•bab 39•

Romance Series 12832

          "BABY" panggil Nathan sebaik sahaja melangkah ke bilik, keningnya terangkat sebelah tatkala tiada sebarang respon yang membalas panggilannya.

Dia melangkah ke arah katil. Ha, ada gula-gula busuk. Tubuh yang berbalut selimut itu dihampiri.

"Dah lewat pagi ni, abang nak pergi kerja" ujar Nathan sebaik sahaja melabuhkan duduk di sisi katil, tubuh yang berbalut itu diusap lembut.

Letih sungguh, lepas subuh tadi terus sahaja terlelap semula. Jika tidak, pagi-pagi lagi Mawar sudah berperang di bawah.

"Panasnya" gumamnya ketika menyentuh pipi gebu itu, lembap kehangatan.

"Baby demamkah? Sayang ada rasa menggigil tak?" Soalnya risau, tiba-tiba pula suhu isterinya naik pagi ini. Semalam okay sahaja.

Dia tersenyum nipis tatkala melihat gelengan kecil itu, masih boleh respond rupanya.

"Kalau macam tu aku biar jelah, nanti dah elok pandai-pandai jaga diri" balasnya selamba.

Ketika itu kedengaran suara kecil Mawar, memarahinya. Dia tertawa kuat.

"Ha, jujur. Orang tanya elok-elok, nak menipu" tawanya. Tahu pula nak marah, ingatkan rasa garang tu dah hilang dah.

"Mana ada orang tipu, betullah" gumam Mawar seakan-akan berbisik, letih.

"Ada terjun bangunan ke semalam? Telan water heather kah? Kau buat apa semalam sampai panas macam ni?" Soalan itu berjaya membuat wajah Mawar berona merah, dia menutup seluruh wajahnya menggunakan comforter. Malas mahu memandang wajah suaminya.

"Berambus" balasnya selamba.

"Salahkah soalan aku? Buat apa sampai demam ni?" Soal Nathan lagi, sengaja.

"Abanglah buat" gumam Mawar namun hanya samar-samar sahaja di pendengaran suaminya.

Dahi Nathan berkerut, apa dia kata?. "Makan ubat kuat?" Kalau tidak silap, itu yang dia dengar.

"Bukan!" Jeritan itu kedengaran kuat dibalik comforter. Semakin meletuskan tawa suaminya yang sedari tadi ditahan.

"Abang amik half day hari ni, makan dulu nanti abang panggil Gween atau Nubhan datang rumah" pakkal sahajalah, memandangkan kedua orang sahabatnya itu merupakan ahli medical in army.

"Tak apa, pergilah kerja" tolak Mawar.

"Baby" Nathan menyelak comforter yang menutup wajah isterinya itu. Dia tersenyum memandang wajah kemerahan yang kepanasan itu, hidung itu juga sudah bertukar menjadi tomato ceri. Merah.

Dah tahu demam, pergi panaskan badan tu lagi.

"Nanti dah siap, abang pergilah kerja" tangannya naik mengusap wajah yang lembap dengan peluh itu, rambut panjang isterinya diselit ke belakang telinga.

"Nak makan dulu?" Soal Mawar, perlahan. Cuba menahan rasa malunya yang sudah menggunung itu.

"Makan kau? Nak" Pap !  Tamparan kuat menyapa dada Nathan.

"Gatal" Mawar menarik comforter semula namun ditahan oleh suaminya.

"Panas, sayang. Berpeluh nanti" ujar Nathan lembut. Comforter itu ditolak jatuh ke bawah, menyerlah tubuh isterinya yang bersarung baju t-shirtnya. Terasa jatuh hati berkali-kali apabila melihat tubuh kecil itu kelihatan comel menyarung bajunya  separas peha.

"Apa tengok-tengok?" balas Mawar, garang.

"What? Mawar yang salah pakai macam ni, nak garang dengan abang pula" usik Nathan, suka melihat wajah yang kemerahan. Tambah-tambah lagi dengan demam, habis semuanya bertukar merah. Lebih-lebih lagi pipi dan hidung itu, memukau sungguh.

"Abang yang bagi baju ni" eh, yeke?.

"Bila pula abang bagi? Tak ingat pun" balasan itu membuat Mawar mencebikkan bibirnya, mulalah tu mahu merapu.

"Oh, abang lain yang bagi" sengih Mawar, nakal.

Nathan menjongketkan sebelah keningnya. Wah, mencabar.

"Really? Abang yang mana satu?" Layan Nathan, dia meletakkan tangannya di sisi Mawar. Mengurung wanita itu dipegangannya.

"Abang Nathan, rawr" WHAT? HAHAHAHA.

Nathan tertawa kuat, this is not my wife.

"Since when you're being so daring, huh? Bergetar tulang rusuk abang" gurau Nathan, dia memegang jantungnya yang bergetar hebat. Wajahnya beriak cair.

Menganjing.

"Lagi-lagi tengok benda ni" peha putih itu ditepuk lembut.

"Abang!" Marah Mawar, dia cuba memukul tangan suaminya namun tersasar ke pehanya sendiri apabila suaminya itu mengelak.

"Awww!"

"Aduh aduh sakit" kali ini suara Nathan pula yang beria mengaduh kesakitan, semangat dia mengusap peha isterinya walhal bukan dia yang kesakitan.

"Kenapa abang ni!" Marah Mawar lagi, dia bergolek ke sisi yang satu lagi namun lengan Nathan menghalangnya, tidak sedar dengan kedudukannya yang telah dikepung oleh lelaki itu.

"Nak pergi mana? Abang kat sini, bukan dekat situ" usik Nathan lagi, seronok melihat wajah geram itu. Bukan main lagi merah bila marah, ingat aku takut?. Sikitlah, kadang terasa juga garangnya tu.

"Kata nak bawa Mawar pergi makan, cepatlah" keluh Mawar, tidak larat lagi ingin bermain-main.

"Lemah betul, macam orang nazak" kutuk Nathan sebelum mengendong tubuh langsing itu dipegangannya, tangan wanita itu terasa melingkar erat di lehernya. Dia melangkah ke pintu sebelum langkahnya terhenti.

Dahinya berkerut.

"Serangga mana yang gigit kau ni?" Soalnya tatkala melihat kesan-kesan merah di leher isterinya.

Mawar menggigit bibirnya, malu. Dia tanya aku serangga mana? Bebal.

"Awak ni memang suka tanya soalan bodohkah?" Ha ambil kau, setepek.

"Hehe, akulah yang buat" annoyingnya !.

"Siapa suruh sexy sangat" eh, pandai pula nak salahkan orang.

"Siapa yang sexy kan Mawar semalam?" Soalan itu mengukirkan senyuman nakal di bibir Nathan, dia memandang isterinya dengan pandangan penuh makna.

"Mawar yang buat abang rasa nak sexy kan Mawar, bukan salah abang" nampak tu? Suka bubuh salah dia kat orang lain.

"Nanti abang sapukan minyak" alahai baiknya dia, bukan main lagi.

"Tak apalah, nanti okaylah" Mawar memaut lengannya erat di leher lelaki itu apabila Nathan menyambung langkahnya semula. Dia memerhati tangga dengan gerun tatkala suaminya melangkah turun, menyeramkan. Rasa macam nak campak aku kat bawah.

"Eh nak makan? Tak masak, hahaha" gelak Nathan sebaik sahaja meletakkan Mawar di kerusi dapur, baru sedar dengan keadaan dapur yang tidak berasap.

"Ambil je mushroom packet tu, lepastu panaskan" Nathan ni pun satu, nak sweet-sweet ngan aku tapi satu hapah pun tidak buat lagi. Baru nak rasa masakan suami sendiri.

"Mana?" Soalnya.

"Dekat atas tu, abang. Dalam laci Maggi banyak-banyak tu" ni lagi satu hal, polis tapi melantak maggi bukan main lagi. Bila orang tegur boleh pula kata side dish, otak dia.

"Lepastu?" Soal Nathan lagi.

"Letak dalam kepala otak awak, didihkan" balas Mawar selamba, perangai. Malas benar nak baca arahan kat paket.

"Okay" Nathan meletakkan paket itu di kepala isterinya.

"Ish, bukalah letak dalam cawan. Lepastu, bubuhlah dalam oven. Sepak awak ni karang" eh, bukan main garang lagi nak mengajar pun.

Nathan mencebik, tak padan dengan demam. Dia mengikut kata-kata isterinya itu sebelum berdiri di belakang wanita itu, getah rambut yang berada di atas meja itu diambil lalu rambut panjang itu diikat lembut.

"Kenapa ikat?" Soal Mawar.

"Nanti nak makan susah, jadi abang ikatkan siap-siap" alalala, comelnya dia. Mawar tersenyum nipis, dia membetulkan kedudukannya untuk memudahkan kerja suaminya.

"Pandainya ikat, belajar dari siapa? Skandal?" Balas Mawar menganjing, sengaja mahu mencari pasal.

"From YouTube, for our daughter"  ketika itu dia terdiam, bibirnya spontan mengukirkan senyuman manis. Nathan sentiasa berjaya untuk membuatnya tertarik, kesungguhan lelaki itu membuatnya jatuh cinta berkali-kali.

"Terima kasih abang, cantik sangat" sengihnya comel, tocangnya dimainkan.

"Abang dah mesej Gween, nanti dia datang" Mawar sekadar menganggukkan kepalanya.

"Eh, kata Nubhan yang datang, kenapa Gween pula?" Soalnya. Walhal dia tidak perlu diperiksa pun, demam biasa sahaja. Namun Nathan pula yang bersemangat risaukannya, sedangkan hal kecil saja.

"Kau minta kena lukukah? Suka hati nak biar jantan tengok bini aku" ayat itu membuat Mawar tertawa kuat. Aduhai, hilang terus rasa panas di tubuh ini.

"Lepastu, abang kena pergi kerja. Tak boleh miss, ada kes" ayat itu membuat Mawar mendongak memandang suaminya.

"Kalau macam tu kenapa tak pergi je? Mawar okaylah" balas Mawar, bersalah. Demamnya pun tidak teruk mana, cuma panas sedikit sahaja.

Nathan menunduk, mendekatkan wajah mereka.

"Abang tak boleh biarkan baby sorang, susah hati ni nanti" balasnya bersama senyuman sinis, smirk.

Mawar mengubah kedudukan menghadap suaminya, tatkala itu terasa tangan Nathan di belakang tubuhnya.

"Mawar demam biasa je, tak terlalu panas pun" ketika itu tangan Nathan naik menyentuh dahinya.

"Panas, apalah yang sayang buat sampai demam ni. Pelik abang" ujar Nathan dengan dahi yang berkerut, pelik bin ajaib. Tiba-tiba sahaja panas.

"Abang rasa buat apa?" Soal Mawar, sengaja. Bibirnya tersenyum manis, menggoda. Jarinya naik mengusap dada suaminya.

Nathan tersenyum sinis, daring.

"I don't know, something?" Wajahnya sengaja didekatkan, geram melihat bibir merah yang mungil itu.

"What is it?" Bisik Mawar, jarinya mulai naik mengusap leher sebelum terhenti di rahang suaminya.

"This" landasan merah itu hampir dicium namun dihalang dengan ibu jari lembut di bibirnya, keningnya terjongket menyoal.

"Mawar demam, abang. Nanti berjangkit" Cis, main kotor. Demam konon, pandai sungguh mencari alasan.

"Antibodi abang kuat, semut pun terbakar jejak" ha, merapu merapu. Mengalahkan orang tak ada otak.

"Cubalah sekali bercakap guna otak, abang. Rasa macam tak kena pula gaya abang dengan kerja, merapu!" Kutuk Mawar terang-terangan.

Pak! Dahi isterinya dijentik.

"Ark!"

"Otak abang kat situ, dah bercantum sekali dengan otak bebal Mawar" kutuk Nathan semula. 

"Bebal Mawar tu bebal Mawar lah! Tiga suku Mawar pun Mawar punyalah, yang abang nak bebal Mawar sekali kenapa? Habistu nanti bebal--"

"Woi woi woi, aku tak faham. Wat lek dulu, sabar" tahan Nathan, dia membaca mentera di dahi isterinya.

"Ish" tangan itu ditepis, ingat aku kena rasuk lah tu.

"Kata sayang Mawar, tapi layan macam tu" rajuk Mawar, dia mencebik. Tubuhnya sengaja dialihkan ke arah lain, dia menyembamkan wajahnya di atas meja.

"Aku tak sayang kau" Mawar menutup telinganya, malas mahu mendengar.

Eh, dia kata tak sayang? Menyampah!.

"Tak sayang sudahlah" bisiknya, sakit hati. Dia bermain dengan jarinya.

"Okay" Ya Allah, sakitnya hati aku. Menguji betul si Nathan ni.

Ting!

Bunyi oven menarik perhatian mereka, Mawar sekadar memandangnya sekilas.

"Tiup dulu, baru makan. Panas lagi ni" ujar Nathan sebaik sahaja mengeluarkan mangkuk berisi mashroom soup itu, mangkuk itu diletakkan di hadapan Mawar.

Dia mengambil sudu untuk menyuap isterinya namun ditepis, dia memerhati sahaja tangan cantik itu merampas lembut sudu dari tangannya. Bibirnya tersenyum kecil, marahlah tu.

"Tak nak abang suapkan?" Soalan itu dibalas dengan gelengan dari isterinya. Eleh, merajuk.

"Ikutlah" balasan itu membuat Mawar menjeling sekilas suaminya, menyampah tau bila bercakap dengan dia ni. Ingatkan dah luahkan rasa cinta tu makin bertambah rasa sayang, tapi semakin menyakitkan hati pula.

Ding Dong!

Nathan segera berlalu ke pintu utama, tatkala itu muncul wajah Gween di muka pintu.

"Where's your wife--" Gween terngadah seketika. "Kenapa isteri kau ni sexy sangat?" Soalnya tatkala melihat tubuh yang tersarung pakaian sekerat itu.

Mawar terkaku di tempatnya, bagaimana pula dia boleh lupa soal itu? Dia tersengih malu.

"Nama pun bini aku, nak pakai tuala pun boleh" mata Mawar membulat mendengar ayat itu, gatal!.

"Aku check kau kat bilik, aku bawa barang dulu. Don't worry, kau dengan aku sama-sama perempuan, tak perlu tertutup sangat. Mudah sikit aku nak check" balas Gween panjang lebar, dia terus melangkah ke bilik di ruang dapur itu. Tidak mahu berlama-lama di situ, maklumlah tidak mahu mengganggu aura suami isteri itu.

Mawar segera bangkit dari duduknya, dia melangkah ke bilik tanpa mengendahkan suaminya.

"Nanti dulu" Nathan menarik lengan isterinya, tubuh itu ditarik dekat dengannya. Spontan tangannya melingkar di pinggang ramping itu, mengusapnya sayang.

"Janganlah marah sangat, mencabar aku faham tak" ayat itu mewujudkan cebikkan kecil di bibir Mawar, mencabar konon.

Rasa marah yang tersisa itu sedikit sebanyak diganggu dengan debaran yang mulai bersarang apabila tangan berurat itu mengusap naik di belakang lehernya, jari kasar itu terasa bermain di telinganya.

"Nathan.." tahannya apabila lelaki itu mulai mendekatkan bibir mereka, seinci sahaja lagi.

Nathan tersenyum sinis, sasaran bibirnya berubah ke dahi isterinya. Dahi itu dicium dengan penuh sayang.

"I love you, baby. Too much" bisiknya lembut sebelum mengalihkan kucupannya ke pipi gebu itu, rasa sayang yang semakin mendalam tatkala bibirnya menyentuh ruangan gebu itu. Sangat sangat memukau. Kemerahan.

Mawar memejamkan matanya, menahan debaran dengan tindakan suaminya itu. Tidak sedar dengan genggaman tangan yang memegang erat baju lelaki itu, malu.

Debarannya kian meningkat tatkala bibir itu beralih mengucup telinganya, hangat.

"Abang.. ada Gween" bisik Mawar, bergetar apabila bibir itu turun mengucup kesan merah di lehernya.

Nathan tertawa kecil, tangannya melepaskan ikatan rambut isterinya. Rambut yang terikat itu terurai alun, menutup leher putih kemerahan itu.

"Jangan tunjuk tanda cinta abang ni pada Gween, jatuh saham nanti" sempat dia mengusik di hujung kata, segan dengan kesan-kesan merah di leher isterinya hasil kerjanya malam tadi.

Tawa Mawar mulai kedengaran, dia membuka mata membalas pandangan mata suaminya. Sepasang mata itu tajam menikam matanya, memukau sangat-sangat.

"Abang cintakan Mawar, tau" ucap Nathan lagi, dia tersenyum manis memandang isterinya. Suka melihat pipi yang disaluti merah tomato itu, menarik perhatian.

Mawar mengangguk suka, bahagia mendengar kata-kata cinta itu.

"Abang tunggu kat luar, masuklah bilik. Nanti abang datang semula" Nathan mengusap rambut isterinya dengan lembut sebelum jarinya menyelit beberapa helai rambut itu dibelakang telinga, menyerlahkan telinga yang kemerahan hasil kucupannya tadi. Dia tersenyum segaris.

"Baik, abang" senyum Mawar, tidak letih-letih agaknya bibir ini. Dari tadi asik tersenyum sahaja, suka mendengar dan merasa sayang suaminya sendiri.

Pelukan mereka terlerai, dia tertawa kecil apabila tangan itu sempat mencuit pinggangnya.

"Sudahlah bercinta dekat luar tu! Lama aku menunggu ni!" Jerit Gween dari dalam bilik.

Mereka tersedar.

Aduhai, lupa pula dengan Mak Cik sorang tu.

          HUJAN mengelak ke sisi tatkala diserang dengan tendangan kasar itu.

"Lepaskan akulah, bodoh! Korang semua ni si*l ke apa?!" Jerit Pak Ayob dengan lantang, baran apabila dilayan seperti penjenayah.

Bilik soal siasat itu lantang dipenuhi dengan suaranya, bingit dan menyerabutkan.

"Dah alang-alang stay lah lagi dua tiga hari dekat sini, bukan selalu orang belanja makan" gurau Hujan tidak bernada, dia menyelak fail laporan di tangannya.

"Sepanjang seminggu dekat sini, itulah ayat dia. Si*l, celaka, dan bodoh. Aku ingatkan dia nak ucap terima kasih" ujar Raaid dengan wajah toya, bosan tau tengok orang tua ni. Aku dah bagi member dalam penjara pun nak bising lagi.

"Rekod dia masih belum ada apa-apa kelulusan untuk bebaskan dia, semuanya merah. Tak padan dengan tua tapi masyuk kerja dia" Hujan bersiul di hujung ayat tatkala melihat beberapa jumlah kosong di hasil pertaruhan judi itu, mantap main terup rupanya Pak Cik ni.
         
"Dam haji dia banyak tak?" Bebal Raaid.

"Tak sangat, monopoly dia banyak" layan Hujan.

"Berapa banyak dia ada?"

"Duit 50 000 tu dia ada lapan" Hujan sengaja menayangkan riak wajah terkejut.

"Bongok" carut Pak Ayob.

"Woi, suka hati kau membongokkan dia" tuju Hujan pada Raaid, dia berpura-pura menayangkan riak marah.

"Eh, dekat engkaulah" dalih Raaid semula.

"Kau nak kongsi tak duit monopoly dia ni?" Soal Hujan tiba-tiba.

"Bagi aku half" balas Raaid, turut membebalkan diri.

"Banyak do half, aku yang tangkap kot"

"Tapi aku yang bawa dia pergi balai, so 50 percent untuk akulah"

"Aku nak 20 percent" sampuk Pak Ayob.

"Boleh boleh-- eh, kau pehal nak main sekali?" Marah Hujan, dia menutup fail laporan itu dengan kasar. Suka hati dia je nak minta 20 percent, banyak kot. Mintalah 1 percent.

"Sengal" kutuk Nubhan yang sedari tadi memerhati situasi itu, sangat memalukan.

"Kita kat sini bukan nak main Jutaria, tapi nak selesaikan masalah ni. Korang ni memalukan faham tak" tambah Nubhan lagi, menyampah.

"Samalah dengan engkau" tujunya pada Pak Ayob, tak padan dengan salah masih lagi nak sertai kumpulan bebal ini.

"Aik? Aku pula kena" Pak Ayob terkebil-kebil ditempatnya.

"Kalau bukan sebab kau, aku tak akan tercongok lagi dekat sini" ujar Hujan, melepaskan keluhan berat. Dia meletakkan fail itu dihadapan Pak Ayob sebelum melabuhkan duduk di hadapan lelaki tua itu, wajahnya menjadi serius semula.

"Cubaan merogol, perjudian, penglibatan di dalam dadah dan cubaan membunuh. Kau dah lebih dari layak untuk jejakkan kaki ke balai ni, tak perlu berdaftar pun" gambar-gambar di dalam fail tersebut di tunjukkan di hadapan tubuh kaku itu.

"Jangan ingat satu masalah kau sahaja yang kami tahu, bila satu sarang kau terbuka automatik seluruhnya akan terdedah sekali" sambung Hujan lagi, sekejap sahaja sarang lelaki itu terbuka sebaik sahaja mereka menahannya. Bukti juga menjadi kukuh dengan penjelasan dari mangsa.

Pak Ayob memandang ke arah cermin besar di sisinya, dia tahu disebalik cermin itu terdapat beberapa tubuh yang sedang memerhatikan mereka. Berpuas hati dan bersuka-ria dengan kejatuhannya.

"Perkara ini akan di bawa di mahkamah, ikat jamin juga tidak akan dipertimbangkan buat masa--"

"Apa kaitan kau dengan Leinani?" Potong Pak Ayob, pandangannya masih tertumpu ke arah cermin besar. Dia tahu Leinani ada di situ.

Leinani tergetar di tempatnya, sungguh pun mereka tidak dapat dilihat namun dia masih lagi trauma dengan tatapan itu. Genggaman tangannya bersama Mak Cik Wardah dieratkan.

"Apa hak kau untuk pertahankan dia?" Soal Pak Ayob lagi, kali ini dia memandang Hujan dengan tajam.

"Kes Leinani tiada kena mengena dengan jenayah kau" tegas Hujan, nadanya mulai mendatar. Tidak suka dengan apa yang didengari.

Pak Ayob tergelak sinis. "Kalau macam tu, kenapa perempuan tu perlu ada dekat sini?" Ayat itu tidak mengubah riak wajah Hujan, lelaki itu masih lagi santai dan bersahaja.

Betul. Leinani memang ada di sini, untuk memberi keterangan sebagai mangsa. Namun tidak sangka pula hidung si tua ini tajam menghidu.

"Dia betina kau?" Kata-kata itu membuat Hujan tersenyum sinis.

"Kalau betina aku pun, apa masalah kau?" Balas Hujan semula.

Leinani terkaku di tempatnya, terkejut. Speaker yang bergema jelas itu menerangkan dengan nyata kata-kata lelaki itu, dia tergamam seketika.

Raaid menahan senyumannya, sudah dapat mengagak.

Senyuman Pak Ayob pudar, matanya menahan amarah. "Kau dah rasa budak tu? Sebab tu marah sangat bila aku nak sentuh dia?" Soalnya mendatar, mengetap gigi menahan rasa marah yang kian membara.

Aku nak budak perempuan tu, aku nak Leinani.

"Aku rasa hutang dia dengan kau dah lama selesai, senang cerita kau dengan dia langsung tiada kena mengena. Jadi, tak salah jika aku pula yang ambil alih dalam hidup dia" balas Hujan dengan nada serius, memaksudkan kata-katanya itu.

Mak Cik Wardah memandang anaknya dengan rasa terkejut yang bersisa di hati, jadi tanggapannya benar selama ini.

"Kau sanggup terima sisa orang? Murahnya cita rasa kau" sinis nada Pak Ayob melemparkan kata-kata hinaan itu, cuba menaikkan amarah lelaki itu.

"Kami keluar dulu" ujar Raaid.

Mereka mulai melangkah keluar dari bilik itu, membiarkan perbincangan itu tanpa gangguan. Cerita itu tiada kaitannya dengan mereka, jadi tidak perlu berlama-lama di situ.

"Tak sehina dengan murahnya kau sebagai lelaki, mengejar sesuatu yang sebesar kuman pun tidak akan dapat" balas Hujan dengan nada yang sama, langsung tidak termakan dengan kata-kata berbaur hinaan itu.

Gelak Pak Ayob memenuhi ruangan bilik itu. "Sekurangnya, aku dah sentuh dia. Tapi engkau?" Cabarnya.

Hujan mengukirkan senyuman penuh makna. "Aku tak tercabar dengan sentuhan kau yang jijik bagi dia" balasnya semula.

"Binatang!" Jerit Pak Ayob.

"Jangan rasa diri kau tu--"

"Cakaplah apa pun, jijik, sisa, hina, atau kotor. Aku tak peduli, aku yakin satu perkataan kau pun tak ada kaitannya dengan dia. Leinani lebih dari layak dari carta wanita yang aku kejar" tegas Hujan, matanya tajam membalas pandangan penuh amarah itu.

"Aku tak menyesal untuk kejar perempuan macam dia" tambah Hujan lagi.

Kali ini nafas Leinani terhenti seketika, terkedu mendengar kata-kata itu. Dia langsung tidak menyangka perkara itu.

Raaid dan Nubhan memandang ke arah gadis itu, such as lucky girl.

"Aku akan pastikan kau menyesal, kau akan rasa betapa jijiknya pilihan kau" hina Pak Ayob lagi, tidak berpuas hati. Jika bukan disebabkan tangannya yang bergari, sudah lama dia membunuh lelaki itu.

"Try me then, such a small act" sinis Hujan, dia bangkit dari duduknya.

"Bawa dia ke sel, tahan dia selama seminggu sebelum pengadilan di mahkamah. Tahan segala ikat jamin yang datang, dia masih belum layak dilepaskan" arah Hujan kepada pegawai di situ, nadanya berbaur tegas. Kalau boleh, lenyapkan muka dia terus.

"Aku akan terlepas, aku jamin dengan perkara itu" yakin Pak Ayob, dia tersenyum sinis.

"Terlepas dari hukuman bunuh, aku boleh kata Insyaallah. Yang lain? Pandai-pandailah doa bro" serentak itu juga Hujan melangkah dari bilik itu, malas mahu melayan karenah merapu itu.

Dia tersenyum sinis mendengar jeritan kuat di dalam bilik itu, tak matang.

"Savage, bro. Aku tengok Pak Cik tu macam nak dijemput Ilahi dah" ujar Nubhan bersama tawa kecil, kasihan melihat wajah berkerut-kerut orang tua itu. Kelakar.

"Tunggu masa je tu, nanti bagilah sejadah dekat dia masa dalam sel nanti. Sekurangnya mati dalam separuh iman" sambung Raaid pula, terhibur.

"Jagalah anak itik tu elok-elok ya, takut nanti nangis cari mak dia karang" tambah Hujan, dia mahu tergelak sebenarnya namun berusaha dia menahannya. Tidak pernah-pernah seserius itu, seram pula dengan diri sendiri.

"Aku dah rekod semua, catatan dalam proses. Laporan on the way, I will put the file on your table"  ujar Raaid, sudah bersiap sedia dengan pendrive di tangan.

"Awesome. Semua rekod and bahan bukti boleh kumpul dalam lab, aku ada hal jap" balas Hujan sebelum melangkah ke arah Mak Cik Wardah dan Leinani.

Mereka mengangguk kecil, macam tidak faham pula.

Hujan melangkah ke arah dua beranak itu, dia tersenyum segaris.

"Saya dah siapkan fail kes, Mak Cik tak perlu takut. Jika ada yang cuba serang atau ugut, boleh telefon kami memandangkan Mak Cik masih di bawah pemerhatian kami" ujar Hujan cuba menahan gugupnya, baru teringat akan speaker di ruangan itu. Bagaimanalah dia boleh terlepas kata? Malu mengenangkan kata-katanya yang didengar dengan jelas oleh mereka berdua.

Mak Cik Wardah menganggukkan kepalanya bersama senyuman kecil, lega apabila satu demi satu perkara selesai dengan segera.

"Macam mana dengan keadaan Leinani? Okay?" Soal Hujan, sengaja ingin berbual dengan wanita itu.

Gadis itu hanya menganggukkan kepala tanpa memandangnya. Hujan tersenyum nipis, pasti wanita itu takut dengannya. Salah apa yang kau dah buat ni, Hujan?. Tersilap langkah.

"Kalau macam, mari saya hantar balik" tawarnya, bersalah menyenangkan kata-katanya tadi. Tidak malu sungguh, suka hati mengata seperti itu kepada anak dara orang.

Dia memulakan langkahnya sebelum ditahan dari belakang, dia terkedu tatkala hujung bajunya digenggam dengan satu tangan lembut. Tangan Leinani.

Wajah itu dipandang tunak, terkejut.

"Terima kasih, Tt-tuan" serentak itu pegangannya terlerai, dia mengalihkan pandangan ke arah bertentangan. Segan.

Hujan terkebil-kebil ditempatnya.

Leinani mengetap bibirnya, marah mengenangkan kelakuan diri sendiri. Dengan rasa tidak malu memegang baju seorang lelaki, mana adab kau Leinani?.

"Ssa--sama-sama" gulp. Masa inilah kau nak gagap pun.

Mak Cik Wardah menggeleng perlahan, berani tapi malu.

"Hujan" panggilnya, hati tuanya tiba-tiba terdetik sesuatu.

Spontan keningnya terjongket membalas. "Iya?" Sahut Hujan, gugup.

"Kamu ada hati dengan anak perempuan Mak Cik?" Soalan itu membuat Hujan ingin menghumbankan wajahnya ke dalam tanah, masuk ini sudah dua kali dia disoal begitu.

Hujan menarik nafas perlahan. "Saya-- err-- ss--sayaa.." gagal. Dia tidak mampu membalasnya.

Tubuh Leinani mulai statik di tempatnya, seolah-olah tertarik ingin mendengar jawapan lelaki itu.

Mak Cik Wardah tersenyum, aduhai. "Mak Cik tanya saja, mana tahu kamu berkenan" usiknya di hujung ayat.

Hujan tertawa kekok, menutup rasa malu. Spontan tangannya naik mengusap belakang leher, segan.

"Saya hormatkan Mmak--Mak Cik sebagai ibu Leinani" wajah cantik itu dipandang melalui ekor mata seketika.

"Dan saya tahu, saya tak patut ada hati dengan dia semasa umur dia baru nak meningkat dewasa. Saya minta maaf" keluhnya perlahan, sedar akan salah diri sendiri.

Masa depan Leinani masih lagi jauh, masih terlalu awal untuk memikirkan soal cinta.

"Betulkah, Leinani?" Soal Mak Cik Wardah pada anak perempuannya, dia memandang wajah yang terdiam tanpa suara itu.

Pantas Leinani mengelakkan wajahnya, segan apabila disoal seperti itu.

Hujan membetulkan nafasnya, sesak pula tiba-tiba.

"Mak Cik.. Mak Cik bukan apa, tubuh Mak Cik ni pun tak mengizinkan untuk sihat selalu. Kadangkala datang juga sakitnya.." ayat Mak Cik Wardah tergantung seketika, dia memandang anak perempuannya sekilas.

"Tidak sekuat sebelum ni, untuk jaga Leinani. Sesekali tewas juga dengan lelah dan sakit.." sambung Mak Cik Wardah lagi, tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kata-katanya. Tersekat-sekat.

Hujan menanti dengan debaran di hati, cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh wanita itu.

"Mak Cik izinkan, andai kata Hujan berniat untuk jaga Leinani" Pap! Kepala Hujan seolah-olah terasa dihentak sesuatu. Niat yang selama ini tertanam di hati, akhirnya terlerai dengan kata-kata.

Leinani memandang ibunya dengan kaku, tidak sangka dengan permintaan yang didengari.

"Apa ibu kata ni?" Soalnya setelah lama mendiamkan diri.

Tangan anak perempuannya diusap sayang, dia risau jika waktunya tidak panjang. Sekurangnya dia tahu, ada lelaki yang mahu menjaga Leinani dengan seikhlas hati.

"Ibu izinkan, ibu beri keizinan pada Hujan untuk jagakan adik untuk ibu. Masih belum terlambat untuk ibu buat keputusan yang betul, ibu yakin dia akan sayang adik sepenuhnya" ayat itu berjaya membuat Hujan terkedu ditempatnya.

Tidak sangka dengan kepercayaan yang diberikan oleh Mak Cik Wardah kepadanya, tanpa sebarang tanggapan dia diberi kepercayaan untuk menjaga Leinani.

"Sudahlah, Ibu. Leinani tak nak bebankan dia lagi, kita dah terlalu banyak susahkan--"

"Saya terima. Saya akan jaga Leinani, sepenuh hati saya" potong Hujan, tanpa sebarang keraguan. Dia yakin, dia akan jaga wanita itu. Leinani akan dijaga dengan sepenuh perhatiannya, zahir dan batin. 

Leinani memandang lelaki itu dengan rasa terkejut, semudah itu?.

"Adik dengar sendiri apa yang dia kata dengan Pak Ayob, kan? Ibu rasa adik sendiri dapat rasa perasaan dia" pujuk Mak Cik Wardah, cuba meyakinkan anaknya. Dia tahu Leinani masih lagi trauma dengan lelaki, namun dia dapat rasakan perbezaan pada lelaki itu.

Leinani mengalihkan wajahnya, otaknya penuh memikirkan perkara ini. Sering bermain dan berputar di minda.

"Leinani lebih dari layak dari carta wanita yang aku kejar"

Leinani menarik nafas perlahan, cuba mengawal diri yang diselubungi berjuta perasaan.

"Aku tak menyesal untuk kejar perempuan macam dia"

Kepalanya tertunduk sayu, susah untuk menghadam situasi itu.

"Saya akan jaga awak" ujar Hujan, noktah.

Leinani mengangkat wajahnya memandang lelaki itu, pandangan mereka bersambung tunak.

"Percaya pada saya"

Ya Allah, berikan aku jawapan.

           PAPARAN gambar itu memenuhi skrin, satu persatu memaparkan rasa puas hatinya. Dia tersenyum sinis.

"Saya dah dapat lokasi, Tuan" ujar satu suara, tablet di tangannya menunjukkan lokasi titik merah sepenuhnya. Location detected.

"Mulakan operasi, nilai dia berharga hampir jutaan ringgit" sejurus selepas itu tawanya memenuhi kuat ruangan itu, gembira mengenangkan harinya yang bakal dihujani mata wang.

"Operasi ini mungkin akan memakan masa yang lama, Tuan. Tuan masih mahu meneruskannya?" Soal lelaki itu, ragu-ragu.

"Simple. I just want her"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience