•bab 3•

Romance Series 12832

          NATHAN tersenyum kecil melihat tubuh tua yang terbongkok-bongkok menyapu sampah itu. Aduhai, hari pun sudah hampir larut malam namun tubuh itu masih lagi bekerja. Langkahnya pantas diatur ke halaman rumah, penyapu yang berada di tangan itu diambil. Dia tersengih apabila bahunya dipukul lembut.

"Tak apalah, Nathan. Tok Umi boleh buat" penyapu itu cuba diambil kembali namun tidak berjaya. Malah, tubuhnya pula yang diarahkan untuk duduk di pangkin kayu berdekatan itu. Tersenyum dia melihat cucu lelakinya itu, langsung tidak kekok untuk membantunya menguruskan hal rumah.

"Tok Umi kan baru je sihat, kenapa tak panggil Nathan?" ujarnya risau. Daun-daun kering yang bertaburan itu kembali disapu sebelum pemetik api dihidupan. Asap yang banyak mula kelihatan apabila daun-daun kering itu mula terbakar. Nathan melabuhkan duduk di sebelah neneknya.

Ummi Dahlia mengusap rambut cucunya dengan sayang, tidak sangka anak kecil yang dulunya ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah dewasa. Cepat benar, masa berlalu.

"Nathan tak penat? Pagi kerja, malam pula tolong Tok Umi. Kadang-kadang, jarang nak nampak muka ni kat rumah" kata Ummi Dahlia diiringi usikan kecil. Lagipun dia sedar akan pekerjaan cucunya itu, kadangkala terpaksa tidur di pejabat akibat kerja yang terlalu banyak. Namun, bibir itu tidak pernah mengeluh dan merungut.
Masih mencari rezeki demi menyara keluarga.

Tangan yang hampir berkedut itu digenggam sambil tertawa. Diusap perlahan tangan yang setia menguruskan makan dan pakainya.

"Tok Umi tak penat? Asik rindu Nathan je" usiknya pula. Terdengar tawa meniti di bibir wanita separuh usia itu, kini tangannya pula diusap lembut.

"Tak penatlah, lagipun hari-hari Tok Umi rindu cucu Tok Umi ni"
Terasa usapan sayang dibahunya,  bagaimanalah dia mahu bernafas sekiranya tiada wanita ini disisinya. Penat lelahnya sentiasa diawasi malah jatuh bangunnya sentiasa dibantu. Tiada yang lebih bermakna berbanding wanita ini disisinya.

Nathan menghadiahkan senyuman lebar, bila lagi waktu yang dia ada jika bukan saat ini.

"Nathan dah besarlah Tok Umi, janganlah layan macam budak-budak" kadangkala malu juga apabila dirinya dilayan seperti kanak-kanak. Masih dimanjakan walaupun sudah meningkat usia.

"Tok Umi tak ada budak lain, jadi main dengan budak Nathan jelah" balas Ummi Dahlia dengan nada main. Dia tertawa besar melihat wajah cemberut itu, pantang betul orang panggil dia budak.

"Amboi, meriahnya suasana" sahut satu suara di hadapan mereka. Tubuh tua berbaju melayu dan berkain pelekat itu melangkah ke arah mereka.

Nathan pantas bangkit dan menyalami atoknya. Songkok di tangan lelaki itu diambil lalu disarungkan ke atas kepalanya.

"Baru balik abang" tangan suaminya dikucup sebelum terasa usapan di kepalanya.

"Tak, baru pergi" guraunya. Macam inilah perempuan, suka tanya perkara yang sudah nampak di hadapan mata.

"Ish" lengan itu dicubit perlahan. Suka benar mengusik orang, pantang diberi peluang ada sahaja usikannya.

"Nathan tak tidur hotel pula malam ni?" ujar Ayah Syah dalam nada bergurau. Sengaja ingin mengusik cucunya itu, maklumlah waktu dan masa yang mereka ada bersama itu terlalu terhad memandangkan pekerjaan yang diceburi lelaki itu amat padat.

Nathan mencebikkan bibirnya.
"Tok Ayah ni, karang Nathan tidur sana betul-betul baru tahu" ugutnya, turut bergurau. Suka sangat kata pejabat kita tu hotel. Duduknya dilabuhkan di antara kedua-dua tubuh itu, tangannya dirangkulkan memeluk lengan atok dan neneknya. Sengaja ingin bermanja.

"Pergilah, Tok Ayah pun jemu tengok muka kamu" okay, aku dah tahu genetik berlagak aku ni dapat daripada siapa. Sedar diri rupanya.

"Tak naklah, nak duduk sampai Tok Ayah muntah tengok muka Nathan" balasnya tidak mahu kalah. Setiap kali berjumpa pasti ada sahaja perkara yang dibahaskan, lagipun mereka bergurau sahaja tidaklah sehingga berkecil hati atau bermasam muka.

"Sudahlah tu, bila berjumpa je mesti bising. Pantang ya tengok kesenangan satu sama lain" sampuk Ummi Dahlia turut terganggu dengan situasi itu. Berguraunya bukan makin, langsung tidak mahu mengalah. Perkara yang dibahaskan pun, langsung tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi apabila mereka cuba menegakkan perkara yang sudah terang-terangan salah.

"Kalau macam tu, teh tarik satu ya Kiah" balas Ayah Syah dengan rasa tidak bersalah. Jari telunjuk diangkat mengiringi kata-katanya. Riaknya kosong sahaja memandang wajah cemberut isterinya itu.

"Berapa kali saya nak kata. Nama saya Lia abang, bukan Kiah" tegur Ummi Dahlia sambil bercekak pinggang. Sudah berkali-kali mengujar perkara yang sama namun masih tidak betul sebutannya. Dia sendiri pelik sama ada suaminya itu bermain-main atau memang pendengarannya terjejas.

"Oh yeke? Maaflah, abang selalu dengar Kiah" ujarnya bersama tawa yang kuat kedengaran.

"Aik, betulkah Tok Ayah? Kiah tu bukan nama kekasih lama zaman bercinta dulu ea?" sampuk Nathan tiba-tiba. Cuba mengapi-apikan neneknya, walhal dia ibarat sudah melihat asap yang berkepul-kepul keluar dari telinga neneknya itu.

Ayah Syah memulas telinga cucunya itu.
"Kamu jangan nak merosakkan pemikiran bini aku ya. Sudahlah dia lembab, karang bertambah lembab pula dia" balasnya selamba. Pandangan mata seboleh-bolehnya dielakkan dari bertentang dengan isterinya itu. Jika dikunci pandangan itu sebentar lagi, pasti dia dikerjakan.

Ummi Dahlia menghadiahkan jelingan yang tajam kepada suaminya itu. Suka sangkat kata kita lembab, dia pun lembab kahwin dengan perempuan lembab. Ha amik kau.

"Eleh, Tok Ayah ni takut bini" Nathan melarikan dirinya ke dalam rumah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Bukan boleh berada dekat atoknya itu, dibelasahnya cukup-cukup.

"Kamu ni, binilah yang takut dengan aku" balas Ayah Syah sedikit menjerit.

Takut tak takut. Tinggal berdua ni memang mampus aku kejap lagi.

"Mari sini. Bini lembab ni nak tunjuk sikit dia takut ke tak" telinga suaminya dipulas kuat, suara jeritan yang memenuhi waktu malam itu diabaikan. Biarkan, itulah suka hati sahaja perangainya nak membahan bini.

          "EH, bila kau nak balik ni?" lampu yang ditutup kembali dibuka, terpapar wajah Mawar yang masih berada di meja kerjanya. Wanita itu kelihatan serabut dengan fail yang bersepah dan lukisan yang berterabur.

Mawar mendongakkan kepalanya. Wajah Maya yang risau itu dipandang. Dahinya berkerut seketika, sudah malamkah?.

"Dah lewat ke?" soalnya, keliru. Jam tangan ditilik sebelum dia melepaskan keluhan perlahan. Bagaimana dia tidak sedar akan waktu yang semakin menginjak itu, terlalu serabut dengan tempahan yang bertimbun sehingga mengabaikan masanya sendiri.

"Marilah, hampir pukul 10 malam ni. Takkan aku nak biar kau sendiri" langkahnya diatur menghampiri sahabatnya itu. Fail-fail yang bersepah itu turut dikemas, mengalahkan Perdana Menteri sibuknya.

Mawar bangkit dari duduknya, tatkala itu baru terasa kebas diseluruh tubuhnya. Dia menggeliat puas, mengurangkan kesakitan yang bertandang.

"Kau kenapa tak balik lagi?" soalnya pula. Melihat wajah penat itu sedikit menarik perhatiannya. Kerja wanita itu masih tidak selesaikah? sedangkan petang tadi sahabatnya itu hanya merehatkan diri di dalam bilik kerjanya sebaik sahaja urusannya selesai.

"Aku terlajak tidur" balas Maya bersama sengihan busuk. Eeee, air liur pun melekat lagi kat pipi.

Lengan Maya dipukul kuat.
"Hey! Kau sedar tak benda tu bahaya. Buatnya ada orang masuk ganggu kau, siapa yang kau nak minta tolong haa?!" leternya geram. Tidak ada sifat berwaspada langsung ! Mujur dia belum pulang kalau tidak bersendirianlah wanita itu lewat malam ini. Jebat tu pula usah dikata, nak balik awal sebab kena demam cinta.

Pergi mati dengan cinta kau, dah kena penyek pun masih nak menggatal lagi.

"Aku tak larat tadi, tertidur. Dah, jomlah. Bermalam pula kita kat sini karang" balas Maya tidak mahu memanjangkan situasi itu.
Dia segera melangkah keluar dari pejabat itu.

Mawar mengemaskan barang keperluannya lalu mengikuti langkah sahabatnya. Sempat dia memeriksa sekeliling butik tersebut sebelum meneruskan langkahnya untuk pulang. Pintu kaca itu dikunci sebaik sahaja semua suis ditutup.

"Kau okay tak balik sorang ni?" soal Mawar risau melihat keadaan Maya yang terhuyung-hayang itu. Mampukah wanita itu memandu di dalam keadaan separuh sedar?.

"Jangan risau, aku mamai je. Nanti aku break jap dalam kereta, then aku balik" terang Maya cuba untuk menghilangkan kerisauan yang jelas itu. Bukannya dia tidak melihat wajah berkerut Mawar tatkala memerhati keadaan dirinya ini.

"Aku hantarlah" tawar Mawar susah hati. Hari juga semakin lewat malam, takkan dia mahu membiarkan sahabatnya itu bersendirian. Dia juga tidak mahu sekiranya berlaku apa-apa perkara yang membahayakan.

"Baliklah, tak perlu risau aku" pujuknya lembut. Dia mula mengatur langkah ke kereta.

Teragak-agak Mawar menuju ke keretanya. Pandangannya tidak lepas dari memerhati setiap langkah Maya, walaupun berasa penat namun keselamatan sahabatnya itu perlu diutamakan. Sekiranya berlaku sebarang masalah, dia yang akan dipersoalkan.

"Jangan lupa telefon aku!" sempat dia memberikan pesanan sebelum memaksa dirinya masuk ke dalam perut kereta. Bunyi hon yang nyaring membalas kata-katanya. Tahulah dia bahawa Maya membalas hanya sekadar ingin menyedapkan hatinya.

Enjin kereta dihidupkan, dia memerhati kereta sahabatnya buat seketika sebelum memandu pergi. Sempat dia memandang sekilas kenderaan Maya melalui pantulan cermin depan, kereta itu masih lagi kaku walaupun jarak mereka semakin menjauh. Perasaan risaunya semakin menebal, sakitkah wanita itu?.

Beberapa minit perjalanan membuatkannya menguap.

"Dah hampir pukul 10..." gumamnya. Brek dipijak tatkala lampu isyarat bertukar merah. Dia memandang ke luar tingkap, bayangan Maya masih tidak menyapa pandangannya. Hendak berpatah balik, namun dia sudah berada hampir separuh jalan.

'Dah balik kut, tapi aku tak perasan' gumamnya sekadar untuk menyedapkan hati.

Kenderaan yang berada di atas jalan raya ini pun hanya beberapa sahaja memandangkan hari sudah menginjak lewat malam. Dia terkebil-kebil memandang pemandangan yang kosong di hadapannya. Bilalah nak gerak ni?.

Lampu mula bertukar hijau.

Stereng digenggam namun gerakan tangannya terhenti tatkala terasa hentakan yang kuat di belakang keretanya, tubuhnya terinjak ke hadapan dan tanpa diduga dahinya terhantuk di stereng. Sakit yang mula menyengat itu menyedarkannya, perit.

"Ya Allah..." desisnya kesakitan. Dahinya dipegang, terasa cecair likat di jarinya. Mungkin terluka sedikit ketika hentakan tersebut.

Mawar mengangkat kepalanya memandang cermin sisi, ingin melihat gerangan manusia yang melanggarnya sebentar tadi. Lelaki bertopeng dan berhoodie hitam itu memenuhi pandangannya. Hatinya mula dihurung perasaan resah, musibah apa yang menimpanya lewat begini?.

Tanpa berfikir panjang telefonnya diambil lalu contact abangnya dicari. Biarlah orang menganggapnya tidak berfikir panjang dahulu, asalkan keselamatannya terjamin. Lelaki tersebut seolah-olah membahayakan untuk dia menghadapinya sendirian.

Nama Abangakukeni? ditekan dan panggilanya terus sahaja terjawab.

"Heyyo" Mawar mengerutkan kening. Pulak dah, suara siapa ni?.

"Ab-abang Ferhadh" panggil Mawar resah. Janganlah main-main dalam keadaan macam ni, nyawa aku dah macam hilang 10 tahun tahu tak?!.

Tubuh lelaki yang masih setia di dalam kereta itu mendebarkannya, lurus sahaja pandangan lelaki itu ke arahnya. Tidak bergerak dan kaku tubuhnya.

"Apishhhh! Nammnabang!"  dah terencat akal ke abang aku ni. Subhanallah, mengucaplah wahai brother!.

"Neponn neponn! Awiii ermm bang!" Mawar mengamati suara itu sebelum dia mengeluh kuat. Macam mana pula telefon abang ada kat budak bertuah ni.

"Aathif, bagi telefon ni kat papa sayang" pujuk Mawar lembut pada anak buahnya yang baru menginjak umur setahun lebih itu. Kau buat apa ni budak, tak tidur lagi malam-malam buta ni.

"Ermmm etul etul" woi aku dah darurat ni! Jangan balas cakap aku, bagi je telefon tu kat bapak kau!.

"Aathif, buat apa tu sayang?" kedengaran satu suara disebalik talian itu. Mawar mengucap syukur, nama kakak iparnya diseru berkali-kali.

"Kak Cinta! Akak!" jeritnya kuat namun panggilan itu terputus. Biadap budak ni, berani dia end call aku. Nombor abangnya kembali didail berkali-kali namun tidak berangkat.

Bunyi pintu yang terkuak itu menarik perhatian Mawar. Pantas kepalanya dikalihkan memandang ke belakang. Pintu yang separuh terbuka itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Nafasnya sesak.

Dia meraup mukanya gelisah. Nombor lain selain abangnya mula berputar difikirannya, siapa sahaja lelaki yang ada selain abangnya? Dia juga bukan seorang wanita yang mudah rapat dengan lelaki, di telefonnya juga tiada nombor lelaki lain selain abangnya seorang.

Mawar mula mengeluh resah, tingkat keresahannya semakin berganda-ganda. Matanya dipejam rapat memikirkan sesuatu sebelum nombor seseorang terpancul di mindanya. Jarinya pantas menaip nama itu dan mendailnya.

Tidak sampai tiga deringan, panggilannya diangkat.

"Na-Nathan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience