•bab 10•

Romance Series 13115

          "SAYANG, tumpah nanti" pujuk Mawar dengan senyuman kecil. Bibir Aathif yang mencebik kecil itu dicuit, manja. Cawan milo yang berada di kedua tangan kecil itu diambil, karang tertumpah pada baju. Susah pula hendak dibasuh nanti.

"Biarlah dia minum, kesian dia" Nathan mengambil kembali cawan berada di tengah meja itu lalu menghulurnya pada anak kecil itu, laju sahaja Aathif menyambarnya dengan sengihan yang terukir di bibir. Menayangkan dua batang giginya yang tumbuh.

"Kalau tumpah nanti macam mana? Karang comot, melekit siapa yang nak bersihkan?" Soal Mawar bertubi-tubi, kesian memang kesian. Tetapi anak buahnya itu bukan jenis yang makan saman, bila sudah kena lagi dia mahu buat sampailah puas. Kalau tidak kena dengan kehendak dia mulalah buat drama air mata, meleleh air hingus semua.

"Kaulah, banyak soal pula" jawab Nathan dengan muka menyampah. Lagipun bukannya dia kejam sangat pun, sengaja hendak menyakitkan hati wanita itu. Dia yang mengajak mereka keluar, jadi dia lah yang akan bertanggungjawab. Itu jugalah syarat Ibu Ayana kepadanya, jika hendak membawa Mawar keluar perlu membawa Aathif sekali. Perkara itu lebih beruntung apabila Aathif masih belum berada di alam mimpi lagi, jika tidak lain kali sahaja lah peluang mereka untuk keluar. Lebih-lebih lagi, keluar dengan si Hujan ni. Semua benda hendak dipersoalkan.

Mawar mencebikkan bibirnya, aku juga yang bersihkan.
"Minum perlahan-lahan lah Aathif, tersedak nanti" ujar Mawar, risau. Straw minuman yang senget itu dibetulkan, dia mengusap lembut belakang tubuh Aathif yang rakus minum air. Air manis, sukalah dia. Karang tersedak, tudung aku juga bercorak.

"Aathif ni, anak siapa? Umur dia berapa?" Soal Hujan dengan mata yang tidak lepas merenung anak kecil itu. Dari tadi lagi dia memerhati adegan pergaduhan mereka berdua lebih-lebih lagi apabila melibatkan baby bernama Aathif ini. Banyak sungguh pantang larangnya, dan banyak juga lah bantahannya. Masing-masing tidak mahu kalah, lebih suka untuk berdebat kata.

"Anak abang saya, baru setahun lebih" jawab Mawar sambil mengelap mulut Aathif yang comot. Baru sahaja kata tadi, pasti comot juga.

Kata-kata Mawar itu mendapat anggukan faham dari Hujan sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah Nathan. Lelaki itu tidak lepas dari memandang Mawar dan anak buahnya. Air yang terhidang pun tidak terminum, hanya tangan itu sahaja yang mengacaunya tidak henti-henti. Makanan pula belum sampai memandangkan sate itu perlu dibakar terlebih dahulu. Tetapi yang mengelirukannya adalah sikap Nathan, lelaki itu seolah-olah menjadi individu lain malam ini. Pelik bin ajaib.

"Nathan, awak keluar malam-malam ni tak penat ke? Bukan esok awak kerja?" Pertanyaan Mawar itu mendapat gelengan dari Nathan. Lelaki itu cuma mendiamkan diri dengan pandangan yang masih tertumpu pada Aathif. Matanya lebih minat untuk melihat anak kecil itu berbanding mendengar celoteh mereka berdua.

"Tchhuuu! Ayiiii!" Jerit Aathif kuat dengan jari yang ditunjukkan ke arah hidangan sate yang terhidang. Sate itu juga masih lagi berasap dan panas.

Spontan dia merangkakkan tubuhnya ke arah pinggan sate itu lalu pantas sahaja tangannya menyambar satu cucuk sate. Dengan sengihan lebar dia menunjukkan cucuk sate itu kepada Mawar. Huhu, Aathif dapat makan sate.

Mawar mengambil sate itu secara paksa dari tangan Aathif apabila anak buahnya itu menggenggamnya erat.

"Arhhhh! Amiiii!" Rengek Aathif nyaring tatkala cucuk sate itu terlepas dari pegangannya.

"Panas lagi ni, bagi Ami tiup dulu ea" pujuk Mawar lembut. Dia tersenyum memandang wajah sebek anak buahnya itu, comel sahaja dengan bibir yang terjuih ke hadapan.

"Asik membuli je kau ni, mesti tiap-tiap hari dia kena dera" ujar Nathan sambil mengusap lembut kepala kecil Aathif. Suka pula dia melihat mulut kepoh anak kecil ini, dengan pelatnya dan mukanya yang tembam membulat benar-benar mencuit hati. Lagi teruja apabila bibir kecil itu tersengih dan tersenyum menayangkan dua batang giginya. Rasa mahu makan sahaja si Aathif ni.

"Awak nak saya cucuk lidi sate ni dekat muka awak? Baru penderaan namanya" cebik Mawar dengan jari yang mencubit sedikit isi ayam itu. Lalu, dia menyuapkannya ke dalam mulut Aathif yang sudah sedia ternganga. Lapar betul, sedangkan dekat rumah tadi budak ni dah bedal dua mangkuk nestum madu.

"Kau balik jalan kaki" balas Nathan tanpa perasaan. Sengaja ingin mengenakan wanita itu walaupun di wajahnya tidak memaparkan apa-apa riak. Dia mengambil satu cucuk sate lalu menyuapnya ke dalam mulut. Pergh, sedap dia sampai biawak pun boleh bersilat.

Mawar melemparkan jelingan tajam kepada Nathan. Suka ugut aku macam tu.

"Selepas ni, saya malas ikut awak" ujarnya dalam nada mendatar, merajuk.

"Aku pun malas bawa kau" balas Nathan tidak mahu kalah. Dia mengabaikan sahaja wajah cemberut wanita itu, malas hendak dipujuk.

"Kalau macam tu, tak apa Mawar. Aku akan teman kau sampai depan pintu rumah" sampuk Hujan bersama sengihan lebar. Tidak habis-habis dengan perangainya yang suka menyibuk hal orang itu. Lagi bertambah suka apabila berjaya menyakitkan hati kawannya, sengaja hendak menguji. Walaupun dia tahu kata-kata Nathan itu hanya sekadar gurauan, takkanlah dia mahu membiarkan wanita itu balik seorang diri.

"Awww, so sweet of you" cair Mawar bersama mata yang bersinar, seolah-olah tertarik dengan kata pujukan Hujan itu.

"Auuwwmmm" sampuk Aathif pula, mengundang riak terkejut dari mereka semua. Amboi, dengar lain macam.

"Baby! Who teach you to said that?" Soal Mawar dengan mata yang membulat besar. Ini kalau abangnya tahu, pasti berjuta kilometer Aathif dijauhkan darinya. Ditanda sebagai makcik yang bukan-bukan, walhal dia juga pertama kali mendengar sepatah perkataan itu.

Terkebil-kebil mata bulat itu merenung wajah Mawar, tidak faham. Malah tangannya pula yang diangkat mencapai cucuk sate yang masih lagi berbaki di tangan wanita itu. Langsung tidak mengendahkan wajah kegeraman Auntie nya itu, disuap sedap sahaja ayam itu ke dalam mulut.

"Kau ni bawa pengaruh buruk duh kat dia" tegur Nathan perlahan, bergurau. Sudahlah bergurau tanpa riak, entah bagaimana hendak memproses gurauannya itu pun tidak tahu.

"Kenapa saya pula? Dia yang cepat belajar" bantah Mawar masih dengan mata yang membulat besar. Sesedap Ajinomoto sahaja mengatanya seperti itu, jika tidak difikirkan keadaan mereka yang berada di luar sekarang ini sudah laju tangannya menumbuk wajah tampan riak itu.

"Siapa suruh gatal sangat?" Soal Nathan berbaur perlian, dalam masa yang sama cuba menghiburkan hatinya. Sekali dia membalas, berduyun-duyun bantahan yang dia dapat. Mulut Mawar itu langsung tidak erti penat agaknya.

"Bila masa saya gatal?" Mawar menjongketkan keningnya menghantar persoalan.

"Biarlah, Nathan. Dia gatal dengan aku je" terukir senyuman panjang di wajah Hujan apabila kata-katanya dibalas dengan jelingan oleh lelaki itu. Amboi, kemain. Tadi nampak macam tak peduli sangat.

"Lagi rosak masa depan budak tu kalau dia menggatal dengan kau" terasa hendak disepak wajah usikan Hujan itu. Tidak cukup dengan mulut kepochi, sekarang mahu menyakat pula.

"Bang" panggil Aathif ke arah Nathan. Dia sudah merangkakkan tubuhnya kepada lelaki itu, tangannya yang masih bersisa cucuk sate dihulurkan. Menyuruh Nathan mengambilnya, kemudian dia terdiam duduk di hadapan lelaki itu.

"Aathif nak lagi?" Nathan menyambut huluran itu lalu meletakkannya ke atas pinggan yang sudah kosong. Bercakap memang bercakap namun mulut tetap mengunyah. Entah berapa banyak cucuk sate yang mereka telan sehingga sekejap sahaja pinggan itu licin. Lagi-lagi yang berada di hadapan Hujan, sisa pun tiada. Suka hati mencampak lidi sate yang kosong ke pinggan lain.

Kepala Aathif yang lurus memandangnya itu hanya menggeleng. Dia sudah mengenyeh mata dengan jarinya, mengantuk.

"Mari, abang bawa basuh tangan" Nathan mendukung tubuh kecil itu lembut sebelum melangkah ke arah sinki yang berdekatan.

"Kawan awak tu memang susah betul nak diramal, kejap baik kejap jahat" ujar Mawar dengan mata yang tidak lepas dari memerhati mereka berdua. Ringan sahaja tangan lelaki itu mencuci dan mengelap wajah Aathif, seperti sudah biasa.

"Not really, actually. You should know him better" terjongket kening Mawar mendengar kata-kata balasan itu. Wajah Hujan yang tiada riak itu dipandang depan penuh persoalan.

"Aku dah lama hidup dengan dia, thats why I know him well" terang Hujan lagi tatkala dahi itu semakin berkerut. Bukan susah pun hendak mengagak tindakan Nathan, mungkin kehidupannya yang banyak dihabiskan bersama lelaki itu membuatkannya mengenali sahabatnya itu dengan lebih dalam. Kerana itu, dia tidak pelik jika menghadapi situasi seperti ini. Nathan is still Nathan.

"Yang saya pasti dia memang menyakitkan hati" agakkan Mawar itu mengundang tawa yang besar daripada Hujan.

"Thats the normal thing, Reidht Nathan jarang tak menyakitkan hati" dia tersenyum membalas ayat wanita itu. Lagipun perangai Nathan yang satu itu memang sudah biasa baginya, tidaklah terlalu menyakitkan hati. Cuma bagi mereka yang belum biasa, mungkin akan berasa lain. Tetapi sahabatnya itu bukan jenis yang menyakitkan hati, hanya kata-katanya yang ringkas dan tiada perasaan itu yang kurang dihadam oleh orang.

"Kutuk dosa, masuk api neraka" kata Nathan apabila mendengar namanya disebut. Lebih-lebih lagi tatkala melihat wajah tersenyum mereka, pasti tidak pernah habis mengutuknya. Dia berdiri tegak di hadapan meja dengan sebelah tangannya memegang Aathif yang sudah terlentok sepenuhnya di bahunya, tidur.

"Jangan perasan, kau tak hensem" eh tiber, dah kena rasuk si Hujan ni.

Nathan mengeluarkan dua keping 50 ringgit lalu dihulurkan kepada sahabatnya itu.
"Bayar, baki tu macam biasa" ujar Nathan sebaik sahaja hulurannya di sambut. Dia melangkah pergi diikuti Mawar yang sedikit terkebil-kebil melihat mereka.

"Meh, Aathif" ujar Mawar apabila mereka sudah tiba di kereta. Dia memanjangkan tangan ingin mengambil tubuh kecil yang terlentok lena itu namun terhenti tatkala mendengar rengekan manja, seperti mahu menangis.

"Biar aku pegang dia" balas Nathan semakin mengemaskan tubuh itu di dalam dakapannya.

"Tapi awak drive"  takkanlah lelaki itu mahu membawa kereta sambil mendukung Aathif? Masih tidak terbayang lagi difikirannya perkara itu, risau sekiranya berlaku apa-apa. Dengan sebelah tangan sahaja yang memandu, tidak mengapakah?.

"Hujan ada" kata-kata Nathan itu serta-merta mendapat anggukan darinya, lupa pula dengan kelibat sahabat lelaki itu.

Kunci kereta dikeluarkan sebelum dia menghidupkan enjin, tubuhnya tersandar penuh di perut kereta sambil menunggu kedatangan Hujan. Lama betul pergi bayar.

Melihat tindakan Nathan itu membuatkan Mawar turut melakukan perkara yang sama. Dia menoleh sekilas memandang lelaki itu, seperti ada sesuatu perkara yang terlintas di benak fikirannya namun tidak terluah. Tidak tahu bagaimana hendak memulakannya .

"Gatal" sepatah kata itu menyedarkannya. Seketika kemudian dahinya berkerut, gatal?.

"Siapa?" Mawar mengalihkan pandangannya di sekeliling mereka sebelum menumpukan matanya kepada lelaki itu kembali, tiada apa-apa yang mencurigakan pun.

"Kaulah, tenung aku buat apa?" Kini pandangan Nathan sudah tertumpu sepenuhnya ke arahnya. Sebelah kening lelaki itu terjongket, meminta jawapan darinya.

Spontan Mawar mengemam bibirnya, malu. Tidak sedar pula dengan tindakannya yang kantoi itu.

"Saja" balasnya sebelum memusingkan kepala ke arah lain. Jangan disoal bukan-bukan sudahlah, fikirannya sudah buntu untuk memikirkan jawapan.

"Kau nak apa? Nak kena cium?" Soalan Nathan itu mewujudkan rengusan geram di bibirnya. Melalut benar jika itu jawapannya!.

"Cakap jelah, kalau tidak memang aku anggap kau nak ciuman daripada aku" sambung bibir itu lagi bersama senyuman sinis. Bukannya dia tidak perasan wajah merah Mawar itu, sudah jelas kelihatan tetapi masih mahu disorokkan. Sombong pula dengan pandangan yang tertumpu ke arah lain, langsung tidak mengendahkan pandangannya yang tertumpu ke arah wanita itu.

"Ish! Memang tidaklah! Saya cumaa..." suara Mawar kembali perlahan dipendengaran lelaki itu. Tidak mahu keluar pula ayatnya, walhal tadi dia sudah memikirkan bermacam-macam kata. Ini sengaja nak kenakan aku!.

"Spesies kau ni memang suka gantung ayat ea, memang dulu tak habis bejalar ke?" Sindir Nathan bersama dahi yang berkerut. Sudahlah dia malas mahu memikirkan sambungan ayat wanita itu, selepas itu boleh pula dibiarkan tergantung sepi seperti itu.

"Awak ni kenapa?! Ingat saya ni jenis yang suka ponteng sekolah?!" Bentak Mawar sedikit kasar, habis hilang sifat kewanitaannya setiap kali bersama lelaki itu. Sifat ayu dan sopannya pun sudah terbang dibawa angin.

"Janganlah emosi, aku gurau je" pujuk Nathan acuh tidak acuh. Bukannya dia tidak hadam dengan sikap Mawar yang baru dikenalinya, Queen of Bantah!.

"Saya sendiri tak tahu bila masa awak bergurau, ketawa, senyum. Dahlah, muka ketat je" Nathan melemparkan jelingan yang tajam tatkala mendengar ayat wanita itu. Fikir aku ni badut, asik nak senyum je.

"Senyuman itu kan satu sedekah" sambung Mawar lagi sambil melemparkan senyuman lebar kepada lelaki itu, seolah-olah mengajarnya.

"Kau suka aku senyum?" Soalan Nathan itu membuatkan Mawar terdiam sendiri. Bukan tidak suka, suka tetapi tidaklah sehingga ke tahap obses. Sekadar minat sahaja melihat wajah ketat itu mengukirkan senyuman, kerana selama ini dia diberikan senyuman sinis sahaja.

"Tt-tak lah, saya cakap je" Mawar menukarkan pandangannya ke sisi, tidak betah melihat senyuman senget yang terukir itu. Tatkala itu juga bibirnya dikemam apabila hidungnya mula bertukar merah, tabiat yang tidak boleh dielakkan ketika dia menipu.

Melihat hidung yang merah itu mewujudkan satu senyuman nipis di bibir Nathan. Dia bukan terlalu naif untuk tidak mengetahui tabiat Mawar yang satu itu, Ibu Ayana telah menceritakan segalanya kepada dia semasa makan malam di rumah wanita itu. Terutamanya mengenai hidung Mawar yang merah apabila menipu dan tabiat salah masuk kereta orang. Tabiat yang satu lagi itulah yang menyebabkan mereka bertemu sehingga hari ini, kesilapan wanita itu yang selamba sahaja masuk ke dalam keretanya.

"Lain kali jujur kalau suka aku, bukannya aku lembab sangat tak tahu kau menipu" tubuh Aathif yang melorot jatuh itu dibetulkan sebelum tangannya menepuk lembut belakang badan itu. Kedua tangan kecil itu juga memeluk erat lehernya dengan wajah si kecil itu yang tersembam penuh di lehernya. Terasa seperti ayah orang pula.

"Kalau dah tahu tu senyap jelah, bising" marah Mawar perlahan bersama bibir yang tercebik geram. Sukalah lelaki itu kerana dapat mengenakannya selepas ini, tidaklah telinga Nathan itu terlalu bingit mendengar suaranya yang suka membantah itu.

"Kau suka aku... kan, Mawar?" Soal Nathan dengan tawa kecil, terhibur melihat Mawar yang berusaha menyembunyikan wajahnya.

"Ish! Tak hinginlah!" Balas Mawar sedikit menjerit, tidak mahu mengganggu lena Aathif tetapi ayat lelaki itu benar-benar mengujinya!.

"Hidung kau merah" jarinya ditunjukkan ke arah hidung wanita itu yang sudah bertukar warna.

"Selesema" Mawar menutup hidungnya dengan kedua-dua tangan.

"Bahagian mana yang kau suka? Mata? Hidung? Muka? Telinga? Senyuman aku? Atau kau suka bibir aku? Teringin nak rasa?" Soalan Nathan itu berjaya membuatkan Mawar menundukkan wajahnya, malu. Habis seluruh wajahnya merah padam dengan bibir yang dikemam kuat, menahan rasa yang sudah menggunung dengan tindakan lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu turut menundukkan kepala, ingin mengintai wajahnya yang kemerahan.

"Tak payahlah, Nathan!" Mawar memalingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu namun lain pula yang terjadi apabila lelaki itu semakin bersemangat ingin melihatnya, turut mengikuti gerakannya yang ingin menjauh.

"Which part do you prefer? Do you like me that much?" Usik Nathan bersungguh, tidak puas melihat wajah kemerahan itu.

"Saya suka awak bukan--"

"Wow! Mawar suka Nathan? Thats amazing" sampuk Hujan sebaik sahaja tiba di hadapan mereka. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman mengusik tatkala mendengar kata-kata wanita itu. Mati-matian dia ingat mereka berdua bergaduh, rupa-rupanya sedang meluahkan isi hati. Dari jauh seolah-olah sedang berperang namun apabila didekati lain pula yang dilihat, sedang bergurau manja rupanya.

"Asal kau lambat?" Salam tiada terus menerjah, dengan senyuman kambing yang terukir lagi. Rasa hendak ditampar pun ada. Namun tangannya bergerak membukakan pintu kereta untuk Mawar.

"Diorang bakar lagi, sate yang kau minta bungkus tak cukup. Nah Mawar, Nathan belanja" Hujan menghulurkan satu beg plastik kepada wanita itu sebelum mengikuti langkah sahabatnya masuk ke dalam kereta. Satu beg plastik lagi dihulurkan kepada Nathan sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di tempat pemandu.

"Woi tunggu apa lagi?!" Terjah Nathan apabila tubuh wanita itu masih berdiri tegak di sisi kereta. Pintu kereta sudah dibuka, namun orangnya pula yang tidak mahu masuk. Aku angkat karang tak pasal-pasal kata aku macam-macam, dengan mulut machine gum nya lagi.

Tergesa-gesa Mawar memaksa tubuhnya masuk ke dalam perut kereta. Boleh pula kakinya digam sebentar tadi walhal dia sudah bersiap sedia untuk masuk.

"Garanglah kau ni" tegur Hujan. Dia pun turut terkejut dengan terjahan Nathan tadi, mujur sahaja Aathif tidak tersedar.

"Biar akulah" balas Nathan tanpa riak dan nada.

"Macam bapak singa" tambah Mawar yang bersandar selesa di belakang mereka. Memang benar pun, sikit-sikit nak marah, macam mak-mak.

"Kau tahu apa, perempuan?" Nathan melemparkan pandangan kepada wanita itu melalui cermin hadapan, bukannya dia tidak perasan wajah cemberut dan bibir yang mengumam itu. Pasti tidak habis-habis dari mengutuknya.

"Kau tak nak jadi mak singa, Mawar?" Soal Hujan tiba-tiba, bibirnya sudah mengukirkan senyuman kecil. Sengaja mengusik.

"Kenapa saya pula?" Tiada angin tiada ribut, suruh aku jadi mak singa. Kau fikir ni Disneyland?. The Lion king? Mamat tu jadi Mufasa, aku jadi Sarabi? Eh, apa aku merepek ni.

"Sebab kau suka Nathan"

Mawar memejamkan matanya tatkala mendengar tawa besar Hujan itu, cepatlah masa berlalu dengan pantas. Boleh sesak nafasnya jika berada lama-lama bersama mereka ini.

          NUBHAN melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan salah seorang sindiket pembunuhan yang ditangkap beberapa hari lalu. Di tangannya terdapat satu fail dan beberapa helai gambar. Dia menolak pintu bilik itu kasar sebelum mendekati tubuh yang menunduk dengan tangannya yang digari.

"Peguam kau bagitahu aku, yang kau tak nak buka mulut langsung. Kalau kau nak bebas, kau sendiri kena beri kerjama" Dia melabuhkan duduk di hadapan banduan itu sambil menghempas fail dan beberapa gambar yang dibawa. Sudah hampir dua minggu perkara ini melarat namun sebarang maklumat masih belum diketahui. Perbicaraan di mahkamah juga perlu ditangguhkan di atas sebab-sebab tertentu.

"Kau dah tahu aku siapa, tapi masih lagi berlakon macam orang bodoh dan tanya aku macam-macam" balasnya bersama tawa sinis. Penat dengan sikap polis dan pegawai di sini yang tidak habis-habis menyerabutkan kepala, bertanya semua soalan yang sudah diketahui dan masih berlagak seperti orang tiada otak. Walhal ditangan mereka terdapat bergenggam maklumat yang diperolehi.

"Lagipun, sempat aku mati sebelum bebas. Pegawai kat sini semuanya pandai pujuk, iyalah nak naik pangkat dapat selesaikan banyak kes. Selepas dah selesai, aku ni dicampak ibarat anjing kurap. Daripada macam tu, lebih baik aku diam. Masing-masing boleh main peranan, just like a game" sambungnya sinis. Kedua-dua tangannya diangkat ke atas meja, menunjukkan kedua tangannya yang bergari erat. Bibir pula tidak henti-henti mengukirkan senyuman sindir, sengaja ingin menaikkan api kemarahan pegawai polis itu.

"Aku tak peduli semua tu, sekarang ni aku nak kau buka telinga luas-luas. Pembunuh macam kau ni takkan kekal lama memandangkan hidup kau akan berakhir di tali gantung. Daripada kau teruskan permainan bodoh ni, baik kau guna akal kau untuk selamatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya kau masih ada peluang untuk hidup" Nubhan melemparkan beberapa keping gambar dihadapan lelaki itu.

"Mata-mata aku ada dekat mana-mana, apapun aktiviti korang tetap akan sampai ke pendengaran aku. Cuma ketua kau tu macam biskut, cepat sangat lesap. Penakut" sambungnya bersama sindiran penuh makna. Dia tidak perlu membuang masa berjam-jam semata-mata inginkan maklumat palsu mereka. Cuma kemahiran ketua pembunuhan itu yang mengagumkannya, licik dan kejam. Tidak sampai beberapa minit penangkapan semuanya lesap, bijak.

"Then play the game. Kau takkan menyesal memandangkan ketua aku tu otak dia luas. Baru seronok, kalau game dia lambat habis" tawanya kuat. Seolah-olah gembira mendengar kata-katanya sendiri, langsung tidak takut dengan nasib yang menimpanya selepas ini.

"Daripada awal lagi memang aku main game korang. Tapi kau kena faham satu benda, permainan takkan habis selagi ada yang main kotor" meja kayu dihentak kuat, melepaskan amarah yang lama terpendam. Jika tidak memikirkan kelicikan mereka ketika melarikan diri, sudah lama kehidupan mereka berakhir di dalam penjara. Permainan kotor yang melibatkan nyawa dan maruah membataskan tugas mereka sebagai polis. Nampaknya selepas ini permainan mereka akan dimulakan dengan tipu muslihat, jika pembunuh itu berani menguji mereka dengan taktik kotor, mengapa mereka sebagai polis tidak boleh.

"Fikirlah sikit, kami tak ada undang-undang lembab macam korang! Tak ubah seperti lembu dicucuk hidung, kuli!" kutuk lelaki itu bengang. Kehidupan pegawai polis tidak ubah seperti hamba dan kuli, perlu melindungi dan mengawasi rakyat yang langsung tidak menyedar kewujudan mereka. Tidak kira juga dengan sikap polis yang gila kuasa dan mata wang, sanggup menggadaikan diri sendiri demi nilai yang takkan kekal lama. Langsung tidak berhormat.

"Sama juga seperti korang, sekurangnya aku bukan binatang. Langsung tiada sifat berperikemanusiaan" ujar Nubhan bersama tawa, tidak termakan dengan kata-kata hinaan lelaki itu. Hidup bagai dihujung tanduk tetapi masih lagi berapi-api ingin menyakiti orang lain.

"Nyawa diorang bukan masalah aku!" Tengkingnya kuat, dia menghentak meja itu dengan penuh amarah.

"Nyawa kau juga bukan masalah diorang. Kalau kau mati sekalipun, orang takkan kisah termasuklah ketua kau tu. Budak-budak dia ramai, jadi buat apa dia buang masa fikirkan budak hingusan macam kau" balas Nubhan tenang, mengendahkan kemarahan lelaki itu kepadanya. Dia sudah biasa mengalami situasi seperti ini, perkara yang memainkan mental dan fisikal.

"Kau polis tak guna!" Tangannya dihayunkan kasar ingin memukul wajah sinis itu sebelum kedua-dua lengannya dipegang erat oleh pegawai di situ.

"Kau sendiri akhirkan riwayat kau di tali gantung, aku dah beri kau peluang. See you again, adios bro" sindir Nubhan lalu mengangkat kaki beredar dari situ.

"Eh jap" dia kembali berpatah balik ke arah lelaki itu sebelum fail dan gambar-gambar tersebut diambil. Sempat dia menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki itu.

"Nanti aku bawa kawan-kawan kau sekali, minta diorang jumpa kau kat Padang Mahsyar. Don't miss me, cau" balasnya sinis sebelum berlalu dengan tawa yang mengejek. Dia membiarkan suara tengkingan lelaki itu memenuhi bilik sepi itu, yang penting dia sudah menjalankan tugasnya. Walaupun selepas ini dia perlu berjumpa dengan lelaki itu lagi, namun itu bukan masalah baginya. Lagipun dia sudah biasa bersama individu seperti itu, mentalnya diuji dengan perang psikologi yang berat.

"Tuan Nubhan" dia mengalihkan pandangan tatkala namanya dipanggil. Kening terjongket menghantar persoalan kepada seorang wanita yang sedang menghampirinya.

"Tuan ditugaskan untuk memeriksa kawasan pembunuhan kelmarin bersama pegawai polis lain" Terang pegawai wanita itu senafas. Takut melihat wajah tegang lelaki itu.

"Ada nampak aku peduli?" Ujar Nubhan malas  sebelum melangkah pergi.

"Tapi ini tugas yang diamanahkan untuk Tuan!" Jerit wanita itu kuat tatkala tubuh lelaki itu semakin jauh.

"Aku nak pergilah ni!" Balasnya dengan jeritan yang sama kuat. Hari pun sudah menginjak malam, bukannya tidak boleh mengawasi kawasan itu pada waktu pagi. Banyak betul masalahnya.

"Tuan nak saya hantarkan?" Soal pegawai wanita itu sambil berlari anak mengejar langkah besar ketuanya itu. Sepatutnya sekarang ini dia sedang menyiapkan maklumat penjenayah namun lain pula yang dia lakukan. Ingin mencuri tulang dan merehatkan badannya yang kebas.

"Tak payah, aku naik mrt. Nak main youtube" alasan tindak muhasabah diberikan. Entah ke mana berhentinya mrt itu pun dia tidak tahu, inilah masalahnya jika membuat kerja di dalam keadaan yang paksa rela.

"Haa? Tapi--"

"Kalau kau tak nak main youtube, jangan ikut aku" potong Nubhan tanpa mendengar ayat wanita itu sehabisnya. Banyak pula bebelannya, tidak nampakkah keadaan dirinya yang mahu cepat ini?.

"Ya ya, saya nak main youtube" layankan, sahaja lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience