•bab 11•

Romance Series 13115

          NATHAN membuka satu fail di skrin besar sebelum terpapar beberapa buah gambar di hadapan pasukannya. Semuanya berkaitan dengan kes pembunuhan yang diterima baru-baru ini.

"Dalam tempat kita ada hampir 30 orang anak buah dia termasuklah yang ditangkap beberapa hari lalu" ujarnya memulakan kata. Jarinya menyelak satu persatu gambar di dalam tablet yang bersambung dengan skrin tersebut sambil memberikan penjelasan.

"Tapi ini hanya di dalam negara kita, tidak termasuk di dalam negara lain. Kalau dianggarkan, hampir 300 pengikut dia yang lakukan jenayah ni. Dan semuanya berkaitan dengan penyelundupan wang haram, penculikan, pembunuhan dan rogol. Aku dapat lihat yang semua kes tu saling berkait rapat" sambungnya lagi sambil menyelak helaian kertas yang terpapar aktiviti jenayah mereka beberapa hari ini. Bukannya mereka tidak mengambil tindakan, namun lebih baik mereka merancangnya dengan teliti terlebih dahulu sebelum bertindak. Dengan itu, mereka tidak akan membuang masa dan tenaga.

"Aku ada siasat budak tu, tapi dia macam biasalah. Setia dengan ketua dia, tapi apa yang aku tahu permulaan untuk diorang mulakan kerja adalah melalui kemalangan kereta, penculikan, cinta online and gunakan nombor ahli keluarga sebagai perangkap. Mereka juga mengambil jalan mudah dengan menyamar tidak kira sebagai penghantar delivery, posmen or pemandu grab. Sebab tu mangsa mudah tertipu, dan itu adalah jalan mudah bagi diorang untuk menculik mangsa" terang Nubhan sebaik sahaja ketuanya itu selesai menghabiskan kata-kata. Dia juga agak kagum dengan kemahiran penculikan yang dijalankan oleh penjenayah tersebut malah turut terkejut dengan jalan kerja mereka yang cekap dan pantas. Langsung tidak meninggalkan jejak.

"Aku dah godam telefon lelaki itu and detect  lokasi terakhir nombor boss dia and kedudukan mereka sekarang berada di Jepun" ujar Hujan sambil menayangkan satu telefon nipis di tangannya.

"But itu bukan satu-satunya nombor, ketua dia ada hampir beratus nombor dan semuanya berakhir di lokasi yang berbeza. And then, nombor tu mati kat tempat yang sama. Ketua dia bijak, otak ada lapan agaknya" sambungnya lagi, sempat diselitkan satu gurauan di akhir ayatnya. Tidak terhitung bilangan nombor telefon yang digodamnya selama ini, ditambah pula dengan lokasi terakhir yang berbeza-beza destinasinya. Patutlah kes ini memakan masa yang lama untuk diselesaikan, ketua yang mendominasi jenayah ini sungguh hebat.

"Anak buah dia pun berkemahiran, mereka pun berwang. Sebab tu kerja diorang berjalan lancar, semua senjata yang diorang perlukan boleh dapat dalam sekelip mata je" kata seorang lelaki yang tidak lepas dari bermain game di dalam telefonnya, Raaid nama diberi. Bergegar gajet mewah tatkala ditekan bertubi-tubi olehnya. Main game serupa hendak berperang. Hanya telinganya sahaja yang mendengar namun matanya tertancap pada gajet melintang yang terpegang penuh ditangannya.

"Kita nak kena main kotor untuk selesaikan perkara ni" balas Nathan bersama senyuman sinis. Seolah-olah sedang merancang sesuatu perkara yang diluar jangkaan.

"Lek lek sudah, lepas main kotor kita cuci tangan baliklah" sahut Hujan lalu melakukan high five bersama sahabatnya itu. Masing-masing tertawa mendengar kata-kata sendiri, cukup untuk menghilangkan serabut yang semakin menguasai kepala.

"Lembab" kutuk seorang wanita yang sedari tadi memerhati tingkah laku mereka. Terpaksa bekerjasama dengan 4 orang lelaki di dalam satu kumpulan yang perangainya tidak ubah seperti kanak-kanak.

"Shut up, Uyaina" ejek Hujan bersama wajah yang meminta penampar. Tidak pernah serik dengan hobinya yang mahir menyakitkan hati orang, bukannya dia tidak kenal dengan wanita yang berwajah cina ini. Sangat berbakat dalam mempertahankan diri malah cekap menggunakan senjata.

"It's Gwenn" tegurnya mendatar. Pantang orang menegur nama sebenarnya yang disimpan rapi, sejak awal pelantikannya sebagai pegawai polis lagi gelaran yang digunakannya hanyalah nama berbunyi Inggris itu.

"Siapa minah ni sebenarnya?" Soal Nubhan bersama kening yang terjongket tinggi. Dari awal lagi dia memerhati perwatakan wanita itu namun tidak terluah pula persoalan yang berlegar di fikirannya.

Soalannya itu mengundang satu jelingan tajam dari wanita berikat rambut ponytail itu. Kali ini wanita itu pula yang menjongketkan kening ke arahnya, seakan-akan menghantar satu persoalan yang sama.

"Dia Pegawai Polis Diraja, satu kumpulan dengan aku and Hujan. Dan kehadiran dia kat sini, adalah atas permintaan aku sendiri. Aku perlukan kemahiran dia dalam kes ni, and don't worry, Tuanku Luthfan dah beri keizinan sendiri" terang Nathan terus menghilangkan persoalan yang berlegar di fikiran mereka, terutamanya Nubhan dan Raaid. Maklumlah, mereka hanya menjejakkan kali beberapa kali sahaja di Istana besar itu. Tidak selalu dipanggil oleh Tuanku Luthfan seperti Nathan dan Hujan.

"And Gwenn, this is Raaid and Nubhan" tambah Nathan lagi. Gwenn sekadar menganggukkan kepalanya.

"Faham ke tidak?!" Sergah Hujan tiba-tiba, mengundang rasa terkejut mereka semua.

"Otak kau kat bontot ke, Jantan!" Marah Gween kasar, sesak dadanya dengan terjahan mengejut itu. Dari awal lagi dia langsung tidak minat dengan perangai Hujan yang seperti omnivor itu. Entah perkara apa yang perlu difahamkan pun tiada kena mengena, suka buat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Eh bontot aku, suka hati akulah! Ada aku kacau bontot kaukah?!" Balas Hujan dengan tengkingan yang sama. Dia sudah berdiri sambil menghentak meja.

"You're pervert!" Balas Gween pula dengan nada yang sama-sama naik, dia turut bangkit menghentak meja kaca berkilat itu.

Mereka yang melihat sudah tergamam. Tidak menjangkakan aksi-aksi di depan mata ini. Telefon Raaid juga tercampak ke atas lantai keras itu, terkejut dengan terjahan kuat mereka berdua.

Nathan sudah mengurut dahinya. Inilah sebabnya dia mengambil masa beberapa hari untuk mengundang kedatangan Gwenn ke tempat mereka, pasti akan berlaku perang yang bila-bila masa sahaja. Sikap Hujan dan Gwenn yang sama-sama mahu naik itu memeningkan kepalanya.

"Berhentilah..." tegur Nathan mendatar. Dia menghembuskan nafas lemah tatkala melihat Hujan yang sudah berdiri di atas meja manakala Gwenn pula sudah berdiri tegak di atas kerusi. Masing-masing menunduk dan mendongak menengking satu sama lain. Kertas-kertas dan fail juga sudah bertaburan di atas lantai, dia hanya mampu berpeluk tubuh melihat adegan mereka berdua. Terasa menyesal pula menggabungkan mereka berdua di dalam kes ini.

"Kalau perempuan buat cara perempuanlah!" Suara Hujan dengan nada yang tinggi, matanya mencerlung tajam memandang wanita pendek di hadapannya. Masih lagi bersemangat ingin membalas kata-katanya.
"Kau tu yang buta! Selama ni aku memang perempuan!" Balas Gwenn tidak mahu kalah. Nadanya juga ditinggikan dari semasa ke semasa, memang daripada permulaan lagi dia tidak mahu bekerjasama dengan lelaki bertanduk dua itu! Kalau tidak mengenangkan kes yang berat ini, sudah lama dia mengangkat kaki pergi!.

"Mana pergi sopan kau?!"

"Mana pergi adab kau?!" Gwenn membalingkan beberapa helai kertas yang berdekatan ke wajah lelaki itu, bengang dengan sikap lelaki itu yang tidak habis-habis mempersoalkan nilai keperempuanannya. Dia bukannya seperti lelaki, cuma sikapnya sahaja yang kasar namun perwatakannya masih seperti wanita. Hanya Hujan sahaja yang buta menilainya!.

Hujan tergelak sinis, tercabar dengan tindakan wanita itu.
"Aku akan pastikan hari-hari kau kat sini berlalu dengan penyesalan" ugutnya dengan wajah yang tegang.

"Cermin diri kau sendiri, aku yang akan hitamkan hari-hari kau sepanjang kes ni" balas Gwenn dengan ugutan yang sama, langsung tidak termakan dengan kata-kata kasar lelaki itu.

Nubhan dan Raaid saling berpandangan, mereka menghantarkan tanda tanya sesama sendiri. Adegan di hadapan mereka ini sama seperti filem aksi di dalam kaca televisyen, cuma kali ini mereka dapat melihatnya live di depan mata.

"Bro, kau tak bodoh lagi kan untuk teruskan semua ni?" Soal Raaid dengan pandangan tidak percaya. Sekiranya mereka meneruskan perkara ini, bila-bila masa sahaja balai polis ini boleh meletop. Dia dapat lihat api kemarahan yang membara di antara Hujan dan wanita itu.

"Bodoh tak bodoh, aku kena teruskan" ujar Nathan mendatar. Dia memejamkan mata mendengar suara suara bingit hasil tengkingan daripada mereka berdua, boleh pecah gegendang telinganya.

Tanpa banyak kata dia mengambil gelas kaca yang tersedia di atas meja dan membalingnya ke dinding.

Prangg!

Bunyi kaca yang berkecai kuat memenuhi ruangan bilik itu.

Tatkala itu juga suasana bilik itu kembali sepi, semua mata tertumpu ke arahnya dengan riak wajah yang bercampur-baur.

"Aku suruh berhenti, kau pekak ke?" Soalnya menahan amarah. Pandangan penuh amarah dilemparkan ke arah dua orang manusia yang sudah menundukkan kepala mereka ke lantai. Bila dimarah, baru mahu senyap.

"Aku minta kerjasama korang bukan untuk musnahkan kes ni, jangan sebab pemikiran korang yang bertarung sesama sendiri buatkan kes ni gagal. Aku tak hadap pun pergaduhan korang tu, tak masuk dalam maklumat kes pun apatah lagi ada kena mengena. Langsung tidak. Jadi bila dengan aku, please act like professional" nasihatnya tegas. Sudah cukup menahan rasa sabar yang meningkat ke penghujungnya, jika tidak ditegur sampai ke akhir kes akan berlanjutan. Sama seperti tadi, selama ini dia tidak pernah masuk campur pun dalam pergaduhan mereka tetapi apabila melibatkan kes seperti ini dia perlu bertindak. Apatah lagi ini adalah kes pertama yang melibatkan kerjasama dua orang individu itu, jadi dia perlu menerima risiko baik dan buruknya.

"Proceed" sambungnya apabila tiada suara yang membalas, dia kembali melabuhkan duduk di atas kerusi sambil mengurut dahinya. Stress.

Dia hanya melemparkan pandangan sekilas ke arah Hujan dan Gwenn yang telah mengambil tempat asal mereka. Tiada lagi berdiri di atas meja dan kerusi, helaian kertas yang bertaburan juga telah dikemas. Bagus, aman sedikit perbincangan mereka semua.

"Ayokk, Nathan marah" usik Nubhan tatkala melihat wajah masam Hujan. Rasa serba salah lah tu, padan muka. Menguji lagi kesabaran sahabatnya itu, kan sudah kena. Lain kali, jangan menjolok sarang tebuan.

"Nubhan" tegur Nathan tegas.

Terus sahaja tubuh Nubhan terduduk tegak, turut berasa gentar dengan nada suara itu.

"Raaid, jelaskan penerangan keluarga mangsa yang terlibat" arah Nathan mula mengalihkan kerusi membelakangi mereka semua, menghadap skrin besar yang terpapar. Menanti tindakan Raaid yang seterusnya.

"Ibu kepada mangsa.." Nathan memejamkan mata mendengar kata-kata Raaid itu, dia terlalu letih untuk melihat jadi biarlah telinganya yang mendengar. Tubuhnya disandar penuh ke atas kerusi sambil menyelesakan kedudukan kepalanya. Merehatkan mindanya untuk beberapa minit pun cukuplah.

"Ni semua salah kau"

Dahi Nathan berkerut tatkala mendengar suara bisikan yang sedikit kuat itu.

"Kaulah yang perangai bangang sangat" balas suara itu geram, turut berbisik.

"Woi woi, kau nak tunggu Nathan baling kerusi pulak ke" kedengaran pula suara Nubhan yang membalas dengan nada yang sama.

"Masalahnya perempuan ni haa! Perangai dia macam babun!" Ketika itu juga Nathan membuka matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Hujan itu, aduhai tak habis-habis lagi.

"Diamlah, iblis. Kau pun sama je" marah Gwenn kuat, tidak sedar dengan nada suaranya yang semakin meninggi.

Nathan memusingkan kerusinya memandang mereka berdua. Matanya membulat besar tatkala melihat tubuh kedua-dua manusia itu sudah pun berdiri di atas meja. Seketika kemudian dahinya berkerut, sejak bila pula mereka panjat ni?.

"Raaid, duduk kejap" arah Nathan kepada Raaid apabila lelaki itu memberhentikan kata-katanya, mungkin turut terganggu dengan suara bisikan dan aksi mereka. Patutlah suara penerangannya itu semakin kelam, rupa-rupanya sudah melihat scene di belakangnya ini terlebih dahulu. Tanpa banyak soal Raaid mengambil tempat duduknya kembali.

"Bilik ni dah tak ada lantai? Sampai korang kena berdiri atas meja?" Soal Nathan sinis, dia sudah berdiri sambil menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Pandangan penuh maksud dilemparkan kepada dua orang manusia yang turut memandang ke arahnya. Langsung tidak makan saman, kerjasama yang dipinta pun masih dibalas dengan pergaduhan. Bukannya dia tidak berfikir panjang sebelum menggabungkan mereka dalam satu pasukan, sudah berhari-hari dia memikirkan perkara itu dan akhirnya hari ini dia bersetuju untuk membentuk dua kemahiran itu. Namun masih ada lagi sesuatu yang kurang, sikap mereka yang tidak mahu kalah.

"Aku tak kisah bro, kalau kau nak ambil budak ni sekali. But, bukan satu team dengan aku" ujar Hujan sambil melabuhkan duduk di atas meja, dia mulai bersila memandang sahabatnya itu dengan penuh pengharapan.

"Aku datang sebab kau nak bantuan aku dalam satu kes, bukan satu team dengan dia" tambah Gwenn pula setelah melunjurkan kedua kakinya di sisi meja. Haa bagus, dua-dua buat perangai duduk atas meja.

"Kalau dalam masalah Diraja korang boleh ngam, kerana bukan sekarang?" Pertanyaan Raaid itu mengundang pandangan penuh kemarahan daripada mereka berdua. Raaid menelan air liurnya kelat, aku salah soalankah?.

"Bukan satu team!" Bantah mereka berdua, nyaring.

Nathan menghembuskan nafas kuat, boleh pecah kepala otaknya.
"Dalam hal Diraja, mereka bukan dalam satu kumpulan. Hujan uruskan kes lain, dan Gwenn uruskan kes lain. Tuanku Luthfan pun tak nak ambil risiko gabungkan mereka dua, aku je yang gila ambil tindakan berani mati untuk gabungkan diorang" terang Nathan sambil berpeluk tubuh. Namun, dia tidak merasa keputusannya salah. Memandang mereka baru berada di permulaan, jadi keyakinan untuk bekerjasama itu masih belum teserlah.

"Wrape lah harini, aku cadangkan untuk kita mula pada perjumpaan seterusnya. Sekarang ni, sesi pengenalan dulu" ujar Nubhan sebelum meraup rambutnya ke belakang, mengelap sedikit penuh yang mulai menitis. Haih, duduk menghadap situasi mereka pun boleh penat.

Yang lain cuma mengangguk setuju kecuali Hujan dan Gwenn yang masih lagi di dalam mood berperang. Perjumpaan seterusnya? Memang tidaklah! Ini kali terakhir bagi mereka untuk bertembung.

"Mulai sekarang, aku nak semua berjalan lancar. Aku tak nak kes ni gagal disebabkan masalah korang. Jangan bawa masalah peribadi ke tempat kerja bila satu team dengan aku. Korang nak gaduh, lepas kita habis waktu kerja. But before that time, aku nakkan kerjasama korang. Kita berkhidmat bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk masyarakat kat luar sana" nasihat Nathan lagi dengan riak wajah yang tegas, amat memaksudkan kata-katanya itu. Dia bekerja bukan untuk mendapat nama, tetapi untuk membantu rakyat di luar sana dari menghadapi sebarang masalah. Tidak kiralah apa pun pandangan yang dilemparkan kepada mereka sebagai pegawai polis, asalkan tanggungjawab mereka dijalankan dengan penuh amanah.

"Baik, Tuan" sahut mereka semua patuh, termasuklah dua benua yang bertengkar sebentar tadi.

"Alright, let's end this meeting" sambung Nathan sambil menadah kedua-dua tapak tangannya, ingin membacakan doa penutupan perjumpaan mereka. Semua yang memerhati itu turut menadahkan tangan mereka, mengikuti tingkah laku ketua mereka yang inginkan pembukaan dan penutupan yang diberkati.

Terima kasih Ya Allah, kerana mempermudahkan urusan kami pada hari ini, hari-hari sebelumnya dan hari-hari yang akan datang.

          "MAWAR, decoration bunga ni untuk hiasan luar kan?" Soal Maya sambil menayangkan satu pasu bunga kaca yang dipenuhi white rose .

"Haah, bunga tu kita akan letak masa hari wedding. Jadi uruskan yang hiasan dalaman dulu" ujar Mawar sambil memasangkan satu helai alas meja sederhana besar bewarna gold memandangkan warna tema wedding yang dipilih kali ini adalah Kuning Diraja.

Mereka semua akan bekerja sehingga lewat hari selama tiga hari memandang majlis resepsi itu akan diakan lusa. Hari dan waktu yang berputar dengan pantas semakin memadatkan tugas mereka, tidak lupa juga dengan majlis makan malam yang akan diadakan esok harinya. Sangat meletihkan tubuh mereka, namun itu merupakan tanggungjawab dan sumber rezeki mereka sendiri. Tidak pedulilah jika penat, letih dan tidak cukup tidur sekalipun, asalkan tugas mereka selesai dan berakhir dengan baik.

"Jebat! Mana napkin?!" Soal Mawar sebaik sahaja terlihat tubuh lelaki itu yang sedang berdiri tegak di hadapan sebuah kotak besar. Dari tadi dia meminta lelaki itu membawa satu bekas sederhana besar yang menyimpan napkin kecil itu, namun sampai sekarang dia tidak mendapatnya.

"Jap, darling! Tapi kan, bukan tadi I dah bagi ke?" Soalnya kembali sambil memusingkan tubuh memandang boss nya itu. Dia pula yang keliru dengan diri sendiri, bukankah tadi dia sudah menghulurnya? Di hadapan mata wanita itu lagi.

Balasan itu menyebabkan dahinya berkerut seketika, Mawar termenung seketika. Bila masa pula ni? Rasa-rasanya dia baru sahaja minta, bagaimana pula dia menerimanya?.

"Nah cik adik, napkin colour gold awak" ujar satu suara seraya itu meletakkan satu bekas sederhana besar di hadapannya. Mawar mendongakkan kepala memandang empunya suara itu sebelum menjerit teruja, laju sahaja tubuh itu dipeluk erat.

"Kak Cinta! Kata balik minggu depan!" Kata Mawar sedikit menjerit, sudah cukup untuk menarik perhatian manusia di dalam dewan besar itu.

"Ketatnya kau peluk, dik. Sakit baby" kata-kata Cinta itu berjaya menghentikan pelukan eratnya, dia memandang kakak iparnya dengan mata yang bersinar. Berharap.

"Biar betul akak? Serius lah? Congrats!!" Balas Mawar teruja kembali memeluk kakak iparnya dengan erat, bertambah lagi lah anak buahnya. Pasti rumah itu bertambah meriah dengan seorang lagi cahaya mata walaupun seorang lagi baby di rumah itu sudah cukup untuk menghiburkan suasana.

Cinta tertawa kecil, membalas kembali pelukan erat itu. Kita yang mengandung dia pula yang terlebih suka, maklumlah adik iparnya ini amat gilakam kanak-kanak. Sebiji dengan perangai abangnya itu.

"Kalau macam tu, Mawar kena jaga akak 24 jam" usik Cinta bersama senyuman lebar. Alah, bukannya dia meminta pun. Tetapi keluarga mentuanya itu sendiri yang melayannya manja, semakin naik lemak jugalah ketika mengandung ni nanti.

"Itu jangan risau, Mawar akan jaga akak lebih dari abang!" Balas Mawar yakin seyakin-yakinnya.

"Wahh, tahniah! Congrats for your pregnancy!" Ucap Jebat tiba-tiba sahaja berada di sisi mereka, siap menggapai tangan teruja lagi. Lagi teruja mengalahkan Mawar, seolah-olah dia pula yang mengandung.

"Hey! Kenapa kau biarkan orang mengandung angkat barang?!" Marah Mawar sambil bercekak pinggang. Sudah beri konon, kalau sudah mengapa kakak iparnya pula yang menghulur?!. Sudah jelas terang lagi bersuluh yang si sutun ini malas, terlalu banyak mencipta alasan yang tidak muhasabah.

"Eh, I pula?" Soalnya keliru. Jebat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia baru sahaja tiba, terus dihentam seperti itu.

"Mana napkin yang kau kata dah beri aku tadi?" Persoalan Mawar itu mengukirkan sengihan tidak bersalah di bibir Jebat. Sedar dengan kesalahannya yang jelas itu.

"Alah, I lupa--"

"Alasan" potong Mawar menyampah.

"Tak apalah, tak berat pun" ujar Cinta, memujuk. Terasa kelakar pula melihat Mawar memarahi lelaki itu, dengan fisikal yang sedikit lembut tetapi wajahnya pula yang tidak kena, hensem. Aduhai, ini kalau suaminya dengan pasti dipiat telinganya habis-habisan. Lagipun bukan selalu dia mencemar duli untuk menolong adik iparnya itu, boleh tahan garang juga.

"Jangan back up sangat si dua dimensi ni" ujar Mawar bersama wajah yang masam. Sakit hati benar dengan sikap Jebat itu, sungguhan perangainya seperti itu namun lelaki itu tidak pernah mengingkar arahannya, sekadar bergurau senda itu selalu. Itu yang rasa hendak ditampar setiap masa, perangai yang mengalahkan perempuan.

"Huh, haktuih!" Balas Jebat sebelum berlari laju meninggalkan kawasan itu. Mahu cari Maya pula.

"Hoi puakanya!" Jerit Mawar kegelian, nasib baik tidak tersembur air liurnya.

"Haa, akak datang dengan siapa?" Tambah Mawar lagi apabila kata-katanya tadi dibalas dengan tawa kecil.
Bila sudah lama berbual baru dia terfikir soal itu.

"Datang dengan Abang Ferhadh, dia tengah layan Aathif Kat luar" terang Cinta lalu melabuhkan duduk di kerusi yang berdekatan, lenguh pula.

"Untungnya Aathif, dah jadi abang" Mawar tersenyum membayangkan wajah Aathif yang ceria dan manja melayan adiknya nanti. Aduhai, tak sabarnya!. Walaupun luaran anak buahnya itu kelihatan kasar, namun dalamannya adalah lembut-selembut sutera putih, cengeng dan manja.

"Dia manja sangat dengan akak sejak mengandung ni, dah tahulah tu lepas adik lahir nanti dia dah tak boleh duduk bawah ketiak" tersenyum-senyum Cinta bercerita. Memang benar pun, sehingga suaminya sendiri hendak memeluk pun ditengking kuat. Pantang benar orang pegang buah hati dia, beberapa hari ini pun anaknya itu tidak mahu tidur di katil sendiri, mahu tidur bersama mereka. Bukan main bising lagi bilik tidur itu dengan pergaduhan suami dan anaknya, sorang mahu dipeluk dan seorang lagi mahu memeluk.

"Baguslah tu, nampak sangat tak nak duduk bawah ketiak bapak dia yang berbulu tu" gurau Mawar sambil membentuk napkin itu menjadi bunga yang berkembang. Berbelit juga tangannya hendak memusing sana sini, tetapi perkara itu sudah biasa baginya memandangkan tangannya sentiasa bekerja menggubah itu dan ini.

"Woi, kau mengutuk aku memang malam ni aku tak teman kau" sampuk suara yang semakin dekat dengan mereka. Cinta tersenyum lebar memandang tubuh suaminya yang melangkah ke arah mereka itu, di sisinya pula ada Aathif yang sedang berjalan sambil memang jari telunjuk papanya. Comelnya!.

"Suka ugut macam ni" cebik Mawar, manja. Perangai langsung tidak berubah, anak sudah masuk dua pun masih lagi sama. Satu spesies lah dengan mamat sorang tu, tidak pernah puas dari menyakitkan hatinya. Eh, mengada tiba-tiba teringat dia pula ni?.

"Mmaaa!" Panggil Aathif lalu menghempaskan badan ke arah mamanya itu setelah berjalan beberapa langkah. Dia menarik-narik baju mamanya ingin memanjat naik.

"Hey, baby. Amboi" tegur Mawar lalu menepuk lembut punggung yang berlapik pampers itu.

"Tapi kan adik, aku memang tak boleh teman kau malam ni. Petang nanti aku kena balik rumah Cinta, ibu mentua aku rindu Aathif" kata Ferhadh sambil mengangkat tubuh anaknya yang menonggek itu, dia menjuihkan bibir apabila tangan kecil itu memeluk leher isterinya erat. Asik nak berkepit je kau dengan bini aku ya.

Pantas sahaja Mawar memusingkan kepala memandang abangnya. Riak wajahnya sudah berubah.

"Habistu, adik nak balik dengan siapa?" Soalnya perlahan. Jelas terpapar riak sedih di wajahnya. Sudahlah dia terpaksa berada di dewan ini sehingga malam, selepas itu tiada kenderaan pula hendak pulang.

"Maya ada" kata-kata abangnya itu dibalas dengan gelengan.

"Dia tumpang Jebat balik sebab satu jalan tapi arah dia bertentangan dengan rumah kita, lagi satu kereta dia bawa barang. Adik nak duduk kat mana kalau tumpang?" hendak pecah kepalanya memikirkan masalah yang satu itu. Jika boleh pulang awal, sudah lama dia berangkat pergi. Namun majlis ini dibawah pengurusnya, dia tidak boleh meninggalkannya sesuka hati. Keretanya pula dibawa oleh abangnya itu memandangkan kereta lelaki itu rosak. Dia hadir pun dihantar oleh abangnya sendiri. Aduhai, takkan hendak menaiki taksi atau grab, dia tidak berani untuk menaikinya lewat malam seperti itu.

"Nantilah abang fikirkan" balas Ferhadh cuba untuk menenangkan adiknya itu. Dia juga mulai diselit perasaan risau, jika tidak pulang hari itu nanti apa pula ibu mentuanya itu fikirkan. Walaupun wanita itu tidak berkata apa-apa namun dia tahu hati itu pasti terluka. Dia perlulah menjaga hati ibu mentuanya sama seperti dia menjaga hati Ibu Ayana sendiri.

"Tak apa, abang. Mawar cuba naik baslah" ujarnya sekadar ingin menyedapkan hati. Tidak mahu abangnya itu berasa serba salah.

"Jap, pinjam phone kau. Abang nak call ibu" pinta Ferhadh seraya itu menghulurkan tangannya.

Tanpa banyak soal Mawar memberikan telefonnya, walaupun sedikit tertanya-tanya. Kredit abangnya itu sudah habiskah?. Itulah selalu sangat otp, otp dengan siapa? Dengan bini dialah! Duduk sebelah-sebelah pun nak call lagi. Alasan kononya rindu dengan zaman percintaan dulu-dulu, puih betul.

"Okay lah abang gerak dululah" pamit Ferhadh setelah menyelesaikan urusannya.

"Aik? Ingatkan teman sampai petang. Kita makan tengah hari sekali lah" rajuk Mawar dengan bibir yang tercebik. Dia berjumpa dengan abang dan kakak iparnya pun jarang walaupun duduk satu rumah, waktu kerja mereka terlalu padat dan ketat. Lebih-lebih lagi Ferhadh, bila menerima panggilan untuk fly pasti akan dibawa isterinya sekali. Aathif pula kadang-kadang sahaja dibawa, selalu ditinggalkan di rumah, honeymoon katanya. Pale hotak dia.

"Abang tak packing baju lagi, Ibu pun dah siap masak dekat rumah" pujuk Ferhadh pula, dia turut akui waktu yang dihabiskan bersama adiknya itu turut berkurangan namun dia tidak boleh membatalkan janjinya pada hari ini.

"Fine..." ujar Mawar perlahan, mengalah. Abangnya itu sudah mempunyai kehidupan sendiri, menggalaskan tanggungjawab yang banyak di bahu. Jadi dia sebagai adik, perlu memahami abang sendiri.

"Nanti bila abang dah balik, kita pergi holiday" janji Ferhadh sambil mengusap kepala adiknya yang berbalut tudung bawal itu. Dia tersenyum tatkala kata-katanya dibalas dengan anggukan kecil.

"Bye-bye, baby mummy. And you too sayang" ucap Mawar sambil mengucup pipi tembam Aathif dan mengusap perut kakak iparnya yang masih belum kelihatan.

"Nanti kirim salam semua" tambah Mawar lagi sambil berlaga pipi dengan Kak Cinta. Kemudian tangan abang dan kakak iparnya disalam. Masam sahaja wajahnya, tidak rela benar dengan pemergian mereka berdua hari ini.

"Insyaallah, akak dengan abang pergi dulu. Senyumlah sikit" sempat Cinta mencuit bibir yang mencebik itu sebelum melangkah pergi mengikuti suaminya, Aathif di dalam dukungan melambaikan tangan kecilnya kepada Mawar. Seolah-olah faham ingin mengucapkan selamat tinggal.

Mawar sekadar menghantar pemergian mereka bersama senyuman nipis, lambaian Aathif dibalas.  Berat benar hatinya ingin melepaskan mereka pergi, ingin melepaskan rindu yang sudah setebal buku.

Kesian, Ibu. Rumah akan sunyi beberapa harini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience