•bab 35•

Romance Series 12832

          "I MET HER, a few month ago... in a car" kedengaran tawa kecil Nathan dihujung ayat. Dia memandang tunak wajah yang tersenyum manis itu, tidak sangka dengan pertemuan mereka yang bakal bersambung dengan pernikahan.

"Tapi bukan tangkap basah" nafinya segera, salah cerita nanti.

"By accident, she got into my car" Mawar tersengih tidak bersalah mengenangkan perkara itu, akal warasnya hilang dek tiupan shopping.

"Nathan dan Mawar mula berkenalan, atau lebih kepada bercakaran dan bergaduh. And time after time, we got married" ujar Nathan bersama senyuman kecil, seronok membuka kisah kepada kedua ibu bapanya yang telah dijemput Ilahi. Sungguhpun begitu, dia masih menghadirkan diri ke sini untuk meluah dan bercerita.

"Her name is Bunga Mawar Maylea, you can call her Maw--"

"Menantu kesayangan" sengih Mawar, dia tertawa kecil membalas pandangan suaminya.

"Bolehlah juga" balas Nathan setuju tidak setuju, sengaja ingin mengusik.

"Ummi boleh panggil Mawar sayang kalau ummi nak" gurau Mawar, turut rancak berbual walaupun dia sedar hanya sunyi sepi yang membalas gurauannya. Batu nisan yang telah basah disiram itu diusap lembut, seolah-olah merasai perasaan suaminya tatkala ini.

Akhirnya tawa Nathan terhambur, pandai jelah minah ni nak mengayat pun.

"Aku je boleh panggil macam tu" gurau Nathan semula, lapang dadanya melihat penerimaan Mawar ketika ini.

Mawar tersenyum sebelum wajahnya tiba-tiba berubah riak, seolah-olah teragak-agak ingin mengatakan sesuatu.

"You can ask anything" balas Nathan, sedar dengan riak isterinya itu.

"Erm, tak apakah?" Soalnya ragu-ragu, tidak mahu mengguris hati suaminya itu.

"Since when you're being so polite?" Soalannya itu mengundang satu pukulan kecil di bahunya, pantas dan tepat sahaja tangan Mawar melepaskan sasaran.

"Saya nak jaga hati awak tau!" Balas Mawar dengan sedikit rajuk, suaranya sengaja dikecilkan. Terasa.

"Iyalah, apa dia?" Malas mahu bermain-main, silap haribulan kuburnya pula yang ditanam dekat sini.

"Erm, macam mana Ummi dan Walid pergi?" Soalan itu sedikit sebanyak menyentuh hati lelakinya, senyuman yang terukir itu mulai pudar namun dia cuba mengawal riaknya.

"Kenapa tanya macam tu?" Soal Nathan semula.

"Saya cuma nak tahu, sebab iyalah. It's take time to recover back, right?" Balas Mawar berhati-hati, kalau boleh dia tidak mahu menambahkan lagi rasa sedih lelaki itu. Tetapi dia ingin tahu, kerana Nathan nampak sangat kuat dimatanya.

"Once upon a time--"

"Nathan" potong Mawar dengan rasa menyampah, suka jadi bebal tau dia ni.

"Okay okay. Kau tahukan, aku bekerja dengan Diraja?" Soal Nathan.

Mawar menganggukkan kepalanya, dia masih ingat lagi kedatangan Tuanku di hospital waktu itu.

"Kalau tahu baguslah" henti Nathan sekerat jalan, dia cuba bangkit dari duduknya namun ditahan.

"Sakit sakit!" teriaknya tatkala terasa satu cubitan ketam di perutnya.

"Jangan nak main-main boleh, kita depan kubur arwah ibu bapa awak tau. Jangan nak menipu, berdosa" amik kau, tadah telinga terima ceramah Puan Mawar. Suka hati mahu dibuat main ditempat hormat.

Nathan mencebik, ugut ugut ugut.

"Aku dengan Walid merupakan satu pasukan dalam tentera khas Diraja, aku dah mula berkhidmat dengan istana semasa berumur 21 tahun--"

"Awal macam tu?!" Potong Mawar, terkejut.

"Iya, masa umur aku 16 lagi Walid dah dedahkan aku dengan selok belok istana. And of course, aku sepenuhnya terlibat dengan polis dan ketenteraan. Memandangkan Walid dulu merupakan Pegawai Utama Polis Diraja, Tuanku arahkan aku untuk ambil tempat dia bila-bila masa sahaja. Sebab aku dah dikembangkan dengan hal istana dari remaja" terang Nathan secara terperinci. Keningnya terjongket hairan ketika melihat wajah kosong isterinya itu, tidak fahamlah tu.

"Kau--"

"Sabar, saya faham apa awak terangkan. Cuma ada ulat kat kaki saya, tolong ambilkan-- argh!" Jerit Mawar apabila terasa satu benda lembut memanjat kakinya. Sedari tadi lagi dia merasainya namun dia tidak mahu memotong kata-kata lelaki itu.

Keluhan kecil terbit di bibir Nathan, dia mengambil serangga yang merayap hampir ke betis isterinya itu.

"Benda ni--"

"Buang!" Tolak Mawar, dia menolak tangan suaminya dengan pantas. Geli melihat ulat yang mulai bergulung itu.

"Tangan aku pun tak pernah sampai ke betis kau lagi, benda ni-- aduh!" Desis Nathan tatkala bibirnya dijentik, dia memandang wajah Mawar dengan riak tidak percaya. Dia jentik aku?.

"Apa apa apa? Siapa suruh mulut tu celupar sangat" tegur Mawar, berani.

"Kau ni" geram Nathan.

"Eh eh eh, kita dekat kubur ni. Hormat sikit okay" tahan Mawar, dia menolak kembali tubuh Nathan yang semakin hampir dengannya. Fuh, selamat.

Nathan membetulkan kedudukannya semula, menyirap melihat wajah bangga isterinya itu. Pakkal je dekat sini, jika tidak.. haih.

"Sambung" arah Mawar selamba, dia kembali tekun menunggu kata-kata lelaki itu.

"Haih" berasap je member. Nathan menghembus nafas perlahan. Sabar Nathan, kubur ni.

"Awak tunggu apa lagi?" Marah Mawar pula. Tidak nampakkah semangatnya tatkala ini? Bukan senang tau mahu menarik perhatiannya, kononnya lah.

"You're finish, when we get home" noktah. Titik. Tanda seru. Kata-kata Nathan itu kedengaran sungguh menyeramkan di halwa telinganya.

Aku akan pastikan selepas ni, kitaorang pergi merayau.

"No. I mean, after we leave" pandangan Mawar bertukar gugup, menyesal.

"Jadi, biar aku sambung ya?" Soal Nathan lembut, wajahnya sengaja dimaniskan, menyerlahkan lesung pipitnya yang jelas kelihatan itu.

Dengan teragak-agak Mawar menganggukkan kepalanya, beberapa saat ditawan dengan panahan lesung pipit itu.

"After a few years, menjadi pasukan istana. One day, aku dan Walid ditugaskan untuk membantu Kerajaan jiran. Masa tulah, keadaan mulai berubah" Lemah nada suaranya tatkala menuturkan kata-kata akhir itu, detik di mana titik kesedihannya bermula.

"Like helping people kah?" Soal Mawar ingin tahu, tak akanlah hanya melancong di Kerajaan jiran kan?.

"War. Peperangan secara mendadak tiba-tiba berlaku, aku dan Walid sama-sama tawakkal untuk survive masa tu" satu hembusan kecil terbit di bibirnya, ketika itulah saat-saat sukarnya mulai muncul.

Perasaan Mawar mulai terusik mendengar kata-kata suaminya, war is not a game.

"Dalam keadaan cuba mempertahankan Kerajaan jiran, pada masa yang sama kami juga kena lindungi seluruh rakyat. Peperangan tu berlaku almost one week, hari yang sepatutnya menjadi kepulangan kami, adalah hari di mana tumpah darah berlaku" Nathan meraup wajahnya dengan lembut sebelum memandang wajah manis isterinya yang tekun mendengar. Dia tertawa kecil melihat mata bundar itu terlalu fokus memandangnya.

"You look interested" usik Nathan.

Senyuman nipis terukir di bibir Mawar, tiada rasa ingin membalas suaminya malah dengan lembut dia memeluk lengan sasa yang berbalut itu. Memujuk.

"Kami hampir menang. No, kami memang dah menang. But the last day of war, dalam perjalanan untuk balik ke Kerajaan asal, Walid ditembak betul-betul di depan mata aku. In my arms. But tiada sesiapa yang tahu siapa dalangnya. Aku buntu, sebab orang yang paling aku sanjung jatuh depan mata aku sendiri" batu nisan yang tertulis nama Reidht Nahdan itu dipegang sayu, perjuangan terakhir malah menjadi memori terakhir diantaranya dan Walid.

"Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. If Allah can take my life at that time, I will ask for it. Tapi aku nafi kemahuan tu, sebab aku tahu Ummi tengah tunggu kepulangan kami di sana. Tetapi aku gagal, penantian Ummi disambut dengan kepulangan jasad Walid. I can tell how hurt it was, bila aku lihat Ummi rebah depan aku" suara Nathan mulai bergetar kecil, dia tertawa menahan malu. Lemah. Iya, sebagai seorang lelaki dia memang lemah. Lemah tatkala membuka soal Ummi dan Walid, perkara itu menjadikan dia sebagai manusia yang sebaliknya.

Seolah-olah merasai sakit yang sama, Mawar mengusap lembut lengan suaminya. Dia tahu perit kehilangan itu, namun tidak seperit yang dirasai oleh Nathan. Suaminya itu nampak tabah, kuat.

"I'm here with you, now" pujuk Mawar, dia tersengih sebak tatkala mendengar tawa Nathan.

Nathan cuba kelihatan kuat depannya, tetapi dia tahu hati suaminya itu luluh.

"Selepas pemergian Walid, keadaan Ummi semakin merosot. 2 weeks after that, Ummi leave me by myself. In one month, I lost both of them" gagal menahan diri, akhirnya setitis air mata mengalir di pipi. Dengan segera Nathan menyekanya, tidak mahu dilihat oleh Mawar. Sebagai seorang suami, dia perlu kelihatan kuat di dalam semua aspek. Walaupun berkaitan syurganya sendiri.

"It's really take time for me to be myself back, tetapi aku tahu Allah masih berikan aku peluang untuk meraih sepenuh kasih sayang lagi, aku masih ada Tok Ummi dan Tok Ayah. Cebisan sayang yang aku raih after pemergian Ummi dan Walid" Nathan melemparkan pandangan sayu kepada isterinya, senyuman kecil terukir di bibir tatkala merasai pujukan Mawar padanya. Bersungguh benar mahu memujuknya semula.

"Awak boleh dapat kasih sayang saya juga, i'm your wife" pujuk Mawar tanda sedar, perhatiannya lebih kepada lelaki itu berbanding kata-katanya sendiri. Tetapi memang benar, Nathan mempunyai kelayakan yang sepenuhnya terhadapnya sebagai seorang suami.

"Pandai kau pujuk aku, nak kena transfer or cash ni?" Soal Nathan, sengaja ingin berloya buruk.

Pap !

Definisi dengki sejati. "Jahat tau, saya tengah pujuk awak as a wife. You should appreciate it" gumam Mawar dengan nada rajuk, bersungguh-sungguh orang memujuk disangka mahukan upah pula. Nate sokmo.

Nathan tertawa, terhibur.

"Thank you, for lending your ears" kepala Mawar yang berbalut tudung itu diusap lembut, sekurang-kurangnya saluran semangatnya bertambah. Dia ada seorang isteri yang kini akan membantu luaran dan dalamannya.

Sengihan lebar wujud di bibir wanita itu, tangan diangkat membuat isyarat 'okay'.

"You know what, Ummi juga ada nama bunga macam kau" kali ini batu nisan di sisi kubur Walid pula diusap, dia mengelap sisa air yang disiram itu. Nama yang agak kabur itu kelihatan jelas kembali.

"Nama Ummi ada bunga?" Soal Mawar kembali, merujuk kepada nama Bunga di dalam namanya itu.

"Nama Ummi, Fillea Wasifa. Fillea means bunga melati dalam bahasa arab, She is Walid favourite flower" sempat Nathan mengusik dihujung ayat, terimbau kenangan ketika Walid selalu mengatakan Ummi adalah bunga kegeramannya di antara semua bunga yang ada.

"Rose, Orked, Daisy. Neh, Fillea Wasifa is my most favourite flower. My melati"

Nathan tersenyum nipis, ayat itulah yang sering diujarkan oleh Walid pada tiap hari. Selalu mengingatkan mereka bahawa Ummi adalah segalanya bagi dia.

"Awww, thats so cute" balas Mawar, kagum. Ayah mentuanya seorang yang romantik.

Eh, wait. Kenapa Nathan tak turun perangai bapak dia? Kuang asam betul.

"Aku pun ada" ujar Nathan tiba-tiba.

"Ada apa?" Soal Mawar, pelik.

"My favourite flower" kata-kata Nathan itu menerbitkan senyuman kecil dibibirnya. Oh my, ni mesti nak kata aku bunga kegemaran dia.

Ish, relaks Mawar. Pura-pura tak tahu.

"Where?" Balasnya seolah-olah berminat.

Nathan memetik sekuntum bunga orked di sisi kubur arwah Walid sebelum menunjukkannya pada Mawar.

"Ni ha" ujar Nathan sambil menayangkan bunga orked di tangannya.

"Maksud awak, orked ni bunga kegemaran awak?" What? Aku ingatkan dia nak manis manis dengan aku.

Anggukan Nathan itu memudarkan senyumannya. Tahniah orked, awak berjaya jadi kegemaran Nathan. Aku akan cari budak-budak nama orked tu.

"Thats a nice flower" balas Mawar, kecewa. Punah. Rapuh. Hancur. Luluh.

Aku tak akan tanam orked dekat rumah.

"Eh, error"

Ha? Kening Mawar mulai terjongket keliru. Apa yang error?.

"I mean. Here" bunga orked itu dihulurkan kepada Mawar.

Dengan teragak-agak Mawar menyambutnya.

"Just want to give you the flower, cause I already have mine" dagu Mawar dicuit lembut, memberi maksud tersirat.

Kali ini senyuman Mawar kembali terukir semula, manis yang tidak dapat disorokkan.

"You're my favourite flower" bisik Nathan, menggoda.

Itu dia, akhirnya terluah juga kata-kata yang ingin didengari oleh Mawar.

Dasar lelaki dari kutub utara.

"Dahlah, jom balik. Kita dah lama sangat dekat sini" ajak Nathan tatkala merasai debaran yang lain, malu. Berusaha dia ingin menyorokkan telinganya yang sudah bertukar kemerahan itu.

Mawar tergelak, pandai pula nak lari.

"Iyalah, jom" layan Mawar, ikutkan sahaja kehendak suaminya itu.

Mereka mulai mengemas tikar dan segala barang.

"Insyaallah, ada masa kami datang lagi ya, Walid Ummi. I love you both, forever" ujar Nathan sebelum mengusap batu nisan kedua-dua ibu bapanya dengan perasaan sedih yang bertandang di hati.

"Mawar pergi dulu, Ummi Walid" ujar Mawar pula, dia turut melakukan perkara yang sama seperti suaminya. Mengusap batu nisan arwah mentuanya.

Dengan rasa berat hati mereka melangkah meninggalkan perkuburan itu.

Baru sahaja beberapa tapak ke hadapan, namanya diseru oleh seseorang.

"Nathan" panggil satu suara.

Serentak itu Nathan menolehkan pandangannya, begitu juga dengan Mawar.

Automatik tubuh Nathan bertukar rentak, tubuh Mawar ditarik kebelakangnya.

"Awh, it's a shame when you have to hide your beautiful wife" balas suara itu, sinis. Dia membetulkan kedudukannya sehingga benar-benar di hadapan tubuh Nathan. Wajah wanita di belakang tubuh itu sengaja diintai.

Mawar menyorok belakang tubuh suaminya dengan perasaan sedikit takut, belakang baju lelaki itu digenggam.

"It's funny to see you here" balas Nathan.

"Me too, same thoughts" tawa lelaki itu.

Dia memandang ke belakang tubuh Nathan, sipi-sipi sahaja kelihatan tubuh wanita itu.

"Tak nak kenalkan aku dengan wife kau?" Soal lelaki itu tiba-tiba.

Nathan menarik nafas berat, dia memegang genggaman tangan Mawar di bajunya.

"I'm Faith Daiyan, Prince from Versailles Kingdom"

          HUJAN memijak tangga yang diperbuat dari kayu itu dengan berhati-hati, sudah alang-alang dia melakukan tugas di kawasan ini. Apa salahnya jika dia melawat kan?.

"Assalamualaikum" ucapnya di hadapan pintu. Sejak dia hadir lagi keadaan pintu itu masih tertutup. Tidur lagikah? Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

"Mak Cik Wardah?" Panggilnya agak kuat.

Senyap. Keluar agaknya. Tak apalah, mungkin lain kali sahaja.

"Ada rezeki, datang lagi" gumam Hujan sebelum mengambil langkah untuk turun.

Baru sahaja beberapa tapak sebelum dia mendengar satu suara yang sipi-sipi di dalam rumah, dahinya berkerut.

Dia berdiri di hadapan pintu semula.

"Andaian aku je kot" bisiknya sendirian tatkala tiada bunyi yang kedengaran.

"Mungkin--"

"Sial kau Wardah!" Satu jeritan mulai kedengaran jelas di telinganya.

Dengan segera Hujan merempuh pintu kayu itu, sebaik sahaja masuk matanya dijamah dengan tubuh Mak Cik Wardah yang terkulai layu dihadapan pintu bilik bersama linangan air mata.

"Mak Cik" panggil Hujan, risau. Segera dia melutut di hadapan tubuh tua itu, tangan wanita itu tidak henti-henti mengetuk pintu bilik yang tertutup.

Mak Cik Wardah pantas mengenggam lengan Hujan. "Tolong Mak Cik, nak. Tolong buka pintu ni" pinta wanita itu terdesak.

Kerutan kecil terbit di dahinya. "Kenapa--"

"Jangan paksa aku Leinani!" Ketika itu satu jeritan kuat kedengaran di dalam bilik, suara gadis yang sedang meronta menyapa telinganya.

"Ke belakang Mak Cik" tubuh Mak Cik Wardah ditarik lembut menjauhi pintu. Dengan sekali tendangan dia menerjah masuk ke dalam, tatkala itu kelihatan tubuh Leinani yang menggigil di atas katil bersama seorang lelaki tua yang tidak berbaju di sisinya.

Kemarahan Hujan mulai memenuhi tubuhnya. Damn.

Satu tumbukan dilepaskan kepada lelaki tua itu, sesaat dan tubuh itu terhempas kuat ke lantai.

"Go back" tubuh Leinani yang masih berbalut baju yang hampir koyak itu dibawa ke belakangnya, mujur dia hadir ketika ini. Jika tidak, berkemungkinan gadis itu akan kehilangan maruahnya.

"Adik" dengan pantas Mak Cik Wardah memeluk tubuh anak perempuannya, getaran kecil yang terasa itu meluluhkan hatinya. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku jika anak muda itu tidak datang ketika ini, mungkin dia akan membunuh demi keselamatan anaknya.

Pak Ayob bangkit dari jatuhnya bersama tawa yang sinis. Dia memandang tubuh Hujan dengan amarah.

"Kau balik. Kalau tak nak mati" ugut Pak Ayob. Marah, hampir sahaja dia mendapatkan habuannya tadi.

Hujan menyeluk kedua-dua tangannya dengan santai ke dalam poket, tidak termakan dengan kata-kata berbaur ugutan itu.

"Made me then" balasnya, tidak peduli.

"Siapa ni Wardah? Anak ikan kau?" Gelak Pak Ayob kuat sebelum mendesis kecil, bibirnya yang luka itu dilap dengan ibu jari. Huh, darah.

"Mental" gumam Hujan, selamba.

"Saya lepaskan Pak Cik, without any harm. If not, saya tak teragak-agak untuk tahan Pak Cik" Hujan mengalihkan tubuhnya benar-benar di hadapan Mak Cik Wardah dan Leinani, dia melindungi tubuh mereka dari belakang.

"Ni cerita apa sampai nak tahan ni? Apa hak kau?" Sinis nada yang dilontarkan oleh Pak Ayob, langsung tidak kisah dengan kata-kata itu.

"Dah berapa lama perkara ni berlaku, Mak Cik?" Soal Hujan pada Mak Cik Wardah, kerana kelakuan lelaki tua itu seolah-olah sudah selesa dan biasa.

"Setiap hari" balasan itu membuat Hujan terdiam seketika.

"Jadi, Leinani--"

"Tak, Tuan. Selama ni cuma gangguan saja, tapi harini lelaki tu bertindak untuk memperkosa anak Mak Cik" potong Mak Cik Wardah dengan pantas, tidak mahu disalah ertikan. Bagaimana dia akan membetulkan tanggapan orang kampung selepas ini?, Lebih-lebih lagi mengenai kejadian yang berlaku semalam.

Hujan menganggukkan kepalanya beberapa kali, nampaknya sudah melampaui batas.

"Perkosa? Aku dah minta baik-baik" seolah-olah seperti orang tidak berakal Pak Ayob melangkah mendekati kedua beranak itu namun dihalang. Tubuh sasa itu dipandang tajam, rimas.

"Lagi bodoh jika anak aku terima masa kau meminta, anak aku bukannya tak berotak macam kau!" Kasar kata-kata yang dilontarkan oleh Mak Cik Wardah, dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Pelukannya ditubuh Leinani semakin dieratkan, getaran ketakutan itu masih terasa di tubuh anaknya.

"Bodoh? Siapa yang mulakan semua ni?" Soal Pak Ayob dengan rasa tidak bersalah.

"Engkau. Atau aku boleh kata, iblis yang ada dalam badan kau" balas Mak Cik Wardah dengan tajam, dia tidak kisah ditetak mahupun dibunuh. Asalkan dia puas.

"Lancangnya mulut kau, Wardah. Dari mana datangnya keberanian ni" perli Pak Ayob, dia menepis tangan Hujan yang menahannya dengan kasar. Semak!.

"Saya bagi amaran, Pak Cik. Jika tidak, saya akan ambil tindakan" tahan Hujan, ini adalah amaran kedua yang dia berikan. Jika sekali lagi lelaki yang bernama Ayob ini melawan, dia akan menahannya.

"Tindakan apa? Masalahnya sekarang ni kau yang semak dalam hal aku. Pergi baliklah!" Tengking orang tua itu dengan kuat, tidak tahan dengan campur tangan orang luar. Merimaskan.

"Saya cuba berbaik sekarang ni, mohon bagi kerjasama" Tangan Hujan sudah beralih ke poket belakang seluarnya, gari dipegang dengan kemas.

"Leinani sayang, halau diorang ni" tatkala itu tangan Pak Ayob mulai naik memegang lengan Leinani sebelum Hujan menepisnya dengan kuat.

"Celaka!" Jerit Pak Ayob tatkala tangannya dipulas ke belakang dan ketika itu dia terdengar bunyi gari yang berlaga. Sekelip mata, kedua-dua tangannya digari.

"Tak guna" gumamnya amarah, rupa-rupanya lelaki yang disangka hero penyelamat itu adalah seorang polis.

"Pak Cik ditahan di atas gangguan seksual dan cubaan merogol, saya minta kerjasama untuk ikut saya ke balai" balas Hujan dengan tegas, noktah. Riak wajahnya mendatar, menzahirkan rasa tidak suka dengan tindakan lelaki tua itu.

Tubuh Pak Ayob diluruskan sebelum dia mengetatkan gari pegangan.

"Polis akan sampai beberapa minit lagi" ujar sebelum tubuh tua itu dicampak ke atas katil. Puas hati aku.

"Sakit bodoh!" Marah Pak Ayob, dia meronta dengan keras namun semakin melukakan dirinya. Tak guna, dia tidak dapat melakukan apa-apa ketika ini. Ingin menelefon isteri dan anak-anaknya pun tidak berguna.

"Mari keluar, saya akan pastikan dia ditahan buat sementara waktu" ujar Hujan, cuba mengurangkan rasa takut kedua-dua anak beranak itu. Melihat wajah pucat mereka berdua pun telah menjelaskan segalanya.

"Saya minta kerjasama Mak Cik dan Leinani untuk memberi penerangan di balai" ujar Hujan sebaik sahaja mereka melabuhkan duduk di atas sofa kayu itu, sesekali dia memerhati ke arah tubuh tua yang meronta ganas di atas katil itu. Lantak engkau, buat sakit mata aku je.

Mak Cik Wardah menganggukkan kepalanya, dia mengusap kepala Leinani yang bersandar lemah di dadanya.

"Boleh saya tanya, apa yang berlaku sebenarnya?" Persoalan Hujan itu mengundang anggukan lemah dari Mak Cik Wardah, memang patut dia membuka cerita memandangkan Hujan adalah anggota polis yang melihat kejadian mereka.

"Malam semalam, kami cuba larikan diri. Untuk bebaskan diri sendiri dan segalanya tidak berjaya bila Ayob dapat tahu niat kami. Sejak kes semalam, dia cuba tangkap Leinani tapi tak berjaya sebab ada orang kampung. Tapi harini dia tak tahan, dia tarik Leinani ke bilik lepas cederakan Mak Cik" jelas Mak Cik Wardah sedikit bergetar, sedih mengenangkan nasib anak perempuannya yang menjadi mangsa pemuas nafsu syaitan.

"Larikan diri? Apa kaitan Mak Cik dengan Pak Ayob tu?" Keliru. Memang pelik, jika tidak ada sebarang pertalian mengapa Pak Ayob itu bersemangat sangat mahukan Leinani?.

"Langsung tiada pertalian darah ataupun kaitan, cuma kami pernah berhutang dengan dia dulu. Tetapi isu hutang tu dijadikan bahan ugutan dia untuk Mak Cik walaupun hutang kami sudah lama selesai, dia mahukan Leinani. Dia nakkan anak Mak Cik sebagai isteri dia" kata-kata dihujung ayat itu membuat Hujan terdiam di tempatnya sendiri, isteri?. Perkataan itu agak mencucuk hatinya.

"Disebabkan Mak Cik tak izinkan Leinani jadi isteri Pak Ayob, dia bertindak untuk menyerang keluarga Mak Cik?" Soalan itu dibalas dengan anggukan kecil, dia hanya mampu redha dengan ujian yang diberikan ini.

"Dia sanggup bunuh Mak Cik, untuk dapatkan Leinani" ketika itu terasa genggaman erat Leinani di bajunya, Mak Cik Wardah mengusap bahu anaknya dengan lembut. Dia tahu Leinani benar-benar trauma dan takut.

Hujan merenung dengan rasa simpati wajah yang kemerahan di dada Mak Cik Wardah itu, tidak tahu yang mereka melalui perkara seperti ini. Apatah lagi apabila mengetahui Leinani menjadi mangsa pemuas nafsu Pak Ayob. Walaupun tidak pernah disentuh dan hampir sahaja disentuh, tubuh gadis itu tetap menjadi tatapan lelaki bermata keranjang.

"Dia dah ada isteri, tetapi masih mahukan Leinani. Tetapi isteri dia pun dua kali lima je dengan suami dia, langsung tak ada rasa simpati walaupun mereka ada anak yang sebaya Leinani" sambung Mak Cik Wardah, sakit hati mengenangkan keluarga itu.

"Sekejap. Semasa Mak Cik larikan diri semalam, perasan tak dekat area rumah Mak Cik ada roblok?" Soal Hujan tertanya-tanya, jika benar mereka melarikan diri bagaimana dia tidak melihat tubuh mereka semalam?. Sedangkan dia berada di kawasan roblok semalaman.

"Ada, kami ditangkap semasa hampir-hampir tiba. Kami terlambat beberapa langkah sahaja" Mak Cik Wardah masih merasa kecewa mengenangkan tindakannya semalam, jika kakinya tidak sakit pasti mereka akan tiba dengan selamat.

Ketika itu kedengaran bunyi siren diluar rumah, mereka semua pantas sahaja bangkit dari duduk. Hujan melangkah ke luar rumah.

"What happen?" Soal Raaid sebaik sahaja keluar dari kereta polis.

"Kes rogol" balas Hujan ringkas. Dia mengarahkan anak buahnya untuk ke atas, mengambil lelaki tua itu.

Raaid mengangguk.

"Lepaslah sial!" Tengkingan kuat di rumah menarik perhatian mereka, pantas Raaid menolehkan kepalanya manakala Hujan masih lagi menahan rasa amarahnya.

"Old man, huh" gumam Raaid. Sudah tua namun masih bernafsu.

"Di mana mangsa?" Soalnya pula.

"Kat atas" Hujan memberi isyarat di dalam rumah.

"Woi bodoh, aku tak bersalah lah. Kau yang akan dijatuhkan hukuman kalau kau fitnah aku tanpa bukti!" Marah Pak Ayob dipintu kereta, dia menahan tubuhnya dari ditolak masuk ke dalam.

Hujan tersenyum sinis.

"Jangan takut kalau tak salah. Anyway, hukuman yang dijatuhkan polis lagi berat dari hukuman kau sendiri" sempat Hujan memerli dihujung ayat, kita tengok sekarang siapa yang jadi raja.

Riak Pak Ayob bertukar marah, urat di tepi dahinya timbul menahan amarah.

"Takpe abang, nanti kita roger roger okeh?"  Sampuk Raaid pula.

"Eh, bebal" potong Hujan.

"Nanti bawa mangsa ke balai" ujar Raaid sebelum masuk ke dalam kereta namun tindakannya terhenti tatkala melihat satu wajah di pintu rumah.

"Eh, aku kenal muka tu" ujar Raaid yakin, dahinya berkerut membaca wajah yang terlihat samar-samar itu.

"Siapa?" Soal Hujan.

"Yang dekat pintu tu" Hujan menoleh.

"Budak tulah yang engkau--"

"Masuk masuk" kepala Raaid ditolak ke dalam kereta, dia menolak tubuh itu sehingga masuk ke dalam kereta sebelum menutup pintu itu dengan kuat. Jari diangkat memberi isyarat pergi.

Raaid mencebik, bahenol.

"Gerak lu paper roger"

"Bodoe" carut Raaid. Menyampah aku. Dia terus mengarahkan anak buah di sisinya untuk pergi, malas aku nak lama lama aku sini.

Hujan tersenyum membalas pandangan Mak Cik Wardah, dia menarik pintu kereta di bahagian belakang untuk mereka.

"Jom pergi, nanti Hujan hantar balik ya" ujar Hujan lembut, dia membantu Mak Cik Wardah yang sedang memimpin Leinani itu.

"Adik masuk dulu" Mak Cik Wardah membetulkan kedudukan Leinani di dalam kereta, dia tidak mahu anaknya terlalu trauma dan takut semasa dalam perjalanan.

Hujan memandang Leinani dengan tunak.  Wajah putih itu bertukar kemerahan, hidung gadis itu juga menjadi merah akibat terlalu banyak menangis. Cantik. Leinani masih lagi cantik walaupun di dalam keadaan sedih. Patutlah Pak Ayob benar-benar mahukan wanita ini.

Mak Cik Wardah yang melihat pandangan itu tersenyum kecil, dia menyentuh lengan Hujan dengan lembut.

"Iya?" Seolah-olah baru tersedar dari alam maya, dia terlalu leka memandang wajah Leinani. Hujan tersenyum kekok, mengakui salah sendiri.

"Mak Cik perlukan apa-apa?" Soal Hujan, risau.

"Hujan..." ayat Mak Cik Wardah terhenti seketika, dia tersenyum nipis.

Kedua-dua kening Hujan terjongket, menyoal.

"Berkenan pada anak Mak Cik kah?"

Hujan terkedu.

"Huh?"

Pecah tembelang.

          MAWAR menongkat dagu di atas meja. Dia mengeluh memandang meja kaca yang dipenuhi fail itu.

"Pergi main Ting Ting sana" balas Nathan, mengejek.

Akhirnya wajahnya Mawar tersembam di meja, sudah hampir 2 jam dia menemani lelaki itu di dalam pejabatnya.

Sebaik sahaja balik dari kubur, mereka perlu bergegas ke balai memandangkan Nathan mendapat panggilan kecemasan dari pusat utama. Selepas sahaja selesai, lelaki itu mengambil masa untuk membaca laporan yang bertimbun di atas meja. Dan iya, sudah 2 jam selepas situasi itu berlaku.

"Saya nak main pistol" pinta Mawar tiba-tiba.

"Kau fikir ini pistol air yang kau buat main tembak bontot si Aathif tu? Tak payah" dengan pantas Nathan menyimpan pistolnya di dalam laci, bukan boleh dibawa main si Mawar ni. Silap haribulan, wanita itu pula yang perlu ditahan di dalam balai.

"Saya bosan" keluh Mawar, bateri telefonnya baru sahaja habis dan sekarang tidak tahu mahu membuat apa.

"Baca buku" malaslah bersembang dengan Nathan ni, menyakitkan hati.

Mawar mengambil salah satu fail laporan di atas meja.

"Wadiha Ayu, mangsa berumur 23 tahun, mati di kelar-- astaghfirullahalazim" terus sahaja ditutup fail itu lalu dilempar dihadapan Nathan, muka surat pertama saja dah seram.

"Yang gatal sangat pergi ambil kenapa?" Perli Nathan, matanya masih tekun membaca laporan di tangan.

"Kita main game nak?" Ajak Mawar, terdesak. Aku betul-betul bosan.

"Kalau nak teman kau main game, aku tak akan duduk sini. Baik balik rumah" balasan Nathan itu membuat Mawar terangguk-angguk ditempatnya. Benar juga, kalau tidak buat apa datang ke mari.

"Kenapa kita kena duduk sini? Lama lagikah?" Soal Mawar sambil melentokkan kepalanya di atas meja.

"Aku perlu baca beberapa laporan sekejap, lepas tu kita baliklah" pujuk Nathan, kesian juga melihat Mawar yang persis orang sawan itu.

"Penipu! Ayat tu saya dah dengar hampir sejuta kali--"

"Kepala otak kau, baru sekali aku cakap" Mawar tersengih, iya erk.

"Nak makan" tiba-tiba perutnya terasa lapar pula.

"Jentik cicak sana" balas Nathan tanpa memandang isterinya. Langsung tidak tahu apa yang gadis itu sedang lakukan.

"Nathan, perut saya lapar. Kan kita tak makan lagi" pujuk Mawar bersama cebikkan kecil, kali terakhir mereka makan pun sewaktu sarapan pagi. Selepas itu, kosong.

"Nak makan apa?" Acah Nathan seolah-olah prihatin, walhal masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Mawar tercabar tatkala tumpuan lelaki itu hanya kepada fail sahaja, bercakap pun tidak memandang ke arahnya. Minat sangat dengan Ayu yang kena keluar tu.

"You" sengaja tangannya naik melirik ke jari Nathan, jari telunjuknya diusap lembut ke tapak tangan suaminya. Dia tersenyum manja.

Fokus Nathan terhenti. Dia memandang lirikan manja Mawar itu bersama tanda tanya, keningnya terjongket kagum. Berani.

"Okay" serentak itu Nathan membuka satu butang bajunya--

"Ya Allah, salah salah" tahan Mawar dengan pantas, namun tangannya digenggam dengan sebelah tangan.

"Wait, let me finish first" balas Nathan sambil menyambung kerjanya, dia membuka sehingga butang yang ketiga sebelum Mawar menahan tangannya ke dada. Dia memandang tangan kecil yang berada di dadanya itu. Impressive.

"Jangan buat, saya bergurau je" balas Mawar dengan yakin, satu kerja gila yang menjadi sejarah jika seseorang melihat keadaan mereka ketika ini. Lebih-lebih lagi si Hujan rintik-rintik itu.

"Tak apa, kau lapar"

"Eh tak tak, saya kenyang dah" bantah Mawar segera.

"It's okay, baby. You can have it" Have it kepala jambul kau. Inilah padahnya jika bergurau dengan Nathan, segala gurauan itu akhirnya bertukar menjadi realiti. Menyesal.

"Tak payah! Bukan dekat sini!" Jerit Mawar kegeraman, dia memukul bahu suaminya dengan geram. Tak faham bahasa.

"Why not? Just lock the door" tubuh Mawar terasa meremang tatkala tangan berurat itu mulai melingkar di pinggangnya, sentuhan lembut itu menyapa pintu hatinya. Berdebar.

"I can close the CCTV too" bisik Nathan, halus.

Mawar mengemam bibirnya.

"Tak nak!" Aku kena lawan bisikan syaitan ni, kerana penghujungnya aku yang akan merasa lebih malu dan segan. Jika boleh, langsung tidak mahu mengangkat wajah.

Nathan tertawa besar.

"Pandai pula takut, mulakan tadi tak fikir pula" kutuk Nathan dengan terang-terangan, dia mencuit pinggang gadis itu dengan geram.

Cebikkan kecil terbit di bibir Mawar, tidak suka apabila dipermainkan seperti ini.

"Awak suka main kotor kan?" Balasnya dengan nada rajuk.

"Kotor celah mananya?" Soal Nathan semula.

"I played with you using words, but you used dirty ways to respond me with a touch. Thats not fair"  bisik Mawar, tidak berpuas hati.

Nathan tersenyum sinis, smirk.

"Then, play with me using this.." tangan Nathan naik mengusap lengan gadis itu sebelum turun ke jari manis yang tersarung cincin nikah itu.

"Not this"

"Aww!" serentak itu bibir Mawar dijentik lembut. Becok.

"Dari sini, your action lagi berbaloi dari mulut" kutuk Nathan.

"Apa pula, saya--"

"Aip aip. Sebab apa? Kadang mulut kau pun balas tak serupa bikin, merapu" sambung Nathan lagi. Jelas. Nyata. Terang lagi bersuluh.

Wajah Mawar bertukar riak, menyampah. Boleh tak aku tambah satu lagi fail kes atas meja ni? Cubaan membunuh Reidht Nathan.

"Awak pun dua kali lima--"

"Lima belas!" Ya Allah, sakitnya hati aku.

Mawar menarik nafas dengan dalam, cuba menahan rasa ingin menampar lelaki itu.

"Iya, lima belas. Bukan dua puluh satu" perli Mawar kembali.

"Kan" Reidht Nathan ni! Sksbevhwnjabey.

Mawar melemparkan senyuman badut, aku pasrah.

Ketukan di pintu menghentikan suasana romantis bercampur bebal di antara mereka. Wajah Gween muncul disebalik pintu.

"Mawar, you left your phone on the table" ujar Gween sambil menggoyangkan telefon di tangannya.

Tatkala itu Mawar meraba poketnya. Eh kejap, bukankah telefonnya sudah habis bateri?.

"Tapi, telefon aku habis bateri" balas Mawar turut pelik.

"Wait, how can you say that is my phone?"  Pelik bin ajaib. Tiada angin tiada ribut, Gween mengatakan itu adalah telefonnya. Bagaimana pula?.

"Cause the lockscreen is your picture--"

"Uhukk-- apa tu-- ni, bagi aku tengok" sampuk Nathan tiba-tiba, dengan segera dia bangkit dari duduknya dan merampas telefon itu dari tangan Gween.

"Keluar keluar" tubuh Gween dihalau keluar dari pejabat.

Gween mencebikkan bibir, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih.

"Jom balik" ajak Nathan sambil berdeham kecil, dia mengusap belakang lehernya dengan kekok. Fail-fail di atas meja itu dikemas dengan kadar segera.

Senyuman lebar terukir di bibir Mawar tatkala melihat telinga yang bertukar kemerahan itu, now I know the secret.

"Mesti cantikkan wajah saya kat telefon awak" usik Mawar, suka.

Nathan berpura-pura tidak dengar.

"Nak tengok sikit"

"Ehem, dah lewat ni. Kita gerak dulu" deham Nathan sengaja. Ini semua Gween punya pasal, macam manalah aku boleh tak sedar telefon aku tak ada?.

"Omaigoat, you're so sweet. Ada juga rupanya kedudukan saya dalam telefon awak" usik Mawar sambil mendekati lelaki itu, dia tersengih-sengih di sisi suaminya.

"Bisinglah kau ni, diam sikit boleh? Aku sumbat dalam penjara baru tahu" eleh eleh, nak jadi garang konon. Eleh.

"Alaa, nak marah pula" Mawar mencuit lengan lelaki itu dengan jari telunjuknya, dia menekan-nekannya beberapa kali.

"Tapikan" henti Mawar tiba-tiba.

Nathan mengendahkan isterinya, walhal segan ingin memandangkan wajah itu. Itulah, bila dah kena dekat batang hidung sendiri baru nak menyesal.

"Kalau.." Nathan terkedu tatkala terasa satu tangan halus yang melingkar naik ke dadanya.

"Dekat sini, ada saya juga tak?" Bisik Mawar sambil menepuk dada suaminya beberapa kali sebelum melekapkan tangannya di situ.

Senyumannya terukir tatkala merasai degupan jantung yang bertukar laju itu. Pandai pula malu.

"Find it yourself, then" Mawar tergamam ketika Nathan merapatkan kedudukan mereka, tubuhnya melekap rapat di dada lelaki itu.

"When you got the answers, tell me with same method that you used to find it"  bisik Nathan rapat di telinga isterinya.

Degupan jantung Mawar semakin berubah tatkala merasai tangan kasar itu mulai menjalar naik di belakang tubuhnya.

"You can start now"

Alluakhbar, terus luluh hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience