•bab 22•

Romance Series 12832

          "APA yang kamu cuba buat ni?" Soal Ayah Syah bersama wajah yang tegang, dia memandang tajam wajah yang sedang mendongak ke arahnya. Membuat keputusan secara sesuka hati di belakangnya, malah mengendahkan statusnya sebagai ketua keluarga.

"Abang, janganlah buat dia macam tu. Dia tak sengaja pun" pujuk Ummi Dahlia, sayu. Dia mengusap lembut bahu suaminya, cuba mengembalikan semula sifat sabar yang selama ini terpendam di dalam hati suaminya itu. Ayah Syah bukan lelaki yang suka menengking dan baran, namun apabila sesuatu perkara itu melebihi tahap kesabarannya, pasti akan meletus juga.

Satu keluhan lemah akhirnya meniti di bibir Ayah Syah. "Saya dah cuba, Lia. Kadang-kadang tak terasa hati pun, tapi kali ni dah melampau" jelas Ayah Syah lalu meraup wajahnya, kesal. Kalau tidak ditegur semakin menjadi-jadi, namun apabila ditegur begini pula jadinya. Dia memandang geram wajah yang mempamerkan riak tidak bersalah itu, selamba sahaja wajahnya.

Wajah itu kembali menundukkan wajahnya, selamba sahaja dia mengendahkan perasaan kedua-dua orang tuanya itu.

"Bukankah Tok Ummi dah cakap, sayang? Jangan buat macam ni, kesian kat Tok Ayah" bukannya dia tidak pernah menegur, pernah sahaja. Selalu. Tetapi orang yang ditegur itu langsung tidak mahu mendengar, masuk ke dalam telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan. Langsung tiada rasa bersalah.

"Tok Ayah tak kisah kalau ini kehendak kamu, tapi tolonglah... jangan ulang kesilapan yang sama lagi, bukan ini cara yang betul" tangan tua itu mulai memicit kepala sendiri, pening. Satu demi satu masalah datang kepadanya, mujur dia masih mampu untuk melaluinya. Jika tidak, haih.

"Sudahlah, abang. Jangan difikirkan lagi" pujuk Ummi Dahlia lagi, risau benar melihat keadaan suaminya. Tangannya masih lagi setia mengusap bahu suaminya, tidak mahu apa-apa perkara yang buruk berlaku.

"Apa yang Tok Ummi dan Tok Ayah buat ni?" Satu suara yang menyoal itu menarik perhatian mereka, mereka memandang wajah cucu mereka Nathan yang baru keluar dari bilik mandi. Masih lagi bertuala sambil mengelap rambutnya yang basah, badan lelaki itu masih terdapat sisa-sisa air mandi tadi. Bau haruman mandi itu memenuhi hidung mereka. 

Ayah Syah menjongketkan sebelah keningnya, buat apa?.

"Kamu tolong ajar sikit anak kamu ni, geram aku dibuatnya" tegur Ayah Syah sambil menunjuk ke arah wajah yang tidak mempedulikan mereka itu, degil.

"Meoww" balasnya perlahan.

"Apa kamu meow meow ?! Dah elok bini aku bagi makanan sedap kat dapur sana, makanan aku juga kamu nak bedal kenapa?" Marah Ayah Syah kegeraman, bukan sekali dia menerima situasi seperti ini. Selalu!. Kadangkala tidak sedar pun makanannya hilang, kadangkala pula dia berfikir makanan belum siap dihidangkan. Rupa-rupanya telah dibelasah oleh kucing ini dahulu, geram betul!. Nasib baik sayang.

"Tak apalah, abang. Ada banyak lagi kat dapur tu, Lia ambilkan ya" lengan suaminya ditarik lembut kah meja makan, jika direnung kucing itu membedal ayam goreng kegemaran suaminya, sehingga esok mereka tidak kenyang.

"Tapi Lia, ayam goreng abang tu" Allahuakbar, tidak habis-habis lagi. Mata Ayah Syah masih lagi setia memerhati kucing itu membedal ayam gorengnya, bukan seketul tau tapi dua ketul ! Dua kali dia ambil ! Sabar jelah aku.

"Ada banyak abang, itu rezeki dia" Ummi Dahlia menepuk bahu suaminya memujuk sebelum mengatur langkah ke dapur, kali ini dengan berhati-hati agar tidak dicuri lagi.

"Gemok tak salah pun Tok Ayah, dia nampak ayam goreng tu sedap sangat" ujar Nathan lalu mengambil tempat di meja makan, dengan selamba dia meneguk air di meja makan dengan sehelai tuala tersarung di badan. Kucing gebu berwarna oren itu mula melangkah ke arah mereka, dengan ekor kontotnya lagi. Gigit karang.

"Meow" sahut kucing itu, mula membelai badannya di kaki meja.

"Arhhh tak nak!" Jerit Nathan lalu mengangkat kakinya di atas kerusi, dia memeluk kakinya dengan erat. Mujur sahaja ekor kucing itu pendek, jika tidak pasti sudah membelai-belai tubuhnya. Eeee.

"Haaa, baguslah tu. Back up kucing tu, tapi diri sendiri penakut. Macam manalah kau boleh hidup dengan kerja kau sekarang, pelik" perli Tok Ayah pedas, dia membalas pandangan tajam cucunya itu dengan wajah yang kosong. Langsung tidak gentar, biasa sahaja.

"Itu tak ada kena mengena langsung" bantah Nathan, geram.

"Sudah sudah, depan rezeki ni. Hujan mana?" Soal Ummi Dahlia, di samping itu memberhentikan perbualan mereka. Dia melilaukan pandangan mencari cucunya seorang lagi itu, pagi tadi baru mereka bersarapan bersama. Tiba-tiba tengah hari ini hilang pula, sedangkan dia dan Nathan selalu berdua.

"Hujan kata dia ada jemputan makan tengah hari kat luar, sebab tu tak ada" jelas Nathan sambil mengisi pinggan-pinggan kosong itu dengan nasi putih, ketika itu pula kedua-dua kakinya masih tidak bersentuhan dengan lantai. Terasa seperti berdiri di atas baldi pula, bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh. Tetapi kucing itu boleh pula baring di tepi kerusinya ! Pergi ke tempat lainlah!.

"Sejak bila pula anak teruna tu terima jemputan ? Kamu tak ada pula, selalunya korang berdua kan?" Persoalan Ayah Syah itu mengundang tawa besar di bibir Nathan, entah mengapa kata-kata atoknya itu sedikit sebanyak menggeletek perutnya.

"Itulah yang kelakarnya, Hujan kata dia dapat jemputan melalui e-mail. Masalahnya, Nathan check e-mail dia kosong je" Nampak sangat tiada ramai peminat, sendu sahaja e-mail nya. Mengalahkan kiraan burung-burung yang berterbangan di langit, eh.

"Tak apalah, janji dia makan" ujar Ummi Dahlia lalu mengambil tempat di meja makan, dia mencedok lauk ke dalam pinggan suaminya.

Nathan sekadar menganggukkan kepalanya, nasi dijamah dengan berselera ke dalam mulut.

"Keadaan Mawar macam mana?"

"Burrrrr!" Semburan nasi mulai beterbangan diiringi batuk mendadak yang kuat. Dengan pantas dia menghirup air minuman di atas meja makan sambil menahan batuknya, soalan Ummi Dahlia benar-benar menduganya.

"Astaghfirullahalazim, budak ni" Serentak itu juga Ummi Dahlia mencapai tisu di atas meja makan namun dia tidak mengelap bibir cucunya itu tetapi mengelap wajah suaminya yang sudah dipenuhi nasi, seluruh wajah Ayah Syah itu dibersihkan dengan pantas. Kali pertama pandang terasa kasihan, namun apabila masuk dua kali terasa kelakar pula.

"Uhuk! Uhuk! Ya Allah, Tok Ummi ni. Terkejut Nathan" ujar Nathan cuba menutup rasa malunya, dia mengusap dadanya perlahan. Dia menahan senyum memandang wajah menyinga Ayah Syah, habislah selepas ini. Pasti dia pula yang akan disembur, dengan leteran yang berpanjangan tanpa noktah.

Ayah Syah melemparkan jelingan tajam kepada cucunya sebelum bangkit berlalu ke tandas, habis muka hensem aku dicemari bakteria.

"Apa yang kamu terkejut sangat Nathan?" Ummi Dahlia menjongketkan sebelah keningnya, pelik. Rasa-rasanya soalannya itu tiada apa yang menarik pun, sehingga boleh mengundang kejutan.

"Haa?" Terkebil-kebil Nathan mendengar persoalan neneknya itu, entah mengapa, jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Tanpa sedar bayangan semalam kembali bermain di fikirannya, pantas.

"One day, Mawar. Aku akan lafazkan akad dan masa tu... kau dah halal untuk aku"

Nathan memegang dadanya, Ya Allah.

"Kahwin dengan aku"

Ketika itu juga dia menelan air liur, kelat. Debaran yang hadir tanpa diduga, perutnya mulai bergelodak gemuruh. Allahuakbar, dia sendiri masih tidak percaya dengan keberanian dirinya semalam. Perkara itu tiba-tiba berlaku di luar kawalannya, kata-kata di bibirnya itu meniti tanpa sempat dia menahan. Lancar, seakan-akan dia bersedia.

"Nathan?"

Pandangannya spontan teralih kepada Ummi Dahlia, neneknya itu dipandang dengan tanda tanya.

"Kenapa? Ada apa-apa berlaku pada Mawar? Tok Ummi ingat nak melawat dia nanti" penjelasan Ummi Dahlia itu membuatkan darah gemuruhnya naik mendadak ke wajah, telinganya yang kemerahan mulai kelihatan.

Terketar-ketar mulutnya ingin membalas, Ya Allah, ketika membuat itu tidak gentar apa-apa pula. Ini selepas kejadian itu semakin menjadi-jadi pula, berdebar.

"Boleh tak?" Soal Ummi Dahlia sekali lagi, mengapa pula dengan cucunya ini? Dia ada bertanya soalan yang mengejutkankah?.

Terkebil-kebil mata Nathan membalas pandangan penuh persoalan dari neneknya itu, mengapa ketika ini otaknya seperti tiada apa-apa jawapan untuk membalas?. Beku. Apa-apa perkataan pun tidak berputar dimindanya tatkala ini, kosong.

"Ermm, bo-boleh Tok Ummi. Nanti Nathan bawa ya" ujar Nathan sedikit gagap, dia mengusap gugup belakang lehernya sebelum berdeham. Cuba menutup rasa gemuruh yang naik secara mendadak tanpa sedar, bagaimanalah keadaannya sekarang ya? Pasti sudah seperti cacing kepanasan.

Ummi Dahlia sekadar mengangguk perlahan-lahan, pelik. Namun pandangan penuh keliru masih terarah kepada cucunya, sejak dua menjak ini lain pula perangai cucu lelakinya itu. Tetapi sedikit sahajalah, mungkin andaiannya sahaja.

"Habis muka aku, esok-esok kalau berjerawat muka kacak ni aku dah tahu dah siapa penyebabnya" bebel Ayah Syah sambil melangkah keluar dari dapur, kedua-dua tangannya laju sahaja mengelap wajah menggunakan sehelai tuala muka. Dengan geram dia melabuhkan kembali duduknya di atas kerusi, serentak itu juga tuala muka itu dilempar benar-benar di wajah cucunya itu. Huh, puas hati aku.

Tergeleng-geleng Ummi Dahlia melihat tindakan suaminya itu, kadangkala dengan cucu pun boleh dijadikan bahan gaduh. Masalahnya umur mereka semua bukannya sebaya, namun boleh pula Ayah Syah itu berperangai seperti mereka. Haih, nasib baik laki aku.

"Dah, jom sambung makan" ajak Ummi Dahlia semula, kalau lauknya sejuk nanti tidak sedap pula untuk dijamah. Di samping itu, cuba menghentikan bebelan suaminya.

Nathan hanya mendiamkan diri memerhati atok dan neneknya menjamah nasi, entah mengapa lidahnya gatal ingin mengatakan sesuatu.

"Nathan sebenarnya.." kata-katanya itu berjaya menarik perhatian mereka berdua, dia menarik nafas lembut sebelum berdeham perlahan. Sedaya upaya untuk berkelakuan berani di hadapan mereka, yakin.

"Nathan... Nathan ada sesuatu nak kata" ujarnya sedikit lancar, dia membetulkan duduknya. Kedua-dua kakinya diletakkan kembali mencecah lantai tatkala tiada kucing berekor kontot itu, dia menegakkan tubuh memandang kedua-dua wajah tua itu.

Ayah Syah dan Ummi Dahlia sekadar mendiamkan diri, menantikan kata-kata yang ingin disampaikan oleh cucu mereka.

"Nathan dah pasang niat untuk mendirikan rumah tangga" ujarnya dalam satu nafas.

"Burrrrr!" Nasi yang dijamah oleh Ayah Syah spontan tersembur keluar dari mulut mengena ke arah wajahnya manakala Ummi Dahlia pula terkaku memandangnya. Allahuakbar, terkejut sangat ni.

Nathan mengelap wajahnya yang dipenuhi nasi itu, tuala muka Ayah Syah itu diguna semula.

Tetapi beberapa saat kemudian terukir senyuman lebar di wajah Ummi Dahlia, bersinar matanya memandang wajah cucunya itu. Tanpa sedar dia mulai diselebungi rasa gembira dan bahagia, jelas terukir dengan nyata rasa gembira yang tidak terhingga di wajahnya.

"Nathan nak nikah?! Betulkah ni?!" Soal Ummi Dahlia, teruja.

"Kamu pekak kot, Lia. Kita salah dengar ni, kah aku yang pekak?" Soal Ayah Syah pula, spontan tangan tua itu menggaru tepi dahinya sendiri.

"Dua-dua pekak kot..." Ujar Nathan perlahan, namun masih didengari oleh mereka.

"Hey!" Sergah Ummi Dahlia.

Terhinjut bahu cucunya itu, terkejut.

"Kamu ni betul-betul kah? Cuba bagitau Tok Ummi, apa yang buat kamu terdetik hati nak beristeri ni?" Soalan Ummi Dahlia itu membuatkan Nathan menelan liurnya, pahit. Apa ya?.

"Itu... biar Nathan sendiri yang tahu ya, hehe" ujarnya malu.

"Kah, kamu ada buat sesuatu yang tak elok ni. Sampai mendadak kamu nak nikah--"

"Astaghfirullahalazim, Tok Ayah. Mana ada, Nathan baru kata nak nikah belum bagi tahu lagi bila. Lagipun Nathan tak akan buatlah perkara-perkara terkutuk tu, Nathan masih ada otak" balas Nathan membantah sepenuhnya tuduhan atoknya itu, gilalah dia akan melakukan perkara seperti itu. Kalau begitu, baik tidak perlu kahwin.

"Manalah tahu, tiba-tiba kamu tak ada otak masa tu " gurau Ayah Syah.

"Abang" tegur Ummi Dahlia, pantang kalau dah mula bergaduh. Dalam keadaan seperti ini pun mahu bertengkar lagi, tidak matang benar.

"What? I just said what I said" Yow, this atok is speaking in the house, entah siapa-siapalah yang mengajar orang tua ni berbahasa Inggeris. Pandai sungguh.

"Tak apalah, apa-apa hal Tok Ummi dengan Tok Ayah sokong niat kamu. Bila kita nak pergi merisik?" Amboi, seronoknya. Wajah Ummi Dahlia masih lagi terukir riak teruja, tidak sabar benar dia menanti hari itu tiba. Akhirnya terdetik juga hati cucunya ingin mendirikan rumah tangga sudah lama dia menantikan saat ini. Dengan umur yang semakin meningkat dari masa ke semasa, siapa sahaja yang tidak teringin untuk mempunyai keluarga.

"Insyaallah nanti Nathan perkenalkan diri secara rasmi pada keluarga dia, tapi jawapan dari dia pun Nathan tak dapat lagi" kata-kata Nathan itu menimbulkan satu persoalan di benak Ayah Syah, wajah tua itu berkerut sedikit.

"Siapa bakal isteri kamu?" Soal Ayah Syah, ketika itu juga Ummi Dahlia tersedar sesuatu. Benar juga, siapa bakal isterinya?.

"Erm, bba-bakal isteri?" Soal Nathan semula.

Baguslah tu, orang tanya dia boleh pula dia tanya orang semula.

"Habistu, kamu kahwin dengan anak monyet kah?" Perli atoknya, boleh pula budak ni tanya orang balik.

"Mawar" ujarnya pantas, serentak itu juga dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sengaja melilaukan matanya memandang ke sekeliling ruang tamu, segan untuk menatap mata atok dan neneknya.

Mata Ummi Dahlia membulat sebesar-besar alam, terkejut!. Dalam ramai-ramai wanita, Mawar adalah wanita menjadi yang menjadi pilihannya. Namun dia tidak membantah, selebar-lebarnya tapak tangan dia tadahkan jika wanita itu adalah Mawar. Alhamdulillah.

"Budak perempuan yang datang masa tahlil haritu?" Soalan Ayah Syah itu dibalas dengan anggukan kecil, aku dah tak sanggup bersuara.

Patutlah seperti pernah dengar nama itu, rupa-rupanya itu adalah wanita yang pernah di bawa oleh cucunya semasa kenduri tahlil di rumah mereka. Kadangkala terkeluar juga nama itu di bibir isterinya, berkenan sungguh.

"Macam mana budak perempuan tu boleh suka kamu?"

Ya Allah, semakin menggaru kepala mendengar pertanyaan Ayah Syah.

"Nathan nak bersiap dululah, ada kerja" dengan segera Nathan bangkit dari duduknya, tidak sanggup lagi mendengar pertanyaan dari atok dan neneknya.

"Nak pergi kerjakan budak tulah ya, eh silap pula. Ada kerja dengan budak tu" Astaghfirullahalazim, semakin mengucap dia mendengar kata-kata Ayah Syah. Semakin lama di sini, semakin botak kepalanya mendengar.

"Apa pula abang ni" tegur Ummi Dahlia.

"Saya tersasul, sayang"

Nathan segera beredar dari tempatnya, seperti berkulat-kulat telinga.

"Nathan tak nak makan kah?" Aduhai Tok Ummi, janganlah ditahan-tahan semakin panjang pula ceritanya nanti.

"Nathan dah jamah sikit tadi Tok Ummi, nanti balik Nathan makan lagi ya" serentak itu juga dia berlari naik ke tangga, biarlah tuala dia terlucut sekalipun asalkan dia dapat melarikan diri dari situasi itu.

"Dahlah, saya pun nak pergi kerja ni" tiba-tiba Ayah Syah bangkit dari duduknya.

Dahi Ummi Dahlia mulai berkerut seribu, sejak bila pula ada kerja ni?.

"Sejak bila pula abang kerja ni?"

"Ouh, abang tak kerja ea?" Wajah Ummi Dahlia terus bertukar masam mendengar ayat suaminya, nasib baik laki kita kalau tidak sudah dihalaunya keluar rumah.

"Duduk, makan" pandailah dia, cucu dia nak pergi kerja dia pun sibuk nak pergi kerja juga.

"Saya nak pergi--"

"Duduk" serentak itu juga Ayah Syah melabuhkan duduknya, wajah tegang Ummi Dahlia itu berjaya menakutkannya. Bukan takut isteri ya, tetapi sayang.

Ummi Dahlia tersenyum kecil, tahu takut.

          "JADI, kai datang ke tempat tu selepas mendapat panggilan daripada Nathan?" Soal Gwenn selepas mendengar segala maklumat, tangannya laju bergerak menaip di atas papan kekunci.

Mawar menganggukkan kepalanya, dia menggenggam lembut cadar katil yang menutup sebahagian kakinya itu. Takut.

"Apa yang buat kau terfikir untuk mesej aku selain daripada telefon nombor tu semula?" Soal Nathan pula, dia berpeluk tubuh menghadap gadis itu. Perkara itu benar-benar bermain di fikirannya, kerana satu kesilapan Mawar berjaya untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Dia juga tidak boleh memproses mindanya setelah mendapat mesej, terus sahaja dia menggodam lokasi Mawar ketika itu. Dan berakhir menyelamatkan wanita itu dalam keadaan yang hampir diperkosa, dan perkara itu sangat menyakitkan hatinya.

Tatkala itu juga Mawar menundukkan wajahnya, tidak berani untuk menatap mata lelaki itu.
"Selepas awak telefon tu, saya terus tergesa-gesa nak ke lokasi awak tapi saya tak tahu kat mana. Saya tak fikir panjang Nathan, tangan saya terus bergerak untuk mesej awak bukan untuk telefon. Dan masatu saya langsung tak sedar tentang nombor telefon tu, memandangkan dalam fikiran saya adalah awak" penjelasan Mawar itu berakhir dengan satu keluhan kecil, dia malu dengan dirinya sendiri.

Terangguk-angguk Gween mendengar manakala Nathan pula sekadar mendiamkan dirinya, dia keliru untuk membalasnya.

"Semasa panggilan tu berlangsung, macam mana kau tahu itu adalah Nathan?" Walaupun dia tahu persoalannya itu seperti tidak masuk akal, tetapi dia ingin bertanya juga. Sungguhpun jawapannya sudah berada di tangan mereka, dia tetap ingin mendengarnya sendiri dari bibir Mawar. Gween mulai dihurung rasa curiga, semua perkara ini berputar dengan pantas.

"Nada suara tu memang sebiji macam Nathan, dan dia sendiri mengaku nama dia Nathan memandangkan dia menggunakan nombor lain" jelas Mawar terperinci.

"Dan senang-senang macam tu je kau percaya itu aku?" Pertanyaan Nathan itu serupa mencari gaduh pula, bukan apa tetapi dia tidak berpuas hati.

"Suara dia macam awak Nathan, serupa! Macam mana awak nak jangka kalau saya tak percaya?" Mawar mulai diselebungi rasa geram, pandangan Nathan terhadapnya seakan-akan memerlinya.

"Kau tahu cara aku bercakap dengan kau macam mana, walaupun nada sama tapi cara percakapan lain" Dia tahu caranya ni seolah-olah menekan wanita itu tetapi dia tidak boleh menyembunyikan rasa risaunya, bagaimana jika perkara itu berlaku lagi dan Mawar masih melakukan perkara yang sama?.

"Saya risau Nathan! What do you expect? especially when I got there the situation was completely different, keadaan masatu jadikan saya lagi buntu" kata-kata Mawar itu berjaya mendiamkannya, dia menghembuskan nafas lemah.

Ketika itu juga Nathan mengalihkan pandangannya ke arah lain, sudah beberapa hari dia melawat Mawar di hospital dan baru hari ini dia berjaya untuk mendengar semuanya dari mulut wanita itu sendiri. Itulah, siapa suruh mengayat tak tentu pasal sepanjang hari tersebut. Sekarang dia perlu mengambil perkara ini dengan lebih serius, aduhai.

"Baiklah, nanti kalau kau dah sembuh kami minta kerjasama untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan memandangkan kau sendiri adalah mangsa" pinta Gween sebelum menutup recorder dan laptopnya, dia mula bangkit dari duduknya lalu mengemas segala barang.

Mawar sekadar menganggukkan kepalanya, sesekali dia mengalihkan pandangan ke arah Nathan. Lelaki itu sengaja menghindari pandangan matanya, sengaja memfokuskan pandangannya ke arah lain dari bertentang dengannya.

"Let's go" ujar Nathan ringkas, barang-barang tersebut diangkat kemas.

Gween mengekor tanpa kata, dia bergerak ke pintu wad dengan senyap.

Semasa beredar Nathan sengaja memberhentikan langkahnya di hadapan Mawar, dia menundukkan pandangan untuk menyamakan paras mata mereka.

"Terima kasih, di atas kerjasama" serentak itu juga dia melangkah pergi semula.

Mawar terkedu menghantar pemergian lelaki itu, mengapa di dalam situasi ini kelihatan seperti dia yang bersalah?.

"Nathan" panggilnya kuat, rasa geramnya semakin bertambah apabila lelaki itu sengaja mengendahkannya.

"Reidht Nathan!" Jeritnya semakin lantang, ketika itu juga langkah lelaki itu terhenti. Dia menahan rasa sakit hati tatkala melihat tubuh lelaki itu hanya berdiri kaku di hadapan pintu, tiada tanda-tanda untuk memandangnya apatah lagi ingin mendekatinya.

"Aku pergi dululah, apa-apa hal kita jumpa kat balai" ujar Gween sambil mengambil barang-barang dipegangan Nathan, sempat dia memberikan senyuman kecil kepada Mawar sebelum melangkah pergi. Pintu wad itu ditutup kemas, sungguhpun itu wad persendirian, suara mereka tetap akan didengari.

Suasana di antara mereka sepi setelah beberapa saat Gween pergi, Mawar masih lagi memandang Nathan dengan tajam manakala Nathan pula masih lagi kaku ditempatnya. Dia tidak tahu untuk beriak bagaimana, kalau boleh dia tidak mahu mengeruhkan keadaan di antara dia dan Mawar lebih-lebih lagi apabila wanita itu masih lagi belum sihat sepenuhnya.

"Dalam hal ni awak tak boleh salahkan saya, Nathan." ujar Mawar cuba memecahkan suasana sunyi di antara mereka, di samping itu cuba membela dirinya.

"Saya sendiri tak jangkakan perkara tu, macam mana saya nak pertahankan diri?" Persoalan Mawar itu mewujudkan satu keluhan lemah di bibir Nathan, dia memusingkan tubuh memandang sepasang mata yang sudah tersedia memandang ke arahnya. Sayu sahaja pandangan itu menyapa matanya, membuatkan dia berasa kesal sedikit.

"Then, kau nak aku salahkan siapa?" Niatnya bukan untuk bertengkar atau mewujudkan kemarahan masing-masing, namun dia masih lagi cuba menghadam keadaan Mawar tatkala ini. Bukannya dia tidak mahu jujur, tetapi dia risau jika perkara ini berulang kembali.

"Cuba awak bagitahu saya, bahagian mana yang menunjukkan salah saya ni besar sangat. Salahkah tindakan saya masatu? Saya cuba bantu awak !" Balas Mawar sedikit kecewa, entah mengapa kata-kata lelaki itu seakan-akan menunjukkan tindakannya itu selama ini salah.

"Sudahlah, aku malas nak bahas benda ni. Aku ada banyak lagi kerja nak buat" ujar Nathan cuba mengelakkan diri, sebelum perkara ini menjadi lebih besar lebih baik dia mengundur diri. Dia tidak mahu kerana perkara ini, perkara lain pula yang datang.

"Awak tak boleh pergi selagi awak tak bagitahu apa salah saya, saya tak nak nampak macam orang bersalah Nathan. Apa yang saya buat?" Paksa Mawar lagi, dia tidak mahu kelihatan seperti manusia yang tidak tahu salah sendiri. Melakukan semua perkara ibarat pesalah, semua itu menyakitkannya.

"Aku pergi dulu" sejurus selepas itu Nathan terus beredar ke pintu wad, jika begini keadaannya berkemungkinan dia perlu menjarakkan pertemuan mereka. Apa guna berhadapan dengan Mawar, jika situasi mereka boleh menyebabkan pergaduhan.

"Nathan!" Panggil Mawar ingin menggapai lelaki itu sehingga tidak sedar keadaan dirinya yang berada di penghujung katil, serentak itu juga tubuhnya jatuh mencium lantai. Kakinya yang sudah tersedia berbalut itu terhentak ke lantai, jeritan kesakitan mulai memenuhi wad itu.

Nathan menoleh terkejut, dia terkedu melihat tubuh yang tersembam itu. Dengan pantas dia menghampiri Mawar yang terduduk itu, ingin menolong.

"Sakit lagi tak?" Persoalan Nathan itu sedikit menyentakkannya, Mawar memegang kakinya yang sakit itu.

"Cuba bangun" ujar Nathan, cuba membantu Mawar untuk kembali duduk di atas katil.

"Tak payah tolong sayalah" pegangan tangan Nathan yang cuba menolongnya itu ditolak lembut, entah mengapa dia mulai berasa marah dengan lelaki itu.

Tolakan itu sekali lagi mewujudkan satu keluhan di bibirnya, dengan selamba dia melabuhkan duduk di hadapan wanita itu. Sebelah kaki disilang di atas lantai manakala sebelah lagi membengkok tegak, dia meletakkan tangannya di atas kaki tersebut. Dia tidak kira jika tindakannya ini kelihatan tidak siuman tetapi biarkan, Mawar Maylea sedang mencabarnya.

"Apa awak buat ni?" Soal Mawar, tidak percaya. Apa yang lelaki itu fikirkan?.

"Kau butakah? Kau nampakkan, yang pergi tanya buat apa?" Balas Nathan senada.

Mawar mengemam bibirnya, adakah lelaki itu mulai marah dengannya?. Adakah sikapnya terlalu keterlaluan?. Perlahan-lahan pandangannya mulai menunduk.

"Bagitahu aku, apa yang kau nak dengar?" Soalan Nathan itu segera mendapat gelengan daripada Mawar, dia memandang wajah yang menunduk itu. Masam sahaja.

"Hey" panggil Nathan, lembut.

Nada itu membuatkan Mawar menggenggam bajunya dengan erat, dia menggigit bibirnya lembut.

"Kau nak dengar salah kau? Okay, bagitahu aku apa salah kau, sebab aku sendiri tak tahu. Kau ada buat salahkah?" Soal Nathan lagi, pandai pula diam. Tadi bukan main lagi membantahnya, malah mulut itu laju sahaja membalas kata-katanya namun sekarang ini diam pula.

Kali ini dia tidak berani membantah seperti sebelum ini, terasa menyesal pula kerana cuba memaksa lelaki itu. Apalah yang kau cuba buat ni, Mawar?.

"Cakap" arah Nathan, tegas.

Perlahan-lahan Mawar menggeleng kepalanya, tidak mahu.

"Apahal kau senyap? Tadi nak sangat tahu salah kau, jadi kau sendirilah bagitahu aku. Apa salah kau?" Arah Nathan lagi, bila tidak disuruh pandai pula memaksa sekarang bila diberi peluang untuk bercakap senyap pula.

"Tak ada..." Balas Mawar dengar tidak dengar sahaja, dia menggenggam bajunya dengan lebih erat. Takut. Janganlah sebab ini dia ditahan pula, silap-silap masuk penjara kerana cuba memaksa lelaki itu. Allahuakbar, pemikiran aku pun.

"Bila bercakap, pandang muka aku. Bukan pandang lantai, muka aku tak ada kat situ" semakin lama semakin gerun pula suara Nathan, tiada lagi kelembutan di dalam nada suaranya, hanya nada tegas sahaja yang kedengaran.

Dengan terpaksa Mawar mengangkat kepalanya, satu saat kemudian dia tertunduk kembali. Seram melihat pandangan mata lelaki itu, tajam memandang ke arahnya. Hatinya mula berdegup laju, debaran bercampur takut  bersatu. Tanpa sedar, matanya mulai berair. Hidungnya mula menunjukkan kemerahan, dia menggigit bibir kuat menahan esak.

Suasana di antara mereka senyap sebelum suara Nathan memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Macam ni" ujarnya, mulai lembut. Tidak betah melihat keadaan Mawar yang benar-benar berada di depan matanya, dia diselubungi rasa bersalah. 

"Kau tak ada salah, cuma... haih" rasa tidak terluah pula apa yang hendak dikatakannya, mungkin orang akan menganggap ini kecil sahaja namun baginya amat besar. Dan dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi, cukuplah kali ini sahaja.

Mawar cuma mendiamkan diri, sengaja dia bermain dengan bajunya. Tidak mahu bersuara, hanya menadah telinga untuk mendengar.

"Kau tengok kaki kau, berbalut" suara Nathan, dengan nada sedikit perlahan.

Tanpa sedar Mawar mengikut kata-kata lelaki itu, dengan perlahan pandangannya terus dihalakan ke arah kakinya yang berbalut. Masih lagi terasa sisa sakit, akibat terjatuh dari katil beberapa minit lepas.

"Wajah kau, bercalar. Tangan kau, luka. Maruah kau, hampir diragut. Semua tu, adalah perkara yang aku tak suka, Mawar" luah Nathan dalam keadaan menunduk, dia sengaja memandang ke arah jari jemarinya. Ingin menutup riak wajahnya, pada masa yang sama cuba memberanikan diri untuk jujur.

"Aku tahu perkara tu adalah takdir, tapi aku tak boleh tutup rasa tu. Kalau boleh, aku tak nak tengok pun semua tu terjadi, apatah lagi berlaku depan mata aku" sambungnya lagi. Kalau boleh dia mahu Mawar memahami maksudnya, malah menghadamnya dengan padat. Dia benar-benar memaksudkannya, bukan bermain-main.

"Lebih-lebih lagi, bila aku tahu semua terjadi pada kau tu disebabkan oleh aku" kali ini dia mengangkat wajah ingin memandang wajah cantik itu, tanpa sedar sepasang mata itu telah tersedia memandangnya. Dia tersenyum kecil tatkala bertentang mata dengan mata bundar itu, menawan sungguh.

Hati Mawar mulai diketuk rasa terharu, tidak lama selepas itu dia mulai tenang kembali. Kata-kata Nathan itu benar-benar berjaya meredakannya, leka dengan perasaan yang mengetuk pintu hati. Kata-kata Nathan itu mudah sahaja mendapat tempat di hatinya.

"Cuma... Janganlah korbankan diri kau semata-mata nak selamatkan aku, perkara ni bukan main-main" lembut nadanya membalas, lagi lembut apabila mata bundar itu masih menatapnya.

"Kalau boleh, biar aku sendiri yang datang pada kau. Macam selalu, just act like that" tambahnya lagi sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain, spontan tangannya mengusap belakang leher. Malu.

Selalu begitu, hujung-hujung pertemuan mereka pasti akan berlaku seperti ini. Entah dari mana rasa beraninya datang, selamba sahaja dia meluahkannya tanpa gangguan. Hendak pula ketika itu Mawar pula benar-benar tekun padanya, langsung tidak beralih. Buktinya adalah sekarang, mata itu masih menatapnya walaupun dia sudah berhenti berbicara. Comel.

"Saya cuma nak bantu awak" balas Mawar, perlahan. Dia kembali menunduk.

"I know. Kalau ikut logik pun baik aku call mekanik sendiri, ataupun aku call Hujan. Tak perlu aku susahkan kau untuk datang pada aku" kalau diikutkan logik akal fikiran memang seperti itu tetapi dia tidak boleh menyalahkan Mawar dalam hal ini, dia tahu Mawar risau.

"Habistu saya tak boleh tolong awakkah?" Soalan itu menarik perhatiannya, dia memandang wajah masam itu semula.

"Boleh, tapi aku tak akan libatkan kau dalam hal macam tu" balas Nathan bernada.

"Kau penting untuk aku.." sambung Nathan lagi, tidak lama selepas itu matanya dijamah lagi dengan wajah manis Mawar. Senyumannya mulai terukir kecil, mata bundar itu benar-benar menarik.

"Jadi, aku tak nak apa apa berlaku pada kau" diakhir kata-kata itu sempat dia tertawa kecil, ingin menyembunyikan rasa malu. Terasa jiwang pula, biarlah apa yang wanita itu fikirkan. Asalnya dia berjaya meluahkan semuanya, walaupun menjatuhkan egonya sebagai lelaki.

Mawar mengemam bibirnya, seperti memikirkan sesuatu. Bibirnya ingin meluahkan namun terkunci. Tanpa suara dia memanjangkan tangan ke laci hospital di sisi katil dan mengambil sesuatu, kemudian barang itu dihulurkan kepada Nathan.

Sebelah kening Nathan terjongket.

"Ambillah" ujar Mawar, perlahan. Spontan tangannya menghulur barang itu apabila lelaki itu menadah sebelah tangan.

Nathan tersenyum sedikit lebar memerhati penutup tin minuman itu, cincin besi di mana dia menyarungkannya beberapa hari lepas di jari Mawar. Masih simpan rupanya, ingatkan sudah dibuang.

"Nanti jangan lupa belikan saya cincin baru" ujar Mawar mengumam.

Nathan terkedu seketika, mindanya cuba memproses ayat yang didengarinya sebentar tadi. Cincin baru?.

"Apa yang--"

"Awak pergilah buat kerja awak, kesian Gween tunggu" potong Mawar tergesa-gesa, dia cuba bangkit dari duduknya.

"Wait" halang Nathan, sengaja dia menghalang laluan Mawar dengan tangannya.

Jantung Mawar mulai berdegup laju semula, perutnya bergelodak sebu. Sama seperti sebelum-sebelum ini, hatinya masih lagi berdebar.

"Kau terima aku?" Persoalan Nathan itu mewujudkan rasa malu untuknya, berusaha dia menyembunyikan wajahnya yang mulai kemerahan.

Keputusan ini bukan dia lakukan secara mendadak, banyak perkara yang dia fikirkan sebelum... sebelum menpersetujuinya. Kerana itu, dia memberanikan diri untuk menyerahkan kehidupannya di bawah tanggungjawab Nathan.

Mawar mengangguk, mengiyakan kata-kata lelaki itu. Benar, dia menerima Reidht Nathan sebagai suaminya.

Bibir Nathan terkedu untuk membalas, dia seolah-olah tidak sangka dengan keputusan positif yang diterima. Urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T dengan lancar, Mawar Maylea menerima lamarannya.

"Aku... Ak--aku" bibirnya terkaku untuk membalas, masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Mereka terdiam seketika.

"Aku akan jumpa ibu secara rasmi, pada masa yang sama juga menghantar rombongan merisik" ujar Nathan memecahkan kesunyian.

Namun, kata-kata itu ibarat debaran hebat buat Mawar. Nathan benar-benar berniat untuk memperisterikannya, malah ingin berhadapan dengan keluarganya secara beradat. Jantungnya semakin berdegup kencang, nafasnya semakin tidak teratur. Nathan betul-betul berjaya untuk menyesakkannya.

"Kau tak boleh lari, Mawar" senyuman penuh makna terukir di bibir Nathan. Berdebar, Allahuakbar.

"Kau dah jadi milik aku"

Dan tatkala itu, pandangan mereka bersatu dengan sejuta perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience