•bab 24•

Romance Series 12837

          FAIL dihentak kasar di atas meja, wajah sinis itu dipandang tajam.

"Tak susah, bagitahu aku. Kerja kau selesai" mendatar nada Hujan menuturkan kata-kata, sedari tadi dia menghadap perkara ini lelaki itu masih lagi dengan penipuannya.

"Aku tak buat salah, jadi kenapa aku kena mengaku?" Balas lelaki itu dengan tawa kuat, tidak terkesan langsung dengan nada pegawai polis. Kelakar.

"Lantaklah, aku dah dapat apa yang aku nak pun" ujar Hujan, sudah malas ingin berbalas kata.

"Kau fikir diorang akan bagitahu perkara sebenarkah? Aduh, kau pun sebagai polis mudah sangat percaya" perlinya pedas, bosanlah jika bersembang itu tidak rancakkan? Jadi apa salahnya jika kita memeriahkannya sedikit.

"Sebab tu pangkat aku lebih tinggi dari kau, kami buat kerja pakai otak bukan pakai lutut" kata Hujan sambil membuka dua butang atas t-shirtnya, rimas. Dia tertawa malas, remeh betul.

Lelaki itu tertawa besar, tidak mengambil peduli dengan kata-kata Hujan itu. Apalah sangat, setakat ingin mereka ayat sahaja.

Hujan tersenyum sinis, ketawalah selagi mampu.

Wajah Lelaki itu mulai tegang kembali.
"Apa maksud kau?" Soalnya dalam nada mendatar.

"Kami polis bro, setakat ayat dari kau ni apalah sangat" perli Hujan semula, nampaknya tugasnya sudah selesai. Tidak perlu memanjangkan cerita lagi, tugasnya sudah selesai.

"Polis tak berpendidikan macam korang? Pft, buang masa" masih lagi di dalam mood gembiranya, perasaan yang susah untuk difahami bercampur dalam satu masa. Serupa orang tidak siuman, mindanya dicampur dengan beberapa emosi.

Hujan mengeluh perlahan, cuba menahan rasa. Jika dia marah pun perkara ini tidak akan selesai, malah perjumpaan mereka ini dijadikan bahan jenaka sahaja.

"Mamat ni tengah buat kelakarkah?" Soal Nathan setelah masuk ke dalam ruangan itu, dia berpeluk tubuh di hadapan meja itu. Wajah tegang Hujan dipandang sekilas, garang-garang ni nak pergi mana abang?.

"Eh, kaulah! Aku punyalah nak dapat lauk aku, tiba-tiba kau jerkah masuk. Aduh, semak!" Bengang lelaki itu, tangannya yang bergari itu dihentak kasar di atas meja. Serabut.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya, lauk?.

"Perempuan tu, hurppp! Badan dia sedap bro, aku baru nak rasa" katanya sebelum tertawa suka, mindanya terbayang-bayang kejadian itu. Hampir-hampir dia akan memiliki wanita itu, sikit sahaja lagi. Wajahnya yang tersenyum gembira mulai bertukar bengis, wajah Nathan dipandang benci.

"Tapi sekurangnya, aku dapat hidu dia... wangi" cerita lelaki itu dengan bangga, dia menayangkan senyuman mengejek kepada Nathan.

Nathan menggengam tangannya, cuba mengendahkan kata-kata itu.

"Tubuh dia pun cantik, hampir saja aku buka pakaian dia. Nampak sikit je, tapi sekurangnya aku nampak barang tu..." Sengaja dia menghentikan kata-katanya, ingin melihat reaksi tegang Nathan itu.
Genggaman tangan Nathan semakin erat, urat-urat ditangan mulai timbul dengan jelas menunjukkan rasa amarah yang ditahan.

"Cantik" bisiknya, dengan nada penuh suka.

"Aku--" hampir-hampir sahaja Nathan menghayunkan tangannya namun ditahan oleh Hujan. Berang matanya memandang wajah selamba itu, lebih berapi apabila lelaki itu sengaja mengejeknya dari belakang, tersenyum-senyum dengan penuh makna.

"Hish" Nathan berdengus kecil, dia meraup rambutnya ke belakang. Bengang.

Hujan menepuk bahu kawannya itu berkali-kali, meminta Nathan untuk bersabar. Biasalah nama pun penjenayah, di dalam otak mereka langsung tiada istilah menjaga hati.

"Selamat datang ke penjara, bro. Nikmati hukuman kau dengan aman" ujar Hujan sebelum mengarahkan anak buahnya membawa lelaki itu pergi, dia menolak bahu Nathan yang tidak henti memandang lelaki itu. Bengang sungguh lelaki itu, tajam benar matanya.

"Sudahlah, Nathan. Tak perlu ambil peduli pun" pantang sungguh kalau orang buka isu pasal Mawar, terus hendak marah. Mujur tidak sampai menengking namun hampir-hampir juga Nathan mengangkat tangan tadi, seumur hidupnya tidak pernah melihat lelaki itu berasa marah seperti ini.

"Diam" balas Nathan mendatar, masih lagi berang.

"Macam mana dengan keterangan 4 lagi penjenayah sebelum ni?" Soal Hujan, cuba menukar topik. Kalau tidak, sehingga ke hari sudah tidak habis-habis lagi amarahnya.

Nathan memandang Hujan seketika sebelum melangkah keluar dari ruangan soal siasat itu, langkahnya diikuti oleh Hujan dari belakang.

"Dua dari mereka memberi keterangan jujur, tempat-tempat persembunyian mereka berjaya dijumpai manakala lagi dua masih lagi menutup mulut mereka. Entah apa yang ingin disorokkan pun" terang Nathan sambil menuju ke pejabatnya, ingin menyemak fail-fail kes Mawar. Perbincangan perlu dilakukan sebelum mereka bertindak, jika tidak mereka akan sempat melarikan diri sama seperti sebelum ini. Kawasan kediaman itu kosong sebaik sahaja mereka tiba di sana, walaupun disergah pada hari yang sama tetapi semuanya licin, bersih.

"Bila kita nak serang hendap tempat tu?" Soal Hujan lagi, dia turut berasa perkara yang sama. Walau selaju mana pun mereka pergi, tempat itu tetap bersih. Seperti tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan di situ.

"Aku dah arahkan Nubhan dan Raaid untuk ke tempat tu, sekarang ni cuma menunggu maklumat daripada mereka" ujar Nathan lalu melangkah masuk ke dalam pejabatnya, dia duduk di atas sofa pejabat tersebut diikuti oleh Hujan.
Menyebok sahaja si bujang ni, menempel.

"Aku dah godam kelima-lima telefon diorang, tetapi macam biasa nombor yang selalu dihubungi dah mati. Aku dapat detect lokasi nombor juga, and memang betul simkad tu ada kat situ but telefonnya dah hancur" terang Hujan terperinci, sehingga sekarang dia masih lagi cuba menggodam nombor tersebut namun masih menjumpai jalan yang sama. Kosong. Permainan musuh semakin meningkat dan mengelirukan mereka, lebih sakit apabila tugasan yang hampir menemui jalan menjadi rumit.

"Nombor yang lain?" Soal Nathan.

"Diorang cuma mempunyai nombor sesama sendiri sahaja, mungkin mereka dibahagi mengikut kumpulan ataupun permainan mereka sengaja dilakukan seperti itu" balas Hujan memberikan pendapatnya, otak juga hampir pecah memutar belitkan segala situasi. Rasa hendak muntah.

"Sama seperti kes sebelum ini, diorang hanya berkomunikasi sesama mereka sahaja" tambah Hujan lagi.

Nathan terangguk mendengar penerangan sahabatnya itu, fail yang melibatkan kes Mawar itu dicapai. Perlahan-lahan dia meneliti fail itu semula, cuba menyimpulkan segala maklumat yang dihadam.

"Aku masih keliru, macam mana diorang edit suara aku dalam telefon Mawar" kata-kata Nathan itu mengundang tanda tanya di minda Hujan.

"Tapikan bro, diorang dikira hebat bila berjaya geledah nombor Mawar" Ayat Hujan itu mengundang satu keluhan di bibir Nathan, sehingga sekarang dia cuba mengolah prakara tersebut. Bagaimana?.

"Cuma, bila diorang dah berjaya geledah nombor Mawar maksudnya automatik diorang berjaya peroleh segala maklumat peribadi Mawar" tambah Hujan lagi, dan setiap perkataannya itu mewujudkan rasa kurang senang di hati Nathan. Kerana perkara itu benar, alamat rumah, tempat kerja, sahabat, lokasi dan segalanya akan dikumpulkan dalam satu kepala.

"Kes sebelum-sebelum ni pun mengalami perkara yang sama, mereka dijerat sebelum dihumban menjadi mangsa" haih, tatkala menemui jalan penyelesaian dengan tiba-tiba kebuntuan datang mengetuk peti minda. Dan akhirnya, mereka terpaksa memutarkan kembali semua maklumat menjadi satu kaitan.

"Bagi aku kelima-lima telefon tu" pinta Nathan tiba-tiba.

Hujan menghantar pandangan curiga, apa dia nak buat tu?.

"Reason?" Soal Hujan, sengaja bermain-main.

"Bagi aku atau aku buat sesuatu yang kau tak suka" balas Nathan separuh mengugut.

"Iya?" Ejek Hujan dengan nada suka, uwuu takutnya.

"Apa nama budak tu? Leinani, right?" Dengan wajah yang terukir senyuman sinis, Nathan mengintai wajah sahabatnya itu. Apa sahabatnya itu fikir dia tidak tahu soal itu? Dari hari pertama Hujan mengendalikan kes itu lagi dia sudah mengetahuinya, berduyun-duyun cerita mulai menembus gegendang telinganya.

Mendengar ugutan Nathan itu membuatkan Hujan pantas bangkit dari duduknya, dia memandang Nathan tanpa kata sebelum berlalu keluar mengambil barang yang diperlukan. Kurang ajar, siap kau nanti.

Beberapa minit selepas itu terdengar bunyi ketukan di pintu.

"Masuk je beruk" arah Nathan selamba, tidak pernah-pernah mengetuk pintu. Terasa kelakar pula.

"Kenapa lambat?-- oh" kata-kata Nathan terhenti tatkala wajah Nukhail yang menyapa pandangan matanya. Tidak pasal lelaki itu yang menerima beruknya, padan muka.

"Anything?" Soal Nathan. Dia memerhati tubuh Nukhail yang melabuhkan duduk selesa di hadapannya.

"Aku nak minta fail kes Mawar" permintaan Nukhail itu mengundang tanda tanya di benaknya, tiba-tiba sahaja?.

"Memandangkan kes ni memang ada kena mengena dengan beberapa kes sebelum ni, jadi aku perlukan fail Mawar sebagai maklumat" terangnya jelas, tidak mahu lelaki itu salah faham. Dia tahu, Nathan bukan lelaki yang senang untuk diguna pakai.

Nathan memandang wajah Nukhail seketika, sebelum perlahan bangkit dari duduknya. Bukan apa, dia terfikir sesuatu.

"Tak perlukan fail Mawar, aku dah siapkan satu maklumat lengkap kes ni. Aku rasa lagi mudah kalau kau kumpulkan berpandukan maklumat ni" Fail yang diambil itu dihulurkan kepada Nukhail. Fail itu tidak terlalu lengkap lagi, tetapi segala maklumat berkaitan dia telah catatkan di dalam fail itu. Jadi, lebih berbaloi jika dia menyerahkan fail itu. Mengapa mahu fail Mawar ? Tidak menarik pun.

"Haha, sure. Thanks" balas Nukhail dengan nada agak kekok, bukan ini yang dia harapkan.

Ketika itu juga telefon Nathan berdering, nama Nubhan tertera penuh di skrin telefon.  

"Yes?" Balas Nathan.

"Kawasan dah clean, Tuan. Kita gagal sekali lagi" ujar Nubhan dengan nada sedikit kecewa.

Sudah agak, Nathan mengangguk faham.

"Make it clear and hand me the full report, kita jumpa di balai" arah Nathan tegas lalu mematikan panggilan, dia meraup rambutnya ke belakang. Gagal lagi, dia menghembuskan nafas lemah. Tidak mengapa, mereka masih mempunyai peluang untuk menyerbu.

"Asal?" Soal Nukhail, berpura-pura ingin tahu. Walhal, dia sudah tahu apa yang berlaku.

"Kita gagal dalam serbuan" kata-kata Nathan itu hanya dibalas dengan anggukan oleh Nukhail, ouh.

"Tak apa, kita ada banyak masa lagi. Aku gerak dulu" bahu Nathan ditepuk sebelum dia melangkah keluar dari pejabat itu, pintu pejabat itu ditutup dengan kemas lalu dia melangkah pergi.

Sepanjang langkahnya itu diiringi dengan perasaan bengang, gagal? Dia tertawa sinis.

"Bagitahu anak buah kau untuk kerja pakai otak. Kalau bukan sebab aku, kawasan kau dah kena cekup" bisik Nukhail pada speaker kecil di lencana polisnya itu.

Satu demi satu masalah bertambah.

          "WELCOME back, Mawar!" Sambut Maya dan Jebat di hadapan pintu butik, betapa gembiranya mereka menyambut kedatangan sahabat mereka itu. Siap disajikan dengan pertunjukan bunga api yang tidak jadi oleh Jebat, habis terbakar butik aku.

"Masyehh" ucap Mawar manja, dia tersenyum gembira melihat mereka. Pandai pula membuat kejutan, selama ini dia hanya diberi kejutan yang menyakitkan jantung sahaja.

"I sedih, akhirnya our boss kembali ke jalan yang benar" ujar Jebat sambil berpura-pura mengelap air matanya, dia menyedut hingus yang memang tidak ada itu.

Maya menayangkan wajah menjijikkan, geli aku.

"Kau dah sihat kah, Mawar? Kalau belum rehatlah, kesian kau baru sembuh" soal Maya sambil merangkul lengan sahabatnya itu, jujur dia terkilan dengan apa yang terjadi pada Mawar. Hatinya sebagai sahabat turut luluh merasai kejadian yang dihadapi oleh Mawar itu, banyak sungguh perkara yang berlaku kepada Mawar sejak kebelakangan ini.

"Aku dah sihat, cuma pening sikit je" balas Mawar lalu mengusap tangan Maya yang merangkulnya itu, dia tahu Maya risau akan keadaannya tetapi tidak boleh menjenguknya kerana kekangan tenaga pekerja di butik. Mereka berdualah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedai sepanjang ketiadaannya, kesian benar.

"I boleh bawa you jumpa bomoh dekat hujung kampung I, mana tahu you kena buatan orang juga" spekulasi tidak masuk akal Jebat itu mengundang rasa marah Maya, serentak itu dia memukul belakang kepala lelaki itu. Langsung tidak bertapis ! Seolah-olah tiada otak untuk berfikir. Apa kena mengena keadaan Mawar dengan buatan orang pula?.

"Otak tu ada, tolong guna. Jangan nak berfikir guna bontot juga, Mawar ni baru cuba untuk move on dari trauma dia tau" marah Maya, bengang. Suka hati sahaja berkata-kata, karang kau pula yang aku bawa jumpa bomoh nanti. Menghilangkan sampukan sotong, ish geram aku. 

"At least, I wash my buttock everyday okay" bantah Jebat bersama jari yang melentik naik, bukan main lagi.

"Anyway Mawar, if you need anything just tell me okay. I akan pastikan you rehat sepuasnya" tambah Jebat dengan senyuman yang terukir lebar, sesungguhnya kita mestilah berbuat baik sesama manusia. Kerana dengan itu, dia boleh meminta untuk kenaikan gaji ya.

"Kalau rehat, baik aku duduk rumah" perli Mawar pula, ada ada sahajalah. Terlalu melebih pula mereka berdua ini, sedangkan dia sudah hampir pulih pun. Kerana itulah dia menghadirkan diri di butik, ingin membina tenaga semula.

"Pft, you ni. Jangan tak ada otak sangat, you fahamkan maksud I apa" amboi, bukan main kau mengata boss sendiri ya. Yakin pula itu bercakap, mujur bossnya itu dengar tidak dengar sahaja. Gila ingin bercakap depan-depan, habis hilang kerjanya nanti.

"Kau pergilah rehat, nanti apa-apa panggil je" arah Maya, kesian pula melihat sahabatnya itu berdiri sahaja dari tadi. Si Jebat ni pula, banyak sungguh bercakap.

"Iyalah, kalau ada apa-apa information just go to my office okay" pesan Mawar sebelum berlalu pergi, dia tersengih memandang Maya dan Jebat. Orang suruh rehat, jadi kita rehat.

Maya membalas dengan anggukan kecil, selepas itu dia menyinggul lengan Jebat dengan kuat. Terus terdorong tubuh keding yang sedang merias kuku itu, aku yang perempuan ini pun tidak pandai merias kuku, engkau bukan main lagi ya.

"Kenapa kau ni, nyah?!" Marah lelaki lembut itu, badan gajah betul.

"Weh, kau perasan tak?" Soal Maya.

"Perasan cantik? Itu engkau" balas Jebat, lurus.

"Bebal, aku memang cantik. Bukan apa, berseri kan wajah Mak Cik tu" ujar Maya membawa maksud kata-katanya kepada Mawar, walaupun sudah lama terperap di hospital. Tetapi lain pula wajah sahabatnya itu, semakin berseri-seri pula.

"Wajah I tak berserikah, Maya? Penat tau semalam I kutip bunga dekat belakang rumah, satu telaga air I buat mandi bunga tau" balasnya tiba-tiba, langsung tiada kena mengena. Masih lagi cuba memprovok dirinya yang kononnya terlalu lawa itu, langsung tidak memperdulikan kata-kata Maya itu.

"Eh, bencilah aku. Kau ni daripada tadi tak ada otak tau, rasa nak sepak je muka kau" balas Maya, geram. Sedari tadi dia menahan rasa ingin melayangkan tumbukan kepada lelaki itu, tidak habis-habis ingin merapu dan membangga diri. Nak muntah betul.

"Jangan sentuh muka lawa aku" merapunya lagi.

Maya menjulingkan kata ke atas, geli aku.

"Huh, aku nak warna kuku. Bye" eh kau ni, selamba badak sahaja ya.

"Kau ni" Maya mengangkat penumbuknya.

"Tolong!--" pintu kedai yang terbuka menghentikan aksi mereka, serentak itu mereka menoleh ke arah dua tubuh yang masuk itu.

"Eh Ibu!" Sapa Maya ceria tatkala melihat wajah itu, wajah manis Ibu Ayana menyapa ruangan matanya.

"Eh Ibuku!" Sahut Jebat pula, tidak mahu kalah. Menyampah.

"Kamu berdua ni, buat apa depan pintu ni?" Soal Ibu Ayana bersama tawa kecil, dari luar lagi dia sudah memerhati cakaran mereka berdua.

"Saja je, Ibu. Ibu datang sini nak jumpa Mawarkah? Maya boleh panggilkan" ujar Maya, sudah berura-ura ingin ke pejabat sahabatnya.

"Eh bukan, Ibu dengan orang istimewa sebelah ibu ni ada kerjalah datang sini" balas Ibu Ayana sambil memeluk lengan bakal besannya, iaitu Ummi Dahlia. Tidak sabar sungguh dia menjejakkan kaki ke sini, dulu sebagai majikan tetapi sekarang sebagai ibu kepada pengantin. Sungguh tidak sabar!.

"Kerja?" Soal Maya, tidak faham.

"Ibu nak bincang soal pengantinlah!" Ujar Ibu Ayana gembira, dia tertawa suka. Ummi Dahlia di sebelah turut tertawa, dia juga tidak sabar ingin melangsungkan perkahwinan cucu pertamanya itu. Sungguh gembira!.

"Abang Ferhadh nak kahwin lagi ? Omegoat!" Dengan muka terkejut dia menutup mulutnya yang hampir ternganga, bukankah isteri lelaki itu sedang mengandung anak kedua?.

"Bukanlah tongong, mestilah Mawar yang nak kahwin. Kau ni, otak kat mana ha?" Balas Jebat berpura-pura tahu, dia meniup hujung kukunya sebelum terkedu.

"Mawar nak kahwin?!" Soalnya pada diri sendiri, terkejut.

"Betulkah Ibu?" Soal Maya kepada Ibu Ayana, matanya terbeliak besar.

"Mawar tak bagitahukah? Iyalah, siapa lagi anak ibu" balas Ibu Ayana sebelum menarik Ummi Dahlia ke susunan baju pengantin. Lepasni mereka mahu membincangkan tema pula, benar-benar excited untuk menunggu hari itu tiba.

Ketika itu tubuh seseorang memasuki  butik, sekali lagi mereka berdua memandang serentak ke arah itu. Tubuh sasa yang masuk itu mewujudkan sinar di mata Jebat, lelaki lembut itu menjerit nyaring.

"Abang hensem!" Jerit Jebat, teruja.

Nathan terkedu di tempatnya, terkejut. Apa masalah jantan ni?.

"Abang datang nak jumpa Jibby kah? Mestilah boleh, kejap Jibby ambil beg tangan" tergesa-gesa lelaki itu ingin beredar namun lengannya ditahan kuat oleh Maya, tidak habis-habis lagi.

"Kau datang ni, nak jumpa Mawarkah?" Soal Maya, mestilahkan? Kalau tidak, apa niatnya hadir kemari. Jika ingin menempah pelamin atau mencuba baju pengantin, seperti tidak kena pula.

"Eh, dia mana boleh jumpa Mawar. Kan boss kita tu nak kahwin dah" tegur Jebat, lurus bendul.

"Jumpa je pun" balas Maya, pelik.

Ketika itu Nathan hanya mampu berdiri kaku memerhati tindakan mereka, tubuhnya yang ingin bergerak tadi terhenti tatkala mendengar nama Mawar disebut. Terus sahaja dia membatalkan niatnya, sengaja ingin mendengar perbualan mereka.

"Mestilah tak boleh, kan Mawar dah nak ada suami. Mestilah bakal suami dia nanti cemburu" terang Jebat bersemangat, wajah itu jelas menunjukkan riak tidak boleh. Bersungguh-sungguh menjaga bossnya dari lelaki luar.

"Kita pun tak tahu siapa bakal suami dia" balas Maya pula. Eh, aku bencilah bila berdebat dengan Si Sotong ni.

"Eh, abang hensem. Abang tak boleh tau dekat-dekat dengan Mawar, nanti bakal suami dia marah" jelas Jebat melangkah benar-benar di hadapan tubuh Nathan, hampir sahaja Nathan menumbuk tubuh itu. Geli, meremang bulu romanya.

"Ouh, peduli pula aku" balas Nathan selamba, ini sudah pasti mereka berdua ini tidak tahu cerita. Habislah, semakin bendul pekerja Mawar yang memang sudah bendul itu.

Jebat ternganga besar mendengar balasan itu, sungguh mengagumkan. Wah, kacaknya.

"Tak apa, abang. Jibby sentiasa ada untuk abang" laju sahaja tangannya ingin menyentuh lengan sasa Nathan namun laju juga lengan itu lari.

Nathan menjarak dengan jauh, aku tidak rela diriku dicabuli jantina sejenis.

"Kau ni janganlah melebih sangat, masuklah Nathan. Aku panggil Mawar kejap" ujar Maya cuba menghentikan situasi tidak masuk akal itu, kalau diteruskan nanti semakin melebih-lebih pula perangai Jebat itu. Sekarang pun seperti orang tiada akal, merepek sahaja perangainya.

Nathan hanya melangkah tanpa suara, dia pun tidak mahu berlama-lama di situ.

"Maya! Tak baiklah you ni. You tak nampakkah I tengah cuba untuk isi kekosongan dia" marah Jebat, sungguh tidak berpuas hati. Jari telunjuknya menekan-nekan hati yang kononnya tersakiti, walhal tengah berperasaan sendirian.

"Geli" balas Maya sebelum berlalu ke pejabat Mawar, tak kuasa aku nak layan kau.

Nathan berlalu ke arah dua tubuh yang sedang rancak bersembang itu, tubuh Ummi Dahlia dan Ibu Ayana disapa sopan. Dia mencium telapak tangan mereka berdua dengan penuh hormat, senyuman manis terukir lebar.

"Sampai pun, Tok Ummi ingatkan sibuk sangat tadi" ujar Ummi Dahlia lalu mengusap lembut bahu cucu terunanya itu, bukan apa dia risau jika segala persiapan tidak lengkap lagi. Maklumlah, tempoh hanya singkat sahaja dan pekerjaan cucunya itu bukan seperti biasa. Jika dipanggil untuk berkhidmat, ketika itu juga Nathan harus pergi. Cuma dia berharap segalanya berjalan lancar, dia tidak mahu mereka tergesa-gesa dan terburu-buru. Biarkan lambat dan teratur.

"Tawakal je Tok Ummi" balas Nathan bersama sengihan.

"Tak menganggu kerja Nathan kah?" Soal Ibu Ayana pula.

"Sepatutnya Nathan ada meeting tadi, tapi tak apalah boleh settle kan kemudian nanti" lagipun mesyuaratnya hanya singkat sahaja, sekadar ingin membincangkan segala bukti. Tidak mengapalah, dia sendiri tidak mengetahui berapa banyak masa lagi yang dia ada untuk menghulur diri.

"Kalau macam tu, harini kita bincang tema dan persiapan baju nikah dan pengantin" ujar Ibu Ayana sambil membelek baju pengantin yang tersusun cantik itu, teringat pula kenangan semasa zaman dahulu. Rindu pula dengan suasana semasa menjadi pengantin dahulu, namun sekarang cuma tinggal kenangan sahaja.

"Awalnya" selamba badak sahaja Nathan membalas.

"Mestilah! Kamu tu yang gatal nak kahwin dalam masa dua bulan, berani pula nak mempersoalkan cepat atau lambat" marah Ummi Dahlia, pandai betul mulut itu membalas. Tidak sedar agaknya, segala masa dan tempoh itu terkeluar dari mulut cucunya itu sendiri.

"Bukanlah, Mawar yang nak" masih lagi tidak mahu mempersalahkan diri sendiri, Nathan mempamerkan riak tidak bersalah.

"Salahkan anak Ibu pula, dia yang galak sangat bercakap masatu" bantah Ibu Ayana pula, pandai pula memutar belit ayat ya.

"Betul Ibu, Nathan tak bersuara pun masatu" ini yang dinamakan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sudah salah pun, masih lagi mencipta alasan untuk menyelamatkan diri.

"Ibu, Puan, ini design tema yang tersedia di butik. Boleh pilih dan sekiranya berminat boleh beritahu saya segera" ujar Maya sambil meletakkan beberapa design yang terpapar di meja kopi, setelah memanggil Mawar sebentar tadi dia terus mencapai beberapa tema tersebut.

"Ha, jom. Nanti kita bincang pasal baju pula" dengan rasa tidak sabar Ibu Ayana menarik Ummi Dahlia untuk melabuhkan duduk bersamanya, manakala Nathan pula masih lagi berdiri tegak membelek baju pengantin dihadapannya. Berkilau benar, habis buta mata orang memandang apatah lagi yang memakainya. Kena pakai cermin mata hitam agaknya.

Tiba-tiba tanpa sedar bahunya terasa seperti dilanggar sesuatu, Nathan menoleh ke sebelah dengan tanda tanya.

"Abang tengah pilih baju kita?" Suara lembut Jebat yang sedang menyoal itu mewujudkan satu loya di tekaknya, sedari tadi dia menahan rasa hendak muntah ya.

"Jauh boleh? Geli" ujar Nathan, mendatar. Benar-benar memaksudkannya.

"Alahai, abang ni marah kah tegur ni? Jibby kelirulah, sebab suara abang kacak sangat" balas Jebat dengan penuh menggoda, dia tertawa sambil menutup mulut. Malu.

"Kau ni, nama macam pahlawan Melaka nak lawan dengan aku tak apa" bengang pula dia rasa ketika itu, sudah tegur baik-baik pun tidak mahu dengar.

"Awww, abang nak gaduh manja dengan Jibby? Ish! Malu!" Melentik tubuh Jebat menahan segan, tergedik-gedik dia menutup wajah menahan rasa malu. Pandai betul abang hensem bergurau dengannya!.

"Kalau nak menggatal, kau boleh pergi mampus" kalau tidak fikir tindakan sotong lelaki itu, sudah lama Nathan menyepaknya ke stor belakang butik. Geram benar, tidak sedar kah bulu romanya sedang meremang tatkala ini.

"Jibby sanggup mampus untuk abang" Astaghfirullahalazim, semakin menjadi-jadi pula perangainya.

"Nathan? Buat apa dekat sini?" Suara merdu Mawar itu berjaya menghentikan perbualan mereka, saat yang ditunggu-tunggu oleh Nathan.

Nathan menghembuskan nafas lega, alhamdulillah penyelamat datang.

"Dia cari baju kahwin dengan I!" Balas Jebat selamba, padahal nama Nathan yang disebut sebentar tadi.

Kening Mawar terjongket sebelah sebelum dia tersedak menahan tawa, nak kahwin dengan Jebat rupanya.

"Kau ke sini" jari telunjuk Nathan memanggil tubuh kecil itu ke sisinya, kau tak payah nak suka sangat. Aku dah rasa macam nak mati dicucuk ayat gatal si sotong ni.

Tanpa bantahan Mawar berdiri di sisi Nathan, riak cemberut Jebat itu semakin menghiburkannya. Marah sungguh orang berdiri di sebelah abang hensem dia.

"Dengar sini" ujar Nathan, cuba memulakan kata-kata. Wajah Jebat yang  seperti meminta penampar itu dipandang sekilas, tidak boleh pandang terlalu takut termuntah.

"Don't say any words!" Halang Jebat, jari telunjuknya ingin menutup bibir lelaki itu namun segera ditepis. Suka hati je nak sentuh aku, haram.

"Aku" ujar Nathan, sepatah.

"No! Don't you dare! Cukup, cukup sampai di sini" dengan rasa pasrah Jebat menutup kedua-dua telinganya, wajahnya terukir riak kecewa dan sedih yang terlalu ketara.

"Nathan" sambung Mawar pula, cuba menujukan kepada diri lelaki itu.

Ketika itu automatik kepala Nathan tertoleh ke sebelah, apa budak ni cuba buat ha?. Tidak nampakkah dia sedang ingin memutuskan ikatan yang tidak pernah wujud.

"No!" Balas Jebat lagi, walhal tidak berkata apa-apa pun.

"Sabar, dia tak cakap apa lagi" tahan Mawar, terhibur.

"Oh belum ya, okay okay kita repeat balik" layan Jebat sambil mengemaskan dirinya semula.

Nathan melahirkan riak tidak percaya, mengapa mangkuk sangat dua ekor ni?.

"Ehem" Nathan berdeham kecil sebelum memandang wajah cantik Mawar itu, dia tersenyum penuh makna.

"Sayang cakaplah" ujarnya sebelum berlalu ke tempat Ummi Dahlia dan Ibu Ayana. Semakin sakit jantung jika dia berlama-lama di situ, tadi pun sudah cukup menazakkannya. 

Mawar terkedu ditempatnya, dia panggil aku apa?.

"He call you what?!" Bengang Jebat.

"Haah, dia panggil aku apa?" Soal Mawar semula, wajahnya jelas menunjukkan riak tidak percaya.

"So, dialah bakal suami you? Kekejaman apakah ini?" Dengan rasa kecewa Jebat melarikan diri ke belakang kaunter, dia melepaskan segala kesediaan yang berasarang di situ. Manakala Mawar pula masih lagi terkedu ditempatnya, terkejut.

"Honey, come here. Ibu dengan Tok Ummi panggil, untuk tema wedding kita" sekali lagi Mawar dihentak rasa malu, ketika itu juga jantungnya berdegup selaju larian marathon. Dia mengemam bibir menahan rasa debar, perutnya mulai berterbangan taburan rama-rama debaran.

Maya yang berada di situ turut ternganga, riak tidak percaya jelas kelihatan di wajah itu. Jadi, Nathanlah bakal suami Mawar? Double War?!.

Namun Mawar tidak bergerak dari tempatnya, masih lagi cuba menenangkan debarannya yang kian memuncak.

"Sayang" panggil suara itu lagi.

Allahuakbar, jantung aku berdebar Ya Allah!.

          RAJA Syeikh Luthfan memicit dahinya, kepalanya kini kian memberat. Fail yang bertimbun itu hanya dipandang sekilas, sudah beberapa minggu dia menghadap timbunan tersebut namun masih lagi berhadapan dengan perkara yang sama. Buntu.

Dengan penat dia bangun dan mendekatkan diri di jendela bilik, pemandangan malam itu dipandang kagum.

"Sudah lewat malam Tuanku, sudah tiba masanya Tuanku merehatkan diri" ujar Setiausaha Diraja Versailles, dia menundukkan tubuh memberi rasa hormat. Termasuk hari ini sudah kerap beliau menghabiskan kerja sehingga lewat malam, pada pagi esok mula harus bangun awal untuk bersiap sedia menghadirkan diri kah majlis-majlis berpangkat.

"Sebentar lagi, ada apa-apa berita untuk saya harini?" Soalnya lelah, sedari pagi lagi dia menjalankan kerjanya malah pada waktu malam pula harus menguruskan fail-fail yang semakin bertimbun. Langsung tiada masa untuk menadah telinga mendengar hal istana, mujur ada setiausahanya.

"Bekalan senjata istana baru sahaja tiba pada pagi tadi, dan terdapat dua pembukaan bangunan yang memerlukan kehadiran Tuanku" jelas Setiausaha Diraja bersama nota bersaiz sederhana di pegangan, jika ingin memikirkan hal istana memang sehingga ke hujung nafas pun tidak akan ada yang dianggap selesai. Ada sahaja beberapa perkara yang masuk, malah memerlukan kehadiran Raja sebagai perasmi. Oleh itu, tiada istilah rehat yang cukup sekiranya menjejakkan kaki di istana.

Raja Syeikh Luthfan mengangguk faham, rasanya tidak berguna jika dia ingin mengeluh sekalipun. Ini memang amanah yang diturunkan untuknya, untuk menjadi ketua dalam negara.

"Lagisatu Tuanku, sebentar tadi istana baru menerima panggilan dari Kerajaan Nawrilia" kata-kata Setiausaha Diraja itu berjaya menarik perhatiannya, Raja Syeikh Luthfan mempamerkan riak tanda tanya.

"Apa yang mereka mahukan?" Soalnya, tenang.

"Mereka menginginkan bantuan dari Kerajaan Versailles dari segi pembekalan senjata api" terang Setiausaha Diraja dengan jelas, tiada satu patah perkataan pun yang terlepas dari bibirnya. Semuanya lengkap, dan disampaikan dengan sempurna.

"Apa yang berlaku di negara mereka?" Soal Raja Syeikh Luthfan lagi.

"Baru-baru ini negara tersebut telah diserang dengan satu letupan besar, menyebabkan hampir keseluruhan negara mengalami kerosakan parah" jelas Setiausaha Diraja sambil menghulurkan satu tablet di tangan Raja Syeikh Luthfan, artikel yang terpapar itu menarik sepenuh perhatiannya. Skrin tersebut tertera dengan terperinci setiap patah perkataan yang menceritakan kejadian it, artikel itu baru sahaja dikeluarkan minggu lepas.

"Bagaimana dengan rakyatnya?" Soal Raja Syeikh Luthfan dengan nada sedikit mengendur, tablet itu dihulur kembali.

"30 peratus disahkan meninggal dunia manakala 60 peratus daripada rakyat mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital, istana pula mengalami sebahagian keruntuhan dan semua rakyat di istana mengalami kecederaan" keterangan itu dijelaskan satu persatu dengan setiap butiran yang sejajar, berita tersebut memenuhi segala ruangan sosial di dunia dan mendapat perhatian penuh dari rakyat jelata. Negara tersebut disahkan 98 peratus mengalami darurat.

"Tetapi, mengapa mereka menginginkan bantuan dan bukan bekalan untuk kerajaan? Sedangkan rakyat sedang mengalami kecederaan fizikal sepenuhnya" perkara itu menjadi tanda tanya baginya, keadaan rakyat yang hampir meragut nyawa namun senjata api yang menjadi pilihan.

"Berkemungkinan kerajaan tersebut akan mengalami letupan kedua dan boleh menyebabkan kehancuran sepenuhnya, oleh itu Raja memerintahkan setiap anggota untuk mempertahankan negara  walaupun nyawa menjadi taruhan" sungguh dia kagum dengan sikap setia mereka kepada kerajaan sendiri, sanggup bertumpah darah malah mempertaruhkan nyawa demi Kerajaan tercinta. Kerajaan Nawrilia merupakan di antara 10 Kerajaan terbaik yang mendapat perhatian dunia, oleh kerana itu berita letupan mengejut tersebut mudah sahaja tersebar dengan pantas.

"Kerajaan tersebut juga meminta bantuan Kerajaan lain dan semuanya sedang mempersiapkan diri memberi bantuan" tambah Setiausaha Diraja lagi.

"Kalau begitu, berikan 40 peratus daripada senjata api kita kepada mereka. Dan arahkan separuh daripada anggota untuk membantu mereka, jika boleh arahkan istana untuk bekalkan seberapa banyak keperluan yang penting untuk rakyat di sana" arah Raja Syeikh Luthfan, tegas. Kerajaan tersebut merupakan Kerajaan yang menjalinkan perjanjian persahabatan erat bersama mereka, oleh itu dia perlu membantu semampu yang boleh untuk menolong mereka.

Pantas tangan Setiausaha Diraja mencatat segala maklumat yang dikemukakan, kalau boleh tidak mahu ada salah satu pun yang terlepas.

"Selepas itu, kendalikan beberapa anggota utama untuk menjadi bantuan" tambah Raja Syeikh Luthfan lagi.

Setiausaha Diraja mengangguk dengan patuh, mengikuti segala perintah yang di amanahkan.

"Kalau boleh, arahkan Nathan untuk mengetuai kepimpinan di sana" ujar beliau lalu menutup tingkap jendela yang terbuka itu, keindahan bintang mulai ditutupi dengan selimut malam.

"Baik, Tuanku" patuh Setiausaha Diraja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience