diusap sayang, cepat benar masa berlalu.

"Itulah, Nathan ni pun dah berumur sangat" ayat selamba Ummi Dahlia itu membuatkan mata Nathan membuat besar, wajahnya terukir riak tidak percaya.

What? Berumur? Excuse me, wajah yang terpamer senyuman kacak ini dikatakan sebagai berumur? Nenek derhaka ni.

Setelah itu dia hanya mengabaikan sahaja, karang bersuara pasti kena punya.

"Lengkap dah Nathan, sesuai sangat untuk berumah tangga" puji Ibu Ayana.

Mendengar pujian itu mengembalikan senyuman di bibir Nathan semula. Lengkap? Erm. Terlebih lengkap, malas hendak puji diri sendiri tetapi itulah. Haih, Nathan mulai tersenyum sendirian mebayangkan betapa beruntungnya perempuan yang memilikinya.

Mawar yang memerhati tindakan lelaki itu sedari tadi mula berkerut, dah kenapa... lagak seperti orang kaya baru.

"Jadi Nathan, berapa lama tempoh yang kamu anggarkan sebelum nikah?" Soalan Ayah Syah itu menyedarkan Nathan di dunia nyata, tempoh?.

Tatkala itu pandangannya beralih ke arah Mawar, mata bundar itu direnung lama sebelum dia memikirkan sesuatu.

"Sebulan" balasnya yakin.

"Ha?!" Riak Mawar terkejut, se-sebulan?.

Nathan tersenyum sinis.
"Seminggu?" Usiknya.

Mawar menelan liur kelat, lelaki ini seriuskah?. Ataupun masih lagi ingin mengenakannya? Namun riaknya jelas tidak bermain-main, atau dia yang tersalah dengar?. Aduhai, peningnya.

"Sekarang ni siapa yang gatal?" Persoalan Ayah Syah itu mengundang tawa kecil di ruang tamu, Ummi Dahlia dan Ibu Ayana terhibur memerhati tingkah laku mereka berdua yang terkulat-kulat itu. Padan muka, tadi bukan main lagi bergurau ya.

"Bukan gatal, tapi Nathan tak nak ambil masa yang lama dalam hal ni. Cukup bulan, halal" kata-kata Nathan itu ibarat letupan bunga api di hati Mawar, yakinnya lelaki itu membuat keputusan sendirian. Tidak mahu bertanya kepadanyakah?.

"Mawar?" Panggil Ummi Dahlia.

"Yya-ya?" Balasnya gagap, tumpuannya terganggu.

"Tok Ummi minta dalam tempoh dua bulan, setuju?" Pap! Satu lagi hentakan hebat padanya, jujur dia tidak tahu mahu membalas apa. Jika mengangguk dianggap gatal, jika diam dianggap tidak mahu pula. Eh, tapi mahu sebenarnya?.

"Setuju, dua bulan dan selesai" bukan Mawar yang membalas tetapi Nathan pula yang yakin menjawab. Paling menyakitkan hati apabila riak wajah lelaki itu biasa sahaja, kosong malah tidak bersalah.

"Ikutlah, Ayana okay ya?" Pertanya Ummi Dahlia itu dibalas dengan anggukan gembira oleh Ibu Ayana, mana-manalah asalkan tujuan mereka selesai.

Eh?, Bukan aku yang kahwin agaknya. Benarlah, dia persis kelihatan orang tiada otak. Masih lagi tidak faham, Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Puas mengelamun akhirnya dia mula beriak seperti biasa, ketika itu pandangannya mulai bersatu dengan Nathan. Tekun lelaki itu menatapnya, dia menjongketkan sebelah kening menghantar pertanyaan.

Tiada sebarang kata-kata namun lelaki itu mengenyitkan sebelah matanya sebagai balasan.

Serentak itu juga Mawar tersedak perlahan, terkejut. Berusaha dia meredakan rasa malunya dengan memandang sekeliling, Allahuakbar, hendak meletop jantungnya.

Mawar berdeham kecil, dua bulan dan dia sudah bergelar isteri orang.

'Permudahkanlah urusan hambamu ini, Ya Allah' doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience