•bab 16•

Romance Series 12832

          "MENGUMUMKAN ketibaan Raja Uwais Hayyadh ke Istana Versailles"

Nathan segera memberi tabik hormat dan menunduk patuh, berita yang disampaikan kepadanya semalam adalah berkaitan dengan ketibaan Raja Tehran ke istana. Kerana itu Raja Syeikh Luthfan mengarahkannya untuk mencemar duli di istana.

"Selamat Datang, Tuanku" sapa Nathan penuh hormat, dia memberi laluan kepada Raja Uwais Hayyadh untuk melangkah ke dalam pintu istana. Sedari tadi dia memerhati ketibaan Tuanku Uwais melalui pintu utama dan menyambut kedatangan beliau dari jauh. Kali ini, dia harus mengeringi Raja tersebut ke pejabat Raja Syeikh Luthfan.

"Terima kasih. Nice to see you, Nathan" balas Raja Uwais Hayyadh bersama senyuman kecil, dia memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar sebelum memulakan langkah ke dalam istana. Dia diiringi oleh Nathan di hadapan dan kedua-dua pegawainya di belakang bersama Setiausaha Diraja.

Ada sesuatu yang perlu dia pastikan, kerana itu dia sanggup menebalkan muka untuk hadir sendiri ke Kerajaan Versailles.

"Jemput masuk, Tuanku" Nathan membuka pintu berukiran kayu mewah itu, pintu pejabat Raja Syeikh Luthfan ditolak perlahan.

"Tuanku, Raja Uwais Hayyadh telah tiba di istana" ujar Nathan sebaik sahaja melangkah masuk. Dia berdiri di belakang Raja Uwais Hayyadh bersama pegawai yang lain. Tarafnya masih lagi tidak layak untuk berdiri di sisi mereka, sedar akan taraf yang diamanahkan.

"Wahh, apa hajat ke mari Tuanku Uwais?" Sambut Raja Syeikh Luthfan sedikit memerli. Dia melangkah turun dari tingkat dua pejabat tersebut dan menuju ke arah mereka semua, wajahnya terlakar senyuman separuh sinis. Seakan-akan sudah mengagak ketibaan Raja Uwais Hayyadh.

"Tak perlulah berkias, Tuanku Luthfan. Saya tahu ketibaan saya di sini telah sedia dimaklumkan" balas Raja Uwais Hayyadh bersama senyuman sinis juga. Dari dulu lagi hubungannya bersama Raja baru Kerajaan Versailles ini agak tegang, jika tidak difikirkan perkara yang harus dilaksanakan, dia tidak akan menjejakkan kaki ke istana ini.

"Nathan, tunjukkan Raja Uwais Hayyadh laluan Istana Versailles. Layan tetamu kita dengan penuh hormat" arah Raja Syeikh Luthfan dengan wajah yang tegang, mendatar sahaja nadanya ketika memberi arahan. Seolah-olah ingin menghentikan situasi itu dengan lebih awal, tidak mahu menghabiskan masa.

"Tuanku?" Soal Nathan sepatah, dia hanya ingin mengetahui sekiranya Raja Syeikh Luthfan akan menyertai mereka atau tidak.

"Saya akan menyusul kemudian, hormati tetamu kita dulu" balas Raja Syeikh Luthfan ringkas sebelum mengatur langkah ke dalam bilik bacaan, dengan selamba dia pergi dan menutup pintu bilik bacaan. Langsung tidak memandang ke arah mereka.

"Maafkan saya, Tuanku.." pinta Nathan sedikit malu, dia menunduk segan kepada Raja Uwais Hayyadh. Patutlah dia diarahkan untuk hadir ke istana, sikap Raja Syeikh Luthfan memberikan jawapan kepada persoalannya.

Raja Uwais Hayyadh tersenyum kecil, dia faham akan situasi itu.
"It's okay, now.. let's go" ujarnya lalu melangkah keluar dari pejabat itu diikuti setiausaha dan pegawainya yang lain.

Nathan sekadar mengikuti dengan senyap, dia membawa Raja Uwais Hayyadh ke kawasan lapang di belakang Istana. Tempat di mana saudara mara istana berkumpul dan menghadirkan diri di majlis.

"Ini adalah tempat perjumpaan dan kawasan aktiviti keluarga Diraja" terang Nathan sebaik sahaja tiba di sana.

Raja Uwais Hayyadh mengalihkan pandangannya di sekeliling kawasan tersebut, tidak dinafikan bahawa kawasan tersebut mempunyai udara yang segar dan permandangan yang menyenangkan. Terdapat juga hiasan yang mewah dan berjenama.

"Seterusnya--"

"Inspektor Nathan" potong Raja Uwais Hayyadh.

"Ya, Tuanku?" Sahut Nathan bersama tanda tanya, dia memandang Tuanku Uwais bersama senyuman hormat. Walaupun di dalam hati tertanya-tanya akan ketibaan Raja Kerajaan Tehran sejak awal lagi namun dia tidak mahu mempersoalkannya, tugasnya hanyalah sebagai pegawai diraja.

"Saya minta yang lain kebelakang dulu, ada sesuatu yang saya ingin bincangkan" arah Raja Uwais Hayyadh kepada pegawai yang lain termasuklah setiausahanya. Dia hanya ingin membincangkan soal ini berdua sahaja, dia inginkan kepastian melalui Nathan.

"Jika ini soal Kerajaan Versailles, saya minta maaf, Tuanku. Saya bukan orang yang betul untuk Tuanku persoalkan" kata Nathan tanpa teragak-agak, dia sedar akan taraf dirinya di dalam Kerajaan ternama itu.

"Meskipun awak bukan orang yang betul, tapi di dalam istana ni awak adalah orang yang dipercayai" kata-kata Raja Uwais Hayyadh berjaya mengunci mulutnya. Kata-kata yang diberikan sungguh mendalam dan membawa maksud tersirat.

Nathan segera membongkokkan tubuhnya, memohon maaf. Niatnya bukan untuk berbalas kata dan melawan, namun dia tidak mahu melibatkan diri dalam urusan diraja tanpa persetujuan Raja Syeikh Luthfan. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan Kerajaan lain.

"Saya tak marah, Nathan. Saya cuma perlukan jawapan" Raja Uwais Hayyadh menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar, dia menghembuskan nafas perlahan. Dia sedar akan kepatuhan lelaki itu terhadap kerajaannya, tetapi cuma lelaki itu yang sering meniti di mindanya. Lelaki yang dapat membantunya.

"Jika berkaitan dengan amanah Diraja, saya minta maaf Tuanku Uwais" Nathan masih lagi diselubungi rasa bersalah, dia ingin membantu tetapi bukan dengan cara membuka rahsia dan amanah Diraja.

"Saya cuma ingin tahu mengenai Raja Syeikh Lais, itu sahaja" jika dia diberikan sepatah jawapan untuk persoalan itu pun sudah mencukupi, dia cuma perlukan jawapan.

Nathan segera mengawal riak wajahnya, mengapa soal Raja Syeikh Lais yang dibangkitkan?.

"Mengapa Kerajaan Tehran menjadi target utama di atas kehilangan Raja Syeikh Lais?" Soal Raja Uwais Hayyadh bersama wajah serius. Niatnya bukan untuk menakutkan, cuma dia inginkan kepastian. Berkemungkinan ini adalah langkahnya yang terakhir ke Istana Versailles, jadi dia harus menggunakan peluang dengan sebaiknya.

"Saya.." Nathan kehilangan kata-kata, mungkinkah dia akan dianggap pengkhianat sekiranya membuka cerita ? Namun Kerajaan Tehran sudah lama mengetahui kewujudan mereka sebagai target jadi tiada soal pecah amanah di dalam kes ini bukan?.

"Cuma beberapa kata, dan saya akan terima" ujar Raja Uwais Hayyadh lagi, dia tidak mahu mendesak. Dia tahu taat setia lelaki itu terhadap kerajaannya, Raja Syeikh Luthfan sangat beruntung.

"Saya minta maaf, Tuanku. Kes kehilangan Raja Syeikh Lais sudah lama ditutup" dalih Nathan secara lembut, dia tidak mahu bersikap kurang ajar jadi lebih baik dia menolak dengan penutup yang baik.

"Kerana lokasi terakhir kehilangan Raja Syeikh Lais adalah di Istana Tehran?" Balas Raja Uwais Hayyadh hampir kepada jawapan, melihat riak wajah Nathan itu menguntum senyuman kecil di wajahnya. Jadi benarlah jangkaannya, patutlah Kerajaan Tehran sering didatangi oleh pendatang tanpa sedar. Jadi mata-mata yang hadir selama ini adalah pegawai-pegawai dari Kerajaan Versailles.

"Jawapan itu sudah cukup, terima kasih" ucap Raja Uwais Hayyadh tidak lekang dengan senyuman di bibirnya, beberapa patah itu sudah cukup walaupun dari mulutnya sendiri.

"Ampunkan saya, Tuanku. Amanah dan rahsia Kerajaan Versailles adalah tanggungjawab saya" mohon Nathan tanpa henti, dia ingin menjaga hati Tuanku Uwais namun dia harus menjaga nama Kerajaannya juga. Dia tidak mahu hilang kepercayaan Raja Syeikh Luthfan.

"Tidak mengapa, saya faham tugas kamu" balas Raja Uwais Hayyadh dengan niat untuk menyedapkan hati lelaki itu, dia tidak berasa marah ataupun terasa. Dia tahu akan tanggungjawab lelaki itu.

"Jadi, Tuanku Uwais. Sudah puas melihat Istana ? Ada apa-apa perkara lagi yang diselubungi was-was?" Sampuk Raja Syeikh Luthfan yang baru tiba di kawasan padang istana. Dia tersenyum sinis memandang wajah tegang Raja Uwais Hayyadh.

"Saya rasa dah tiba waktu untuk saya berangkat balik, tugas saya di sini pun sudah selesai" balas Raja Uwais Hayyadh mendatar, bara api terasa membara di dalam tubuhnya setiap kali mendengar suara lelaki itu. Sungguh angkuh dan sombong.

"Eh nanti dulu, kita belum berbual lagi. Minuman pun belum sempat dihidangkan lagi" ujar Raja Syeikh Luthfan seakan-akan menghalang, sedangkan dia tahu mengapa lelaki itu tergesa-gesa ingin pulang. Apa lagi kalau bukan kerananya, masing-masing masih lagi berapi antara satu sama lain.

"Lain kalilah, saya ada urusan untuk diselesaikan" tolak Raja Uwais Hayyadh separuh lembut, dia memberi pandangan penuh maksud kepada setiausaha dan pegawainya.

"Ada lagi ke lain kali tu, Tuanku?" Soal  Raja Syeikh Luthfan bersama tawa sinis, memerli.

"Insyallah" balas Raja Uwais Hayyadh sebelum berangkat pergi dari kawasan tersebut, dia sekadar membalas sapaan mereka semua bersama senyuman kecil. Sudah cukup untuk hari ini, dia tidak mahu merumitkan keadaan.

"Shahdan, iringi Tuanku Uwais ke pintu Istana" arah Raja Syeikh Luthfan kepada Setiausaha Diraja Versailles.

"Baik, Tuanku" sahut Setiausaha Diraja sebelum mengikuti langkah Raja Uwais Hayyadh ke hadapan, dia mengejar langkah Tuanku Uwais yang semakin menjauh.

Raja Syeikh Luthfan mengatur langkah ke arah Nathan yang setia berdiri teguh, dia memandang ke arah wajah itu bersama senyuman sinis.

"Where is it?" Soal Raja Syeikh Luthfan, ringkas.

Dengan kemas Nathan mengambil satu recorder kecil di bawah lipatan kolarnya, kemudian dia menyerahkannya kepada Raja Syeikh Luthfan dengan penuh hormat.

Raja Syeikh Luthfan mengambil recorder tersebut tanpa kata sebelum menekan butang berwarna biru pekat. Segala percakapan dan kata-kata perbualan mereka tadi menyapa gegendang telinganya. Beberapa saat kemudian dia mengukirkan senyuman kepuasan. Berpuas hati dengan apa yang didengarinya.

"Bagus, ini yang aku nak dengar" ujar Raja Syeikh Luthfan lalu menepuk-nepuk bahu Nathan dengan wajah yang sinis. Selepas itu, dia mula mengatur langkah ke dalam istana bersama senyuman kepuasan.

Nathan hanya menghantar pemergian Tuanku Luthfan bersama keluhan kecil, bantu aku Ya Allah.

          CINTA tersenyum merenung wajah kelat suaminya itu, lemah sahaja tubuh suaminya itu menyandar di sofa manakala Aathif pula sedang bergayut penuh di betis papanya itu.

"Kenapa abang?" Soal Cinta lembut, dia melabuhkan duduk di sisi suaminya. Lengan Ferhadh dirangkul sayang, bukan selalu mereka sekeluarga dapat berkumpul seperti ini. Jadi waktu ini harus dihargai dengan sebaiknya.

"Aathif gigit kaki abang, kaki abang dah patah" adu Ferhadh manja, dia melentokkkan kepala di atas kepala isterinya. Sudah puas dia menjerit kesakitan namun anaknya itu masih lagi menggigit kelaparan, walhal sebelum itu Aathif sudah menelan dua mangkuk nestum madu buatan Cinta. Haih, dasar anak kuat makan.

"Mengada, dia baru ada gigi" peha suaminya itu dipukul geram, sehari tak merepek tidak sah. Ada sahaja ayat-ayat dramatisnya, mengalahkan pelakon popular negara.

"Mana ada, tengok tu" Ferhadh menunding jari ke arah betisnya, jelas kelihatan dua ulas bibir kecil yang sedang mengemam seluarnya.

"Arhh!!" Jerit Ferhadh tatkala jarinya digigit Aathif, dia mengumam kesakitan.

"Ya Allah, sayang. Kesian papa" tergesa-gesa Cinta menarik Aathif menjauh, sejak bila pula pandai menggigit ni ?.

"Huarghh! Jari papa dah patah" rintih Ferhadh dengan nada sedih, dia meniup jarinya dengan teresak-esak. Sudahlah dia jarang meluangkan masa bersama keluarga, ini bila ada peluang digigit pula. Jangan Aathif menjauhkan diri darinya sudah, mujur sahaja anaknya masih mengecam wajahnya. Dikemam dan digigit sesuka hati, sebelah telinganya pula dikhuatiri putus tidak lama lagi. Erm, didera oleh anak.

"Hehehe" tawa Aathif suka, terserlah giginya yang tumbuh. Terpejam mata kecil itu menghamburkan tawanya, sungguh comel. Terhibur melihat papa dalam kesihatan, selepas ini mama pula. Eh?.

"Suka ea? Jual kat besi buruk kang" ugut Ferhadh, bergurau. Dia menyorokkan jarinya di bawah punggung, karang ditunding putus pula jarinya. Bukan boleh anaknya ini, semua hendak digigit biar tercabut.

"Eh suka hati abang je, abanglah pergi dekat besi buruk tu. Pergi jual diri" marah Cinta pula, walaupun dia tahu bahawa suaminya itu hanya bergurau.

"Sampai hati nak jual abang" rajuk Ferhadh.

"Habistu abang tu? Baik sangatlah nak jual anak" balas Cinta, tidak mahu kalah.

"Mana ada abang jual, abang cuma nak jual" ujar Ferhadh lagi, cuba memperbetulkan ayatnya. Sedangkan dia sendiri tidak faham dengan ayat sendiri.

"Haa, samalah tu" Cinta menjeling geram wajah suaminya itu, dia fikir kita ni tak ada otakkah? Orang pun boleh berfikirlah. Tembak kang.

"Yeke? Kenapa abang tak tahu?" Balas Ferhadh main-main, wajahnya terlakar riak pura-pura tidak tahu. Dia tersengih comel, terkebil-kebil matanya menanti jawapan.

"Baby, pergi gigit papa" Aathif dihulurkan pada suaminya, lagi bertambah suka apabila bibir anaknya itu sudah sepenuhnya terbuka. Bersedia untuk menggigit, biarkan sahaja sehingga hidung Ferhadh hilang.

"Tak nakkk!" Jerit Ferhadh kesakitan.

"Woi woi, ingat Allah" tegur Mawar yang baru melangkah menuruni tangga, dia sudah lengkap berpakaian kemas.

"Woi kau ajar dia menggigit ea? Nak mati ke perempuan?" Marah Ferhadh, geram. Tidak pelik jika Mawar yang ajar, kerana selama ini memang adiknya itu yang meluangkan masa bersama Aathif. Takkanlah Ibu Ayana pula yang hendak menggigit, langsung tidak bermoral.

"Menuduh menuduh, apa bukti kau yang aku ajar dia?" Soal Mawar menyampah, dia melabuhkan duduk di atas sofa bertentangan mereka.

"Aathif sayang, siapa yang ajar Aathif menggigit?" Soal Ferhadh lembut kepada anaknya, tubuh Aathif yang berada dipegangan Cinta itu terlompat-lompat suka memandang papanya.

"Siapa sayang?" Soal Ferhadh lagi.

"Papaaa!" Jerit Aathif nyaring.

"What? Hey, anak derhaka" gurau Ferhadh, wajahnya masam.

"Hahahahaha" tawa Mawar kuat, berdekah-dekah tawanya memenuhi ruang tamu.

"Pfftt" Cinta mengemam bibirnya tatkala tawanya hampir meletus. Dia menyorokkan wajahnya di belakang tubuh Aathif, karang merajuk pula suami tuanya itu.

"Dahlah dera papa, lepastu tuduh papa pula. Malas kawan" rajuk Ferhadh, dia mengalihkan tubuh membelakangi anaknya itu.

"Bapak derhaka" tambah Mawar pula.

"Kau harapnya je nama macam bunga, tapi perangai macam taik" sambung Ferhadh geram. Dia menyembamkan wajahnya di bantal sofa, sengaja dia mengeluh dengan kuat. Ingin mencari perhatian.

"Papa? Papa?" Panggil Aathif pelat, seketika kemudian dia memandang wajah mamanya. Tidak lama selepas itu dia tersenyum manja, wajah mamanya pula dicengkam kuat.

"Sakit sakit" adu Cinta kesakitan, tangannya terus menjauhkan Aathif dari wajahnya. Dia membulatkan mata memandang anaknya, kononnya hendak marah tetapi lain pula reaksi yang dia dapat. Boleh pula anak lelakinya itu tertawa dan menjerit keriangan, ceria sungguh kamu wahai anak.

"Nampak tu, abang dah kata dia ganas" ujar Ferhadh tenggelam timbul, wajahnya semakin ditenggelamkan ke dalam bantal.

"Dengan aku elok je, kenapa dengan korang yang dah sah sah mak bapak dia terpesong ha?" Soal Mawar bersama dahi yang berkerut, selama ini dia menjaga Aathif baik sahaja. Tidak pula menggigit dan mencakar seperti tadi, erm tanda sayanglah tu.

"Aku nak hantar anak aku kat kem tentera esok, bila dah besar nanti biar dia tembak aku pula" ujar Ferhadh pasrah, kali ini dia menyandarkan kepalanya di kepala sofa. Terpejam matanya membayangkan masa depan anaknya, mengenangkan masa tuanya yang mempunyai anak seperti avengers. Wahhh, majunya aku.

"Kan, lepastu bolehlah saya kahwin lain" sambung Cinta pula, dia menyandarkan kepalanya di bahu suaminya. Aathif pula berada di tengah tengah mereka, sedang mengemam tangannya.

"Tak adalah, saya ajar dia tembak mak dia dulu" tambah Ferhadh dengan pandangan kosong.

"Boleh tak dua-dua je kena tembak?" Ujar Mawar menyampah, dramatik sangat. Baguslah jika Aathif itu berani dan kuat, bolehlah dia memimpin dan menjaga mereka nanti. Ini tidak, boleh pula kepala otak kedua-dua ibu bapa itu merancang yang bukan bukan. Manalah anaknya tidak menggigit, perangai mak ayahnya merepek sangat.

Ferhadh memanjang tangan memegang perut isterinya, perut yang masih kempis itu diusap sayang. Dia tersenyum tatkala melihat tangan kecil Aathif yang berada di atas tangannya, macam tahu tahu je adik dia ada dalam tu.

"Dalam ni, ada adik" terang Ferhadh pada anaknya, dia tersenyum gembira memandang wajah comel Aathif. Gembira sungguh bila diberitahu akan mendapat adik, suka sangat menggesel dan menggelamkan mukanya di perut Cinta. Dicium dan dibebel dengan bahasa bayinya, dari dalam perut lagi dah sayang adik dia.

"Acek Ayef" sambut Aathif dengan tawa kegirangan. Dia terus menenggelamkan wajah kecilnya di perut mamanya, dicium semahunya perut itu.

Cinta tersenyum, kepala anaknya diusap sayang. Aathif baru menginjak setahun lebih, sudah ada adik. Ferhadh lah ni, konon nak anak satu kapal terbang. Ada anak kucing cukuplah.

"Awww, comelnya" ujar Mawar bersama mata yang membulat besar, bersinar matanya memandang kecomelan mereka. Baru sahaja tadi bergaduh dan merancang bukan-bukan, sekarang bertukar menjadi drama pukul 7 pula.

"Single, shadap" ejek Ferhadh.

Wajah Mawar terus bertukar masam, nak aja aku tampor muka dia ni.

Masih awal lagi untuknya berfikir soal cinta. Bak kata Ibu Ayana, jika ada jodoh, adalah. Cepat atau lambat sahaja aturannya, suatu hari nanti dia akan merasainya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience