•bab 25•

Romance Series 12832

"TUANKU"


SAHUT Nathan sambil menundukkan tubuh, memberi rasa hormat.

"Erm" balas Raja Syeikh Luthfan bersama anggukan kecil, dia menyelesakan diri di atas kerusi halaman istana. Tengah bersiap sedia untuk berangkat ke acara perasmian, masa yang berbaki ini diambil untuk bertemu dengan orang kuatnya itu.

"Kau tahu kehadiran kau di istana ni?" Soal Raja Syeikh Luthfan, cuba memulakan perbualan.

"Sudah, Tuanku. Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Diraja pada tiga hari lepas" balas Nathan dengan teratur, tubuhnya kemas menghadap baginda.

"Bagus, jadi aku tidak perlu untuk menerangkannya berulang-kali" secawan kopi panas yang terdapat di atas meja itu dihirup perlahan, suasana sejuk pada pagi itu mulai mencengkam tubuh. Dia menghembuskan nafas lega, kepanasan yang dirasai menghangatkan tubuh badan.

"Aku perlukan kemahiran kau sebagai bantuan di Kerajaan Nawrilia, mereka sedang menghadapi detik sukar ketika ini" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan pandangan tegas, jelas kelihatan muka mendatar yang serius itu.

"Baik, Tuanku" sahut Nathan, patuh.

"Memandang Kerajaan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kita, oleh itu pertolongan mereka hendaklah dibaals dengan seadilnya. Bagaimana bantuan yang mereka pernah berikan, sebanyak itulah balasan yang mereka layak perolehi" Kerajaan Nawrilia adalah satu-satunya Kerajaan yang berdiri teguh dalam saingan 10 Kerajaan terbaik, dan perkara itu termasuklah Kerajaan Versailles. Kepimpinan dan kewibawaan Raja tersebut berjaya untuk mewujudkan satu empayar berkemahiran tinggi dan sering dipandang kagum, oleh kerana itu Kerajaan Nawrilia sering menjadi contoh terbaik Kerajaan lain.

Namun saat ini, Kerajaan yang dahulunya berdiri teguh kian kecundang kerana perbuatan khianat Kerajaan lain. Oleh itu, dia dengan berbesar hati ingin menghulurkan bantuan.

"Saya akan laksana amanah ini dengan sebaiknya, Tuanku" sungguhpun dia mempunyai pelbagai sebab untuk membantah, namun arahan Diraja wajib untuk dilaksanakan. Nathan mulai dihurung rasa dilema, segala perkara mulai bermain di mindanya.

"Lindungi Kerajaan itu seperti mana kau melindungi Kerajaan sendiri, rakyat sana sedang menghadapi detik sukar. Aku sudah sediakan semuanya, sekarang ni aku cuma perlukan kemahiran kau untuk melindungi Kerajaan itu" arah Raja Syeikh Luthfan tegas, tanda-tanda letupan sebelum ini sudah mula berleluasa. Rakyat semakin terdesak malah Kerajaan itu semakin bertambah darurat. Segala kemajuan hilang dan segala keperluan hancur, sudah tiada sisa yang tinggal di Kerajaan itu.

"Saya dan seluruh anggota akan melindungi Kerajaan Nawrilia sepenuh hati kami, rakyat akan dilindungi dan Kerajaan itu akan kami perkukuhkan kembali" patuh Nathan tekad, nawaitu sudah lama tertanam di dalam diri. Kerajaan Nawrilia memerlukan bantuan segera, jika terlambat berkemungkinan Kerajaan itu akan hancur sepenuhnya.

"Arahan ini bukan mudah Nathan, kadangkala perkara ini boleh memakan masa. Jadi jaga keselamatan kau dengan sebaiknya, berkemungkinan juga Kerajaan mereka akan menghadapi letupan kedua" kata-kata Raja Syeikh Luthfan semakin mencengkam hatinya, bagaimana dia ingin memberitahu semua orang?. Terutamanya Mawar, wanita yang sedang menunggu kedatangannya untuk melafazkan akad.

"Doakan perjalanan saya sepanjang ke sana, Tuanku" pinta Nathan tanpa nada, dia hanya menayangkan keadaan seperti biasa. Segala perasaan dipendam dalam satu jiwa.

"Sentiasa, kau adalah keutamaan kami semua. Doa aku dan rakyat akan mengiringi setiap perjalan kau" ujar Raja Syeikh Luthfan, memberikan kata-kata semangat, kedatangannya tidak boleh diberikan sekali kerana kekangan waktu yang padat. Dia hanya mampu menghantar anggota dan Nathan sebagai wakil, salam cuma mampu diberikan dari jauh.

"Terima kasih, Tuanku" Dia perlu kuat, ramai yang menunggu kepulangannya. Entah mengapa, perasaan yang dirasai tatkala ini berbeza dengan misinya yang sebelum ini walhal dia sudah kerap sekali menerima misi seperti ini. Namun kali ini hentakannya amat terasa.

"Pada esok pagi, Setiausaha Diraja yang akan mengiringi pemergian kau bersama yang lain. Aku ada perasmian pada esok pagi, tidak ada kesempatan untuk menghantar kau. Aku cuma mampu ucapkan hati-hati dan selamat jalan" jujur Raja Syeikh Luthfan, kesibukannya pada esok hari menghalangnya untuk melibatkan diri bersama mereka. Jika boleh, sehingga pemergian mereka ke sana dia ingin menunggu. Namun, masa tidak mengizinkannya.

"Tidak mengapa, Tuanku. Nasihat dan dorongan Tuanku sudah lebih dari mencukupi"

"Kerajaan menunggu kepulangan kau, aku faham misi kali ni amat berisiko tetapi aku percayakan kau. Sebab itu, aku berani untuk hantar kau" Perasaannya sebagai Raja juga turut terkesan, siapa yang mahu menerima atau memikirkan perkara negatif namun dia sebagai ketua negara perlu menanamkan sifat redha di dalam diri. Qada' dan Qadar Allah tidak pernah salah, dia cuma mampu berdoa dari jauh.

"Baik, Tuanku. Tidak perlu risaukan saya, saya menjalankan tugas ini dengan seikhlas hati" balas Nathan, pada yang sama menenangkan hatinya sendiri. Rakyat disana lebih memerlukan bantuan mereka, dia perlu berkorban segalanya.

"Banggakan Kerajaan Kita"

"Dengan seluruh nyawa saya, Tuanku" Ada sebab mengapa jalan ceritanya dicatat seperti ini. Seperti kata-kata yang sering diungkapkan, selepas hujan pasti ada pelangi.

SATU persatu helai baju Nathan dilipat kemas di dalam bagasi, Ummi Dahlia tersenyum memandang baju yang tersusun itu. Ketika hendak tiba hari pernikahan lah urusan cucunya itu mulai bertimbun, sudah meminta tempoh yang singkat sekarang ini tergesa-gesa pula ingin mempersiapkan majlis.

"Bila Nathan gerak ke sana?" Soal Ayah Syah, sedari tadi memerhati isterinya mengemas baju. Nampak bahagia sungguh, bukan main lagi tersenyum-senyum.

"Dia beritahu mungkin tengah hari esok" balas Ummi Dahlia, tangannya masih setia melibat baju cucunya itu.

"Hujan tak ikut pula" ujar Ayah Syah lebih berbaur kepada soalan, iyalah biasanya mereka sering melakukan tugas berdua namun kali ini Nathan sahaja yang dipanggil untuk diarahkan bertugas.

"Nathan kata Tuanku Luthfan cuma memerintahkan dia sahaja, tiga hari lepas baru dia dapat panggilan dari istana. Tapi diminta menghadap Tuanku hari ni, mungkin berkaitan dengan tugas dia tu" terang Ummi Dahlia dengan jelas, hendak buat bagaimana? Pekerjaan Nathan itu bukan pekerjaan yang biasanya, mahu tidak mahu cucunya itu harus menerima dengan hati yang terbuka.

Ayah Syah mengangguk faham.
"Dia apa bagitahu, tugasan dia kali ni mengenai apa?" Soal Ayah Syah pula.

"Dia bagitahu saya yang dia kena mengetuai anggota untuk membantu rakyat kat sana, itu jelah yang dia kata" terang Ummi Dahlia sedikit keliru, walaupun dia tidak mengerti mengenai pekerjaan cucunya itu tetapi dia belajar untuk memahaminya.

"Ouh, jadi tak adalah sukar mana ya. Patutlah dia nampak santai je" tibai Ayah Syah sesuka hati, maklumlah apa yang dia lihat itulah yang dia fahamkan.

"Lagi sorang budak bertuah tu, ke mana?" Serentak itu Ayah Syah menoleh ke sekelilingnya, pelik juga apabila dia tidak melihat kelibat Hujan dari tadi. Biasanya sudah memekak, tidak kiralah waktu bila sekalipun.

"Pagi-pagi lagi dia dah keluar, gantikan tempat Nathan untuk kes baru dekat balai" kadangkala dia keliru juga, dia ini seolah-olah boleh dikategorikan sebagai pegawai polis perempuan pula. Tahu saja selok belok kes ini, hehe. Bolehlah selepas ini, menambah duit lebih. Fikir Ummi Dahlia, dia tersenyum sendirian.

"Sasau" kutuk Ayah Syah, selamba.

Pergerakan Ummi Dahlia terhenti.

"Apa?" Soalnya, seperti kurang dengar pula.

"Apa?" Soal Ayah semula.

"Jangan nak cari gaduh dengan saya ya, saya tumbuk nanti" ugut Ummi Dahlia, garang. Amboi, sejak mengaku jadi polis perempuan ni bukan main garang lagi ya.

"Eh, tacodnya abang" ejek Ayah Syah, tidak gentar. Tidak sedar badan kecil serupa anak ayam, mahu berlawan pula.

"Abang ni--"

"Assalamualaikum, Hujan dah balik" suara cucu terunanya seorang lagi itu mulai kedengaran dari luar, terus sahaja menghentikan kata-kata ugutan dari Ummi Dahlia.

"Dah balik dah si bujang tu" agak Ummi Dahlia, serentak itu menghentikan lipatannya. Dia bergegas melangkah keluar bilik, asalnya hanya dia seorang hanya yang berada di dalam bilik Nathan ini. Entah mengapa suaminya itu tiba-tiba menyibuk pulak, pantang sungguh melihatnya sendirian.

"Eh, kejap" tahan Ayah Syah.

Langkah Ummi Dahlia terhenti secara mengejut. Allahuakbar, apa lagi ni wahai suamiku? Nasib baik brek kaki berfungsi lagi tau.

"Abang nak air milo" pinta Ayah Syah, bersama sengihan busuk.

"Ouh, ada tangankan? Buat sendiri" perli Ummi Dahlia, menahannya semata-mata kerana menginginkan air Milo.

"Ouh, ada binikan? Jadi taatlah" balas suaminya semula. Seperti hentakan yang kuat akhirnya Ummi Dahlia tewas di permainannya sendiri, inilah padahnya jika bersuamikan seorang lelaki berotak lapan. Kalah begitu sahaja.

"Buat apa ni?" Soal Hujan sebaik sahaja melangkah ke dalam bilik Nathan, dari masuk tadi dia sudah mendengar suara riuh rendah.

"Tok Ummi kamu buat dosa" ujar Ayah Syah, sengaja.

Isterinya itu ternganga besar, buat dosa?. Amboi, bukan main lagi ya.

"Tok Ummi jual dadah?" Soalan tidak masuk akal Hujan itu membuatkan mulutnya semakin ternganga besar, Astaghfirullahalazim dua beranak ini. Memang sengaja ya ingin mengenakannya, bukan main lagi mengejeknya seperti ini. Tidak takutkah?.

"Tengah hari ni, masak sendiri" rajuk Ummi Dahlia. Biarkan, pandai-pandai merekalah mencuri lauk di dapur sana. Itulah siapa suruh mengenakannya teruk-teruk, jadi gunakanlah otak sendiri untuk mengisi perut nanti.

"Tak apa, kita makan kat kedai depan rumah tu ha" balas Ayah Syah, tidak termakan langsung dengan rajuk isterinya. Tidak sedar agaknya mata Ummi Dahlia itu sedang berapi-api, malah semakin menambah pula bara api yang memang besar itu.

"Suka hatilah" rajuk Ummi Dahlia, dia kembali menyambung kerjanya. Baju Nathan itu dilipat kembali, buang masa sahaja melayan orang seperti ini. Tidak jalan kerjanya nanti.

"Suka hatilah" ajuk Ayah Syah, suka.

"Jangan cari pasal, Tok ayah" nasihat Hujan, seperti sudah mengerti apa yang bakal berlaku selepas itu.

"Biarkan, kita buat je" ajuk Ayah Syah lagi, kali ini sama dengan nada isterinya. Seperti orang yang tidak makan saman, akhirnya Ayah Syah terdiam menerima penangan tajam mata isterinya. Orang tua itu terdiam kaku, takut.

"Padan muka" ejek Hujan, itulah orang suruh berhenti tidak mahu. Ha, sekarang hadaplah kemarahan Ummi Dahlia itu.

"Saya minta maaf" ucap Ayah Syah, perlahan.

Namun dia hanya dihadiahkan jelingan tajam oleh isterinya, sebarang kata-kata langsung tidak membalas ucapan maaf Ayah Syah itu.

"Hujan, stanby. Malam ni Tok Ayah tido bilik kamu" ujar Ayah Syah seraya itu melangkah keluar dari bilik cucunya itu, apalah hendak dibuat. Sudah nasib badan.

Aik? Bilik aku juga?. Hujan tergamam sendirian, gaduh berdua tetapi dengan dirinya yang tidak bersalah sekali terpalit.

Bunyi enjin kereta di luar menarik perhatian mereka, seperti sudah menangkap gerangan yang baru pulang itu. Siapa lagi jika bukan Nathan.

"Brotherr ! Macam mana?" Soal Hujan sejurus sahaja Nathan melangkah masuk ke dalam rumah, wajahnya terpapar riak ingin tahu.

Nathan sekadar memandang sekilas sebelum melabuhkan duduk di atas sofa, dia merehatkan kepala kelemahan. Mata dipejam menghembuskan hela, letih sungguh.

"Tuanku ada bagitahu apa-apa?" Soal Hujan, sengaja.

"Ada" sepatah sahaja perkataan yang dibalas.

"Hmm?" Soal Hujan lagi.

Lantas itu Nathan mengeluh kecil, "Aku kena pergi tengah hari esok dengan Setiausaha Diraja" terang Nathan ringkas, entah mengapa badannya terlalu letih hari ini. Balik sahaja dari istana dengan sekelip mata separuh daripada tenaganya dicuri, tatkala ini dia benar benar ingin melelapkan mata.

"Kerajaan Nawliria dalam risiko, bro. Aku tahu Kerajaan tu berkemungkinan menghadapi letupan kedua" kata-kata Hujan itu menghembuskan nafas kecil dibibirnya, itulah padahnya. Jika dia bersembunyi sebanyak mana pun dengan Hujan, sahabatnya itu pasti akan mengetahuinya juga. Benarlah, sahabatnya itu bukan lelaki berusia lima tahun, tetapi lelaki yang hidup bersamanya berbelas tahun.

"Jadi?" Seperti tidak termakan dengan kata-kata Hujan itu, Nathan hanya melemparkan pertanyaan sambil lewa. Langsung tidak berminat dan peduli.

"Tok Ummi dengan Tok Ayah, diorang anggap kau pergi sebagai kes biasa tahu. Nampak santai tetapi risikonya besar, letupan kali kedua ni Nathan berkemungkinan akan hancurkan seluruh Kerajaan" Dia bukan ingin menakut-nakutkan sahabatnya namun itulah hasil yang dia perolehi setelah menyelidik Kerajaan itu. Jika dia ingin menghalang pun tiada guna, amanah Tuanku Luthfan merupakan perintah utama mereka. Menolak perintah itu sama seperti mereka mengkhianati Kerajaan Diraja.

Tubuh Nathan mulai menyelesakan kedudukannya, badannya menyandar selesa di sofa. Dia memandang Hujan dengan pandangan kosong.

"Aku akan berjaya" dengan ringkas dan padat dia memaksudkan kata-katanya.

"Iya aku tahu kau akan berjaya, tetapi semua rakyat di Kerajaan tu? Kau rasa akan berjaya?" Pertanyaan itu membuatkan Nathan terkaku tanpa suara. Benar, dia akan berjaya, sekiranya seluruh penduduk berjaya diselamatkan. Memang agak sukar, namun dia harus memikirkan cara. Kerajaan itu benar-benar dalam keadaan parah, bila-bila masa sahaja akan diisytiharkan sebagai darurat.

"Aku akan tolong dari jauh, tapi pastikan komunikasi antara kau dengan aku sentiasa berjalan" pinta Hujan, seharapnya. Kepulangan Nathan dan anggota menjadi penantian negara dan istana, termasuk juga mereka. Jadi mereka akan menolong sehabis mungkin, walaupun dari jauh.

"On" balasan Nathan itu mengukirkan senyuman kecil di bibirnya walaupun seketika, wajah itu kembali beriak serius semula tatkala memikirkan keadaan di Kerajaan jiran. Nampaknya dia perlu menyegarkan mata sebaik mungkin, letupan tersebut perlu dikesan dengan teliti. Nyawa-nyawa di Kerajaan Nawrilia itu perlu dilindungi sehabis mungkin.

"Ha apa serius sangat ni ?" Sapa Ayah Syah dari jauh, tegang sungguh wajah cucu-cucunya itu. Mengalahkan tegang sewaktu diminta sunat dahulu, sanggup berlari keliling hospital.

"Tok Ayahlah, orang tengah fikir nak letak Tok Ayah kat mana" balas Hujan, selamba.

"Otak kau, apa kamu ingat Tok Ayah ni binatang suka hati kamu nak letak-letak" amboi, bukan main lagi bahasa dia ya.

"Fish you" balas Tok Ayah, laju kepada Hujan.

Dahi cucunya itu berkerut seribu, tidak faham lah tu.

"Pardon?" Soalnya semula.

"Fuc--"

"Abang!" Jeritan Ummi Dahlia di ruang tamu mengejutkan mereka, pandangan wanita tua itu tajam merenung suaminya.

Ayah Syah terkebil-kebil tidak bersalah, apa yang aku buat?.

"Kenapa mengajar cucu macam tu?!" Marah Ummi Dahlia.

Ibarat hati yang dicucuk pisau, Ayah Syah terduduk mendengar amarah isterinya. Dia mempamerkan wajah penuh kekecewaan, hatinya ditusuk-tusuk, jiwanya dicarik-carik--

"Merapu apa" potong Nathan. Mulalah tu mahu berdrama, sudah faham sangat.

"Cucu derhaka" amik kau setepek. Nathan tersengih.

"Apalah Tok Ummi ni, Tok Ayah tu cuma nak bergurau je. Dia nak kata, 'Fuclamak, antiknya dia!' HAHAHAHAHAHAHAH" gelak Hujan sendirian, terbahak-bahak dia mengenangkan lawaknya sendiri sehingga berair mata.

"Nathan, kamu dah bagitahu Mawar tentang ni?" Pertanyaan Ummi Dahlia itu menyedarkannya seketika. Benar juga, dia langsung tidak mengujarkan hal ini kepada Mawar. Pasti wanita itu tertanya-tanya mengenai kesibukannya.

"Belum" ringkas sahaja dia membalas.

"Lawak Hujan tadi tak kelakar kah?" Soal Hujan tidak kena waktu, tiba-tiba.

"Nanti jangan lupa bagitahu dia, takut dia pelik pula kamu tak ada" ujar Ummi Dahlia, bukan apa dia tidak cucu menantunya itu terpinga-pinga. Langsung tidak mengetahui mengenai pemergian bakal suaminya, masih lagi di dalam tempurung memikirkan semuanya sendiri.

"Baik Tok Ummi" balasnya patuh.

"HAHAHAHAHAHA KELAKARNYA SAKIT PERUT AKU GELAK" syok Hujan sendirian, masih lagi tidak habis dengan lawaknya.

"Jangan baik je, esok kamu dah berangkat dah"

"Iya, Tok Ummi. Nanti Nathan bagitahu" Allahuakbar, risau benar dengan bakal cucu menantunya itu. Bukan main lagi.

"Bagi tahu jelah sekarang, kau nak banyak alasan apa lagi" tambah Hujan.

"Aku punya an, suka hati aku lah nak bagitahu bila" balasnya tidak mahu kalah.

"Kau jangan sampai aku jadikan dia aku punya" tambah Hujan lagi, sengaja ingin mengapi-apikan.

"Jangan tempah maut dengan aku" ugut Nathan tegang.

"Maut yang menempah dengan aku" merapunya.

"Bising ah"

"Bagitahulah babun!"

"Aku bagitahulah nanti!" Jerit Nathan bengang, ingin disepak sahaja wajah sahabatnya itu.

"Sekarang!" Jeritnya semula.

"Arghhhhh!"

"ESOK aku ada urusan, beberapa hari lepastu mungkin aku balik sini semula" Nathan menyandarkan tubuhnya di kereta, dia berpeluk tubuh memandang wajah tertanya-tanya Mawar.

"Lama?" Soal Mawar, keraguan. Bukan apa, tarikh pernikahan mereka semakin hampir. Lagipun perkerjaan lelaki itu bukan mengambil masa yang singkat namun berhari kadang berminggu lamanya. Kerana itu dia tertanya-tanya.

"Depends" itu sahaja yang dibalas oleh Nathan, masih lagi belum berjaya untuk menjawab pertanyaan Mawar. Wanita itu masih lagi melahirkan riak tanda tanya, seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapannya.

"Maksud awak, selagi urusan awak belum selesai lagi... awak tak boleh balik?" Soal Mawar lagi, dia tetap inginkan jawapan yang memuaskan hatinya. Jawapan singkat lelaki itu malah semakin menambahkan tanda tanyanya, tiada langsung isi atau kata-kata yang dia ingin dengar.

"Iya" ringkas lagi.

"Urusan apa? Sampai lama sangat?" Tidak salah jika dia ingin bertanya dengan lebih dalam kan? Nathan itu bakal suaminya, jadi dia berhak mengetahui segala perkerjaan lelaki itu.

"Adalah, a few things" tatkala itu Mawar hanya mampu menganggukkan kepalanya, mengalah. Tak nak bagitahu sudah, namamu bedah erm.

"Awak cuma kerja polis je kan? Kenapa selalu dapat arahan untuk ke luar?" Pertanyaan Mawar itu dibalas dengan wajah kosong sebelum dia mengalihkan tubuhnya menghadap panorama malam.

Permandangan kereta lalu lintas dari atas bukit itu dipandang santai.

"Apa kau fikir kerja polis ni duduk sajakah? Aku bukan macam kau, tahu besarkan punggung je" ujarnya bersama perlian pedas, Nathan tersenyum sinis memandang wajah yang mulai beriak masam itu.

"Anyway, awak sempat balik masa fitting baju tak? Ada beberapa lagi perkara yang belum selesai" ujar Mawar bersama senyuman nipis, dia sedar pertanyaan itu sudah mendapat jawapan yang tidak jelas namun dia hanya ingin bertanya. Tidak salah jika Nathan memberinya sedikit harapan, dia tidak mahu kelihatan seperti orang yang beria-ria sendirian.

Keluhan nipis meniti di bibir Nathan, bagaimana dia mahu menjelaskan perkara ini kepada Mawar? Pulang ataupun tidak, dia tidak mempunyai jawapannya. Jika berjaya, ya dia akan pulang. Namun jika tidak, hanya salam kasih dan sayang yang mampu dia titipkan dari jauh.

Dia menjeling sekilas wajah bersih Mawar, rasa bersalah mulai menggunung tinggi. Dia yang melamar wanita itu namun tatkala ini cuma Mawar yang menguruskan seluruh majlis sendirian.

"Doakanlah aku balik awal" hanya permintaan ringkas yang meniti di bibirnya.

"Apa awak ni, bukannya awak pergi berperang pun sampai berbulan bulan" gurau Mawar bersama tawa kecil. Terasa kelakar pula mendengar kata-kata Nathan itu, walaupun jauh di sudut hatinya terselit sedikit kerisauan. Tertanya-tanya mengapa Nathan berkelakuan seperti itu.

"Apapun, selagi aku belum balik kau jangan nak buat perangai" larang Nathan, keras. Pandangan tajam dilempar penuh kepada wanita.

"Eh, bila awak tak adalah saya kena buat perangai" balas Mawar selamba.

"Merepek--"

"Kalau saya cari pasal masa awak ada, apa gunanya ha?" Sambungnya lagi, semakin berani. Alah Nathan je pun, walaupun kadang kala pandangan lelaki itu berjaya untuk mendiamkannya namun dia peduli apa. Selagi boleh dibantai, teruskan sahaja.

"Beranikah?" Soal Nathan, lansung tidak termakan.

"Apa pula tak berani, lepas buat salah minta maaflah. Tak akanlah saya nak buat pasal depan awak, memang teruklah saya kena balik" guraunya bersama tawa besar, lebih lebih lagi apabila terpandang wajah bengang Nathan. Menyampah sungguh riaknya.

"Cari pasal depan aku baru seronok, kita rasa sama-sama" tawa Mawar terus terhenti, dia terkebil-kebil memandang wajah lelaki itu.

"Awak buat kelakarkah? Sudahlah" bantai Mawar, fikir aku takutlah?.

"Apa dia?" Soal Nathan, bergurau.

"Apa ha?" Memang aku takut! Ada masalahkah?!.

"Kan senang" Bibir Mawar tercebik mendengar kata-kata lelaki itu, nak pelik akulah tu.

"Nanti nak balik bagitahu saya, saya boleh arrange masa dengan Maya" maklumlah kali ini dia sendiri yang menghias pernikahannya, apa yang selama ini diusahakan untuk orang lain kini diusahakan untuk dirinya pula. Tema dan butiran juga mendapat persetujuan penuh dari kedua-dua pihak, maklumlah Ibu Ayana itu tidak sabar ingin dapat menantu. Lelaki pula itu.

"Kau uruskan jelah, apa apa bagitau aku" kata-kata Nathan itu agak mengguris hatinya, Mawar berpeluk tubuh memandang tubuh sasa itu.

"Saya boleh berhubung dengan awakkan sekalipun awak ada dekat sana" jelas Mawar, agak tertanya-tanya. Ayat Nathan itu seperti tidak peduli pula, apa pekerjaan lelaki itu di sana terlalu padatkah?.

"Iya, tapi kalau benda tu ambil masa yang lama untuk tunggu keputusan aku, kau teruskan je" tubuh Nathan menyandar selesa di sisi kereta, permandangan malam itu dipandang kagum. Cantik.

"Perkahwinan ini antara kita berdua, bukan saya sorang" tegas Mawar, agak terasa. Namun dia masih mampu untuk mengawal nada suaranya.

"Aku tahulah, tapi--"

"Jadi tolong bagi kerjasama sekali, saya kahwin dengan awak bukan dengan bayang-bayang awak" Bukan dia tidak mahu memahami keadaan lelaki itu namun sejak awal lagi kelakuan Nathan itu seperti endah tidak endah sahaja, segala persiapan bagi pihak lelaki semuanya disampaikan melalui Ummi Dahlia. Hendak berhubung pun cuma melalui telefon, payah sungguh untuk memberitahunya sendiri.

"Yang engkau nak emosi sangat ni kenapa? Benda kecil je Mawar" santai sahaja Nathan membalas, lagipun mereka tetap akan berkahwin juga walau dengan apa cara sekalipun. Dia bukannya membiarkan Mawar berkahwin sendirian, hanya ada beberapa waktu yang membuatkan dia tidak mampu untuk menghadirkan diri.

Mawar menghela nafas kecewa, susah sungguh untuk membuatkan Nathan memahami kata-katanya. Lain yang disampaikan namun lain yang difahami, akhirnya diputar belit dengan kemarahan diri sendiri.

"Ikut awaklah" pasrahnya, tidak mengapalah. Dia perlu memahami keadaan Nathan, lelaki itu bukannya mempunyai masa yang terlalu lapang. Pekerjaan lelaki itu juga amat berisiko lagi-lagi dengan waktu bekerja yang tidak menentu, jadi apa salahnya jika dia meletakkan dirinya di tempat lelaki itu.

'Sekurang-kurangnya ada lelaki yang sudi kahwin dengan kau Mawar' desis hatinya.

Nathan memerhati wajah muram itu dari ekor mata, merajuk lah tu. Dengan senyap dia berjalan menuju ke belakang kereta, sengaja dia berlama-lama di situ.

Mawar menyepak geram rumput hijau di bawahnya, sakit hati. Dia menjeling langkah lelaki itu dengan rasa tidak puas hati.

"Boleh pula dia tinggalkan aku macam tu ? Sekurangnya katalah maaf" bisiknya geram, kakinya dihentak-hentak di atas jalan raya pula.

"Hahaha, aku buat kelakar apa ni? Nathan ? Minta maaf? Lambat lagi" tawanya pula, sekali pandang seperti orang tidak siuman pula.

Mawar menoleh ke sisi tatkala dia merasakan pemergian Nathan itu agak lama, dia sengaja memanjangkan lehernya ke belakang kereta. Apa aku buat ni? Ish.

"Nathan?" Panggil Mawar.

"Dia betul-betul tinggalkan aku kah?" Soalnya pula.

Tanpa kata dia berjalan menuju ke belakang kereta, bonet belakang yang terbuka itu menarik perhatiannya. Dengan pantas dia melangkah ke situ dan ketika itu juga bibirnya ternganga.

Kosong? Mana Nathan nya!.

"Bah!"

"Tolongg!" Jeritnya lantang.

"Pandai takut rupanya" perli Nathan, dia melabuhkan duduk di sisi Mawar yang sudah terlompat di dalam bonet itu. Kaki melunjur santai ke bawah.

"Kenapa awak ni?!" Marah Mawar. Sudah lah tadi pergi meninggalkannya, selepas itu disergah pula. Manusia yang bernama Reidht Nathan ini jenis yang tidak memahami hati orang agaknya.

"Apa?" Soalnya kembali. Dia tersenyum kecil tatkala mata bundar itu menjelingnya.

"Nah" serentak itu sejambak bunga rose mekar dihulurkan kepada Mawar, dia beriak santai dengan hati yang berdebar.

Mawar terkedu seketika sebelum sejambak bunga rose itu beralih ke tangannya, bunga rose itu dipandang sejenak sebelum dia memandang wajah Nathan yang turut memandang ke arahnya.

Nak pujukkah ni?. Tapi... Ya Allah manisnya.

"Err, Happy Anniversary?" Ujar Mawar, cuba menghentikan suasana yang sunyi di antara mereka. Bukan apa, dia tidak mampu menahan degupan jantungnya tatkala sepasang mata Nathan itu lurus memandangnya.

"Jamban kau" balas Nathan bersahaja.

"Celah mana anniversary" sambungnya lagi.

"Takdelah, awak bagi saya bunga" rasa seperti tidak percaya pula, bukannya Nathan tidak rajin memberinya sesuatu tapi perasaannya terasa lain pula apabila dihadiahkan sejambak bunga.

"Then, kau nak anak anjing?" Persoalan itu mendapat bantahan kuat dari Mawar.

"Apa awak ni! Bukanlah, maksud saya... Ish" Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal, susah benar hendak bercakap dengan lelaki ini.

"Anjing warna apa kau nak?" Astaghfirullahalazim, warna apa? Apa masalah kau ni Nathan?.

"Takpelah" malas mahu berbalas kata, bukan dia tidak tahu perangai lelaki itu seperti apa.

Nathan tertawa kecil. Eleh.

"Lepasni aku akan rajin bagi kau bunga okay? Dengan bunga taik ayam taik anjing semua aku bagi" memang kedengaran romantik tetapi hendak juga menyelitkan anjing itu diakhir kata. Habis suasana indah itu hilang, dihiasi dengan perkataan anjing pula.

"You know what, awak ni tidaklah terlalu menyakitkan hati. Adalah manisnya juga, tapi bila perangai awak tu datang... menyampah faham tak?" Jujur Mawar bersama wajah ketat, dia baru sahaja ingin mengambil rasa romantik yang diwujudkan oleh lelaki itu. Namun tidak sampai pula, kerana Nathan sendiri juga yang menghapuskannya.

"Sorry to say, i'm not a romantic person" usik Nathan, dia tersenyum sinis.

"Tahu" tawa Nathan terhambur mendengar balasan itu. Seperti pasrah pula ayatnya.

"Kau nak aku romantikkah?" Soal Nathan, sengaja.

"Ish tak nak" Mawar mengalihkan tubuhnya ke arah lain, sengajalah tu ingin mengenakannya.

"Romantik tu tak boleh tunjuk sekarang" kata-kata Nathan itu membalikkan tubuh Mawar semula, dia memandang lelaki itu dengan tanda tanya. Kenapa pula?.

"Kenapa tak boleh?" Sedar tidak sedar persoalannya itu seperti mengharap pula.

"Perasaan tu seronok berkongsi lepas nikah, even aku tak romantik pun kau akan rasa aku romantik" dia tersenyum penuh makna di hujung ayat, wajah Mawar itu ditenung dengan seribu helah.

"Hmph!" Mawar kembali mengalihkan tubuhnya membelakangi Nathan, sudah dedor dirinya hendak membalas. Kalah!.

Suasana di antara mereka kembali tenang tanpa suara, masing-masing seperti melayan perasaan sendiri.

"Aku akan cuba balik seawal mungkin sebelum nikah" ujar Nathan, memecahkan kesunyian.

"Sebelum aku balik, jangan izinkan mana-mana lelaki ambil tempat aku" kata-kata Nathan itu berjaya perhatiannya, Mawar membetulkan duduknya dengan selesa.

"Apa maksud awak ni?" Soal Mawar dengan tanda tanya, dia memandang wajah lelaki itu dengan persoalan. Sejak awal lagi Nathan berkias dengannya namun bila ditanya tiada sebarang jawapan yang memuaskan hati.

"Awak cuma pergi sana jalankan tugas je kan?" Soal Mawar lagi.

"Tak, aku saja bagitahu. Cuma nak ingatkan kau" nampak tu, masih cuba berdalih.

"Lama sangat kah? Makan bertahun?" Perli Mawar.

"No, tapi tolong tunggu aku" pinta Nathan, berharap.

"Apa yang susah sangat awak nak bagitahu saya Nathan?" Kadangkala dia terasa seperti memaksa dan berlebih-lebih tetapi kelakuan Nathan yang berahsia itu mendesaknya.

"Tak susah, cuma tak penting"

"Sudahlah, jom balik" Mawar memaksa tubuhnya turun dari bonet kereta, dia berjalan dengan rasa kecewa ke kereta.

"Mawar" entah mengapa, panggilan Nathan itu berjaya menghentikan langkahnya.

"Just... percaya pada aku" pujuk Nathan lembut, suaranya yang seakan berbisik itu berjaya meruntuhkan sedikit kemarahannya.

Mawar terdiam seketika sebelum berpaling memandang wajah itu.

"Awak tak balik, saya akan nikah dengan lelaki lain"

Sedar tidak sedar, itulah kali terakhir suara Nathan menyapa gegendang telinganya.

Sehingga hari bahagia itu tiba, tiada sebarang khabar berita dari lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience