•bab 32•

Romance Series 12832

"HEY"

            TIDUR Mawar terganggu tatkala pipinya diusap lembut, dia menggumam perlahan. Siapa pula yang ganggu ni?.

"Hey, tiga suku" kejut suara itu lagi.

"Erm" gumamnya malas, dia ingin menutup wajahnya dengan bantal namun dihalang, malah bantal itu diambil dan dibaling entah kemana. Kacaulah!.

"Bangun, Mawar" kali ini hidungnya pula yang dicuit, dia menepis sakit hati. Orang nak tidurlah.

Dia merengus tatkala bibirnya dicubit lembut, tangan itu ditolak dengan rasa tidak puas hati bersama mata yang terpejam. Badannya terlalu letih untuk bergerak ataupun melawan, tubuhnya terasa seolah-olah ditikam-tikam tatkala dipaksa bergerak seperti ini.

Nathan melutut di sebelah isterinya, dia tersenyum nipis. Kesian melihat Mawar yang terbaring tidak selesa di sofa hospital itu, itulah dia tempat tidur utamanya sepanjang menjaganya di hospital. Bila disuruh tidur kat rumah tidak mahu, hendak juga menjaganya di situ. Dalam baik ada degilnya juga.

"Kenapa penat sangat ni?" Soal Nathan dengan tawa kecil, terhibur dengan tindakan gadis itu.

"Jangan kacaulah" marahnya, geram. Aku sepak karang, lantaklah siapa pun, aku tendang je.

Nathan merenung wajah itu dengan leka, tatkala itu spontan tangannya mengusir rambut panjang Mawar ke belakang telinga. Pertama kali dia melihat wanita itu tanpa tudung, mungkin kerana mereka sering berada di hospital menjejaskan kebebasan wanita itu untuk membuka auratnya. Bila-bila masa sahaja orang tertentu akan masuk.

Namun tatkala ini termampang pula, mungkin Mawar hanya membukanya ketika tidur. Maklumlah, wanita itu hanya akan lena selepas memastikan dia tidur. Dan dia akan sedar apabila dikejut oleh Mawar. Memang tiada peluang.

Tetapi sekarang ada, Nathan tersengih jahat. Dia mendekatkan wajahnya dengan senyuman nakal di bibir.

Ketika itu Mawar terasa satu hembusan hangat di pipinya, dia berkerut perlahan. Datang mana pula haba air fryer ni?.

"Sayang" panggil Nathan lembut, dia memandang suka wajah yang hanya berjarak beberapa inci itu. Ini kalau aku buat apa-apa, tak peduli agaknya.

"Saya tampar awak kang, berambuslah" marah Mawar lagi, tangannya dihayun malas ke hadapan namun tidak mengena wajah Nathan. Dia mengalihkan posisi baringannya ke kanan, tanpa sedar sehingga kedudukan wajahnya benar-benar seinci sahaja dari wajah Nathan.

Nathan terkedu. Dia memandang wajah manis itu dengan mata yang terkebil-kebil, bibir Mawar yang hampir bersentuhan dengan bibirnya itu dipandang dengan penuh minat.

Ehem. Dalam kes ni, aku tak boleh dipersalahkan.

"Kalau aku dapat ni" gumamnya sambil memandang bibir mungil itu.

"Bisingnya" tegur isterinya. Nathan menjongket kening mengusik, aku tebar kau dalam jamban satgi. Lemas kau dalam tu.

"Bangun, perempuan. Dah nak masuk subuh dah ni" kejutnya sedikit kuat, makin aku bisik makin lentok dia nanti. Maklumlah, suara kalah Justin Bieber.

Dia mencebik tatkala tiada sebarang respon dari isterinya, memang tidur sungguh ni.

Aduhai.

Semakin lama semakin tertarik pula dia melihat bibir mungil isterinya itu, tak salahkan jika dia ter-cium?.

Sedar tidak sedar wajahnya mulai mendekat, tangan mulai naik memegang penghadang sofa yang menjadi tempat lena isterinya. Wajahnya mengukirkan senyuman kecil, rezeki. Seinci sahaja lagi--

"Nathan" panggil satu suara perlahan.

Tindakan Nathan terhenti, dia memandang wajah yang sudah terbuka mata itu dengan pandangan kaku sebelum pandangannya dialih ke tempat lain. Kepala sofa diusap-usap seakan-akan membuang habuk.

"Kenapa banyak sangat debu ni?" Soalnya sendirian, malu. Pantas sahaja dia bangkit dari duduknya, tangannya berpeluk tubuh seolah-olah tiada sebarang perkara yang berlaku.

"Yang kau liat sangat nak bangun kenapa?" Soalnya sedikit garang, acah. Padahal malu sebab kantoi, maklumlah nak mencuri tak jadi.

Mawar menggosok matanya dengan mamai, Nathan rupanya. Memang tidak logik dek akal jika dia berfikir bahawa Nathan akan kembali pada waktu-waktu seperti ini, ingatkan orang lain tadi.

"Awak dah balik?" Soalnya kelam, ngantuk.

"Bukan, baru nak gerak" perli suaminya, Mawar tertawa perlahan. Menyampah.

Mawar mengubah posisinya menyandar ke sofa, dia membetulkan duduk sambil mendongak memandang wajah tegas Nathan. Garangnya.

"Awak okay?" Soalnya, risau. Sedari semalam tidak tenang tidurnya memikirkan keadaan lelaki itu, lebih-lebih lagi apabila Nathan menjalankan tugasnya dalam keadaan yang belum sepenuhnya pulih. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

"Erm, nothing happen" tipu Nathan, dia menyorok balutan diperutnya itu dengan tangan.

Memang agak gila. Tetapi sebaik sahaja dia sedar lewat pagi tadi, dia terus mengarahkan Hujan untuk menghantarnya ke mari. Memang keadaannya belum sepenuhnya baik, namun rasa sakit di bahagian perutnya semakin berkurangan. Dia hanya pitam disebabkan kondisi darah yang agak berkurangan di dalam tubuh.

Keadaan di istana juga hampir 60 peratus selesai, hanya tinggal berhadapan dengan Raja Syeikh Luthfan sahaja. Haih.

"Nak dekat pukul 6 pagi? Awalnya" gumam Mawar tatkala memerhati jam di dinding. "Habistu awak masuk tadi, macam mana?" Soal Mawar dengan tanda tanya.

"Laluan kosong, aku terjah je lah" balasnya ringkas sebelum melabuhkan duduk di sisi wanita itu, dia menyandarkan tubuh dengan selesa. Sedapnya.

"Awak penat?" Soal Mawar lagi, dia sudah menegakkan tubuhnya. Sudah 70 persen sedar dari lena, wajah suaminya dipandang dengan senyuman kecil.

"Sikit" balas Nathan sepatah. Tiba-tiba badannya terasa letih pula, tatkala inilah beban-beban berat itu mulai menghempap tubuh. Penat.

"Nak saya ambilkan air? Awak nak makan?Awak lapar tak? Ke awak nak mandi dulu?" Soal Mawar bertalu-talu. Entah mengapa, tiba-tiba rajin pula pagi-pagi ini. Semua benda hendak dibuat.

"Slow-slow, kitten. Aku okay, cuma nak rehat je" Mawar tersengih malu. Dia menyelak rambutnya ke belakang sebelum tindakannya terhenti sendiri. Dia terkaku memandang senyuman Nathan, omo.

"I think, I never seen this" ujar lelaki itu sambil menyentuh rambutnya, lembut sahaja jari-jemari itu bermain di setiap helai rambutnya.

"Erk--" Mawar mengelak laju, dia tergelak kekok. Macam mana boleh tidak sedar pula ni?. Dia tahu tidak berdosa tetapi malu! Bagaimana jika rambutnya menggerbang semasa pertama kali lelaki itu melihatnya? Jatuh saham aku!.

Dia meraba-raba sekelilingnya.

"Mana tudung aku ni" soalnya sendirian.

"Cari ni?" Soal Nathan sambil menggoyangkan sebuah tudung bawal berwarna maroon di tangannya.

Mata Mawar membulat besar, jauh sangat lah pula sesatnya. Dia tersengih.

"Terima kasih" ucapnya lalu mencapai tudung itu namun dengan segara Nathan menariknya. Terasa hendak menangis sahaja melihat senyuman nakal lelaki itu.

"Tak payah" dengan selamba Nathan mencampak tudung itu kebelakang. Mawar tergamam. Remuk!.

"Kedut tudung tu nanti tau! Dahlah kat sini tak ada iron" bebel Mawar dengan geram, membulat matanya memandang lelaki itu. Sengaja cari pasal!. Sedar tak remukkan di tudung itu adalah salah satu nightmare perempuan? Selamba je kau baling ! Skskshehwbahsh.

Nathan menahan lengan Mawar tatkala isterinya itu ingin bangun dari duduk, tubuh itu ditarik dekat dengannya. Sekejap sahaja tubuh wanita itu terhempas ke dadanya, kedua-dua tangan Mawar terasa melekap di dadanya. Dia bermain rambut itu dengan lembut.

"You looked beautiful like this" bisiknya perlahan, jarinya sengaja menyentuh telinga wanita itu.

Mawar menggeliat malu, geli. "Janganlah.." balasnya malu, dia menolak tangan lelaki itu dengan segan. Dia juga menjarakkan kedudukan mereka namun Nathan menahan belakang tubuhnya, sengaja tau dia ni!.

"Kenapa? Tak suka?" Soalnya bersama kening yang terangkat sebelah. Kata jangan, tetapi tangannya tidak ditepis pun.

Mawar mengemam bibirnya, bukan tidak suka tetapi malu. Seperti tidak tahu pula, lagi hendak bertanya. Aku tibai satgi.

"Sepanjang sebulan pernikahan kita, baru kali pertama aku dapat tengok ni" sekali lagi dia mengusik rambut isterinya, suka melihat wajah yang semakin kemerahan itu.

"Dah awak tak nak tengok.." gumam Mawar perlahan, dengar tidak dengar sahaja. Dia menundukkan kepalanya memandang dada lelaki itu.

"Apa dia?" Soal Nathan kembali, seolah-olah tidak dengar. Dia tersenyum penuh makna.

Mawar mencebik, pekak sangatlah tu. Bukan apa, ada kalanya dia membuka tudung di dalam wad, namun hanya ketika mandi dan sewaktu tidur sahaja, itu pun dengan perasaan ragu-ragu memandangkan wad Nathan sering dilawati oleh jururawat. Mujur sahaja kesemua mereka adalah wanita, tidaklah auratnya terlalu terdedah.

"Tapi, aku belum dapat yang ini" dengan selamba Nathan mencuit bibir isterinya, dia tersenyum nakal.

Pipi Mawar semakin kemerahan, dia terkedu tidak percaya. Dada lelaki itu dipukul dengan segan. Selamba sahaja mulut lelaki itu membalas, bukan main lagi. Secara tidak sengaja dia mengemam bibirnya, boleh tak kita tukar topik ni?.

Bibir yang dikemam menarik perhatiannya, kalau bukan sebab kau terjaga tadi, aku dah dapat dah.

"Ish, dahlah. Nanti nurse masuk" Mawar menolak tubuh suaminya namun Nathan sengaja menahannya.

"Nathann" panggil Mawar panjang, dia ni kalau nak buat onar tu sesuka hati dia je tau!. Tidak perasankah dengan wajahnya yang hampir meletop ini?. Argh!.

"Ala, sekejaplah" rungut Nathan sambil memejamkan matanya, dia menyelesakan kedudukannya di sofa. Dia memeluk erat pinggang isterinya, ingat senangkah nak dapat?.

"Ish!" Dengan geram Mawar menumbuk dada suaminya namun tidak berkesan, selamba riak wajahnya.

"Hey" tegur Nathan, tegas. Dia membesarkan matanya.

Mawar terkulat-kulat ditempatnya, garang erm.

"Patutnya kau buat macam ni" sejurus selepas itu Nathan terus melekapkan kepala Mawar di dadanya, dia menepuk-nepuk kepala itu dengan lembut.

"This is sweet sweet sweet side of me" senyumnya lebar. Kau nak sangat aku romantik? Ni ha aku bagi.

Haish!. Mawar menjerit di dalam hati, apa yang dia buat malam semalam ni?. Dia kena baling batu dekat kepalakah? Kenapa manis sangat ni?. Arghh!.

"Nanti orang nampaklah" kali ini dengan kuat Mawar menolak tubuh suaminya, namun Nathan terlebih dahulu sudah melepaskan pelukannya. Dengan sekelip mata dia tersembam baring di atas sofa, Mawar ternganga besar. Dia lepaskan aku macam tu je!.

"Apahal kau? Tak puas lagi?" Usik Nathan, tadi bersemangat sangat nak lepaskan diri, ini bila sudah terlepas masam pula wajahnya.

"Sakit tau!" Rajuknya bersama wajah masam, walhal tidak rasa apa pun. Huhu, saja nak mengada-ngada.

Ketika itu terdengar bunyi azan berkumandang.

"Dah lah terhentak--" Nathan segera menutup mulut isterinya, bising sangat mulut ni.

"Azan" balasnya sepatah, noktah.

Mawar menolak tangan itu dengan geram, wajahnya bertukar masam.

"Jom" balas Nathan tatkala azan yang berkumandang telah selesai. Dia bangkit dari duduknya.

"Pi manoi?" Balasnya pelik, tiba-tiba jom.

"Jadi makmum akulah" dia tersengih tidak bersalah mendengar keluhan suaminya, manalah kita tahu. Katalah jom subuh, ini jom je. Perosak bahasa melayu.

"Tapi awak nak pakai macam ni kah? Tak nak salin baju dulu?" Soal Mawar, pelik. Iyalah, Nathan masih lagi mengenakan pakaian serba hitamnya. Lengkap dengan semua senjata lagi, ini kalau tertembak ni naya sahaja.

"Oh.." automatik Nathan mengusap belakang lehernya, tidak sedar pula, tidak lama kemudian bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna. Wajah Mawar dipandang bersama senyuman lebar. "Let's go, kitten" ajak Nathan tiba-tiba.

"Ha? Ke mana pulak ni-- argh!" Jeritnya tatkala tubuhnya sudah berada di dalam dukungan lelaki itu, spontan tangannya memeluk erat leher Nathan. Dia terkedu dengan wajah yang kemerahan.

"Apa yang--"

"Shower me" permintaan lelaki itu membuatnya ternganga besar. Oh no, never. Please. Janganlah kau buat jalan cerita karut dekat sini.

"Tapi-- Nathan!" Jeritannya semakin kuat tatkala tubuh mereka sudah sepenuhnya berada di dalam tandas. Pintu tandas itu ditendang oleh Nathan sehingga tertutup. Dia terkaku tatkala wajah itu mulai terukir senyuman sinis, smirk. Oh please, no.

Ketika itu terdapat satu tubuh yang memerhati situasi mereka melalui katil hospital, Ferhadh mengeluh kasar sebelum terbaring pasrah di katil hospital.

Rindu bini aku, haish.

          FAITH DAIYAN menjejakkan kaki ke istana dengan wajah yang tegang, dia memerhati keadaan istana yang kelam-kabut itu dengan senyuman sinis. Nampaknya ada tsunami dekat sini.

"Putera mahkota" sahut Setiusaha Diraja sambil menunduk hormat di pintu istana.

"Where is Ayahanda?" Soalnya terus, malas mahu berlengah.

"Saya akan bawa Putera" balasnya lalu mengiringi langkah lelaki itu ke bilik bacaan istana. Sebaik sahaja tiba di sana, kelihatan tubuh Raja Syeikh Luthfan yang sedang berdiri menghadap ke arah jendela.

"Daiyan" panggil Raja Syeikh Luthfan tatkala pandangan mereka bersabung, nampaknya anak lelakinya itu benar-benar menunaikan kata-katanya. Istana Versailles dijejak tanpa sebarang paksaan.

"Erm, how are you? Better? I think" ujar Daiyan bersama senyuman kosong.

"Macam apa yang kamu lihat" balasnya lalu melabuhkan duduk di kerusi bewarna emas itu, dia bersandar selesa di situ. Secawan kopi yang terhidang itu dihirup perlahan.

"Have a sit"

"You know I came here not just to sip a cup of coffee, right?" Tolak Daiyan terang-terangan, dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Kalau boleh, dia tidak mahu berlengah terlalu lama di sini.

"Duduk dulu, Daiyan" dengan keluhan berat, Daiyan melabuhkan duduk di hadapan ayahandanya. Dia menoleh ke arah jendela, tidak mahu membalas pandangan lelaki itu.

"How about your thesis?"

"Just okay" balasnya ringkas.

"Apa yang buat kamu balik ke istana?" Akhirnya, habis juga kata-kata remeh yang membuang masa itu.

"Saja, to suprise you" balasnya main-main.

"Faith Daiyan" nama panjangnya disebut, dia tersenyum sinis. Masih tidak berubah, sama sahaja seperti dulu.

"Daiyan dah selesai dengan my thesis, then I come here to relaxes myself" balasnya lurus, malas mahu berbasi-basi. Lagipun dia tiada agenda lain, memang itu niatnya untuk menjejakkan kaki ke istana ini.

"Ayahanda tahu muslihat kamu, just straigt to the point" ujar Raja Syeikh Luthfan tegas, tiada sesiapa pun yang datang ke istana tanpa satu alasan yang bernafas, semuanya bersebab dan penuh muslihat.

"I am. No harm, okay. Daiyan memang datang untuk rehatkan diri di sini, before I flew back to Sydney" Memang bagi orang lain alasan itu tidak masuk akal, tetapi tiada istilah yang mengatakan dia tidak boleh merindui tempat tinggalnya kan?. Hampir 3 tahun dia di Sydney, jadi apa salahnya dia menghabiskan cuti sementaranya di kampung halaman sendiri.

"Ayahanda tak kisah, tapi jangan buat perkara yang menjejaskan nama istana" nasihat Raja Syeikh Luthfan dengan tegas, dia memberi amaran dan peringatan kepada anak lelakinya itu.

"You know I wouldn't" guraunya, dia tersenyum paksa. Mahu menjadi ikhlas pun susah tatkala itu, semua perilakunya semakin palsu dan dalam paksaan.

"And I shouldn't doubt that. If I know that, ayahanda tak teragak-agak untuk hantar kamu semula ke sana" ugut Tuanku Luthfan mendatar. Buatlah, dan dia jamin dia akan tunaikan janjinya.

"Kenapa? Dah panas tengok Daiyan kat sini?" Soal Daiyan dengan wajah yang masam, dia berpura-pura menjauh hati. Bibirnya mencebik terasa.

Raja Syeikh Luthfan mengeluh panjang, tipulah jika dia mengatakan yang dia tidak sayang dengan anak lelakinya. Daiyan adalah satu-satunya waris tunggal yang dia ada, harta utama yang perlu dia jaga sehingga akhir hayat. Namun kelakuan anaknya itu mencabar kesabarannya, rumit.

"Bibik istana akan kemas bilik kamu, makanan sudah disediakan kalau kamu lapar" penamatnya dia menutup perbualan mereka, sudah malas ingin melayan gurauan Daiyan yang menjurus kepada perlian.

Raja Syeikh Luthfan segera bangkit dari duduknya, ada banyak perkara lagi yang dia perlu uruskan.

Dia melangkah membuka tombol pintu bilik bacaan itu sebelum--

"Ayahanda" panggilan Daiyan itu menghentikannya, dia hanya berdiri tegak tanpa menoleh.

"Daiyan nak melawat kubur bonda" kata-kata itu membuatnya menoleh, wajah anak lelakinya itu dipandang tanpa riak. Dia menarik nafas panjang. Durah Hamra, mutiara yang paling bermakna untuknya, isteri yang meninggalkannya bersama seorang cahaya mata lelaki.

"Pergilah" balasnya sepatah.

"Go with me" pinta Daiyan, lebih kepada memujuk.

"Ayahanda ada kerja, banyak perkara yang perlu diselesaikan" tolaknya lembut.

"Kenapa ayahanda selalu mengelak bila Daiyan ajak? I know you need her" Daiyan segera bangkit dari duduknya, inilah satu perkara yang dia langsung tidak faham. Ayahandanya selalu mengelak setiap kali dia mengajaknya bersama, dan wajah itu pasti mendung tatkala nama isterinya disebut.

"Just got without me" ujarnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan Daiyan yang masih menanti kata-katanya, masih belum tiba masanya untuk dia membuka cerita.

Daiyan mengeluh perlahan, rindu terhadap bondanya semakin menggunung.

Daiyan rindukan bonda.

          MAWAR mengemas baju suaminya dengan kemas, beberapa helai baju itu disusun di dalam beg. Almaklumlah, Nathan akan discharge pada petang ini, bersungguh sangat mahu keluar dari hospital setelah sebulan menetap di sini.

Dan selama itu jugalah dia menetap di sini, menjaga dan melayan karenah Nathan yang kadangkala tidak matang dan mental. Uhuk.

"Tak nak ni" Nathan mencampak baju berkolar maroon itu di atas katil hospital, tepat di wajah isterinya.

Mawar mengambilnya dengan keluhan panjang, ada yang aku tebar karang.

"Kan cantik baju ni, pakailah" pujuknya lembut, baju itu dibentangkan di atas katil. Sesekali dia membelek baju itu, tiada apa pun, cantik je.

"Hodoh" kutuknya selamba.

"Aip, pakai je. Banyak songeh pula" dengan masih berbaju hospitalnya lagi. Ya Allah, masa-masa inilah mahu membuat perangai. Awak tak nak balikkah, Nathan?.

"Warna maroon tu tak lawa" Astaghfirullahalazim, Reidht Nathan. Nasib baik saya isteri awak, kalau tidak memang saya celup muka awak dalam lobang jamban. Perangai tidak ubah seperti budak-budak.

"Habistu? Tak nak pakai baju?" Soalnya berbunyi perlian.

"Haah"

"Reidht Nathan!" Sksjdbevhsy, geramnya aku.

"Cer kau tengok betul-betul, warna ni kelam" rungutnya sambil menayang kesan-kesan di baju itu, dia mengangkatnya di hadapan wajah Mawar. Wajah isterinya itu dipandang dengan masam, aku tak suka.

"Mana?" Tiada cacat cela pun di baju itu. Ha nampak, baju pun boleh bawa gaduh.

"Ini" tunjuknya, baju itu diangkat sehingga menutup wajahnya.

Mawar memerhatinya dengan teliti, dahinya mulai berkerut di sebalik baju itu. "Merapu apa ni, awak?" Soalnya geram, wajah Nathan yang terlindung disebalik baju itu dijeling, mengada-ngada.

"Butalah kau ni, cuba tengok bahagian atas dia" balasnya semangat, dia sengaja mendekatkan wajahnya dengan wajah Mawar.

Dengan patuh Mawar mendongak ke atas, kolar baju dipandang dengan tekun. Mana ada apa-apa!.

"Malas saya lawan awak" rungutnya, aku ada banyak kerja nak kena buat. Dah lah tidak mahu melipat baju sendiri, selamba sahaja lelaki itu mencampakkan baju-baju itu diwajahnya dengan alasan untuk melipatnya. Sakit hati sis.

"Eh ni ha" jumpanya.

Dengan segera Mawar mencarinya. "Mana mana?" Soalnya ingin tahu.

"Cak" Nathan menurunkan baju itu lalu dahi isterinya dicium sayang. Wajah kemerahan isterinya itu dipandang dengan tawa yang besar, tidak tahulah marah ataupun malu. Sama sahaja warnanya.

Mawar mengemam bibirnya, Ish. Dengan rasa malu dia memukul suaminya namun tidak kena. Suka buat seperti itu, entah apa yang merasuknya pun tidak tahu.

"Awak ni.." rungutnya perlahan lalu mengalihkan pandangan ke tempat lain, baju yang terbiar tadi kembali dilipat. Malas layan. Nathan semakin lama semakin suka mengacaunya, atau lebih tepat lagi membuatnya malu. Suka sangat membuat perkara yang menyebabkan dia tidak mahu mengangkat wajahnya.

"Ala nantilah kemas" baju yang berlipat itu disepahkan semula. Lagipun bukan bertimbun pun, hanya beberapa helai sahaja. Kerana itu dia menyuruh Mawar melipatnya, dia terlalu malas.

"Nathan!" Mawar ternganga tatkala baju yang berlipat itu bertaburan semula, dengan geram dia melibas baju yang berada di tangan ke dada lelaki itu.

"Ark!" Desis Nathan, dia memegang dadanya seolah-olah di dalam kesakitan. Tapi memang sakit wo, dia punya libas tu. Terbelah dada aku.

Dengan drama dia menjatuhkan tubuhnya di atas katil, wajahnya berkerut menahan kesakitan.

"Sakitnya" gumam Nathan.

Mawar mencebik, fikir aku percaya?.
"Tak payah nak propa sangat, dahlah sepahkan baju yang orang dah lipat" rungutnya dengan geram, habis bersepai semua. Dah satu kerja mahu melipatnya semula, erm.

"Erm" hanya gumaman yang kedengaran, malah dengan dramatik Nathan melepaskan batuk dan sakitnya.

Mawar terdiam. Kuat sangatkah aku pukul?. Dengan takut-takut dia mendekati suaminya, wajah lelaki itu diintai risau. Wajah itu sudah bertukar kemerahan, mungkin sedang menahan sakit.

"Saya minta maaf" ujarnya risau, tidak sedar dengan gurauan yang kadangkala kasar. Spontan tangannya naik mengusap lembut dada lelaki itu, sebelah lagi tangannya memegang bahu suaminya. Wajah Nathan yang terpejam itu dipandang dengan rasa bersalah.

"Nathan" panggilnya risau, ha dah tambah satu dosa kering. Erm. Dia mengumam tatkala lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Saya minta maaf, awak okay tak?" Mohonnya lagi, dada lelaki itu setia di usap lembut. Cuba mengurangkan rasa sakit yang tersisa disebabkannya, itulah Mawar lain kali mahu bergurau pun tengok keadaan dulu.

Ketika itu dahinya berkerut tatkala merasai pegangan tangan Nathan ditangannya, lembut tangan itu mengalihkan semula kedudukan tangannya di dada.

"Bukan kat situ, atas sikit" gumam lelaki itu.

"Ish!" Kali ini dengan geram Mawar memukul dada suaminya, suka main-main!.

"Aduh aduh, yang ni sakit" Nathan menahan tangan Mawar tatkala wanita itu ingin memukulnya sekali lagi. Ganas betul bini orang ni.

"Saya risau tau! Yang awak suka bergurau ni kenapa?!" Buat penat je aku rasa bersalah, sakitkan betul-betul barang baru tahu.

"Garangnya" usik Nathan, dia membetulkan semula kedudukannya. Tegak tubuhnya memandang wajah masam Mawar, sejak dua menjak ni macam mak singa.

"Lepas ni kalau awak bergurau lagi macam tu, saya sakitkan betul-betul" ugutnya dengan perasaan sakit hati, dia mencapai baju yang berterabur itu dengan kasar sebelum dilipatnya dengan geram.

Nathan tergelak besar, ganas!.

"Patutnya aku sakit, kau sayang bukannya seksa" sengihnya, dia menjongketkan kening berkali-kali ke arah wanita itu.

Aku rasa ada yang tak kena ni, Mawar mendekatkan wajahnya dengan Nathan. Lelaki itu direnung dengan sedalamnya, ada sesuatu aneh yang berlaku kepada lelaki itu sejak beberapa hari ini. Dia mendongak memandang wajah Nathan yang terkaku merenungnya.

"You're something" bisiknya perlahan. Wajahnya semakin didekatkan ke arah lelaki itu sehingga suaminya itu terpaksa melangkah setapak ke belakang.

Nathan berdeham segan, budak ni.

"Aachum!" Bersin Nathan dengan sengaja, dia segera menjauhkan wajahnya dari wanita itu. Tak boleh berlama-lama, kalah aku nanti.

Mawar berdecit. "Awak nak tisu?" Soalnya bersama senyuman manis.

"Arh tak nak tak nak, aku okay" tolak suaminya pantas.

"Tak apalah, saya lapkan" dengan segera Mawar mencapai kotak tisu di meja sisi katil, lalu merangkak ke arah suaminya.

"Jangan!" Automatik Nathan berdiri dari duduknya, dia mengangkat kedua-dua tangannya menghalang wanita itu. Masa-masa inilah kau nak serang aku. Dahlah gaya merangkak dia tu.. aish, menggoda aku betullah.

"Tak nak!" Degil Mawar, dengan laju dia memegang hujung baju Nathan. Menghalang lelaki itu dari melarikan diri darinya, pandai pula nak malu-malu. Dia tersengih tatkala telinga lelaki itu mulai bertukar merah.

"Jauh jauh!" Dia mengangkat tangan ingin melepaskan pegangan wanita itu namun dengan pantas Mawar memegang tangannya, sebelah tangannya digenggam erat oleh isterinya.

"Marilah saya lapkan" pujuk Mawar.

"Tak perlu, aku bukannya 5 tahun!"

"Awww, tapi awak nampak macam anak saya tadi" gurau Mawar lalu menarik Nathan dekat dengannya namun lelaki itu mengeraskan tubuhnya, betul-betul kena reject ni.

"Jangan sampai aku baling kau luar tingkap tu" Dia cuba melepaskan pegangannya tetapi genggaman Mawar semakin erat. Aduhai, time-time ni lah nak jadi Hulk pun.

"Kan awak suruh saya sayang awak, saya nak sayang-sayanglah ni"

"Tak nak! Tak payah sayang aku!" Nathan menarik tangannya sehingga pegangan mereka terlepas. Beberapa tapak kebelakang sehingga dia tersembam ke sofa berdekatan. Aduh, selamat.

"Kenapa awak duduk situ?" Dengan segera Mawar menurunkan tubuhnya dari katil lalu melangkah laju ke sofa.

"Janganlah kacau aku, Mawar. Pergilah lipat baju sana!" Pantas Nathan bangkit dari baringannya dan berlari ke sisi bertentangan, tadi jadi mak singa, sekarang kucing parsi pula!.

"Ala nantilah kemas" Mawar mengajuk semula kata-kata Nathan sebelum ini, itulah pandai sangat mengajar aku.

Nathan menghembuskan nafas kuat, tak boleh jadi ni.

"Sinilah, Mawar tolong lapkan untuk awak" balas Mawar dengan manja, dia tersengih mengusik.

"Setapak kau melangkah, aku tebar kau atas katil tu" ugut Nathan, jangan cabar aku. Dengan suara yang manja itu, benar-benar mengujinya.

"Ha, tebarlah!" Ejek Mawar, langsung tidak termakan dengan kata-kata suaminya itu. Tak takut pun!.

"Mari sini" dia menghayunkan tangan ke arah Mawar, menyuruh wanita itu mendekatinya. Senyumannya mulai bertukar sinis.

Dengan berani Mawar melangkah ke arah suaminya, dia berdiri benar-benar di hadapan lelaki itu. Kepalanya didongakkan memandang wajah Nathan dengan sombong.

"Saya tak takut-- argh!" Jeritnya tatkala tubuhnya digendong gaya guni beras. Dan beberapa saat kemudian, tubuhnya terhempas di atas katil.

Mawar terkedu tatkala tubuh Nathan mulai terpampang penuh di atasnya, dia mengecilkan diri, malu. Automatik wajahnya bertukar kemerahan, semerah-merahnya umpama biji tomato.

"Malu? Aku nak kau sambung apa yang tergendala tadi" balas Nathan mendatar, tajam matanya membalas pandangan si isteri.

Spontan tangan Mawar naik menutupi sebahagian wajahnya dengan tisu, matanya masih lagi kaku memandang suaminya. Gerun.

"Kalau macam tu, aku sambung" dengan segera Nathan menurunkan wajahnya--

"Ha tak nak!" Jerit Mawar, dia menahan dada lelaki itu dengan rengekan kecil, tidak mahu. Itulah, berani sangat tadi. Kan sudah dapat, seperti tidak tahu pula perangai Reidht Nathan ini bagaimana. Kalau aku tahu tadi, aku tebar tisu tu kat muka aku. Huarghh.

"Asal? Kau nak buat?" Soalan dia pun!.

"Iyalah, saya minta maaf. Saya bergurau je" balasnya dengan cebikkan kecil, aku menyesal dengan semua ini.

"But i'm not" balasan lelaki itu membuatnya menunduk, minta maaf pun salah.

"Saya gurau je" gumam Mawar perlahan.

Serentak itu rahangnya dicengkam lembut, dia terkedu.

"Aku tak habis lagi" jantung Mawar semakin berdegup kencang, bibirnya terketar-ketar ingin membalas namun tiada satu patah perkataan pun yang keluar. Debarannya semakin menggunung tatkala wajah lelaki itu semakin dekat dengannya.

"Na-Nathan" tahannya, namun tidak berjaya, lelaki itu mengendahkannya.

"Aku nak" balasan itu membuatnya tergamam, nn-nak apa?.

"Ini" ketika itu terasa ibu jari Nathan menyentuh lembut bibirnya, Mawar semakin berdebar. Wajahnya yang jelas hendak meletop itu tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu, Nathan benar-benar serious.

Mawar menahan debarnya tatkala wajah itu semakin mendekat, matanya membalas pandangan redup Nathan. Benar-benar berada di dunia mereka sendiri, sedar tidak sedar, tangan tidak lagi menahan dada suaminya.

Hembusan nafas yang hangat menyapa pipi, dia turut terleka dengan tarikan lelaki itu.

Seinci sahaja lagi, dan bibir mereka hampir bertaut--

"Hospital ni, bro" tegur satu suara, dengan segera menyedarkan sandiwara mereka berdua.

Mawar membetulkan kedudukannya dengan tergesa-gesa manakala Nathan hanya mampu melepaskan keluhan panjang, dia bangkit dari kedudukannya dengan pasrah. Dia kenal suara itu. Hujan.

"Err, aku kacaukah?" Nathan melemparnya pandangan tajam ke arah sahabatnya, berani lagi mempersoalkan sesuatu yang sudah terserlah jawapannya. Aku dapat greenlight kot tadi, aduh semaklah.

"Duduklah Hujan, saya tolong Nathan betulkan baju je tadi" balas Mawar seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, walhal, hampir meletop jantungnya tadi.

"Erm, dapat tak tadi?" Soal Hujan dengan tidak berakal.

Nathan mendengus kasar.

Nak dapat apanya, kau kacau!.

Hujan hanya mampu menayangkan sengihan tidak bersalah, wrong timing pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience