•bab 37•

Romance Series 12832

          MAWAR MELANGKAH turun ke bawah sambil membetulkan pakaiannya, baru sahaja selepas mandi. Dia tersenyum lebar memandang Ibu Ayana yang sedang menyediakan sarapan.

"Wahai emakku" panggilnya, mengusik.

Ibu Ayana hanya tersenyum kecil, bangun dah bini orang.

"Iya, bini orang. Suami awak dah makan belum?" Soalan Ibu Ayana itu mengundang sengihan tidak bersalah di bibirnya, ibu ni suka attack aku pasal Nathan tau.

"Err, dah?" Balasnya teragak-agak.

"Belum!" Mawar terhenjat tatkala mendengar nada tinggi ibunya itu. Amboi, bukan main gangster lagi Si Ayana ni.

"Awww, ganas" usiknya.

"Mawar dah jadi isteri kan, ibu dah pesan--" Mawar memejamkan matanya mendengar bebelan ibu itu, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Ibu ni memang, gaya tegur macam aku campak laki aku dalam parti asuhan.

"Kan dah tanggungjawab adik untuk jaga makan minum dia.."

Aduhai, tak habis lagi. Keluhan berat dilepaskan.

"Senang je nak masuk syurga kalau jaga hati suami.."

Ya Allah, ibu. Menduga jiwa dan raga betullah, jika bercakap soal menantu kesayangan dia tu.

"Adik kan dah layak jadi isteri, jadi-- adik!" Satu cubitan kuat di lengan menyedarkannya, Mawar menjerit kesakitan. Spontan matanya terbuka luas, pedih!.

"Suka buat tak tahu bila ibu nasihat tau" tegur Ibu Ayana dalam nada tegas, susah benar ada anak dara yang jenis menggunakan otak sampai dua hingga tiga ni. Tiga suku sungguh.

"Adik dengarlah, ibu" balasnya sambil lewa, walhal dengar mana yang sempat masuk sahaja.

"Dengar aja, tak amalkan pun" amboi, bukan main ya menikam anak sendiri.

"Ibu ni, sejak ada menantu bukan main lagi tau. Itulah, adik suruh kahwin dengan Nathan dulu-- ARGH!" Jeritan kesakitan memenuhi ruangan dapur itu tatkala perutnya dipulas kuat, dia mendesis pedih.

"Cakap lagi, cakap. Ini ikut mulut siapalah ni? Macam tak pergi sekolah" perli Ibu Ayana, geram. Selamba badak sahaja mulut tu nak berkata pun, langsung tak pandang orang.

"Selalu macam ni.." rajuk Mawar, dia mengusap perutnya dengan kesedihan.

"Pergi panggil suami kamu sana" nampak? End up dia Nathan juga.

"Masalahnya, mana dia?" Soalnya mencari.  Semasa dia bangkit dari tidur lagi wajah lelaki itu tidak kelihatan, kalau tidak pagi-pagi lagi sudah menerjahnya di katil.

"Ada kat halaman" serentak itu Mawar melangkah ke halaman rumah.

"Mana?" Matanya diperhatikan di sekeliling.

"Dekat garaj-- what?!" Jeritnya tatkala melihat tubuh sasa yang sedang melakukan push up di halaman rumah itu.

Push up itu, tiada masalah pun. Cuma--

"Kenapa dengan kamu ni? Menjerit aja kerja" tegur Ibu Ayana sebaik sahaja melangkah ke ruang tamu, tidak terkejut dek jeritan anaknya itu. Macam akademi fantasia.

"Ibu!" Jerit Mawar.

Ya Allah, anakku. "Kenapa kamu-- oh" akhirnya Ibu Ayana terangguk tatkala melihat puncanya. Alahai, propa betul anak dara ni.

"Biarlah, nothing wrong pun" Mawar ternganga mendengar kata-kata itu. .

Nothing wrong?!.

"Ibu! He's shirtless!" Lah! Itu rupanya perkara yang dikejutkan sangat tu, marah suami dia tidak berbaju.

Ibu Ayana tergelak kecil. "Tak apalah, dia bersenam. Bukannya tayang badan dia" gelaknya lagi. Kelakar melihat wajah masam anaknya itu.

Mawar mencebik, tidak suka.
"Kan dekat halaman tu, nanti jiran tengok" rungutnya.

"Ibu tak nampak.. oh, ada kat situ" ujar Ibu Ayana tatkala melihat sekumpulan anak dara yang sedang menongkat dagu di tingkap, anak perempuan jiran sebelah. Alahai, tiga orang je.

Wajah Mawar semakin masam, ibu ni.

"Lah takpelah, diorang tengok--"

"Ibu tak nampakkah? diorang angkat telefon tu ha" Mawar menunjuk ke arah telefon di tangan mereka, gayanya seakan-akan sedang menangkap gambar.

"Takpe, Nanti kalau tersebar boleh si Nathan tu jadi model. Badan dia pun lawa" eh! Bukan main lagi memuji badan menantu dia. Geram tau dengan ibu ni. Dia bukan hendak membantah, malah lagi banyak menyokong pula.

Mawar melihat tubuh terdedah suaminya yang sedang melakukan push-up, dia pun mentang badan lawa bukan main lagi nak kongsi dengan jiran. Fikir baguslah?.

Belakang tubuh itu pun sudah menarik, lagikah depan pula kan?. Erm.

"Dah, jangan nak muncung sangat. Pergi panggil suami kamu makan" bahu anaknya itu diusap lembut, memujuk. Dah kita tambah panas tadi, tiba masa memujuk pula lah.

"Ibu panggillah, adik kenyang" malas mahu berkawan dengan ibu, geng Nathan. Puih!.

Baru sahaja selangkah dia melangkah--

"Nathan! Ni Mawar nak ajak kamu makan" what?! Apa ibu ni!.

"Mana ada!" Sudahnya dia terngadah tatkala lelaki itu menghentikan kerjanya, terhenti sudah tubuh menarik yang melakukan push-up itu.

"Baik, Ibu. Nanti Nathan datang"

Ibu Ayana tersengih memandang wajah geram anaknya, padan muka. Malu tapi mahu, macam zaman retro benar. Kalau mahu, kejar sahajalah. Lagi-lagi suami.

"Ibu nak pergi dapur, adios" dia meninggalkan anak perempuannya bersama lambaian mengejek, suka melihat wajah tidak puas hati itu.

Akhirnya Mawar terkaku sendiri di tempatnya, masih lagi tidak percaya dengan pengkhianatan ibunya sendiri.

Mawar terpegun sendirian tatkala melihat tubuh sasa yang berpeluh itu melangkah ke arahnya, roti lapan. Erm, menyampah.

"Morning, baby" ayat wajib Nathan setiap pagi, tiap kali melihatnya.

Tapi aku dah tak terpikat. Haktuih!.

"Erm, seronok workout?" Soalnya, memerli.

"Of course, you should join me" aku? workout? Memang tidaklah!. Lagi-lagi tatkala mengenangkan beberapa orang anak dara yang bersidai di jendela tadi, makin panas sahaja.

"Malas ah, badan saya dah lawa" pujinya riak, walhal mahu menutup rasa sakit hati.

"Yah, I admit that. You had a very nice body" pft! Bukan ini yang aku nak dengar!. Si Nathan ni!.

Mawar menjeling sekilas, malu.

"Boleh ambilkan tuala? Badan ni dah melekit" pinta Nathan, terasa berlengas pula. Memandangkan sudah lama dia melakukan senaman, hampir 3 jam di halaman. Kerana itu dia membuka bajunya, tidak selesa.

"Ambil sendiri"

Dahi Nathan berkerut tatkala mendengar balasan itu. Aik, macam marah ni kenapa?.

"Tolonglah ambilkan, dengan air sekali. Haus pula" pintanya lagi, walaupun agak keliru dengan tindakan Mawar yang seakan-akan mahu tidak mahu sahaja melayannya. Marahkan apa ni?.

"Pergi minta dekat rumah sebelah" huh? Rumah sebelah?. 

Serentak itu Nathan menoleh kebelakang sebelum tawa kecil terletus di bibirnya. Patutlah marah sungguh! Ada orang usha suami dia!. Masih jelas lagi di penglihatan mereka 3 orang anak dara itu di tingkap. Aduhai, kelakar.

"Kenapa pergi sana pula? Rumah saya dekat sini" balasnya, sengaja ingin menyakitkan hati.

Mawar mengecilkan matanya, mencabar sungguh.

"Pergi jelah dekat sana" rajuk Mawar, nadanya mulai berjauh hati.

Nathan tergelak besar, pandai pula cemburu. Ingatkan tak peduli.

Wajahnya semakin masam mendengar tawa suaminya itu, langsung tidak mengendahkan perasaannya.

"Tolong ambilkan, baby. Badan abang dah melekit"

Hah! Mulalah tu, mahu mengayat!.

Berdebar, erm.

"Masuklah" akhirnya Mawar mengalah.  Cemburu tidak cemburu, yang penting aku dah dapat.

"Dengan air tau, tekak abang dah kering" pintanya lagi, tidak tahan pula dengan anak tekak yang mencucuk-cucuk. Haus benar.

"Iya, pergi pakai baju" sempat Mawar menyelitkan arahan, nak aja aku korek biji mata anak dara jiran sebelah ni. Tidak habis-habis ingin mengintai.

"Ha, duduk dalam. Tak payah sibuk nak workout kat luar" selit Mawar lagi, geram melihat leher panjang di rumah sebelah yang terintai-intai.

Kening Nathan terjongket sebelah, wah dah pandai mengarah laki dia.

"Erm, nope. Abang nak minum dekat luar. I'ill wait outside--"

"No!" Pintas Mawar laju. Sengaja nak menyakitkan hati aku.

"Eleh, nak minum je pun" cebik Nathan, bukan senang tau nak hirup udara segar pagi-pagi seperti ini.

"Tetap tak boleh, minum dekat dalam. Makan sarapan sekali, nanti ibu kata saya tak pandai jaga suami pula" jika berhari-hari dia di sini, alamatnya memang sampai ke sudahlah Ibu Ayana akan membangkitkan soal Nathan. Sayang sungguh dengan menantu dia.

Nathan tersengih.

"Tak. Mahu" lawannya bersama senyuman nakal.

Mata Mawar mulai mengecil, menguji kesabaran betul.

"Tak mahu sudah" balasnya malas.

"Okay, abang duduk luar--"

"Duduk dalamlah!" Bantah Mawar segera, nak aja dia piat telinga suaminya itu. Degil. Suka sangat tengok aku sakit hati.

Nathan tersenyum lebar, ini yang dia mahukan. Rasa sayang yang melimpah ruah sehingga ke lautan Atlantik--uhuk.

"Okay, baby" Mawar tersenyum, dengar kata pun laki aku ni.

"Abang nak duduk luar" senyuman Mawar mati, Astaghfirullahalazim. Berilah kesabaran kepada hambamu ini Ya Allah.

"Boleh, tapi pakai lah baju tu!. Orang tak halanglah kalau awak nak duduk luar berbaju, ini tidak semua benda nak tayang" marah Mawar, melepaskan geramnya. Dia bercekak pinggang melihat wajah tiada riak suaminya itu, sengaja lah tu!.

"Tidak. Mahu" Ya Allah, betapa mencabarnya Reidht Nathan ni.

"Ikut abanglah, orang tegur tak nak dengar"  balas Mawar sedikit berjauh hati. Ha, pi tayang badan dekat luar sana.

"Ha, kan senang cakap macam tu" ujar Nathan tiba-tiba.

Mawar menayangkan riak keliru.

"Daripada tadi duk 'awak-awak'. Kan manis bila panggil abang ni 'abang'. Sangat romantik tu, baby" serentak itu Mawar ternganga, sebab itu je dia dok melawan aku daripada tadi? Bukan main kurang asam dengan perangai gatal dia nak ber'abang' tu, Allahuakbar.

"Sebab 'abang' tu je?" Nathan mengangguk.

"Ya Allah, Reidht Nathan. Dahlah, pergi pakai baju sana" tidak sedar pula dengan tubuh suaminya yang  terdedah dari tadi, sesak betul nafas memandang roti lapan yang terpampang penuh tu. Seksi.

"Pakaikanlah" ha, mulalah tu mahu mengada-ngada.

"Pakai sendiri, ada tangan" elak Mawar. Dia fikir aku boleh bernafas kah pakaikan baju dia dalam keadaan seperti ini?.

Saat itu tangan Nathan bergerak ke arah seluar pendeknya, dia menurunkannya sedikit.

"Hey! Apa abang buat ni?!" Tegur Mawar, terkejut. Segera dia menahan lengan suaminya itu, seluar itu pula sudah terselak hampir menampakkan pinggang suaminya itu. 

"Pakaikan baju, abang. Kalau tidak, abang buka seluar" Lailahaillallah, sejak bila pandai buat onar ni?. Bukan main tidak senonoh lagi perangainya.

"Abang buang tebiatkah?!" Geramnya aku.

"Pakaikan, atau abang.." Nathan memegang semula seluarnya, mengugut.

"Eee! Iyalah orang pakaikan, bak sini baju tu" balasnya mengalah, redha benar memiliki suami seperti ini. Selama ini dia pernah melihat tubuh lelaki itu sahaja, agaknya boleh pengsan kut jika Nathan membuat perangai seperti tadi.

Nathan tersenyum, excited. Bini nak pakaikan baju kita, kau hado?.

Mawar menyambut huluran baju itu dengan pasrah sebelum berdiri kaku ditempatnya.

"Yang berdiri jauh sangat tu kenapa? Dekatlah sikit" ajak Nathan, membuat isyarat mendekat.

Mawar terkaku sementara di tempatnya, berfikir. Jika dia jauh, bagaimana mahu memakaikan baju suaminya? Jika dekat pula, aduhai lagi tidak boleh menggunakan otak.

"Macam biasa. Kalau kau tak dekat, aku yang akan pergi sana" wait wait, bagi saya masa untuk berfikir. Pilihan ini sangat sukar, saya perlukan bantuan.

Nathan melangkah setapak ke hadapan.

"Kejap! Bagi Mawar fikir" balas Mawar tergesa-gesa.

Dahi Nathan mulai berkerut kecil, mahu fikir apanya?.

"It's nothing to think" balas Nathan, menjengkelkan. Mahu dekat dengan suami pun perlu berfikir, apa otaknya tertinggal dekat landasan kereta apikah?.

"Mawar--"

"Lambat" Nathan memeluk pinggangnya isterinya dengan erat, one of the important things to do.

"Ab-abangg"

"You know what? It makes me excited all the time when those lips, called me 'abang" tangannya bermain lembut dengan rambut isterinya, rambut Mawar adalah salah satu perkara yang dia paling sukai. Beautiful curly hair.

Mawar menggigit bibirnya, malu. Tergamam. Terkejut. Terkedu. Terkaku. His words always make me feel this way, it's  pounding very hard.

"Boleh pakaikan sekarang" suara itu memecahkan rasa terkejutnya, dia berdeham kecil.

Segera Mawar mengangkat baju itu--

"Ops" Nathan menahan tangan isterinya, dia tersenyum sinis. "Sabar dulu" ujarnya tiba-tiba.

"Tadi kata nak pakai baju" ada juga yang aku back hand  karang.

"Belum" kening Mawar terjongket sebelah, bertanya.

Ketika itu dia nafasnya mulai bertukar sesak tatkala tubuh mereka bertaut rapat, dia cuba mengawal nafas yang kian hilang.

"Where is my morning kiss?" Soalnya nakal.

Mawar terkebil-kebil, dia minta apa tadi? Mancis?.

"I want it here" Nathan membasahkan bibir atasnya.

Mawar tergamam. Berdebar!.

"Faster" laju Mawar menundukkan kepalanya, tidak sedar dengan dahi yang terhentak kemas di dada suaminya. Dia kaku.

"Awww. Nak rasa degup jantung abangkah, baby?"

Ya Allah! Kuatkanlah hambamu ini!.

"How is it? as fast as your heartbeat?" Usik Nathan, sengaja dia mengusik telinga isterinya.

Mawar mengelak menyorokkan telinganya, segan tatkala diperlakukan seperti itu. Oh god, peluh dia pun bau wangi.

Hey, wake up!.

"Nahlah pakai sendiri!" Dia mencampak baju itu ke arah suaminya lalu dengan pantas melarikan diri ke dapur. Nak pergi pada ibu!. Nak ngadu!.

Walaupun ibu selalu back up menantu dia, tapi nak pergi juga!.

Nathan tertawa besar, tahu pula nak lari. Tadi bukan main garang.

Dia memulakan langkah ke dapur sebelum langkahnya tiba-tiba terhenti, dahinya berkerut memandang ke arah tubuh Mawar yang mendekatinya. Aik? Tadi dah masuk dapur.

"Ibu panggil makan" balas wanita itu dengan nada merajuk. Kena marahlah tu! Hahahaha.

"Kena marahlah tu?" Usiknya.

Mawar menjeling kecil, geram. Sukalah tu ibu selalu back up dia, dia yang berlari ke dapur tadi pula yang ditegur habis-habisan. Habis kena ceramah tak bertauliah ibu Ayana, dari tadi lagi. Erm.

"Siapa suruh tak nak bawa abang" usik Nathan lagi.

Cebikkan kecil muncul dibibir isterinya, dia mencubit geram.

"Tsk"

"Ni ha, abang tak pakai lagi" Nathan mengangkat bajunya di tangan sebelum menggoyang-goyangkannya dihadapan Mawar.

Wanita itu hanya memandangnya tanpa riak, langsung tidak ada rasa ingin mengambilnya.

"Pakai!" Akhirnya Nathan menyarung baju itu dikepala isterinya, ha biar macam penanggal kepala je pakai. Nak mengada-ngada pun tak boleh.

"Arghhh!" Jeritan Mawar memenuhi ruang tamu, dia menanggalkan baju itu semula.  Tidak suka, namun bau baju itu wangi. Huhu.

"Hey" mulut itu ditekup dengan tangan, tubuh Mawar ditolak lembut sehingga bersandar di dinding.

Allahu. Jantungnya hampir tercabut tatkala merasai pegangan lelaki itu di pinggangnya, mengusap sayang naik sehingga ke belakang pinggang.

"Abang tak tahan, abang nak" ha? Mawar terkebil-kebil memandang suaminya.

Serentak itu bibirnya terasa dicium lembut, beberapa saat sebelum terasa kepala lelaki itu menekan lembut bibir mereka.

Mata Mawar membulat besar, terkejut!. 

Nathan melepaskan pautan bibir mereka, dia tersenyum sinis tatkala tubuh itu kaku ditempatnya.

"I love this soft lips" Mawar menahan debarannya tatkala ibu jari lelaki itu naik mengusap bibirnya sebelum jari itu terhenti di bibir bawahnya.

"Huh" that smirk!.

"Mawar.." bisikan lelaki itu membuat Mawar memejamkan matanya, tidak sanggup mendengar suara lembut yang seakan-akan bermain di halwa telinga itu. 

"Tell ibu, we're full. Then, let's go upstair"

Tt-that voice.

Hati hampir melompat keluar tatkala jari suaminya yang berada di bibir itu perlahan-lahan turun ke bawah, jari telunjuk itu menyentuh halus lehernya.

"You have to prepare me, before I go to work"

Rambut yang menutup bahu itu diselak perlahan ke belakang sebelum jari lelaki itu  menyentuh lembut lekuk bahunya. Mawar menelan liurnya, pahit. Mata masih terpejam debar, tidak sanggup memandang wajah suaminya.

"Or I san say. Manage me, personally"

Mata yang terpejam itu terbuka luas. Ya Allah, hampir pengsan aku!.

            NUKHAIL melangkah masuk ke dalam bilik mewah itu bersama beberapa fail di tangan. Dia menghela nafas kecil tatkala melihat satu tubuh di sisi meja kaca, Wayith.

"Mana kau semalam?" Langkahnya terhenti. Oh, lelaki itu sedar dengan kehadirannya.

"Balai" balasnya ringkas.

"Are you trying to be fuc*ing stupid? " Wah, kasar. Marah sungguh nampaknya.

"Aku memang kat balai, kalau itu jawapan jujur yang kau nak" sempat Nukhail memerli dihujung ayat.

Wajah Wayith bertukar tegas. "Don't play with me, idiot" balasnya kasar.

Nukhail tersenyum sinis. "Marah sangat--"

"Tempat aku kena cekup, sial. 576 of my men got caught in that stupid raid" bibirnya diketap, baran. Apa guna berada di balai tetapi satu akal pun tidak boleh diguna pakai? Lembab.

Namun kata-kata itu tidak mengubah riak wajah Nukhail, lelaki itu masih santai seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Thats normal" Fu*k. Wayith melangkah ke arah lelaki itu dengan perlahan, bahu Nukhail ditepuk dengan rasa sakti hati yang mulai bersisa.

"Kau nak aku bagitahu sesuatu? Yang boleh buat kau sedar diri, kenapa kau ada dengan aku sampai sekarang?" Bisik Wayith, sinis.

Ketika itu Nukhail menghembuskan nafasnya berat, ugut ugut dan ugut. Jika perkara ini tidak melibatkan nyawa, sudah lama dia mengundurkan diri.

"Iya, aku ada dekat balai. Tetapi serbuan yang berlaku semalam langsung tiada kena mengena dengan aku, serbuan tu berlaku secara mendadak" akhirnya Nukhail membuka cerita. Jujur, sebarang maklumat mahupun arahan langsung tidak terlintas di pendengarannya. Apa yang dia tahu, kawasan mereka telah diserbu.

"Where are you then?" Soalan itu berada di hujung pangkalnya, tiada jawapan.

"You ask me, about Bunga Mawar Maylea. His wife, i'm trying to get the file for her cases"  jawapan itu mengundang senyuman sinis di bibir Wayith, that girl.

"Actually, why do you want her?" Soal Nukhail, keliru. Mangsa penangkapan yang sebelum ini tidak pernah dikejar sekerap ini oleh lelaki itu, jika salah seorang wanita tidak dapat ditangkap ia akan dibiarkan serta merta. Namun Mawar, hampir 3 kali terlepas dan Wayith masih mahukannya.

"Something special" balasnya, penuh makna. Kalau tidak, buang masa sahaja dia mengejar sejauh ini.

"Aku tahu dia isteri Nathan. Apa yang aku boleh kata, kalau kau nak Nathan then just take him. His wife have nothing to do with this" walaupun dia tahu kata-kata yang disampaikan ini langsung tidak akan memberi kesan, namun dia tetap memberitahunya.

Sepanjang bekerja dengan lelaki bernama Reidht Nathan, sedikit sebanyak dia sudah merasai aura lelaki itu. Strong and capable. Reidht Nathan is the definition of the split personality.

"Apa yang kau takutkan?" Soal Wayith, lebih kepada menyindir.

"Aku tahu tentang kau dengan Reidht Nahdan" kata-kata itu menjerat bibir Wayith, dia terdiam. One of the biggest name that destroy his life.

Dia tergelak sinis, tidak termakan dengan ayat itu walaupun hatinya seolah-olah tersentak sendiri.

"Sama seperti apa yang kau pernah buat pada ayah dia, tak mungkin Nathan tak akan buat perkara yang sama" ujar Nukhail, perkara ini juga diketahui melalui hasil siasatannya sendirian. Selain hal jenayah yang lain, ayah Nathan juga menjadi punca kejatuhan terbesar Wayith.

"I'm not afraid. Nathan we're very easy for me" riak Wayith, Nathan bukan tandingannya.

"That completely wrong, if Reidht Nahdan dah cukup kuat untuk kau. Berkemungkinan Nathan adalah 3 kali lebih kuat dari ayah dia, I've seen it all. Nathan bukan lelaki biasa" dia sudah melihat segalanya. Dari setiap kes, jenayah, serbuan dan tangkapan yang mereka lakukan menjelaskan identiti Nathan yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi mengenai serangan yang berlaku di Istana Versailles, lelaki itu mengatur segalanya dengan sempurna.

"Apa yang kau tahu sangat tentang Nathan? Sedangkan kau sendiri nampak betapa lemahnya dia semasa kematian ayah dia dulu, kau tak perlu nak--"

"That incident made him strong, or I can say even stronger. Sedangkan aku pernah berkhidmat untuk kau dari kedatangan Reidht Nahdan lagi, macam mana pula aku tak boleh lihat kekuatan anak dia?" Potong Nukhail, sudah lebih dari cukup untuk menghentikan kata-kata Wayith.

Baginya, Ayah Nathan adalah lelaki yang paling kuat dia pernah lihat. Namun semenjak berkhidmat di bawah lelaki itu, Nathan seolah-olah melampaui seluruh jangkaannya. That guy was completely different, in every side.

"Perkara tu tetap tak akan mengubah apa-apa, Nathan is still Nathan. Weak" sinis sahaja nada Wayith menindas. Langsung tidak gentar dan takut. Like, seberapa kuat Reidht Nathan itu?. Kata-kata Nukhail itu langsung tidak menggentarkannya.

"Try him, then. Words can beat the action. But in your case, try to beat him by yourself" Cabar Nukhail, dia cukup hadam dengan sikap lelaki itu. Bercakap dengan bangga, namun tidak pernah merasainya sendiri. Lelaki itu lebih suka bermain dengan akal fikiran berbanding kekuatan.

Wayith tergelak besar, sombong!. "Kenapa aku perlu kotorkan tangan aku? Sedangkan anak-anak buah aku ada" kali ini bibir Nukhail mencetuskan tawa kecil, sinis. Sangat sinis.

"Thats the problem. Kau nak tunggu anak buah kau mati sebelum kau nak bertindak sendiri?" Perli Nukhail bersama riak wajah yang mendatar, tidak suka dengan perspektif Wayith yang mengharapkan anak buah yang yang tidak berotak dan lembik. Bila dah kalah, pandai pula menyalahkannya. Sedangkan, anak buah dia semua lembab.

"Huh, selagi ada guna. Kalau mati, cari yang baru. Senang" kata-kata itu membuat Nukhail mengangguk di tempatnya.

"Jadi, kau penakut" tawa Nukhail, menyindir.

Wajah Wayith berubah tegang, tidak suka dengan perkataan itu. Penakut.

"Penakut dan berjaga-jaga, lain" betulnya semula, tidak suka dikatakan penakut di dalam keadaan dia mempertahan diri.

"Just one thing. Kalau kau berhadapan dengan Nathan, make sure kau ada lebih dari 300+ orang untuk dibawa berjumpa. Hanya untuk berjumpa" ayat itu mengundang kerutan kecil di dahi Wayith, apa yang budak ni cuba sampaikan?.

"Kenapa? Tentera dia ramai--"

"He can beat all of the 200+ people by himself, alone"  jika hendak difikirkan melalui akal fikiran memang buntu, namun kekuatan Nathan sangat melangkaui jangkaannya. Memang lelaki itu nampak santai, tetapi that normal person will change by himself.

"Engkau tak bagitahu aku tentang princess story, right? Thats ridiculous" sindir Wayith, dia yakin Nathan tidak sekuat itu. Nukhail hanya sengaja mahu menakut-nakutkannya je.

"Macam aku bagitahu, Nathan is three times stronger than his father, or you can say more than that" ujar Nukhail, dia menghembuskan nafas lelah. Tidak tahu dengan cara apa lagi untuk meyakinkan Wayith.

"Just one thing, jangan buat perkara yang boleh memudaratkan diri kau sendiri" sambung Nukhail lagi, memberi amaran. Mahu atau tidak mahu mendengarnya, itulah adalah terpulang kepada Wayith. Dia hanya memberitahunya.

Kening Wayith terjongket sebelah, memudaratkan diri sendiri?. Dia lebih daripada layak untuk menyelamatkan diri sendiri, malah orang lain yang akan menjadi mangsa di atas kesalahan diri sendiri.

"Apa lagi ni? Snow white story?" Sindir Wayith lagi.

Nukhail tergelak sinis. "Aku cuma bagitahu" balasnya ringkas.

"Tapi, andai kata kau buat sesuatu perkara yang lebih dari mencabar Nathan. Aku tak ada pertolongan lain yang boleh diberi melainkan dengan tanggungan kau sendiri, You succeed to raise the other side of him" ayat terakhir itu menangkap perhatian Wayith, other side?.

"Apa maksud kau?" Kali ini kata-kata itu berjaya menarik perhatiannya.

"Berdasarkan pencarian aku, Reidht Nathan is stronger by himself. But, if the other side appear accidentaly, you will face the other Him. His dark side. Kekuatan sisi dia yang satu lagi melebihi kekuatan asal yang sepatutnya" menarik. Sangat menarik. Wayith terangguk kagum, namun dia tidak akan mempercayai perkara itu dengan mudahnya.

"Kalau kau cuba impress kan dia pada aku, iya kau berjaya. Tapi untuk percaya pada benda tu, impossible" dari sudut mana manusia seperti itu akan muncul di bumi ini? Mustahil, sangat sangat mustahil. Dia tahu Nukhail hanya mahu merendahkan dan menakutkannya, cerita rekaan yang tidak masuk akal.

"Aku bagitahu bukan untuk buat kau percaya, aku cuma nasihatkan sahaja. I already had his medical report about the other side of him. Full and completed" ujar Nukhail sambil memberi fail ditangannya. Dia sudah lebih dari berminat untuk menyiasat sendiri identiti Reidht Nathan, lelaki itu terlalu melebihi jangkaannya. Kerana perwatakan Nathan tidak seperti apa yang dia cari, ada ciri yang terselit namun berbeza.

Wayith terdiam, tidak ada sebarang kata-kata yang mampu dibalas. Iya, dia terkesima, laporan di tangan itu sungguh lengkap dan padat. Yup, Nathan is different.

"Okay, aku balik dulu. I've told you everything, so beware by yourself" ujarnya Nukhail sebelum melangkah keluar, meninggalkan Wayith yang terkedu sendirian. Kerjanya sudah selesai, percaya ataupun tidak itu adalah kemahuan lelaki itu sendiri.

My work is done.

          "YA ALLAH, lenguhnya badan aku" Mawar menghempaskan tubuhnya di sofa, dia menarik nafas melepaskan lelah. Letih.

Dia membuka tudung sebelum meletaknya di kepala sofa. Getah rambutnya dibuka, rambut panjangnya terurai alun sehingga ke pinggang.

Dia dan Nathan terus berangkat ke kerja selepas bermalam di rumah Ibu Ayana selama sehari dan terus pulang ke rumah sebaik sahaja selesai kerja. Dan sekarang, jam menunjukkan pukul 6 petang, waktu kerjanya habis lewat pada hari ini dek melayan karenah pelanggan yang cerewet.

"Eh" dia tersedar sesuatu, matanya memandang di sekeliling ruang tamu. Where is Nathan? Sepatutnya suaminya itu sudah berada di rumah, memandang lelaki itu akan pulang awal pada hari ini. Sudah berkahwinkan, balai bagi can.

"Overtime lah tu" gumamnya, dia bangkit dari baringannya. Mahu ke dapur, haus.

Dia mencapai beg tangan ingin mengeluarkan telefon sebelum gincunya terjatuh. Ala nantilah ambil, dia membaca mesej yang masuk.

I'm on the way, baby.

Si Nathan ni, otw oi jamban. Dahlah, geram aku. Dia membalas sambil melangkah sebelum tersepak gincunya jauh ke luar.

"Ya Allah, masa ni lah nak berlari pun" Mawar mencampak telefonnya ke sofa sebelum berlari mengejar gincunya yang bergolek itu.

"Anak Harun, kat sini juga kau nak landing" dia mengambil gincu itu di sisi kolam.

Erm. Besar kolam ni, tidak sedar pula dengan kewujudan lopak air ini.

"Macam datin datin ya" riaknya sebelum berjalan di disekeliling kolam itu.

"Bibik, water please" tawa Mawar sendirian, acah mak tiri kejap.

Entah di mana silapnya dia tergelincir semasa melangkah sebelum terjatuh ke dalam kolam sepenuhnya.

"Uhuk" dia tersedak di permukaan air. Hidungnya kemerahan akibat dimasuki air, pening.

Dengan segera Mawar berenang ke sisi kolam sebelum tindakannya terhenti, terkebil-kebil dia memandang tubuh sasa yang berdiri di sisi kolam itu. Dia tersengih di tengah kolam.

Nathan.

"Are you swimming?" Soal lelaki itu, berkerut.

"Erm, haah. Saja" jap, bila laki ni balik?. On the way ke pintu rumah ke apa?.

"Dengan baju tu lagi?" Nathan menunjuk ke seluruh tubuh isterinya, aku tak adalah bodoh sangat sampai tak boleh berfikir.

Iya erk. Mawar tersenyum malu. "Terjatuh" balasnya pendek, habis kedut baju aku. Jatuh saham.

"Okay" ha kalau okay tu berambuslah, orang nak keluar. Ingat berani sangatkah nak keluar dengan baju yang melekat sepenuhnya di tubuh? Terserlah body gojes aku.

Mawar terkaku tatkala melihat lelaki itu mula menanggalkan tali leher hitamnya.

"What are you.. ha?" Soalnya agak bergetar, entah mengapa hatinya tiba-tiba berdentum dengan hebat.

"Swim with you" ap--apa.. what?.

No. No.

Dia menelan liurnya tatkala Nathan membuka satu persatu butang kemeja putih yang tersarung di tubuh, lemah nafasnya melihat dada bidang yang mulai kelihatan itu.

"Say-saya tak mandi, saya nak nna--naik" getarnya, berdebar. Nervous. Seolah-olah hampir tenggelam di dasar kolam itu.

Langkah yang hendak diatur terhenti apabila suaminya itu menanggalkan baju kemejanya. Alluakhbar, dia terkesima melihat dada yang tidak tersarung sebarang pakaian itu. That eight pack always make me excited all the time.

"Ja--jangan!" Jeritnya tatkala Nathan mula memegang tali pinggang di seluarnya.

"And why is that?" Soalan lelaki itu membuatnya terkaku, he ask me why?. Are you serious?.

"Of course no!" Did he thinks that I can act like nothing happen when I see him without any clothes like that?!.

I can't even stay still. 

Sebelah kening Nathan terjongket nakal, I love to see that red face.

"You don't mind if I still go in the pool, right baby?"  Soalnya lembut, dia memberi senyuman segaris. Menggoda.

"Tt--takk, tapi--"

"Then, no excuses" bukan! Bukan itu maksud aku!.

"Tunggu saya naik dulu, jangan masuk" larang Mawar, segera dia berenang ke sisi kolam yang lain namun Nathan mengikuti langkahnya dari atas. Menghalang jalannya naik.

Otaks.

"Awak masuklah, saya tak nak" balasnya merayu, dia tahu apa yang akan jadi setiap kali berdua dengan suaminya. Nathan tak akan duduk diam, dan hatinya juga tak akan duduk diam. Melihat tubuh yang tidak berbaju itu pun sudah membuat jantungnya tidak tenteram.

"Tapi kau dah masuk, jadi apa salahnya berdua masuk" ha nampak tu, dia buat lawak bodoh dengan aku. Tak nak!.

"Masuklah" Mawar cuba memanjat di sisi kolam namun Nathan menghalangnya, lelaki itu berdiri dari atas.

Mawar mendongak bersama cebikkan, tolonglah lepaskan aku.

"Sekali" tegas Nathan, dia menayangkan senyuman nakal.

"Mandi jelah sorang!" Geram aku tau! Dia tak nampakkah aku dah macam cacing kepanasan ni? Aku tak rela.

"Kita tidur bersama, makan bersama, duduk bersama, jalan bersama dan semuanya bersama. Kalau boleh, mandi pun aku nak bersama. Now" ayat bersama itu seolah-olah kedengaran seram pula ditelinganya, lebih-lebih lagi yang akhir sekali.

"Kita bukan buat group assignment sampai nak buat semuanya bersama!" bantah Mawar.

"Marriage assignment" Allahu, sesak nafas aku.

"Saya tak--"

Serentak itu satu ombakkan kuat menerjah wajahnya, matanya terpejam erat. Aku dah agak!.

"Come here, baby" Mawar tergamam memandang wajah Nathan yang dibasahi air kolam itu, rambut yang dikuak ke belakang itu menyerlahkan wajah tampan suaminya. 

Aku. Nak. Naik.

Dengan segera Mawar memanjat tebing kolam itu sebelum kakinya ditarik dari bawah.

"Haaa Nathan!" Dia tenggelam semula ke dalam kolam.

"Degil. Aku dah kata mandi dengan aku" pantas Nathan memaut tubuh isterinya ke permukaan.

"Eee! Tt--takk nak!" Marah Mawar. Namun bibirnya yang ingin menjerit itu kembali terdiam tatkala tubuhnya menyentuh rapat dada suaminya yang tidak berbaju itu. Kedua-duanya tangannya terasa ingin tercabut memegang dada bidang itu.

"Aku nak. Ingat ea, kau kena taat pada suami" Ha ! Mulalah tu nak bangkitkan kuasa Avengers dia.

Mawar menggigit bibir bawahnya, geram.

"Allah kata, jangan taat kalau suami suruh buat perkara yang dosa" walaupun tak ada kena mengena, aku nak kata juga.

"Aku tak suruh kau mandi dalam kandang babi" auch, kasarnya ! Ingin sahaja dia menghentak kepalanya di tebing kolam, aku nak nangis. Hiks.

Dia memukal dada suaminya dengan geram, aduh terpegang dada sasa itu. Hehe.

"Janganlah Nathan" tegur Mawar tatkala lelaki itu membelakangkan tubuhnya, membuat dia turut terikut ke hadapan. Melagakan tubuh mereka berdua.

"Nathan!" Jerit satu suara.

Mereka terkedu.

"Bro! Lambatnya kau!" Marah suara itu pula.

Tawa Nathan terletus, bagaimanalah dia boleh terlupa?.

"Siapa--"

"Hujan" balasan itu membuat Mawar ternganga.

"Aku lupa aku datang dengan dia tadi" Astaghfirullahalazim, suami aku ke ni?.

"Dahtu, awak biar je dia kat luar?" Soal Mawar.

Nathan mengangguk.

"Eh tak baiknya! Kesian dia tunggu kat luar!" Marah Mawar. Mana tidaknya, lelaki itu sudah bermain-main dengannya hampir setengah jam dan langsung tidak ingat dengan kehadiran sahabatnya itu. Dia yang bawa tau!.

"Manalah aku nak ingat. Masuk-masuk je nampak duyung tengah main dekat tengah kolam, aku datanglah. Menarik perhatian pula tu" balas Nathan. Kau dah tarik perhatian aku, lepastu kau salahkan aku sebab biarkan dia kat luar.

"Banyak cantik muka awak, dia tetamu tau patutnya awak jemput lah dia masuk" eh si bini ni, tidak kuasa dia mahu membelanja si Hujan tu. Mujur tak masuk, kalau masuk tidakkah dia akan nampak tubuh Mawar yang bermain di dalam kolam itu.

"Abang tak ingat, baby" bisik Nathan, dia menyelit rambut rambut isterinya di belakang telinga. Cantik. Lebih-lebih lagi dengan keadaan rambutnya yang lembap ketika ini.

Mawar mengemam bibirnya, pandai pula ingin membuatnya diam.

Mereka mulai kelam kabut tatkala pintu utama dibuka, dengan segera Nathan menyandarkan isterinya di dinding kolam. Dia merendahkan wanita itu agar separas dadanya sebelum menongkat dagu di tebing kolam, sebelah tangannya memegang pinggang isterinya.

"Eh, mangkuk. Aku tunggu kau dekat depan-- asal kau boleh masuk kolam tu?" Ya Allah, patutlah aku tunggu tak keluar-keluar, tengah main lopak rupanya.

"Errr, terjatuh" balas Nathan, teragak-agak.

"Sempat pula kau buka baju sebelum terjatuh tu" Hujan menunjuk ke arah pakaian yang terletak elok di kerusi luar.

Nathan tersengih, bebal sekejap.

"Ke engkau.." Hujan melangkah ke arah kolam.

"Duduk situ!" Tahan Nathan, dia mengangkat tangannya ke hadapan menahan.

Tanpa sedar dadanya berlaga dengan dahi isterinya.

Mata Mawar terbuntang melihat dada sasa itu, hampir-hampir sahaja dia menciumnya.

Tindakan Hujan terhenti. "Yang engkau gelabah sangat kenapa? Kau buat apa?" Soalnya, curiga. Bukan main lagi menahan.

"Takde apa" jawab Nathan laju.

"Pft, tahu pula takut" bisik Mawar.

Dengan pantas Nathan menundukkan kepalanya, dia memandang isterinya bersama senyuman penuh makna.

"What did you say, kitten?" Nathan mendekatkan wajah mereka sehingga hidung mereka berlaga, dia tersenyum sinis memandang bibir yang dikemam itu. Menarik.

Mawar merendamkan tubuhnya sehingga ke paras leher, malu.

"Ha, entah benda tak senonoh apa yang kau buat tu?" Tuduh Hujan.

"Diamlah, ada Mawar ni" akhirnya Nathan membuka cerita, kelakar pula.

Tangannya melingkar naik ke belakang isterinya, dia tersenyum tatkala tubuh itu terenjat, terkejut.

"Ha, kan senang. Tengah buat something ke tu?" Soal Hujan tidak malu, muka tembok sungguh.

"Hampir buat. Tapi macam biasalah, kau selalu rosakkan moment aku" jujur Nathan. Ala memang betul pun, dari awal lagi suasana romantik aku diganggu dengan lelaki durjana ni.

Pap ! Terdengar bunyi pukulan di dadanya.

"Bunyi apa tu?" Soal Hujan, ingin tahu. Tiba-tiba sahaja.

"Mawar" balas Nathan, ringkas.

"Ha? Kat mana dia? Dia buat apa?" Eh menyebok pula si pinggan ni.

"Adalah sesuatu dia buat" senyuman Nathan itu mengundang siulan nakal dari Hujan.

"Bukan main ya kau, bro" usik Hujan sebelum tertawa besar. Gentleman lah Nathan!.

"Ish, janganlah bebal sangat. Cakaplah kat dia apa jadi!" Bisik Mawar dengan nada marah, tidak mahu mencipta salah faham.

"Bebal" ujar Nathan.

"What?" Hujan melahirkan riak keliru.

"Mawar suruh cakap"

"Eh! Saya suruh cakap lainkan!" Akhirnya terdengar suara Mawar yang menjerit di dalam kolam. Nathan tertawa kuat.

Hujan menggeleng kecil, laki bini dua-dua babun.

"Aku tunggu kat luar" ujar Hujan sebelum melangkah ke luar.

Nathan hanya memandang sehingga tubuh itu hilang dibalik pintu, dia menunduk memandang Mawar yang sedang bermain air.

"Abang naik dulu" ujarnya.

"Huh?" Terasa pipinya dicium lembut, Mawar terngadah.

Dia memandang tubuh Nathan yang melangkah keluar dari kolam, lelaki itu mencapai baju kemeja putihnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Dia tersenyum kecil memandang belakang tubuh yang sasa itu, menarik perhatian.

Tiba-tiba langkah suaminya terhenti.  Mawar terbatuk kecil, kantoi.

Nathan menoleh. "Wait me at the bed, baby" senyuman nakal mengiringi kata-kata lelaki itu sebelum menyambung langkahnya.

Mawar tergamam seketika sebelum merendamkan tubuhnya perlahan-perlahan ke dalam kolam.

Aku nak pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience