•bab 34•

Romance Series 12837

           BEG BAJU diambil dengan tergesa-gesa, Mak Cik Wardah segera memegang tangan Leinani berlari ke pintu belakang.

"Betulkah apa kita buat ni, ibu?" Langkahnya terhenti, wajah anak perempuannya dipandang dengan riak risau dan sayang. Mereka tiada pilihan lain.

"Ini sahaja peluang kita, ibu tak nak kita jadi mangsa diorang lagi" sungguhpun dia tidak mahu melakukan perkara ini, namun mereka terpaksa. Keluarga Syuhana dan Ayob semakin melampau, dia dan Leinani dijadikan tempat melepaskan amarah.

"Kita pergi sekarang, biarlah semua lampu terbuka" sejurus selepas itu mereka terus berlalu dengan berhati-hati, pintu itu ditutup dengan perlahan sebelum berjalan dengan tergesa-gesa ke dalam semak samun.

"Kenapa kita ikut sini, ibu?" Soal Leinani, keliru dengan langkah yang menuju ke kawasan hutan itu.

"Kalau kita ikut jalan biasa, orang akan nampak. Takpe, ibu tahu jalan nak ke pondok bas dari sini" terangnya khawatir, dia pun ingat tidak ingat sahaja laluannya memandangkan sudah lama tidak berangkat keluar dari kampung.

Leinani menganggukkan faham, dia menggenggam erat tangan Mak Cik Wardah lalu berlalu pergi dengan segera. Rumput-rumput kering bersama tanah lembab itu dipijak berhati-hati, risau jika tersandung mahupun terjatuh.

"Hati-hati, ibu. Gelap ni" risau Leinani tatkala merasai genggaman tangan ibunya semakin erat, masing-masing gementar dan takut.

"WARDAH!" panggil seseorang dari belakang.

Mak Cik Wardah segera menarik Leinani ke belakang pohon, mereka menyorok dengan ketakutan.

"Buka pintu ni! Aku nak jumpa dengan kau!" Jerit Pak Ayob di hadapan tangga rumah, dia menyepak pagar paras pinggang itu dengan geram. Sedari tadi dia memberinu salam namun tiada sebarang sahutan.

"Ibu" bisik Leinani gementar, lengan ibunya dipeluk erat. Risau jika bila-bila masa mereka akan tertangkap, melihat baran Pak Ayob itu sudah jelas menunjukkan rasa amarah yang orang tua itu alami tatkala ini. Jika tertangkap, pasti keadaan mereka akan menjadi lebih teruk.

"Shhh, jangan risau" pujuk Mak Cik Wardah walaupun dia sendiri merasai getaran ketakutan itu. Tangan lelaki tua itu sudah lebih dari biasa memukul mereka, serupa binatang.

"Leinani!" Tengking Pak Ayob, pagar separas lutut itu dibuka dengan kasar.

"Apa kita nak buat ni? Ibu, jom kita pergi" ujar Leinani tergesa-gesa, melihat amarah lelaki itu sudah lebih dari memberitahu yang dia bakal dipukul.

"Kalau aku tahu kau kat dalam, aku tikam kau Wardah!" Pintu kayu itu diketuk kasar, dia menghentak pintu itu sekuat hati. Marahnya semakin tidak tertahan-tahan, lebih baran tatkala mengingati kata-kata isterinya lagi tadi.

"Wardah tak nak jadikan Leinani isteri pada lelaki sampah macam abang"

"Buka sial!" Tengkingnya sekuat hati, pintu itu ditendang dengan kasar.

"Alluakhbar" Leinani menahan air matanya, dia menarik lengan ibunya dengan segera. Tidak mahu melihat kejadian itu lagi, terlalu menikam-nikam hatinya. Dia risaukan keadaan ibunya.

"Abaikan apa yang dia kata, dia adalah amarah yang dikawal oleh syaitan" tangan anak perempuannya digenggam dengan sangat erat sebelum berlalu pergi dengan segera, mereka berlari anak ke laluan keluar.

Baru sahaja beberapa langkah ke hadapan mereka terlihat satu kumpulan anak muda yang sedang berjalan kaki, di sisi mereka terdapat Tok Imam. Mungkin mereka baru selesai menunaikan solat jemaah di masjid, ingin sahaja mereka meminta tolong namun keadaan tidak mengizinkan.

"Ikut ibu" Mak Cik Wardah menarik Leinani ke belakang pohon semula, ada sahaja halangan mereka untuk melepaskan diri.

"Wardah! Buka pintu ni betina sundal!" Tengking Pak Ayob semakin kuat dan tinggi, ketukan di pintu juga semakin lama semakin kasar. Bila-bila masa boleh hancur dan tercabut.

Langkah anak-anak muda itu terhenti, Tok Imam yang melihat situasi itu turut menghentikan langkahnya. Dia menangkan keadaan Ayob dengan hembusan nafas yang panjang.

"Apa yang kamu buat ni, Ayob?" Soal Tok Imam sebaik sahaja melangkah ke hadapan rumah Wardah. Sudah gila agaknya orang tua ni.

Pak Ayob segera menoleh sebelum menghembuskan nafas kasar, menyampah!.

"Kau nak pergi masjidkan? Blahlah! Semak sini buat apa?!" Balasnya kasar, rimas. Mana-mana ada aja muka orang tua ini.

"Isyak dah lama habis, yang kamu terpekik terlolong depan rumah si Wardah ni kenapa? Tak malu dengan jiran-jiran?" Soal Tok Imam risau, bukannya dia tidak tahu keadaan Si Ayob ini. Leinani dan Wardah itu seolah-olah seperti bininya pula suka hati hendak di marah di pukul, sedangkan kedua-dua wanita itu bukannya ada pertalian darah dengannya pun.

"Yang kau nak menyibuk buat apa? Aku tak ada persoalkan pun masalah kau nak pergi masjid tu" perli Pak Ayob pedas, malas dengan manusia yang suka menyibuk dengan halnya. Dah tak ada kerja lain, asik nak masuk campur hal orang.

Tok Imam menggeleng kecil, pantang jika orang bertanya tahu nak melenting sahaja.

"Yang Pak Ayob menyibuk sini buat apa? Dah tak ada rumah sendiri?" Perli salah anak muda di situ, turut merasa sakit hati dengan tindakan lelaki itu. Dah tua-tua tak pandai nak guna otak.

"Eh kau pergi bawa orang tua ni balik, tak perlu semakkan diri dengan hal aku" balas Pak Ayob menuju kata-katanya kepada Tok Imam, dah elok-elok berkopiah tu tak perlulah semak ambil tahu hal orang. Hafal jelah Al-Quran kat masjid tu.

Mak Cik Wardah menghembuskan nafas lemah melihat kejadian itu, dasar manusia baran. Dia mengenggam semula tangan anaknya, mahu beredar dari situ.

"Ada bas ke ibu malam ni?" Soalan Leinani itu menghentikan semula langkah mereka.

"Ibu tak tahu, kita kena tawakkal sayang. Insyaallah ada" balas Mak Cik Wardah bersama senyuman nipis, keputusan mereka terlalu mendadak untuk merancang semuanya. Namun jika mereka tidak pergi, sudah pasti mereka akan menjadi habuan melepaskan amarah malam ini.

"Kalau tak ada, mungkin kita akan terima nasib kita malam ni, ibu" ujar Leinani dengan mata yang mulai berair, situasi di situ menjadikannya sebak. Mengingatinya sahaja sudah memeritkan apatah lagi melaluinya, terseksa.

"Jangan risau, adik. Allah dengar doa-doa hambanya yang berada di dalam kesusahan" pujuk Mak Cik Wardah, dia tersenyum kecil. Seksaan yang diterima adalah lebih dari cukup mengajar mereka erti kesabaran, caci maki yang diterima menjadikan mereka lebih berhati-hati dalam bertutur.

Leinani tersenyum nipis, cuba melegakan hatinya.

"Jom kita pergi, lain pula ceritanya nanti" mereka kembali bergerak dengan perlahan-lahan, keadaan yang makin padat di tempat mereka menyukarkan pergerakan mereka.

"Aku akan berambus, lepas aku tengok muka Leinani" suara Pak Ayob masih kedengaran di halwa telinga mereka, masih lagi menengking-nengking dan memaki-hamun.

Pegangan anak perempuannya tidak dilepaskan, kata-kata Pak Ayob benar-benar merisaukan hatinya. Lelaki tua itu sanggup membuat apa-apa sahaja.

"Biarkan dia, dia tu tiada kena mengena dengan kamu pun. Apa hak kamu nak atur hidup dia?" Soal Tok Imam, dia turut marah dengan tindakan Ayob itu. Namun dia tidak boleh membuat apa-apa, silap haribulan tempatnya di dalam liang lahad.

"Aku nak dia, Imam. Kau faham maksud aku? Aku nak dia" sinis suara Pak Ayob berkata-kata, dia tertawa besar di situ. Mewujudkan rengusan menyampah di setiap bibir manusia yang berdiri memerhati kejadian itu, gila.

"Lepaskan dia, Ayob. Bahagian dia pada kau dah lama selesai" pujuk Tok Imam, hari-hari dia mengujarkan perkara yang sama namun tetap tiada perubahan. Ayob tetap dengan ingatan sombongnya.

"Aku dah lama tahan dengan Leinani tu. Aku. Nak. Dia. "

Dengan segera Mak Cik Wardah memeluk erat anaknya, pegangannya semakin kuat. Kata-kata Pak Ayob sebentar tadi mengguris hatinya sebagai seorang ibu, anak sendiri dijadikan nafsu lelaki binatang.

Leinani memejamkan matanya seketika, tubuhnya mulai menggigil ketakutan.

"Kau seorang bapa Ayob, kau patut faham keadaan Wardah bila kau buat--"

"Aku sanggup bunuh Wardah, untuk dapatkan budak tu" potong Pak Ayob dengan sinis, dia tersenyum menyakitkan hati. Bibirnya sengaja dijilat menunjukkan rasa geramnya, dasar lelaki miang.

"Ibu.." rengek Leinani dalam tangisan, dia takut. Jujur, dia benar-benar takut.

Mak Cik Wardah menarik dapat anaknya ke pelukan, dia juga tidak mahu Leinani mendengar kata-kata itu, apatah lagi dia sebagai ibu. Lagi menghiris hatinya sebagai seorang ibu, dia juga risau dan takut. Segala emosi bercampur baur di dalam satu perasaan.

"Aku nak dia!" rengekan Leinani semakin kedengaran tatkala mendengar kata-kata Pak Ayob yang seakan-akan menengking itu, menjerit membiarkan satu kampung mendengar suaranya.

"Mengucap Ayob" tegur Tok Imam, dia cuba menenangkan lelaki itu namun tidak berkesan, Ayob seolah-olah dirasuk.

"Ingat Tuhan Pak Ayob, jangan terlalu ikutkan emosi" tegur salah seorang anak muda di situ, tidak betah melihat amukan dan baran lelaki tua itu.

"Aku bunuh kau Wardah!"

Dengan rasa terkejut Mak Cik tersembam ke atas tanah, bunyi ranting dan daun-daun kering yang retak dan hancur kedengaran dengan jelas.

"Alluakhbar" ucap Mak Cik Wardah tatkala menyedari situasi mereka.

Automatik pandangan Pak Ayob beralih ke belakang rumah, termasuklah anak-anak muda dan Tok Imam yang turut mendengar bunyi itu.

Mata Leinani terkaku tatkala melihat pandangan singa Pak Ayob, lelaki itu memandang mereka dengan amarah.

"Cepat ibu, kita pergi" ujar Leinani tergesa-gesa, dengan segera dia membantu ibunya bangun sebelum mencapai beg pakaian mereka yang terjatuh.

"Leinani!" Jerit Pak Ayob, mulai bergegas turun dari tangga rumah dengan marah.

"Ya Allah, ibu mari kita gerak, cepat" dengan segera Mak Cik Wardah bangkit dari jatuhnya, tergesa-gesa dia berlari memegang tangan Leinani sambil membawa beg baju mereka. Kesakitan yang mulai mencucuk-cucuk di dalam tubuh itu ditahan, dengan kaki yang terkehel dia meneruskan langkahnya.

"Ayob! Kawal emosi kamu!" Tahan Tok Imam namun dia ditepis tatkala cuba menghalang tindakan lelaki itu.

"Berambuslah orang tua!" Marah Pak Ayob sebelum mengejar langkah kedua-dua wanita itu.

"Jangan biarkan dia kerja Wardah dan Leinani, tahan dia" ujar Tok Imam dengan tergesa-gesa kepada anak muda di situ.

Dengan akur mereka mengejar langkah Pak Ayob yang dikawal baran itu. Mereka memegang lengan lelaki itu namun ditepis dengan kuat.

"Selangkah korang dekat, aku akan pastikan hidup kau merempat!" Ugutnya marah, dia meneruskan langkahnya dengan laju namun masih di tahan. Dia mendengus kasar.

"Mengucap Pak Ayob, amarah tak akan selesaikan apa-apa" serentak itu dia ditumbuk kuat di pipi, anak muda itu mengerang kesakitan di atas tanah.

"Aku dah bagitahu, jangan kacau aku bodoh!" Makinya kasar.

Beberapa orang lagi anak muda menahan langkah Pak Ayob, lelaki tua itu tersekat ditempatnya.

"Kau tunggu Wardah! Aku tikam kau!" Jeritnya nyaring sehingga timbul urat hijau dileher, tubuh yang sudah berlari jauh itu dipandang maut.

Kau tunggu aku Wardah.

"Laju ibu, lari cepat sikit" balas Leinani ketakutan, dia risau dengan keadaan ibunya namun dia tidak betah melihat dan mendengar ibunya diugut bunuh. Jantungnya ingin terobek mendengar ugutan itu.

"Kaki ibu sakit, adik" keluh Mak Cik Wardah, langkah mereka semakin perlahan. Leinani tidak betah meninggalkan ibunya.

"Sikit lagi, ibu. Lepastu kita terus naik bas" pujuk Leinani, dia memandang ke belakang dengan ketakutan. Keadaan Pak Ayob yang dipegang erat itu dipandang risau, dia tahu perkara itu tak akan berlalu dengan lama.

"Adik pergi dulu, nanti ibu ikut dari belakang"

"Tak nak! Ibu kena ikut adik!" Bantah Leinani dengan segera, mereka berhenti seketika. Leinani melutut melihat kaki ibunya, ada kesan luka yang masih berdarah di buku lali. Dia mengumam ketakutan, sebaknya mulai hadir.

"Ibuu" tangisnya kecil, dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka.

"Jangan risaukan, ibu. Cuma luka sikit je" Mak Cik Wardah mengusap lembut kepala anaknya berbalut tudung itu, hati tuanya diserang rasa bersalah. Jika bukan dia, pasti mereka tidak akan dikejar seperti ini.

"Wardah!" Panggil Pak Ayob.

"Ibu cepat!" Gesa Leinani, dia semakin ketakutan tatkala itu tubuh Pak Ayob hampir terlepas sepenuhnya dari pegangan mereka.

Leinani memimpin ibunya dengan tergesa-gesa, mereka berdua berjalan dengan berhati-hati ke hadapan.

"Maafkan adik, ibu" esaknya kecil, rasa bersalahnya menggunung tatkala memperlakukan ibunya seperti ini. Terlalu memaksa dan mendesak.

Mak Cik Wardah tersenyum seraya menggeleng kecil, dia faham.

Ketika itu kelihatan satu cahaya dihadapan mereka, jalan raya yang terbentang luas itu semakin dihampiri.

"Mari, ibu. Kita dah nak sampai" ujar Leinani lalu memimpin ibunya dengan pantas ke jalan.

"Ada roblok dekat depan tu, ibu. Cepat, kita boleh minta bantuan" ujar Leinani bersama nada yang gembira, dia tersenyum mengingatkan nasib mereka yang bakal terjamin. Dia tersenyum lebar melihat beberapa orang lelaki yang berpakaian uniform kemas di bawah khemah.

Bunyi tapak kaki yang kuat menghampiri mereka sebelum muncul satu tangan menarik kepala Mak Cik Wardah dari belakang menyebabkan tubuh Leinani tersembam kuat ke tanah.

"Ibu!" Jeritnya kuat.

"Diam!" Bisik Pak Ayob dengan kuat, dia melihat sekilas beberapa orang polis yang hanya sipi-sipi dari tempat mereka itu.

"Ikut aku" ujar Pak Ayob kasar.

"Lepaskan--"

Pak Ayob menarik tudung Mak Cik Wardah dengan kasar kebelakang, wanita itu terdongak kesakitan memegang kepalanya. Suara kesakitan memenuhi gegendang telinga Leinani--

"Baik baik, Pak Ayob. Leinani ikut" balas Leinani bersama air mata yang berjuraian, keadaan ibunya yang kesakitan itu semakin mengayat hatinya.

"Ambil beg kau" arah Pak Ayob berbisik, tidak mahu polis mendengar mereka.

Leinani memandang ke sisinya, hanya beberapa langkah sahaja mereka akan tiba di khemah itu namun tidak berjaya.

"Ambil!" Tengking Pak Ayob, dia menyepak lengan Leinani dengan geram.

Dengan tergesa-gesa Leinani mengambil beg bajunya, dia berdiri dengan perlahan.

"Jangan cuba ingkar arahan aku" pisau lipat dikeluarkan dari poketnya sebelum menghalanya ke leher Mak Cik Wardah.

Leinani tergamam.

"Dengar kata aku, bila-bila masa sahaja aku boleh bunuh ibu kau" ugut Pak Ayob, pisau lipat itu ditekan ke leher Mak Cik Wardah.

Mak Cik Wardah merengus sakit.

Leinani menganggukkan kepalanya dengan segera, dia memegang beg baju mereka dengan erat.

Kalaulah mereka sempat ketika itu, pasti mereka akan tiba di khemah polis itu. Khemah yang masih bercahaya itu dipandang penuh berharap, tolonglah sedar kedatangan kami.

Serentak itu kepala Leinani dihentak dari sisi, dia terjatuh semula ke atas tanah.

"Kau pandang apa, sial?! Aku suruh jalan!" Marah Pak Ayob dengan nada yang tinggi, tudung Mak Cik Wardah itu ditarik semakin kuat.

Leinani segera bangkit dari jatuhnya tatkala melihat wajah ibunya yang berada di dalam kesakitan itu, dia menahan denyutan yang mulai bersimpul di kepala.

Dengan langkah yang lemah dia berpatah balik ke rumah, air mata semakin mengalir membasahi wajah. Bantulah kami, Ya Allah.

"Jalan sebelum aku tikam mak kau" ugut Pak Ayob lalu menolak kepala Leinani dari belakang, dia memaksa Wardah untuk berjalan serentak dengannya. Tangannya masih menggenggam kuat kepala wanita itu.

Leinani menahan esakkanya, dia buntu. Dia mahu membantu ibunya namun dia tidak boleh melakukan apa-apa.

'Berikan aku kekuatan, Ya Allah. Lindungilah kami.' Doanya sebak.

          NATHAN mengemaskan lipatan tanganya sebelum melilaukan pandangan di sekeliling bilik. Pelik dengan suasana pagi yang sunyi ketika itu, jika tidak ada sahaja mulut Mawar yang tidak henti membebel dan merapu.

"Tiga suku" panggilnya pendek, namun tiada sahutan.

"Mana si pendek ni?" Soalnya sendirian, dari waktu subuh tadi dia tidak melihat tubuh itu. Solat mereka pun bersendirian, tidak berjemaah seperti selalu. Nasib baik tidak terbabas.

Nathan melangkah turun ke ruang tamu, jam yang berada di meja diambil sebelum dia menyarungnya di tangan.

"Mawar" panggilnya lagi. Dahinya berkerut memandang kawasan ruang tamu yang sunyi itu, mana si pendek ni? Keluarkah?.

"Sayang!" Jeritnya sedikit kuat. Senyap.

Bini aku ni pergi memancing agaknya, tengah kail hati aku. Eh, kail ikan. Huhu.

Dengan rasa tanda tanya dia melangkah ke dapur, beberapa tapak ke hadapan sebelum dia menyedari pintu halaman tengah yang terbuka. Keningnya terjongket suka, dia mengintai disebalik pintu.

Amboi, bukan main lagi tebar kain kat belakang. Berpusing-pusing.

"Sungguhku tak mahu,
Menahan rindu,
Ahh! Ahh!" nyanyi Mawar dengan asyik, dia menggoyang bahunya dengan gembira.

Nathan ternganga, bini berok.

"Pabila bertemu,
Aku-- oh lupa lirik sudah" gelengnya semangat, kain ditebar ke ampaian.

"Astaghfirullahalazim" selamba saja si pendek ni tebar seluar aku. Buatnya tercampak kat rumah sebelah, dah kena adu ada superman terbang.

"Lagu apa yang ada lirik sendu tu?" Mawar menyoal sendirian, seluar Nathan yang tercampak itu diambil semula. Kalau dia nampak aku buat perkara haram jadah ni, mampus.

Sudahlah dia bersemangat mahu mengelak dari lelaki itu. Rasa malu semalam masih lagi bersisa, ditambah pula dengan video mereka yang masih berputar diingatannya. Gatal sungguh.

Kejadian bibirnya yang dikucup semalam membuat wajahnya berona merah, dia menggeleng laju.

"Dia berjoget ke apa tu? Macam tak kena dengan lagu" Nathan tertawa sendirian, tergeleng-geleng macam orang tak siuman.

Dengan rasa malu Mawar menutup wajahnya dengan kain basuhan, tanpa sedar seluar Nathan yang berada di tangan itu turut tertonyoh penuh di wajahnya.

"Puih!" Dia mencampak semula seluar itu ke bawah. Tidak sedar dengan tindakan bodoh sendiri.

"Woi! Kau baling seluar aku!" Jerit Nathan, dia bercekak pinggang memandang isterinya.

Tubuh Mawar terhenjut, dia terkedu memandang sisinya.

"Kau pehal? Sawan?" Kutuk Nathan terang-terangan.

Mawar memasang gearnya, dia membuka kekuda sebelum melarikan diri.

"Mawar!" Nathan tergamam melihat tindakan isterinya.

"Aku kena larikan diri" aku belum bersedia nak tengok wajah dia, malu malu malu!.

Nathan segera membuat roblok.

"Ark!" Jerit Mawar.

Nathan mengendong tubuh Mawar ke bahunya, tubuh itu dikunci di dalam pegangannya.

"Apa ni awak?!" Belakang tubuh Nathan dipegang erat, matanya membulat besar memandang lantai dari atas. Rasa macam nak tersembam pula wajahnya.

Nathan menghempas tubuh kecil itu ke sofa sebelum kaki Mawar dikepit di antara lengannya.

"Bagitahu aku, apa masalah engkau?" Dia memegang erat kaki yang mulai meronta kecil itu. Aku tak boleh lepaskan budak ni, nanti dia buat marathon pula dalam rumah ini. Tak habis-habis ingin mengelak dari aku.

Mawar mengemam bibirnya, dia menahan debaran melihat tubuh Nathan yang semakin hampir dengannya.

"Anything, sugar?" Soalnya tatkala wanita itu hanya merenung wajahnya.

Tak boleh jadi ni, aku kena bebaskan diri dari sendiri. Baru sahaja Mawar ingin bergerak, Nathan terlebih dahulu sudah menguncinya di pegangan. Lelaki itu menjongketkan sebelah kening tanda tanya.

"Sedetik lagi kau bergerak, aku tak teragak-agak untuk apa-apakan kau" kata-kata Nathan itu membuatkan Mawar terkaku ditempatnya, dia merenung wajah suaminya dengan diam. Gusar.

Aku tak teragak-agak untuk apa-apakan kau. Mawar menelan liurnya pahit sebelum wajahnya tiba-tiba berona merah, dia nak cium akukah?.

Tangan Nathan masih setia memegang lehernya, menariknya semakin dekat.

"Not this time" bisik lelaki itu sebelum menyatukan wajah mereka.

Bibirnya dicium lembut.

"Argh!" Jerit Mawar tanpa sedar.

"Woi woi woi! Apahal kau ni?" Soal Nathan terkejut. Belum buat apa-apa lagi sudah menjerit.

Mawar mengemam bibirnya malu, otaknya tidak waras, mindanya mereng, tubuhnya menggila. Aku perlu jumpa doktor.

"Hey, apa masalah kau dengan aku?" Dengan sebelah tangan Nathan mencengkam lembut rahang wanita itu, pipi wanita itu dipicit lembut dengan kedua jarinya. Bibir yang memuncungkan itu dipandang dengan penuh minat.

Mawar menutup bibirnya dengan kedua tangan tatkala melihat pandangan nakal suaminya, dia tidak rela ingin menambah rasa malu yang sudah lama bertandang dari semalam.

"Speak" ugut Nathan.

Mawar menggeleng perlahan, tak mahu!.

"Ouh, lupa. Macam mana nak bercakap kalau benda ni ada" selamba sahaja Nathan menarik kedua-dua tangan Mawar ke bawah sebelum memegangnya, bibir yang mencebik itu kembali memenuhi ruangan mata.

"Now, talk" ujar Nathan bersama senyuman segaris.

Krik krik. Bunyi sepi membalas kata-katanya.

"Kau ni"

"Arghhh!" Jerit Mawar tatkala Nathan mendekatkan wajah mereka.

"Menjerit pandai pula! Yang nak bercakap susah sangat kenapa?!" Balas Nathan dengan nada yang tinggi semula, pandai pula menjerit ingatkan tiada suara. Bisu ha bisu.

"Eeee!" Dia memukul dada suaminya dengan geram, aku tak rela!.

"Sakit sangat ah tu?" Pukulan itu langsung tiada kesan baginya, setakat kena pukul dengan span apalah sangat.

"Saya tak kacau awakkan!" Marah Mawar. Dia ingin menarik tangan Nathan yang sedang memicit pipinya, namun tidak berkesan. Semangat betul dia pegang!.

"Malangnya, aku nak kacau kau" eeeee! Sakit hati tau bila bercakap dengan dia ni.

"Tak nak! Jangan kacau!" Jerit Mawar lagi.

"Hey, that voice" tegur Nathan, bibir isterinya dijentik lembut.

Mawar mencebikkan bibirnya, semuanya tidak boleh, semuanya salah.

"Good, asal kau mengelak dari aku? Kau mencuri ea?" Seloroh Nathan, baru berpeluang untuk bercakap dengan tenang. Kalau tidak, dah macam gelanggang gusti. Bukan bergaduh badan, tetapi bergaduh mulut. Mulut si Mawar ni kan sama seperti bontot ayam. 

"Mana ada saya mengelak" gumam Mawar perlahan, tatkala itu baru terasa pegangan Nathan di wajahnya terlepas.

"Habistu?"

"Saya tak mengelak" yakinnya, dia memandang wajah Nathan dengan penuh semangat.

"Penipu" hidung Mawar dicuit, dia melepaskan pegangannya sebelum tubuh Mawar ditarik ke dalam pelukannya. Wajah manis itu tersembam ke dadanya.

"Betul" balas Mawar bersama wajah yang kemerahan. Arh, lelaki itu suka membangkitkan rasa malunya. Selamba sahaja bertindak ikut suka.

Padahal aku nak je. Pft.

"Aku raba-raba kau dekat sebelah katil tak ada, kalau tidak dah memekak pagi-pagi. So, whats wrong?" Perempuan ni ingat aku bendul macam dia juga agaknya, mana ada orang yang suka lari tanpa sebab.

"Siapa suruh awak raba? Siapa je yang datang kalau kena raba?" Mawar berloya buruk.

"Raba kosong, bukannya ada orang" serentak itu tangan Nathan mulai naik mengusap peha isterinya.

"Bukan ini!" Marah Mawar, dia menepis geram tangan suaminya. Pandai pula nak tunjuk demo dekat sini.

"Maksud saya raba lain" sambungnya pula.

"Raba tu, tak ada definisi lain" Nathan menayang wajah menyampah, nak jadi cikgu bm pula dekat sini.

"Ada"

"Aku tahulah kau tiga suku, tapi jangan tunjuk sangat boleh?" Ketegaq sangat perangainya. Sekali aku tebar, tercampak kat rumah sebelah.

"Nampak, awak ni memang malas nak percaya saya" rajuk Mawar, dia menjarakkan tubuh mereka namun Nathan menahannya. Malah dengan selamba tangan lelaki itu turun memeluk pinggangnya. Gatal sejati.

"Percaya dan bebal, lain" kutuk Nathan terang-terangan.

"Reidht Nathan! Raba tu ada banyak maksud!"

Dah kenapa topik raba ni tak habis habis lagi ni?.

"Show it, then" cabar lelaki itu, dia melemparkan senyuman sinis.

Mawar mencerlungkan matanya kegeraman, kau cabar aku?.

"First, raba cari barang. Second, raba mengigau. Third, raba macam ni--" serentak itu tangan Mawar naik meraba dada suaminya tanpa sedar, kemudian dengan yakin dia bercekak pinggang mengejek lelaki itu.

Eh. Mawar tersengih kekok.

"I would love to demonstrate the third again, please" balas suaminya bersama sengihan nakal, kedua-dua tangan Mawar diletakkan kembali ke dadanya.

"Do it again" usik Nathan.

"Nak sidai kain" elak Mawar, sudah tentu sofa dan bantal sudah ada untuk dibuat contoh namun gatal pula tangannya merayap ke dada lelaki itu. Dasar tangan nusyuz.

"No. No" tahan Nathan, dia menarik tubuh yang hampir bangkit itu sehingga terduduk ke ribanya. Pinggang wanita itu dipeluk sengaja, dia bersandar selesa di sofa.

"Raba aku" Astaghfirullahalazim, Reidht Nathan!.

Spontan Mawar menutup mulutnya, menahan rasa terkejut.

"Acah, aku tahu kau nak" usik Nathan.

"Bila masa?! Saya tak nak pun" cebik Mawar, suka tuduh aku buat perkara yang diluar tabii.

"Aku nak" ujar Nathan pula, bibirnya tersenyum penuh makna.

Dengan rasa malu Mawar bergerak untuk melarikan diri namun pegangan Nathan terlalu erat baginya, dia menahan rasa tatkala tangan lelaki itu sudah merayap naik ke pinggangnya.

"Pervert" gumam Mawar dengan geram.

"Bukan, manja" otak dia! Anwvshshwksisj.

"Awak nak pergi mana ni?" Soal Mawar, sengaja ingin menukar topik, dia menyengetkan badannya ke tepi untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Malah, tubuhnya sudah terbaring selesa di dukungan lelaki itu. Tak pasal-pasal cari nahas.

Automatik Nathan melihat badannya sekilas. "Keluar" balasnya ringkas.

Kening Mawar terjongket sebelah, memang aku tanya buat apa pun.

"Okay" balasnya tidak peduli. Lantak hengko.

"Pergilah bersiap" whattt?.

"Mestilah tak nak" ujar Mawar, sengaja.

"Okay, jom aku tukarkan baju" Nathan sudah memegang hujung baju isterinya.

"Nathan!" Jeritnya kuat, dia bingkas bangun dari riba lelaki itu tetapi Nathan menghalangnya.

"Tadi suruh saya bersiap tapi tak nak lepaskan! Lepas lepas lepas!" Marahnya dengan nada yang sakit hati, hati ini benar-benar terluka ditikam pisau gatal Nathan faham tak?.

"Tak payah" nampak tu? Nathan ni ada masalah mental.

"Dahlah saya tak habis sidai kain lagi, lepastu awak dok tahan saya. Saya ni ada banyak kerja nak dibuat, tapi awak asik kacau saya. Lepasni, siapa nak siapkan? Awak? Awak dahlah kerja nak memekak malam-malam, tolong saya pun banyak songeh. Saya ni--"

Kata-kata Mawar terhenti tatkala tangan lelaki itu menutup mulutnya.

"Bising. Kalau becok lagi, aku tak akan tutup guna tangan. Aku akan tutup guna ni" Nathan membuat bunyi di bibirnya, memberi tanda.

Tangan itu ditepis. "Buatlah!" Cabar Mawar.

"Such as brave kitten, ha?" Bisik suaminya, sinis.

"Beranilah!" Memang! Aku berani guna mulut je tapi aku takut! Kau jangan buat!.

Tatkala itu juga Nathan menyatukan bibir mereka, bibir mungil Mawar dicium geram.

Beberapa saat sebelum pautan bibir mereka terlerai.

"Huh, strawberry flavour" gumam lelaki itu,  nakal.

Mata Mawar terkebil-kebil memandang wajah suaminya sebelum wajahnya mulai berona merah tanpa sedar. Ha?.

"Why, baby? Again?" Soalnya mengusik, bibir wanita itu diusap dengan ibu jarinya sekilas.

Mawar menumbuk dada lelaki itu dengan agak kuat.

"Ark!"

Pegangan mereka terlepas lalu dengan laju Mawar berlari naik ke atas.

"Bersiap atau aku angkut kau sendiri!" Jerit Nathan dari bawah, dia mengumam kesakitan. Boleh tahan juga tumbukan isterinya.

Dasar Hinata Hyuga.

          MAWAR terkaku melihat pemandangan di hadapannya, dia memandang wajah Nathan dengan tanda tanya.

"Duduk" ujar Nathan, dia melutut di atas tikar yang dibentang kemas itu. Mawar melabuhkan duduk dengan kekok di sisinya. Keliru.

"Kita buat apa ni kat sini, awak?" Soalnya keliru, mindanya kosong.

Nathan tersenyum kecil.

"Aku nak bawa kau jumpa someone" balasnya lembut, batu nisan dihadapannya itu dipegang dengan rasa yang mulai dihurung sebak.

"Ummi, walid. Perkenalkan, my beautiful wife, Bunga Mawar Maylea"

Mawar terkedu. Allahuakbar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience