•bab 19•

Romance Series 12832

           TERHINJUT-HINJUT bahu Ibu Ayana menahan rasa sebak yang bertandang, dia menutup wajahnya yang basah dengan air mata. Sedari tadi dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara, menahan rasa ingin meraung itu dengan mengetap bibirnya.

Hampir rebah tubuhnya tatkala mendapat panggilan dari Nathan mengenai keadaan Mawar, saat itu juga dia menjerit kerisauan. Rasa amarah kepada pelakunya juga semakin menggunung, ingin sahaja dia merobek kulit penjenayah itu.

"Ibu" panggil Ferhadh, sayu. Lemah dia melihat keadaan Ibu Ayana ketika ini, sejak mereka di rumah tadi hanya air mata yang menemani ibunya itu. Dia juga tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya tatkala mendengar keadaan adiknya yang terseksa itu, air matanya benar-benar terasa ingin mengalir. Namun dia harus menahannya di hadapan mereka semua, ego lelaki. Walaupun matanya jelas kelihatan merah.

"Ibu jangan macam ni, kita doakan adik dekat dalam tu" pujuk Ferhadh sayu, bahu ibunya diusap lembut. Ketika ini pun hanya dia dan Ibu Ayana di hospital, dia perlu meninggalkan Cinta dan Aathif di rumah memandang mereka berdua sudah tertidur. Dia cuma meninggalkan sticky note kecil di sisi meja, memberitahu mengenai pemergiannya.

"Sesak dada ibu Ferhadh, ibu tunggu adik tak balik-balik. Apa yang ibu dapat adalah panggilan dari Nathan, dia bagitau keadaan adik hampir parah Ferhadh, ibu takut" luah Ibu Ayana sambil menggenggam erat baju di bahagian dadanya, jelas kedutan yang berbentuk melalui genggaman erat itu. Benar-benar menunjukkan rasa sakitnya di situ, hati ibu mana yang tidak terluka jika melihat keadaan anaknya seperti ini.

Doanya tidak putus-putus meniti di bibir, berharap agar anaknya berada di dalam keadaan yang baik. Dia juga tidak pernah bergerak dari tempat duduknya, setia menunggu pemeriksaan anaknya di bilik kecemasan. Dia hanya inginkan jawapan yang positif, itu sahaja cara untuk menenangkan hati tuanya.

"Assalamualaikum" sapa seseorang.

Serentak dua beranak itu mengalihkan pandangan mereka, air mata Ibu Ayana semakin laju tatkala melihat wajah yang tersenyum tawar itu.

"Waalaikumsalam" balas Ferhadh lalu menghembuskan nafas lemah, rasa risaunya sedikit berkurangan tatkala melihat susuk tubuh Nathan itu.

"Nathan" panggil Ibu Ayana dengan nada bergetar, lengan lelaki itu digenggam erat. Hati tuanya mendesak-desak ingin mengetahui keadaan yang berlaku ketika di sana, dia ingin mengetahui kejadian yang menimpa anak perempuannya dengan lebih lanjut. Walaupun sebentar nanti, hati dia yang terluka.

"Ibu rehatlah dulu, bila semuanya okay Nathan akan cerita" pujuk Nathan lembut, bukannya dia tidak mendengar suara raungan Ibu Ayana sewaktu mereka di panggilan telefon tadi. Namun dia tidak boleh ke hospital dengan lebih awal, dia hanya mampu menghantar Mawar sahaja sebelum diarahkan pulang semula ke balai. Dia perlu menguruskan laporan kes Mawar dengan lebih lanjut, kerana ini adalah serangan kali kedua.

"Macam mana boleh jadi macam ni Nathan, sedangkan tadi Maya dah telefon Ibu. Dia kata Nathan minta tolong dia untuk ambil Nathan kat sana, enjin kereta Nathan bermasalah" terang Ibu Ayana bersama nafas yang sedikit sesak, semakin lama semakin erat genggaman tangannya di lengan anak muda itu.

Ketika itu juga Nathan menghembuskan nafas sesal, jika dia tiba dengan lebih awal tadi pasti keadaan Mawar tidak akan seteruk ini. Dan jika dia terlewat, berkemungkinan tubuh Mawar akan terpapar di hadapan matanya di dalam keadaan yang tidak bernyawa. Memikirkannya sudah mensesakkan dadanya, apatah lagi melaluinya.

"Itu bukan nombor Nathan ibu, dan kalau Mawar tak mesej Nathan waktu tu. Mungkin Nathan takkan tahu keadaan dia" jelas Nathan dalam keadaan memujuk, dia membawa tubuh Ibu Ayana untuk duduk di kerusi. Kasihan tubuh tua itu menggigil memohon penjelasan darinya, bukan dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut tetapi dia risau sekiranya tubuh tua itu semakin lemah dan tidak sihat.

"Tapi voice tu, suara kau kan?" Soalan Ferhadh mengundang seribu kedutan di dahi Nathan, suaranya? Sedangkan hari ini dia langsung tidak menelefon Mawar, kerana itu dia agak pelik sewaktu menerima mesej daripada wanita itu. Selepas itu tanpa berfikir apa-apa dia terus mengarahkan anak buahnya untuk melakukan tangkapan, kerana dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Suara aku? Hari ni aku tak ada telefon Mawar, lagi satu nombor yang telefon tu bukan nombor aku. Jadi aku dengan pihak yang lain masih lagi melakukan siasatan, kami terpaksa ambil telefon Mawar untuk mencari bukti" terang Nathan, setia berdiri di sisi Ibu Ayana yang masih erat memegang lengannya.

"Maksudnya?" Soal Ferhadh lagi, tidak mengerti.

"Apa yang aku bersyukur adalah, Mawar mesej aku tentang lokasi dia pada aku dan bukan pada nombor asing tu. Mungkin masatu fikiran dia tergesa-gesa dan tak sedar perkara tu, tapi aku bersyukur sebab dia buat macam tu. Kalau tidak, aku tak akan tahu keadaan yang dia lalui masatu dan berkemungkinan aku langsung tak berpeluang untuk selamatkan dia" terang Nathan lebar, itulah salah satu perkara yang dia syukuri sehingga sekarang. Tindakan Mawar yang low pickup itu memuaskan hatinya,  lambat untuk menyedari sesuatu.

"Waktu Nathan datang, Mawar okay kan? Mawar tak apa-apa?" Semakin erat gengaman Ibu Ayana di lengan lelaki itu, walaupun perit namun dia benar-benar ingin mengetahuinya.

Nathan menoleh dengan wajah yang keruh, bisakah Ibu Ayana menerimanya? Sedangkan berita mengenai keadaan Mawar di hospital pun sudah cukup membuat wanita itu rebah apatah lagi mengenai keadaan Mawar sebelum itu. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko merbahaya, dia tahu tahap kesihatan Ibu Ayana ketika ini.

"Bagitahu ibu Nathan!" Raung Ibu Ayana sedikit tinggi, dia gagal untuk mengawal emosinya.

"Mawar hampir diperkosa masatu, pakaian dia... pakaian dia hampir tertanggal dari tubuh dan kaki kanan dia lebam" jelas Nathan dengan nada bersalah, perlahan sahaja nada suaranya. Tatkala itu juga terasa genggaman erat di lengannya mulai lemah, perlahan-lahan sebelum tangan tua itu jatuh.

"Kenapa semua ni berlaku pada anak ibu? Apa salah dia? Apa yang dia buat sampai macam ni sekali ujian-nya" mata itu semakin berkaca menahan air mata, hati tuanya sakit mengingatkan nasib yang menimpa anaknya. Trauma yang dulu masih belum hilang sepenuhnya, kemudian ditambah pula dengan situasi sama yang lagi teruk keadaannya.

"Sabar ibu, keadaan adik sekarang dah okay. Adik dah selamat" pujuk Ferhadh lalu mengusap lembut bahu ibunya, dia turut terkejut mendengar kata-kata Nathan itu. Mujur lelaki itu ada, jika tidak mereka hanya mampu melihat tubuh itu tanpa nyawa. Sama seperti nasih mangsa-mangsa di luar sana, pedih yang dirasai berkali ganda rasa sakitnya.

"Ibu takut" esak Ibu Ayana tersedu-sedan, dia menggenggam erat baju di bahagian dadanya. Rasa sakit yang memang tidak dapat disorokkan,  hanya dia sebagai ibu yang merasainya berlipat kali ganda. Seolah-olah dia turut merasainya, sakit dan perit yang anak perempuan laluinya sebentar tadi.

"Ferhad faham, Ibu. Kita semua rasa perasaan yang sama" pujuk Ferhadh masih tidak berputus asa, dia sendiri buntu untuk memujuk ibunya itu. Dia risau jika berlaku apa-apa pada kesihatan ibunya, kerana itu dia tidak mahu Ibu Ayana mendengarnya sendiri. Biarlah dia sendiri yang menerangkannya, namun ibunya itu terlalu menggesa Nathan untuk membuka cerita, dia tahu, lelaki itu juga pasti bersalah dan risau.

"Ibu--"

Bunyi kuakan pintu kecemasan menarik perhatian mereka, terus sahaja pandangan mereka beralih kepada doktor perempuan yang sedang mencatit laporan kesihatan.

"Doktor" panggil Ibu Ayana segera, dengan bergegas dia melangkah ke arah doktor itu.

Doktor perempuan itu tersenyum, sedikit sebanyak senyuman itu meredakan hati mereka.

"Alhamdulillah, Cik Mawar berada di dalam keadaan yang baik. Cuma dia mengalami kecederaan di wajah dan bahagian kaki kanan yang retak, dan saya beranggapan sama ada dia tersandung sesuatu atau dihentak dengan sesuatu yang keras" terang Doktor perempuan yang bernama Wardah itu, dia tersenyum memandang wajah lega keluarga tersebut. Pasti mereka berasa sungguh risau, maklumlah ahli keluarga sendiri yang mengalami kemalangan.

"Saya boleh jumpa anak saya, doktor?" Soal Ibu Ayana bersama senyuman lebar, wajah itu jelas menunjukkan rasa syukur yang tidak terhingga.

"Boleh, Puan. Saya dah arah untuk  pindahkan anak puan ke wad biasa, puan sekeluarga boleh melawat dalam beberapa minit kemudian" jelas doktor itu lalu meminta diri untuk beredar, masih banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan. Alhamdulillah, tugasnya di sini berjalan dengan lancar.

"Terima kasih, doktor" ucap mereka serentak, Doktor Wardah sekadar melemparkan senyuman sebelum beredar.

"Marilah, mari kita jumpa adik" gesa Ibu Ayana, gembira. Dia tidak sabar untuk melihat anaknya.

"Ibu pergilah dulu, Nathan kena balik balai semula" balas Nathan sedikit bersalah, dia hadir kembali ke hospital pun untuk mengetahui keadaan wanita itu. Mendengar Mawar berada di dalam keadaan yang baik pun sudah melegakan hatinya, jadi selepas ini dia boleh menyelesaikan laporan dengan tenang.

"Nathan tak nak singgah sekejap?, Mawar dah dipindahkan ke wad" ujar Ibu Ayana bersama senyuman nipis, kesian anak muda itu. Harus mengulang-alik dari balai ke hospital, belum sempat berehat namun harus kembali semula ke tempat kerjanya. Sungguh rasa terima kasihnya amat tidak terhingga buat lelaki itu, hatinya sungguh mulia.

"Maaf ya, Ibu. Lain kali Nathan datang jenguk Mawar" berkerut wajah itu menahan perasaan bersalah, risau jika dianggap kurang ajar. Namun melihat senyuman yang terukir itu melegakan hatinya, pasti Ibu Ayana sungguh gembira mendengar berita baik mengenai anak perempuannya.

"Tak apa, Nathan pergilah kerja. Terima kasih, sebab selalu ada dengan Mawar" ucap Ibu Ayana ikhlas, hatinya mula dihurung perasaan sebak sekali lagi. Dia menyorokkan matanya yang mulai berkaca, banyak sungguh air matanya keluar hari ini. Sakit dan bersyukur bersatu dalam perasaan yang sama.

"Sama-sama, Ibu" balas Nathan sebelum meminta diri, dia mencium tangan tua itu sebelum melakukan brother hug bersama Ferhadh. Sejurus selepas itu kakinya terus melangkah pergi, dia tersenyum kecil memerhati mereka.

Ibu Ayana tersenyum menghantar langkah Nathan keluar hospital, mulia benar hati lelaki itu. Walaupun penat namun dia langsung tidak menunjukkannya, wajah anak muda itu masih lagi tenang dan tersenyum. Beruntung benar siapa yang memilikinya, sungguh sejuk perut ibu yang mengandungkannya.

"Ibu suka Nathan"

Pengakuan Ibu Ayana mengundang seribu kerutan di dahi Ferhadh, macam lain je ayat tu.

"Tapi, ibu... Nathan tu terlalu mudalah untuk jadi suami ibu" Ferhadh menggaru kepalanya yang tidak gatal, tidak faham.

Ibu Ayana menggelengkan kepalanya perlahan, rasa bersalah pula hendak kata anak sendiri bahlul.

          "ASSALAMUALAIKUM" sapa Hujan di hadapan sebuah rumah yang benar-benar berukiran kayu kampung, dia memandang sekeliling rumah yang bersih itu. Cantik, tersusun dan kemas.

"Waalaikumussalam" balas satu suara halus dari dalam.

Segera Hujan mengalihkan pandangannya tatkala pintu rumah itu terbuka, ketika itu juga muncul wajah manis Leinani di hadapan pintu. Dia tersenyum membalas senyuman wanita itu, ayu berkain batik dengan baju berlengan panjang yang tersarung di tubuh. Malah di kepalanya tersarung selendang hitam yang dililit ala kadar. Cantik.

"Ini Inspektor Hujan, kan?" Soal Leinani setelah mengecam wajah itu. Iya, benarlah. Lelaki inilah yang membantunya dan ibu pada tempoh hari, sewaktu kes kemalangan kakaknya.

"Haah, saya datang ni nak jumpa Leinani dan ibu" ujar Hujan berterus terang, ada sesuatu yang perlu dia beritahu. Kerana itu dia mencari alamat keluarga ini di laporan kes kematian Liany Rihanna, kakak wanita itu.

"Masuklah, Tuan. Saya panggil ibu" ajak Leinani sambil memberi laluan kepada lelaki itu untuk ke atas.

Dengan perasaan sedikit malu Hujan menanggalkan kasutnya, akur untuk ke dalam. Rasa segan pula, entah mengapa.

"Duduklah dulu, Leinani panggil ibu" ujar Leinani sebaik sahaja Hujan melangkah masuk ke dalam rumah, segera dia melangkah ke dapur untuk memanggil ibunya. Tidak baik pula membiarkan tetamu menunggu lama, sekurangnya biarlah ibu yang melayan sementara dia menghidangkan air.

Hujan menganggukkan kepalanya sebagai balasan, tatkala itu dia mengambil peluang untuk memerhati sekeliling ruang tamu itu. Ringkas sahaja susunannya, tidak terlalu padat dan sempit. Selesa.

"Tuan" panggil seseorang.

Serentak itu Hujan mengalihkan pandangannya, ketika itu juga dia menunduk mencium tangan tua itu.

"Duduklah" bahu lelaki itu diusap lembut, sopan.

"Maaflah, saya ganggu mak cik waktu-waktu macam ni" Hujan mengusap belakang lehernya, bersalah. Namun dia harus memberitahu juga, kerana itu adalah ahli keluarga mereka. Jadi mereka berhak untuk mengetahuinya.

"Tak ada apalah, ada apa ya?"

"Erm, macam ni... Makcik..."

"Makcik Wardah" sampuk Ibu Wardah bersama tawa kecil, tahulah dia bahawa lelaki itu terpinga-pinga. Melihat wajah kebingungan itu pun dia tahu.

"Mayat anak makcik, Liany Rihanna dah selamat diperiksa oleh ahli forensik di hospital. Makcik boleh tuntut jenazah di sana, kalau nak saya boleh bawakan" terang Hujan disamping itu menawarkan diri untuk menolong keluarga kecil itu, melihat keadaan mereka dari luar rumah tadi pun sudah cukup untuk menjelaskan segalanya. Sebarang kenderaan langsung tiada di rumah itu termasuklah sebuah basikal, kereta dan motor apatah lagi. Pasti selama ni mereka melakukan kerja dengan hanya berjalan kaki, kerana itu dia sanggup untuk menawarkan diri.

Wajah Ibu Wardah bercahaya, akhirnya dia diizinkan untuk berjumpa dengan anaknya. Walaupun tanpa nyawa di tubuh itu. Tetapi tidak mengapa, asalkan wajah anak perempuannya dapat ditatap buat kali terakhir.

"Tak apa kah, kamu hantarkan?" Soal Ibu Wardah dengan rasa bersalah walaupun dia benar-benar inginkan pertolongan itu.

"Tak apa, makcik. Saya boleh hantar makcik pergi dan balik" rasa tenang pula tatkala melihat wajah tua itu mengukirkan senyuman gembira, ketika itu benar-benar terlakar riak bahagia di wajahnya. Seolah-olah sudah lama memendam rindu kepada anaknya yang menjauh, walhal realitinya memang sudah pergi begitu jauh.

"Alhamdulillah, bolehkah kita pergi hari ni?" Perasaan hendak menatap jenazah anak perempuannya semakin berbuak-buak, sudah lama dia menunggu detik ini dan akhirnya telah tiba. Dia betul-betul tidak sabar.

"Boleh makcik, makcik pergilah bersiap saya tunggu"

Kata-kata Hujan itu semakin melebarkan senyuman Ibu Wardah, segera dia bangkit dan menuju ke bilik untuk bersiap. Sungguh, dia tidak sabar untuk menatap wajah anaknya. Buat kali terakhir, sebelum dia benar-benar bersedia untuk melepaskan anaknya pergi.

"Eh ibu, nak pergi mana?" Soal Leinani tatkala melihat pintu bilik ibunya tertutup.

"Jemput minum, tuan" ujarnya setelah meletakkan dulang air di atas meja kopi, dia tersenyum kecil lalu melabuhkan duduk di sisi meja kopi itu. Sudah terbiasa duduk di bawah, sehingga tidak selesa untuk duduk di atas kerusi. Tabiat.

"Terima kasih, Leinani pergilah siap" ucap Hujan sambil menghirup air di dalam cawan itu. Ya Allah, buat air pun sedap.

Automatik kening wanita itu berkerut, bersiap?.

"Kenapa, tuan?. Ibu pergi bersiap kah?" Soalnya keliru.

Hujan menganggukkan kepalanya.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya lagi, semakin bertambah pula rasa kelirunya. Lebih-lebih lagi melihat kelakuan tergesa-gesa ibu, ada apa-apa yang berlakukah?.

"Leinani dah boleh melawat jenazah kakak kat hospital" serentak itu juga wajah cantik itu terkedu, Hujan mengukirkan senyuman kecil. Terlalu gila untuknya angau dengan seorang wanita yang baru ditemui, apatah lagi personaliti wanita itu seakan-akan budak sekolah. Kecil tetapi matang. Wajahnya ayu, senyumannya cantik, dan matanya berkilau. Subhanallah, cantiknya ciptaan Tuhan.

"Kejap ya Tuan, Leinani nak pergi bersiap" serentak itu juga dia berlari anak ke dalam bilik, walaupun rasa tidak elok untuk memperlakukan tetamu seperti itu namun dia tidak sabar.  Tubuhnya sendiri yang bergerak balas seperti itu, dia tidak dapat mengawalnya. Tidak sempat untuk brek pula.

Tanpa sedar Hujan tertawa kecil, sedikit terhibur. Comel.

          RAAID tergelak memerhati laporan di tangannya, otaknya langsung tidak boleh memproses maklumat tersebut.

"Pehal kau gelak?" Soal Gween, bengang. Dari tadi lagi lelaki itu tertawa, bila ditanya dikata tiada apa-apa pula. Hendak sahaja dia menghempuk dengan pen ditangannya, gila.

"Tak ada apa" ha nampak tu, bila soal macam itu pula. Sebab itu sakit hati untuk bertanya berulangkali, jawapannya tidak muhasabah.

"Kau tengok benda biru kah, bro?" Kata-kata Nubhan itu berjaya menghentikan tawa Raaid, salahkan untuk dia tertawa?. Benda kelakar, gelaklah. Takkan mahu nangis pula, tidak logik.

"Astaghfirullahalazim" ucap Gwenn, berpura-pura terkejut.

"Tengok laporan pun gelak, kalau tengok muka sendiri logik juga. Pft" sindir Nubhan bersama tawa kecil, terlebih pula. Niatnya cuma ingin mengutuk sahaja, tersindir pula. Haha.

"Aku malas nak mencarut di hari mulia ni, tapi kau sangat menyakitkan hati" jujur Raaid bersama wajah masam, ketika itu juga dia menutup laporan itu dengan kuat. Fail laporan itu dicampak ke atas meja dihadapan mereka, hendak gelak tidak boleh, hendak serius pun tidak boleh. Semua perkara hendak berleter, dasar manusia tidak geti bersyukur. Haih. Rasa nak tampar.

"Apa yang lawak dekat laporan tu?" Soal Gwenn lagi, benar-benar ingin tahu, iyalah kalau kelakar dia pun hendak gelak juga.

"Tak ada apa-apa"

"Pergi mampus kau" ujar Gwenn setelah mendengar balasan itu, aku dah agak. Lelaki dengan perangai annoying, memang tidak dapat dipisahkan.

"Sebenarnya, Raaid kat sini untuk terangkan laporan kes Liany Rihanna dan Gwenn kat sini untuk terangkan laporan kes Mawar Maylea. Tapi, dua-dua kat sini macam tak ada otak. Dari tadi bergaduh, kalau macam tu lebih baik aku balik" rungut Nubhan sambil meraup kasar wajahnya, stress sungguh memerhati pergaduhan mereka. Sepatutnya mereka berkumpul untuk membincangkan kes yang terjadi, dan kes itu berlaku selang beberapa hari sahaja tetapi Mawar berjaya untuk diselamatkan.

"Actually, memang dari awal kes perbincangan korang macam ni kah?" Soal Nukhail sedari tadi berdiam diri, pening kepalanya memerhati mesyuarat mereka. Langsung tidak serius dan lebih kepada bermain-main, walaupun tidak terlalu banyak tetapi seronok sahaja mereka. Bukankah polis selalunya stress dan serabut?.

"Diam kamu" balas Raaid dan Gween serentak, mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum berdecit geram.

"Bekerjasama dengan budak-budak macam nilah" tambah Nubhan, rasa-rasanya di dalam kumpulan mereka hanya dia sahaja yang matang. Tidak suka marah-marah dan lebih bersikap profesional, ceh.

"Sampai sekarang aku blur, Nukhail ni pegawai pertukaran dari balai mana?" Soal Raaid, pelik. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam balai dia terus diperkenalkan dengan manusia bernama Nukhail ini.

"Aku pun tak ambil tahu sangat, laporan ada pada Nathan. Dan balai polis sana sendiri yang telefon tentang pertukaran dia" jelas Nubhan seraya memandang wajah kebosanan Nukhail. Dia sendiri keliru dengan lelaki itu kerana mereka tidak mendapat sebarang arahan dari mana-mana jabatan, dan tiba-tiba diperkenalkan begitu sahaja. Tidak terlalu terperinci kerana segala maklumat dan biodata tersimpan di dalam bilik Nathan. Dan Nathan sahaja tahu dimana letaknya.

"Nanti-nantilah korang siasat aku, sekarang ni perbincangan ni diteruskan atau tidak?" Nukhail menggaru kepalanya yang tidak gatal, sedari tadi otaknya berputar namun tidak jumpa apa-apa pun. Perbincangannya pula seperti ini, langsung tidak boleh dibawa bincang.

"Mangkuk dua orang ni" tuju Nubhan kepada Raaid dan Gwenn, dia turut bersandar lemah di kerusi. Dia pun ada kerja yang hendak dilakukan, jika bukan kerana arahan Nathan untuk mereka bermesyuarat sudah lama dia menarik diri. Kerana mesyuarat mereka akan berjalan lancar sekiranya ada lelaki itu, namun mereka terpaksa melakukannya dahulu sementara menunggu ketibaan lelaki itu. Lagi satu, lambatnya on the way Nathan dari hospital.

"Aku seriuslah" marah Raaid.

"Okay macam ni" potong Gween pantas, daripada berlama-lama di situ lebih baik dia memulakan dahulu. Jika menunggu giliran Raaid sampai ke esok hari tidak selesai.

"Woi, laporan aku" marah Raaid, dia menjeling tajam wajah bersih Gwenn. Suka hati je potong barisan, eh.

"Apa yang aku dapat tahu, Mawar menerima panggilan dari Nathan dan suara tu betul-betul suara Nathan tapi nombor tidak. Berkemungkinan mereka menggunakan trick dengan cara mengedit suara Nathan dari pelbagai sudut sampailah wujud satu ayat yang diterima Mawar masatu, di mana diorang dapat recorder Nathan masih belum dikenal pasti lagi" terang Gwenn sambil menghulurkan fail copy laporan tersebut kepada mereka, namun dia mencampak fail itu ke wajah Raaid sebaik sahaja ingin menghulurkan kepada lelaki itu.

"Anjir" carut lelaki itu perlahan.

"Perjalanan Mawar ke tempat itu mengambil masa setengah jam dan pergelutan berlaku hampir 20 minit, dan Mawar diselamatkan di dalam keadaan cedera di bahagian kaki kanan malah hampir dibiarkan dalam keadaan tidak berbaju di tubuh" tambah Gwenn lagi, dia mengakhiri kata-katanya dengan keluhan lelah.

"Macam mana Nathan tahu keadaan Cik Mawar?" Soal Nukhail bersama dahi yang berkerut.

"Satu kesilapan Mawar yang betul-betul menyelamatkan diri dia adalah tersalah mesej nombor telefon,   dia tak mesej nombor yang menelefon tetapi dia mesej Nathan. Aku rasa dia gelisah masa tu, dan bertindak tanpa berfikir apa-apa memandangkan dalam fikiran dia adalah Nathan" kata-kata Gween itu mendapat sepenuh perhatian mereka, termasuklah Raaid yang marah sebentar tadi.

"Tindakan dia selamatkan diri dia sendiri, perkara tu twist sikit je" ujar Nubhan sedikit kagum, kadangkala gabra boleh menyelamatkan diri sendiri. Dan dia kagum dengan sikap Mawar ketika itu, tidak terlalu berhati-hati dan hanya melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir. Dia tahu, mungkin ketika itu wanita itu terlalu cemas.

"5 orang penjenayah ditangkap dan mereka semua merupakan warganegara lelaki, dan sekarang ini berada di lokap. Aku dan Nathan akan melakukan soal siasat terhadap mereka berdasarkan kes Mawar ni" Gwenn menyelitkan rambutnya yang terjuntai dari ikatan ke telinga sebelum mengelap peluh yang menitik di tepi dahi. Panas.

"Apa-apa lagi maklumat tambahan?" Soal Nubhan, dia kagum melihat laporan terperinci yang terpapar di fail itu. Lengkap dan padat.

"Kami menjumpai jarum suntikan yang berkemungkinan diisi dengan cecair perangsang" serentak itu juga Gwenn meletakkan jarum yang terdapat di dalam lekap jernih di atas meja.

"Itu adalah jarum yang dijumpai di tempat kejadian" terangnya mendatar.

"Masuk ni, dah dua kali Mawar menjadi mangsa" kata-kata Raaid itu mendapat anggukan daripada mereka kecuali Nukhail, pandangan lelaki itu hanya tertumpu kepada fail laporan di tangannya.

"Sebab dia bersendiriankah?" Soal Nubhan sedikit pelik.

"Kebiasaannya wanita yang diserang dua kali ni sering dijadikan perhatian, berkemungkinan juga mereka dah lama perhatikan tindak tanduk Mawar. Dan sebab kenapa mereka betul-betul nakkan Mawar, aku sendiri tak tahu" sampuk Nukhail setelah lama mendiamkan diri, bila difikirkan semula logik juga mengapa mereka mahukan Mawar. Walaupun selama ini tiada seorang pun mangsa yang terlepas dari genggaman mereka, namun Mawar ini seakan-akan istimewa pula. Tetapi dia harus meneruskan lakonannya sebagai pegawai polis, silap haribulan dia yang akan diserang. Dia perlu berhati-hati dan bertindak tanduk seperti pegawai polis.

"Jadikan berkemungkinan juga lepasni Mawar akan menjadi tumpuan, kita kena perhatikan dia sebaiknya" arahan Gwenn itu mendapat anggukan daripada mereka, keselamatan Mawar dan keluarganya adalah kepentingan mereka sekarang. Tidak boleh tersalah langkah, berkemungkin mereka akan tersilap dengan cara yang halus.

"Okay laporan aku--" kata-kata Raaid terhenti tatkala melihat Nubhan dan Gween yang sudah berdiri dari duduk mereka.

"Weh, asal bangun?" Soal Raaid, bengang. Masa aku serius nak blah pula, banyak cantik muka.

"Malas nak dengar dari mulut kau, lebih baik aku tunggu Hujan sendiri" balas Nubhan sebelum menuju keluar diikuti oleh Gween dari belakang, selamba sahaja mereka melepasi pintu bilik mesyuarat itu tanpa menoleh ke belakang.

"Sakit hati aku, kau nak dengar tak?" Soalnya pada Nukhail pula.

"Lebih baik kau pun keluar" ayat Nukhail itu mengundang cebikkan di bibir Raaid, menyampah. Dia bangkit sambil mengemas barangnya dengan geram.

"Masa aku nak cerita tak nak dengar, lepastu semua bantai keluar. Nanti bila aku tak bagi laporan kata aku main-main bla bla bla..." semakin lama semakin hilang suara bebelan itu di luar pintu bilik mesyuarat, Nukhail hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan kosong.

Setelah memastikan tiada sesiapa di situ dia membetulkan lencananya di bahu, dia berdeham perlahan.

"Kau sendiri dengar kan, jadi pandai-pandai settle kan budak perempuan tu"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience