•bab 4•

Romance Series 12837

"Jangan pergi mana-mana, tunggu aku datang"

          MAWAR memeriksa lock keretanya, tingkap juga ditutup rapat sungguhpun tingkap itu tidak dibuka. Debarannya kian berkurangan, kata-kata Nathan sebentar tadi sedikit sebanyak mengurangkan ketakutannya.

Jangan disoal bagaimana nombor lelaki itu berada di telefon bimbitnya, perkara itu juga menjangkaui jangkaannya. Tidak terdetik langsung difikirannya untuk terus berhubung dengan lelaki itu, namun ada hikmahnya juga. Dia mempunyai penyelamat tatkala detik sukar seperti ini.

Ketukan di tingkap pemandu menyedarkannya, hatinya resah kembali. Wajah lelaki bermask hitam itu menyapa pandangannya, isyarat tangan ditunjukkan agar dia menurunkan tingkapnya.

Mawar menggigit bibir, nak turunkan ke tak nak?. Siapa tahu dia baik kan? Mungkin dia tak sihat sebab tu dia pakai penutup mulut tu, kan? Kan?!.

Akhirnya tingkap itu diturunkan,  hanya suku sahaja. Tidak berani untuk menurunkannya terlalu bawah.

"Aku minta maaf, aku terlambat tekan brek. Kau okay?" soal lelaki itu dengan nada mendatar. Hanya pandangan mata sahaja yang jelas kelihatan memandangkan mask hitam itu menutup separuh wajahnya.

Mawar mengganggukkan kepalanya perlahan.
"Ok-okay" balasnya gagap. Pandangannya dilencongkan memandang tempat lain, tidak mahu menatap wajah lelaki itu.

"Keluarlah, kita bincang. Aku akan bayar ganti rugi" tangan lelaki itu naik memegang celah tingkap. Genggaman kuat yang jelas kelihatan itu sedikit menakutkannya.

Kepalanya digelengkan. Aku akan selamat, selagi aku duduk dalam kereta ni. Pesanan Nathan terngiang-ngiang di fikirannya. Jangan pergi mana-mana, duduk sahaja. Nanti Nathan datang. Ya, dia akan datang.

"Lain kalilah" tingkap itu cuba dinaikkan namun ditahan. Dia terkedu tatkala tingkap itu dipaksa tolak ke bawah, beberapa tolakan yang kuat sehingga separuh tingkap itu terbuka. Bibirnya tergetar. Lindungi aku Ya Allah.

"Aku. kata. keluar." keras suara itu memaksa. Pandangannya terketar memerhati tangan itu membuka lock keretanya. Sekelip mata sahaja pintu kereta itu terbuka luas, kini tubuh lelaki itu benar-benar berdiri di sisinya.

"Jangan paksa aku" sekali lagi dia bersuara apabila tubuh Mawar kaku tidak bergerak.

Teragak-agak tubuh itu melangkah keluar dari perut kereta, tangannya digenggam kuat. Berpeluh. Setitis demi setitis peluh mula merinik di dahinya. Tatkala itu baru terasa kesakitkan yang sedikit menyengat, pedih akibat terkena luka hentakan tadi.

Lengan wanita itu dicengkam.
"Ikut aku" terus sahaja tubuh itu ditarik ke arah keretanya.

Mawar mula cemas, tangannya menolak cengkaman yang kuat itu. Kesakitan mulai dirasai sedikit demi sedikit. Tangannya tidak lepas dari menumbuk genggaman tangan yang kuat itu. Tubuhnya diheret dan dipaksa untuk mengikuti langkah lelaki itu.  

"Let me go!" jeritnya nyaring.

Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis.
"Kau kena teman aku malam ni. Jangan risau, dalam kereta pun seronok" terdengar tawa lelaki itu memenuhi kawasan mereka. Matanya galak memerhatikan tubuh Mawar yang masih berbalut pakaian itu. Bibirnya tersenyum miang.

Mawar terkaku. 'Musibah apakah ini Ya Allah, lindungilah hambamu yang lemah ini' rintihnya dalam hati. Dia tidak mahu sekiranya maruahnya tergadai malam ini. Panahan mata lelaki itu jelas menerangkan segala-galanya, maruahnya bakal menjadi galang gantinya.

"Masuk!" tubuh itu dipaksa masuk ke dalam kereta, wanita itu ditolak sehingga ke tempat duduk penumpang. Dia tertawa sinis memerhati tubuh itu cuba melepaskan diri. Pintu penumpang itu sudah terkunci sepenuhnya dan tiada lagi jalan keluar yang ada.

"Tolonglah jangan buat saya macam ni encik, saya akan buat apa sahaja tapi buka ini" rayunya sayu. Tidak sedar akan air mata yang mula bertakung di tubir mata. Aku bukan selemah ini Ya Allah.

"Inilah yang aku nak kau buat, layan aku" pintu pemandu ditutup sebaik sahaja tubuh itu terduduk sepenuhnya di dalam kereta. Enjin dihidupkan.

"Tolonglah encik, saya merayu" desaknya lagi. Suaranya tersekat-sekat akibat esakan yang ditahan, laju sahaja air mata itu mengalir melalui lekuk pipinya.

"Nanti aku hantar kau kat sini balik ya? Tugas kau cuma puaskan aku je" tangan kasar lelaki itu naik menyentuh pehanya.

Tangan itu ditepis kasar, kedua tangannya erat memeluk lutut. Wajahnya disembamkan diantara celah lutut itu, bibirnya digigit kuat menahan esak. Bukan ini yang aku mahu, tolonglah. Ambillah nyawa aku sebagai ganti tapi bukan maruah aku.

"Kita pergi sekarang ea, tak sabarlah" pujuk suara itu masih lagi tidak berhenti dengan tawanya yang bersisa. Laju sahaja tangannya memusingkan stereng untuk memandu pergi.

Lutut itu basah dengan air matanya, tiada lagi kata-kata yang meniti di bibirnya. Hanya bunyi tangisan yang ditahan-tahan dari keluar.

'Mana awak Nathan...' rintihannya semakin bergema, mengharapkan lelaki yang berjanji untuk menemaninya itu.

Secara mengejutkan tubuhnya tersentak ke hadapan, suara tengkingan kuat menyapa gegendang telinganya.

"Siapa halang jalan aku ni, sial?!" tengkingnya kuat. Stereng ditumbuk kuat.

Pantas sahaja Mawar mengangkat wajahnya. Cahaya kereta yang menghalang jalan mereka itu semakin melebatkan tangisannya. Dia tersenyum dalam esakan yang masih berlagu. Aku selamat Ya Allah.

"Nathann..." gumamnya dengan esakan kecil. Lelaki itu menunaikan janjinya, dia benar-benar hadir untuknya. Memegang janji untuk bersamanya.

Lelaki itu mengeluarkan tubuhnya dengan kasar. Kereta yang menyilang jalan mereka itu dihampiri dengan langkah yang amarah.

"Berambuslah!" tengkingnya kasar. Kakinya ringan sahaja dilayangkan menendang kuat kereta mewah itu.

Nathan mengeluarkan tubuhnya dari perut kereta, riak wajahnya tenang sahaja. Sempat matanya memandang sekilas wajah lembap Mawar, masih lagi basah dengan air mata.  Dia tertawa sinis dalam diam. Apa lagi yang mamat ni cuba buat, kalau bukan waktu malam macam ni.

"Dah habis?" soalnya sinis. Pandangan penuh maksud dilemparkan pada lelaki itu.

"Jangan halang jalan aku, alih kereta buruk kau ni" balasnya, turut sinis. Datang tanpa diundang dan mengganggu urusannya. Memikirkan perkara itu sedikit menaikkan amarahnya.

"Kau sentuh dia, aku takkan teragak-agak untuk cederakan kau" tajam sahaja matanya memandang lelaki itu. Bertopeng dan hanya memperlihatkan separuh wajahnya.

Pisau terus dikeluarkan dan ditekapkan ke leher lelaki itu. Dia tergelak mengejek. Mamat ni? Nak cederakan aku? Hahaha.

Mata Mawar membulat, terkejut.Tangannya bergetar peluh, pp-pisau.

Sempat mata Nathan menangkap riak wajah wanita itu. Menggigil.

"Do it" cabarnya. Matanya menikam mata lelaki itu, seolah-olah mencabarnya.

"Kau" pisau itu ditekan ke leher lelaki itu.

Nathan tersenyum sinis. Muncung pisau yang menekan lehernya itu langsung tidak memberikan kesan. Dia membiarkan sahaja titisan darah yang sedikit mengalir di lehernya. Pedih yang menyengat itu diendahkan, keselamatan wanita itu lebih penting.

Mawar mula dihurung perasaan bersalah. Dia memeluk lutunya kuat. Jelas di pandangan matanya pisau yang ditekan ke leher lelaki itu. Lindungilah dia Ya Allah, lindungilah nyawa yang dia pertaruhkan untuk mempertahankan aku.

"Weirdo" perut lelaki itu ditumbuk kuat, tangan yang memegang pisau dipulas ke belakang. Kaki lelaki itu juga ditendang dari belakang sehingga kedua lutut itu mencecah tanah. 

Lelaki itu merengus kesakitan, sebelah tangannya dihayunkan menyiku lutut Nathan. Dia menyepak perut lelaki itu apabila pegangannya terlepas.

Nathan terundur ke belakang, tepi perutnya dipegang. Tumbukan lelaki itu ditepis sebelum dia melepaskan tumbukan di rahang lawannya itu. Dan serentak itu juga satu hirisan terkena di lengan kirinya.

"Nathan!" jerit Mawar kuat tatkala lengan baju kiri lelaki itu terkoyak. Matanya menangkap tompok darah yang kelihatan di lengan baju itu.

Tumbukan keras dilepaskan ke wajah lelaki itu, tidak cukup dengan itu dia melayangkan satu sepakan yang kuat ke dada lelaki itu. Dia mula mengatur nafas, sesak.

Pergaduhan itu berlanjutan apabila kedua-duanya tidak mahu mengalah. Jantung mereka berdegup kencang, jelas kelihatan ombak dada itu saat mereka mengambil nafas.

Mawar memandang sayu ke arah Nathan. Lelaki itu sudah pecah di tepi bibirnya, luka di leher dan terhiris di lengan. Dirinya mula dihurung rasa bersalah yang menggunung. Lelaki itu sanggup mencederakan dirinya dari membiarkan maruahnya tergadai.

Pergaduhan mereka terhenti apabila Nathan mengacukan pistol di dahi lawannya manakala lelaki itu menekan muncung pisau di bawah dagunya. Mereka berpandangan sesama sendiri diiringi dengan hembusan nafas yang jelas kedengaran. Masih tidak mahu mengalah.

Mawar memejam rapat kedua-dua matanya, wajahnya disembamkan ke lutut. Cuba menghapuskan situasi yang dilihat dengan matanya sendiri.

"Drop the knife" arah Nathan tegas, cuba mengatur kembali nafas yang sesak.

Siron polis mulai kedengaran. Cahaya lampu itu mulai kelihatan semakin jelas. Dia mula menghembuskan nafas lega.

"Don't make me repeat myself" arahnya lagi apabila muncung pisau itu masih berada kaku di bawah dagunya. Wajahnya tegang. Muka gusar itu memenuhi ruangan matanya. Sudah dipenuhi lembam dan darah kering, dia tersenyum sinis.

Perlahan-lahan muncung pisau itu mulai jauh dari wajahnya sebelum dia mengambil dan membalingnya ke bawah. Pisau itu disepak jauh.

Lelaki itu memandang sekeliling dengan kedua tangan yang diangkat separas bahu. Tanpa berfikir dia terus melarikan dirinya.

Serentak itu Nathan melepaskan tembakan di betis kanan lelaki itu dan terus sahaja tubuh itu menyembah tanah. Jeritan kesakitan mulai memenuhi kawasan jalan raya yang kurang berpenghuni itu. 

Nathan menghampiri lelaki yang rebah itu. Lantas kedua tangan itu disilang ke belakang lalu menggarinya.

"Kau ditahan, atas cubaan menculik dan merogol" tatkala itu terdengar bunyi gari yang berkunci. Nathan memandang ke arah kereta polis yang baru tiba.

Arahan diberi kepada kedua-dua pegawainya.

"Bawa dia ke balai" arahnya. Tanpa bantahan mereka mula mengangkat lelaki itu dan memaksanya ke kereta.

Matanya dialihkan semula kepada Mawar, wanita itu masih lagi memeluk erat lututnya di dalam kereta.

Pistol disimpan rapi sebelum dia mengatur langkah ke arah kereta yang hancur di bahagian hadapan itu. Tingkap pemandu diketuk, ingin mengejutkan sepasang mata yang tertutup itu.

"Woi, bangun. Kau dah selamat" kejutnya separa lembut. Pintu pemandu itu semakin dibuka luas lalu tubuhnya dibongkokkan untuk melihat wanita itu.

Dia tertawa sinis.
"Dah, jom balik" ujarnya sebaik sahaja Mawar mencelikkan matanya. Terkebil-kebil memandang ke hadapan. Dia tahu bahawa wanita itu mengalami trauma memandangkan situasi tersebut merupakan situasi yang mengejutkan baginya.

Kunci kereta Mawar diambil sebelum menyerahkannya kepada salah seorang pegawai.

"Uruskan kereta ni" arahnya tanpa nada. Isyarat mata diberi agar lelaki itu segera pergi. Tanpa berlengah lelaki itu segera menundukkan kepalanya dan melaksanakan tugasnya. Telefon dikeluarkan lalu nombor seseorang didail.

Nathan memandang kosong tempat duduk wanita itu, kemudian beg tangan Mawar diambil tanpa banyak soal. Matanya memerhati tubuh yang baru melangkah keluar itu, terhuyung-hayang tanpa hala tuju.

"Jangan pengsan kat sini" pesannya sewaktu mendekati wanita itu. Bibir tersenyum senget tatkala melihat pandangan wanita itu kaku terhadapnya.

"Awak luka-"

"Aku hantar kau balik" potong Nathan selamba. Langkahnya diatur ke arah kereta meninggalkan Mawar yang masih terkebil-kebil itu. Pintu penumpang dibuka dan beg tangan wanita itu dicampak ke tempat duduk.

"Masuk" ujarnya sebelum melangkah ke tempat duduk pemandu.

Tanpa banyak bicara langkahnya diaturkan ke arah kereta mewah itu, pintu yang sedia terbuka itu ditutup setelah melangkah masuk.

Nathan memandang sekilas lalu jarinya laju menekan sesuatu di screen yang tersedia di dalam kereta itu.

"Alamat" ujar lelaki itu sepatah.

Tanpa teragak-agak Mawar memberitahunya secara ringkas. Mahu segera pulang ke rumah.  Ketika itu baru terasa kepenatan yang amat menyegat, tubuhnya terasa lemah. Tenaganya berkurangan. Dia memejamkan mata, melepaskan lelah.

"Buka laci depan kau tu" matanya kembali terbuka tatkala mendengar suara garau itu.

Dahinya berkerut namun dituruti juga kehendak lelaki itu. Perlahan gerakan tangannya membuka laci itu, dan ketika itu matanya dijamah dengan satu beg plastik putih. Dia membukanya, ada plaster.

"Plaster-- arghh!" aduhnya kesakitan apabila dahinya ditekan kuat.

Laju sahaja tangannya naik memegang dahi, terdapat tisu di situ. Ketika itu baru dia sedar akan luka di dahinya. Hampir terlupa akibat ketakutan yang menyerbu sebentar tadi.

Wajah riak tidak bersalah lelaki itu dipandang geram, kalau ya pun nak bagi tisu tak payahlah tunjal dahi aku.

Nathan sekadar membalasnya dengan sengihan pendek. Perempuan, semua tahu marah je.

Plaster itu ditampal pada lukanya dengan bibir yang sedikit tercebik. Dia mengalihkan semula pandangannya kepada lelaki itu.

Dia menggigit bibir, rasa bersalah.
"Saya minta maaf, sebab saya awak cedera teruk sampai macam ni" mohonnya dengan nada perlahan. Tidak pasti sama ada lelaki itu mendengarnya atau tidak.

Nathan melihat wajah itu sepintas lalu.
"It's okey, aku dah biasa" balasnya tenang, seolah-olah tidak kisah perihal itu.

"Lelaki itu ada sentuh kau?" soal Nathan tiba-tiba, sengaja. Melihat keadaan Mawar yang menggeletar sewaktu bersama lelaki miang itu mengundang satu rasa kurang enak di hatinya. Risau jika dia terlewat dan wanita itu diapa-apakan.

Mawar melemparkan pandangan ke luar tingkap sebelum menggangguk kecil.
"Ad-ada" balasnya gementar. Tidak mahu mengingati peristiwa yang berlaku tadi.

"Mana?" soal Nathan lagi. Stereng digenggam kuat.

Mawar menggenggam erat hujung bajunya.
"Lengan dengan... dengan pe-peha" hatinya mula dihurung perasaan sebak, tidak suka dengan dirinya yang disentuh tadi. Hanya mampu melawan sekadar yang mampu memandangkan tenaganya jauh lebih lemah.

"Balik nanti kau basuh dengan air mutlak. Samak" ayat lelaki itu berjaya menarik perhatiannya. Pandangannya dialihkan dan ketika itu jugalah pandangan mereka bertaut. Hanya sekejap sahaja sebelum Nathan kembali memfokuskan pandangannya kepada pemanduan.

"Tapi dia bukan anjing..." gumam Mawar perlahan namun tetap didengari oleh Nathan.

"Still, dia haram" ayat lelaki itu berjaya menyentakkan dirinya. Terkebil-kebil matanya memandang wajah tegang itu sebelum mengalihkan pandangannya ke luar tingkap semula.

Keadaan menjadi senyap.

Beberapa minit perjalan, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah dua tingkat. Nathan memberhentikan keretanya, rumah yang dihiasi cahaya lampu itu dipandang kagum.

Wajah Mawar disebelahnya turut dipandang sekilas. Cantik.

"Terima kasih sebab tumpangkan saya" wajah Nathan dipandang dengan senyuman kecil. Walaupun lelaki itu berperangai sombong, angkuh, riak, takbur, berlagak namun dia masih sudi untuk membantunya.

Nathan hanya mengumam kecil.

"Ermm, boleh tak saya nak bawa awak jumpa ibu?" soal Mawar tiba-tiba. Riaknya bercampur-baur, malu dan berdebar. 

Nathan mengerutkan dahinya, pelik. Jumpa ibu?.

"Untuk apa?" soalnya kembali.

Mawar mengemam bibirnya. Dia sedar hari sudah lewat malam dan waktu juga hampir menginjak pagi buta. Lelaki itu pula patut pulang ke rumah dan merehatkan dirinya. Tetapi lain pula tindakannya, boleh pula dia meminta lelaki itu melengahkan waktu untuk berjumpa dengan keluarganya. Ini sangat memalukan saya.

"Saya nak tunjuk kat ibu, lelaki yang selamatkan saya" balasnya malu. Perlahan-lahan kedua-dua tangan naik menutup wajah yang kemerahan, kenapa aku buat macam ni?!. Tak malunya kau ajak dia jumpa ibu!.

"Lagipun, awak kan ada masa kejadian tu. Jadi tak adalah diorang anggap saya beri alasan" terangnya lagi. Tenggelam timbul sahaja suara itu akibat tekapan tangan di mukanya. Bila difikirkan semula, lebih baik lelaki itu ada bersamanya. Dia juga berada di dalam keadaan separuh sedar semasa kejadian itu, fikirannya dikuasai oleh ketakutan yang kuat. Jika lelaki itu bersamanya, pasti keluarganya tidak akan beranggapan negatif. Lebih-lebih lagi apabila dia pulang selewat ini.

Nathan memandang wanita itu seketika sebelum dia mengangguk perlahan.

"Okay" balasnya sepatah.

Dia beranggapan bahawa Mawar berasa sedikit gementar untuk memberitahu keluarganya.
Di hatinya juga terdetik untuk membantu wanita itu berhadapan dengan keluarganya.  Dia juga memikirkannya berulang-kali, sekiranya Mawar boleh mengadapinya sendirian.

"Marilah" jemputnya. Serentak itu pintu kereta dibuka.

Sempat Nathan membersihkan luka di bibir dan lehernya sebelum turut mengeluarkan tubuhnya dari perut kereta. Langkah Mawar disaingi. Pintu pagar dibuka. Mereka mula berjalan beriringan ke pintu masuk berukiran kayu itu.

"Assalammualaikum" jerit Mawar sedikit kuat, jarinya menekan loceng rumah.

Ketika itu juga pintu rumah terbuka, salamnya dijawab oleh satu suara garau.

"Haaa, anak dara! Lewatnya balik, kenapa luka ni? Kau langgar apa? Dah rabun ke malam-malam ni, cermin mata kau mana? Dah tak ada benda lain nak buat, kenapa cederakan diri sendiri? Putus cinta? Mamat tu mana, biar aku tibai dia-- uhukk!" senaknya apabila perutnya ditumbuk. Ferhadh menyeringai kesakitan. Pintu utama itu ditolak kasar, tidak sedar akan tetamu yang hadir.

Mawar memandang Nathan dengan senyuman yang dibuat-buat lebar. Dah kenapa kau sayang aku sangat ni bang? Maaflah, abang saya akal dia bawah ketiak sikit. Macam awaklah.

"Siapa ni?" soal Ferhadh setelah nafasnya teratur. Baru sedar akan gerangan tetamu yang bersama adiknya itu. Kalau ya pun, jemputlah masuk.

"Ini Nat-" kata-katanya terhenti saat terpandang seseorang yang sedang bermain di tepi meja makan. Budak tu?! Budak tulah yang end call aku! Berani kau.

"Aathif!" laju sahaja langkahnya diatur mengejar tubuh kecil yang berlari itu. Kecoh ruang tamu dengan tawa anak kecil itu. Laju sahaja kaki kecil itu berlari melarikan diri dari ucunya.

Ferhadh memandang wajah lelaki di hadapannya itu, seolah-olah minat melihat kelakuan Mawar. Buktinya, bibir lelaki itu mengukir senyuman walaupun tidak terlalu lebar.

"Kau Nat apa tadi? Nat minta sedekah?" soal Ferhadh selamba.

"Kalau ya pun, jemputlah aku masuk" wajah tidak malu ditayangkan. Takkan mahu berbincang di depan pintu kan?.

"Oh ya, masuk masuk" terangguk-angguk lelaki itu membuka pintu, menjemput tetamu adiknya itu. Dia terus mengatur langkah ke sofa lalu melabuhkan duduknya di situ.

"Siapa tu, Ferhadh?" soal satu suara dari arah tangga, tubuh tua itu berjalan menuruni satu-persatu anak tangga. Pandangannya dilemparkan ke arah lelaki yang baru melangkah masuk itu.

Nathan tersenyum kecil.
"Assalammualaikum, Auntie" sapa Nathan lembut. Dia menundukkan sedikit kepalanya memberi hormat.

"Waalaikumsalam, kamu-"

"Ibu ibu! ini kawan Mawar. Dia nak tumpang makan sini" sampuk Mawar berlari anak ke arah ibunya, Ibu Ayana. Termengah-mengah nafasnya ketika itu, bagaimana tidak mengah seperti itu jika dia harus mengejar anak buahnya yang nakal itu. Baru je dapat kaki, dah gila stereng.

Nathan melahirkan riak tidak percaya, kebebalan apakah ini?.

Mawar tersengih. Usik sikit pun tak boleh.

"Tak adalah, Mawar gurau je. Mawar ada sesuatu nak bagitahu" sengihnya tidak bersalah.

"Lambatnya kamu balik-" berkerut wajahnya tatkala melihat plaster di dahi anak perempuannya itu. Wajah lelaki yang bersama mereka itu turut terluka.

"Ibu ibu nanti, Mawar nak cakap ni" tubuh ibunya ditarik ke arah sofa sebelum mereka melabuhkan duduk di situ. Nathan juga turut duduk di sofa yang berdekatan, menunggu kata-katanya.

Pandangan penuh persoalan dilemparkan kepadanya. Mawar menggigit hujung bibirnya, takut. Bagaimanalah reaksi ibunya?.

Dia menghembuskan nafas. Akhirnya dia mula bercerita, dari butik sehinggalah dia diselamatkan oleh jejaka bernama Nathan ini. Hahaha. Namun reaksinya berlainan dengan percakapannya, walaupun nadanya seperti biasa tetapi riak wajahnya mempamerkan ketakutannya ketika itu. Matanya juga dikunci rapat oleh Ibu Ayana, tidak memberi peluang untuknya menghentikan kata.

"Ya Allah, mujur anak ibu selamat. Nathan, terima kasih ya nak" ucap Ibu Ayana bersungguh. Mujur anak muda itu sudi membantu anak perempuannya, jika tidak pasti anaknya ini akan kehilangan maruahnya.

Nathan sekadar melemparkan senyuman. Tidak besar mana pun bantuannya, cuma dia bersyukur Mawar menelefonnya ketika itu. Jika tidak, dia juga tidak tahu keberadaan wanita itu.

Beberapa minit berbual membuatkan Nathan mengamit diri pulang, hari sudah semakin lewat. Dia risau jika Ummi Dahlia menanti kepulangannya.

Mawar menemani Nathan ke keretanya. Selangkah demi selangkah langkahnya diatur ke kereta bersama lelaki itu. Dia memandang ke sisi, tenang sahaja wajah lelaki itu.

"Terima kasih sekali lagi, sebab hampir korbankan nyawa awak untuk saya" ucapnya sekali lagi. Tidak terucap nilainya sekiranya dia membalas jasa lelaki itu, nyawa lelaki itu menjadi galang-ganti hanya kerana ingin menyelamatkannya.

"Sure" pintu kereta dibuka.

"Err, awak" tahan Mawar apabila tubuh itu hampir melangkah masuk ke dalam kereta.

Nathan memberhentikan langkahnya, keningnya dijongket menghantar tanda tanya.

"Awak kerja apa? Cause I saw a gun on your hand, when you.." ayatnya sengaja digantungkan, seiring itu tangannya diangkat membuat gaya pistol. Memberi maksud mengenai kata-katanya.

Nathan menyandarkan sebelah lengannya di pintu kereta. Wajah wanita itu dipandang seketika sebelum dia bersuara.

"Kerja aku.."

Mawar menanti kata-kata itu.

"Jadi pelindung kau"

Bibirnya terkedu.

Pandangan mereka bertaut sama.

Menzahirkan rasa yang ditemani angin malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience