•bab 31•

Romance Series 12832

          NATHAN membetulkan kedudukan sniper dengan kemas.

"Weh" panggil Hujan.

Nathan menoleh.

"Seronok tak dapat peluk?" Soal Hujan bersama sengihan busuk. Nathan melemparkan jelingan tajam, macam tak ada benda lain nak tanya.

"Soalan bodoe" balasnya menyampah. Sudah mestilah jawapannya seronok, fikir tak best kah kena peluk dengan bini?. Aku ni pakkal je Mawar tu masih malu, kalau tidak memang hari-hari dapat dah.

Dia membetulkan senjata yang tersimpan kemas di pinggang, pisau dirapikan di sisi buku lali dengan selamat. Malas mahu melayan karenah sahabatnya itu, banyak songeh.

"Kedekut, kongsi ilmu pun tak nak" rajuk Hujan, minta tips pun tak boleh. Ingat aku tak ada calonkah? Pft, memang tak ada pun. Saja acah.

"Kau nak peluk siapa? Pokok betik?" Tawanya sinis, beria bertanya walhal tiada sesiapa pun yang mahu. Acah playboy. Mahu rapiakan seluar keliling pinggang pun seperti apa, inikan pula perempuan keliling pinggang. Lawak lawak.

"Fikir aku tak ada perempuan?"

"Fikir kau ada perempuan?" Perli Nathan semula, dia memandang sahabatnya dengan wajah toya. Inilah dia jenaka yang paling lawak aku pernah dengar.

Dia menanggalkan mask nya, rimas. Dia membetulkan kedudukannya di puncak istana, memandang tempat ini lebih tersorok dan senyap, mereka memilih untuk menyerang hendap di sini. Kedudukan Raaid dan Gween di dalam istana manakala Nubhan akan berada bersama Raja Syeikh Luthfan. Untuk serang hendap kali ini, dia dan Hujan akan mengetuainya.

"Kau pun duduk hospital, aku jamin tak merasa sangat pun aura suami isteri tu" perli Hujan masih lagi tidak berpuas hati. Eleh, fikir tak ada orang nak aku kah?. Jejaka paling femes pada abad ini, dekat shopee pun tak ada.

Ketika itu Nathan menepuk dahinya, saat inilah perasaan ingin menampar Hujan itu mulai wujud. "Kau expect aku untuk buat apa kat hospital? Hospital tu bukan port aku" balasnya bongkak, scene apa je boleh buat di hospital? Suap-suap ubat?.

"Sombong ya anda, banyak je benda boleh buat dekat situ" sengih Hujan penuh makna. Macam mana aku tahu? Entahlah.

"Tak payah cerita, ilmu aku banyak" sombong Nathan lagikan takbur, benda dah boleh practice depan mata, mengapa ingin bertanyakan?. Eh, bukan main.

"Sharing is caring, bro"

"Buku bahasa melayu pun kau tak baca habis, ada hati nak share ilmu dengan aku" tawa Nathan sinis sambil membetulkan kedudukan mata di sniper. Ni kalau salah, mahu tertembak bontot Raaid.

"Apa kena mengena dengan melayu? Kau apahal lepas keluar hospital jadi bengap sangat ni?" Itulah orang kata, malu bertanya sesat akidah. Kan sekarang dah syirik, buat penat orang luku kepala bagi pandai tak berbaloi juga.

"Woi, korang berdua ni dah tak boleh merapu lagi terukkah?" Tegur Nubhan melalui mic yang digabungkan dengan speaker kecil di telinga mereka, kalau boleh seluruh istana ni dia nak cerita pasal benda tak senonoh ni. Pantang betul aku dengan budak tiga suku dua ekor ni.

"Soalan aku simple bro , seronok tak kena peluk?" Ujar Hujan bersama gaya tangan sekali, tidak berpuas hati.

"Itu hal dia dengan bini dia, kau menyibuk kenapa?" Sampuk Raaid pula, aku nak jadi serius dekat sini pun tak boleh bila dengar dua ekor ni punya cerita.

"Inilah dia definisi gatal seorang lelaki" kata-kata Gween itu mengundang wajah cemberut dari mereka semua, pandai lah perempuan ni nak menyelit pun. Ayat menyakitkan hati.

"Tak salah bertanya, tapi timing tak kena" Nubhan menepuk dahinya, masa dekat hospital tidak mahu bercerita lebih-lebih. Ini ketika mereka sedang bertugaslah mahu buka pertandingan bercerita, masalah!.

"Peluk je pun" cebik Hujan, karang aku tanya lebih-lebih disepaknya aku jatuh nanti.

"Hujan" panggil Nathan. Dia memberhentikan kerjanya tatkala sahabatnya itu menoleh. "Nik..mat" balas lelaki itu bersama sengihan nakal. 

Hujan tersenyum penuh makna, berpuas hati.

"Bebal" kutuk Gween, dia terus mengeluh malas. Inilah dia akibatnya jika bekerjasama dengan empat orang lelaki, menyusahkan.

Akhirnya tamat sudah riwayat Nathan yang berpelukan bersama isterinya, the end.

Pandangan Nathan kembali tajam tatkala melihat gerakan yang berada di semak samun di luar istana, dia melihat dengan tajam melalui celah-celah pokok yang menumbuh tinggi itu.

"Luar istana, jam 5" balas Nathan lalu mempersiapkan senjatanya semula. Tatkala itu dia mendengar pergerakan sahabat-sahabatnya melalui speaker di telinga, masing-masing sedang bersiap sedia.

"Pasukan bahagian depan istana, persiapkan senjata. Aku nak pasukan dalam istana untuk berkumpul 3-3 sebaris, pastikan ada yang mengawal Tuanku di dalam istana. Pasukan luar, perhatikan dengan teliti, serang bila perlu, tembak bila diarah" arah Nathan tegas, nampaknya permainan mereka bakal bermula.

"Baik, Tuan" sahut mereka semua.

"Let the game, begin"

Bismillah.

          "PUAN MAWAR" panggil seseorang.

Mawar terkaku ditempatnya, dia menoleh bersama sengihan kecil. Mampus aku.

"Saya baru sahaja lepas menghantar ubat kenapa Tuan Nathan, nanti Puan jangan lupa minta dia makan ya" ujar jururawat itu bersama senyuman kecil.

Ubat?.

"Suami saya ada dalam wad?" Ujarnya lebih kepada pertanyaan.

"Iya, Puan. Tak silap saya dia tengah tidur tadi" kata-kata jururawat itu mewujudkan riak keliru di wajahnya. Nathan? Tidur? Dalam wad?. Baru sahaja dua jam lepas dia menghantar suaminya di atas, bagaimana pula tugasnya itu sekejap sahaja sudah selesai.

Hah, sudah.

"Awak tak silap orangkah?" Soal Mawar bersama senyuman kekok, ini yang buat aku malas nak jejak wad ni.

"Betul, Puan. Saya baru sahaja selesai letakkan ubat tadi" aduhai, lelaki mana pula yang serbu wad suami aku ni.

"Reidht Nathan?" Soalnya lagi.

"Benar Puan, saya sendiri yang check nama and 4 last digit ic number suami Puan" Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal, celah mana pula si Nathan ni datang.

"Oo--oh, okay. Terima kasih" balas Mawar sebelum berlari anak ke wad suaminya, dia melambai kecil ke arah jururawat yang terkebil-kebil memandangnya. Maaflah ya, isteri patient awak ni mabuk sikit.

Mawar menarik nafas panjang sebaik sahaja tiba di hadapan wad suaminya, dia mengintai tingkap kecil di pintu wad itu dengan senyap. Matanya membulat besar. Benar, memang ada seseorang yang sedang berbaring di katil itu.

"Siapa nama suami aku?" Soalnya pada diri sendiri sebelum melihat nama di sisi wad, Reidht Nathan. Eh suami akulah tu.

"Ber bin kan siapa?" Soalnya lagi. Dia mengintai nama itu sekali lagi, Reidht Nahdan. Ha, bapak mentua akulah tu.

Habistu, siapa kat dalam?.

"Arh, lantak. Aku terjah juga" omelnya sendirian lalu membuka pintu wad itu perlahan-lahan, dia menutup pintu dengan senyap lalu melangkah ke katil hospital.

Dia mengintai gerangan manusia di katil itu, kalau betullah itu suami aku memang masa tu juga aku tendang dia keluar tingkap.

Eh. Mawar berdiri tegak di sisi katil,  macam kenal pula dengan wajah ini.

"Abang Ferhadh!" Marah Mawar lalu menepuk perut abangnya dengan kuat, berani kau buat lawak bodoh dengan aku!.

"Ark!" 

"Yang kau jadi spesis Nathan ni dah kenapa?!" Soal Mawar dengan marah.

"Sabarlah, dik. Aku ni pun tahu-tahu kena datang je" ujar Ferhadh dengan senak, dia hendak perut aku bhai.

"Datang tu, datang jelah. Tapi tak perlulah nak ikut gaya Nathan sangat, langsung tak kena" komen Mawar pedas, mahu termuntah melihat gaya abangnya tatkala ini. Orang lain bolehlah kata hensem, tapi dia sebagai adik ini memandangnya amat hodoh. Semangat tiru gaya rambut tutup dahi si Nathan tu, tak kena!.

"Aku tengah rasa hensem tau, bak kata bini aku jejaka korea idaman dia" sengih Ferhadh lebar. Dia menguak rambutnya ke belakang, terasa amat kacak.

"Jejaka Korea, puih!" Kutuknya keras.

Dengan menyampah Mawar melabuhkan duduk di sisi katil hospital, dia memandang abangnya yang sedang duduk itu dengan gelengan kecil. Dengan rambut yang menutup dahi, ditambah pula dengan pakaian hospital. Apalah yang Nathan dah buat dengan abang aku ni?.

"Bila flight kau sampai ni?" Soalnya tatkala keadaan mulai reda.

"Semalam, aku tak sempat jumpa bini aku tahu tak" luah Ferhadh kecewa, ini semua kerja suami si minah ni lah. Ada urgent konon, rasa nak maki je.

"Padan muka, yang kau pergi layan dia kenapa?" Even aku sebagai bini ni pun tak dapat nak halang dia, apatah lagi engkau. Padah dapat suami jenis tak nak kalah, dah dua-dua sama naik.

"Adik ipar aku, biarlah"

Mawar memutarkan mata tatkala mendengar ayat abangnya itu, adik ipar konon, merenggeh.

"Lagipun dia dah banyak tolong aku, jadi apa salahnya aku tolong dia pula" kata-kata Ferhadh itu menarik perhatiannya, tolong?.

"Nathan tolong apa?" Soalnya curiga.

"Anyway, aku jadi suami olok-olok kau ni, harini je. Esok jantan kau datang balik, insyaallah" balas Ferhadh bersama perlian. Terseksa jugalah dia ingin berlakon masuk ke dalam hospital, mujur doktor dan jururawat di sini memberinya laluan. Kalau tidak, memang di dalam pagar dawai lah tempatnya. Nasib baik Nathan memberinya maklumat lengkap lelaki itu termasuk ic dan tag kerja. Dapatlah aku acah-acah macam dia, walaupun muka tersorok di sebalik mask.

"Untuk apa?"

"Aik, suami kau tak bagitahu apa-apakah?" Pertanyaan abangnya itu membuatnya mencebik. Nathan? Bagitahu aku? Kelakar kelakar.

"Dia kata doktor dan jururawat selalu buat pusingan tiap masa, nak tengok keadaan pesakit. Jadi, walaupun tidak di check, patient mesti ada dalam wad" jelas Ferhadh terperinci, berdasarkan apa yang Nathan beritahu.

Mawar sekadar menganggukkan kepalanya, tangannya leka bermain dengan cadar hospital. Waktu pun sudah malam, apa lagi yang dia mahu buat.

"Bahagia tak ada suami ni?" Soal Ferhadh dengan nada mengusik, tersengih-sengih dia memandang wajah masam adiknya.

"Entahlah, sama je" cebiknya menyampah, selain usikan dan kata-kata menyakitkan hati suaminya itu, apa lagi yang dia mahu lihat.

"Aip, tak akan belum sampai aura pengantin baru lagi"

"Tengah pengantin barulah ni" balas Mawar semula, malas mahu melayan usikan abangnya. Seperti tidak tahu pula apa yang ingin disampaikan, mentang-mentanglah sudah beristeri, bukan main.

"Nanti Nathan dah discharge, kau rasalah HAHAHA" gelak Ferhadh serupa menyetan, bila terlalu berpengalaman inilah dia akibatnya.

"Tongong je kau, dahlah. Sakit hati aku" Mawar menahan rasa malunya, ketika tiada Nathan ini bolehlah dia mengelak. Jika tidak, dengan lelaki itu sekali menambah rasa. Mengada-ngada.

"Aku rasa bersyukur dia jadi suami kau, memang jelas lah rasa ikhlas dia, masa dia datang minta izin dengan aku dulu" ayat Ferhadh itu berjaya menarik sepenuh perhatiannya, kening Mawar terjongket keliru. Minta izin?.

"Apa maksud kau dia minta izin?" Soal Mawar ingin tahu.

Ferhadh tergelak besar, nampak sangat Nathan tidak memberitahu apa-apa kepada adiknya ini. Nampak bebal sungguh.

"Dia kata, dia dah minta izin pada ibu. Dan memandangkan kita ni tiada ayah, dia datang minta izin pada aku sebagai wali lelaki dalam keluarga" terang Ferhadh bersama tawa kecil, sampai sekarang dia tidak boleh melupakan perkara itu. Nampak kelakar, tetapi tindakan Nathan itu amat bertanggungjawab baginya.

Lelaki itu sanggup datang berjumpa dengannya untuk menyampaikan niat yang satu itu, mula-mula memang terasa pelik namun dia kagum dengan tindakan Nathan yang berjumpanya untuk meminta izin memperisterikan Mawar.

"Ada apa kau datang jumpa aku ni?" Soal Ferhadh dengan tanda tanya, pintu kereta ditutup. Dia berdiri dengan santai di sisi kereta.

"Saja, aku datang ni ada tujuan" ujar Nathan lalu menghembuskan nafas kecil, gelisah. Dia mengusap belakang lehernya untuk mengurangkan rasa gusar di hati, lain macam.

Ferhadh melihat jam tangannya, hampir pukul 11 malam. Dia baru sahaja tiba di rumah dan tatkala itu terus sahaja mendapat panggilan dari Nathan untuk berjumpa.

"Apa dia? Lain macam kau ni" gelak Ferhadh pelik, nampak gelisah sungguh si Nathan ni.

"Aku nak minta izin untuk memperisterikan Mawar"

Kata-kata Nathan itu membuatnya terdiam seketika.

"Aku dah datang jumpa ibu, dan memandangkan kau satu-satunya wali lelaki, aku datang untuk minta izin kau pula" terang Nathan nekad, dia menghembuskan nafas lega. Akhirnya terlepas juga beban di bahunya, dia tahu perkara ini mudah sahaja namun tidak semestinya senang untuk melakukannya sendiri.

Ferhadh berdeham kecil, terkejut namun dia kagum.

"Kenapa kau pilih adik aku? Iyalah, kau tahukan dia tu tiga suku" gelak Ferhadh kekok.

"Apa abang ni! Yang pergi kata macam tu kenapa?!" Marah Mawar dengan geram, dia memukul kuat bahu abangnya. Suka hati sahaja.

"Sabarlah budak, bagi aku habis cerita dulu" desis Ferhadh perit, dasar perempuan modal dia tahu nak hentak je.

Mawar mencebik.

"Aku pilih dia sebab dia tiga sukulah, perangai bebal" balas Nathan bersama senyuman kecil.

"Ha, samalah bangang dengan si Nathan tu" potong Mawar lagi. Abang Ferhadh dengan Nathan sama sahaja, dua-dua suka menyakitkan hati perempuan.

"Diamlah" tegur Ferhadh. Bilalah cerita aku nak habis kalau macam ini.

"Kalau ibu izinkan, aku pun setuju lah. Aku tak nampak apa-apa cacat cela pada kau pun untuk aku tolak" balas Ferhadh lalu meletuskan tawa, macam tidak percaya pula adik perempuannya yang sorang itu bakal bersuami. Dalam diam masih ada yang minat rupanya.

'Alhamdulillah' ucap Nathan di dalam hati.

"Kira selesai lah tugas aku" ujar Nathan, tidak dapat diucapkan betapa gusarnya hati dia untuk berhadapan dengan Ferhadh. Sebelum ini memanglah santai sahaja, tetapi kali ini dia datang dengan niat yang lain.

"Cuma, apa yang buat kau pilih Mawar?"

"Lagi-lagi soalan tak masuk akal ni, apa masalah Abang Ferhadh ni?" Soal Mawar dengan marah, aku dah penat tau nak dengar pertanyaan ini. Terlalu mengguris hati.

Ferhadh melemparkan jelingan tajam, lagi sekali kau potong memang aku tampar muka kau.

"Maaf maaf" ujar Mawar bersama sengihan busuk.

"Sebab Mawar tu bagi aku biasa, tak ada apa-apa pun yang istimewa pada dia selain tiga suku tu" balas Ferhadh dengan tanda tanya, lagipun dia tertanya-tanya juga apa yang membuatkan Nathan benar-benar nekad untuk memperisterikan Mawar. Lelaki itu nampak bersungguh, sanggup datang meminta izin padanya dan juga ibu.

Nathan terdiam sejenak. Mengapa? Dia tersenyum sendirian.

"Adalah, sesuatu" rahsia Nathan. Biarlah dia sendiri sahaja yang mengetahuinya.

Ferhadh sekadar mengangguk, tidak mahu memaksa.

"Nampak? Dia tak bagitahu juga. Membazir je tanya" rungut Mawar, ibarat bulan jatuh ke riba lah jika Nathan benar-benar memberitu. Ingin bertanya soal kerja pun banyak celoteh, apatah lagi soal hati dan perasaan.

"Mana tau, sebab aku dengan dia lelaki. Tak pelik kalau dia terbuka dengan aku. Lagi satu--"

"Mawar yang sebagai isteri ni pun masih belum dapat kepercayaan dia sepenuhnya lagi, apatah lagi abang" potong Mawar pantas, entah apalah yang Nathan mahu rahsiakan darinya. Terlalu introvert sangat, apa-apa pun tidak mahu kongsi.

"Siapa kata? Mungkin kau nampak macam tu, aku nampak lain" kata-kata abangnya itu mengundang tawa Mawar, pandai jelah. Ada indra ke enam agaknya Abang Ferhadh ni.

"Kelakar lah Abang Ferhadh ni, celah mana entah" nafinya terang.

"Kau sendiri tahu, Nathan tu bukannya lelaki yang nak luahkan isi hati dia terang-terangan" Kalau hendak diikutkan, Nathan itu lebih kepada lelaki yang menunjukkan rasa sayang dalam keadaan yang tertutup. Bukan daripada kata-kata, namun tindakan.

"Ngeh, bagi Mawar dia tetap berahsia" balasnya tidak mahu kalah.

"Then, macam tak ada function lah dia kahwin dengan kau" balas Ferhadh selamba.

"Kenapa pula kata macam tu?" Soal Mawar pula, sedikit terasa hati.

"Iyalah, kau definisikan berahsia tu sebagai tak ada perasaan. Zero. Jadi pernikahan korang ni, ibarat nak mengenal orang baru saja lah" Mawar terdiam, sedikit sebanyak kata-kata Abang Ferhadh mulai menjentik hatinya. Mengenal orang baru?. Dia tidak ada niat untuk menjelaskannya seperti itu, namun entahlah. Mungkin emosinya terlalu mengambil alih.

"Aku ni dah kahwin, dik. Aku faham perasaan dia sebagai seorang suami, kami lelaki tak akan terlalu menonjolkan perasaan depan orang yang kami sayang" tambah Ferhadh lagi, kepala adiknya diusap sayang. Dia faham wanita seperti Mawar ini, terlalu inginkan bukti di depan mata. Kelakuan ataupun tindakan tak akan memuaskan hatinya.

"You know what? Action is more memorable then words" sengihnya.

Mawar tersenyum nipis.

Maksudnya, di hati Nathan terdapat juga secebis rasa sayang untuknya?. Tetapi ini semua kata-kata dari Abang Ferhadh, bukan dari suaminya sendiri. Seperti tidak berguna pula untuk terlalu berharap.

"Lepasni aku suruh Nathan tu tunjuk rasa sayang dia depan kau, sampai kau muak" usik Ferhadh tatkala adiknya itu mendiamkan diri, entah apalah yang dia fikirkan.

Mata Mawar membulat besar. "Tak payahlah! Tak naklah" tolak Mawar pantas. Gila apa mahu meminta begitu, memalukan.

"Arh tak ada, nak sangat suami dia tunjuk kasih sayang. Kau sendiri rasakan nanti"

Mawar mengemam bibir, seram. Abang Ferhadh ni bukan boleh dibuat main.

"Masatu, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. And sayang dia sebenarnya tu, banyak atau melimpah" tambah Ferhadh lagi.

"Ish, tak naklah!" Seram, faham tak?!.

           NATHAN melepaskan tembakan dengan tepat di bahu musuh, sekejap sahaja musuhnya itu jatuh menjunam ke dasar istana. Tatkala itu muncul lagi beberapa orang berpakaian hitam memanjat ke puncak istana.

"Lepaskan tembakan" arah Nathan kepada yang lain lalu melepaskan beberapa das tembakan terhadap musuh yang hampir menjejakkan kaki ke puncak istana.

"Tembak! Awasi sekeliling!" Arahnya dengan tegas apabila beberapa orang musuh sudah berjaya memanjat puncak istana. Ketika itu dengan segera dia mempersiapkan senjata, balutan di tangan semakin diperketatkan.

"Barisan hadapan berpecah pada dua bahagian! dan barisan belakang kekalkan posisi!" Ketika itu terlibat beberapa orang musuh sudah berjaya melepasi pintu masuk utama istana.

"Serang hendap bermula sekarang!" Tegas Nathan lalu melepaskan sepakan 180 darjah kepada musuh yang telah menyerang kawasan mereka. Satu tumbukan dilepaskan dengan kuat ke arah dada lawan dan sekejap sahaja musuh itu jatuh dari puncak istana.

Hujan melepaskan tembakan tepat di kaki musuh, satu tumbukan dilemparkan terhadap pihak lawan yang menyerang dari sisi.

"Raaid, mulakan sekarang!" Arah Nathan sambil melempar pisau ke arah lawan di hadapan, satu saat tepat mengena perut si lawan.

"Roger" sahut Raaid lalu mempersiapkan pistol kemas di tangan.

"Aku akan kawal dari belakang, perhatikan hadapan" ujar Raaid lalu melangkah ke belakang barisan. Gween sekadar mengangguk patuh, dia terus mempersiapkan senjata di kedua-dua tangannya.

"Lindungi Tuanku, pastikan setiap sudut berpengawal" arah Hujan sambil mengisi peluru di pistol, das yang kosong itu dicampak keluar.

Ketika itu terdengar bunyi senjata yang berlaga. "Roger that" suara Nubhan.

Nathan tersenyum sinis tatkala puncak yang mulai kosong itu semakin dipenuhi dengan musuh.

"Nampaknya diorang memang tuju sini" ujar Nathan kepada Hujan, mereka berdiri di posisi arah yang berbeza. Di tempat yang sama, namun pada arah yang berlawanan.

"Diorang dah aim puncak ni dari awal" sambung Hujan pula.

Nathan memegang mic ditelinga. "Sniper from team AE2 change position, aim the top of the palace. Team FCA, stay"  arah Nathan sambil membetulkan posisi, dia memandang sekeliling yang semakin dipenuhi dengan musuh. Masing-masing merancang untuk menempuh puncak Istana Versailles.

"Team aku, serang dari belakang" ujar Nathan perlahan, tatkala itu terlihat beberapa orang ahlinya sedang memerhati dengan senyap di belakang pihak lawan.

"Attack" arah Nathan sebaik sahaja pihak musuh mulai menuju ke arah mereka.

Nathan melayangkan tumbukan di perut lawan sebelum menumpuk rahang musuh.

Bang!

Dia mengambil pistol di belakang lalu menembak tepat peha lelaki yang sudah tumbang itu.

Bang!

Selepas itu dia melepaskan tembakan di bahu ke arah dua orang lelaki yang sedang menuju ke arahnya, pisau di buku lali diambil lalu dibaling pantas ke dada si lawan.

Hujan menendang tangan lelaki yang mengacukan pistol ke arahnya lalu melayangkan sepakan 180 darjah di kepala. Sukar, kawasan mereka semakin padat.

Nathan mengambil nafas sesaat, keadaannya tatkala ini menyukarkan dia untuk bergerak lebih bebas. Perit. Mereka juga diserang serentak dengan kuantiti musuh yang lebih ramaj, menyebabkan mereka sukar melawan bebas, keadaan puncak penuh dengan tubuh yang tumbang dan musuh yang bertambah.

Dia membongkokkan tubuh apabila satu tembakan dilepaskan ke arahnya, dengan pantas dia menyandung kaki musuh yang sedang bersiap sedia untuk menikamnya.
Leceh.

"Macam perempuan" ejek Hujan lalu menumbuk rahang musuh di hadapannya. Pisau yang berada di tangan terus diacukan ke bahu musuh yang menyerang dari belakang.

Serentak itu juga dia mencabut pisau itu lalu menikamnya ke peha lawan yang sedang mengunci kedudukannya.

"This kid" desis Nathan sambil menumbuk kuat wajah musuh yang mengacukan pisau ke arahnya, tangan lelaki itu dipulas sebelum dia menetak leher yang terjerat itu.

"Makin ramai, Nathan" lelah Hujan, dia menarik nafas paksa. Ketika juga bahunya terasa dihiris dari belakang, dengan dengusan pedih dia menendang perut si musuh lalu menyiku kepala yang menunduk itu dari atas.

"Tsk--" rengus Nathan tatkala perutnya disepak dari hadapan, dia tertunduk menahan perit sebelum memutarkan kaki 90 darjah menendang wajah yang menyepaknya. Menyusahkan.

Perutnya dipegang perit, sepakan dilepaskan benar-benar di tempat lukanya yang berbalut. Dia menghembus nafas sesak.

Hujan memulas tangan musuh yang hampir-hampir menikamnya, peha lelaki itu disepak sebelum dia memijak perut tubuh yang tumbang itu.

"Puncak semakin padat" lelah Hujan, dia memerhati kawasan puncak yang semakin penuh itu.

Nathan membalikkan tubuh lelaki yang mengacukan pisau ke arahnya, dia memulaskan tangan lelaki itu sebelum menghempasnya kuat ke dasar.

"Shoot the palace, now!" Arah Nathan, sejurus selepas itu dia terus melutut dada musuh yang telah tumbang di puncak.

Mereka segera menunduk ke dasar sebelum terdengar beberapa das tembakan dilepaskan di puncak istana. Sekejap sahaja separuh daripada musuh itu tumbang berlumuran darah di tanah.

"Wrap it up" arah Nathan ke arah pasukannya yang mengepung dari belakang.

Setelah berpuas hati dengan kawasan puncak yang semakin reda, dia dan Hujan terus berlalu meninggalkan kawasan itu melalui laluan rahsia istana. Mereka berpaut di tiang yang menampung siling istana, lebih gelap dan tersorok. Keadaan di dalam istana diperhati dengan tajam dari atas.

"Kau okay?" Soal Hujan dengan dahi yang berkerut mengambil nafas, sesak. Mereka menyandar dengan lelah di tiang istana.

Nathan memegang perutnya bersama dengusan kecil, kawasan itu mulai terlihat tompok kecil.

"Kau bleeding, bro" balas Hujan sedikit terkejut.

Nathan segera menyingkap pakaiannya ke atas, balutan di sebelah tangannya itu dibuka lalu dibalut erat ke perut, dia mengemaskan ikatan. Ketat.

"Kawasan luka aku terkoyak" ujarnya perlahan, dia mengemaskan semula kedudukan pakaiannya.

"Kalau tak boleh teruskan, stay here. Aku ambil alih dari sini" ujar Hujan risau, dia tahu jika luka sahabatnya itu mulai terkoyak, bermaksud selepas ini berkemungkinan ianya akan menjadi semakin besar memandangkan pergerakan Nathan lebih banyak dan lasak.

"Small matter, aku masih boleh kawal" tolak Nathan lelah, dia mengelap dahinya yang mulai tersisa peluh.

Hujan sekadar mengangguk patuh. "If anything happen, just let me in" balasnya akur.  Nathan adalah ketuanya. Jadi dia harus akur dengan keputusan lelaki itu.

Nathan hanya memberi simbol 'okay' dengan jarinya.

"Bagaimana dengan keadaan di dalam istana?" Soal Nathan melalui mic mereka. Keadaan yang senyap itu membuatnya tertanya-tanya.

Kedengaran suara mic yang nyaring mengiringi kata-kata Raaid.

"In the game" balas Raaid sambil melutut wajah musuh yang menunduk, dia tersenyum sinis tatkala tubuh itu terkulai lemah ke lantai.

Bang!

Gween melepaskan tembakan ke kaki si lawan sebelum menghentak kepalanya menggunakan pistol di tangan.

"Baru level 4" sambungnya sambil mengisi peluru di pistol. Masih ingin bermain lagi.

Dia terus menembak dada lelaki yang ingin menumbuknya dari hadapan, sebelum wajah gelap itu disepak kuat ke sisi. Tak hensem. Pakai mask tak hensem, kalau bukan mesti lagi tak hensem.

Eh, sempat lagi engko.

"Need any help?" Soal Hujan pula.

Raaid berdecit.

"Easy, bro"  Balasnya lalu melayangkan tendangan 180 darjah ke wajah musuh yang tertunduk sakit di hadapannya.

Pukulan Gween terhenti tatkala pinggangnya dipegang dari sisi, matanya memandang tajam wajah lelaki yang beriak tidak bersalah itu.

"Berani kau sentuh aku" ujarnya lalu menyiku wajah itu dari sisi, dia melutut perut lelaki itu sehingga terduduk jatuh di atas lantai. "Kotor!" Marahnya sebelum menendang wajah itu.

"Legend bhai minah ni" desis Hujan, dia mencebik.

"Tengok gaya Gween ni, rasanya tak ada masalah" ujar Nathan dengan rengusan kecil, perit di bahagian perutnya seolah-olah menikam-nikam.

Raaid mengakhiri pukulannya dengan tumbukan yang kuat di rahang musuh, satu tembakan dilepaskan ke arah bahu sebagai penamat.

"Settle" riaknya.

Nathan membetulkan kedudukan mic ditelinganya dengan teliti, masalah apa pula ni?. 

"Asal?" Soal Hujan, pelik.

"Aku tak boleh contact Nubhan" balasnya, keliru. Sedari tadi dia memanggil lelaki itu, namun satu balasan pun tidak diterima.

"Nubhan" panggil Hujan pula. Namun hanya sunyi sepi yang membalas panggilan mereka.

"Apa yang berlaku?" Soal Nathan pula, tangannya masih membetulkan kedudukan mic agar kedengaran jelas.

Tiba-tiba satu siren kedengaran disebalik bajunya, begitu juga pada Hujan. Mereka memandang sesama sendiri, siren itu membawa satu maksud sahaja.

"Code red"  balas mereka serentak.

Itu bermaksud kedudukan Raja Syeikh Luthfan berada dalam bahaya, kerana itu mereka memasang siren itu disetiap pakaian pasukan untuk menghantar amaran.

"Kita gerak sekarang" arah Nathan lalu beredar ke laluan bilik Raja Syeikh Luthfan, laluan tersembunyi itu dilalui dengan senyap.

Mereka sengaja meminta istana untuk melakukan laluan-laluan ini dengan tujuan serang hendap, dan melindungi kawasan istana secara tersembunyi. Dan perkara itu benar-benar membuahkan hasil.

"Change direction, code red" arah Nathan.

Akhirnya mereka tiba di laluan bilik istana, kedudukan Raja Syeikh Luthfan dipandang dengan kemas dari atas.

Tatkala itu bilik utama itu sudah dikawal dengan rapi oleh pihak musuh, hampir keseluruhan pengawal dikunci dengan senjata.

Nubhan juga telah dikawal rapi dengan dua pistol terhala di kepala. Tatkala itu, pandangan mereka bertiga mulai bersabung.

Nathan dan Hujan berpandangan sesama sendiri sebelum mempersiapkan senjata di tangan mereka.

Next game, next level.

RAJA SYEIKH LUTHFAN beriak tenang memandang pistol yang terhala tepat di depan matanya, dia beriak kosong.

"Brave enough to save yourself, huh?" Balas lelaki itu sinis, pistol itu dihala tepat ke dahi si Raja. Dia tersenyum sinis, mudah.

"Seperti perjanjian yang berlaku sebelum ini, tiada alasan lain yang kau boleh ingkar" kemenangan sudah berada di tangan mereka, tiada lagi pujuk rayu mahupun perbincangan yang bakal membatalkannya. Selepas ini, seluruh Kerajaan Versailles akan berada di bawah taklukan mereka.

Raja Syeikh Luthfan tersenyum penuh makna. Tiada riak gentar mahupun gelisah di wajahnya.

"Almost, tetapi bukan sepenuhnya" perlinya dengan tawa kecil, pihak lawan amat mudah untuk diperbodohkan.

"Cukup dengan sindiran kau, kau patut sedar situasi kau sekarang ni. Kau dah tewas Luthfan" balas Lelaki itu dengan mendatar, tidak suka dipermainkan seperti itu. Seolah-olah diremeh dan diperkecilkan.

"Kau tahu yang kau tak akan menang dengan mudah, kan?" Perli Raja Syeikh Luthfan bersama senyuman sinis, dengan santai dia meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Langsung tidak gentar mahupun takut.

"Aku boleh tembak kau untuk langsaikan semua ni, sesaat pun kau tak akan ingat" ugut lelaki itu sambil menarik picu pistol, bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.  Muncung pistol dihalakan tepat ke arah dahi si Raja.

"Then, shoot" cabar Raja Syeikh Luthfan.

"Say it again"  ulang lelaki itu. Muncung pistol ditekan ke dahi si sombong itu.

"Tembak aku, Qays" ulang Raja Syeikh Luthfan bersama wajah yang mendatar, pandangan mata yang tajam mengiringi kata-katanya.

Lelaki itu tertawa sinis sebelum membuka masknya. "Sangat mudah untuk kau cam aku, huh?" Balasnya bersama perlian, dia terus menurunkan pistol tatkala pandangan mereka mulai bersatu. Panas dan benci.

"Tiada siapa yang berjaya lepasi kawasan istana, selain pasukan utama Diraja Versailles. Dan aku tak pelik jika orang itu kau, pengkhianat terpenting Kerajaan" perli Raja Syeikh Luthfan dihujung ayat.

Selama ini tiada seorang pun yang berjaya melewati garisan perlindung istana namun pada kali ini saluran itu seolah-olah mudah sahaja dilepasi, dan dia yakin tiada seorang pun yang berjaya melakukan perkara itu melainkan seseorang yang berkait rapat dengan Versailles. Dan iya, orang itu Qays Tufail. Salah seorang anggota Kerajaan Versailles.

"Aku bukan pengkhianat, tetapi orang yang sepatutnya aku hormat dah tak ada" balas Qays sambil melangkah beberapa tapak ke hadapan, dia tersenyum mengejek memandang wajah tegang Raja Syeikh Luthfan.

Nathan dan Hujan memerhati adegan itu dengan diam, mereka amat mengenali lelaki yang bernama Qays Tufail itu. Salah seorang daripada sahabat yang sering berjuang bersama mereka di dalam peperangan mempertahankan Kerajaan Versailles, namun setelah Raja Syeikh Lais hilang, lelaki itu turut pergi dan meninggalkan istana tanpa alasan.

"Patut ada yang tak kena, rupa-rupanya Qays datang semula" gumam Nathan perlahan.

"Sebab itu laluan istana seakan-akan satu pintu untuk dia" sambung Hujan pula. Mereka mengeluh kecil, mengetahui apa yang berlaku selepas ini.

"Walaubagaimanapun, kau tetap perlu patuh pada aku sebagai Raja yang baru" balas Raja Syeikh Luthfan tegas, dia cukup terkilan tatkala banyak masalah yang timbul sewaktu dia diangkat menjadi raja. Segalanya serba serbi tidak kena dan tidak terurus.

"Aku cuma berpegang teguh pada Raja Syeikh Lais, dan aku tak percayakan kedudukan kau sebagai Raja yang baru" kata-kata Qays itu berjaya menaikkan amarahnya. Dia menarik nafas perlahan,  Cuba meredakan emosinya.

"Sebab itu, aku tinggalkan Versailles" sambungnya lagi.

Raja Syeikh Luthfan melepaskan tawa sinis, alasan yang langsung tidak bermoral dan masuk akal. Terlalu mengikutkan perasaan dan kepentingan diri sendiri.

"Emosi kau menghancurkan kesetiaan kau sendiri, kau patut sedar perkara tu. Sedangkan Lais sendiri amanahkan aku untuk pimpin Kerajaan Versailles selepas dia tiada" balas Raja Syeikh Luthfan lalu bersandar selesa di meja belakangnya, dia berpeluk tubuh memandang tubuh yang berdiri dengan kemas itu. Sangat mudah untuk dimanipulasi.

"Aku yakin semua orang nampak, apa yang berlaku pada Kerajaan Versailles selepas dia tiada" Jika semua rakyat dapat membuka mulut dan bertutur mengenai perubahan yang berlaku, pasti Raja Syeikh Luthfan tidak akan diangkat serta merta menjadi Raja.

"Dan bagaimana situasi Versailles, di bawah kepimpinan kau"

Raja Syeikh Luthfan pantas bendiri dari tempatnya, dia memandang wajah tidak beriak itu dengan perasaan amarah. Sabarnya mulai menipis tatkala dibandingkan dengan saudara sendiri, dia seolah-olah dipandang remeh dan lemah.

"Watch your words, kau berada di tempat yang salah sekarang ni" amaran Raja Syeikh Luthfan dipandang enteng, langsung tidak termakan dengan ugutan itu.

"Dari sini kita nampak, mengapa kau dan Raja Syeikh Lais sangat berbeza" tambah Qays sekali lagi, masih tidak puas untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya. Sudah lama dia memendam perkara ini, lebih-lebih lagi semenjak kehilangan satu-satunya Raja yang dia sanjungi.

"Enough ! Kau dah melebihi limit yang kau ada" amarah Raja Syeikh Luthfan dibalas dengan tawa olehnya, seperti biasa masih dikawal dengan amarah dan kebencian.

"I will release you, without any pain and fights. Now, go" arah Raja Syeikh Luthfan dengan nada yang mendatar, masih mencuba untuk meredakan kembali kemarahannya. Dia risau jika selepas ini dia tidak dapat mengawal dirinya, dan segalanya akan berubah.

"Come on, let's play" ajuknya dengan nada yang menyakitkan hati. Dia tersenyum penuh ejekan.

"Cukup, aku tak akan bagi muka lagi" kali ini tahap kesabarannya sudah menipis, dia akan mempertahankan hak dan kedudukannya.

Dia memberi isyarat mata ke arah Nubhan untuk menamatkan segalanya.

Nubhan membalas pandangan Raja Syeikh Luthfan dengan patuh, ketika itu dia memberi isyarat kepada Nathan dan Hujan yang sedari tadi memerhati situasi mereka dari atas dan dia mendapat anggukan sebagai balasan.

Nubhan terus menyilang tangan salah seorang daripada musuh dan melutut perut  seorang lagi lelaki yang sedang menghala pistol ke arahnya. Mereka berdua terkulai jatuh ke lantai,

Bang! Bang!

Dia terus menembak peha kedua-dua musuh tersebut.

Sekejap sahaja situasi di dalam bilik itu mulai berubah, bunyi tembakan dan pergaduhan mula berlaga sesama sendiri. Seluruh pasukan dan musuh saling berlawan di antara satu sama lain.

Nubhan berlari ke arah Raja Syeikh Luthfan, dia menumbuk wajah musuh yang menghala pisau ke arah mereka lalu menyandung kakinya dengan pantas, tangannya terus menumbuk kuat batang leher musuh tatkala lelaki itu terhempas ke lantai. 

Nathan dan Hujan melompat dari atas, mereka mengguling 360 darjah sebelum mendarat dengan sebelah lutut menghempas lantai. Senjata di tangan terus ditala kepada musuh yang berkumpul.

Hujan pantas menyiku wajah lawan yang menahan tubuhnya dari belakang, dia memegang tangan lelaki itu lalu memulasnya ke belakang, dada yang terhala itu ditumbuk sepuas hati.

Nubhan menundukkan tubuh, mengelakkan diri dari ditendang pihak lawan. Dia melepaskan tembakan di kaki musuh sebelum menendang wajahnya ke atas.

Nathan melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke wajah musuh, perut lawan ditendang sebelum dia menghempas tubuh itu tersembam ke lantai.

"Nathan" panggil satu suara.

Tindakan Nathan terhenti serta merta, dia memandang wajah yang memanggilnya.  Qays.

Lelaki itu tersenyum sinis sambil mengelilinginya.

"Aku tak percaya kau masih bertahan dengan lelaki itu" ujarnya dengan rasa terkejut yang dibuat-buat, walhal dia tau, Nathan berpegang teguh pada Raja dan istana. Dia perlu mengorbankan salah satu darinya.

"Aku berpegang pada amanah, bukan emosi" balas Nathan, mengekori langkah yang sama dengan Qays. Dia tahu tujuan lelaki itu melakukan semua ini namun dia tiada hak untuk menghalang lelaki itu, Qays mempunyai akal fikirannya sendiri untuk berfikir.

"Lawak, Nathan. Amanah dan taat setia tu lain. Kau ada pilihan kau sendiri" hasut Qays, dia memberhentikan langkahnya dihadapan Nathan. Bekas sahabatnya itu dipandang dengan senyuman sinis, kau gagal tentukan keputusan kau sendiri.

"Tentukan, sebelum kau menyesal dengan penamat jalan cerita sendiri" sambung Qays lagi. Dia berdiri dengan kemas di tempatnya, segala senjata dijatuhkan ke lantai. Dia merenggangkan tubuhnya.

"Well, not now. At least" Nathan melepaskan tawa sinis, dia turut menjatuhkan semua senjata yang berada di pegangan. Balutan di tangan kanan diperketatkan, dia berdiri dengan posisi yang kemas di tempatnya.

Belum sesaat Qays terus mengajukan tumbukan lurus ke wajah Nathan namun lelaki itu berjaya mengelaknya malah dia dihadiahkan sebuah tumbukan di dada. Dia memegang dadanya bersama senyuman paksa, lelaki itu masih tidak berubah.

Dia melajukan langkah menyepak sisi lelaki itu namun Nathan menghalangnya dengan tumbukan di peha, ketika itu dengan segera  dia memutarkan kaki menendang bahu lelaki itu. Nathan tersembam ke lantai.

Qays menggerakkan kakinya menghilangkan perit, kekuatan Nathan dirasai 3 kali ganda di tubuh.

Nathan bangkit dari tempatnya, dia berpura-pura ingin menumbuk Qays dan setelah lelaki itu mengelakkan tubuhnya, dengan segera dia memutarkan kedudukan dan menyiku wajah Qays. Darah mulai mulai mengalir disebalik bibir lelaki itu.

Ketika itu dia mengambil peluang untuk menendang wajah lelaki itu dari bawah dan Qays terus tumbang menghempas lantai.

"Get up, bro" cabar Nathan, dia merenggangkan tangannya dengan santai.

Qays tergelak sinis, dia bangkit sambil mengelap bibirnya yang dipenuhi darah.

Saat itu dia mencapai sebilah pisau di lantai menggunakan kakinya, pisau itu dipegang erat ke tangan.

Kening Nathan terjongket mengejek, main kotor.

Nathan mengelak ke belakang tatkala pisau itu terhala pantas di hadapannya, dia cuba menepis menggunakan tangan namun Qays berjaya menahannya lalu satu hirisan panjang terhiris di lengan kirinya. Dia menunduk perit sebelum terasa satu sepakan kuat di perutnya. Nathan terjatuh kesakitan. Luka yang terkoyak itu mulai terasa perit, pendarahan yang terhenti kembali terasa mengalir.

"Huh? Tak seronok lah macam ni, aku berlawan dengan lelaki yang keadaannya cuma 70 peratus pulih. This is not fair" perlinya pada diri sendiri, walhal dia tahu keadaan Nathan yang sebelumnya. Kerana itu dia dengan berani menyepak titik kelemahan lelaki itu.

Nathan menahan Qays menggunakan kakinya tatkala lelaki itu cuba menghunus pisau ke dadanya. Dia menumbuk rahang lelaki itu sebelum wajah Qays yang menunduk itu dilutut dengan kuat.

Nathan segera bangkit dari baringannya, dia berdiri dengan rasa perit yang menikam di perut.

Wajah Qays dipenuhi darah, dia tertawa besar. Dia kagum dengan tindakan Nathan yang menyerang wajahnya lebih kerap berbanding tubuh. Itu adalah pusat utamanya, jika ia tidak berfungsi maka sistem yang lain juga turut musnah.

"Aku benci untuk saling membunuh dengan kau, tamatkan semua ni dan segalanya akan selesai" balas Nathan dengan suara yang sedikit tertahan-tahan, urat-urat hijau mulai timbul di leher dan tepi dahinya. Sakit yang dirasakan semakin mengusai tubuh.

Perlahan-lahan Qays bangun dari jatuhnya, dari berdiri dengan terhuyung-hayang.

"Make me,then"  sindir lelaki itu sebelum melarikan diri ke jendela bilik istana.

"Qays!" Jerit Nathan, cuba mengejar lelaki itu namun sekelip mata sahaja tubuh Qays hilang dari pandangannya. Dia menahan tubuh di tepi jendela, susuk tubuh lelaki itu sudah tiada di setiap ceruk pandangan. Qays berjaya melarikan dirinya.

Nathan mengeluh kesakitan.

"Nathan, cuba bertahan 5 minit" pinta Hujan sebaik sahaja tiba di sisi sahabatnya, dia terkejut tatkala melihat tubuh Nathan tersandar lemah di jendela istana.

"Aku gagal untuk tahan Qays" ujarnya perlahan. Dia menahan perutnya dengan kuat, tangannya mulai terasa lembap dengan basahan darah.

Hujan memegang perut sahabatnya, darah yang jelas terbentuk di baju itu cuba dihentikan.

"Nubhan!" Panggil Hujan lantang. Situasi yang mulai reda di bilik itu menarik perhatian mereka termasuklah Raaid dan Gween yang baru sahaja tiba di bilik istana.

Nubhan segera menuju ke arah Nathan, dia memeriksa denyutan nadi lelaki itu.

"Jangan tutup mata kau" Arah Nubhan tatkala melihat mata Nathan yang semakin layu.

Kata-kata itu kedengaran amat samar di telinganya, pandangannya mulai kabur dan kosong. Dan sekelip mata sahaja, semuanya menjadi gelap.

Kerajaan Versailles berjaya dipertahankan.

That time, everything went dark.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience