•bab 14•

Romance Series 12837

          GUDANG lama yang sepenuhnya usang itu dihampiri, hanya kelihatan samar-samar cahaya sahaja di dalam. Sudah hampir lewat malam namun dia masih lagi dipanggil untuk melaksanakan tugas, tidak cukup dengan kerja sebelum ini yang masih lagi tergadai ditambah pula dengan tugasan baru yang belum terjamin lagi akan selesai.

Dia melepasi semak samun yang memenuhi pintu utama yang hampir reput itu, benar-benar kotor dan berbau.

"Ikut aku" bunyi satu suara itu menarik perhatiannya, dia memandang ke arah seorang lelaki berpakaian kemas yang sedang bersandar di dinding. Memeluk tubuh memandang ke arahnya.

Tanpa suara dia mengikuti langkah lelaki itu sehinggalah mereka berhenti di sebuah dinding kosong yang kotor. Dia memerhati sahaja tindakan lelaki itu yang meletakkan tapak tangannya penuh di permukaan dinding sebelum perlahan-lahan dinding itu terbuka, terdapat sebuah lift memenuhi ruangan mata mereka. Ini sangat gempak.

Dia melangkah masuk ke dalam lift tersebut dengan perasaan kagum, canggih sungguh. Perlahan-lahan lift itu turun dan akhirnya matanya disapa dengan sebuah bilik kebal berteknologi tinggi, segalanya digunakan menggunakan hujung jari. Malah, bantuan mereka juga dilengkapi dengan kemudahan robot canggih. Dia agak ternganga melihat kecanggihan yang melebihi zaman modern itu, melepasi luar jangkaannya.

"Wayith nak jumpa kau" balas lelaki itu ringkas sebelum meninggalkannya dihadapan pintu kaca gelap. Dia menolak pintu kaca itu dan mejengukkan kepalanya, seorang lelaki bertubuh sasa sedang berdiri menghadapnya.

"Masuk, aku ada sesuatu nak dibincangkan" arah lelaki itu lalu mengambil tempat di atas sofa kulit hitam berjenawa mewah itu. Kakinya disilang seatur dengan ciri-cirinya sebagai seorang ketua berkemahiran tinggi, tidak ubah juga dengan cita rasanya dan akal yang terbuka luas.

"Kalau pasal kerja, aku tarik diri. Kerja sebelum ni pun aku belum settle kan lagi" tolaknya tegas sebaik sahaja melabuhkan duduk di hadapan lelaki itu, tidak sampai beberapa hari dia dibiarkan sendiri terus sahaja dipanggil untuk menghadap kerja yang baru. Langsung tiada rehat yang cukup, bagaimana otaknya mahu berfungsi?.

Wayith tersenyum sinis, tidak ada rasa tertarik mendengar rungutan itu.
"Aku dah past kerja kau pada orang lain, sekarang ni aku ada tugas yang lagi baik" terangnya sambil melemparkan pendrive bewarna hitam ke arah anak buahnya itu.

"Apa lagi? Culik? Rogol? Bunuh? Dalam sebulan dah hampir berpuluh manusia yang aku hantar pada kau untuk ambil organ diorang. Apa lagi yang kau tak puas hati?" Bentaknya marah, namun tangannya masih lagi menyambut pendrive itu. Ada hampir beratus anak buah namun seorang pun tidak dipanggil untuk mengambil tugas berat sepertinya, apa yang mereka tahu hanyalah melunaskan nafsu dan dibanjiri mata wang ringgit.

"Don't be so serious, aku akan bagi kau kerja santai" tawa kecil memenuhi ruangan bilik itu, dia tahu bahawa lelaki itu memberontak dengan keputusannya namun tidak boleh membantah memandangkan pangkatnya lebih utuh. Tetapi dia tidak peduli, masalah manusia lain tiada kena mengena dengannya.

"Leah" panggil Wayith tenang.

Tatkala itu juga terdengar bunyi komputer yang menyahut, bahasa robotik mula mengambil alih pendengaran mereka.

"Yes, Master" sahut suara itu. Tubuh tidak kelihatan, namun suaranya sangat jelas kedengaran. Suara seorang wanita yang tuturan sebutannya jelas dan kemas, dan sekali lagi dia kagum. Dunia masa kini benar-benar melepasi kotak mindanya. Robot menjadi peyanjung dalam penyiasatan masalah.

"Tell him, semua yang aku tetapkan" arahnya dengan santai, kerja seperti ini langsung tidak memudaratkan tenaganya. Berduyun-duyun mata wang diperolehi tanpa menggunakan tenaga.

"Mission for Mr.Nukhail, according to the A93OF- Spy Agent file code. Encik Nukhail dikehendaki untuk menjalankan tugas sebagai orang kanan Tuan Wayith, menjadi mata-mata dan menyampaikan perancangan pihak musuh dengan terperinci tanpa sebarang kesalahan. Encik Nukhail diarahkan untuk menyamar dan menjadi rakan baik bersama pihak musuh" terang Leah dengan teratur. Ketika itu baru kelihatan satu komputer sederhana besar muncul di sebalik lantai kaca itu, berdiri teguh di hadapan mereka dengan bantuan penyambung.

Nukhail ternganga, asal gempak sangat mamat ni? Pertama kali dia melihat perkara seperti dan pertama kali jugalah dia menjejakkan kaki ke tempat mewah seperti ini. Selama ini tugasnya disampaikan melalui telefon sahaja namun pada hari ini dia tidak boleh menafikan tahap kemajuan lelaki itu. Sangat mengagumkan.

Wayith mengerling riak wajah itu melalui ekor mata, dia tersenyum bangga. Riak dengan kemajuan teknologi yang dia perolehi, komputer sebagai P.A dan tenaga robot sebagai pembantu. Anak buahnya yang beratus ribu itu hanya sekadar hiasan sahaja, cuma membantunya mendapatkan organ mangsa dengan lebih ramai.

"Jadi, aku akan anggap kau setuju" ujar Wayith diiringi senyuman sinis.

"Kau dah ada kemudahan yang mengagumkan, jadi kenapa masih nak gunakan khidmat macam ni?" Soal Nukhail, keliru. Dengan kemudahan yang amat membantu ini, tidak mungkin Wayith tidak boleh melakukannya sendirian. Peratus kemenangan lebih tinggi di pihak lelaki itu.

"That's the problem, aku tak ada hacker. Computer aku boleh godam, tapi tak boleh lawan kekuatan pihak musuh jadi sukar untuk aku dapatkan maklumat. Kau fikir lawan aku ni dungu? Kebijaksanaan diorang boleh hancurkan aku sekelip mata, jadi aku nak kau tolong aku. Walaupun guna akal manusia tapi dengan bantuan kau, aku boleh jatuhkan diorang perlahan-lahan" kali ini riak wajah Wayith bertukar serius, langsung tidak main-main dengan kata-katanya. Dia tahu, kemahiran lawannya itu sangat mengagumkan. Lokasinya boleh diketahui bila-bila masa sahaja, malah kegiatannya juga dihujung jari. Namun begitu, dia masih lagi cepat bertindak dan menghilangkan diri. Dia tidak kisah sekira anak buahnya berkurangan, asalkan dia berjaya menyelamatkan diri sendiri.

"Why do you need a hacker? Duit kau banyak, upahlah orang" senang sahaja Nukhail memberi pandangan.

"Kau fikir lawan aku ni serupa binatang tepi jalan? Don't be naive, bro. Aku ni, dah lama diburu. Anjing-anjing tu takkan henti kejar aku" balas Wayith bersama tawa sinis. Mudah benar Nukhail berbicara dan memberikan penyelesaian, sedangkan lelaki itu langsung tidak merasai situasi di tempatnya. Dia terpaksa berhenti membuat kerja kerana kecekapan pihak lawan yang memerhatikan tindak tanduknya.

"Siapa anjing tu?" Soal Nukhail, malas. Dia menghentakkan tubuhnya di sofa, pening memikirkan kerjanya yang satu ini.

"Polis" Spontan Nukhail menengakkan tubuhnya, membulat matanya mendengar perkataan yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Polis? Mamat ni cuba untuk hitamkan hidup aku!.

"Kau tak ada otak? Tempat yang kau suruh aku menyamar tu kandang harimau kau faham tak?! Belum sempat diorang kejar kau, diorang dah tangkap aku dulu!" Rengus Nukhail marah. Memang dia tidak akan bersetuju dengan arahan ini, perkara itu menjerat dirinya sendiri!.

"Kau tak akan ditangkap, selagi kau pandai berlakon" ringkas sahaja Wayith membuat kesimpulan, dia peduli apa? Bukan dia yang akan ditangkap.

"Kau cuba sendirilah" bantah Nukhail masih dalam perasaan amarah. Lelaki itu fikir kerja ini semudah 123? Jika silap percaturan, dia yang akan digantung dahulu.

"Kau tak perlu risau, aku dah sediakan semuanya. Tugas kau, cuma perlu bawa diri je" Wayith memetik jarinya, serentak itu juga muncul berbagai alatan di atas meja kaca yang kosong. Bersusun alatan canggih di atas meja tersebut, mudah sungguh kerja. Tidak perlu memanggil orang mahupun pembantu, segalanya disediakan oleh robot dan komputer sahaja.

"Speak" arah Wayith.

"Senjata tersebut adalah alat bantuan komunikasi dan penjejak, terdiri juga daripada senjata berapi tersembunyi dan bantuan untuk menyelamatkan diri. Terdapat juga identiti maklumat palsu, lencana, kad pengenalan palsu dan seangkatan dengannya, pistol, dan yang lain lagi bagi membantu Encik Nukhail untuk menyamarkan diri tanpa dikesan oleh pihak musuh" terang Leah dengan terperinci. Komputer itu yang diberi nama Leah itu mulai bergerak di sisi Wayith di atas bantuan penyambung.

Nukhail menganggukkan kepalanya kagum, mengerti dengan penerangan tersebut. Senjata itu juga amat canggih.

"Pistol tersebut dilengkapi dengan butir peluru yang boleh menjejaki kedudukan mangsa, sekiranya tembakkan dilepaskan, peluru tersebut akan menghidupkan lokasi secara automatik tanpa sebarang tindakan. Lencana polis pula merupakan speaker kecil untuk menghubungkan Encik Nukhail dan Tuan Wayith, terdapat satu alat rakaman suara di lencana tersebut bagi memudahkan pekerjaan Nukhail ketika menjalankan tugas. Ditambah pula--"

"Leah stop" arah Wayith mengangkat tangan kanannya memberikan isyarat berhenti. Rasanya penerangan yang diterima oleh Nukhail sudah lebih dari cukup, tidak perlu terlebih-lebih menjelaskannya. Lagipun lelaki itu bukannya seorang yang tidak berakal, dia masih lagi mampu berfikir.

Serta merta Leah menghentikan penerangannya, patuh dengan arahan tuannya.

"Aku rasa penerangan tu dah lebih dari memadai" ujar Wayith melempar pandangan penuh maksud kepada Nukhail.

Nukhail mendiamkan diri seketika sebelum menganggukkan kepalanya, bersetuju dengan tugas yang diberikan kali ini. Walaupun boleh menjerat diri sendiri.

"Aku akan menyamar sebagai polis" sungguhpun dia tidak yakin dengan kata-katanya, namun dia harus bertindak. Tuan Wayith bukan seorang lelaki yang boleh dipandang enteng.

"Wait, kau tertinggal something" Wayith mengukirkan senyuman sinis, not so fast bro.

"What?" Nukhail mengerutkan dahinya, apa lagi?.

"Tugas kau, bukan setakat polis biasa"

"Apa yang kau cuba buat ni?" Tiba-tiba rasa amarahnya meningkat, rasa tidak senang hati mula menyelubungi tubuhnya. Apa lagi yang lelaki ini rancangkan? Tidak cukup dengan membuat dirinya terjerat dengan masalah besar, tetapi masih ada lagi yang kurang.

"Aku nak kau, mencemar duli sebagai Pegawai Polis Diraja"

          MAWAR meletakkan kotak yang terakhir di bonet kereta. Akhirnya selesai juga majlis besar-besaran bagi anak lelaki Datin Maria, apa yang boleh dia simpulkan adalah rasa penat yang tidak berpenghujung. Tidak cukup tangan dia mengerjakan majlis yang mewah itu, mujur sahaja tenaga pekerjanya ramai. Jika tidak, serabut otaknya memikirkan masalah.

"Ada lagi?" Soalan Nathan itu menyentakkan Mawar, dia hanya memerhati tindakan lelaki itu menutup bonet kereta. Lelaki itu juga tidak pernah berhenti untuk menolongnya, dari hari pertama sehinggalah sekarang. Pertolongan lelaki itu masih lagi dihulur kepadanya. Dia tidak nafikan, bahawa Nathan sentiasa bersusah payah untuknya.

"Semua dah siap, tinggal tunggu ibu je" balas Mawar sebaik sahaja menggelengkan kepalanya, dia menyandarkan tubuh di kereta. Penat, padat benar waktunya hari ini. Kehulur dan kehilir menguruskan majlis tanpa rehat.

"Penat?" Soal Nathan bersama kening yang terjongket sebelah. Tidak tahulah dari riaknya itu adalah peduli atau sekadar bertanya.

Mawar menganggukkan kepalanya, malas hendak membalas.

"Aku baru nak jemput kau untuk kenduri tahlil malam ni, kalau kau penat tak apalah" jelah Nathan sambil berpeluk tubuh lalu menyandarkan tubuhnya di kereta, benar-benar di sisi Mawar. Entah apa yang merasuki dirinya, sehingga dia merelakan diri untuk menyusahkan diri sendiri. Membantu Mawar dan menghantarnya pergi dan balik. Mungkin aku kesiankan dia, sebab tiada siapa lagi nak tolong dia.

"Awak tengok apa?" Suara Mawar itu menyentakkannya. Nathan tersedar dari lamunannya, tidak sedar dengan tindakan diri sendiri yang sedang memandang ke wajah wanita itu.

Dia berdeham perlahan, cuba menutup rasa malu. Tangannya spontan diangkat mengusap belakang leher, rasa tidak selesa pula.

"Kenduri tahlil siapa?" Soal Mawar bersama senyuman kecil, tahu rasa malu rupanya. Selama ini selamba sahaja, ingatkan tiada langsung perasaan malu itu. Asik menyakitkan hati orang sahaja.

"Keluarga aku buat kecil-kecilan je" rasanya kata-kata itu lebih sesuai untuk diberikan sebagai jawapan, lagipun dia tidak menipu. Benarlah berkaitan dengan keluarganya, dia masih tidak sedia untuk memberitahu Mawar mengenai kedua-dua ibu bapanya. Buat masa ini, biarlah wanita itu tidak mengetahui apa-apa.

"Tapi saya tak tahu rumah awak, kereta pun--"

"Aku ambil kau" potong Nathan. Pandangan kini tertumpu sepenuhnya kepada wanita itu. Macam tidak faham pula maksud yang disampaikan olehnya. Kerana itulah dia ingin menjemput, tahu bahawa wanita itu tidak mempunyai kenderaan. Malah alamat rumahnya juga tidak diketahui, apatah lagi menjejakkan kaki.

Bercantum kening Mawar mendengar arahan itu, macam tu je?.

"Nathan, tak apalah. Menyusahkan je, saya boleh pergi--"

"Jangan bantah cakap aku, kalau nak datang aku ambil kalau tidak duduk je kat rumah" potongnya lagi, tajam matanya membalas pandangan mata jernih itu. Dia tidak nafikan sesuatu, mata Mawar sungguh cantik. Sekejap sahaja boleh rebah di dalam lautan jernih itu, sangat memukau.

"Janganlah pandang saya macam tu" tegur Mawar tatkala menyedari renungan mata lelaki itu yang tidak lepas dari memandangnya, muka aku yang merah ni nak sorok mana?!.

"Maaflah, tapi mata aku ingkar arahan aku" perlahan kata-kata itu meniti di bibir Nathan, menggoda sungguh. Wajah tampan tanpa senyuman itu juga sangat memukau, benar-benar menarik wanita dengan auranya sendiri.

Mawar menggigit bibir bawahnya, malu. Wajahnya yang mulai kemerahan sudah tidak boleh disorokkan, tolonglah jangan hensem sangat. Kali ni aku kalah!.

"Setuju atau tidak?" Soal Nathan bersama senyuman sinis, tahu pun malu. Cabar aku tadi macam berani sangat.

"Yelah..." dengar tidak dengar sahaja suara itu.

"Haa? Apa?" Usik Nathan sambil mendekatkan telinganya ke arah wanita itu, riaknya dilakonkan sama seperti orang pekak.

"Saya ikutlah!" Jerit Mawar benar-benar di telinga Nathan, biarkan gegendang telinga tu pecah. Siapa suruh menyakitkan hati sangat.

Terpejam mata Nathan menahan bingit, terus tangannya naik menggosok telinga. Kalau aku betul-betul pekak, 7 keturunan perempuan ni aku cari.

"Tahlil mula selepas Isyak, nanti aku ambil. Bagitahu ibu sekali" ujar Nathan masih lagi tidak berhenti dari menggosok telinganya, gatal pula tiba-tiba.

Mawar mula diselubungi rasa bersalah, teruk sangat ke aku buat?.

"Sakitkah awak? Tapi baguslah biar taik telinga awak semua keluar, pekak sangat" sekejap sahaja rasa kesiannya, selebihnya adalah riak menyampah. Mengada-ngada, tidaklah terlalu kuat sangat jeritannya tadi. Hiperbola benar.

"Aku takut kau menyesal nanti"

Terjongket sebelah kening Mawar mendengar ayat itu, kenapa pula menyesal?.

"Aku mungkin tak dengar luahan cinta kau" sambung bersama senyuman yang terukir penuh makna, wajah terpapar riak bangga tatkala wajah Mawar bertukar warna. Nampak sungguh terkesan dengan ayatnya, pasti jantung wanita itu berdegup kencang.

"Benci" balas Mawar sebelum membuka langkah masuk ke dalam dewan itu semula, tidak tahan berlama-lama di situ. Semakin merapu.

Terkebil-kebil Nathan memandang tubuh yang menjauh itu sebelum dia tertawa besar, pandai betul mengelak.

Telefon yang berdering menghentikan tawanya. Nama Setiausaha Diraja yang terpapar mengerutkan dahinya, ada apa-apa yang tidak kenakah?.

"Nathan speaking" sahut Nathan sewaktu panggilan bersambung.

"Inspektor Nathan, Raja Syeikh Luthfan mengarahkan Tuan ke istana. Tuanku ada sesuatu yang ingin dibincangkan" balas Setiausaha Diraja di hujung talian.

Degup jantung Nathan mula berubah rentak, ada masalahkah?. Tetapi dia tidak mendengar sebarang khabar angin pun, baru hari ini Tuanku Luthfan mengarahkannya ke istana.

"Pagi esok saya datang dengan Hujan" Pandangannya dialihkan kesisi tatkala terasa seseorang mengambil tempat di sebelahnya . Wajah Mawar yang merenungnya itu dipandang dengan tanda tanya, tiba-tibanya budak ni.

"Maaf Tuan, Tuanku hanya memerintahkan Tuan sahaja" semakin bertambah kerutan di wajah Nathan apabila mendengar arahan itu. Ini adalah kali pertama dia diarahkan ke istana bersendirian, selama ini pasti Hujan yang akan menemaninya.

"Ada sesuatu--"

"Itu sahaja Tuan, saya tamatkan panggilan dulu" serentak itu panggilan terputus.

Nathan memandang kosong screen telefon yang mulai gelap. Perasaan curiganya semakin meningkat, kepalanya mula memutarkan bermacam-macam perkara.

"Nak dengar" pinta Mawar bersama sengihan busuk. Suka hati ingin mendengar perbualan orang, dasar tidak tahu malu.

Nathan memandang wajah bersih itu tanpa riak, datang tidak diundang pergi tidak dihalau. Selepas itu suka hati sahaja meminta perkara yang bukan-bukan.

"Muka tembok" perlian Nathan itu mematikan sengihannya. Susah betul bergurau dengan mamat yang hati batu, semua benda nak menyakitkan hati.

"Tembok saya, lantak sayalah" bidas Mawar geram, aku doakan suatu hari nanti hati mamat ni selembut gula-gula kapas, sopan sikit perangai dia.

"Kalau aku nak lintas tembok tu, boleh tak?"

Ini lagi satu, bila pahit jadi pahit sungguh. Bila manis, jadi manis sungguh. Hati aku yang dibolak-balik dengan ayat-ayat dia tu macam mana? Cubalah hidup dengan satu perwatakan sahaja, complicated benar.

"Berambus" jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu, janganlah suatu hari nanti aku jatuh cinta kat mamat ni.

Sekali lagi Nathan tertawa besar, marah sangat tu.

"Ibu mana?" Soal Nathan sebaik sahaja tawanya reda, dia tersenyum kecil memandang bibir yang sedari tadi tercebik-cebik. Tak puas hatilah tu, iyalah Mawar kan jenis wanita yang mahu menang sahaja.

"Kejap lagi keluar, Ibu tengah sembang dengan kawan dia" balas Mawar sambil menguis-nguis kakinya di atas jalan raya, bermain dengan batu-batu kecil.

Nathan sekadar mengangguk kecil, malas mahu membalas. Beberapa saat kemudian dia termenung, fikirannya serabut memikirkan arahan Diraja. Beberapa hari ini memang dia tidak mendengar sebarang khabar berita dari Istana, jadi dia beranggapan bahawa Istana berada di dalam keadaan yang baik.

Media massa dan berita juga tidak memaparkan sebarang masalah, Perdana Menteri juga sibuk dengan tugasnya apatah lagi Tuanku. Dia sebagai polis pun mempunyai masa yang padat, inikan pula mereka.

Pinnn !

Buk ! Nathan tersedar tatkala tubuhnya dirempuh dari tepi. Secara mengejut dia menahan lengan Mawar yang hampir jatuh, mujur sahaja mereka berdua tidak tersembam ke jalan. Dia melepaskan lengan yang berlapik itu apabila wanita itu sudah mulai berdiri seperti sedia kala.

"Kau okay--"

"Astaghfirullahalazim! Budak berdua ni!" Jeritan Ibu Ayana menarik perhatian mereka berdua. Terkebil-kebil mereka memandang wajah tegang Ibu Ayana, sedang berpeluk tubuh memandang mereka. Spontan air liur ditelan kelat, takut melihat wajah menyinga itu.

"Ibu, jangan salah faham. Mawar nak jatuh tadi, jadi Nathan cuma tolong" tergesa-gesa Mawar memberi penjelasan, tidak mahu ibunya salah faham.

"Betul Ibu, Nathan tak sengaja" jelas Nathan pula, rasa kelakar pula jika dilihat wajah ketakutan mereka.

"Tak apalah, Ibu suka je"

Eh? Dah salah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience