•bab 1•

Romance Series 12832

          TERJONGKET sebelah kening memandang kertas yang berlipat dua itu. Lelaki itu, dia cuba permainkan aku ke apa?. Dia fikir aku bengap sangat ke apa? Aku pun ada otaklah tahu berfikir.

My number konon. My number bawah ketiak aku lah.

"Kau tenung apa tu, dik? Kertas pun nak jakun ke?" Wajah abang sulungnya ditenung dengan muka toya. Dia ni pun spesis sama lah, bawah ketiak aku juga akalnya.

Ferhadh mempamerkan wajah tidak bersalahnya. Jika kertas itu diibaratkan seperti kaca, pasti sudah pecah ditembusi panahan mata Mawar itu. Tenung bukan main, apalah yang istimewa sangat kertas tu.

Mawar hanya menjeling abangnya sebelum mengalihkan kembali pandangannya pada sehelai kertas bertulis itu. Setiap perkataan yang tertulis dibaca berulang kali. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Don't. Fall. For. Me, Girl.

Lelaki ini cuba mencabarnya atau apa?. Dia sendiri sudah memohon maaf berulang kali kerana kesilapannya. Hanya kesilapan kerana tersalah kereta sahaja. Kenapa perlu merapu sehingga ke perasaan pula ni? . Bukan niatnya menerjah ke dalam kereta itu untuk menarik perhatian apatah lagi untuk perhatian lelaki itu. Dia cuma tidak sedar sahaja. Tetapi, lain pula pandangan lelaki itu. Siap memberi warning note lagi.

Huh, fikir aku ni perempuan yang mudah sangat ke?.

"Sudahlah tu, aku rasa nak kunyah-kunyah kertas tu. Kenapa? Ada nampak ramalan masa depan ke?" Perli Ferhadh menyampah. Secawan kopi yang berada di tangannya dihirup perlahan. Mata tidak lepas dari merenung adik perempuannya itu. Terdetik juga difikirannya, ada sesuatu yang berlaku ke semasa percutian mereka? Lain macam sahaja riak wajah wanita itu semasa pulang dari percutiannya.

Mawar termenung seketika sebelum memandang abangnya. Riak tanda tanya terpamer di wajahnya.

"Abang, lelaki memang desprete ea?" Soalnya dengan senyuman yang mempamerkan segala perasaan. Kertas yang berlipat dua itu dikeronyokkan sepuas hatinya sebelum dibaling tanpa hala tuju.

"Apa kau fikir lelaki ni semua bangang? Kami tak terhegeh kat perempuan lembab macam korang" balasnya tanpa selindung. Dia tersenyum sinis. Lelaki, desprete?. Dia tertawa di dalam hati. Fikir lelaki ni tiada masa depan, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Terus dia menghadiahkan jelingan tajam kepada abangnya. Perempuan lembab dia panggil, habistu lelaki ni semua bagus sangatlah.

"Kalau macam tu, kenapa abang kahwin dengan perempuan lembab?" Soalnya dengan senyuman sinis, membalas semula sindiran abangnya. Bukan main ya dia berbicara, sedangkan perempuan yang dia kata lembab inilah sentiasa dicari. Mujur sahaja kakak iparnya tiada bersama mereka, kalau tidak pasti abangnya tidak akan lepas dari genggaman wanita itu.

"Isteri aku tak lembab, kau je" selamba sahaja dia beredar keluar dari reban adiknya sebaik sahaja menghabiskan kata-kata. Perempuankan complicated. Jawab itu salah, jawab ini salah. Pergi tengok skema jawapan sendiri sanalah, sibuk tanya orang buat apa. Suka sangat putar belit cerita.

Carutan halus dicemuh berulang kali di dalam hati. Mujur sahaja dia seorang wanita, hendak sahaja dia menendang abangnya itu. Tanpa sedar dia mencebikkan bibir, perkataan-perkataan yang tertulis di kertas kecil tadi kembali terlayar di fikirannya. Don't fall for me, sangatlah. Dia sendiri mahu lihat, siapa yang jatuh pada siapa.

          PINTU gerbang istana yang tersergam megah itu menyambut kedatangan mereka. Pengawal yang ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut mula menjemput mereka masuk. Langkah mereka diaturkan ke arah Setiausaha Diraja yang sedang menunggu kedatangan mereka. Salam hormat diberi sesama mereka sendiri.

"Tuanku mahu berjumpa dengan kamu berdua di bilik bacaannya" ujarnya sebelum mengatur langkah. Mereka diiringi ke bilik bacaan diraja dengan suasana yang senyap. Pekerja-pekerja yang melalui mereka hanya diberikan senyuman biasa sahaja.

Pintu yang berukiran kayu mewah itu diketuk beberapa kali. Mereka mula melangkah masuk apabila diberikan arahan, dingin sahaja keadaan yang menyapa kedatangan mereka.

"Inspektor Nathan dan Inspektor Hujan telah tiba Tuanku, izinkan saya untuk mengundur diri" sebaik sahaja menghabiskan kata-kata, Setiausaha Diraja terus melangkah keluar setelah mendapat keizinan. Tanda hormat diberikam sebelum meneruskan langkahnya.

"Tuanku" ujar mereka berdua serentak. Kepala ditundukkan sebagai tanda menghormati Raja mereka.

Raja Syeikh Luthfan hanya menganggukkan kepalanya dan melangkah ke tempat duduk yang disediakan. Tubuh tegap kedua-kedua lelaki yang sedang berdiri itu dipandang tanpa senyuman. Dingin.

"as you know, khabar berita yang saya dengar, langsung tidak menyedapkan hati saya." Jari disilangkan pada kedua tangannya. Pandangan penuh persoalan dipamerkan melalui riak wajahnya. Berita yang dikhabarkan ketika mereka berada di Kerajaan Tehran langsung tidak memuaskan hatinya. Jangkaan yang diberikan terlalu tinggi sehingga mengecewakan dirinya sendiri.

"Maafkan kami Tuanku, maklumat yang diperolehi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehilangan Raja Syeikh Lais. Sekiranya kami meneruskan pencarian, berkemungkinan Kerajaan Tehran akan mengetahui perintah diraja. Kawalan yang diberikan kali ini sungguh padat" Keterangan yang lengkap dari Nathan mendapat anggukan yang penuh maksud oleh Raja mereka. Pandangan mereka juga kaku tanpa sebarang riak. Wajah yang tegas menunjukkan tindakan mereka sekarang ini.

"Jangkaan saya pada kamu berdua terlalu tinggi. Harapan saya musnah tatkala berita yang saya nantikan adalah sebaliknya" wajah pasukan polisnya dipandang serius. Panggilan yang selama ini dia sangkakan berita baik merupakan permulaan yang memusnahkan harapannya. Dia sedar, pasukan yang dihantar bukan calang-calangnya. Kerana itu, dia kecewa apabila tugas yang diamanahkan kali ini gagal buat kali pertama. Dia terlalu menanamkan harapan yang terlalu tinggi, sehingga tidak sedar bakal mengecewakan dirinya sendiri.

"Maafkan kami sekali lagi, Tuanku. Berkemungkinan pencarian Raja Syeikh Lais diketahui oleh Kerajaan Tehran. Mereka seolah mengetahui mengenai tugas Kerajaan Versailles" balas Hujan senada. Mereka juga turut kecewa dengan keputusan yang didengari. Tindakan mereka juga mendapat perhatian rakyat Versailles, mengharapkan raja yang selama ini hilang kembali memegang takhta.

Raja Syeikh Luthfan melepaskan keluhan berat. Sungguhpun sudah hampir 15 tahun, namun usahanya untuk mencari si abang masih tidak pupus. Dia yakin, abangnya masih hidup walaupun khabar berita tidak langsung sampai ke pendengarannya. Pasukan polis diraja yang masih setia sehingga sekarang juga tidak putus asa untuk meneruskan pencarian. Masih memegang amanah dan tugas yang diberikan olehnya tanpa sebarang bantahan.

"Tuanku" panggilan Nathan menghentikan lamunannya. Kening terjongket sebelah membawa maksud.

"Saya ada sedikit cadangan mengenai pencarian Raja Syeikh Lais. Itupun, sekiranya mendapat keizinan dari Tuanku" sambung Nathan setelah mendapat isyarat dari Raja Syeikh Luthfan. Akhir katanya mendapat anggukan dari Raja mereka. Membawa maksud agar dia meneruskan kembali percakapannya.

"Saya bercadang agar pencarian Raja Syeikh Lais ditangguhkan buat sementara waktu. Saya beranggapan bahawa Kerajaan Tehran masih di dalam langkah berwaspada memandangkan keseluruhan pencarian hanya tertumpu kepada mereka sahaja" terangnya lebar. Matanya masih tidak lepas dari memandang wajah Raja mereka. Membawa maksud yang mendalam mengenai kata-katanya sebentar tadi.

"Benar, Tuanku. Sekiranya kita meneruskan pencarian, berkemungkinan Kerajaan Versailles akan diserang. Kita juga tidak tahu sekiranya Kerajaan Tehran benar-benar menyembunyikan Raja Syeikh Lais atau tidak. Sama ada kita dijerat mahupun tertipu. Ia juga boleh menjadi kerjasama mereka dengan Kerajaan lain untuk menjatuhkan kerajaan kita" sambung Hujan pula, turut mempersetujui kata-kata sahabatnya.

Dia juga sudah melihat tanda-tanda kerajaan mereka bakal diserang. Sungguhpun, tidak mengetahui jika kerajaan tersebut benar-benar terlibat. Buktinya, Kerajaan Tehran mula membawa orang dalam untuk berunding bersama Kerajaan Versailles.

"Jadi, kamu nak pencarian ini ditangguhkan? Dan itu sahaja alasan yang kamu beri. Kenapa? Dah penat? Atau dah ada arahan dari Raja baru korang ?" Sindir Raja Syeikh Luthfan, sinis. Senyuman yang terpapar di wajahnya memberikan beribu reaksi yang menyakitkan. Tubuh yang sebentar tadi duduk mula bangkit, melangkah selangkah demi selangkah ke arah pasukan polis diraja yang amat membanggakan. Sentiasa mendapat pujian ramai dari rakyat Kerajaan Versailles, malah mendapat perhatian Kerajaan lain.

Sungguhpun, dia percaya akan kelayakan dan kemahiran pasukan tersebut. Namun, kesetiaan dan kepercayaan masih lagi mendapat tempat yang setaraf dengan keraguan. Dia sedar, kedua-dua orang lelaki yang yang berdiri di hadapannya ini merupakan pasukan paling bagus berbanding Kerajaan lain. Tetapi, harta dan mata wang sentiasa menjadi tarikan utama untuk pengkhianatan.

"Kesetiaan kami tidak akan pernah pudar pada Kerajaan Versailles, taat setia kami pada Tuanku dan Kerajaan ini akan kekal tanpa sebarang halangan" balas Nathan tanpa ragu. Pandangan mata dibawa bertentang bersama Raja Syeikh Luthfan, menzahirkan maksud yang mendalam mengenai kata-katanya tadi.

Dia yakin, bahawa Raja mereka mula berasa curiga dan ragu dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Lebih-lebih lagi, apabila tugas kali ini tidak membawa keputusan yang baik seperti yang diinginkan. Masih dibiarkan tanpa noktah sungguhpun hampir mencecah berbelas tahun pencarian.

"Kata-kata yang dizahirkan melalui bibir tidak membawa sebarang bukti, Nathan. Kamu merupakan perhatian Kerajaan lain, jadi tidak mungkin kamu akan mengkhianati Kerajaan kamu sendiri" tangan diangkat menepuk lembut bahu yang bidang itu. Jaket berkulit hitam itu diusap perlahan, seolah-olah membawa maksud yang tersirat.

"Jika dia berani mengkhianati Kerajaan sendiri, saya sendiri akan memburunya Tuanku" ujar Hujan, tegas. Seakan-akan memaksudkannya.

"Dan jika dia juga berani mengkhianati negara sendiri, saya juga akan memburunya Tuanku" balas Nathan tidak mahu kalah. Sempat pula kau main-main depan agung ya, nak mati ke ha?.

Hujan memandang sahabatnya melalui ekor mata sebelum tersengih.

"Saya akan merobek kulitnya, membotakkan kepalanya, menghancurkan badannya, menghodohkan wajahnya, mengorek biji matanya-" kata-kata Hujan itu dipotong pantas dengan kelajuan petir.

"Tetapi, saya akan menampar wajahnya terlebih dahulu, kemudian menyepaknya tanpa henti sehingga tulangnya patah dan mengheret badannya ke kandang harimau jadian-" kata-kata Nathan pula mendapat tentangan.

"Sudah" balas Raja Syeikh Luthfan. Menghentikan janji tiada maksud itu. Sudahlah merepek, satu pun tidak boleh dibawa sebagai niat yang betul. Pernah sehingga satu masa, dia terfikir. Siapa yang bengap sangat lantik diorang jadi polis?.

'Aku tak sangka, yang aku kata diorang ni kebanggaan rakyat. Aduhai, lembap' keluhnya dalam hati. Terselit sedikit penyesalan dengan kata-katanya tadi.

"Keluar, saya akan pertimbangkan permintaan kamu" sambungnya lagi sebelum melangkah ke balkoni bilik itu. Mahu menghirup kembali nafas segar yang dicemari serangga-serangga busuk itu.

Hujan dan Nathan mula berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing melemparkan pandangan penuh niat. Bibir merobek senyuman sinis.

"Baik, Tuanku. Izinkan kami" tanda penuh hormat diberi lalu melangkah ke pintu kayu berukiran mewah itu. Pantas sahaja kedua-dua tubuh itu melangkah keluar.

Sebaik sahaja pintu itu tertutup rapat, mereka mula menjeling sesama sendiri.

Robek biji mata konon.

Heret kandang harimau konon.

Apahal kau, nak konon-konon.

Nathan menjonketkan sebelah keningnya, riak wajah menyampah bercampur meluat tersergam megah di wajahnya.

"Kau nak mati awal ke ha? Dah tak ada akal sangat ke nak main kat situ?!" Balas Nathan bengang.

"Kau pun tak ada akallah, join aku main apehal. Cakap jelah, jealous dengan aku" Hujan menflipkan rambutnya yang mencecah melebihi telinga itu. Sengaja.

Rambut sahabatnya itu ditarik geram.
"Woi, beyonce! Otak aku tak ada kat bawah lutut macam kaulah! " Balasnya dengan nada geram. Sudahlah mereka berada di hadapan manusia yang berjawatan lebih berkuasa, sempat pula lelaki itu membuat janji-janji tadika bersama mereka. Tidak pula fikir dengan riak wajah Tuanku itu, seolah-olah ingin menelan mereka hidup-hidup !.

Genggaman rambut itu dilepaskan sebaik sahaja dia melangkah pergi. Sempat dia meraup rambutnya ke belakang dengan pandangan yang menggoda.

"Aku hensem, kau hodoh"

Puaka mamat tu.

          BEBERAPA helai mata wang dihulurkan kepada penjaga kaunter Cafe tersebut. Jarum jam juga sudah menunjukkan angka 1:45 tengah hari. Maksudnya, sudah hampir 45 minit lewat untuk dia kembali bekerja. Lunch hour juga sudah lama habis berlalu.

Tetapi, apa dia kisah.

"Mawar, jom. Nanti nenek kebayan tu marah" suara Maya kedengaran agak tergesa-gesa dipendengarannya.

Manakan tidak tergopoh gapah wanita itu. Nak buang air besarlah, nak makan dua pinggan lah. Ada sahaja alasannya. Buat pula muka tidak tahu malu dengan memaksanya untuk membayar jamuan mereka pada tengah hari itu. Itu pun beralasan juga. Credit Card tertinggal dalam kereta. Heh, fikir Cafe ni tak bayar cash lah.

Siapa sahaja yang tidak boleh fikir, Credit Card tertinggal di dalam kereta tetapi dompet boleh pula dibawa. Memang sengaja gamaknya, meletakkan kadnya itu bersepah-sepah di dalam kereta.

"Kau yang makan masa, bukan aku" balasnya sebaik sahaja mengambil resit pembayaran.

Maya mencebik.
"Aku lapar tau, sebab tu aku makan banyak" ujarnya dengan muncung yang lebar. Suka tau tuduh kita bukan-bukan, waktu tengah hari seperti ini pastilah dia mengambil peluang dengan mengisi penuh perutnya. Jika tidak, pasti waktu bekerja akan menjadi detik-detik kezaliman ke atasnya.

"Ya, Maya. Sebab tulah suruh aku bayar, kau yang makan banyak" gurau Mawar, menahan tawa kecil yang hampir terletus melihat bibir muncung itu.

Tubuh sahabatnya ditarik, beredar dari suasana Cafe yang sesak itu. Ini lagi satu, punyalah banyak kedai makan yang dikunjungi sedikit pelanggan tetapi kedai ini juga yang dia mahu. Alasannya apa? Nak nampak mewah. Allahuakbar, mengucap aku setiap kali keluar dengan dia.

"Mawar, ingat lagi tak lelaki yang bagi nombor kat kau tu?" Soal Maya tiba-tiba sewaktu mereka memasuki kereta.

Mawar menjongketkan sebelah keningnya, pelik. Tanya-tanya ni, mesti ada sebab.
"Kenapa?" Soalnya kembali. Bila difikirkan balik, bukan nombor yang diberi. Kata-kata semangat yang tidak berfaedah adalah yang tertera di kertas itu.

"Betulkah nombor dia tu? Sebabkan, bukan senang tau mamat macam dia tu hulur nombor" terang Maya seolah-olah mahir mengenali keperibadian lelaki. Sedangkan, bercinta pun tidak pernah.

"Lantak dia sanalah, singgah 7eleven weyh. Aku nak beli Maggie cup lah, makan kedai tadi tu tak puas" tiba-tiba perutnya terasa lapar pula. Walaupun sudah menjamah makanan tengah hari namun perutnya masih berkeroncong hebat. Lagipun hendak dikata macam mana? Kuantiti makanan yang diberikan agak sedikit berbanding kebiasaan.

"Itulah, sebab tu aku suruh makan dua pinggan" bebel wanita itu pula. Lihat, kadangkala ada juga faedah mendengar kata-katanya. Walaupun kadangkala sesetengah faedahnya itu tidak masuk akal.

Kereta mula dipandu pergi ke arah kedai 7eleven yang berdekatan.

"Aku nak roti ya, terima kasih" ujar Maya lalu tersengih. Brek ditarik. Apa, ingat dua pinggan kedai tu cukup ke?.

Mawar menjeling sahabatnya sebelum melangkah keluar. Dia melangkah masuk ke dalam kedai yang sudah tersedia di hadapannya itu.

Rak Maggie dituju lalu semangkuk Maggie cup berperisa kari itu diambil. Roti Maya juga turut dicapai, kalau tidak membebel je mulut becok tu.
Setelah membuat pembayaran, dia menuju ke tempat di mana tersedia air panas.

Button merah itu ditekan, mengisi air panas ke dalam mangkuk Maggie yang sudah sepenuhnya terbuka itu. Dia mengeluh perlahan, hari ini merupakan hari yang terlalu letih baginya. Dengan keadaan yang sesak dan hari yang sibuk. Langsung tidak merehatkan mindanya. Kadangkala, rasa mahu berhenti sahaja. Namun, memikirkan ekonomi masa hadapan dengan keperluan yang semakin mencacak naik nilanya membuatkan dia berfikir berulang kali. Bagaimana dia mahu menyara keluarganya, jika dia berhenti begitu sahaja.

"Aduh!" Desisnya kecil. Tangannya yang mulai naik kemerahan itu dipandang. Tidak sedar pula air panas itu sudah terlebih memenuhi had. Mangkuk Maggie yang sudah jatuh menyembah lantai itu dipandang, sayang betul. Banyak lagi.

"Akak tak apa, saya boleh bersihkan" ujar salah seorang pekerja kedai itu, tergesa-gesa.

"Maaf dik, akak tak sedar pula" ujarnya dengan riak wajah yang bersalah. Dia yang melakukan kekotoran namun orang lain pula membersihkannya. Makin meningkatkan rasa bersalahnya apabila tubuh itu terbongkok-bongkok mengelap lantai.

Tubuhnya dibongkokkan, turut sama ingin membantu namun satu tarikan dari belakang menghentikan niatnya. Beg tangannya yang hampir terjatuh akibat ditarik itu dibetulkan kembali. Wajahnya dipalingkan kebelakang, melihat gerangan manusia yang cuba menarik perhatiannya.

"Tangan kau merah" sapu tangan yang berada di dalam kocek dihulurkan kepada wanita itu. Mata bundar yang terkebil-kebil melihatnya itu berjaya menarik senyuman kecil di wajahnya. Innocent.

Hanya pandangan kaku sahaja yang mampu diberikan kepada lelaki tinggi lampai itu. Sapu tangan yang dihulurkan juga tidak terusik, pelik. Wait, macam familiar muka mamat ni.

Senyuman sinis yang terukir di wajah itu kembali menjentik mindanya.

'Mamat bataklah!' desisnya dalam hati. Terkejut. Kecilnya dunia.

"Well, aku juga hero kau" balasnya bangga. Sapu tangan yang sedari tadi dipegang, selamba sahaja dilemparkan ke wajah wanita itu. Aku dah hulur tak nak, haa amik.

"Biadapnya..." ujar Mawar perlahan sebelum tangannya menarik sapu tangan yang menutupi sepenuh wajahnya. Bibir tercebik geram, ada aku minta tolong kau ke?!.

Nathan menjatuhkan pandangannya pada pekerja wanita yang masih membongkok itu. Lantai itu kembali licin memandangkan hanya air sahaja yang tertumpah keluar dari mangkuk itu. Perempuan ni pun satu, berangan apa entah sampai air panas yang hampir penuh itu pun tidak sedar. Dari tadi lagi dia sudah mengecam tubuh itu memandang tidak sampai beberapa hari mereka terserempak semenjak kejadian itu.

Siapa sahaja yang tidak cam? Dari gaya pun sudah kenal. Menarik perhatian.

"Adik, terima kasih ya" ujar Mawar bersama senyuman bersalah yang masih lagi tidak pudar.

Wanita itu hanya mengangguk sebelum beredar ke tandas.

Dia melepaskan keluhan sekali lagi. Ada sahaja yang tidak kena hari ini.

"Woi, berangan lagi apahal. Pergi baliklah" suara garau itu menyentakkannya semula. Lupa pula kelibat lelaki itu di sisinya.

Wajah itu dipandang tajam.
"Awak tu baliklah, sibuk sini buat apa?!" Balasnya geram. Ayat dia memang menyakitkan hati. Sejak hari itu lagi !.

"What? Ni tempat umum kut. Suka hati akulah nak duduk sini" tanpa rasa bersalah dia melabuhkan duduk di kerusi yang tersedia di situ. Pergelangan tangan wanita itu menarik perhatinya, masih lagi merah.

"Sini tangan kau" ujarnya tanpa riak. Bibir wanita itu yang sedari tadi membebel tanpa suara itu dilihat sekilas. Apa lagi dia nak kata, memaki akulah tu.

"Bukan muhrim" Mawar menyorokkan tangannya di belakang. Tanpa sengaja, bibirnya terdesis kecil. Turut lupa akan tangannya yang baru sahaja terkena air panas. Balik nanti nak kena tuam. Aduhai, permulaan hari yang baik.

"Aku bukan nak cium tangan kau, jangan nak desprete sangat. Keding je" ujarnya selamba. Tidak terdetik langsung ingin menyentuh wanita itu.

Mawar mengecilkan matanya, sakit hati!.
"Dahtu awak nak apa?!" Soalnya dengan nada sedikit tinggi.

"Sapu tangan tadi mana? Kau tu pun, sinilah!" Makin geram pula dengan sikap keras kepala wanita itu. Orang suruh datang tu datang jelah, banyak betul cakap dia.

'suka hati dia je nak arah-arah orang!' desisnya geram, namun kakinya melangkah juga. Selangkah demi selangkah langkahnya diatur ke arah lelaki itu. Sapu tangan yang sudah lama berada di tangannya kembali dihulurkan.

Sapu tangan itu diambil kemudian dilipat beberapa kali sebelum dibentangkan di hadapan wanita itu.

Mawar menjongketkan sebelah keningnya, hairan.
"Nak apa?" Soalnya ringkas.

"Tangan" balas lelaki itu, sepatah.

Tanpa ragu-ragu tangannya dihulur, dia hanya mampu melihat lelaki itu membalut tangannya dengan kemas. Kesan merah tadi mulai hilang disebalik lipatan kain itu.

Ermm, baik juga perangai rupanya.

Mawar menarik tangannya laju sebaik sahaja ikatan itu selesai.
"Ermm, terima kasih" ujarnya sambil melemparkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu terhutang budi.

Nathan hanya mengangguk kepalanya. Dia mula bangkit dari duduknya.

"Jap" tahan Mawar. Tangannya diangkat menyuruh lelaki itu agar memberhentikan langkahnya.

Wajah penuh tanda soal itu memenuhi pandangan matanya.

Mawar merapatkan sedikit jarak mereka sebelum mendongakkan kepala memandang lelaki itu.

"Are you did this..." tangannya yang berbalut itu diangkat.

"Cause you already fall for me." Sambungnya kembali dengan senyuman penuh makna dibibir.

Perempuan. ni. desprete.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience