•bab 27•

Romance Series 12832

          HUJAN membetulkan alat komunikasi di telinganya, dia mendengar dengan tekun.

"Apa yang kau dengar?" Soal Raaid, sedari tadi melihat Hujan membetulkan alat itu di telinganya, dia tahu apa tindakan lelaki itu. Namun, dia sengaja ingin bertanya.

"Benda ni masih berfungsi, aku yakin dia ada dekat kawasan ni" balas Hujan sambil membetulkan kolar baju, dia membuka satu butang bajunya. Panas. Terik matahari terasa mencucuk di kepala, dia memakai kaca mata hitamnya.

Raaid memerhati sekelilingnya, semua anggota masih tidak berhenti-henti melakukan pencarian. Dia membuka tabletnya, lokasi kedudukan Nathan masih terpapar di dalam gelombang tersebut namun masih samar-samar. Jadi betullah, Nathan masih berada di kawasan ini.

"Daripada 10 orang anggota yang terkorban, dua orang telah dijumpai oleh anggota udara. Kedua-dua mereka masih lagi nyawa-nyawa ikan dan sedang mendapatkan rawatan, mereka mengalami kecederaan di seluruh anggota badan malah mengalami luka yang teruk di kepala. Berdasarkan pemeriksaan doktor, mereka sudah berada lebih 12 jam di atas air" terang Nubhan setelah mendekati mereka berdua, dari jauh lagi dia memerhati dua orang lelaki itu sudah berkerut-kerut menahan terik matahari. Serupa makcik-makcik. Geli aku.

"Terapung?" Soal Hujan.

"Nope, mereka berpegang pada sesuatu. Yang aku pasti mungkin apa-apa barang yang boleh tampung berat diorang" balas Nubhan. Dia meraup rambut kebelakang, berpeluh. Panas.

"Anggota penyelam dah sampai mana?" Soal Nubhan pula, agak tertanya-tanya. Jika anggota terkorban berjaya ditemui oleh anggota udara, bagaimana pula dengan yang lain?.

"Tiada apa-apa berita lagi" Nubhan menggangguk faham mendengar balasan sahabatnya itu, still zero.

"Aku boleh agak, tak semua anggota terselamat. Mungkin diorang dah tenggelam jauh ke dasar" kata-kata Raaid itu menarik perhatian mereka semula. Benar juga, kerana mereka tidak tiba tepat waktunya. Sebaik sahaja mereka sampai di situ, segalanya telah hancur musnah.

"Kena makan ikan paus" ujar Hujan, sekadar membuat lawak hambar tanpa tawa.

Nubhan dan Raaid sekadar menjeling sekilas, mulalah tu merapu dia.

"Setakat ni berapa anggota penyelam yang turun laut?"

"20 orang" balasan Raaid itu mewujudkan huruf o di bibir mereka.

"Asal? Kau nak terjun" soal Raaid, sengaja.

"Saja tanya" balasnya santai. Tanya pun tak boleh, semua tak boleh.

Tatkala itu siren mulai berbunyi, menandakan bahawa pertemuan salah seorang anggota telah dijumpai.

Nubhan bergegas pergi ke arah khemah yang terpasang, dari jauh dia telah melihat seorang anggota diangkat masuk.

Pada masa yang sama Raja Syeikh Luthfan melabuhkan duduknya di kerusi kayu yang tersedia, dia memerhati anggota yang lain menjalankan tugas mereka. Kali ini dia dengan rela hati ingin mencemar duli di kawasan letupan ini, disamping itu memberikan bantuan khas yang diperlukan. Ketika itu Raja Eidlan Qaayed mula melabuhkan duduk di hadapannya.

"Maafkan saya sekali lagi Raja Syeikh Luthfan, kerana ingin menyelamatkan kami anggota tuanku terkorban" mohon Raja Eidlan Qaayed berkali-kali, dia tidak dapat membendung rasa bersalahnya tatkala mendengar berita sedih itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf.

Raja Syeikh Luthfan hanya tersenyum kecil, sudah lali telinganya mendengar permohonan maaf itu walaupun sudah berkali-kali dia mengatakan tidak mengapa.

"Tiada apa Tuanku Eidlan, cuma keluarga yang terkorban merasakan impak yang lagi kuat. Saya mampu memohon maaf kepada mereka sahaja" jelas Raja Syeikh Luthfan, dia menyandar  selesa di kerusi itu. Lelah setelah berhari-hari berhempas pulas di sini, letih sungguh.

"Saya amat berterima kasih dengan pengorbanan dan pertolongan tuanku dan anggota yang lain, kalau tanpa mereka mungkin seluruh kerajaan kami kehilangan nyawa" jujur, dia sangat sangat kagum dan berterima kasih dengan kecekapan Reidht Nathan. Seluruh rakyat seratus peratus berjaya diselamatkan, bekalan makanan juga tidak kurang dan sentiasa mencukupi. Oleh kerana itu, dia amat terkejut tatkala mendengar kehilangan lelaki itu.

"Selagi kami mampu tolong, kami akan tolong. Bagaimana dengan rakyat Nawrilia? Mereka semua berada di dalam keadaan yang baik?" Soal Raja Syeikh Luthfan dengan rasa prihatin, dia sangat bangga tatkala Nathan berjaya menyelamatkan seluruh Kerajaan. Dia amat kagum.

"Alhamdulillah, semua selamat. Kami berjaya sampai ke tempat perlindungan sebelum letupan berlaku" balas Raja Eidlan Qaayed dengan penuh kelegaan, dia bersyukur kerana sampai tepat pada waktunya termasuklah seluruh rakyat yang berada di situ.

Raja Syeikh Luthfan mengangguk faham, selepas itu muncul sesuatu perkara di benaknya.

"Kalau tak keberatan, boleh saya bertanya?" Soalnya.

Raja Eidlan Qaayed sekadar mengangguk mengizinkan, dia tertanya-tanya.

"Apa yang menyebabkan letupan tu menyerang Kerajaan Nawrilia?" Tatkala itu Raja Eidlan Qaayed hanya mampu terdiam mendengar soalan itu. Jujur, dia juga keliru.

"Saya sendiri tak pasti, kami tiada bermusuhan dengan mana mana Kerajaan. Tapi kalau hendak diikutkan, letupan itu berlaku tiba-tiba. Di luar kawalan dan pengetahuan seluruh Kerajaan" Jika mereka mengetahui serangan itu, sudah pasti mereka sudah lama bersiap sedia. Seluruh Kerajaan juga dapat dibendung dari letupan malah kesemua rakyat dilindungi tanpa sebarang kecederaan.

Tetapi, pangkalan utama mereka juga kosong tanpa amaran, selepas itu letupan tiba-tiba menyerang. Kerana itu hampir keseluruhan kerajaan mengalami kecederaan yang teruk.

"Ada buat apa-apa kajian? Kita tak tahu, mungkin ada kerajaan lain yang berasa iri hati. Sekarang ini tiada istilah gurauan dalam luka, segala serang hendap mesti dilancarkan dengan penuh makna" jelas Raja Syeikh Luthfan dengan rasa tertanya-tanya, bayangkanlah kerajaan semaju ini pun sudah diletupkan sepenuhnya. Apatah lagi kerajaan lain yang kecil mahupun lebih maju.

"Tidak pasti Tuanku Luthfan, semua ini seperti mengejutkan bagi kami. Saya ada firasat, perkara ini seolah-olah melibatkan campur tangan orang dalam atau terdekat" terang Raja Eidlan Qaayed dengan pelbagai perspektif di kepala, banyak benda yang dia fikirkan semenjak perkara ini berlaku. Kerajaan mereka seakan-akan mudah sahaja diserang, sedangkan pengawalan di sini amat ketat.

"Kalau ada apa-apa yang Tuanku Eidlan perlukan, bagitahu sahaja saya" pinta Raja Syeikh Luthfan, bersimpati dengan Kerajaan yang sudah musnah ini. Pasti ia memakan masa yang lama untuk dibangunkan semula.

Raja Eidlan Qaayed sekadar memberikan senyuman terima kasih. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada yang masih mahu membantu mereka.

Ketika itu Hujan mulai mengeluarkan telefonnya, jarinya bergerak pantas di skrin telefon.

"Look" Raaid menunjukkan skrin telefonnya yang terpapar gelombang pengesan. Kosong, tiada apa-apa sebarang penemuan.

"Aku dah kata, alat tu dah rosak" sambungnya lagi. Cuba meyakinkan Hujan, lelaki itu tidak habis-habis mengatakan alat komunikasi itu berfungsi sedangkan pada tanggapannya ia sudah lama rosak. Nathan melompat ke dalam air dan ketika itu dia yakin alat itu akan hilang kawalannya.

"Tak mungkin, aku yakin alat tu berfungsi lagi. Kalau tidak aku tak akan dengar apa-apa bunyi dalam ni" Hujan menunjukkan jari ke arah telinganya, tempat dimana alat itu berada.

"Itu mestilah bunyi jem, benda tu hang" bantah Raaid lagi, bukti yang ditunjukkan pun dianggap tidak penting. Sudah terang lagi bersuluh kedudukan tidak muncul di dalam skrin itu.

"Alat tu berfungsi Raaid" tegas Hujan.

Raaid cuma mampu mengeluh lemah, mengalah. Bukannya dia tidak peduli dengan kehilangan Nathan, sudah berhari-hari mereka menetap di sini mencari keberadaan lelaki itu. Malah segala sisa timbusan letupan juga digali mencari tanda-tanda, namun tiada apa. Dia cuma mahu memberitahu Hujan bahawa alat itu rosak, sejak hari mereka tiba lagi sahabatnya itu tidak pernah berenggang dengan alat itu.

"Kenapa susah sangat kau nak faham ni? Alat tu--"

"Apa pun kau kata, aku yakin alat ni boleh bantu kita jumpa Nathan" tegas Hujan lagi, dia tidak kira. Mereka tidak mendengar dan meneliti alat komunikasi tersebut, hanya dia sahaja yang berpegang pada benda itu. Jelas atau samar-samar bunyinya, dia yakin alat itu berfungsi. Jika tidak, ia tidak akan mengeluarkan sebarang suara.

Akhirnya Raaid cuma mampu mengangguk patuh, tiada apa bantahan yang mampu dikatakan.

"Aku akan cuba godam lagi lokasi dia" pasrahnya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, jika benar alat itu boleh membantu jadi dia akan menolong tanpa sebarang bantahan. Kaki diatur ke arah laptop yang tersadai di atas batu sebelum dibuka dan melakukan kerjanya.

Suasana di antara mereka senyap sebelum Hujan mulai bersuara.

"Aku cuma nak bawa dia balik" ujarnya, tiba-tiba.

Raaid mengangkat wajahnya. "Aku tahu, semua orang harapkan di balik" balasnya.

"Nathan satu-satunya keluarga yang aku ada, aku tak boleh hilang dia" kata-kata Hujan itu menghentikan pergerakan tangannya, Raaid mendongak memandang wajah ketat itu. Walaupun Hujan tidak mengeluarkan apa-apa riak dan hanya berdiri teguh, entah mengapa ayat lelaki itu berjaya menjerat benaknya.

"Romantik lah kau ni" gurau Raaid, cuma menghilangkan rasa terkejutnya.

"Aku tak akan balik selagi tak jumpa dia" tambah Hujan lagi. Tak lama selepas itu dia tertawa kecil. "Jiwangnya aku" usiknya pada diri sendiri. Terasa seperti berlakon cerita Titanic pula, romance betul suasana.

"Sedar pun, mengalahkan heroin kenapa" bidas Raaid sedikit geli, tak pernah-pernah lelaki itu keluarkan ayat bak bunga semerbak seperti itu. Namun begitu dia terasa betapa besarnya usaha Hujan untuk Nathan, dia tahu Nathan adalah satu-satunya sebab lelaki itu berjaya mendapat kasih dahulu.

"Aku--argh!" Bunyi berdesing di telinga menghentikan tindakannya, dia mencampak alat komunikasi ke tanah. Sakit.

"Kau apahal?" Soal Raaid risau, dia tergesa-gesa mendekati lelaki itu.

"Bingit weh, berdesing telinga aku" Hujan menekap sebelah telinganya, cuba menghilangkan denyutan yang tiba-tiba menyerang. Entah mengapa  bunyi berdesing itu kedengaran, sangat mengejutkan.

"Aku bawa kau pergi medic, let's go" arah Raaid, dia mula memapah sahabatnya itu.

"Tak payah" bantahnya.

"Bagi aku bawa kau, telinga kau dah mula merah" degil betul, dah tahu sakit pun masih mahu berdalih lagi. Keras kepala, sombong.

"Mana alat tu?" Soal Hujan, mula memandang ke arah kawasan tanah. Dia terus mencapai alat komunikasi tersebut sebelum menekapnya semula ke telinga.

"Kau gilakah?!" Marah Raaid. Dia cuma mencabut alat itu namun ditepis oleh Hujan.

"Bagi aku dengar" pinta Hujan.

"Telinga kau dah merah faham tak, jangan buat kerja gila nak bagi meletop" dia nampak setitik darah yang mengalir di telinga lelaki itu akibat hentakan dengungan yang kuat namun masih berdegil untuk membuat kerja gila, inilah padahnya jika mendapat ketua gila otak. Semua benda tidak mahu dengar kata.

"Kau dengar ni, mesti ada sebab benda ni berdesing" Hujan cuba meletakkan alat itu ditelinga sahabatnya namun cepat sahaja Raaid mengelak.

"Aku tak nak buat kerja gila jahanamkan telinga aku" balas lelaki itu geram. Tak cukup jahanamkan telinga dia, nak jahanamkan telinga aku pula.

"Dengarlah ni!" Balas Hujan tatkala bunyi berdesing itu kembali kedengaran.

"Aku dengarlah gila!" Panas Raaid, menyirap benar.

"Apa yang kau--"

"Kau faham benda ni, bila dua gelombang bertembung maka dua-dua akan berdesing macam ni itu maksudnya jarak kita dah dekat! Nathan ada dekat sini!" Terang Hujan dengan tergesa-gesa, dia mulai memandang sekeliling dengan terburu-buru. Dia yakin Nathan semakin dekat dengan mereka, buktinya adalah bunyi gelombang dari alat komunikasi ini semakin jelas kedengaran.

"Itu mungkin orang lain yang bawa" andaian Raaid. Walaupun dia turut bersetuju dengan Hujan namun separuh dirinya mengatakan benda yang sebaliknya. Mungkin alat komunikasi Nathan terapung di air ataupun dijumpai anggota lain.

"Bagi aku tangki oksigen" arah Hujan, mengendahkan kata-kata Raaid itu. Dia bergegas menanggalkan segala alat dan senjata di tubuhnya.

"Tak perlu nak buat kerja gila, aku akan arahkan anggota penyelam untuk buat tugas ni" Halang Raaid dengan sedikit kuat, dia cuba menahan lelaki itu namun tidak berjaya.

"Lambat" balas Hujan sebelum menerjunkan dirinya ke dalam air, sekejap sahaja tubuh itu hilang ke dasar.

"Hujan! Aduhai mamat ni!" Raaid menggaru kepalanya dengan kasar, botak kepala aku macam ni!.

"Anggota penyelam! Change direction, now!" Arahnya tegas.

          "WAH, tak sabarnya orang tu nak pengantin baru" usik Jebat tatkala tubuh Mawar muncul membawa dulang hantaran, dia tersengih-sengih penuh makna tatkala wanita itu menjelingnya.

"Kau jangan nak merapu" balas Mawar dengan laju, seperti tiada modal lain sahaja hendak mengusiknya.

"Woi, Jebat. Gubah bunga tu elok-elok, aku tahulah kau tak ikhlas" arah Maya bersama sebaik sahaja muncul di ruang tamu, dia melabuhkan duduk di sisi Mawar sebelum merenung wajah itu seketika. Sudah mahu diijabkabulkan, namun tiada sebarang senyuman pun yang terukir di bibir itu.

"Masam je bakal Cik Puan ni, kenapa?" Usik Maya, sengaja ingin melihat senyuman di bibir itu.

"Apa kau ni, muka happy lah ni" dalih Mawar sambil tertawa kecil, sama sahajalah perangai dengan si sotong tu. Tak habis-habis ingin mengenakannya.

"Mana ada muka happy macam tu" usiknya, sengaja Maya menyenggol bahu sahabatnya itu. Patutnya orang dah nak kahwin ni berseri-seri lah, tetapi seri lain pula yang terpapar di wajah Mawar ini.

"Entah you ni, macam kena kahwin paksa je" celah Jebat tidak bersalah, sengaja ingin menempah maut.

"Sebelum aku sepak kau, baik kau sambung kerja kau tu" tegur Maya, di tangannya sudah tersedia bulu ayam. Bila-bila masa sahaja bulu itu akan terbang menibai badan lelaki itu, pantang sungguh dapat peluang.

"Betullah apa I kata, Mawar kalau you rasa terpaksa, I ada. Sentiasa menanti" balas Jebat sambil beralih tempat di hadapan mereka berdua, selamba lelaki itu melanggar gubahan bunga yang terhias elok itu.

"Si sotong ni" marah Maya.

"Mana boleh lelaki kahwin dengan lelaki" bantah Mawar, sengaja ingin melayan. Maklumlah, Jebat ini kan masih tidak sedar diri. Tidak sudah-sudah mengingatinya agar menukar tempat dengan lelaki itu jika terpaksa, nampak sungguh kerelaannya itu.

"Eh boleh je, I pakai tudung"

"Astaghfirullahalazim" ucap Maya tatkala mendengar kata-kata itu manakala Mawar sudah tertawa besar. Bersemangat sungguh!.

"Perangai jangan nak gay sangat boleh? Sedar sikit kau dengan dia ada benda sama" marah Maya dengan nada kuat, menyirap betul dengan perangai si Jebat ni. Memandai-mandai perangainya, jangan masa hari nikah nanti lelaki itu benar-benar bertudung sudah. Tepuk dahi nanti.

"Jodoh tak salah alamat" amboi, tidak mahu putus asa pula abang Jibby ni.

"Sudahlah, bising tau korang ni. Terganggu yang lain nak buat kerja" tegur Mawar bersama senyuman kecil. Suara mereka sudah lebih dari kuat untuk menarik perhatian orang-orang di sini, ditambah dengan topik tidak senonoh pula tu. Aduhai.

"Maya ni ha, dia ni selalu halang kemahuan I tau" tajuk Jebat bersama cebikan, setiap kali mahu masuk line mesti dikacau!. Asik ditindas dan diperli bertubi-tubi, rasa hendak dirobek sahaja muka penuh makeup itu.

"Aku tak halang, aku bagitahu fakta. Kau yang tak boleh terima kenyataan" bidas Maya semula.

"Mawar U tengok dia ni!" Marah Jebat dengan geram, dia mengibas-ngibas kedua-dua tangannya untuk melempiaskan kemarahan. Geram sungguh!.

"Korang ni, jangan sampai majlis aku musnah ya. Kalau tak jadi, aku sepak sorang-sorang pakai tayar van tu" tunjuk Mawar pada van bunga yang terparkir di luar rumah itu. Sedari tadi asik berdebat benda yang tidak masuk akal, rasa mahu dihentak-hentak kepala dua ekor ini biar terteleng.

"Alaaa, mesti jadi punya. Nathan kan tak sabar nak memperisterikan bunga dia ni" usik Maya semakin menjadi-jadi, tersengih dia membayangkan mommy shark and daddy shark ini bakal bersatu, kebabom seluruh dunia jadinya.

"I second" mahu juga si Jebat ni, pantang benar jika orang membahas buah hati dia. Menyibuk.

Mawar hanya tersenyum kecil, membiarkan mereka dengan dunia pergaduhan yang tiada henti itu. Biarkanlah, lagipun mereka tidak tahu dengan berita kemalangan Nathan. Dia sengaja tidak mahu memberitahunya, biarlah ahli keluar dan anggota polis sahaja yang tahu. Lagipun, dia tidak mahu mereka terlalu risau dan sedih melihatnya, apatah lagi dengan majlis nikah yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.

Ini kalau Jebat tahu, mahu dia terjun tasik depan rumah tu pergi cari lelaki pujaan dia.

"Tapi kan, sejak hari u fitting dress, why I tak nampak dia? I teringin nak tengok dia pakai baju nikah tu" ujar Jebat bersama sengihan gatal, di mindanya sudah terbayang tubuh sasa Nathan mengenakan baju melayu.

Pergerakan Mawar terhenti, why?. Entahlah, dia sendiri tiada jawapan. Hantarannya kembali dihias, segala kelengkapan pihak lelaki digubah secantiknya. Haih, hantaran pun dicari dengan Ibu Ayana dan Ummi Dahlia. Tanpa kehadiran Nathan, seolah-olah berkahwin sendirian pula. Sedangkan lelaki itu sendiri yang melamarnya.

"Iyalah Mawar, mana dia?" Soal Maya pula, turut sangsi.

"Dia ada kerja, lagipun waktu korang tak ada kat butik, dia ada datang fitting baju dengan aku. Semuanya okay" tipu Mawar, kalaulah perkara itu benar.

"WHAT?! HE'S COME?!" jerit Jebat, kecewa! Sedangkan dia yang paling beria mahu melihat kanda itu.

"Bingit sia, apahal kau ni" marah Maya, aku pantang betul dengan si sotong ni.

"Dia datang Jebat, Ya Allah sasa gila badan dia" provok Mawar, sengaja mahu mencari pasal. Walhal bukannya dia melihat pun, sengaja ingin mengenakan si pahlawan zaman dulu itu.

"U ada gambar dia tak?" Bersinar-sinar mata si Jebat meminta, tolonglah ada.

"Kau fikir aku tak ada kerja nak tangkap gambar dia? Memang tidaklah!" Usiknya lagi, biarkan padan muka. Siapa suruh gatal sangat, tidak tahukah yang putera rajanya itu bakal berkahwin. Amboi, marah benar bunyinya.

"Sasa Mawar? Serius?" Kali ini giliran Maya pula yang mengusik. Bukan apa, dia seperti terkedu pula mendengar kata-kata sahabatnya itu. Sasa ya, erm.

"Iyy--iyalah!" Aduhai, masa ini pula ingin gagap. Mawar menepuk lembut mulutnya, tak guna.

"U tengok badan dia masa berbaju atau tak pakai apa-apa?" Soalan tiada akal Jebat itu mengundang jeritan malu dari Mawar.

"Apa kau ni?!" Marah Mawar malu, wajahnya mulai berbahang. Dia menukar tempat duduknya membelakangi mereka, tidak sanggup diusik kembali. Ish, aku yang kena balik.

"Wah, aku terpegun. Belum apa-apa dah gatal ya Mawar, ni nak kena report dekat ibu ni" ugut Maya mengada-ngada, terhibur melihat wajah merah sahabatnya itu. Bukan main lagi dia ni, mentang-mentang mahu berlaki dah.

"Janganlah Maya, tak baiklah u ni. I dah lah tengah terkilan ni, tak dapat nak tengok badan dia" rajuk Jebat pula, tidak habis-habis lagi dengan rasa tidak puas hatinya.

"Kau tak payah, belum sempat si Nathan tu nak fitting baju dia dah termuntah tengok muka kau. Habis jahanam baju pengantin" gurau Maya kasar, dia mengibas-ngibas gubahan bunga itu dihadapan muka Jebat. Rasa hendak ditonyoh-tonyoh sahaja muka penuh solek itu, mengalahkan solekan aku ni.

"Ish, sudahlah tu" tegur Mawar, ingatkan sudah habis tadi.

"Eh u pun sama, jangan sebab u dah tengok badan sasa dia u nak sombong-sombong ngan I ea" Allahuakhbar, aku ingat sudah settle masalah ini.

"Apa benda ni cetan?" Aduhai botak kepala aku, Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Habis senget-benget tudung yang tersarung cantik itu.

"Amboi, sasa sasa"

"Diamlah kau, bingit"

"Berapa pack dia Mawar?"

Astaghfirullahalazim, bunuh jelah aku!.

"Assalamualaikum" suara yang memberi salam itu menghentikan pergaduhan mereka, masing-masing memandang ke arah pintu utama.

"Eh Tok Ummi" sahut Mawar, tergesa-gesa dia bangun sambil membetulkan tudung. Di hadapan nenek mentua kenalah kelihatan lawa sikit, eh nenek mentuakah?.

"Meriahnya dari tadi, sembang apa?" Soalan Ummi Dahlia itu membuatkan Mawar terkedu ditempatnya, terkebil-kebil matanya memandang wanita berumur itu.

"Pasal badan sasa Nath--" Serentak itu Maya menampar gubahan muka di wajah Jebat. "ark!" Tiada insuran betul mulut si jantan ni.

"Tak ada apalah Tok Ummi, saja je. Tok Ummi datang dengan siapa ni?" Soal Mawar tatkala dia melihat hanya Ummi Dahlia sahaja yang berdiri di hadapan pintu, di samping itu ingin menukar topik memalukan yang hampir terbuka tadi.

"Sorang je, Tok Ayah cuma hantar je sebab dia tak dapat nak ikut sekali. Ada perjumpaan dengan kawan-kawan dia" terang Ummi Dahlia sambil tersenyum, cantik sungguh bakal cucu menantunya ini. Di kepalanya sudah terbayang-bayang majlis pernikahan mereka nanti.

"Ouh" Mawar menganggukkan kepalanya. "Jom, Mawar bawa jumpa ibu" sambung Mawar sebelum memimpin tangan tua itu ke dapur, kerana tatkala itu Ibu Ayana sedang sibuk menyiapkan minum petang untuk mereka yang hadir membantunya hari ini.

"Ibu, Tok Ummi datang" panggil Mawar sebaik sahaja mereka melangkah ke dapur, dia memberi laluan kepada Ummi Dahlia untuk melabuhkan duduknya.

"Ummi Lia datang dengan siapa?" Ibu Ayana bergegas mencuci tangannya sebelum mencium tangan tua Ummi Dahlia, dia tersenyum lebar tatkala melabuhkan duduk di sisi wanita itu. Amboi, macam bestfriend.

"Sorang, Ayah Syah ada kerja" jelas Ummi Dahlia sekali lagi, dia menarik tangan Mawar untuk turut sama melabuhkan duduk bersama mereka. Bukan apa, dia sunyi duduk di rumah sebab itu dia menghadirkan diri kesini. Harapnya tidak mengganggu persiapan mereka, di samping itu ingin menolong juga.

"Ayana hidangkan air dulu" ketika itu juga Ibu Ayana bangkit mengisi air di meja dapur, sambil-sambil itu menghidangkan minum petang yang baru disediakan.

Tatkala itu Ummi Dahlia menggenggam erat tangan Mawar, dia tersenyum nipis memandang wajah manis yang tertanya-tanya itu.

"Terima kasih, sebab percayakan Nathan" kata-kata Ummi Dahlia itu berjaya menjentik tangkai hatinya, dia tersenyum kecil. Dia tahu Ummi Dahlia dan Ayah Syah lah yang menerima impak yang kuat di atas kehilangan Nathan namun mereka percaya dengan kepulangan cucu mereka sendiri, malah turut bersetuju dengannya untuk meneruskan pernikahan.

"Lusa dah majlis, Tok Ummi harap sangat Mawar jangan ubah fikiran ya" pujuk Ummi Dahlia dengan penuh harapan, jujur hati tuanya terkilan mendengar berita itu. Cucu yang ditatang bagai minyak yang penuh terkorban dalam nahas letupan, tetapi dia percaya yang Nathan akan selamat. Cucunya itu tidak akan mengecewakannya, dia akan pulang. Kerana itu hati tuanya amat gembira tatkala Ibu Ayana menelefonnya mengenai permintaan Mawar, dia amat bersetuju.

"Insyaallah Tok Ummi, Mawar tak akan ubah fikiran" tangan tua itu kembali diusap, entah mengapa dia dapat merasai rasa sayang yang mendalam itu dari Ummi Dahlia, dia tahu hati tua itu sedang merasa sedih. Lebih-lebih lagi apabila belum mengetahui khabar berita dari cucunya.

"Insyaallah, Hujan dengan yang lain akan usaha bawa dia balik. Tok Ummi yakin, dia mesti tak nak biarkan orang lain ambil bunga dia ni" Ummi Dahlia mencuit kecil dagu Mawar, gembira hatinya tatkala melihat wajah itu mulai tersenyum manis. Bukannya dia tidak tahu, Nathan selalu melayan gadis ini dengan agak kasar. Namun Mawar juga yang dia pilih menjadi isteri, macam-macam sungguh ragam si bujang itu.

Mawar tertawa kecil, ada sahaja gurauan Ummi Dahlia ini.

"Ini air, jemput minum ummi" jemput Ibu Ayana sebaik sahaja dulang itu dihidangkan di atas meja, dia meletakkan cawan kopi itu dihadapan Ummi Dahlia.

"Bukan main bunga ibu ni senyum, tak sabar nak kahwinkah?" Gurau Ibu Ayana tatkala melihat wajah anaknya yang tersenyum-senyum itu.

"Ish, ibu ni. Tak adalah, saja je" balasnya ingin menutup malu. Tajam betul mata ibu ni.

"Jangan makan banyak sangat, tak muat baju nikah nanti" usik Ummi Dahlia pula, ada sahaja modal ingin mengusik bakal pengantin baru ini.

"Apa pula Tok Ummi ni" Mawar menutup wajahnya, malu. Di ruang tamu tadi diusik oleh Jebat dan Maya, selepas itu bersambung pula adegannya di dapur. Payah sungguh mahu menjadi pengantin baru ni, banyak ragam.

"Mesti Nathan hensem pakai baju nikah nanti" tambah Ibu Ayana mula, mengukirkan senyuman kecil di bibir Ummi Dahlia.

Mawar hanya tersenyum nipis. Entahlah, dia sendiri tidak pernah melihatnya. Agak-agaknya, hadirkah Nathan di majlis mereka nanti?.

Sedar tidak sedar kepulangan lelaki itu dihitung, sehingga tiba hari bahagia mereka. 

          MAWAR menarik nafas gementar, aduhai takutnya.

"Sudahlah tu sayang, bukan main lagi getar kau ni" tegur Maya bersama tawa besar, bukan main lagi menggigil tangan sahabatnya itu. Walhal ingin bernikah sahaja, bukannya ingin berperang pun.

"Aku nervous lah" ujar Mawar bersama wajah pucat, mengalahkan orang yang mahu sunat.

"Kau punya muka ni, mengalahkan waktu kita nampak Jebat masa mula-mula dulu tau" tatkala ingin memujuk sempat pula Maya menyelitkan lawak mengenai si sotong itu, memang tidak boleh dilupakan detik-detik ketika pertama kali mereka melihat Jebat dahulu. Dia dengan mulut yang ternganga, manakala Mawar dengan wajah yang kurang darah.

"Macam ni, Maya?" Aduhai, tidak mahu hilang pula menggigil ni.

"Aku bagi kau fabrice nak? Kau hisap sampai habis" tatkala itu Maya mencapai sebotol fabrice di sisi meja solek sebelum dihala ke wajah sahabatnya itu.

"Kau nak mampus kah minah?"

"Karang kalau aku bagi, kau buat gaya mancing pula kat bawah tu. Tak payahlah" botol itu diletak kembali sebelum bahu sabahatnya itu ditepuk-tepuk lembut, cuba menenangkan. Asalnya niat dia ke atas ini untuk melihat keadaan Mawar, Ibu Ayana menyuruhnya untuk melihat wanita itu sebelum membawanya turun.

"Aku turun dululah nanti kalau pengantin lelaki sampai, ibu akan naik jumpa kau okay" ujar Maya sebelum bangkit dari duduknya.

Tatkala itu debaran di hati Mawar semakin memuncak. Kata-kata Maya itu kembali berputar di mindanya, kalau pengantin lelaki sampai?. Haih, tidak tahulah sehingga waktu apa dia harus menunggu.

"Jangan buat kerja bodoh tau, kalau tak aku sepak kau keluar tingkap tu" ugutnya sebelum melangkah keluar dari bilik, sempat dia melambai-lambai sahabatnya itu. Mahu mengusik.

Mawar mulai mengeluh kecil, dia mengusap lemah wajahnya sebelum memandang jari jemari yang mulai terhias inai itu. Cantik. Dia tersenyum nipis.

Biliknya yang kosong itu juga sudah mulai dihiasi dengan ukiran pengantin, malah katil yang didudukinya juga sudah tersarung cadar yang baru. Ini tindakan Ibu Ayana lah ni, bukan lagi kata bahawa pengantin baru patut dihiasi dengan suasana yang baru, kalau boleh semua perkara ingin baru.

Beberapa minit termenung memikirkan suasana pengantin, tidak lama selepas itu hatinya mulai terasa gelisah kembali.

Positif, Mawar.

'Permudahkanlah urusan hambamu ini, Ya Allah' doanya dalam hati.

Sebarang khabar berita mengenai Nathan juga tidak didengarinya, malah sehingga beberapa minit sahaja dari sekarang pun tiada. Bagaimana dia ingin tenang dengan semua ini? Dia hanya mampu memposirifkan mindanya dan sentiasa percaya yang lelaki itu akan pulang.

Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi ketukan di pintu, beberapa saat sebelum muncul wajah Ibu Ayana di muka pintu.

"Mari" ajakan Ibu Ayana itu menjadikan debarannya semakin laju.

"Nanti kalau pengantin lelaki sampai, ibu akan naik jumpa kau okay"

Tidak mungkin.

"Jom turun sayang" tangannya dipimpin oleh Ibu Ayana untuk turun ke bawah, ketika itu dia terlihat mata ibunya yang mulai berkaca.

Entah mengapa hatinya bercelaru, keliru sama ada ia adalah petanda baik ataupun buruk.

"Semua okaykah, ibu?" Soalnya risau. Riak ibunya itu membuatnya gelisah dan tertanya-tanya.

Ibu Ayana sekadar tersenyum nipis. Membuatnya semakin diundang rasa risau.

Tatkala langkah mereka semakin menghampiri tangga, dia terdengar beberapa suara yang berkata-kata. Ada sesuatu yang terjadikah?.

Sebaiknya sahaja kaki itu melangkah ke tangga, matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh yang sedang terduduk kemas di hadapan Tok Kadi. Dia tergamam seketika sebelum tarikan tangan Ibu Ayana menyedarkannya.

Hujan, Raaid, dan Nubhan semuanya berada di situ termasuklah Gween, mereka semua memandang ke arahnya bersama senyuman kecil.

Mawar dihujani dengan tanda tanya sehinggalah dia melabuhkan duduk di atas pelamin yang tersergam itu, dia memandang ke arah Ibu Ayana yang berada di sisi lalu tangan tua itu digenggam.

"Apa ni, ibu?" Soalnya lagi, seolah-olah tidak percaya.

Wajah Ummi Dahlia juga dicari dan tatkala itu juga wajah mereka bertembung, dia terdiam apabila wajah itu dibasahi dengan air mata. Wajah tua itu juga mulai terukir senyuman lebar bersama air mata yang menitis, ketika itu baru dia menyedari kehadiran Ayah Syah di sisi lelaki itu. Apa yang berlaku?.

"Mawar" bisik Maya sebelum melabuhkan duduk di hadapan pelamin, di sisi sahabat itu. Dia tersengih-sengih mengusik.

"Siapa tu Maya?" Persoalannya itu mewujudkan tawa kecil di bibir sahabatnya itu, Maya menyenggol perlahan betis Mawar itu.

"Bakal suami kau lah" Dan jawapan Maya itu berjaya membuatnya terkedu di tempat sendiri. Nathan?.

Saat itu terdengar suara Tok Kadi menyampaikan khutbah nikah sebelum dia berjabat tangan dengan lelaki dihadapannya.

Mawar menanti dengan hati yang berdebar.

"Reidht Nathan Bin Reidht Nahdan"

Dia tergamam.

"Saya"

Mata Mawar mulai berkaca tatkala mendengar suara itu. Suara Nathan.

Tatkala itu juga suara Tok Kadi kedengaran mengucapkan lafaz akad nikah di sambut dengan penerimaan lafaz akad oleh Nathan.

"Aku nikahkan dikau dengan Bunga Mawar Maylea Binti.."

Tubir mata semakin berair tatkala suara itu mulai kedengaran.

"Aku terima nikah Bunga Mawar Maylea..."

Mawar mengelap tubir matanya menahan sebak, sangat tidak sangka dengan keajaiban yang berlaku saat itu.

"Sah"

Dengan sekali lafaz, akhirnya dia menjadi isteri yang sah kepada Reidht Nathan. Lelaki yang ditunggu kepulangannya pada masa yang lama.

Saat itu pandangan mereka berdua mulai bersatu, dan detik itu juga air matanya menitis. Nathan.

Lelaki itu menunaikan janjinya, untuk berada di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience