•bab 29•

Romance Series 12832

          GLOVE dipakai kemas ke tangan, jantung yang masih di dalam kontena itu diambil dengan kemas.

Keningnya terjongket sebelah, dia tersenyum sinis.

"Leah, anggaran umur?" Soal Wayith sambil memetik jari.

Dengan segera Leah muncul di skrin atas bilik tersebut, jantung yang masih berdarah itu di scan seimbas sebelum tertera sebuah maklumat lengkap beserta gambar.

"Proceed" arah lelaki itu.

"Jantung diambil dalam anggaran 16 hari, Tuan. Diperolehi dari kanak perempuan berusia 17 tahun berserta kumpulan darah berjenis AB" ujar Leah sambil menterterakan sebuah slide bergambar, di situ terdapat wajah dan keadaan tubuh anak perempuan itu. Di sisi itu tertera maklumat berserta identiti si mati.

Wayith membelek bahagian jantung itu, setelah berpuas hati dia mengambil jantung itu dan menyimpannya kembali. Kontena itu ditutup kembali lalu glove di buang ke dalam tong sampah.

Dia menaip maklumat itu di dalam komputer dengan teliti.

"Proceed to folder KG-1129" arah Wayith dan segera diikuti oleh Leah.

"Paparkan aku keadaan Reidht Nathan" serentak itu terpapar maklumat Reidht Nathan bersama beberapa gambar yang diperolehi.

"Perkembangan lelaki tu?" Soalnya.

"Reidht Nathan mengalami kemalangan pada 2 minggu yang lalu, dia ditugaskan ke Kerajaan Nawrilia namun berlaku sebuah letupan besar yang mengorbankan hampir keseluruhan kerajaan menyebabkan keadaan Reidht Nathan hampir parah" jelas Leah dengan teliti.

"Reidht Nathan disahkan hilang semasa letupan berlaku namun berjaya diselamatkan 3 hari kemudian dengan bantuan pencarian dari Kerajaan Nawrilia dan Kerajaan Versailles" sambungnya lagi.

"Bagaimana keadaan dia sekarang?" Wayith meluncur jarinya laju di atas skrin, dia membuka beberapa fail yang terpapar maklumat Reidht Nathan.

Leah memaparkan maklumat terkini mengenai Reidht Nathan.

"Kahwin?" Soal Wayith, separuh keliru.

"Benar tuan, isterinya merupakan salah seorang mangsa yang cuba diculik beberapa bulan lalu" terang Leah lalu memaparkan wajah Mawar Leinani yang bersarung baju kurung nikah, di sisi gambar itu diikuti dengan gambar Nathan berbaju melayu.

"Interesting" riaknya sinis, pandai buat kerja.

"Cantik bini dia, apa nama dia?" gelaknya sinis.

"Mawar Melanie, Tuan" balas Leah.

Wayith menganggukkan kepalanya, senang hati. Nampaknya kerja akan jadi lebih mudah.

"Kau buat keputusan yang salah Nathan, tindakan kau untuk beristeri akan makan diri kau sendiri" ujarnya sendirian, membayangkan masa depan Reidht Nathan yang bakal musnah dengan mudah. Dengan itu, kerjanya akan menjadi lebih senang dan teratur. Tiada lagi serang hendap dan kerugian yang sedang dia hadapi.

"Apa maklumat yang dikumpulkan oleh Nukhail?" Soal Wayith dengan serius, buat masa ini sudah seminggu dia tidak menerima apa-apa tindakan dari lelaki. Senyap.

"Dia masih lagi menjalankan tugas, Tuan. Keadaan di balai menyukarkannya untuk bertindak sendirian" kata-kata Leah itu mengundang cemuhan kecil di bibir Wayith. Sukar? Lembab.

"Banyak alasan" balasnya.

"Paparkan aku maklumat seterusnya" arah Wayith, mendatar. Ada anak buah tetapi semuanya seperti tidak berakal, menyusahkan.

Paparan yang kembali penuh itu mendapat perhatian penuh dari Wayith, gambar yang seterusnya berjaya mengerutkan dahinya.

"Wait" tahan Wayith tatkala Leah ingin beralih ke skrin seterusnya.

"Aku nak kau arahkan Nukhail untuk jumpa aku" arahnya, mulai berasa marah.

"Baik, Tuan"

          WAJAH Mawar berkerut-kerut memandang balutan berwarna putih itu.

"Kalau tak boleh buat, blah" ujar Nathan, menolak tubuh itu ketepi.

"Eh, duduklah. Saya boleh buat" arah Mawar cuba menahan lelaki itu namun tidak berjaya, Nathan sudah berdiri benar-benar dihadapannya.

"Inilah pertolongan yang paling menyusahkan aku jumpa" kutuk Nathan terang-terangan. Dia menolak kepala wanita itu ke tepi, memandangkan ketinggian Mawar hanya separas dadanya sahaja.

"Okay okay, saya buat betul-betul" janji Mawar, membuat gaya peace. Sekali lagi dia menahan jalan suaminya.

Ketika itu juga, Nathan menggigit jari isterinya.

"Ark!"

Lelaki itu mencebik, jari katik ada hati nak berjanji dengan aku.

"Ishhhh, stupi--" dengan segera Nathan menutup mulut isterinya. "Dalam kamus aku, perempuan tak boleh mencarut" tegas lelaki itu sebelum bergerak pergi.

"Nathan!" Mawar berusaha mengejar suaminya namun secara tidak sengaja dia tersadung lelaki itu menyebabkan dahi Nathan terhantuk ke dinding. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Alamak" gumam Mawar, perlahan.

"Aish, this shii--"

"Haa haa! Dalam kamus saya lelaki tak boleh mencarut!" Potong Mawar, di samping itu memerli suaminya.

Nathan mengusap dahinya, sakit. Sakit terhantuk itu bukan kaleng-kaleng.

"Hehe, maaf awak. Saya nak tahan je" mohon Mawar bersama wajah manis. Tak sengaja!.

Nathan memandang Mawar dengan tajam. "Kau cium dahi aku sekarang" kata-kata itu membuatkan Mawar menjerit ditempatnya. "Syirik apa ni?!" Jerit wanita itu.

"Choose. If not, i will kiss you" ugut Nathan.

"Arh, semua benda ni tahyul-- ark! Nathan!" Nathan segera memegang wajah itu lalu didekatkan dengannya namun dengan segara Mawar menahan, berusaha wanita itu menahan tubuhnya.

"Eeee!" Jerit wanita itu.

"Pilih" ugut Nathan lagi.

"Saya cium awak!" Serentak itu Nathan melepaskan pegangannya.

"Faster"  arah lelaki itu.

Tak malu, dahlah desak orang.

"Pahala sedang menanti, Mawar. Cepat" dia mencebik tatkala mendengar ayat beragama suaminya itu. Tang ni pandai pula kau nak soal pasal pahala, aku sepak kau satgi.

"Erm" gumam Mawar.

"Cantik" Nathan meluaskan jarak kakinya untuk menyamakan ketinggian dengan isterinya, dia menyua dahinya di hadapan wajah wanita itu.

Mawar merenung dahi itu bersama bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Al-Fatihah, ayat kursi ditanam sepenuhnya di dalam hati. Beriya.

"Saya nak cium ni" ujar Mawar, sengaja melengahkan masa.

"Iya"

"On the way ni, on the way" tambah wanita itu lagi.

Nathan mengeluh malas, cari pasal betul.

"Saya akan cium dahi awak ni" sambung Mawar lagi.

Nathan merenung jam di dinding hospital, sempat lagi nak makan tengah hari ni. Menganjing menganjing.

"Saya hampir--"

Muah.

Nathan memperbetulkan kedudukannya semula.

Mawar terkebil-kebil, spontan tangannya naik memegang dahi.

"Lambat" perli Nathan.

Mawar mengemam bibirnya, wajahnya mulai kemerahan.

"Like it huh, baby?" Usik suaminya.

"TAK!" jerit Mawar. Namun hidungnya yang mulai memerah itu mengundang senyuman kecil Nathan. Dasar tabiat tak guna.

Nathan menganggukkan kepalanya beberapa kali, hidung isterinya dicuit lembut. "Tak pandai menipu" ejeknya.

Mawar mengetap giginya, bencinya.

"Nak tolong atau tidak?" Soal Nathan.

"Apa..." Mawar memandang lelaki dengan wajah masam.

"Tanggalkan pembalut ni, aku nak mandi ni" jelas lelaki itu.

"Nak, tapi takut" kata-kata wanita itu mengundang gelengan kecil dari Nathan.

"Banyak songeh, ini baru pembalut dekat kaki. Aku belum suruh yang dekat badan lagi" perli lelaki itu geram, sebelum iklan ni sudah hampir setengah jam wanita itu merenung kakinya tetapi tiada apa-apa tindakan malah makin berkerut-kerut wajah itu seperti orang tua.

"Bukan, saya cuma takut awak sakit je" jelas Mawar, perlahan.

"Dahtu, jangan relakan diri untuk tolong" sejurus selepas itu Nathan terus berlalu pergi ke tandas, hampir setengah jam waktunya tergendala kerana berdebat dengan wanita itu. Banyak sangat iklan nak buat, bila soal balik mulalah gelabah sawan.

Mawar mencebik, nak tolong pun kena marah. Dia terus melabuhkan duduk di katil hospital, garang betul.

"Asik nak garang je, semalam bukan main macam romeo gatal" bisiknya sendirian, menyampah.

"Apa kau cakap?"

Sepantas kilat tubuh itu tegak di sisi katil, Mawar tersengih-sengih memandang wajah tegas suaminya itu. Bila masa pula dia keluar ni?.

"Da-dah habis kah?" Soalnya gugup.

"Tuala aku tertinggal" ujar Nathan lalu mengambil tualanya sebelum melangkah ke tandas namun langkahnya terhenti. Dia memusingkan tubuh ke arah isterinya, wajah Mawar dipandang dengan senyuman penuh makna.

"Apa?" Soal wanita itu, polos.

"Meh sini" arah Nathan, dia mengangkat tangan memanggil wanita itu.

Dengan segera Mawar menggelengkan kepalanya, takut. Ada sahaja benda yang tidak kena dengan lelaki itu, dari malam semalam lagi tau!.

"Tak apa, aku pergi situ" balasan itu membuat Mawar terkedu ditempatnya, cergas betul otak mamat ni.

Tidak lama kemudian tubuh Nathan sudah berdiri betul-betul dihadapan isterinya, dia menunduk memandang tubuh pendek itu.

"Nak apa?" Soal Mawar, gementar.

Nathan membongkokkan tubuhnya, sebelah tangannya mulai mengepung wanita itu.

"Adalah... something" bisik lelaki itu sebelum mendekatkan wajah mereka.

Mawar mulai gugup di tempatnya, segera dia menahan dada suaminya itu. Janganlah jadi apa-apa lagi, dari semalam lagi lelaki ini cuba mengujinya. Tadi dah cium dahi kan!.

Rasanya aku dah boleh masuk wad sebelah kot, hari-hari sakit jantung duduk dengan mamat ni.

"Pergilah mandi sana!" Marahnya perlahan, dia membesarkan matanya tanda marah. Tubuh suaminya segera ditolak kebelakang namun tidak bergerak malah tanganya pulak yang ditangkap. Adumak!.

"Bising mulut ni" tegur Nathan lalu memicit lembut pipi isterinya, bibir yang mulai memuncung itu dipandang dengan senyuman sinis.

Mata Mawar membulat besar, jantungnya semakin berdetak hebat.

"Cakaplah lagi" ejek Nathan setelah suara itu kembali senyap, dia senyumannya semakin melebar tatkala kedua tangan Mawar berusaha menahan tangannya dari memicit.

'Dia ni!' desis Mawar di dalam hati sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Malu!.

"Merahnya.." tegur lelaki itu tatkala wajahnya bertukar kemerahan.

Jantung Mawar kembali berdegup kencang tatkala Nathan mendekatkan wajahnya sebelum perlahan-lahan lelaki itu menyengetkan kepalanya, dia menelan liurnya pahit.

Janganlah jadi perkara yang bukan-bukan. Doanya di dalam hati.

Dengan segera Mawar memejamkan matanya, tidak mahu melihat apa yang berlaku. Memalukan!.

Tangannya menggeletar hebat tatkala hembusan nafas lelaki itu mulai menyapa pipinya.

"Dapat" bisik lelaki itu.

Dengan segera Mawar membuka matanya apabila genggaman itu dilepaskan dan tatkala itu tubuh Nathan sudah melangkah menuju ke tandas. Dia berkerut keliru. Apa yang jadi?.

Sempat lelaki itu menayangkan senyuman mengejek kepadanya sebelum masuk ke dalam tandas. Tahu pun terkena.

Mawar ternganga tidak percaya.
"Nathan!" Jeritnya marah, jatuh saham aku tau!. Ish!.

"Berani dia main-main dengan aku" Marahnya sendirian, buat malu sahaja sampai pejam mata. Ingatkan scene drama korea tadi, rupa-rupanya koyak.

"Eh, aku--" suara Nathan.

"Apa lagi?!" Jerit wanita itu, kegeraman.

"Masuk je dalam bilik air tu, duduk diam-diam!" Marahnya pula. Dia bercekak pinggang memandang kepala yang tersepit melalui celah pintu itu, entah perangai apa lagi yang dia nak buat. Ingatkan nak kiss aku tadi, eh.

"Sabun..." tunjuk lelaki itu ditepi katil.

"Dahtu tadi ambil apa?" Bebel Mawar sambil mencapai botol berwarna biru itu, tadi bukan main lagi dapat selepas itu banyak benda yang dia tinggal. Benda apa yang dicapai bawa masuk tandas itu entah.

"Ambil bau kau" langkah Mawar terhenti tatkala mendengar ayat itu, dia menjeling suaminya dengan tajam. Kau nak bergurau dengan aku?.

"Apa? Betullah, sedap bhai" tambah Nathan lagi, menganjing. Dia menayangkan senyuman miang.

"Ambil sendiri lah macam tu" pasrah Mawar lalu mencampak botol sabun itu di atas sofa, dia terus berlalu melabuhkan duduk di atas katil. Letih aku macam ni.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya. "Seriuslah nak aku ambil?" ugut lelaki itu, penuh muslihat.

Mawar berkerut, keliru.
"Kenapa tak nak ambil pula?" Soalnya kepeningan. Ya Allah, baru sehari aku jaga dia dah macam-macam benda jadi, botak kepala aku lepas ni.

"Faham-faham je lah"

"Ish, saya bagilah ni!" Balas Mawar dengan geram, suka mengugut!.

Dengan gaya tidak puas hati dia mengambil sabun itu dan menghulurnya pada Nathan.

"Kenapalah saya yang jadi isteri awak" ujarnya tidak berakal, padahal baru semalam mereka melangsungkan majlis akad nikah. Namun letihnya seolah-olah sudah berumah tangga bertahun.

"Maceh, sayang" usik Nathan sebelum menutup pintu tandas.

"Banyak cekadak" rungut wanita itu tidak puas hati.

"Seronoknya ada bini ni!" jerit Nathan sambil bersiul nakal, suka mencari kemarahan isterinya.

Ha eloklah tu, dah elok dalam tandas tu ada syaitan, kau panggil pula member syaitan yang lain. Bagus.

Mawar mencebik, dasar... erm.

          AYAH SYAH memegang bahu isterinya yang sedang termenung di pangkin halaman rumah, bukan main lagi mengelamun. Terus tak jadi nak ajak makan tengah hari.

"Menungkan apa lia?" Soalnya ingin tahu, saja.

Ummi Dahlia tersenyum kecil menyapa suaminya. "Saja duduk rehat, bang" jelasnya lembut.

"Pandailah nak sorok pun, awak risaukan apa?" Seperti tidak tahu pula perangai isterinya, hidup bersama sudah berpuluh tahun takkanlah secebis perasaan risau pun dia tidak dapat merasainya juga.

"Tak ada apa, abang. Lia saja ambil udara segar"

"Awak merapu apa, udara segar tu pagi-pagi . Sekarang ni dah tengah hari, ambil vitamin C. Nampak tu, awak tipu abang" betullah, sudah bertahun lama hidup. Takkanlah perangai bangang Ayah Syah pun tidak tahu kan?. Ummi Dahlia menggeleng perlahan bersama senyuman agak lebar, pandai suaminya buat lawak.

Ayah Syah tersenyum bangga, bagusnya dapat suami kelakar macam aku.

"Sudahlah, jangan dirisaukan cucu awak yang ada kat hospital tu. Dia dah ada bini untuk jaga dia" seperti tahu apa yang dirisaukan oleh Ummi Dahlia, dengan lembut Ayah Syah mengusap kepala isterinya. Selalu susah hati, walhal cucu mereka itu sudah selamat berada di hospital malah sempat berjabat tangan semasa akad nikah lagi. Punyalah semangat nak kahwin.

"Apa abang ni, mana adalah" nafi Ummi Dahlia, dia menarik nafas perlahan. Sedap pula sedut vitamin C ni, bak kata suaminya.

"Saya bukan baru kahwin dengan awak semalam. Lainlah kalau semalam tu tiba-tiba ada wanita yang datang nak bernikah dengan saya, memang dengan saya-saya semalam jabat tangan tok kadi nak kahwin satu lagi-- aduhhh!" Jerit Ayah Syah dalam kesakitan, cepat pula penyepit ni sampai!.

"Dasar orang tua gatal" marah Ummi Dahlia, dia memulas cepitnya dengan geram.

"Awak ni, cubalah buang tabiat mendera suami ni" desis Ayah Syah kesakitan, perit.

Ummi Dahlia melepaskan cubitannya, tahu pula rasa sakit. Sakit hati orang ni, tidak mahu ambil tahu pula.

"Mulut tu celupar sangat" masam Ummi Dahlia, habis hilang mood nya.

"Saya cuma bergurau je, kalau tak boleh bergurau pergi masuk hutan sana" seperti tidak serik dengan kesakitan yang diterima tadi, kali ini dengan geram Ummi Dahlia menjentik jari suaminya. Geram!.

Ayah Syah terkulai lemah di pangkin, dia terbaring pasrah. Payah benar dapat isteri bekas ahli Avengers ni, aduhai.

"Orang tengah risau ni! Cubalah jangan nak main main!" Akhirnya terluah juga isi hati Ummi Dahlia itu, sudah lama dia memendam perasaan risau itu dengan niat tidak mahu diketahui oleh suaminya, namun perangai Ayah Syah itu tidak makan saman!.

"Nampak tu" Ayah Syah bangkit dari baringnya, dia merenung isterinya sambil menggeleng kecil. Suka sangat berahsia.

"Saya dah beritahu, cucu awak selamat di hospital tu. Ada isteri lagi" pujuknya bersama keluhan kecil, risau isterinya itu seolah-olah Nathan masih belum diselamatkan.

"Saya tahu, cuma hati saya ni" tangan Ummi Dahlia naik memegang hatinya, rasa resah dan gelisah itu memang tidak dapat disorok.

"Itulah awak, suka fikir bukan-bukan" balas suaminya.

"Cubalah husnuzon sikit, jangan terlalu biarkan perasaan negatif tu penuhkan kepala awak" tambahnya lagi.

"Saya bukan nak fikir buruk pun, tapi--"

"Nampak tu, abang dah kata kan. Jangan pernah meminta benda yang buruk, doakan yang baik-baik" potong Ayah Syah, tidak mahu isterinya terlalu mengikutkan perasaan. Kalau tidak, semua perkara akan rasa tidak kena sahaja.

"Memanglah, tapi awak dah lupakah apa yang pernah jadi dulu?" Ujar Ummi Dahlia bersama nada sedih, memori yang tidak akan pernah dilupakan dari ingatan sepanjang hidupnya. Merupakan salah satu daripada memori yang memeritkannya sebagai seorang ibu.

Ayah Syah mengeluh lemah. "Apa yang saya beritahu awak tentang qada' dan qadar Allah? Mana janji awak untuk sentiasa berdoa, Dahlia" tegurnya, mulai tegas. Bukannya dia tidak suka tatkala isu ini dibangkitkan, namun sebagai seorang ayah juga dia turut merasakan peritnya. Oleh kerana itu, dia tidak mahu perasaan sedih ini melemahkah semangat mereka.

"Saya faham abang, cuma saya tak nak memori tu berulang kembali. Saya sayangkan cucu saya" dia sedar dia bakal mengundang rasa amarah suaminya namun dia tidak dapat menahannya, sakit merasai kehilangan itu sangat memeritkan.

"Doakan keselamatan cucu awak, sekarang tanggungjawab dia semakin bertambah. Kalau kita tak sokong dia, dari mana lagi dia nak dapatkan semangat dia?" Tegur Ayah Syah lagi. Hatinya mulai terusik.

"Sedangkan cucu awak tu merasai kehilangan yang lebih teruk dari kita, dia memang tak akan dapat lagi rasa kasih sayang ibu dan bapa dia" sambung Ayah Syah. Dia mengusap tangan isterinya dengan sayang, meminta untuk memahami keadaan sekarang.

"Saya tak boleh lupa, bila cucu kita pulang tanpa ayah dia. Nahdan terkorban dalam peperangan abang, masatu awak sendiri tak boleh rasa betapa terlukanya hati saya. Saya--"

"Dan masatu awak pun tak boleh rasa betapa peritnya saya sebagai seorang ayah untuk menerima kenyataan tu. Nahdan anak saya juga" kata-kata Ayah Syah itu berjaya mendiamkan Ummi Dahlia, dia melihat tubir mata isterinya yang mulai berkaca. Dia tersenyum kecil.

"Kalau cucu awak boleh kuat, kenapa awak tak boleh? Sedangkan awak ibu dia" ayat suaminya itu sedikit sebanyak menjentik hatinya, Ummi Dahlia tertunduk sebak.

"Senanglah abang cakap macam tu, abang tak pernah sedih pun setiap kali saya buka cerita pasal arwah Nahdan" rajuk Ummi Dahlia, agak terasa.

"Siapa kata? Awak rasa kah apa yang abang rasa?" Soal Ayah Syah bersama tawa kecil.

Ummi Dahlia sekadar mendiamkan diri. Dia masih lagi menundukan kepalanya.

"Nahdan pergi bukan sementara, Lia. Tapi Nahdan pergi selamanya, dia dah tenang dah kat sana. Saya ni ayah dia, awak rasa saya tak akan sedihkah, bila dapat tahu saya tak akan lihat anak saya lagi?" Jelas Ayah Syah perlahan, tatkala itu pandangan isterinya mulai terarah ke wajahnya. Dia mengusap kepala yang berbalut tudung itu dengan sayang.

"Sebagai lelaki, saya mengaku saya ego. Sebab tak tunjuk rasa sedih saya depan awak, tapi kalau saya tunjukkan perasaan tu, awak rasa dari mana awak akan dapat kekuatan awak?" Akhirnya Ummi Dahlia menghamburkan rasa sebaknya di dada suaminya, dia melepaskan rasa sebak yang yang ditahan sedari tadi.

"Maafkan Lia, abang" pinta Ummi Dahlia dengan sebak, menyedari silapnya kerana berprasangka buruk dengan suami sendiri. Sebagai isteri, sepatutnya dia sendiri yang memahami suaminya. Bukan membidas dan melepaskan amarah.

Ayah Syah tertawa, dia memeluk isterinya dengan erat. Faham dah, perempuan kan.

"Benda kecil je, dah jangan sedih. Abang lapar" ayat terakhir Ayah Syah itu mengundang tawa isterinya, Ummi Dahlia menepuk dada suaminya lembut.

"Iyalah, jom makan" balas Ummi Dahlia, sudah terpujuk habis-habisan. Dia mengelap air matanya.

"Awak ni pun, dah tua pun masih nak rasa pengantin baru. Berdrama depan rumah ni ha" usik Ayah Syah, ingin menceriakan suasana.

"Saja je nak ambil tempias Nathan semalam, mana tahu abang boleh romantik" usik Ummi Dahlia semula. Dia menyambut huluran tangan suaminya itu sebelum melangkah bersama-sama ke dalam rumah.

"Banyaklah awak ni, romantik tu tak semestinya kena sweet-sweet" Eh, pandai pula orang tua ni.

"Habistu?" Soal Ummi Dahlia, sengaja ingin melayan.

"Kalau dah sayang, semua perkara akan jadi romantik, Lia" balas Ayah Syah dengan macho, dia mengangkat kening bangga.

Ummi Dahlia tersenyum lebar, pandailah pula dia ambil hati kita.

          NATHAN mulai berdiri dengan hormat tatkala melihat gerangan yang tiba di pintu hospital.

"Tuanku" ujar lelaki itu, senada.

"Tak apa, Nathan. Saya faham awak sakit, rehatkan diri sahaja" balas Raja Syeikh Luthfan sambil melangkah masuk ke dalam wad. Di sisinya terdapat seorang bodyguard bersut hitam kemas.

Mawar yang melihat situasi itu hanya terkebil-kebil di tempatnya, apa yang aku kena buat?. Dia memandang wajah Nathan di sisinya.

"Hey, beri tanda hormat. Yang tercegat lagi kenapa?" Tegur Nathan tatkala wanita itu hanya berdiri kaku sahaja.

"Beri apa?" Soal Mawar semula.

Dengan selamba Nathan memegang kepala wanita dari belakang lalu menolaknya menunduk, seolah-olah memberi tanda hormat.

Raja Syeikh Luthfan tertawa kecil. "Perkara kecil Nathan, tak apa" balasnya biasa.

"Saya minta maaf, Tuanku. Sebab susahkan Tuanku untuk datang ke sini" pinta Nathan dengan perasaan bersalah, dia juga turut rasa terkejut tatkala menerima kunjungan dari diraja. Seperti tidak layak pula.

Mata Mawar membesar, Tuanku?.

"Saya datang nak melawat saja, kebetulan ada urusan di sekitar sini" jelas Raja Syeikh Luthfan lalu melabuhkan duduk di sofa berdekatan. Memandangkan dia mempunyai perjumpaan di sekitar kawasan ini, apa salahnya jika dia menjejakkan kaki sebentar di hospital. Lagipun Nathan bukan orang lain pun, orang yang dikira dekat dengannya di dalam urusan diraja.

"Tuanku nak apa-apa minuman?" Soal Nathan, masih lagi berdiri kemas.

"Jangan risau, saya datang sekejap je ni. Nak tengok keadaan kamu" tolak Raja Syeikh Luthfan lembut, dia menggeleng perlahan. Orang lain yang sakit, namun dia pula yang harus dilayan lebih. Benda kecil saja.

Mawar menarik lengan baju suaminya.
"Awak, siapa dia?" Soal Mawar, sedikit berbisik.

"Raja Syeikh Luthfan" balas suaminya, ringkas.

Namun perkataan Raja itu mengagumkannya, bagaimana orang seperti Nathan ini boleh mendapat kunjungan sebertuah ini?.

"Bagaimana keadaan kamu? Baik?"

"Alhamdulillah, baik Tuanku" balas Nathan bersama senyuman kecil. Sedikit kekok.

"Baguslah. Ini siapa? Adik kamu?" Pertanyaan Raja Syeikh Luthfan itu berjaya membuatkan Mawar tersenyuman malu, adik. Nampak sangat Nathan ni lagi berusia dari aku.

Nathan tergelak kecil. Lupa pula, Raja Syeikh Luthfan langsung tidak mengetahui mengenai majlis nikahnya.

"Bukan Tuanku, dia pengasuh saya" senyuman Mawar mati tatkala mendengar kata-kata itu, kau nak mampus?.

Raja Syeikh Luthfan mengangguk faham. Tak lama selepas itu dia bangkit semula dari duduknya, ada urusan yang hendak dia selesaikan. Tidak boleh melengahkan masa di sini terlalu lama, memandangkan niatnya hanya untuk melawat sahaja.

"Saya gerak dulu, buat masa ni tidak perlu datang istana. Saya bagi awak masa untuk berehat" arahnya, lagipun keadaan lelaki itu belum sepenuhnya pulih. Biarlah dia ambil masa untuk menyihatkan diri dahulu.

"Baik, Tuanku. Terima kasih" pinta Nathan lalu menunduk hormat menghantar pemergian Raja Syeikh Luthfan ke pintu wad, tidak lama selepas tubuh itu hilang dibalik pintu.

Nathan melepaskan nafas lega, berdebar sungguh.

"Lega nampak?" Satu suara menyedarkannya.

Keningnya terjongket memandang tubuh yang bercekak pinggang itu, lupa pula sudah beristeri.

"Erm" gumam Nathan.  Dengan santai dia melabuhkan duduk di sisi katil, rasa hendak patah kaki ini kerana berdiri terlalu lama.

"Siapa pengasuh awak ha?" Soal Mawar tidak puas hati.

Nathan memandang ke sekelilingnya. "Tiada siapa lagi kat sini". Huh huh, menganjing.

Mawar mengcilkan matanya, geram. "Ngeh, i'm your sister" ujarnya bangga, aku tak boleh lupa betapa mudanya aku.

"Bolehlah, kau kira sebagai adik-adik pun" balas Nathan selamba.

"Eh, kenapa pula?!" Aik, tak puas hati pula.

"Umur kau berapa?" Soal Nathan.

Apa kena mengena umur pula ni?. Dahi Mawar mulai berkerut namun dia tetap menjawab. "21 tahun" ujarnya.

"Aku 33 tahun" Mulut Mawar ternganga besar, terkejut. Sungguh, selama ini dia tidak pernah bertanya mengenai umur lelaki itu. Jarak umur mereka lebih kurang... 12 tahun?!.

"Jadi awak lagi tua dari abang Fayyad?" Soalnya dengan terkejut.

"Iya, dalam 4 tahun kot" sekali lagi Mawar ternganga, apa semua ini?!.

"But, why--"

"Muka aku nampak biasa?" Potong Nathan, seolah-olah tahu apa yang ingin disoalkan.

Mawar mengangguk, mengiyakan.

"Well, thats why i'm so masculine" Ya Allah, sangat perasaan ya hamba Allah yang bernama Reidht Nathan ini.

Namun dia tidak menipu, Nathan memang mempunyai karismanya tersendiri.

"Kenapa, dah mula rasa menyesal?" Soalan Nathan itu mengundang gelengan pantas dari Mawar, apa pula fikir macam tu.

"Bukanlah, umur ni tak ada kena mengena pun. Saya cuma terkejut je" jujur Mawar. Betullah, sampai sekarang perasaan terkejut itu masih ada.

"Tapikan, kenapa baru sekarang awak kahwin?" aduhai, banyak tanya pula minah ni.

"Sebab baru sekarang aku jumpa kau"

Mawar terdiam. Ecehhhhhh, malu ah gini. Dia mengawal riak wajahnya yang mulai menjadi kemerahan, nampak sangat tak pernah kena ayat dengan buaya.

"Ouh, okay" balasnya sombong.

Nathan tersengih sinis, pandai jelah engkau nak berlagak pun.

"Tadi kau dengarkan?" Soalnya tiba-tiba.

"Ha?" Soal isterinya kembali.

"Aku dapat cuti"

Tatkala itu Mawar menganggukkan kepalanya mengiyakan.

"Jom" ajak Nathan.

"Ha?" Soal Mawar lagi, keliru. Apani, tiba-tiba je jom ni.

"Honeymoon"

Pakebbrdjkskamfbdiwjwb. Nathan ni kalau bercakap memang mukanya tak beriak langsung, seperti tiada apa-apa perasaan pula menyebut perkataan honeymoon itu. Dengan tidak bersalah Mawar tergelak kuat, menutup rasa malunya.

"Kelakarlah awak ni" kita sebagai perempuan jangan tunjuk rasa malu tu, takut nanti makin kena bahan. Jadi marilah kita pura-pura pekak.

"Nanti saya belikan madu untuk awak, okay" pekak sangat ni.

"Okay" balas Nathan senada. Huhu, Nathan pun pekak sama.

Dia melihat lelaki itu menggeleng kecil, fedup ler tu ngan aku.

"After aku discharge, kita pergi"

"WHAT?!" aku dah kata Nathan ni memang something. Kau bayangkan kan keadaan dia yang belum sepenuhnya pulih ni, dia ajak aku pergi bercuti. Dasar... aish.

"Newlyweds always go for a honeymoon" usik Nathan bersama senyuman penuh makna.

"Kita bukan newlyweds" bantah Mawar kebodohan.

"Kita baru nikah kelmarin"

"Ouh" balasnya sepatah, Mawar tersengih tidak bersalah. Susahlah duduk dengan Nathan ni, asik nampak lembab je.

"Lagipun..." Nathan mencapai tangan isterinya dengan lembut lalu mengusapnya perlahan.

Mawar terkedu di tempatnya.

"Kita perlukan masa berdua selalu" cincin nikah di jari manis wanita itu dimainkan.

Terasa perit pula hendak menelan air liur sendiri. Jujur, selepas nikah ini perangai Nathan memang berbeza. Suaminya itu seolah-olah, terlalu menonjol. Walhal, tidak sampai seminggu lagi tempoj pernikahan mereka.

Kerana perasaan malu yang terlampau, spontan tangan Mawar naik memukul lengan suaminya. 

"Ark!" Aduh lelaki itu terkejut.

"Gatal!" Balas Mawar kegeraman. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience