•bab 30•

Romance Series 12837

          "SUPRISE BRO!" jerit Raaid di hadapan pintu wad.

"Kami di sini!" Sahut Nubhan pula.
"Papapam! Ten ten ten! Papapam! Ten-- ark!" Nubhan memegang kepalanya yang  dihentak dari belakang, dia menunduk kesakitan.

"Kat sini hospital, matang sikit" tegur Hujan. Dia membetulkan kembali beg laptop di tangannya.

Wait, dia hentak aku guna laptop?. Celaka.

"Aku dah nak berambus dari sini, korang datang buat apa?" Keluh Nathan lalu bersandar lemah di katil hospital, bukan ini yang dia mahukan. Sudah hampir tiga minggu dia di hospital dan ia sangat membosankan. Hari-hari dia cuba menyelinap keluar namun tajam pula deria isterinya itu, GAGAL.

Dan selama itulah Mawar berulang alik menjaganya, walaupun dia mengatakan dia okay tapi isterinya tetap dengan bantahan lantangnya. Degil. 

Nak kata isterinya, doktor tidak mengizinkannya bergerak sendirian, Alasannya pula kerana keadaannya baru 60 peratus pulih, heh aku dah siap boleh push up pagi-pagi.

Ha, ni lagi satu hal. Kedatangan mereka ini seolah-olah mewujudkan satu musibah yang tidak berpenghujung baginya. Salah timing!.

"Auch, bukan riak ni yang aku bayangkan" aduh Raaid, dia memegang dadanya dengan kecewa. Sungguh mengecewakan.

Nubhan mencebik. "Dahtu, kau nak dia berguling cium kau, seronok tengok kau datang?" Perlinya geli.

"Yes! Itu yang aku bayangkan!" Kata-kata Raaid itu mengundang riak jijik dari mereka. Sebagai lelaki yang normal, kau nampak terlalu gay untuk dilihat.

"Any news?" Soal Nathan seakan-akan sudah tahu, seperti tidak boleh dijangka pula niat mereka datang kemari.

"Okay, look" ujar Hujan sambil memberi pandangan yang penuh suci kepada Nathan.

"Geli, bodoe" Nathan meneleng kepala sahabatnya itu ke tepi, asal semua yang datang harini kesemuanya berperangai lgbt?. Minta kena lakhnat je.

"Isteri kau mana?" Soal Nubhan. Wow, macam tak sangka je Nathan sudah beristeri sekarang. Untunglah, sekarang tidur dah berteman.

"Dia dah mula kerja, sekejap lagi baru dia datang. Eh, asal kau cari bini aku?" Soal Nathan, curiga.

"Aik? Tanya pun tak boleh?" Balas Nubhan tidak percaya, bukan main garang lagi bila tanya pasal bini dia.

"Saja je"

"Otak kau" dengan perasaan menyampah dia melabuhkan duduk di sofa wad itu, malas aku nak bercakap dengan Nathan. Asik kena tuduh je.

Ketika itu Hujan meletakkan beg laptop di atas meja hospital lalu menyerahkannya kepada Nathan. Dia menayangkan senyuman tidak bersalah, terimalah hati aku ini dengan lapang dada.

Kening Nathan terjongket sebelah. "Apa pula kali ni?" Soalnya keliru.

"Tutup langsir" arah Hujan dan tatkala itu Raaid dan Nubhan bergerak menutup langsir dari kedua sisi. Laptop itu diambil lalu dihidupkan dan ketika itu muncul satu titik merah di skrin gelombang.

"Kita dalam masalah" ujar Hujan.

"Aku tak nampak apa-apa masalah besar dekat sini" balas Nathan tanpa riak namun hanya sementara sebelum muncul lagi beberapa titik merah di skrin gelombang itu. Dahinya berkerut penuh tanda tanya, tidak nampak seperti masalah kecil.

"Itu adalah bot musuh yang dah lepas garisan pelindung istana, sekarang ni hampir 15 bot dah terlepas tanpa jejak" terang Hujan lalu menukar saluran itu ke arah penyambung istana. Tatkala itu, terpapar 9 buah bot bergaris merah yang tidak jauh dengan kedudukan istana.

"Jumlah yang dijumpai kesemuanya adalah 15 buah, tapi yang dapat dijejak cuma 9 sahaja" tambah Raaid pula, sudah hampir 2 minggu mereka mengawasi perkara ini dah seingat mereka ini adalah setakat bot nelayan sahaja namun apabila bot itu semakin lama semakin menghampiri garisan pelindung istana, tanggapan mereka berubah.

"Bukan patutnya pengawal istana dah alert  dengan perkara ni, how come tak ada apa-apa tindakan pula?" Soal Nathan tegas,  sepatutnya pengawal diraja sudah lama mengetahui perkara ini namun mengapa tiada sebarang informasi.

"Thats the problem, berkemungkinan garisan diraja sudah dikawal dengan web lain. Sebab siren amaran tak berubah, senang cerita, almost one month diorang perhatikan istana" jelas Nubhan teliti. Jika diikutkan, sebaik sahaja garisan istana dilalui, siren akan terus menghantar bunyi ke saluran utama diraja namun ketika ini tiada sebarang tindakan.

"Aku diarahkan untuk membuat pemerhatian dari arah udara kelmarin,  masa tu baru aku perasan garisan pelindung istana tak hidup but after 5 minutes baru dia berfungsi semula" sambung Hujan pula, namun dia hanya dapat melihat garisan di permukaan saja ketika itu dan belum lagi mengesan di pertengahan dan dasar laut.

"Dah berapa hari korang perhatikan perkara ni?" Soal Nathan lagi, jika Hujan baru mengetahui semalam maka tempoh yang mereka ada tidak cukup.

"2 days" balasan Hujan itu mewujudkan keluhan kecil darinya.

"Macam mana dengan pengawal istana?"

"Diorang dah dimaklumkan after aku mendarat hari itu juga. Cuma sekarang ni, masa kita tak cukup" kata-kata Hujan itu mendapat anggukan dari Raaid dan Nubhan. Disebabkan kekangan waktu yang mereka ada ketika mengetahuinya, pihak musuh berkemungkinan sudah mempersiapkan diri untuk menyerang istana.

"Mereka diarah melalui mana saluran?" Soalan itu hanya mendapat gelengan daripada mereka, sehingga sekarang mereka masih mencari ketua utama dalam serang hendap ini.

"Untuk cari dengan lebih detail tentang serangan ni, kita memang tak ada masa" jawab Nubhan, jika terlalu leka ketika mencari sarang si musuh tatkala itu berkemungkinan mereka yang akan ditangkap terlebih dahulu.

"Motif diorang serang Istana Versailles?" Soalan Nathan itu mengundang tawa kecil dari Hujan, sudah dapat mengagak.

"Untuk tawan istana" jawab Hujan. Nathan segera mengangguk faham.

"Macam sebelum-sebelum ni, bila diorang dah tawan istana, maksudnya diorang akan tawan seluruh Kerajaan Versailles. Istana, ekonomi, rakyat dan yang lain semuanya akan jadi milik diorang" tambah Hujan lagi.

"Memandangkan Kerajaan kita terkenal dengan sumber ekonomi yang luas, mata kewangan yang meningkat jadi tak pelik kalau kita jadi sasaran Kerajaan lain" sambung Raaid pula. Penguasaan pangkat dan kewangan yang tidak pernah pupus, masih lagi menjadi isu utama perebutan.

"Kalau diorang ada motif lain, aku tak boleh nak agak" Raaid menggeleng kosong, perebutan di antara Kerajaan ini sudah terlalu meluas bagi mereka namun masih belum mempunyai perancangan yang kukuh mengenai serangan pihak musuh.

"Jika hampir 9 buah bot dah dekat dengan kedudukan istana, maksudnya serangan tu akan berlaku hari ni" jangka Nathan, memandangkan perancangan musuh sudah berjalan hampir sebulan, itu bermaksud pihak musuh sudah mempersiapkan diri mereka 100 peratus.

"Mengikut anggaran aku, berkemungkinan malam ni juga diorang akan serang hendap" ujar Nubhan, lalu memerhatikan jam di dinding hospital. Mereka cuma mempunyai 11 jam dari sekarang.

"Rancangan korang?" Soal Nathan.

"Kalau diorang datang dengan serang hendap, jadi kita sambut dengan serang hendap" balasan Hujan itu terus membuatnya mengangguk faham, berlawan pada tali yang sama. 

"40-60, 40 peratus akan serang hendap manakala 60 peratus lagi akan berjaga secara berhadapan" tambah Raaid pula.

"Raaid dan Gween akan mengawal bahagian dalam istana manakala Nubhan akan mengawal keadaan Raja Syeikh Luthfan. Aku ditugaskan di bahagian luar istana, sekarang ni kalau kau nak turut serta, kau akan jaga dengan aku" terang Hujan dengan terperinci, segalanya telah dipersiapkan dengan teliti. Sekarang ini, mereka cuma memerlukan persetujuan Nathan sahaja memandangkan lelaki itu adalah Ketua Utama pengawal Diraja.

"If  keadaan kau tak mengizinkan--"

"Aku join" potong Nathan, Hujan sekadar mengangguk.

"Wait, where's Nukhail?" Soalnya keliru. Bukankah lelaki itu sudah mulai menabik hormat beberapa minggu lepas di istana. Mengapa dia tidak melibatkan diri di dalam tugas ini?.

"Dia tak dapat join kita, ada hal di balai yang perlu berada di bawah jagaan. Jadi, dia relakan diri untuk stay kat situ" terang Nubhan lalu menjongketkan bahunya, mereka tidak boleh menahan jika lelaki itu mahu menawarkan diri untuk bertugas. Lagipun, salah seorang daripada mereka memang perlu mengawasi balai pada hari ini.

Nathan sekadar menghadam sekilas, lagipun dia tidak pernah berkerjasama lagi dengan lelaki itu dalam kes seperti ini, mereka perlu mengetahui tahapnya dahulu.

"Bagaimana dengan keadaan Tuanku?"

"Kami akan awasi dia dari dalam, aku dah arahkan beberapa orang tentera dan pengawal untuk bersama dengan Tuanku Luthfan semasa serang hendap berlaku" jelas Raaid. Ketika ini mereka tidak boleh memperlihatkan serangan itu dengan jelas, semuanya perlu dijalankan dengan santai dan biasa.

Nathan mengangguk setuju. Jadi selepas ini, cuma tinggal mereka sahaja untuk menjalankan tugas.

Eh, satu lagi masalah--

"So, how kau nak escape from this hospital?" Soal Hujan, Nathan menghentak dahi lupa.

"Kawalan kat sini tak terlalu ketat, tapi bila tersilap langkah mungkin aku tak akan lepas langsung" bagaimana pula dia boleh lupa soal itu, terlalu ralit berbincang sehingga terlupa keadaannya yang masih di hospital. Hendak lepas itu tiada masalah, tetapi dia perlukan bantuan.

"Doktor akan masuk setiap waktukah?" Soal Hujan.

"Petang, kalau waktu malam keadaan lenggang. Aku rasa, aku boleh cuba untuk escape pada waktu malam" ujarnya sedikit yakin.

"Minta tolong isteri kau" kata-kata Nubhan itu seolah-olah membantu buatnya namun dia tidak yakin yang Mawar akan menolongnya.

"Belum sempat aku lepas, dia dah kurung aku dulu" jawapannya itu mengundang tawa mereka.

"Bapak ganas" gelak Nubhan.

"Kat sini dah macam bapak ayam dia jaga aku" perli Nathan. Amboi, tak pandai bersyukur langsung isteri dia jagakan.

"Tapi kau tak ada pilihan lain, kau kena minta pertolongan Mawar juga" Nathan mengeluh lemah, bagaimana dia ingin menjelaskan kepada Mawar? Hendak lepas ke kantin hospital pun tidak boleh inikan pula ke istana?. Aduhai, berat berat.

"Just talk to her, aku rasa dia akan faham dengan kerja kau" balas Hujan senang. Hendak dikatakan itu memang mudah, namun nak dimulakan itu susah. Keluar senyap-senyap jelah.

Nathan hanya mendiamkan diri.

"Tapi pastikan 3 jam sebelum serang hendap tu bermula, kau dah tiba di istana" ujar Raaid. Dan sebaik sahaja semuanya tiba, serangan mereka akan bermula.

Setelah berfikir terlalu lama, akhirnya Nathan bersuara semula.

"Okay, like this..." mereka mendengar dengan teliti.

          "AWAK DAH HILANG AKAL?" ujar Mawar, pasrah. Kata-katanya langsung tidak dipedulikan sedari tadi, lelaki itu hanya mendengarnya sekilas sahaja.

"Aku tahu aku buat apa" huh, ego lelaki.

"Awak tak sihat, Nathan. Tak bolehkah awak biarkan tugas awak kali ni je" pujuk Mawar, melihat balutan di badan lelaki itu pun sudah merisaukannya apatah lagi jika Nathan masih lagi ingin berperang di istana sana. Berhempas pulas dia menjaga, namun suaminya itu makin hendak menjahanamkan lagi badannya.

"Aku tak boleh" balas Nathan bersahaja malah makin bersantai sahaja dia mengemaskan pakaiannya.

Mawar mengeluh lemah, dia memerhati lelaki itu dengan pasrah. Apa lagi hendak dikata, sudah dipujuk namun tidak berjalan.

Dia menyandarkan tubuh ke dinding, melihat suaminya yang sudah siap berpakaian serba hitam. Di sisi pakaian itu lengkap dengan segala senjata, menyeramkan tetapi nampak bergaya. Haih.

"Pergi tandas, then buka air kat sinki. Biarkan, lepastu datang sini semula" arah Nathan sambil membetulkan senjata di tangan.

Dahi Mawar mulai berkerut namun dia tetap bergegas ke bilik air dan melakukannya. Entah apalah dia nak buat.

"Apa yang awak nak buat?" Soalnya, pelik. Dia berdiri di sisi suaminya, hendak di marah pun tidak berguna. Nathan tak akan dengar.

"Tolong aku" pinta Nathan ringkas, dia menyimpan pistol berwarna hitam itu di belakang dengan kemas.

"Awak tak nak dengar cakap saya! Lepastu suka hati je minta tolong!" Marah Mawar tidak tertahan. Cakap aku tak nak dengar, dengan muka tak malu minta tolong. Banyak cantik muka kau.

"Aku dengar" balas lelaki itu.

"Dengar je! Tak nak ikut pun!" Mahu ditengking lebih-lebih rasa berdosa pula, suami kan. Namun Nathan menguji kesabarannya!.

"At least aku dengar, tak adalah kau cakap sorang-sorang" Astaghfirullahalazim, menyirapnya aku.

"Tak perlu pergilah, okay. Saya cakap dengan Hujan nanti" pujuk Mawar lagi. Bukan apa, dia risau jika lelaki itu kembali cedera. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum suaminya itu discharge, karang buat perangai makin ditahan pula. Dahlah asik merungut nak keluar!.

"Sekarang ni aku bukan main pondok-pondok, suka hati je nak tangguh. Aku ada tugas, Mawar" keluh Nathan, dia tahu isterinya itu risau namun dia tidak boleh menarik diri di dalam tugasan ini. Dia sendiri sudah siap melapor diri untuk bertugas.

"Awak boleh dikecualikan! Tapi awak degil nak pergi!" Inilah masalahnya jika berbincang dengan orang yang keras kepala. Orang tak bagi sebab risau, bukan saja-saja!.

"Saya patut halang Hujan datang sini petang tadi" tambah Mawar lagi. Jika dia menjaga lelaki itu petang tadi, pasti hal ini tidak akan berlalu walaupun dia tahu Nathan berkeras akan melakukannya.

"Look, aku cuma pergi istana je okay. Tak akan ada apa-apa yang berlaku" pujuk Nathan pula, sekarang ini dia tidak ada masa untuk berbalah apa-apa pun. Dia hanya memerlukan pertolongan Mawar ketika ini. Jika tidak, dia tidak akan lepas dengan mudah.

"Kalau macam tu, stay sini. Cuma pergi istana kan" balas Mawar berbalah.

Nathan menarik nafas perlahan. "Aku tak boleh miss tugas ni. Aku janji, lepas selesai aku akan balik" janji lelaki itu.

"Yah, like always Nathan" perli Mawar. Berjanji kemudian dimungkiri, itulah kerja manusia. Bukannya dia tidak mempercayai suaminya itu, dia tahu Nathan seorang lelaki yang berbeza. Namun, sebagai seorang isteri dia ada hak untuk menghalangnya. Dia tidak mahu perkara buruk itu berulang kembali.

"Aku dah biasa dengan semua ni, sebelum kenal kau lagi aku dah lalui semua ni. Just--"

"But now, you had a wife. Sebagai isteri, saya tak salah untuk halang suami saya sendiri" potong Mawar mendatar.

"Yes, and as a wife, kau patut sokong suami kau sendiri" balas Nathan kembali, kalau boleh dia tidak mahu berbalah soal ini apatah lagi mewujudkan pergaduhan di antara mereka. Dia cuma ingin melakukan tugasnya dan dia berharap Mawar boleh memahami.

"Sesukar mana pun kerja aku, berisiko mana pun tugas aku. I should always have your back" sambung Nathan lagi.

Mawar terdiam. Betul, aku patut sokong. Tapi tak salah, jika aku halang sebab aku risau. Aku nak dia sembuh dengan sepenuhnya, sebab tu aku halang. Tapi dia minta aku faham, atas arahan tugas dia.

"Saya sokong awak, selalu sokong awak. Tapi kali ni je saya bantah, demi kesihatan awak" Mawar memegang lengan suaminya, lembut. Jika diikutkan perasaan, dia memang akan lepaskan Nathan bertugas dengan rela hati. Namun perasaan risau itu menghalangnya, dia tidak mahu kesihatan lelaki itu semakin terjejas.

"Kali ni je Nathan" pujuk Mawar lagi, dia menggenggam lembut lengan suaminya. Berharap Nathan akan mempertimbangkannya.

"Aku cuma ke istana--"

"And play games? Like that, huh?" Perlinya lagi.

Nathan menarik tangan Mawar di lengannya lalu menyilang jari mereka. Dia memandang sepasang mata berkilau itu dengan lembut. Cantik.

"I know you're mad, and aku pergi pun bukan saja-saja. Ada benda yang aku kena selesaikan dekat sana. Kalau aku biarkan, aku takut keadaan istana dan Kerajaan akan terjejas" sungguhpun dia percayakan Hujan dan yang lain, tetapi dia tetap ingin menyelesaikannya dengan tangannya sendiri. Dia tahu kebolehan sahabat-sahabatnya itu, namun dia sendiri ingin menjejakkan kaki di sana dan melakukannya.

"Then, bagitahu saya apa tugas awak" pinta Mawar sedikit memaksa. Jika lelaki itu ingin beredar dengan mudah, jadi beritahunya tugasan yang tidak boleh ditinggalkan itu.

"Banyak songeh" rungut lelaki itu.

"Nathan!" Marah isterinya.

"Fine.." dia menarik nafas, makin susahlah Mawar akan melepaskannya.

"Berkemungkinan akan berlaku serang hendap di istana malam ni, aku dan yang lain kena turun istana sendiri untuk halang perkara tu berlaku. Musuh dah sampai ke kawasan istana, jadi aku kena halang sebelum diorang berjaya tawan istana" jelasnya panjang lebar, namun dahinya berkerut tatkala melihat wajah kosong wanita itu.

"Kau faham tak?" Soalnya.

"Maksudnya, tawan tu, dia nak culik raja ke apa?" Alluakhbar, dia tak faham. Dia suruh terang lepastu tak faham, masalah betul!.

"Bukan" geleng Nathan.

"Ouh, jadi dia nak ajak gaduhlah?" Tambah Mawar lagi.

Astaghfirullahalazim, ada yang kena sepak juga ni karang.

"Haah" jawab Nathan selamba, biarkanlah asalkan aku bebas.

"Awak nak pergi bergaduh?! Dalam keadaan awak macam ni? Awak ni dah hilang akalkah?!" Marah Mawar dengan riak tidak puas hati, jawapannya memang tidaklah dia akan membenarkan lelaki itu pergi.

Nathan merenung isterinya dengan tabah, menerima takdir yang mengurniakan dia  isteri selembab ni.

"Support me lah, bahlul" balas Nathan geram.

"Excuse me!, Awaklah patut dengar cakap saya!" Balas Mawar semula.

"Degil" Nathan menjentik jari Mawar yang bersilang dengan tangannya itu, payah dapat isteri kuat membantah macam ni.

"Ish! Sakit tahu tak?!" Marahnya. Dia melepaskan tangan mereka dengan geram.

"Tak tahu!" Marah Nathan semula, tahap kegeramannya semakin meningkat. Sedari tadi lagi dia menahannya, namun kelakuan Mawar ini meletuskannya.

"Saya cuma risaukan awak! Salahkah?!" Soal Mawar dengan nada meninggi, dia memandang wajah suaminya dengan riak tidak puas hati.

"Tak perlu risau, aku okay!" Balas Nathan dengan nada yang sama.

"Saya tak nak awak sakit faham tak!"

"Kenapa? Kalau aku sakit, kau tak sanggup nak jaga?!"

"Tak!"

"Aku peduli apa! Jaga jelah!"

Semakin lama semakin tinggi nada mereka, kedua-duanya tidak mahu beralah ataupun diam, masing-masing mahu menangkan diri sendiri.

"Saya risau sebab saya sayang! Faham tak?!" Dada suaminya itu dipukul kuat, melepaskan rasa amarahnya. Nafasnya menjadi laju kerana membalas dengan nada yang tinggi, ini semua disebabkan sikap lelaki itu yang tidak mahu mengalah.

Namun perbalahan mereka terhenti apabila tiada balasan dari lelaki itu. Mawar mendongak memandang wajah suaminya, diam?.

Tatkala itu pandangan Nathan hanya tertumpu ke arahnya, dia tidak dapat membaca riak wajah suaminya itu.

"Awak kenapa?" Soalnya pelik, ingatkan mahu membalasnya lagi.

Akhirnya Mawar juga terdiam memandang suaminya.

Namun bunyi tapak kaki yang menuju ke wad menyedarkan mereka, mereka berdua mulai berasa gelisah tanpa sebab.

Dengan segara Nathan menarik tangan isterinya ke belakang langsir, mereka berdua berpelukan di belakang langsir itu.

"Tuan Nathan" panggil satu suara di pintu. Mereka mendengarnya dengan senyap.

Tatkala itu kedengaran bunyi pintu wad yang terbuka.

"Siapa--"

"Shhh" Nathan segera menutup mulut isterinya, mata Mawar membulat dengan besar.

"Tuan?" Panggil jururawat itu lagi. Namun ketika mendengar bunyi air di bilik air itu membuatkannya mengangguk faham. Dengan segera dia melangkah keluar dari wad.

Bunyi pintu wad yang tertutup semula itu mewujudkan nafas lega dari mereka.  Nathan bersandar lemah di dinding, naya sahaja jika tertangkap tadi.

Nathan kembali menunduk tatkala menerima satu tepukan di dada, dia memandang wajah isterinya dengan tanda tanya.

Mawar merenungnya dengan riak masam.

Bersama sengihan, Nathan meniup wajah isterinya sekilas. Sengaja.

Sengihannya makin melebar tatkala wajah itu tertunduk malu, hilang dah aura mak singa.

"Nak nyorok lagi kah?" Usik Nathan, nampak selesa sahaja wanita itu bersandar di dadanya.

"Ish" desis Mawar lalu melangkah keluar dari langsir itu. Rasa nak semis je dia ni.

"Jom" ajak Nathan.

"Ha?" Sahut Mawar, keliru.

"Tolong aku lepas naik ke bumbung hospital" Mawar mulai mengeluh mendengar kata-kata suaminya itu. Ingatkan topik ini sudah berkahir namun suaminya itu masih lagi bersemangat untuk melepaskan diri dari sini.

"Let's go" pasrah Mawar. Dia ingin bergegas ke pintu namun Nathan menahannya.

"Thank you" ucap lelaki itu. Mawar sekadar mengangguk, tiada guna lagi dia menghalang. Bak kata lelaki itu, sebagai seorang isteri dia harus menyokong. Bukan membantah.

"Apa yang saya kena buat?" Soal wanita itu.

"Lengahkan orang" balas Nathan lalu memakai topi dan menyarungkan glove separuh tangan bewarna hitam. Kemudian wajahnya ditutupi dengan sehelai mask hitam, kini wajah itu hanya terlihat sepasang mata sahaja.

Mawar memandang suaminya dengan tunak, nampak hensem pula.

"Tunggu apa lagi?" Soal Nathan tatkala wanita itu hanya berdiri kaku.

"Iya iya" balas Mawar tergesa-gesa.

Rasa nak debik je.

          RAJA SYEIKH LUTHFAN menarik nafas perlahan di hadapan tingkap istana. Kepalanya berat memikirkan amaran yang berlegar-legar sepanjang beberapa hari ini.

"Tuanku" panggil Setiausaha Diraja.

"Jadual saya pada hari ini?" Sepatutnya dia perlu bertugas hari ini namun semuanya tertangguh disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Tuan perlu berangkat ke Kerajaan Heraklin untuk menandatangani perjanjian kerjasama mengenai pembinaan bangunan baru" jelas Setiusaha Diraja dengan teliti.

"Hantar permohonan maaf kepada mereka, saya perlu tangguhkan hal tersebut disebabkan perkara tertentu" arah Raja Syeikh Luthfan sambil mengusap belakang lehernya, letih. Banyak perkara yang perlu digalas sebagai seorang Raja, tanggungjawabnya terlalu banyak dan padat.

"Baik, Tuanku" patuh Setiausaha Diraja. Dengan segera dia menaip permohonan maaf itu melalui tablet di tangannya. Nampaknya banyak perkara yang perlu ditangguhkan hari ini.

Tatkala itu Raja Syeikh Luthfan terlihat tentera Versailles sedang berdiri kemas di hadapan pagar istana, dan beberapa lagi dari mereka sedang mempersiapkan senjata. Dia menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar, nafas dihembus perlahan.

"Apa yang dirancangkan?" Soalnya ringkas, dia tahu mengenai serang hendap yang bakal berlaku malam ini dan semua itu berlaku secara tiba-tiba sahaja. Tiada sebarang tanda-tanda mahupun amaran, memandangkan siren tidak berfungsi tanpa sebab.

"Tuanku perlu berehat di dalam bilik sahaja, mereka akan mengawal dengan ketat dari dalam dan luar" jelas Setiausaha Diraja.

"Tetapi, jika berkemungkinan ada musuh yang terlepas masuk, mereka meminta agar Tuanku tidak melakukan apa-apa yang boleh merisikokan nyawa. Mereka akan melindungi Tuanku dengan sebaiknya" tambah Setiausaha Diraja lagi.

Raja Syeikh Luthfan mengangguk faham, memang itu yang mereka lakukan selama ini. Dia dilindungi namun yang lain membahayakan diri mereka sendiri. Bukan ingin menjadi perhatian, namun memang itu tugas yang harus dilaksanakan.

"Bahagian utama yang terlibat?" Soalnya lagi.

"Nubhan ditugaskan untuk melindungi Tuanku manakala Raaid dan Gween akan menjaga bahagian di dalam istana. Hujan dan Nathan akan ditugaskan untuk menjaga bahagian luar istana" penjelasan Setiausaha Diraja itu menarik perhatiannya.

"Nathan?" Ulangnya kembali. Bukankah lelaki itu masih dirawat di hospital?.

"Benar, Tuanku. Nathan sendiri ingin melibatkan diri di dalam tugas ini" kata-kata itu mewujudkan gelengan kecil darinya. Itulah Nathan, membiarkan diri sendiri demi keselamatan yang lain.

"Bagaimana dengan keadaannya?"

"Jika mengikut masa, dia akan dikeluarkan dari hospital dua minggu ini memandangkan keadaannya hampir 85 peratus pulih" ujar Setiausaha Diraja sambil meneliti paparan di tangannya, hanya itu sahaja maklumat yang dia dapati selepas kedatangan Tuanku ke istana.

Raja Syeikh Luthfan menggeleng perlahan, sudah tahu keadaan belum sepenuhnya pulih namun masih berdegil untuk melibatkan diri.

"Saya dapat tahu serang hendap berkemungkinan bakal berlaku malam ini" kata-kata Raja Syeikh Luthfan itu mendapat balasan iya dari Setiusaha Diraja. Jadi, benarlah mereka akan berperang malam ini. Atau lebih kepada mempertahankan istana.

"Ada sesuatu yang hendak saya sampaikan kepada Tuanku" ujar Setiusaha Diraja serius, mujur dia teringat perkara itu. Jika tidak, hadir pula satu masalah yang lain. Maklumlah, banyak perkara yang perlu difikirkan sepanjang waktu ini.

"Teruskan" balas lelaki itu.

"Putera Daiyan akan tiba di istana pada esok hari Tuanku" kata-kata itu mendapat perhatian sepenuhnya dari Raja Syeikh Luthfan, Daiyan akan pulang?.

"How about his thesis?" Soalnya sedikit tertanya-tanya.

"Selesai, Tuanku"

Raja Syeikh Luthfan mengeluh kecil memikirkan kedatangan anak lelakinya, perwatakan yang lebih kepada keseronokan berbanding kematangan. Jiwa lelaki itu belum sampai di tahap umurnya lagi, lebih banyak bersuka ria berbanding memikirkan hal istana.

"Halang dia balik" arahnya tegas, bukan dia tidak mahu anaknya itu menjejakkan kaki ke istana. Namun belum tiba masanya lagi, Daiyan masih memerlukan waktu yang banyak untuk mempelajari mengenai dirinya sendiri.

"Putera mahkota telah pun berangkat dari tempatnya, dia membuat panggilan ke istana bahawa dia akan tiba pada hari esok" balasan Setiusaha Diraja itu mewujudkan keluhan kasar darinya, terlambat. Kedatangan Daiyan bakal merumitkan keadaan, cukuplah masa lampau yang perlu dia lalui untuk membersihkan namanya sebagai Raja. 

Raja Syeikh Luthfan meraup rambutnya, serabut.

"Saya boleh mengarahkan tentera untuk menghalang kemasukannya ke Kerajaan Versailles, Tuanku" cadang Setiusaha Diraja.

"Tak perlu, biarkan dia. Dia sudah pun menaiki pesawat, jadi tak ada jalan lain yang boleh halang dia menuju ke istana" ujar Raja Syeikh Luthfan mendatar, halanglah sehabis baik pun namun anak lelakinya itu tetap akan berjaya melepaskan diri.

"Apa yang Tuanku mahu saya lakukan?"

Raja Syeikh Luthfan melabuhkan semula pandangannya ke permandangan luar, letih.

"Perhatikan dia" arahnya, tegas.

"Baik, Tuanku"

          MAWAR terkebil-kebil tatkala seorang jururawat datang ke arahnya. Apa aku nak buat ni?.

"Puan Mawar" panggil jururawat itu. Mawar melemparkan senyuman kekok, semua ini bukan salah saya.

"Tadi saya datang ke bilik Tuan Nathan, untuk berikan dia suntikan. Tapi saya perasan dia dalam tandas, saya nak tanya sekarang ni dia tengah buat apa ya?" Soal jururawat itu bersama senyuman manis, di tangannya terdapat laporan kesihatan Reidht Nathan.

Mawar terkelu. Ha, apa aku nak jawab ni?. Dia memerhati tubuh Nathan yang menyorok di sebalik ruangan gelap di hadapannya itu, cuma perlu melepasi tangga sahaja dan mereka akan hampir terlepas ke bumbung hospital.

"Puan?" Panggil jururawat itu lagi.

Mawar tersedar. "Iya?" Soalnya semula.

"Tuan Nathan sedang berehatkah?" Tambah jururawat itu.

"Ii-iya. Dia sedang berehat" jawab Mawar gagap. Gabra. Takut. Gelisah. Semuanya terkumpul di dalam kepalanya, jika tersilap boleh memakan diri sendiri.

"Kalau macam tu, saya ikut puan ke wad ya. Untuk beri suntikan" kata-kata jururawat itu mengundang jeritan kecil dari Mawar, apa ni?!.

"Puan?"

"Dia erm-- haa apa ni--" balas Mawar tergagap-gagap. Aduhai, apa aku nak jawab ni.

Dia memandang suaminya dengan gelisah, namun Nathan hanya membuat isyarat
meneruskan. Tak nak tolong pun!.

"Kenapa Puan, ada sesuatu--"

"Ha ni ha!" Potong Mawar tatkala jururawat itu ingin menolehkan kepalanya. Janganlah kantoi.

"Kat sini!" Mawar memegang perutnya, dia beriak lebih tatkala pandangan jururawat itu tertumpu ke arahnya. Dia memegang perutnya seolah-olah kesakitan.

"Puan sakit?" Soal wanita itu, keliru.

"Bukan, bukan saya. Suami saya" jawab Mawar pantas.

Nathan menepuk dahinya, lain pula sakitnya.

"Bukan Puan kata suami Puan sedang berehat?" Pertanyaan itu mengundang tawa kekok dari Mawar, dia tertawa malu sambil memegang perutnya.

"Saya kata macam tukah? Aduhai, apa saya fikir ni" Mawar menggelengkan kepalanya beberapa kali, malu dengan kebangangan diri sendiri.

"Suami saya sakit perut, dia cirit birit" balas Mawar yakin, dia menepuk-nepuk perutnya seolah-olah menerangkan situasi Nathan. Sedar tidak sedar, hidungnya mulai menjadi kemerahan.

Nathan tersenyum. Mujur jururawat itu tidak mengetahui tabiat Mawar.

"Saya boleh panggil doktor untuk check suami Puan. Sekarang--"

"Tak perlu! Jangan!" Halang Mawar kuat, hilang sudah riak sakitnya tadi.

Nathan menahan tawa dari hadapan, itulah kau buat onar tak bertempat. Kan dah mendapat.

"Jangan?" Jururawat itu berkerut keliru, sudah benar ingin menghadam situasi ini.

"Eh bukan, boleh. Eh, tak!" Rasa hendak tercabut otaknya menghadapi situasi ini. Dia tidak pandai menipu!.

"Wad tengah busuk, bau busuk. Haa, bau busuk. Jadi jangan masuk, suami saya malu" terangnya merapu, lantak situ. Aku dah tak ada idea nak menipu.

"Berapa lama Tuan Nathan mengalami cirit birit?" Soalan Jururawat itu membuatnya tertawa kekok, apa lagi aku nak jawab ni.

"Kelmarin, lama" Alluakhbar, lepaskanlah aku Ya Allah.

"Saya boleh pergi tengok--"

"Aduh, aduh sakitnya!" Tipu Mawar sambil memegang perutnya, dia menunduk seakan-akan kesakitan.

"Puan okaykah?" Soal jururawat itu risau, dia melihat keadaan wanita itu dengan teliti.

Mawar membuat isyarat pergi ke arah suaminya tatkala tiada siapa-siapa yang berlegar di kawasan itu, dengan anggukan Nathan melepaskan dirinya ke pintu tangga. Dan akhirnya, terlepas.

"Puan nak saya panggilkan doktor?" Soal jururawat itu agak gelisah.

"Tak perlu! Saya sihat dah" balas Mawar apabila bayangan Nathan sudah melepasi pintu itu.

"Ha?" Jawab wanita itu keliru.

"Okaylah, saya rasa nak ambik udara sekejap. Saya minta maaf ya" dengan rasa tidak bersalah Mawar membetulkan kedudukannya semula lalu bergerak pergi dengan pantas. Dia memberikan senyuman tidak bersalah kepada jururawat itu, maafkan saya!.

Beberapa minit kemudian dia terlihat tubuh suaminya yang sedang berdiri menahan senyum dari jauh. Mawar mencebik, disebabkan kau, aku nampak lembab hari ni.

Nathan menanggalkan masknya.

"Sakit perut lagi tak?" Perli Nathan tatkala tubuh Mawar sudah berdiri di hadapannya.

"Diamlah" rajuknya.

"Ni kenapa tak gerak lagi? Tunggu Superman?" Perli Mawar pedas, menyampah. Bagaimanalah dia ingin menghadap jururawat itu selepas ini. Malu!.

Nathan menggeleng kecil, dia menunding jari ke hadapan. Serentak itu Mawar menolehkan kepalanya sebelum ternganga besar, helikopter yang semakin dekat itu membesarkan matanya.

"Wahh" kagum wanita itu, Nathan tersenyum kecil. Comel.

"Aku gerak dulu" ujar Nathan ketika helikopter itu selamat mendarat di sisi mereka. Di pintu helikopter itu terdapat tubuh Hujan yang sedang melambai ke arah mereka.

"Itulah dia budak yang jadi punca semua ni" cebik Mawar, disebabkan kau, aku kena jadi wonder woman malam ni.

"Thank you" ucap Nathan lalu mengusap lembut kepala isterinya. Bibir isterinya itu dicubit, geram melihat muncung itu.

"Tsk" desis Mawar, dia menampar tangan suaminya.

"Let's go, Nathan!" Panggil Hujan.

"Anything just call me" pesan Mawar perlahan, dia melihat sekilas tubuh Hujan yang menyakitkan hati itu. Entah mengapa, harini ini dia menyampah dengan lelaki itu. Termasuklah Nathan, dua-dua nak kena teleng.

"Bye" balas suaminya.

Mawar mencebik. Pft, tak macho langsung.

"Erm" sahutnya malas.

Ketika itu Nathan bergerak memeluk isterinya sebelum dahi wanita itu dicium lembut, dia menahan rasa malunya.

Mawar tergamam sendirian, tubuhnya kaku di pelukan lelaki Itu. Namun apabila terasa betapa eratnya pelukan Nathan, akhirnya dia membalasnya juga. Dengan perasaan malu dia menyembamkan wajahnya di dada lelaki itu.

"Stay safe" pesannya perlahan, dengar tidak dengar sahaja nada suaranya.

Nathan tersenyum lebar, dia mengusap lembut lengan isterinya sebelum meleraikan pelukan mereka.

"Pray for me" pintanya lalu memakai semula masknya. Sempat dia mencuit dagu isterinya sebelum berlalu pergi. Helikopter itu dinaiki pantas, memandang waktu yang tersisa semakin tidak cukup. 

"Babai" lambai Mawar perlahan, dia tersenyum tatkala helikopter itu mulai bergerak pergi. Dia hanya memandang tubuh Nathan yang semakin hilang disebalik kenderaan itu. Dan akhirnya, keadaan di situ menjadi sunyi.

Hanya tinggal dia, seorang.

Langit malam dipandang kagum, bersinar, cantik.

Di mana aku menghantarnya pergi, maka di situ jugalah aku akan menyambutnya. Lindungilah dia, Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience