•bab 5•

Romance Series 12832

          BALAI polis yang menyapa ruangan matanya itu dihampiri, dia berdiri dihadapan pintu kaca itu. Hujung bibir digigit, takut. Seumur hidupnya langsung tidak pernah menjejakkan kaki di situ, tidak kiralah sama ada dia membuat jenayah ataupun aduan.

Namun peristiwa yang berlaku malam tadi menyebabkan dia menjejakkan kaki di tempat ternama itu. Ini kerana arahan Nathan yang memintanya untuk hadir.

Dia mengetuk kepala perlahan selepas mengingati apa yang terjadi semalam, membuatkan dia segan untuk berjumpa lelaki itu.

"Jangan lupa datang balai esok, ada perkara yang kau kena selesaikan"

Itu kata-kata terakhir lelaki itu sebelum meninggalkannya sendirian. Haih, suka biar aku sendiri lepas kena tembak dengan ayat-ayat dia.

"Mawar" panggil seseorang.

Mawar memusingkan tubuhnya ke belakang, dari jauh sudah kelihatan lambaian Maya ke arahnya. Dahinya berkerut seribu, pelik. Apa yang wanita itu buat di sini?.

"Heyy, kenapa dahi kau luka?" soal Maya sebaik sahaja tiba dihadapannya. Tangan itu laju menyentuh dahinya yang berbalut, jarinya mengusap lembut di situ.

Tangan itu dicapai lalu digenggam.
"Aku okay, apa kau buat kat sini?" tubuh Maya diperhati dari kepala sehingga ke kaki. Mahu mencari kesan-kesan luka ataupun cedera. Tetapi baik sahaja keadaan wanita itu, siap dihiasi senyuman berseri lagi.

"Nak bagi keterangan, kau pula? Sama juga ke?" jelas Maya bersama soalan. Kerutan di dahinya jelas kelihatan.

Mawar hanya menggeleng kecil. Dia sendiri tidak tahu kegunaannya di sini. Tidak pula diberitahu untuk memberi keterangan ataupun aduan. Hanya diberitahu untuk datang sahaja. Tetapi, kejap. Pantas sahabatnya itu dipandang, beri keterangan?.

"Kenapa kau kena beri keterangan?" makin bertambah kerutan di dahinya. Dia tiada dengar sebarang yang dialami oleh Maya selama ini, tetapi dikejutkan dengan kedatangan Maya ke sini. Dengan arahan untuk memberi keterangan.

"Aku-"

Kuakan pintu kaca itu menghentikan kata-kata Maya. Tubuh lelaki tegap yang sedang berdiri itu menarik perhatian mereka. Di tangannya terdapat sebual fail.

"Mawar and Maya, right? Kalau ya, masuk" ujar lelaki itu sebelum melangkah pergi. Entah betul atau tidak gerangannya. Suka hati sahaja pergi tanpa mendengar balasan kembali. Buatnya orang tu salah, tak ke naya kau? Buat malu je.

Mawar memerhati langkah lelaki yang sudah mengatur masuk itu. Macam pernah tengok, tapi kat mana ya?.

"Jom" ujar Maya laju sahaja menarik lengan sahabatnya itu. Pintu kaca itu ditolak sebelum mereka masuk ke dalam. Ruangan itu dipandang kagum, kemas.

"Mawar" Mawar menoleh tatkala namanya dipanggil. Susuk tubuh Nathan yang sedang berdiri itu memenuhi ruangan matanya. Segak sahaja lelaki itu mengenakan pakaikan khasnya.

Lantas kakinya melangkah ke arah pejabat yang sederhana besar itu, sempat tangan Maya ditarik sekali. Asyik mengusha je. Maklumlah first time masuk balai, rasa batak.

"Aku nak kau beri keterangan mengenai kes kau semalam, dari pagi kau kerja sampai aku datang malam tu" ujar Nathan sebaik sahaja wanita itu duduk di atas sofa pejabatnya. Satu fail nipis diletakkan dihadapan wanita itu, maklumat lengkap mengenai kejadian semalam dan butir-butir penjenayah.

Terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu, fail itu diambil sebelum maklumat yang terpapar itu dibaca teliti.

Ketukan pintu mengganggu suasana sepi itu. Nathan mengalihkan pandangannya, wajah Hujan yang melangkah masuk itu dipandang dengan tanda tanya. Selamba sahaja lelaki itu melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan mejanya.

"Kau buta? Tak nampak aku sibuk" kata Nathan sedikit tegas. Wajah tidak bersalah itu dijeling tajam, pejabat aku ni dah macam rumah kedua dia. Asyik nak terjah je. Tidak kira pula tu dengan waktunya yang sibuk atau tidak.

Hujan mencebikkan bibirnya, garang sangatlah abang ni.

"Aku datang ni nak ambil kawan budak tu" balasnya dengan bibir yang memuncung ke arah tempat duduk di sebelah Mawar. Wajah terpinga-pinga Maya itu dipandang kosong. Jumpa aku je termenung, jumpa aku je termenung. Bila termenung je jumpa aku, tak ada life lah perempuan ni.

"Ambillah" katanya sepatah. Isyarat mata diberi agar segera beredar. Bukannya dia tahu perangai Hujan itu, macam budak-budak. Lebih-lebih lagi dengan perangainya yang satu itu, tak boleh berenggang langsung dengan choki-choki. Nathan memandang sekilas bibir yang mengisap itu, rasa mahu ditarik sahaja choki-choki yang terjuntai itu.

"Budak, mari ikut aku" isyarat tangan diberi kepada Maya agar segera mengikuti langkahnya, tergesa-gesa tubuh itu bangkit mengejar langkahnya. Pintu pejabat itu ditutup perlahan.

"Lelaki ni... dia ada kes lain?" soal Mawar setelah lama berdiam diri. Dia seolah-olah terpana membaca butir-butir yang terpapar, tidak sangka dengan keterangan yang dibacanya. Rupa-rupanya lelaki itu sudah terlibat dengan beberapa jenayah yang mengerikan.

Nathan melabuhkan duduk di hadapan wanita itu. Ringan sahaja tangannya mengambil semula fail di tangan halus itu.

"Macam yang kau baca, sebab tu aku tak teragak-agak untuk tembak dia semalam" recorder hitam yang berada di atas meja itu diambil. Alat itu mula dihidupkan.

"Now, bagitahu aku" perakam suara itu diletakkan berhadapan wanita itu. Tubuh itu masih kaku cuma genggaman tangannya sahaja yang kelihatan begitu erat.

Terketar-ketar Mawar menggerakkan bibirnya.

"Masa tu..." dia mula mengambil nafas lalu menghembusnya perlahan. Segala maklumat diberitahu dengan terperinci tanpa meninggalkan satu perkataan pun.

Trauma yang mulai hilang kembali apabila mengingati tindakan lelaki itu terhadapnya. Disentuh dan dipaksa untuk melayan nafsu kuda lelaki itu, mujur ketika itu dia masih mampu melawan ketakutannya. Jika tidak, pasti maruahnya hampir tergadai.

Jika dia mengikut kehendak hatinya, nyawanya akan melayang.

Jika dia berdiam diri, maruahnya akan digadai.

Kadangkala ketakutkan itu perlu dilawan demi pertahankan diri sendiri. Dan kata-kata itu sedikit menenangkan hati Mawar, dia juga perlu kelihatan kuat dan tabah agar harga dirinya tidak mudah ditindas.

"...dan awak tiba selamatkan saya" kata-katanya diakhirkan dengan satu keluhan yang hampir tidak kedengaran. Mukanya diraup perlahan, cuba menghapuskan kejadian yang berputar di kepalanya.

Perakam suara itu dimatikan.

"Aku minta maaf kalau tindakan aku mengganggu kau. Tapi aku tak boleh bantu kau, kalau kau tak bantu aku" balasnya sedikit bersalah. Bukan niatnya untuk mengembalikan trauma wanita itu, namun tugas dan susun aturnya memang dimulakan seperti ini. Dia tidak boleh menjalankan kerjanya tanpa sebarang maklumat.

Mawar menggeleng kecil. Dia tidak menyalahkan lelaki itu pun.

"Saya nak tanya, Maya datang untuk beri keterangan mengenai apa?" dari tadi dia ingin menyakan soalan itu namun tergendala apabila dia membaca fail kes tersebut. Fikirannya menjadi kosong.

Kedua kening Nathan bercantum.
"Dia tak bagitahu kau?" soalannya dibalas dengan gelengan.

"Kawan kau kena situasi yang sama macam kau semalam" sepotong ayat itu menyentakkan hati Mawar. Hatinya mulai berdegup laju, di fikirannya sudah memutarkan pelbagai soalan. Tetapi apabila melihat keadaan wanita itu sebentar tadi menyebabkan fikirannya makin tertanya-tanya. Gembira sahaja keadaannya.

"Tapi tadi... Maya okay je" balasnya dengan kepala yang sedikit senget, memikirkan sesuatu.

"Habistu, kau nak kawan kau cedera" Nathan memandang wajah wanita itu, pelik. Kawan dah selamat pun nak banyak soal.

"Bukan! bukan itu maksud saya. Alah, awak faham-fahamlah" laju sahaja dia menidakkan andaian lelaki itu. Dia bukan ingin melihat sahabatnya terluka, namun keadaan Maya yang tidak sepertinya itu sedikit memusykilkannya.

"Hujan sempat sampai semalam. Aku suruh half  budak-budak aku periksa kawasan kau. Aku dah agak, mesti ada" terang Nathan sedikit terperinci.

Terangguk-angguk kepala itu mendengarnya. Kagum dengan kecekapan lelaki itu. Mujur dia menelefon Nathan semalam. Jika abangnya yang datang, pasti dirinya sahaja yang terselamat. Itu pun sekiranya Ferhadh itu bijak mempertahankan diri.

"Diorang satu pasukan ke?" kepalanya digaru tanda tidak mengerti. Pasukan, pasukan. Kau fikir diorang main bola sepak.

"Ya, ahli diorang banyak lagi. Itupun semalam diorang terlepas seorang, lelaki yang cuba sentuh kawan kau tu" bibirnya sedikit tercebik.

Bak kata Hujan, lelaki yang menyerang sahabat Mawar itu sempat melarikan diri setelah mendengar siron polis. Hujan telah tiba lebih awal berbanding mereka dan menangkap lelaki itu namun genggamannya terlepas apabila lelaki itu menggunakan taktik kotor dengan menyapu serbuk di mata sahabatnya itu. Satu tumbukan yang kuat dan pegangannya terlepas.

Mawar sedikit ternganga, habistu macam mana aku nak pergi kerja lepas ni?!. Nak harapkan Jebat? Memang naya aku kat situ.

"Saya tak boleh pergi kerjalah lepasni? Kenapa diorang buat kami macam ni, apa salah saya dekat diorang?" soalnya bertubi-tubi. Jantungnya mula berdegup laju semula. Memikirkan perkara-perkara yang bakal berlaku selepas ini.

Nathan memutarkan bebola matanya ke atas, menyampah. Banyak tanya betul perempuan ni, pergilah tengok skema jawapan.

"Organ badan kau tu barang berharga untuk diorang. Tapi sebelum diorang ambil, diorang nak lah juga rasa badan kau tu" kata-kata Nathan itu sedikit menakutkannya. Rasa badan aku? Adumak, kenapalah aku pergi tanya soalan macam tu. Buat aku mengigau je buat apa.

"Mana awak tahu benda ni?" tambahnya lagi. Mawar memandang tepat mata lelaki itu, mahu mencari sebarang bukti.

"Kau ada otak jangan bebal sangat boleh tak. Aku ni kerja tukang kebun ke?" sindirnya geram. Boleh pula wanita itu meraguinya sedangkan sudah terang lagi bersuluh pekerjaannya. Tidak mungkinlah makcik yang jual nasi lemak itu yang memberitahunya.

Automatik bibir Mawar membentuk 'ooo'. Hampir lupa pula pekerjaan lelaki itu sebagai polis. Tapi dia kata aku bebal? Dasar lo polis geprek.

"Pergi baliklah, semak je" Nathan terus bangkit dari duduknya, fail dan perakam suara di atas meja itu turut diambil. Buatnya budak ni bawa balik tayang kat keluarga dia, haru biru hidup aku.

Cemberut wajah Mawar mendengar ayat lelaki itu. Dia suruh datang, dia juga suruh balik. Ini baru kena dengan ayat 'datang diundang, pergi dihalau'. Mawar mengeluh kuat, sengaja. Aku tak suka lelaki ni.

Mawar bangkit dari duduknya sebelum langkah namun langkahnya terhenti apabila dia mengingati sesuatu.

"Ah, saya lupa" Wajah Nathan dipandang kembali. Lelaki itu menjongketkan sebelah keningnya.

"Ibu suruh saya ajak awak makan tengah hari kat rumah harini, awak ada masa?" ujar Maya dengan wajah yang hampir merah. Tersedak dia apabila Ibu Ayana menyuruh lelaki itu hadir ke rumah, alasannya adalah untuk makan tengah hari bersama. Tambah ibunya lagi apabila lelaki itu sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkannya.

Nathan berfikir sejenak. Makan tengah hari?.

"Kenapa pula?" pertanyaannya itu mengundangkan keluhan panjang Mawar.

"Ibu kata tanda terima kasih, sebab awak selamatkan saya" terangnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Pandangannya sengaja meliar memandang sekeliling pejabat itu walaupun dia sedar pandangan lelaki itu yang tidak bergerak memandangnya.

Dia sempat menangkap tawa lelaki itu. Mesti dia fikir bukan-bukan pasal aku. Ibu ni, kalau nak ajak jemputlah sendiri.

"Itu memang tugas aku, aku tak harapkan balasan pun" Nathan menyandarkan tubuhnya di sisi meja. Wajah kalut Mawar menarik perhatiannya, makin merah.

Mawar mengemam bibir. Janganlah pandang aku macam tu!.

"Jadi.. awak sibuklah?" tolonglah kata ya, tolonglah jangan datang. Sibuklah sepanjang hari ni pun asalkan kau tak jejak rumah aku.

Senyuman kecil terukir dibibir Nathan.
"Makan malam, boleh?" pintanya pula.

Mawar mengecilkan matanya. Kalau sibuk bagitahu jelah, aku boleh kata kat ibu. Ini tidak suka-suka hati kau je nak tangguh-tangguh, siap order kat aku buat malam lagi. Kau fikir aku nak dengar kata kaulah?.

"Okay" balasnya sepatah. Rasa seperti mahu terkeluar anak tekaknya sekiranya dia membalas lebih.

Nathan memeluk tubuh. Bukannya dia tidak sedar bibir Mawar yang terkumat-kamit tanpa suara itu. Mengutuk akulah tu. Budak ni kan rajin cakap sorang-sorang, dengan member mana entah dia kutuk aku tu.

"Saya balik dululah, tak nak semakkan orang tu" pintanya sedikit berjauh hati. Dia membetulkan beg tangan yang berada bahunya. Ringan sahaja kakinya melangkah ke arah pintu.

"Kau datang naik apa?" soalan Nathan itu menghentikan gerakannya yang ingin memulas tombol pintu. Dia memusingkan tubuh memandang lelaki itu.

"Teksi?" dia tidak tahu sama ada kata-katanya itu berbentuk soalan mahupun jawapan. Soalan lelaki itu sedikit mengelirukannya.

Tanpa kata Nathan mengambil kunci keretanya sebelum mengatur langkah ke arah tubuh itu. Dia menunduk memandang wajah Mawar yang berada betul-betul di hadapannya.

"Balik naik kereta aku" kunci keretanya dihulurkan kepada wanita itu.

Mawar sedikit terkebil.
"Tak apalah, saya boleh tumpang Maya" kunci itu ditolak kembali ke arah Nathan. Kebaikan lelaki itu terhadapnya semakin meningkatkan rasa bersalahnya.
Tidak pernah berhenti untuk menghulurkan bantuan walaupun dia tidak meminta.

Nathan mengangkat telefonnya di hadapan wajah Mawar. Mesej yang tertera di telefon itu dibaca satu-persatu oleh wanita itu.

'Kau dah habis ke? Kalau dah suruh kawan dia balik dulu, Maya suruh. Dia nak bincang sesuatu dengan aku, jadi mungkin makan masa'

Mawar mengerutkan dahinya, Maya seolah-olah mengetahui niatnya untuk menumpang kereta wanita itu. Pasti berita mengenai kemalangannya sudah sampai ke pendengaran wanita itu.

"Balik lah dulu. Butik kau cuma ada sotong tu jekan" kunci kereta itu terus diletakkan pada tapak tangan Mawar.

"Tapi awak macam mana?" soalnya risau. Bagaimana Nathan ingin pulang sekiranya kunci lelaki itu ada padanya.

"Aku datang rumah kau malam ni, hantar kereta kau. Kereta kau dah siap" tubuh wanita itu terus ditolak keluar, serentak itu pintu pejabat ditutup. Nanti semakin panjang pula bicara wanita itu. Selagi mereka bersama, selagi itulah bibir wanita itu akan membantah. Orang nak tolong pun banyak songeh, perempuan.

Mawar hanya terkaku memandang pintu yang tertutup itu. Kunci kereta Nathan yang berada di tangannya dipandang sekilas. Lelaki itu benar-benar memaksudkannya ke? Jadi dia tidak kisah sekiranya kereta mewah itu digunakan orang lain.
Perasaannya semakin bercampur-baur, terasa seperti ini menyusahkan.

Namun, Nathan sendiri yang memberikan kunci kepadanya. Jadi.. tidak mengapalah kan?. Tuan badan sendiri sudah memberi keizinan.

Ermm, asyik kena tembak je aku ni.

          PINTU berukiran kayu mewah itu ditolak oleh Setiusaha Diraja. Susuk tubuh Raja yang sedang berdiri menghadap tingkap itu disapa. Dia menundukkan tubuh tatkala wajah itu memandangnya.

Raja Syeikh Luthfan memeluk tubuh.
"Apa maksud kamu dengan amaran?" soalnya dengan wajah tegang. Seluruh istana telah dihebohkan dengan berita kedatangan Perdana Menteri Kerajaan Tehran. Amaran yang dihantar oleh Kerajaan itu mencabar dirinya. Jika mahu bersemuka biarkanlah dengan taraf yang sama. Raja bertemu Raja. Dia bukannya manusia yang tidak berpegang pada prinsip.

"Tun Sri Mustafa inginkan penerangan yang jelas daripada Raja. Itu juga merupakan arahan dari Tuanku Kerajaan Tehran. Beliau inginkan kepastian mengenai perhatian Tuanku terhadap Kerajaan beliau" terang Setiusaha tanpa mengangkat pandangannya. Kedua-dua tangannya terletak elok di sisi. Dia juga tidak boleh untuk berbicara secara peribadi, kemarahan Rajanya itu tidak boleh dipandang remeh.

Raja Syeikh Luthfan tersenyum sinis. Perhatian?.
"Pencarian itu ditangguhkan, bukan?. Jadi di mana wujudnya perhatian pada Kerajaan itu" mendatar sahaja nada suaranya.
Tiada angin dan ribut terus sahaja Istana diundang dengan kedatangan Perdana Menteri Kerajaan Tehran.

Perbincangan itu pula cuma melibatkan Setiusaha Diraja dan beberapa anggota yang lain. Kekangan waktunya pada waktu itu tidak mengizinkannya untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Namun, perbincangan tersebut berakhir dengan amaran dari Kerajaan Tehran.

"Kerajaan Tehran sudah mengetahui kedatangan anggota Versailles, berkemungkinan orang-orang mereka sudah membawa mulut ke pengetahuan diraja. Mereka inginkan penjelasan memandangkan perkara tersebut diketahui lewat" Setiusaha Diraja mulai mengangkat wajah memandang Rajanya, tegang sahaja wajah itu. Tiada sekelumit senyuman pun yang terukir. Pandangan matanya juga tajam, menunjukkan api kemarahannya sekarang ini.

"Kalau macam tu, saya sendiri akan turun Kerajaan Tehran" putus Raja Syeikh Luthfan. Mereka inginkan penjelasan? Jadi dia sendiri yang akan menjelaskan, betul-betul di hadapan wajah Raja mereka.

Pantas Setiusaha Diraja mengangkat wajahnya. Wajah tegang itu mengundang rasa tidak enak dihatinya, memikirkan tindakan yang bakal dilakukan oleh Raja Syeikh Luthfan.

"Bagitahu Nathan dan Hujan untuk datang istana esok" sejurus selepas itu dia meneruskan langkahnya meninggalkan Setiusaha Diraja sendirian. Ada sesuatu perkara yang perlu dia lakukan.

"Baik, Tuanku" sahutnya patuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience