•bab 38•

Romance Series 12832

          "MENGUMUMKAN KETIBAAN Pemaisuri Lelyana Melcia ke Istana Versailles"

Bunyi sambutan menyambut kedatangan Adik kepada Raja Syeikh Luthfan ke dalam istana, beberapa orang tentera berdiri dengan teguh di hadapan pintu utama.

Ketika itu, Raja Syeikh Luthfan berdiri dengan santai menanti kedatangan adik perempuannya, senyuman lebar terukir dibibirnya.

Nathan dan Hujan memerhati dengan diam dari belakang, menunggu masa untuk menyambut Permaisuri Lelyana ke pintu istana.

"Sambut mereka" serentak itu Nathan dan Hujan melangkah turun ke pintu kereta, pintu dibuka dengan penuh hormat.

"Selamat datang, Pemaisuri" sahut mereka berdua.

Tatkala itu muncul seorang gadis di belakang wanita itu, tersenyum penuh makna ke arah mereka.

"Terima kasih" balas Pemaisuri Lelyana bersama senyuman manis, dia meneruskan langkah menghampiri abangnya.

"Selamat kembali, Lelyana" sambut Raja Syeikh Luthfan, dia tergelak kecil tatkala adik perempuannya itu mencium lembut tangannya.

"How are you?" Soal Pemaisuri Lelyana, dia menyinggul kecil lengan abangnya.

"Sama macam ni, makin sibuk" itu sahajalah jawapan sesuai yang mampu diberi, memang jadualnya kembali padat selepas kejadian serang hendap di istana. Semua yang tertangguh kembali dilaksanakan semula.

"Ana nampak perkara tu, memang sibuk sungguh" tawanya mengejek, susah betul hendak berjumpa sekarang.

"Lupa pula dengan anak dara belakang tu, apa khabar Flora Yulia?" Usik Raja Syeikh Luthfan.

Gadis itu tersenyum manis. "Baik je Ayah Luth, sihat selalu" selorohnya bergurau.

"Jomlah masuk, Ayah Luth dah siapkan semuanya. Daiyan pun ada di sini" ujar Raja Syeikh Luthfan sambil menanti kedatangan anak lelakinya itu namun kosong, Daiyan masih dengan degil dan keras kepalanya.

"Oh, Daiyan dah selesai dengan thesis dia?" Soalan itu dibalas bersama anggukan kecil, tidak mahu menyoalkannya dengan lebih panjang.

"Nathan dan Hujan, iringi mereka ke ruang tamu istana. Saya nak panggil Daiyan sebentar" arah Raja Syeikh Luthfan, mahu tidak mahu dia harus bertikam lidah juga dengan anaknya. Jika tidak, sehingga ke hujung pangkal masih dengan perangai degilnya.

Nathan dan Hujan mengangguk patuh, serentak itu mereka terus membuka pintu istana sebelum mengiringi mereka ke dalam.

"Bagaimana dengan istana?" Soal Pemaisuri Lelyana kepada mereka.

"Seperti biasa, Pemaisuri. Istana masih berada di dalam kawalan" ujar Nathan.

"Serang hendap beberapa hari lalu juga sudah selesai, istana masih berada di paras terkawal" sambung Hujan pula.

Pemaisuri Lelyana menganggukkan kepalanya, nampaknya Istana Versailles masih tidak boleh ditawan lagi. Atau tidak mampu.

"Masih berdua?" Soal Flora kepada mereka, namun tiada sebarang jawapan. Dia tersenyum sinis.

"Flora tak nampak sesiapa pun selain korang berdua tiap kali ke sini" ujar Flora lagi, masih lagi mahu menarik perhatian mereka.

"Iya" balas Hujan, ringkas. Tiada rasa ingin berbual terlalu lama.

"Macam malas nak--"

"Dah sampai, Pemaisuri" potong Nathan, dia membuka pintu ruangan besar yang mewah itu dengan luas.

"Masih tiada perubahan" spontan kata-kata itu meniti di bibir Pemaisuri Lelyana sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruangan itu, Istana Versailles masih sama seperti dulu.

"Kami keluar dulu" pinta mereka tatkala tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan, lagipun mereka masih perlu menjaga kawasan di luar. Tidak terlalu jauh mana pun untuk beredar. 

"Nanti dulu, saya ada sesuatu yang perlu dibicarakan pada kamu berdua" tahan Pemaisuri Lelyana, dia meminta mereka untuk berdiri di sisi meja.

"Selepas abang Luth datang ke mari, saya akan ceritakan" sambungnya lagi.

Nathan dan Hujan sekadar menganggukkan kepala mereka, patuh.  Namun kepala masih lagi keliru dengan tanda tanya, cerita yang ingin disampaikan ini seolah-olah melibatkan Diraja. Jika tidak, sebab apa lagi mereka perlu berada di situ?.

Ketika itu pintu terbuka, muncul wajah tegang Daiyan dan Raja Syeikh Luthfan.

"Welcome home, senorita" salam Daiyan kepada Pemaisuri Lelyana, tangan tua itu dicium.

"Bahasa, Daiyan" tegur Raja Syeikh Luthfan.

Pemaisuri Lelyana tertawa kecil, tiada masalah pun. Dia sudah lebih dari memahami perangai anak buahnya ini.

Saat itu langkah Daiyan terhenti tatkala memandang satu tubuh yang sedang duduk di sofa kusyen itu, dia tersenyum sinis menukar arahnya di sisi ayahnya. Dia melabuhkan duduk di sofa kosong itu.

"Apa yang Ana nak bincangkan?" Soal Raja Syeikh Luthfan sambil menyelesakan kedudukannya.

"Ana cuma rasa tidak sedap hati aja, sepanjang di Istana Laurent asik terfikirkan perkara ini. Ana harap abang tak akan membantah" kata-kata itu mengundang kerutan kecil di dahinya, nada adiknya itu juga kedengaran berhati-hati.

"Jangan berkias Ana, terus-terang dengan abang" bahasa kiasan ini bukan kegemarannya, dia malas mahu berfikir di dalam keadaan yang tegang.

Daiyan tersenyum sinis, ayahanda tidak pernah berubah.

"Ana dapat rasakan Abang Lais ada lagi, hati Ana kuat dan yakin dengan perkara itu" keluhan kecil meniti di bibir Raja Syeikh Luthfan, sudah agak.

"Abang dah cuba, Ana. 11 tahun masih lagi di dalam pencarian, tapi buat masa ni abang perlu hentikan dulu" jujurnya dengan nada yang memujuk, tipu jika dia tidak bersungguh-sungguh mencari abang kembarnya sendiri. Segala penat dan lelah dibiarkan agar abangnya ditemui semula, namun jalan mereka masih panjang. Semuanya samar-samar.

"Ana tahu, dan Ana sendiri cuba untuk fahami keadaan sekarang. Tapi abang, masih terlalu awal lagi untuk kita hentikan pencarian Abang Lais" pujuk Pemaisuri Lelyana pula. Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan Abang Lais masih menetap di luar sana. Cuma mereka yang tidak diberi peluang untuk menjumpainya.

"Ana kata 11 tahun masih lagi awal? 11 tahun tu lama Ana, masanya terlalu panjang" Raja Syeikh Luthfan memicit dahinya perlahan, berat memikirkan perkara ini.

"Ana cuma sangsi abang, hati Ana ni kuat mengatakan Abang Lais ada lagi. Abang Lais tak mati lagi" balas Pemaisuri Lelyana dengan yakin, wajahnya bertukar sayu. Abang Luthfan seolah-olah mengendahkan kata-katanya.

"Abang tahu, abang bukan tak ada usaha Ana. Abang dah cuba semuanya, tapi sejauh mana pun abang cari, kalau Allah kata belum sampai masanya lagi tetap tak akan jumpa" pujuk Raja Syeikh Luthfan lagi, dia tidak boleh meneruskan pencarian Abang Lais buat masa ini. Istana masih lagi berada di dalam pengawalan, dia tidak mahu perkara lain yang datang mengeruhkan keadaan.

Pemaisuri Lelyana menunduk kecewa, dia menggenggam jari jemarinya. "Tapi kita boleh doa. Tolong abang, kita buka kembali kes pencarian Abang Lais" pintanya lagi.

Nathan dan Hujan mulai berpanjangan sesama sendiri, buka kes?.

"Buat masa ni, abang tak berani lagi. Ana perlu faham, sekarang ni--"

"Ana boleh minta tolong Kerajaan Laurent sebagai bantuan" potong Pemaisuri Lelyana dengan segera.

Raja Syeikh Luthfan menarik nafas kecil sebelum menghembusnya perlahan. Letih.

"Istana Versailles baru sahaja reda dari serangan kuasa luar, abang tak boleh buka kes pencarian Abang Lais secara mendadak macam ni" buntu. Iya, dia sangat buntu ketika ini. Tidak tahu bagaimana lagi mahu berbincang dengan adiknya ini.

"Ana akan tolong abang" tegas Pemaisuri Lelyana.

Flora memandang ibunya dengan sayu, ibunya benar-benar nampak tekad.

"Kehilangan Abang Lais pun berlaku diluar jangkaan, dan sedar tidak sedar hampir 11 tahun kes ni berjalan. Abang tak mahu bersangka buruk, tapi abang redha andai kata Abang Lais memang dah tiada lagi" ujar Raja Syeikh Luthfan dengan lembut, siapa sahaja yang tidak sedih mengenangkan kehilangan ahli keluarga?.

Kerana itu dia sanggup menjalankan kes ini sehingga 11 tahun sungguh pun dia tidak tahu keadaan abangnya. Hidup ataupun meninggal, dia tetap meneruskannya. Namun dia perlu menghentikannya seketika buat masa ini, ada perkara yang perlu diselesaikan.

Mata Pemaisuri Lelyana mulai kelihatan berair. "Ana yakin dia hidup lagi, Ana tahu--"

"Ana sedar tak, kes Abang Lais berada dalam keadaan yang terburu-buru semasa awal pencarian. Sebab apa? Kita tak tahu siapa dalang disebalik kehilangan ni, semuanya nampak okay sampai satu masa, Abang Lais hilang secara mendadak" pencarian dijalankan hampir di seluruh dunia namun hasilnya masih sama, kosong.

"Hitung dan hitung, masa berlalu selama 11 tahun. Dan kita masih tak dapat Abang Lais di dalam pegangan" nafas berat terbit di bibirnya. Letih, lelah dan penat semuanya bergabung menjadi satu, namun dia harus meneruskan semuanya. Dia sayang Abang Lais.

"Ana tahu dia masih ada" yakin Pemaisuri Lelyana lagi.

"Abang pun tahu dia masih ada, sekarang ni isteri dan anak Abang Lais pun masih berada di dalam pencarian. Even isteri Abang Lais pun kita tak jumpa, apatah lagi dia?" Kata-kata Raja Syeikh Luthfan menarik perhatian Nathan.

Lelaki itu mengerutkan dahinya, Raja Syeikh Lais mempunyai anak? Sedangkan di dalam gambar dan maklumat yang dia dapati hanya terdapat Tuanku Lais dan isterinya sahaja. Malah berita mengenai anak Raja Syeikh Lais juga tidak pernah tersebar.

"Kalaupun Abang Lais tiada sekalipun, Ana tahu dia masih tinggalkan anak dia, dan berkemungkinan ada pewaris yang lain. Mungkin ada di sesuatu tempat, tapi Ana tetap dengan keputusan Ana bahawa Abang Lais masih hidup" ujar Pemaisuri Lelyana, tegas. Tidak mungkin seluruh keluarga abangnya hilang begitu sahaja, dia tahu mereka masih ada. Tidak kiralah anak mahupun pewaris.

Hujan memandang ke arah Nathan yang berkerut sendirian, dia juga keliru mendengar kata-kata yang diceritakan tadi. Anak dan pewaris yang lain, di dalam fail kes pencarian Raja Syeikh Lais yang bertimbun hampir beratus itu tidak pernah menyebut soal anak. Dan tiba-tiba hari ini, soal anak dan pewaris dibangkitkan buat pertama kali.

"Abang juga keliru, Ana. Abang sendiri buntu dengan semua ni, semakin berjalan kes ni semakin banyak perkara misteri yang timbul satu demi satu" pening. Soal Abang Lais juga masih tiada lagi penyelesaian, apatah lagi soal pewaris yang lain?.

"Ana tahu anak mahupun pewaris Abang Lais berkemungkinan berada di bawah penjagaan salah seorang rakyat Versailles, mereka sekeluarga tak akan menghilang secara serentak, abang" balas Pemaisuri Lelyana dengan nada yang agak tinggi. Sungguhpun berita Raja Syeikh Lais tersebar dengan luas, namun tiada seorang yang berani membuka mulut soal itu. Semuanya senyap dan mendiamkan diri.

"Kita buka semula kes pencarian Abang Lais, mungkin kali ni kita akan jumpa semuanya" tambah Pemaisuri Lelyana sekali lagi.

"Abang perlu fikirkan perkara ni dulu, banyak fail dan laporan yang perlu dibuka semula" akhirnya dia mengalah, dia tahu Lelyana tak akan berhenti begitu sahaja. Dia perlu memikirkan banyak cara untuk menolak permintaan itu.

Ketika itu senyuman lebar terukir di bibir Pemaisuri Lelyana, dia tahu Abang Luthfan tidak akan mengecewakannya.

"Terima kasih, abang" ucapnya gembira.

"Nathan dan Hujan" serentak itu tubuh mereka berdiri dengan kemas.

Mereka memandang Raja Syeikh Luthfan dengan hormat.

"Kamu berdua ada kes berat yang perlu dipikul di balai?" Soalan itu membuat mereka berpandangan sesama sendiri.

"Ada, Tuanku. Kes Pembunuhan" balas Hujan dengan ringkas.

"Kes itu dibawah perhatian? Ia masih boleh dilepaskan kepada pegawai lainkah?" Soal Raja Syeikh Luthfan, dia tidak mahu kedua-dua pegawainya memikul kes berat sekaligus.

"Masih di dalam pengawasan sepenuhnya, kes itu sudah bertukar tangan hampir 6 tahun, Tuanku. Dan kami dipertanggungjawabkan di atas kes itu, tidak boleh dilepaskan sesuka hati kepada anggota lain" balas Nathan pula. Dia sendiri keliru dengan pembukaan semula kes pencarian Raja Syeikh Lais, perkara ini berlaku diluar jangkaannya. Terlalu mendadak.

Keluhan berat terbit dibibir Raja Syeikh Luthfan.

"Nampak, Ana? Abang dah beritahu, sekarang bukan masa yang sesuai" dia tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskan kepada adiknya itu, Lelyana nampak sungguh tekad dengan keputusannya.

Hati Pemaisuri Lelyana kembali sayu, semangatnya seolah-olah diambil semula.

"Kamu berdua tak boleh jalankan kedua-dua kes itu serentak?"

"Ana" tegur Raja Syeikh Luthfan, tidak suka dengan permintaan adiknya itu.

Daiyan yang sedari tadi menadah telinga mendengar itu hanya mampu melepaskan decitan sinis, air yang dicincang tidak akan putus. Kedua-duanya sama.

"Ana cuma bertanya aja" balas Pemaisuri Lelyana semula.

"Bertanya ataupun tidak, abang tak yakin dengan permintaan tu. Bukan senang untuk handle perkara ni" tegas Raja Syeikh Luthfan, kalau boleh dia tidak mahu mencampur adukkan hal rakyat dan istana. Boleh berputar belit dan rumit.

"Apa pendapat kamu berdua? Boleh?" Soal Pemaisuri Lelyana tidak berputus asa.

Mereka berdua kelihatan teragak-agak. "Kami tak pasti, Pemaisuri. Segala keputusan di atas tangan Tuanku Luthfan" ujar Nathan. Mampu ataupun tidak, mereka tetap perlu melewatinya. Cuma keputusan untuk memegang kes itu berada di bawah arahan Raja Syeikh Luthfan, mereka perlu menurutinya.

"Abang minta Ana bersabar, bagi abang fikir dulu perkara ni" kata-kata itu mengundang keluhan kecil di bibir Pemaisuri Lelyana, nampaknya dia perlu menunggu.

"Kita cuma bertiga aja abang. Abang Lais dan Abang Luth aja yang jadi bahu Ana selama ni, kalau boleh Ana tak nak hilang salah seorang pun" ujarnya sedikit sebak, mengenangkan keadaan mereka bertiga tanpa ibu dan bapa. Perlu berpegang teguh terhadap satu sama lain demi membangunkan Versailles, sebelum dia dikahwinkan dengan putera Kerajaan Laurent.

"Ana dah cuba tabahkan hati untuk terima kehilangan Abang Lais selama 11 tahun, tapi tak boleh. Sebab Ana tahu, hilangnya Abang Lais sama sepertinya Ana hilang Abang Luth juga" kali ini Raja Syeikh Luthfan tertunduk mendengar kata-kata adiknya, sayu mengingatkan keadaan mereka selepas tragedi kehilangan Abang Lais. Semuanya bertukar tunggang-langgang, dia perlu menadah diri untuk membetulkan semuanya memandang dia adalah pewaris lelaki selepas Abang Lais.

"I know, bagi abang masa" balasnya perlahan, dia mengusap lembut tapak tangan adiknya memujuk.

Permaisuri Lelyana menganggukkan kepalanya, menerima keputusan abangnya itu. Dia akan cuba faham keadaan mereka, dia akan laluinya dengan kuat.

Daiyan dan Flora hanya memerhati situasi itu dengan senyap, tiada sebarang patah perkataan yang meniti dibibir mereka. Seakan-akan masih cuba memahami situasi itu.

Ketika itu Hujan menyenggol lengan Nathan sebelum menjongketkan sebelah keningnya.

"Fikir apa, bro?" Soal Hujan bersama senyuman katak.

Nathan tergelak perlahan, si capang ni.

Bukan apa, but good luck for us.

          SENGIHAN LEBAR terbit di bibir Mawar sebaik sahaja pintu kayu itu terbuka, wajah Ummi Dahlia menyapa pandangannya.

"Tok Ummi!" Jeritnya teruja, dia melompat kecil memeluk tubuh tua itu.

Tawa Ummi Dahlia memenuhi ruangan nyaman itu, teruja sungguh.

"Semangatnya dia, bahagia ya?" Soalan itu membuat Mawar tersengih busuk di tempatnya, bahagia ya. Erm, bahagia sangat sangat.

Bahagia layan perangai gatal Nathan, eh.

"Masuk dulu. Tok Ummi buatkan air, lepastu Tok Ummi bawa barang Nathan ya" pandai pula si Nathan ni mengarah bini dia ambil ya, bukan main lagi. Mentang-mentang dah beristeri, dia buli suka hati aja.

"Eh, Mawar tolong Tok Ummi" dengan segera dia mengikuti langkah Ummi Dahlia ke dapur, cucu menantu mithali lah katakan.

"Nathan layan Mawar dengan baik?" Hehe, typical soalan di rumah mentua ya.

"Tak, dia asik buli Mawar" kau rasa aku akan jadi isteri baik dok kata dilayan dengan istimewa? Wah wah, anda silap. HAHAHA.

Dengan rasa seronok mengutuk suaminya, dia melabuhkan duduk di kerusi dapur. Kutuk lagi kutuk. Hahaha.

"Tok Ummi agak dah, Nathan tu memang macam tu. Jarang lah nak berlembut dengan perempuan" tawa Ummi Dahlia. Bila ditegur mengapa terlalu kasar, senang aja jawapannya. Perempuan terlalu merumitkan. Amboi.

"Nathan tu memang tak ada kawan perempuan kah, Tok Ummi? Dengan Gween pun nampak dia jarang bersembang selain urusan kerja" soal Mawar, terasa ingin tahu pula. Kerana wanita yang dia selalu lihat berdekatan Nathan adalah Gween sahaja.

"Tak ada, dengan perempuan pun dia malas dekat. Kalau boleh, tengok muka pun tak nak" wah, kisah paling gangster. Ganasnya Nathan sebagai lelaki, uhuk.

"Dia ada masa silam dengan perempuankah?" Soalnya lagi. Iyalah, kalau tidak mengapa tiba-tiba tidak mahu bergaul kan?. Macam pelik pula.

"Tidaklah, teman wanita pun dia tak ada. Nathan memang turun perangai ayah dia, tegas sikit dengan wanita. Samalah macam Tok Ayah tu" jelas Ummi Dahlia, memang genetik lah tu. Turun temurun punya perangai, tidak suka bergaul dengan wanita. Tetapi baguslah, tiadalah isu buaya.

Mawar kagum sendirian, bagusnya. Tidak dididik untuk berkawan dengan berlainan jantina.

"Tapi, macam mana pun lelaki macam Tok Ayah dan arwah walid boleh pilih Tok Ummi dan Ummi?" Rasa menarik pula mendengar cerita cinta mentuanya ini. Sebab lelaki kasar seperti mentuanya itu bisa juga jatuh cinta dengan seorang wanita.

Ummi Dahlia tersenyum segaris. "Macam mana pula Nathan boleh pilih Mawar?" Soal Ummi Dahlia semula.

Mawar terdiam ditempatnya, betul ya?.

"Jadi, itulah dia jawapan untuk soalan Mawar tadi" Ting! Pandai sungguh Ummi Dahlia memberi jawapan.

"Sebab senang dibuli?" Namun lain pula yang disangka oleh Mawar.

Ummi Dahlia tertawa besar, lain pula kefahaman si dia ni. Terbalik betul.

"Lelaki macam diorang ni, susah untuk bersama wanita.." sengaja dia menghentikan kata-katanya, terhibur melihat wajah menanti Mawar. Teko yang berisi air panas itu diletakkan di atas dulang.

"Melainkan selain cinta dan sayang" sambung Ummi Dahlia, dia melabuhkan duduk di kerusi dapur. Sudah alang-alang rancak bersembang di sini, teruskan sahajalah.

"Sebab tu, bila dah nikah. Hubungan dengan lelaki yang kasar ni jadi lebih manis selepas berumah tangga, ada romantiknya semasa halal" tambah Ummi Dahlia lagi, dia mengusap lembut kekura tangan cucu menantunya itu. Bukan main tertarik lagi riak wajahnya, seronok mungkin mendengar.

"Tapi Nathan tak macam tu pun, Tok Ummi" kata-kata itu mengundang kerutan kecil di dahi Ummi Dahlia, tidak mungkinlah.

"Did he hold your hands?" Ha? Mawar terkebil-kebil ditempatnya.

"Ataupun sentuh dan peluk, Mawar?" Pipinya mulai kemerahan, dia mengemam bibirnya. Malu apabila disoal seperti itu.

"Maaf sebab Tok Ummi tanya, did he kiss you?" Ha! Hampir meletop dadanya tatkala disoal seperti itu.

Hampir terlepas tawa Ummi Dahlia tatkala melihat wajah bak tomato itu, mudah malu dan segan.

"Orang boleh kata, seluruh perkara itu semua lelaki boleh buat. Cinta atau tidak, sayang ataupun tidak, perkara itu akan tetap berlaku. Tak perlukan perasaan pun" tersenyum dia melihat wajah Mawar yang tekun mendengar ceritanya, nampak sungguh tertarik mendengar cerita mengenai suaminya sendiri.

"Tapi itulah cara lelaki macam Nathan untuk luahkan perasaan dia, selain melafazkan kata-kata di bibir" benar. Kalau tidak boleh aja mereka memegang dengan sengaja ataupun tidak. Sama ada kerana kepuasan nafsu mahupun miang, gatal dan tidak beradab.

"Sebab itu, tak semua lelaki sama. Nathan memang kasar, tetapi dia hormatkan wanita. Sungguhpun dia nampak jahat sangat dengan perempuan, tetapi dari kecil lagi dia dah dididik untuk menghormati wanita. Tak apa jika menyakitkan hati, asalkan maruah wanita itu masih lagi terjaga" kata-kata itu ditutup dengan senyuman manis kepada cucu menantunya, dia tahu Mawar masih lagi cuba memahami perangai suaminya sendiri.

Sama sepertinya dan juga menantu perempuannya dahulu. Lelaki seperti mereka memerlukan sepenuh perhatian untuk difahami, rumit tetapi ada manis dihujungnya.

"Kalau mereka sayang, kenapa diorang tak luahkan aja? Kenapa perlu melalui tindakan, kadang-kadang perempuan macam Mawar ni mana boleh faham" jujur Mawar mengutuk diri sendiri, sedar akan perangai bebal dan tiga sukunya. Tetapi entah mengapa, sungguhpun begitu dia tetap mahu mendengar kata-kata bahawa Nathan mencintainya.

"Lelaki macam mereka kalau diharapkan untuk berbicara manis tu memang jauh sekali, Mawar. Mereka lebih suka untuk meluahkan melalui tindakan selain dari kata-kata. Kalau melalui bibir, semua orang boleh luahkan rasa cinta tanpa perasaan" Ding Dong Deng ! 10 markah untuk Ummi Dahlia. Jarang kata-kata Tok Ummi tidak membawa semangat padanya, semuanya kena pada situasi dan lebih difahami.

"Habistu Tok Ummi, apa yang Mawar kena buat?" Bercantum dahinya memikirkan perkara itu. Jika bertindak manja dikatakan terhegeh-hegeh pula, jika menjaga jarak dikata tidak sudi pula. Aduhai.

"Tak perlu buat apa-apa. Kalau Nathan tak nak, dia tak akan nikah dengan Mawar" Aik? Begitu pula.

"Mawar tak faham" keluhnya.

"Bila dia ambil keputusan untuk jadikan Mawar isteri dia, itu maksudnya Mawar dah berjayalah. Mawar dah berjaya ambil hati dia dan Mawar dah berjaya buat dia cintakan Mawar" kali ini Mawar benar-benar berada diluar akal fikirannya, dari segi mana pula ni?. Sedangkan dia tidak berbuat apa-apa pun.

"Tapi Tok Ummi, Mawar tak ada pun melekat dengan dia. Apatah lagi nak terhegeh-hegeh minta dia sukakan Mawar semula, lagikan pula nak bermanja. I'm doing nothing"  jelas Mawar tidak percaya, kalau aku kentut pun boleh buat dia jatuh cinta memang luar tabii lah cerita dia.

Ummi Dahlia tertawa kuat, kelakar sungguh bersoal jawab dengan cucu menantu sorang ini.

"Ada sesuatu pada Mawar yang buat dia sayang, tapi cuma dia lah yang tahu" ujarnya bersama sisa tawa. Nampak dek Ayah Syah ni nanti teruk dikatakan memfitnah dia sekali, iyalah perangai lebih kurang dengan cucu dia.

"Itulah masalahnya, Tok Ummi tahu tak Mawar tanya dia pergi mana pun macam orang tak senonoh dia jawab" adu Mawar, tak ada kali ni aku nak mengadu puas-puas. Geram aku tau.

"Lagikan pula nak bersoal jawab tentang soal cinta dengan dia" tambah Mawar lagi.

"Hahaha, boleh aja Mawar cuba slow talk dengan dia. Tanyalah, awak cintakan saya tak?" Adoidoidoi, tepuk dahi lah jika bertanya seperti itu. Silap haribulan, aku humban kepala aku dalam tanah.

"Dialah kena buat dulu" bantah Mawar, malu. Tak akanlah dia sebagai perempuan perlu mulakan dulu?. Eh, sudah jatuh cinta dengan suami sendirikah Mawar?.

"Dia dah lama tunjukkan, apa kata Mawar pula yang tunjuk rasa cinta pada dia" gulp, Mawar menelan liurnya gugup.

"Atau Mawar tak cintakan cucu Tok Ummi tu?"

"Eh, ab--abang Nathan dd--dia--" jawab Mawar gagap. Beberapa saat sebelum dia tersedar sesuatu, dengan segera dia menutup mulutnya. Matanya membulat besar.

"Abang?" Soal Ummi Dahlia, mengusik.

"Kedengaran mengancam" sambungnya.

"Tok Ummi!" Jerit Mawar dengan rasa malu. Sama je tau dengan cucu dia!.

"Kalau dah sama sama cinta, kenapa masih berahsia?" Soalan itu mengundang cebikkan kecil di bibir Mawar.

"Biarlah dia cakap dulu" elaknya.

"Nathan dah bagitahu dia cintakan Mawar, Mawar bila pula?" Eh, Nathan sudah memberitahunya?.

"Bila masa pula, Tok Ummi? Tak adalah" bantahnya kecil, perkataan cinta pun tidak pernah meniti di bibir suaminya sepanjang mereka bertemu.

"Sekejap" serentak itu Ummi Dahlia melangkah keluar dari dapur, ingin mengambil sesuatu.

Mawar termenung sendirian, kenapa orang sekeliling asik kata Nathan cintakan aku sedangkan aku tak nampak apa-apa pun?. Atau aku yang tak perasan?.

"Ini barang yang Nathan suruh Mawar ambilkan" Ummi Dahlia meletakkan sebuah parcel atas meja dapur. Dahi Mawar berkerut.

"Oh, barang yang dia order ya?" Soalnya.

"Iya, lepastu dengan ini sekali dia kirimkan"  sejambak bunga Rose dihulurkan kepada cucu menantunya itu, dia tersenyum nipis memandang mata yang terkebil-kebil itu. Dah agak dah, ni mesti Nathan tak beritahu apa-apa.

"Nathan punya jugakah?" Ummi Dahlia tergelak besar mendengar soalan itu, alahai Mawar.

"Ini Mawar punya, Nathan kirimkan ke alamat Tok Ummi sebab dia tahu isteri dia datang hari ni" hampir ternganga Mawar mendengar kata-kata itu, sampai begitu sekali?.

"Macam kelakar je, Tok Ummi. Kenapa dia tak nak beri sendiri je pada Mawar?" Soal Mawar lagi, di rumah pun mereka berjumpa namun kenapa di sini pula mahu diberi?.b

"Tak salah jika dia kirimkan cinta dia melalui sini" alahai, bergurau pula Ummi Dahlia ni.

"Kelakar je" gumam Mawar.

Ummi Dahlia menggeleng kecil, senyuman masih lagi terukir di bibir.

"Mungkin dari sini dia nak tunjuk yang dia cintakan Mawar. Kat mana-mana pun, pada waktu bila pun, dengan sesiapa pun, dia masih ingatkan isteri dia. Nathan dah tunjukkan rasa cinta dia, Mawar bila pula?" kepala Mawar diusap sayang, biasalah orang baru berkahwin. Masih lagi mahu menyemai cinta, lainlah dia yang sudah berpuluh tahun ini.

"Err, kalau nak tunjukkan, kena tunjuk macam mana?" Soal Mawar seperti orang bebal, dia menayangkan senyuman busuk.

Kening Ummi Dahlia terjongket sebelah, macam berani je. "Pergi cakar dia" selamba dia membalas.

Mata Mawar membulat besar, cca--cakar?.

"Tok Ummi gurau je, apa kata Mawar cuba goda dia" uhuk. Aku? Goda? Bagaikan ingin mencantumkan langit dan bumi. Jauh sangat.

"Air mana air?" Soalnya malu, dia mencapai secawan teh di dalam dulang itu.

"Rasanya mesti dia akan tunduk, kalau Mawar goda dia" Allahuakbar, tidak habis lagi Ummi Dahlia ni.

Mawar berpura-pura tidak dengar, dia meneguk air itu dengan tergesa-gesa.

"Tok Ummi nak cicit"

Purrrrrr !

"Uhuk" Mawar tersedak.

Lain dah ni!.

            NATHAN membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan, ingin mengintai ke dalam. Kosong.

Dengan teragak-agak dia melangkah masuk sebelum menutup pintu semula, gayanya tidak ubah seperti pencuri.

"Bah!"

"Arghh!" Jerit Nathan terkejut. Dengan segera dia menoleh ke hadapan.

"Tahu pun terkejut, pergi mana pukul 10 malam baru balik?" Soal Mawar pantas, geram. Dari petang lagi dia tunggu namun masih tidak lihat batang hidung suaminya itu, menyirap aja.

Nathan terkaku seketika, permandangan di hadapan matanya ini seolah-olah menarik perhatian.

"Saya ada masak, nak makan tak?" Soal Mawar tatkala lelaki itu mendiamkan diri.

"Fuhh.." siul Nathan, nakal. Wajahnya tidak tahu mahu memberi riak apa namun dia terkedu, terkejut.

Mawar membetulkan pakaian yang tersarung tubuhnya, mulai berasa tidak selesa.

"Nn--nak makan tak?" Soal Mawar lagi.

Kali ini Nathan memandang wajah isterinya, she ask me that?.

"I'm not interested in food now" kata-kata itu membuat bulu roma Mawar meremang, apatah lagi dengan pandangan suaminya yang mulai berubah memandangnya.

"Jadi, awak nak makan apa? Saya boleh masakkan yang lain" balasnya cuba menenangkan diri, gugup.

"Apa pilihannya? This woman in front of me or the food downstair?" Wh--what?. Ya Allah, Mawar menelan liurnya perit. Entah mengapa, seolah-olah terasa menyesal pula.

Dia menepis tangan Nathan tatkala tangan itu ingin bergerak menyentuhnya, no!.

Kening Nathan terjongket sebelah. "Kenapa tepis?" Soalnya tidak berpuas hati.

"Abang tak boleh sentuh Mawar" balasan itu mewujudkan senyuman sinis di bibirnya.

"Mawar pakai macam ni, just to expect that I won't touch you? Completely wrong" tegasnya di hujung ayat.

Sejauh mana kekuatan dia untuk menahan?.

Dress separas peha yang bertali halus di bahu, bewarna merah dan rambut yang terurai sehingga ke pinggang. Dress itu juga mengikut tubuh badan langsing itu dengan sangat sempurna, that red colour made my wife even more beautiful.

Mawar mengemam bibirnya, salah perancangan!.

"Mawar cuma cuba je, belum sempat tukar abang dah masuk" dia memberi alasan.

"Yeah, right. Sempat untuk sergah aku sebelum tukar?" Uhuk! Salah alasan!.

"Thats okay" ketika itu Nathan melangkah mendekati isterinya, serentak itu tangannya naik melingkar di pinggang ramping itu.

"You can seduce me everytime you want" rambut yang menutup bahu itu diselak ke belakang, menyerlahkan bahu putih isterinya.

Tangan Mawar naik menahan dada lelaki itu. Tidak boleh terlalu dekat, dia boleh koma akibat kekurangan oksigen.

Nn--no. Debarannya kian meningkat tatkala lelaki itu menundukkan wajah mencium ubun-ubunnya, kucupan hangat itu terasa menjalar ke seluruh tubuh. Matanya terpejam, berdebar.

"You're beautiful, baby" hidung suaminya mulai turun ke dahi sebelum berlaga menyentuh hidungnya lembut.

"Ab--abang" dia mulai gugup tatkala bibir Nathan bergerak mengucup pipinya, dan perlahan-lahan beralih ke telinga.

"Wangi" bisik Nathan sebelum mengucupnya lembut. Mawar jarang tidak menarik perhatiannya, apatah lagi hari ini. Lebih dari menarik perhatiannya, jiwa lelakinya meronta kuat.

Genggaman tangan Mawar di baju suaminya menjadi erat apabila bibir lelaki itu meniti turun mengucup rahangnya lalu  dengan lembut bibir itu turun mencium leher jinjangnya sebelum terhenti di situ. Nafas hangat suaminya itu terasa menyentuh leher, degup jantungnya semakin laju.

"Huh--" nafasnya kian sesak tatkala bibir itu bergerak semula menyentuh bahunya, tangan lelaki itu juga melingkar naik di belakang tubuh. Mengusapnya lembut. Pelukan itu terasa erat di tubuhnya, ciuman itu semakin menggetarkan tubuhnya.

Jika dia boleh mati di dalam debaran, saat itu juga nyawanya boleh tercabut.

Beberapa saat selepas itu pegangan mereka terlerai, Mawar terkaku ditempatnya.

Kk--kenapa?.

"Jangan risau, sayang. I won't force you" ha? Dia terkebil-kebil keliru, tidak faham dengan situasi mereka.

"I'm just teasing you" bisik Nathan, rambut panjang isterinya itu dimain dengan jarinya. Sungguhpun dia mahu, namun dia harus menghormati keputusan wanita itu. Mawar isterinya, bukan tempat untuk dia berbuat sesuka hati.

"Ab--abang apa?" Soal Mawar, tidak faham. Susah menyentuhnya bersungguh-sungguh dan itu adalah sebagai usikan?.

"Bergurau, dahlah. Mawar masakkan? Nanti hidangkan ya, abang belum makan lagi" balas Nathan, tidak mahu berada di dalam keadaan ini terlalu lama. Risau jika dia tidak dapat menahan dirinya dan terbabas.

Masa tu jangan harap aku nak patah balik.

"Nak makan di bawah, atau di sini?" Entah di mana keberaniannya untuk menyoal begitu, dengan selamba Mawar memegang dada suaminya.

Tali leher suaminya ditarik lembut, mendekatkan wajah mereka semula.

Nathan tertunduk keliru, dia terkedu memandang isterinya kembali.

Jiwa lelakinya berdebar hebat tatkala tangan halus itu menyentuh naik dadanya, menyentuh butang bajunya yang atas. Tali lehernya juga dibuka dengan perlahan-lahan sambil disajikan dengan tatapan nakal isterinya, bibir merah bak delima yang digigit itu dipandang penuh minat.

Mawar sengaja mengujinya.

"I'm still a man, baby. Stop it" Dia cuba menahan isterinya namun dengan selamba Mawar menggenggam erat bajunya, tangan itu nakal membuka butang bajunya satu persatu.

"Jangan" Nathan menghalang isterinya tatkala tangan itu berjaya membuka separuh dari butang bajunya, menyerlahkan dadanya yang tidak berlapik itu.

"Mawar!" Jeritnya apabila tangan halus itu menyentuh dadanya yang terdedah.

Mawar tergelak di tempatnya, puas hati. Tahu pula takut.

"You know what? Kau ni ada dua personality tau, satu pemalu satu lagi daring macam ni" nada Nathan bertukar perlahan di hujung ayat, malu. Aku dicabul.

"Awak fikir saya tak attractive lah? Tunggul je? I know how to seduce you" balas Mawar dengan bangga, baru sentuh sikit dah menjerit. Menipulah jika dia kata tidak berjaya kan?.

"Still baby, if aku tak dapat kawal diri aku tadi. I will throw you on the bed" pakkal je berhenti tadi, jika tidak sudah lama dia melambung wanita itu.

"Nampak ganas, bila orang sentuh malu pula" ejek Mawar.

"Then, kau statik kah bila aku sentuh? Especially when I touch that" Nathan memberi isyarat mata kepada bibir isterinya.

Mawar ternganga. "It--itu semua orang tak nak" iyalah tu, tak nak. Pandai pula menipu.

"Aku nak. Cause I'm the one that always wet that lips" mata Mawar membulat tatkala mendengar ayat terakhir itu, tak bertapis sungguh! Selamba sahaja bercakap.

"Thanks for the flower" ucap Mawar tiba-tiba, mahu menukar topik. Dia tidak akan pernah menang jika berdebat soal itu dengan Nathan, dasar lelaki.

Nathan tersenyum nipis. "You like it?" Soalnya.

Mawar menggeleng. "I love it, thank you" dia tersengih. Betullah kata Tok Ummi, dalam jahat si Nathan ni ada manisnya juga.

"So, can I get my gift--"

Mata Nathan membulat tatkala bibirnya ditindih lembut.

Berani!.

"Now, i'm the one that wet that lips" balas Mawar dengan berani, matanya dikenyit nakal.

"Huh" Nathan tertawa kecil, i love this daring woman. Mengancam.

"You can take me as your wife to" ujar Mawar seakan-akan berbisik, malu tapi sampai bila dia mahu seperti ini? Kadangkala dia juga perlu menunjukkan sisi nakalnya juga.
Menarik Nathan untuk memandangnya seorang sahaja.

Nathan terkedu namun bibirnya masih mengukirkan senyuman kecil. Dia menjauhkan jarak mereka seketika.

"Mawar buat semua ni, bukan semata untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri kan?" Soalan itu membuat Mawar terkebil-kebil ditempatnya. Tidak faham.

"Maksud abang?"

"Seducing me, and all of that. Cuma untuk jaga hati abang kah?" Entah mengapa hati Mawar seakan-akan dihentak kuat mendengar ayat itu.

"Abang tak kisah pasal tu, tapi tak perlu jaga hati abang sampai macam ni. I'm okay dengan sebelum ni" ujar Nathan, lembut memujuk.

Dia tidak mahu Mawar melakukan ini kerana terpaksa, mungkin ada sesuatu yang wanita itu lakukan di rumah Tok Ummi semasa ketiadaannya. Namun dia tidak mahu Mawar melakukannya di atas nasihat orang, dia mahu di atas kerelaan wanita itu sendiri.
"Abang tak suka Mawar macam ni?" Nathan tertawa mendengar soalan itu, mana mungkin dia tidak suka.

"Bukan, abang suka. Tapi abang tak nak Mawar buat macam ni sebab nak hormatkan abang sebagai suami, Mawar tahu yang abang tak akan paksa Mawar kan" rasa hendak menjerit sahaja mendengar kata-kata lembut suaminya itu, rasa menyesal mula bertandang di hati memikirkan kesilapannya sebelum ini. Sepatutnya dari dulu lagi dia melayani Nathan sebagai suami, namun lain pula yang berlaku.

"Tak guna kita bersama kalau cinta tu berlandaskan dari abang sahaja" ayat terakhir itu menghentikan pergerakan Mawar, dia memandang suaminya dengan rasa terkedu.

Ci--cinta dari abang?.

"Abang cintakan Mawar?" Soal Mawar pantas. Berharap.

"Huh?" Nathan terkebil-kebil ditempatnya, dia terlepas cakapkah?.

"Betulkah abang cintakan Mawar?" Soal Mawar lagi.

"Abang mandi dulu, badan abang dah berlengas. Sediakan pakaian abang nanti" elak Nathan segera, dia melangkah ke tandas dengan tergesa-gesa. Dia membuka butang bajunya sehingga habis sebelum melemparkan kemeja putih itu di bakul pakaian kotor.

Langkahnya terhenti tatkala lengannya dipaut dengan erat dari belakang. Sekejap sahaja matanya dijamah dengan wajah cantik Mawar, wanita itu perlahan-lahan memeluknya dari hadapan.

Lingkaran tangan halus itu terasa lembut melingkar di pinggangnya, kepala wanita itu terasa selesa bersandar di dadanya. Dia terkaku.

Menahan segala perasaan apabila tubuh yang berbalut dress merah itu menyentuh dadanya yang tidak berbaju.

"Tak salah jika abang cintakan Mawar, sekurangnya Mawar tahu cinta Mawar tak bertepuk sebelah tangan" Nathan terkedu. Tubuhnya seakan-akan mengeras mendengar luahan hati isterinya itu.

"Mawar cintakan abang" bisikan halus itu berjaya mendebarkan hatinya. Tanpa sedar tangannya naik memeluk wanita itu semula.

Tiada sebarang kata yang mampu mengungkapkan rasa bahagianya ketika itu, terasa seolah-olah dunianya berubah seratus peratus mendengar ungkapan cinta itu.

Saat itu dia mengangkat tubuh Mawar di pegangannya sebelum meletak tubuh itu dengan lembut di atas katil. Dia merangkak naik ke atas, wajah Mawar dipandang dengan rasa sayang.

"Abang cintakan Mawar juga" pipi gebu itu diusap lembut, khayal memandang wajah cantik yang berada di bawahnya ini.

Tangan halus itu menjalar naik ke dadanya sebelum melingkar erat di belakang lehernya, ibu jari cantik itu mengusap lembut bibirnya.

"Terima kasih sebab lamar Mawar sebagai isteri dulu" ujar Mawar tiba-tiba, mujur dia menerima lamaran suaminya suatu ketika dahulu. Jika tidak, mungkin sehingga sekarang dia akan menyesal.

"Kalau tidak, mungkin Mawar tak akan rasa nikmat bersuami isteri seperti sekarang" dia mengusap sayang pipi suaminya, jarinya sengaja bermain di wajah itu.

Nathan mencium ibu jari isterinya, dia tersenyum mendengar tawa kecil yang terletus itu.

"Mujur ikut petunjuk Allah untuk lamar Mawar, kalau tidak abang tak akan dapat bunga ni dalam taman abang" guraunya, senyumannya semakin melebar ketika ini. Bahagia mengenangkan kisah cinta yang bakal dijadikan memori setiap saat dan waktu.

Dia merendahkan tubuhnya, menyatukan dahi mereka bersama. Hidungnya sengaja dimainkan di pipi gebu itu sebelum beralih ke telinga isterinya, bau wangian itu semakin menaikkan perasaannya.

Dia tersenyum penuh makna.

"Bismillah, baby" bisiknya lembut.

Mawar tertawa malu, dia memejamkan matanya.

Dan ketika itu, lampu pun mulai tertutup. Menutup hari yang ditutupi selimut malam, mengamit cerita cinta yang bakal disulam hari demi hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience