•bab 13•

Romance Series 12832

           AYAH Syah melabuhkan duduk di atas sofa ruang tamu, sengaja dia menguis siku cucunya yang sedang berbaring di sofa bertentangan itu dengan menggunakan kaki.

"Awal kamu balik hari ini?" Soal Ayah Syah apabila usikkannya tadi tidak memberikan apa-apa kesan. Selamba sahaja cucu lelakinya itu menonton televisyen tanpa mempedulikan kehadirannya, langsung tidak mahu memandang apatah lagi bercakap dengannya. Nampak sungguh riak tidak mahu layan itu.

"Pukul 11 pun awal ke Tok Ayah? Orang baru baring sekejap" ujar Nathan penat. Bukan niat dia untuk bersikap kurang ajar dengan Ayah Syah, tetapi dia terlalu penat untuk menolehkan kepalanya. Lagipun bukan dia tidak tahu niat atoknya itu, sengaja mahu mengacaunya.

"Awallah tu, sebab biasanya paling lewat kamu tak balik rumah" perli Ayah Syah lalu menyandarkan tubuhnya selesa di sofa, niatnya untuk mengusik sahaja. Tidak lengkap harinya sekiranya tidak mencari gaduh bersama cucunya, kalau bukan Nathan pasti Hujan yang menjadi mangsanya. Dia tidak lihat pula kelibat Hujan di ruang tamu, kalau tidak pasti sudah bising berebut remote bersama Nathan.

"Hari ni Nathan ada hal luar, sebab tu balik awal. Hujan pula ada dalam bilik, mandi" jelas Nathan mula mengubah kedudukannya yang berbaring kepada duduk, dia turut menyandar selesa di sofa. Wajah Ayah Syah dipandang dengan mata yang terbuka separuh, penat.

Selepas sahaja dia menghantar Mawar pulang, dia terpaksa kembali semula ke balai. Ada kes yang perlu diselesaikan sehinggalah dia baru pulang pada waktu ini, baru dapat merenggangkan tubuhnya. Tipulah jika rehat yang diperolehinya sentiasa cukup, pekerjaan sebagai seorang pegawai polis amat memenatkan. Terutamanya apabila melibatkan kesnya yang baru-baru ini dan masalah di Istana Diraja, dia dan Hujan perlu sentiasa berada di dalam keadaan bersedia. Bila-bila masa sahaja mereka boleh mendapat panggilan kecemasan.

"Nah, minum. Bagi segar sikit tekak kamu" huluran Ummi Dahlia itu mengejutkannya sebelum tangannya begerak untuk menyambut huluran cawan itu, pasti wanita itu berada di dapur kerana dia tidak melihat kelibat neneknya itu tadi.

Nathan tersenyum memerhati tubuh Ummi Dahlia yang melabuhkan duduk di sisi Ayah Syah, seperti tahu keadaan dirinya yang terlalu lelah. Dia seperti tidak boleh mengatur nafasnya dengan baik hari ini, terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan di balai. Mindanya juga tidak mendapat rehat yang cukup, asik berpusing-pusing memikirkan semua perkara.

"Air Abang?" Soal Ayah Syah bersama sebelah keningnya yang terjongket, wajah isterinya dipandang tunak.

"Air Abang? Buat sendirilah" jawab Ummi Dahlia, mengusik. Dia mengendahkan pandangan tajam suaminya itu, sudah biasa dengan pandangan itu selama bertahun-tahun. Langsung tidak takut, seperti tidak tahu pula perangai suaminya yang mengada-ngada itu.

Kedengaran bunyi tapak kaki yang tergesa-gesa menuruni tangga, kuat hentakan kaki itu menyentuh sapu persatu anak tangga.

"Hujan, buatkan air Tok Ayah" arah Ayah Syah, seperti sudah mengagak gerangan yang turun. Siapa lagi yang berada di atas kalau bukan Hujan, takkanlah isteri kedua dia?. Eh, mahu kena piat telinganya dengan Ummi Dahlia.

"Pemalas betul" cebik Hujan sebelum mengatur langkahnya terus ke dapur, alah bukannya mereka semua tidak biasa dengan gurauan seperti itu. Orang luar mungkin menganggapnya kurang ajar, tetapi biarlah mereka sendiri tahu cara keakraban mereka sesama keluarga. Lagipun siapa lagi yang mengajar mereka seperti itu, Ayah Syah lah!.

"Jangan lupa tau lusa, kita buat tahlil" sampuk Ummi Dahlia bersama senyuman lebar, mahu menghentikan pergaduhan mereka. Lagipun dia tidak sabar untuk menunggu hari lusa, hari yang sentiasa mendapat perhatiannya setiap tahun.

"Nanti Nathan dengan Hujan uruskan macam biasa" balas Nathan bersama senyuman nipis. Muram sahaja riak wajahnya, tubuhnya yang penat menjadi semakin lemah mengenangkan hari itu. Namun permintaan Ummi Dahlia itu memang kewajibannya, mereka akan sentiasa melakukan tahlil pada tarikh tersebut.

"Semuanya seperti biasa kan?" Soal Hujan dengan secawan air di tangan, cawan tersebut dihulurkan kepada Ayah Syah sebelum dia melabuhkan duduk di sisi sahabatnya itu. Bukannya dia tidak dengar perbualan mereka di dapur tadi, pasti mengenai kenduri tahlil yang dilakukan setiap tahun.

"Haah, sama macam tahun-tahun lepas. Tapi, pagi tu kita ke kubur macam biasa ya" senyuman lebar Ummi Dahlia sedikit mengubat hati Nathan, ceria sungguh wajah itu setiap kali tiba tarikh itu.

"Baik" sepatah sahaja perkataan yang mampu meniti di bibir lelaki itu. Tidak mampu menyembunyikan perasaan sedihnya, kadangkala sebak mengenangkan tarikh itu. Automatik segala memori terlayar di mindanya, satu memori yang amat sukar untuk dilupakan. Mampu menarik senyumannya sekelip mata, malah ditemani pula dengan titisan air mata yang ditahan-tahan.

"Kita kena kuat setiap kali berdepan dengan sesuatu Nathan, ayah dan ibu kamu pergi dengan izin Tuhan" pujukan Ayah Syah itu berjaya membuatnya sebak, sedaya upaya dia menahan air mata yang hampir menitis. Begitulah keadaannya setiap kali berbual mengenai perkara itu, dia tidak mampu menunjukkan kekuatannya setiap kali menghadapi situasi itu. Dia lemah, apabila mengenangkan memori bersama kedua-dua ibu bapanya. Mengapa dia kelihatan lemah setiap kali membicarakan soal ini?.

"Tok Umi bangga, sebab mereka tinggalkan seorang anak yang cukup sempurna. Itulah satu-satunya harta yang ada buat kami, dia hadirkan kamu untuk melengkapi setiap hidup kami" pujuk Ummi Dahlia pula. Dia tidak nafikan rasa yang menyelubungi cucunya itu, kerana dia turut merasakan perkara yang sama. Tetapi biarlah dia kelihatan kuat dihadapan mereka semua, walaupun nanti dia akan tewas.

"Selepas itu, Allah hadirkan pula seorang lagi cucu di dalam kehidupan kami berdua, Tok Umi bahagia sangat" tambah Ummi Dahlia lagi, kali ini pandangannya dilemparkan kepada Hujan yang turut memandang ke arahnya. Sungguh bersyukur dengan permata yang dihadiahkan oleh Tuhan, ditemani pula dengan kesetiaan seorang suami. Tiada perkara yang lebih bahagia untuknya selain semua ini.

"Kamu kena faham, Hujan juga kehilangan seorang Ayah" ujar Ayah Syah bersama senyuman kecil, mengenangkan kehidupan cucu-cucunya itu amat memberatkannya. Mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa mereka sendiri dalam keadaan yang mengejutkan. Kerana itu mereka melakukan kenduri tahlil untuk arwah ibubapa Nathan dan ayah Hujan, untuk sentiasa mengingati dan mengenang mereka.

"Aku kehilangan Ayah, dalam masa yang sama dibuang seorang Ibu. Aku rasa sakitnya juga" Hujan mengusap bahu sahabatnya itu, cuba menyalurkan satu perasaan yang turut dirasai. Sungguh pun dia kehilangan kasih bapa, namun dia masih mempunyai sayang seorang ibu walaupun ibunya sendiri hilang tanpa jejak. Dibuang begitu sahaja tanpa belas kasihan, namun dia amat bersyukur kerana masih berpeluang merasai kasih sayang Ummi Dahlia dan Ayah Syah yang sanggup menerimanya sebagai darah daging sendiri.

"Kau tak boleh lari dari tarikh tu, bro. Sebab kaki kau lembik" gurauan Hujan itu serta-merta mewujudkan tawa di bibir Nathan, sungguhpun kedengaran lemah sahaja. Dia tahu sahabatnya itu cuba mengembalikan suasana yang ceria, namun apa yang dia boleh lakukan sekiranya hatinya masih diundang dengan kesedihan. Tidak boleh kelihatan kuat setiap kali memori kenangan ibu bapanya berputar di minda, makin meningkatkan perasaan rindu yang semakin menggunung.

"Aku takut kalau aku tak nak balik dari melawat diorang nanti" kata-kata Nathan itu mengundang senyuman kecil di bibir mereka, faham akan maksud yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. Pasti mengenai kepayahan lelaki itu untuk meninggalkan jasad kedua-dua ibu bapanya. Setiap kali mereka menziarahi tanah perkuburan, Nathan adalah orang yang terakhir akan pulang. Mengambil mas berjam-jam untuk bersama arwah ibu bapanya, namun mereka tidak merungut dan mengeluh. Tahu akan keseksaan lelaki itu memendam rasa rindunya.

"Kamu perlu sentiasa mendoakan mereka agar ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, janganlah mengeluh dan meratapi pemergian mereka" nasihat Ayah Syah tatkala suasana menjadi semakin suram, terutamanya wajah kedua-dua cucunya itu. Lelah merasai kesedihan dan kelukaan sepanjang tahun, hanya mampu menyembunyikannya melalui senyuman yang terukir di bibir. Mereka kelihatan kuat di luaran, namun dalamannya hanya mereka sendiri yang merasainya.

"Tok Umi dengan Tok Ayah kan ada" Ummi Dahlia tersenyum sebak memandang cucu-cucunya. Sungguhpun dia menatang mereka bagai minyak yang penuh namun dia masih tidak mampu menandingi rasa sayang kedua-dua cucunya itu terhadap orang tua mereka, namun dia tidak mengambil hati asalkan cucu-cucunya itu membesar dengan sebaik mungkin di hadapan matanya. Senyuman yang terukir di bibir mereka sudah cukup untuk mengubati lukanya.

"Maafkan Nathan, Tok Umi. Nathan masih belum bersedia untuk kehilangan ibu dan ayah" Nathan mengelap setitis air mata yang mengalir di pipi, terasa diri sendiri lemah dan mengecewakan di hadapan keluarga sendiri. Dia tidak mampu untuk mengawal rasa sedihnya, mengenangkan waktu singkat yang dia kecapi bersama kedua-dua orang tuanya. Kerana itu rasa sebaknya mudah hadir, dia tidak mampu untuk menghentikan fikirannya dari memutarkan segala kenangan indah bersama kedua ibubapanya. Sungguhpun dia mencuba, namun tetap gagal.

"Kita semua rasa perkara yang sama, aku tahu kau redha tapi kita kena belajar untuk menerima kehilangan. Aku, kau, Tok Umi dan Tok Ayah sedang belajar untuk melepaskan, kita kena terima Qada' dan Qadar Tuhan" bahu sahabatnya itu dipeluk erat, Hujan mengukirkan senyuman nipis. Ini bukan kali pertama dia memujuk Nathan mengenai perkara ini, setiap kesedihan dan jatuh bangun lelaki itu sentiasa mendapat sokongannya dari belakang. Termasuklah dirinya juga, hidupnya dilengkapi dengan keluarga yang amat menyayangi. Dia faham perasaan yang dipendam oleh lelaki itu, kerana dia turut merasakan perkara yang sama.

"Betul kata Hujan tu, sudahlah. Dah lewat malam ni, korang berdua rehatlah. Esok kita mula uruskan barang-barang tahlil" ujar Ayah Syah sambil menghirup secawan kopi yang mulai habis, lalu bangkit untuk ke dapur. Biarlah perbualan mereka terhenti di situ, dia tidak mahu cucu-cucunya itu semakin meratapi kesedihan.

"Jangan lupa tutup lampu, kami tidur dulu" pesan Ummi Dahlia lalu mengusap lembut pipi kedua-dua cucunya sebelum mengikuti langkah suaminya yang menunggu di tangga. Dia juga perlu menenangkan diri, bila-bila masa sahaja kekuatannya itu akan pudar. Kadangkala dia perlu kelihatan kuat agar cucu-cucunya itu turut merasakan yang sama, walaupun diakhirnya nanti dia sendiri yang akan tewas.

"Aku naik dulu" Hujan menepuk bahu Nathan sebelum naik ke atas, mahu membiarkan sahabatnya itu sendirian. Faham akan waktu yang diperlukan oleh lelaki itu sendiri, untuk menenangkan hatinya yang luntur dengan kesedihan.

Nathan hanya menghantar pemergian mereka dengan senyuman kecil, dia menyandarkan kepalanya di kepala sofa. Pandangan kosong dilemparkan kepada kipas yang berpusing di siling, mengapa hatinya masih lagi sakit mengenangkan pemergian ibu bapanya? Dia redha di atas takdir Tuhan, Allah juga menguji hamba-hambanya tidak lebih dari kemampuan mereka sendiri. Namun dia masih lagi berasa pedih, air mata tidak segan untuk menitis mengenangkan saat bahagia bersama ibu bapanya.

Nathan memejamkan matanya perlahan. Kerana itu dirinya kelihatan lemah, hanya sujud dan doa yang menjadi iringannya kepada kedua-dua ibu bapa yang sudah bersama pencipta. Dia menerima Qada' dan Qadar Tuhan, cuma terkilan dengan detik singkat yang dia luangkan bersama.

Ya Allah, bukan diri ini tidak boleh menerima kenyataan, cuma hati ini.. hanya rindu.

          IBU AYANA menghidangkan sarapan pagi di atas meja, beberapa bungkus nasi lemak yang dibeli sebentar tadi disusun ke dalam pinggan. Cukuplah sekadar untuk mengisi perut, lagipun hanya dia, Mawar dan pembantu rumah sahaja yang tinggal. Ferhadh dan menantunya pula akan pulang esok hari, tetapi tidak tahu pukul berapa. Cuma diberitahu mengenai kepulangan mereka sahaja.

"Morning, bebeh" sapa Mawar ceria sebaik sahaja tiba di dapur, tubuh ibunya dipeluk erat sebelum dia mengambil tempat duduk di meja makan. Roti bakar yang terhidang di dalam pinggan itu diambil lalu dikunyah kelaparan, kau tahu apa? Semalam aku tak sempat makan.

"Kamu mencarut dekat ibu?" Dok bebeh bebeh, cubalah perangai sehari tu tidak terlalu kebudak-budakkan sangat. Setiap pagi ada sahaja kata bukan-bukan yang meniti di bibir anaknya, kalau bukan perkataan mengarut itu pasti perkataan yang direkanya sendiri. Langsung tidak matang.

"Bukanlah, ibu. Itu adalah morning wish American style" balas Mawar bangga sambil mengangkat kedua tangannya ke atas, bongkak.

"Selama ini ibu didik kamu dengan Islam, mak tiri mana yang ajar kamu American ni? Pergi tinggal dengan dia" Ibu Ayana berlalu pergi ke dapur tanpa mempedulikan bebelan anaknya, asik terpengaruh dengan budaya barat, kalau bukan barat Korea. Pagi-pagi lagi sudah memekak dengan lagu yang berbelit bahasanya. Bingit sungguh!.

Spontan bibir Mawar tercebik manja, gurau sikit pun tak boleh.

Getaran kecil di telefon menarik perhatiannya, mesej yang dihantar itu dibaca dengan riak menyampah. Ini lagi sorang, belum apa-apa dah arah-arah aku. Kesian bakal bini dia nanti, mesti jadi kuli teragung.

Pastikan kau dah siap bila aku sampai, aku malas nak tunggu orang lembab.

Ini lagi satu perangai, bila dah arah-arah tu mesti nak sakitkan hati. Sudah berapa kali dia mengulang semalam bahawa dia boleh pergi ke tempat kerjanya sendiri, tetapi lelaki itu masih lagi membantah ingin menghantarnya. Kalau ikhlas tidak mengapa juga, ini tidak ditambah pula dengan ayat paksaan serupa mak nenek. Alasan yang diberikan juga langsung tidak masuk akal.

"suka hati akulah nak hantar kau". Eh atok dia, fikir aku ni tak ada perasaankah?!.

Alamak! Maafkan saya, malangnya saya tak peduli!.

Laju tangannya membalas mesej itu, dia tersenyum puas apabila berjaya menyakitkan hati lelaki itu. Well, Reidht Nathan is Reidht Nathan. And Mawar is Mawar. Jadi tiada beza pun, janganlah anda menyimpulkan yang bukan bukan, sengaja saya mengeluarkan statement itu.

"Muka kamu tu kenapa? Asik tersengih je " sergah Ibu Ayana lalu melabuhkan duduk di hadapannya anak perempuannya, dari tadi lagi dia memerhati wajah itu. Tersenyum-senyum memandang telefon, kalau bermesej dengan teman lelaki tu memang jauh sungguh lah, siapa sahaja yang mahukan Mawar?. Astaghfirullahalazim, jahatnya aku sebagai ibu.

"Ibu ikut Mawar kan harini? Kita tumpang someone" ujar Mawar tersengih-sengih, sengaja dia tidak memberitahu Nathan akan perkara itu. Mahu melihat perwatakan mengejut lelaki itu semasa menjemputnya, entah mengapa dia terasa peluangnya untuk membidas lelaki itu semakin tinggi apabila Ibu Ayana mengikuti mereka. Walaupun pembelaan sepenuhnya adalah kepada Nathan, menyampah!.

"Nathan?" Agak Ibu Ayana sambil menghirup kopinya, melihat riak wajah Mawar itupun dia sudah tahu. Siapa lagi yang mahu menolong mereka kalau bukan anak muda itu.

"Dia yang tawar diri nak hantar, orang dah kata dah tak payah" terang Mawar tatkala melihat wajah penuh ketegasan di riak wajah ibunya itu, sudah pasti mahukan penjelasan darinya. Pantang sungguh dia bergaduh dengan Nathan, tidak suka katanya.

Ibu Ayana menggeleng perlahan. Apalah masalah mereka berdua sehingga suka bertikam lidah.

"Ibu suka Nathan" kata-kata spontan yang terkeluar dari mulut ibunya itu berjaya membuatkannya terkedu. Jelas riak terkejut di wajahnya, usahkan terkejut rasa tidak percaya pun ada juga!. Ibu ni kalau mahu bergurau pun berpada-padalah. Hampir sahaja dia tersedak roti dan kopi.

"Ibu, ibu tak rasa macam ibu terlalu tua ke untuk Nathan?" Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal, rasa berpusing pula kepalanya. Takkanlah Ibu Ayana sanggup untuk menjadikan Nathan itu ayah tirinya, rasa tidak logik.

"Kamu ni pemikiran memang cetek habis, cubalah bila berfikir tu macam orang berakal sikit. Ibu suka dengan sikap dia" laju tangannya mencubit lengan Mawar, tidak habis-habis dengan pemikiran dua suku dia.

"Alah, Nathan tu pijak semut tak mati" kutuknya tidak puas hati, asik-asik pasal Nathan sahaja. Pujian Ibu Ayana terhadap lelaki itu memang tinggi melangit sungguh! Memang perfect habislah katanya. Mengalahkan orang yang baru bercinta, pujian tiada henti yang boleh membuatnya muntah hijau. Pandai benar lelaki itu berlakon, depan ibu seperti bidadara dari kayangan. Kalau depannya, seperti iblis dari neraka pula. Ish!.

"Kamu ni--" bunyi loceng pintu rumah itu menghentikan kata-kata Ibu Ayana, pantas dia memberi isyarat kepada Mawar untuk membukanya. Biar anaknya itu rajin sedikit, berat punggung sangat.

Mawar mencebikkan bibirnya, sudah mengagak gerangan yang hadir namun kakinya melangkah juga membuka pintu.

"Selamat datang tuan putera, silakan masuk" sapa Mawar bersama senyuman manis. Dia membuka luas pintu utama lalu menjemput lelaki itu masuk. Wajah Nathan yang berkerut memandangnya dibalas dengan kenyitan mata, sengaja mahu mengusik.

"Thanks, kuli" terus mati senyuman Mawar mendengar balasan lelaki itu, sungguh menyakitkan hati. Rasa nak sepitkan kepala Mamat tu dekat celah pintu.

"Datang dah Nathan, mari sarapan dulu" jemput Ibu Ayana tatkala melihat Nathan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengamit lelaki itu ke meja makan, tidak henti-henti bibirnya mengukirkan senyuman. Gembira melihat kehadiran kawan gaduh Mawar itu.

Nathan membalas senyuman itu dengan lebar, tidak menyangka yang hubungannya akan bertambah rapat bersama Ibu Ayana. Perkara itu memberikannya peluang untuk merasai kasih seorang ibu yang kian lama didambakan, malah pertemuan singkat antara mereka langsung tidak menjadi penghalang buatnya.

"Dia kenyang, masa dia on the way tadi dia dah telan enam ekor badak" celah Mawar yang masih ditemani perasaan sakit hati yang bersisa. Dia berpura-pura tidak lihat pandangan tajam Ibu Ayana ke arahnya, selamba sahaja dia melabuhkan duduk di meja makan.

"Cubalah perangai tu sopan sikit" tegur Ibu Ayana sebaik sahaja memukul tangan anaknya, buat malu sahaja. Perangai serupa monyet.

"Eh tak apa, Auntie. Betullah tu, saya dah telan badak masak black pepper masa datang sini" Dilayankan sahaja lawak kurang cerdik Mawar itu, kalau ya pun sakit hati janganlah melalut sangat nak membidasnya.
Ibu Ayana tertawa kecil, terhibur melihat wajah berkerut Nathan itu.

"Jangan peduli sangat dengan sikap Mawar tu, ikut perangai siapa pun ibu tak tahu" kalau hendak diramal pun memang jauh sungguh, namun baginya sekilas pandang pun sudah tahu. Mawar memang seratus peratus turun perangai abahnya, suka membantah dan membidas. Mengusik pun tidak kurang juga, namun bibir itu jugalah yang manis memujuk dan meminta maaf. Tiba-tiba hati terasa hiba mengenangkan si suami yang sudah lama tiada di sisi, dia mengaku bahawa kehidupan tanpa separuh lagi dirinya itu menyakitkan. Tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa, segala kehidupannya telah pun tercatat.

"Ikut perangai ibu lah, takkan ikut perangai jiran sebelah" rajuknya perlahan. Dia mengerling sekilas tubuh Nathan yang sudah melabuhkan duduk di hadapannya, mamat ni pun satu. Sekejap je dah jadi satu kepala dengan ibu, jawabnya hari-hari lah aku kena tazkirah macam ni.

Menggeleng kepala Ibu Ayana mendengar kata-kata yang berbunyi rajukan itu, langsung tidak boleh diusik.

"Ibu nak ucap terima kasih pada Nathan, sebab hantar Mawar balik semalam. Ibu tak sangka pula Ferhadh tu boleh buat muka tak malu, suruh kamu pula hantar" rasa bersalah di hatinya semakin bertambah mengenangkan kebaikan anak muda itu. Tidak cukup dengan mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Mawar, ditambah pula dengan pertolongan lelaki itu yang tidak lelah menolong mereka. Membuatkannya rasa malu, rasa kasihan tatkala mengingati kehidupan lelaki itu yang telah terlibat bersama mereka.

"Tak apalah, ibu. Tak menyusahkan pun, Nathan okay" tersenyum dia memandang wajah bersalah Ibu Ayana itu, lagipun dia langung tidak merasa terbeban. Sedar dengan perubahan panggilannya terhadap wanita itu, dia juga sedar akan kerinduannya untuk mengungkapkan perkataan itu. Setelah sekian lama, tidak meniti di bibir.

"Kalau kamu rasa susah, bagitahu ibu" pinta Ibu Ayana, risau. Tidak terhitung rasa terharunya mengingatkan kesudian Nathan itu, tidak pula anak muda itu mengeluh mahupun merungut tatkala membantu mereka. Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya tatkala mendengar panggilan 'ibu' di bibir lelaki itu, bersyukur dengan kesudian Nathan untuk memanggilnya seperti itu.

"Tak susah pun, ibu. Tenaga Nathan tak hilang pun kalau tolong" rasa hendak tertawa mendengar kata-kata Ibu Ayana yang berbaur kerisauan itu, tidak henti-henti untuk memadamkan rasa bersalahnya. Walhal, dia tidak merasa susah pun.

"Betul tu, ibu. Pucuk dicita ulam mendatang, kan Nathan sendiri kata tak menyusahkan. Jadi, kita susahkan dia, sampailah dia rasa menyusahkan" eh, apa aku merepek ni, Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa tidak kena pula memikirkan ayatnya.

"Kamu diam, sayur pun tak makan ada hati nak ulam-ulam" perli Ibu Ayana, geram. Rasa hendak dipusing sahaja kepala anaknya kebelakang, biar betul sedikit otaknya.

"Sayur tu memang tak sedap" semakin dia menguatkan hujahnya pula, seperti tidak sedar dengan pandangan tajam Ibu Ayana ke arahnya itu.

"Patutlah pendek" ejek Nathan selamba.

"Memang pun, dah serupa budak darjah 6" sokong Ibu Ayana pula.

Mawar mencebikkan bibirnya. Asal pendek je tak makan sayur, asal tak makan sayur je pendek. Ada je orang tinggi tak makan sayur, ikut genetik okay. Dah keluarga belah ibu genetik pendek nak buat macam mana, lainlah belah abah dah macam pokok kelapa tingginya.

"Mawar pendek ikut ibu ea, kalau ikut abah rasanya dah lebih tinggi daripada tiang elektrik depan rumah tu" merapu Mawar dengan perasaan geram, jari telunjuknya dihala lurus ke luar pintu.

"Bila kita nak pergi?" Soal Ibu Ayana mengabaikan celoteh anaknya itu.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya, kita?. Jadi Ibu Ayana pun turut mengikuti mereka? Dia mengalihkan pandangan memandang wajah mengejek Mawar, ini tidak lain tidak bukan pasti ingin mengenakannya.

"Sekarang pun boleh" balasnya bersama senyuman manis, dia menayangkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik itu. Tatkala itu baru jelas kelihatan lesung pipitnya di sebelah kanan.

Lesung pipit yang terbentuk jelas itu membuatkan Mawar terkedu seketika, baru hari ini dia dapat melihat lesung pipit itu, selama ini tidak kelihatan pun. Arh, lupa pula. Lelaki itu bukan selalu melemparkan senyuman manis padanya, tetapi senyuman sinis!. Logiklah jika dia mengetahuinya hari ini, tetapi.. nampak hensem pula. Eh! Hasutan syaitan!.

Mawar menggelengkan kepalanya laju, tak hensem! tak hensem!.

"Kamu kenapa? Tak nak pergi sekarang kah?" Soalan Ibu Ayana itu menyentakkannya, terkebil-kebil dia memandang kedua-dua wajah yang sedang memandang ke arahnya. Serentak itu juga bibirnya naik menguntum senyuman lebar, mahu menyembunyikan rasa malunya yang bersarang sebentar tadi.

"Eh boleh, jom jom" pantas sahaja Mawar mencapai beg tangannya di atas meja, kakinya terus melangkah laju ke arah pintu utama. Jangan dibiarkan mereka berdua menyoal, sudah tentu dia akan kalah!. Dia menekup kedua pipinya yang kian merah, malu!.

Lurus pandangan Nathan dan Ibu Ayana ke arah tubuh Mawar yang sudah hilang di sebalik pintu utama, nampak tergesa-gesa sungguh.

"Jom, ibu. Mari Nathan bawakan beg tangan tu" tawar Nathan sebelum bangkit dari duduknya, dia mengambil beg tangan Ibu Ayana yang tersedia kemas di atas meja itu.

"Eh, biar ibu bawa--"

"Tak apa, ibu. Jom jom" potong Nathan tanpa mendengar balasan Ibu Ayana itu, terus sahaja dia memaut bahu wanita itu untuk berjalan seiringan dengannya. Dia tertawa kecil tatkala tangan wanita itu mencubit lembut perutnya. Langsung tidak ubah seperti Ummi Dahlia, suka sangat mencubitnya sekiranya berasa tidak puas hati.

"Susahkan kamu je"

"Ibu isi emas ea dalam beg tangan, ibu? Sebab tu tak nak Nathan tolong" gurauan itu menghadiahkan lagi satu cubitan di perutnya, kali kedua ni perit pula! Terus sahaja Nathan berlari kecil ke kereta, tidak mahu kena cubit lagi!.

"Padan muka, kacau ibu lagi" ejek Mawar tatkala tubuh itu menghampiri kereta, sedari tadi dia berpeluk tubuh memandang adegan mereka itu.

"Lepas ni aku kacau kaulah, senang sikit. Kalau kau melawan aku terus cium je" balas Nathan tanpa rasa malu, dia peduli apa?.

"Gatallah awak ni!" Jerit Mawar, semakin bertambah rasa malunya kepada lelaki itu, suka mengujarkan yang bukan-bukan!.

"Kau patut bersyukur, dalam banyak-banyak perempuan, aku pilih untuk menggatal dengan kau. You should be happy" kata-kata Nathan itu membuatkan wajah bertambah merah, dia mengemam bibir memerhati lelaki itu membuka pintu kereta penumpang. Suka tembak aku dengan ayat kurang siuman dia.

"Merahnya muka kamu, Mawar. Baru lepas makan pedaskah?" Berkerut dahi Ibu Ayana memandang wajah kemerahan anak perempuannya, memang merah sungguh. Kemudian dikalihkan pula pandangannya ke wajah Nathan, biasa sahaja riak lelaki itu.

Tanpa kata Mawar membuka pintu kereta belakang lalu meloloskan tubuhnya ke dalam perut kereta, semakin lama dia di situ, semakin banyaklah rasa malu yang ditanggung. Ibu Ayana bukan seorang perempuan yang boleh dibuat main, semakin besar nanti topiknya.

"Kenapa tu Nathan?" Soal Ibu Ayana sebaik sahaja melabuhkan duduk di tempat duduk penumpang.

"Haaa? Oh, Mawar tu ha. Dia ajak Nathan main-main tadi" balasan Nathan itu semakin mengerutkan dahi Ibu Ayana, main-main?.

Nathan tertawa kecil, aduhai Ibu Ayana ni. Tidak dapat tangkap pula gurauannya.

"Mawar ajak Nathan main kahwin-kahwin"

"Haa?!" Mata Ibu Ayana membulat besar mendengar kata-kata itu.

"Nathan!" Eeee! Bila masa aku cakap macam tu?!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience