•bab 33•

Romance Series 12837

          "OUR ROOM" bisik Nathan tepat ditelinga isterinya, pinggang ramping Mawar ditarik rapat ke arahnya.

Mawar mengemam bibirnya, selalu macam ni. Dengan segera dia menjarakkan tubuhnya, dua langkah ke belakang sebelum dia tersandar penuh di dinding. Kalau dulu ketika masih di hospital dia masih lagi boleh mengelak, tetapi apabila sudah berduaan di rumah sendiri semakin menjejaskan kedudukannya. Nathan semakin suka mengujinya.

"Janganlah main-main, bilik saya kat mana?" Soalnya memujuk, sedari tadi lagi Nathan asik mengusiknya, sebarang jawapan pun dia tidak dapat.

"Sini, here, bilik kita" balas suaminya lembut sambil melangkah ke hadapan, dia menunduk memandang wajah yang sedang mendongak memandangnya. Pendek. Dia tersenyum sinis.

"Saya serius ni, Nathan" tolonglah jauhkan aku dari dia, dia langsung tidak boleh membayangkan keadaannya jika sebilik dengan lelaki itu.

"You're my wife, we should stick together" jarinya naik mengusap lembut rambut panjang Mawar ke belakang telinga, dia tersenyum melihat pipi yang bertukar kemerahan itu. Cantik.

"Tapi-- awak dengan saya-- tak boleh-- tak akanlah nak tinggal sebilik?" Soal Mawar tidak berakal, jika ikut logik mahupun hukum hakam agama, memang dia diwajibkan untuk duduk sebilik dengan suaminya. Tetapi.. Nathan itu terlalu seram baginya!.

Sudahlah kepulangan mereka di rumah ini pun dia tidak tahu, tahu-tahu Nathan memberitahunya bahawa mereka berdua akan tinggal di sini. Rumah 3 tingkat yang mewah di kawasan elit, dan hanya berdua sahaja. Dia ingat aku nak buat perkhemahan kat rumah ni?.

Balik-balik sahaja dari hospital, mereka terus sahaja menuju ke sini. Alasan lelaki itu adalah kerana mereka berdua adalah suami isteri, yang memerlukan waktu berdua lebih kerap dan bersama. Otak dia.

"Siapa kata? Tempat utama kau sepatutnya dekat sini" Nathan menepuk dadanya beberapa kali bersama senyuman penuh makna, sebelah tangannya sengaja diparking di sisi kepala isterinya.

Bulu roma Mawar terasa seolah-olah sedang merinding tegak, dia memandang wajah itu dengan rasa tidak percaya. This is not Nathan!, mana lelaki yang kasar tu?!.

"Tapi kita, bukannya saling--"

"Iya ataupun tidak, kau tetap akan tidur sekatil dengan aku" tegas Nathan, banyak sungguh pantang larangnya. Bukannya aku nak cakar dia masa tidur pun, takut sangat.

"Tapi--" ujar Mawar namun tidak terluah, dia terdiam. Sudah tiada hujah yang ingin dibentangkan, otaknya kosong.

"Jangan terlalu ikut typical drama dekat luar sana boleh? Dah bercinta baru nak tidur sebilik" kata-kata Nathan itu berjaya menyentapkan hatinya, memang benar tetapi.. entahlah.

"Sayang atau tidak, cinta atau tidak, kau tetap isteri aku, faham?" Tambah lelaki itu lagi, dia mencuit hidung Mawar yang masih kemerahan itu. Wajah yang keruh itu menarik perhatiannya, terasa lah tu.

Mawar menganggukkan kepalanya, patuh. Kata-kata Nathan itu agak menusuk hatinya sedikit. Ketika itu terasa dagunya diangkat memandang ke atas, wajah bersih Nathan memenuhi pandangan matanya.

"Don't worry, aku bukan nikah dengan kau tanpa niat, okay?" Ujar Nathan, cuba menyedapkan hati isterinya. Dia tahu Mawar terasa dengan ayatnya, wajah itu jelas memberitahu segalanya.

"Iya.." gumam Mawar, tidak mahu terlalu memikirkannya.

Nathan tersenyum segaris, menyerlahkan lesung pipitnya.

"Lagipun aku belum buat apa-apa lagi, kau dah memang jatuh cinta dengan aku" gurau Nathan sambil menjongketkan kening berkali-kali, dia tersenyum bangga.

"Bila masa?!" Jerit Mawar.

Orite, she's back.

"Everytime" setiap masa, setiap bulan, setiap minggu, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik, selalu.

"No, I didn't"

"Did or didn't?" Soal Nathan, kedua-dua perkataan itu kedengaran sama ditelinganya.

"No!" Bantah Mawar, dia menghentakkan kakinya dengan geram.

"Aik, no pula? Mana satu ni?" Ujar Nathan dengan nada gurauan.

"Dahlah" rajuk Mawar, pasrah. Sudah tidak betah untuk melawan, sekiranya dia melawan selama 5 jam sekalipun, belum tentu kemenangan itu berpihak padanya.

Nathan tertawa kecil, cepat pula wanita itu mengalah. Ini yang tidak seronok ni, patutnya dalam situasi hero mesti ada raksasa.

"Tengok bilik jom" sambungnya dengan nada usikan, dia menolak pintu bilik itu sehingga terbuka luas.

"Tak nak" elak Mawar namun Nathan terlebih dahulu sudah menariknya ke sisi, elok sahaja tangan lelaki itu memeluk pinggangnya. Pintu bilik itu kembali ditutup.

"Eeee!" Dada suaminya dipukul geram, suka ambil kesempatan.

"Tak sakit" annoyingnya!. Ulat bulu! Ulat busuk! Ulat daun! Ulat kayu!.

Dia diheret oleh Nathan ke dalam bilik itu, dengan paksaan dia melangkah ke dalam. Wajahnya yang cemberut itu mulai bertukar kagum tatkala melihat suasana di bilik itu, benar-benar menarik perhatiannya.

Katil king yang terhias dengan warna emas, perabut yang unik dan cantik, susun atur yang menarik dan kemas. Omegoat, beribu kalau aku jual ini.

"Besar sangat nganga tu" tegur Nathan lalu menutup mulut Mawar, teruk sangat kagum tu.

Mawar berdecit kecil, tahu nak kondem aku je.

"Tapi kan, awak hias semua ni?" Soalnya tidak percaya, seperti tidak kena pula dengan keadaan Nathan. Namun warna emas itu jelas menunjukkan kelakuan lelaki itu.

"Kiamat dunia ni kalau aku yang hias, ini semua Tok umi yang atur" jelasnya sambil mengutuk diri sendiri. Memang peliklah kalau aku dapat atur sekemas ini, lagipun hanya sesekali dia melawat rumah ini, selebihnya Ummi Dahlia dan Ayah Syah yang rajin untuk singgah.

"Yang itu saya setuju" kutuk Mawar sekali.

Nathan menjelingnya sekilas.

"Lagipun rumah ni dah siap tahlil semua masa awal-awal aku beli dulu, jadi jangan risau tak adalah pocong kah nenek gayung dekat rumah ni" seloroh Nathan tidak berakal, pengaruh televisyen.

"Mulut, macam bontot ayam" tegur Mawar, tak senonoh betul kata-kata yang disebut itu. Buatnya 'benda' itu muncul, naya.

Lelaki itu menayangkan riak menyampah, malas gue gini.

"Kenapa awak beli? Awak memang ada niat nak tinggal sini sendirikah?" Soal Mawar, terasa ingin tahu pula mengapa Nathan membeli rumah ini. Sudahlah mewah, namun dibiarkan sahaja. Suaminya itu lebih memilih untuk tinggal di rumah Tok Ummi dan Tok Ayah.

"Saja, tahu-tahu ada kegunaannya juga. Kau dengan aku boleh tinggal sini berdua, cipta kenangan manis kita kat sini" ayat terakhir itu mengundang senyuman nakal Nathan, dia mengeratkan pelukannya di pinggang Mawar. Wanita itu pun nampak selesa sahaja, sedari tadi lagi tidak terkesan.

"Kenangan manis taik kucing awak" kutuk Mawar terang-terangan, dia ingin melepaskan dirinya dari lelaki itu namun tidak berjaya. Malah dengan selamba Nathan mengalihkan kedudukannya di hadapan lelaki itu, spontan tangannya naik menahan dada suaminya sebelum memukulnya lembut. Suka buat aku malu.

"Kalau taik kucing tu pun boleh jadi memori manis, aku bubuh sekali dalam cerita kita" eeeeee bagaimanalah Nathan boleh mencipta ayat serupa kopi 18 sudu ni? Langsung tidak kena dengan gayanya yang maskulin itu, seperti tertukar suami pula.

"Awak ada buat operation dekat bahagian otakkah?" tawa Mawar dengan kuat, langsung tidak percaya bahawa Nathan yang selalu menyakitkan hatinya ini rupanya-rupanya pandai berbahasa bunga, tidak kena!.

"Memang taklah, otak ni dah penuh dengan kau" Ya Allah, Reidht Nathan. Apa yang awak buat selama ni?.

"Ish, awak nampak peliklah bila macam ni. Ini bukan awak" balas Mawar bersama cebikkan, tatkala dia sudah biasa dengan sikap kasar lelaki itulah, Nathan mahu menukar kuasanya. Karang bila aku selesa dengan manis dia, dia tebar aku dengan pahit dia pula. Bukan boleh sangat mamat ni.

"It's me, but different version" dengan selamba Nathan mencium dahi isterinya sekilas, sengaja. Geram pula melihat dahi licin yang terpampang penuh itu, kerana itu dia meninggalkan tapak di situ. Mine.

"Janganlah.." ujar Mawar perlahan, segan. Nathan suka membuat perkara yang tidak dijangka olehnya, lebih banyak mendebarkan hatinya berbanding sebelum ini. Setiap hari jantungnya hampir gugur disebabkan lelaki itu.

"Tak akanlah depan isteri pun aku nak kena tegas" ujar Nathan lembut, helaian rambut Mawar itu dimain. Suka benar dengan rambut isterinya. Sedar tidak sedar juga wanita itu sudah tidak laki menolak dan menahannya, seolah-olah selesa di dalam pegangannya.

"Bukan, tapi pelik" bukannya dia tidak suka dengan sikap Nathan yang sekarang ini, namun ianya terlalu manis pula!.

"Kau suka aku cakap kasar?" Soalan Nathan itu segera mendapat gelengan darinya.

"Then?"

"Pelik" tak habis-habis lagi dengan pelik dia.

"Orite then, i'il change" automatik dia melepaskan pelukan mereka, tubuh Mawar ditolak sedikit jauh darinya. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, wajahnya bertukar riak.

Pelukan yang terlerai itu membuat Mawar terdiam di tempat sendiri, matanya terkebil-kebil keliru. Aku ada tersalah cakap kah?.

"Nak bilik lain? Go pick then" ujar Nathan tanpa nada, dia hanya berdiri statik ditempatnya.

Mawar terdiam, agak terkejut dengan perubahan lelaki itu. This cold side of him!.

"Erm.." Mawar terkulat-kulat ditempatnya, tiada sepatah perkataan yang mampu dibalas. Takut dengan perubahan suaminya.

"Aku bagi kau masa. Once your done, kau boleh alihkan barang dekat situ and stay" sambung Nathan lalu mengorak langkah ke pintu keluar, meninggalkan Mawar yang seperti cacing kepanasan ditempatnya.

Bukan ini yang dia mahu! Tipulah jika dia kata dia tidak suka dengan perubahan lelaki itu namun sikap manis yang mendadak itu mengejutkannya, kerana itu situasi itu masih dihadam pelik olehnya. Tetapi sekarang lain pula, Nathan sudah berubah beku. Erm.

"Ss-saya nak-- yang, erm--" aduhai, tatkala inilah mulut mahu tergagap-gagap, mengganggu situasi betul.

Langkah Nathan terhenti, dia menoleh dengan kening yang terjongket sebelah. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibir itu seperti sebelum ini.

"What?" Soalnya, ringkas.

Ish, masalah inilah mulut tidak mahu berfungsi dengan balik. Spontan Mawar mengemam bibirnya, geram dengan diri sendiri.

Nathan menyimpan senyumannya, itulah reject aku lagi. Pandai-pandailah kau datang minta semula nanti.

"Erm.. sorry" hanya kata-kata maaf je yang mampu meniti di bibirnya ketika ini. Itulah, buat salah selepas itu minta maaf, kemudian buat perkara yang sama lagi. Itulah rutinnya sejak bergelar isteri kepada lelaki bernama Reidht Nathan ini.

Maaf?. Nathan sekadar menganggukkan kepalanya. "Okay" balasnya sepatah, langsung tiada kesan.

Mawar terdiam ditempatnya, itu sahaja? Okay?.

"Jangan lupa pilih bilik mana yang kau suka" sambung lelaki itu sebelum berlalu keluar.

"Eh--tapi--" Mawar ternganga kecil ditempatnya, macam itu sahaja?. Dia memandang pintu yang tertutup itu dengan pandangan tidak percaya. Aku betul-betul buat dia terasakah?.

Rasa bersalah mulai bersarang di dalam diri, alaa.

"Tak akanlah aku nak main aumchak dengan dia?" Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal, ha sudah.

Ting tong member macam ni.

          LEINANI melutut di atas tanah, kedua tapak kaki Mak Cik Syuhana dipegang sayu.

"Leinani mohon sangat, kali ni je Mak Cik" pintanya sebak, dia juga berada di jalan buntu. Segalanya terumbang-ambing tatkala ini.

Tangan itu disepak ke sisi. "Aku dah bagi kau tempoh, dan kau lambat. Jadi, tunaikan janji kau" tegas Mak Cik dalam nada yang tinggi, sudah diberi peha mahu betis pula. Susah benar ingin berurusan dengan orang yang suka mengambil kesempatan ini.

Dengan segera Mak Cik Wardah menarik anaknya bangun, tubuh itu dipeluk erat ke sisi.

"Anak aku masih muda, Syu. Aku minta kau tempoh seminggu je lagi" pinta Mak Cik Wardah dengan rayuan, dia tidak mahu anaknya menjadi mangsa manusia berhati busuk. Leinani adalah satu-satunya permata yang dia ada, dan dia tidak mahu mensia-siakannya.

"Aku bagi kau pilihan, kahwin dengan suami aku atau aku kurung anak kau berdua dengan laki aku" kata-kata Mak Cik Syuhana itu membuat mereka berdua mengucap panjang, Leinani terkaku ditempatnya bersama perasaan yang takut dan gelisah. Badannya menggigil ketakutan.

"Kau dah melampau, Syu! Anak aku bukan patung untuk kau aturkan hidup dia sesuka hati, aku sebagai ibu dia lebih berhak dari kau!" Kesabaran Mak Cik Wardah semakin tipis, hari demi hari dia duji dengan sindiran dan hinaan Syuhana. Mereka sekeluarga diperlakukan sebiji seperti sampah, lebih teruk dan hina.

Mak Cik Syuhana tertawa kuat, menyindir. "Kau sendiri gagal untuk didik dia, semua orang nampak perkara tu" sindirnya sinis.

"Keluarga aku ni cuma nampak cacat celanya di mata kau saja, walhal orang kampung yang lain semuanya memahami keadaan aku" bahu anaknya dipeluk erat, dia tahu dengan cara melawan ini boleh memburukkan lagi keadaan keluarga mereka namun dia tiada pilihan lain, hatinya sakit dihina dan ditindas.

"Dengar sini, aku ni dah cukup baik untuk ambil anak kau. Ikutkan hati aku, aku halau je korang berdua ni daripada kampung" kalau diikutkan perasaannya, wajah dua orang ini pun dia tidak mahu lihat, tidak habis-habis ingin menyusahkan semua orang.

"Aku pun tak ingin nak satukan anak aku dengan suami kau tu" tolak Mak Cik Wardah jelas, jika isteri pun dididik serupa ini apatah lagi anaknya. Silap-silap dijadikan tempat melampiaskan nafsu syaitan.

"Tak apa, aku akan panggil abang datang sini. Masatu, kau jawab sendiri dengan dia" ugut Mak Cik Syuhana, ketika itu dia mendekatkan wajahnya dengan Leinani.

"Dengar sini Leinani, kau jangan salahkan aku kalau mak kau cuma tinggal jasad saja" sambungnya sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan keluarga itu, hatinya puas. Jika kehendaknya tidak dituruti, jadi jangan salahkan dia jika kedua-dua wanita itu menjadi jasad tanpa nyawa.

Leinani menggenggam tangan ibunya, perasaan risau mulai menyelubungi diri.

"Apa kita nak buat ni, ibu?" Soalnya bergetar, ketakutan mulai bersarang di dalam tubuh. Dia tidak mahu ibunya menjadi galang ganti hutang iblis.

Makcik Wardah mengusap lembut kekura tangan anaknya, dia juga buntu. Kata-kata Syuhana itu tidak boleh dibawa main. Pengaruh suaminya terlalu besar di kampung itu, orang yang membantu mereka akan lebih banyak ditindas jika berani melibatkan diri.

"Kita dah bayar hutang selengkapnya pada dia, tapi tetap kurang" keluhnya kecewa, mereka sendiri tidak tahu mahu berbuat apa, semuanya serba serbi tidak kena.

"Perlukah adik terima permintaan diorang?" Pertanyaan Leinani itu segera mengundang gelengan dari ibunya, perkara itu seolah-olah menempah maut bagi mereka sekeluarga.

"Jangan pernah sesekali terima, kehidupan adik bermakna untuk ibu" bantahnya terang, hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sengsara? Lagipun dia tahu niat mereka mahu menjadikan Leinani sebagai isteri lelaki itu. Hamba.

"Adik patut biarkan Pak Ayob sentuh adik, dengan cara itu hutang kita boleh langsai" kata-kata itu mengundang kemarahan Mak Cik Wardah, pantas dia memandang anaknya.

"Leinani! Ibu tak pernah ajar adik jadi macam ni!" Marahnya dengan nada yang tinggi, dia tahu anak perempuannya itu mahu melepaskan diri mereka tetapi bukan dengan cara menjijikkan seperti itu.

"Sehelai rambut adik yang terlihat depan mata dia pun sudah bangkitkan kemarahan ibu, apatah lagi seluruh tubuh adik. Ibu sanggup membunuh demi anak ibu, faham?" Tegas Mak Cik Wardah, biarlah apa sekalipun. Asalkan kehidupan anaknya terbela, walaupun dengan cara menggadaikan dirinya sebagai galang ganti.

"Adik tak nak diorang apa-apakan ibu, lebih baik adik korbankan diri adik dari tengok ibu terseksa" tangisan Leinani mulai kedengaran, dia benar-benar ketakutan. Tiada sebarang jalan yang mampu membantu mereka ketika ini, langsung tiada satu apa pun.

"Adik anak ibu, ibu tak kisah" jika dia perlu mengorban diri demi anaknya, tidak kiralah sama ada membunuh atau dibunuh. Iya, dia akan lakukan. Namun dia sentiasa berdoa agar Allah s.w.t selalu mengingatinya, dia tahu hukum hakam agama.

"Andai kata kita tiada jalan lain, adik terima ya? Adik tak sanggup tengok kita dikejar macam ni, hidup dalam ketakutan" genggaman tangan mereka dieratkan, tidak mahu ibunya terlalu susah hati. Dia rela, jika perkara ini mampu mengubah kehidupan mereka, walaupun sedikit.

"Perkara tu tak akan ubah apa-apa, kalau Ayob tu dah berani naik tangan pada adik masa ni. Berkemungkinan juga dia akan sepak terajang adik lepas kahwin nanti, ibu haramkan semua tu terjadi" Dia yakin tiada sebarang perubahan pun yang akan berlaku, malah akan menjadi lebih teruk dan rumit.

"Kalau kita jumpa Tok Imam? Dia akan bantu kita kan, ibu" Soal Leinani, mereka benar-benar terdesak.

"Tok Imam tak akan dapat tolong kita, sesiapa pun yang berada dalam kampung ni tak akan dapat bantu kita, walaupun mereka memang berniat sangat nak tolong. Pengaruh Ayob terlalu berleluasa kat sini, berkemungkinan diorang yang membantu pun akan terima nasib yang sama macam kita" ujar Mak Cik Wardah dalam nada yang sebak, terlalu ramai orang kampung yang mahu membantu mereka namun seorang pun tidak berani memperlihatkan diri. Ini semua kerana sikap tamak dan sombong Si Ayob.

"Ya Allah" perasaan sebak semakin mengusai diri, kepalanya terlalu berat dan hatinya sesak dengan ketakutan.

"Asalnya kita dah tak ada apa-apa dengan dia, tapi dia nakkan adik. Sebab tu dia ganggu kita sehingga sekarang" Mak Cik Wardah mengusap wajahnya bersama ayat-ayat penenang hati, dia melepaskan hembusan berat.

"Kita dah tiada cara lain, ibu" air mata Leinani mengalir semakin deras, dia buntu. Segalanya dihujung pemikirannya, beban semakin bertambah berat.

"Kita lari" kata-kata ibunya itu membuatnya terkedu, lari?.

"Kita nak pergi mana? Kita tiada sesiapa" ujarnya risau, kalau mereka lari sekalipun, mereka tiada hala tuju.

"Tak apa, asalkan kita bebas dari sini. Selagi kita tinggal di sini, semuanya tak akan selesai. Ibu kena lindungi adik" kepala anak perempuannya itu diusap sayang, itu sahaja cara yang mereka ada. Perkara yang berlaku selepas itu? Biarkan lah dahulu, asalkan mereka selamat.

"Kemas barang, selepas semuanya selesai kita gerak. Tawakkal kepada Allah sayang, kita tiada cara lain" segala air mata dihapuskan, mereka perlu tekad dan kuat. Jika tidak sehingga air mereka akan ditindas, malah tiada sebarang perlindungan lagi buat mereka.

Mak Cik Wardah pantas menarik tangan anaknya untuk bangun namun ditahan, wajah anak perempuannya mulai bertukar mendung.

"Serahkan sahaja adik pada mereka, izinkan adik ibu" pujuk Leinani dengan nada memujuk, pegangan tangan ibunya semakin dieratkan. Biarkanlah, asalkan dapat mengubat hatinya yang semakin sarat melihat kesedihan ibunya sendiri. Biarpun menjadi korban, namun dia bahagia asalkan mereka tidak dikejar lagi.

"Ibu tak akan sesekali--"

"Tolong, ibu. Adik merayu, adik sanggup jadi isteri Pak Ayob" pintanya lagi, tatkala ini dia tidak boleh mementingkan diri sendiri, walaupun penyesalan bakal menyusul selepas itu.

Wajah anaknya dipegang sayang, anaknya ditatap dengan pandangan sebak. "Dengar kata ibu, kita pergi. Ibu tak mahu satu luka ataupun cedera ada pada tubuh adik, ibu sayang adik" ketika tubuh anaknya segera ditarik masuk ke dalam rumah, dia tidak kira. Dia akan berangkat malam ini juga.

"Tapi ibu, adik--"

"Dengar cakap ibu!" Marah Mak Cik Wardah tanpa sedar. Dia risau ! Dia tidak mahu anaknya menjadi mangsa.

"Adik tak nak diorang apa-apakan ibu, adik tak boleh bayangkan hidup adik tanpa ibu" akhirnya ketakutan utamanya terluah, esakkan Leinani semakin kuat. Air matanya memenuhi wajah,suara tangisannya memenuhi suasana yang sunyi sepi itu.

Mak Cik Wardah terkaku ditempatnya, wajah yang basah dengan air mata itu diusap sayang sebelum dia memeluk erat anak perempuannya.

"Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah, adik. Jangan pernah berhenti untuk berdoa" ujarnya perlahan, suaranya semakin serak. Aku tahu dugaan yang engkau berikan kepada hambamu ini, tidak melebihi kemampuan kami Ya Allah.

"Adik takut.." gumam Leinani dalam tangisan.

"Ibu akan selamat, kita akan selamat" pujuk Mak Cik Wardah dengan nada yang lembut, dia tidak mahu perkara itu melemahkan mereka. Mereka perlu kuat dan nekad, percaya bahawa selamanya mereka tidak akan dihantui dengan ketakutan.

"Kita pergi sekarang, kalau terlambat nanti orang nampak kita. Dan kalau benda tu sampai ke pendengaran Pak Ayob, berkemungkinan kita berdua tak akan selamat" ujarnya risau, masa mereka tidak cukup. Mereka perlu bergerak sekarang, jika tidak mereka akan dikejar.

Akhirnya Leinani mengikuti langkah ibunya, mereka bergegas masuk ke dalam rumah.

Permudahkanlah urusan kami, Ya Allah.

          MAWAR merenung tubuh suaminya dari belakang, tangan ditadah mengaminkan doa. Mereka berdua baru sahaja selesai berjemaah bersama di dalam bilik solat.

Sudah dua jam di rumah ini, dan Nathan masih tiada apa-apa perubahan. Lelaki itu sama sahaja, masih bercakap dengannya namun tiada lagi nada lembut ataupun tindakan romantis, beku sahaja sama seperti waktu perkenalan mereka.

"Lama sangat doa tu" tegur Nathan lalu kedua tapak tangan itu ditolak ke wajah Mawar untuk mengaminkan doa. Bukan main lama lagi tadah, walhal doa yang dibacanya sudah dua minit habis berlalu.

Wanita itu tersengih ditempatnya, lama sangat berangan. Dia menghulurkan tangan dengan teragak-agak.

Nathan menyambut huluran itu bersama riak keliru sebelum tangannya terasa dicium, dia mengusap kepala isterinya dengan lembut.

Ketika itu Mawar mengangkat kepala memandangnya, dia membalas pelik.

"Forehead kiss?" Permintaan Mawar itu membuatnya tergamam, pertama kali wanita itu meminta untuk dicium.

"You--"

"Here" Mawar menunjuk dahinya, dia tersenyum malu. Tembok benar muka. Dia sendiri keliru mengapa dia bersikap seperti ini, mungkin terpengaruh dengan drama romantik di dalam televisyen.

Dengan rasa terkejut yang masih bersisa, Nathan melabuhkan ciuman lembut di dahi isterinya. Mawar tersenyum manis.

"Aku nak masuk bilik kejap" ujar Nathan sebelum bangkit dari duduknya, dia berdeham kecil. Sejadah dikemas lalu dia melangkah keluar, ada perkara yang hendak diselesaikan.

Mawar sekadar melihatnya pergi, tiada tanda-tanda ingin bangun atau melakukan sesuatu.

Dia memegang dahi, ciuman hangat itu masih terasa. Namun beberapa saat kemudian, wajahnya kembali bertukar masam.

"Aku nak tidur mana?" Soalnya sendirian. Aish, Nathan pasti mengizinkannya masuk ke dalam bilik itu. Sedangkan lelaki itu yang beria-ria mengajaknya untuk tidur sekali.

Ayat, menyeramkan.

Dengan longlai dia menanggalkan telekung dan melipatnya, langkah yang lemah diatur ke bilik utama.

Dia membuka pintu dan mengintai. Aik, tiada orang.

"Err, Nathan?" Panggilnya, namun tiada sahutan.

Mawar melangkah masuk ke dalam sebelum kedengaran pintu bilik air terbuka dari dalam, tubuh Nathan yang bertuala terpampang penuh di matanya. Badannya membeku. O-my-Allah.

Matanya terbeliak memandang dada yang bidang itu, sebelum pandangannya lebih tertarik ke arah roti berbuku 8 itu. Eight pack, mygosh.

Jujur, selama ini dia tidak pernah melihat badan lelaki itu memandangkan tubuhnya sentiasa berbalut dengan roller bandage dan seangkatannya. Namun kali ini, lain macam pula.

"Kalau rasa minat, tangkap gambar" balas Nathan selamba, wajahnya beriak biasa sahaja.

Mawar tersedar, dia mengumam tidak jelas. Malu. Segan. Erm, gatal. Automatik dia memusingkan tubuhnya untuk melarikan diri namun secara tidak sengaja menghantukkan diri sendiri pintu. Dahinya dipegang sakit, masa inilah kau nak problem pun.

"Buat apa dekat sini? Anything I can help?" Soal Nathan bernada, walhal dia tahu mengapa wanita itu ke atas. Tangannya santai bermain telefon dan melakukan kerjanya, bunyi hantukkan itu sengaja diendahkan.

Aku sakit dia tak peduli pun? Sampai hati. Mawar mencebikkan bibirnya.

"Tak ada apa, saja melawat" balasnya menyampah, dahinya diusap perlahan.

"Dahi tu terhantuk sebab tak nak jemaah dengan suami lah tu" what? Menuduh menuduh. Aku punya semangat setiap kali dia ajak jemaah.

"Mana ada!" Marah Mawar, sedikit berkecil hati.

"Awak ni main tuduh je" bisiknya pula.

Mawar menjuihkan bibirnya tatkala mendengar tawa kecil lelaki itu, mengejek akulah tu. Menyampah.

"Kau nak apa?" Soal Nathan tatkala melihat isterinya hanya berdiri tegak sedari tadi, diam sahaja bibir wanita itu.

"Awaklah, nak buat apa?" Aik, aku pula?.

"Aku nak cuci luka" layanlah sajalah. Walaupun aku sendiri keliru dengan kewujudan dia dalam bilik ni tiba-tiba, tadi kata nak bilik sendiri. Ngeh.

"Kat mana?" Giliran Mawar pula menyoal.

"Kat badan lah"

"Oh, nak guna ubat yang doktor bagi tukah?" Soalnya lagi.

"Iya" Nathan menghembuskan nafas kecil, sekali aku teleng, tercampak atas bumbung nanti.

"Kenapa pakai tuala je?" Aduhai, bini.

"Sebab senang nak cuci" makin aku balas, makin banyak dia tanya.

"Ubat kuning tu untuk apa?"

"Hey" Nathan mulai memandang isterinya dengan tajam.

Mawar tersenyum manis, dibuat-buat. Panas hati lah tu.

"Pergi masuk bilik kau sana" halau Nathan, dia menghayunkan tangannya menyuruh wanita itu beredar.

"Saya kat bilik lah ni" balasan Mawar itu membuat Nathan menghentikan kerjanya, dia memusingkan tubuhnya memandang wanita itu sepenuhnya.

'Ha, baru geti nak pandang elok-elok' desis Mawar.

"Ini bilik aku, bilik kau kat luar sana" Nathan berpeluk tubuh memandang isterinya.

"Nope, kat sini" ayat itu membuat mengundang senyuman sinis Nathan.

"Iyalah, nanti aku keluar" Mawar terkebil-kebil, keluar?.

Dia segera menghalang laluan Nathan tatkala lelaki itu ingin membuka pintu, tubuhnya sengaja disandar ke arah pintu yang tertutup itu.

"Blah"

"Tak nak" Nathan memandang isterinya bersama kening yang terjongket sebelah, berani betul kau?.

"Ke tepi" arahnya namun Mawar masih lagi berdiri statik di hadapannya, malah dengan selamba wanita itu mendepakan tangan menghalang jalannya.

Dia melangkah setapak ke hadapan dan serentak itu kedua-dua tangan Mawar terjatuh semula. Takut.

"Yang engkau--"

"Kita tidur sekalilah!" Jerit Mawar dengan wajah kemerahan, sedari tadi dia menahan rasa malunya. Ingat senangkah dia mahu bersikap seperti ini?. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu hanya beriak biasa sahaja, seolah-olah tidak terkesan dengan kata-katanya petang tadi.

Kata-kata itu mengundang senyuman sinis di bibir Nathan, betul-betul berani.

"Sekali?" Soalnya semula. Sengaja.

Mawar menggigit bibirnya, rasa malunya semakin bertambah-tambah.

"Beraninya kau" ejek Nathan, lebih kepada perlian.

"Ss-saya cuma-- cuma nak jaga hati suami saya" iyalah tu, walhal terkesan dengan tindakannya petang tadi, dia tahu kata-kata yang dia lontarkan kepada Nathan itu tidak baik namun dia tidak boleh mengawal bibirnya. Main lepas sahaja, dia tidak sedar.

"It's okay, aku faham. Kau tak perlu buat macam ni pun" Mawar menundukkan kepalanya tatkala mendengar kata-kata Nathan itu, dia tidak boleh membaca isi hati suaminya itu namun dia tahu Nathan terguris dengan kata-katanya.

"Saya nak juga! Saya nak kit--kita tidur sekali. Sama-sama" Mawar sengaja memperlahankan suaranya dihujung ayat, dia mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Tidak mahu berbalas mata dengan suaminya.

"Motif?" The hell?! Dia tanya aku motif?!. Mawar mengutuk di dalam hati.

"Awak suami saya!" Hambik kau dengan jawapan aku, penuh dengan perasaan.

"Ngeh" desis Nathan. Mawar ternganga tidak percaya, ini yang aku nak.. kasbwiaiqbwhsjsj.

"Dan saya isteri awak--"

"Mulut ni" Nathan menolak isterinya ke dinding, dia menunduk memandang wajah kemerahan itu sebelum tangannya naik memegang pinggang Mawar, dia mengusapnya lembut.

"Lancang sangat" bisiknya perlahan, seakan-akan.. menggoda.

Mawar menelan liurnya pahit, padah jika terlalu memberanikan diri. Dia mengalihkan pandangan tatkala mata Nathan terlalu tajam menikam matanya.

"Don't stop, sugar. I would love to hear your voice" Tangannya naik mengangkat wajah Mawar, mendongak membalas pandangannya sebelum dia mendekatkan wajah mereka. Senyuman menggoda mengiringi kata-katanya.

Allahu, jantung Mawar mulai memainkan peranannya.

"Baby" bisiknya tatkala merasakan isterinya terlalu lama mendiamkan diri, hidungnya sengaja didekatkan menyentuh pipi kemerahan itu, dia tertawa kecil tatkala terasa getaran kecil.

"Nathann" rengek Mawar tatkala dia terasa hidung Nathan mulai beralih ke telinganya.

"Speak" bisik lelaki itu tepat di telinganya, dia cuba menjauhkan diri namun pinggangnya ditahan. Mawar terkaku di pegangan suaminya. Tangannya terasa getar memegang dada yang tidak berlapik itu.

"Arghh!" Jerit Mawar sebaik sahaja hidung Nathan menyentuh lehernya.

Nathan menjarakkan diri bersama tawa di bibir, tahu pula takut. Tadi semangat nak ajak tidur sekali.

Automatik kedua-dua tangan Mawar naik menutup wajahnya, segan! Malu! Berdebar! Gila! Menggigil! Semuanya!.

"So, nak tidur sekali?" Cabar lelaki itu.

Rengusan kecil terbit di bibir Mawar. Tak boleh, aku kena tekad.

Dengan berani Mawar menjatuhkan tangannya, dia memandang wajah Nathan bersama wajah yang kemerahan.

"Erm" tunduk Mawar semula sebaik sahaja melihat senyuman sinis lelaki itu. Kalah kalah kalah!. Wajahnya semakin kemerahan tatkala melihat eight pack yang tidak bertutup itu.

"I knew it" ujar Nathan tiba-tiba.

Ha?.

"Kau suka aku" What is this?!. Skabwbjsbs, merapu apa dia ni?!.

"Tak ada benda yang lagi merapu awak boleh sebut?" Perli Mawar, suka hati dia je.

"Kau cintakan aku" haroknya Nathan, apa ni qlskwnsg.

"Nani o itte iru?" Astaghfirullahalazim, Nathan mengucap mendengar bahasa bininya itu.

"Arimasen" Mawar ternganga mendengar balasan suaminya, anime couple hahaha!.

Tiba-tiba terukir senyuman nakal di bibir Nathan.

"Jom tidur" tatkala itu Mawar terasa bulu romanya meremang.

"Saya nak basuh pinggan" ujarnya tiada kena mengena, walhal satu pinggan pun tidak terusik sejak mereka menjejakkan kaki di sini.

"Pinggan can wait" Nathan kembali meletakkan tangannya di pinggang wanita itu, badannya kembali disatukan dengan isterinya.

"But I can't" tergamam. Terkedu. Terkaku. Semuanya bergabung menjadi satu, mulutnya ingin membalas namun hatinya mengkhianati, hanya membiarkan sentuhan suaminya itu di pinggangnya, yang semakin lama semakin beralih naik memegang lehernya. Dia terasa ibu jari lelaki itu mengusap belakang telinganya.

He's back. The sweet side of him.

"Just give me once, for now" tawa Nathan dihujung ayat.

Mawar hanya mendiamkan diri, entah mengapa dia terasa tawa itu terlalu menarik perhatiannya. Memikat. Maskulin. Karisma.

Leka. Mawar mendongak memandang suaminya bersama pandangan lembut, Nathan tidak memaksa namun pandangan lelaki itu berjaya memikatnya.

"Pull me closer" bisik Mawar, terleka. Sedar tidak sedar tangannya sudah turun memegang abdomen lelaki itu.

Nathan menyatukan dahi mereka sebelum hidungnya turun menyentuh hidung isterinya. Bibirnya mulai merayap menyentuh pipi Mawar, pipi yang kemerahan itu dikucup sayang.

Mawar memejamkan matanya bersama debaran, kucupan itu terasa sungguh hangat dipipinya.

Perlahan-lahan bibir Nathan mulai beralih ke bibirnya--

Sometimes, all I think about is you
Late nights in the middle of June

Bunyi telefon yang nyaring menghentikan suasana romantis di antara mereka.

Mawar tersedar, spontan dia menjauhkan dirinya namun ditahan oleh Nathan, pegangan lelaki itu dipinggangnya semakin erat.

Matanya terkebil-kebil memandang pandangan yang masih redup itu, tangan lelaki itu masih setia memegang lehernya, menariknya semakin dekat.

"Not this time" bisik Nathan sebelum menyatukan wajah mereka.

Bibir Mawar dicium lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience