•bab 18•

Romance Series 12832

          NATHAN menghembuskan nafas lelah, otaknya semakin penat memikirkan laporan-laporan kes yang baru diterimanya baru-baru ini. Apa lagi jika bukan berkaitan dengan kes jenayah kejam yang menjadi tular di sumber berita negara ini. Patutlah kes ini asik bertukar tangan, kerana ia menggunakan banyak tenaga dari segi fizikal dan mental. Namun dia bertekad untuk menyelesaikannya, walau dengan cara apa sekalipun.

"Marhaban ya ramadhan wahai Ustaz Nathan" sergah Hujan di pintu pejabat, dia tersengih busuk memandang wajah tegang sahabatnya. Belum satu hari lagi mereka berada di balai namun wajah letih Nathan itu seolah-olah sudah setahun mereka menetap di balai. Penat sungguh.

"Berambus" arah Nathan lalu menghempaskan tubuhnya dengan selesa di kerusi, janganlah kau tambah beban aku dengan dengar lawak hambar mamat ni. Semata-mata setiap hari sergah pejabat aku untuk huraikan lawak karat dia, dahlah tak masuk dek akal. Hendak membayangkannya pun, memalukannya.

"Kenapa kuda berjalan?" Soal Hujan bersama kening yang terjongket sebelah, sudah bersedia untuk mengeluarkan koleksi lawaknya.

Nathan hanya mendengar tanpa rasa ingin menyampuk.

"Sebab dia ada kakilah! Hahahaha!" Gelak Hujan seperti tiada iman, terbahak-bahak dia tertawa dengan lawaknya sendiri.

Haih. Nathan melemparkan pandangan kosong kepada sahabatnya itu, berianya gelak?.

"Aku nak serahkan laporan kes baru semalam" ujar Hujan lalu melabuhkan duduk di hadapan lelaki itu, dia memandang fail-fail laporan lain yang bertaburan di atas meja sahabatnya itu. Banyak betul. Logiklah jika Nathan mudah terasa penat dan lelah pun, hendak memandangnya pun tidak larat. Yakah? Atau memang sengaja dia tak nak pandang aku?.

"Raaid mana? Aku nak dengar laporan korang berdua" soal Nathan lalu meraup wajahnya, ingin menghilangkan rasa penat. Segarlah mata-mata kacakku, haih.

"Raaid ada di hospital, untuk ambil maklumat dari ahli forensik tentang keadaan mangsa semalam" terang Hujan bersama senyuman lebar, entah mengapa dia terasa gembira pula beberapa hari ini. Rasa hendak mengukirkan senyuman pada semua orang, mujur sahaja tukang cuci pagi tadi tidak menghentaknya dengan mop kerana tiba-tiba tersenyum. Hensem sangat katanya.

Nathan menggelengkan kepalanya beberapa kali, sudah tidak tahan melihat perubahan mendadak sahabatnya. Tidak habis-habis termenung dan tersengih sendirian, kalau tidak difikirkan rasa positif di dalam dirinya sudah lama dia mentetak kepala lelaki itu.

"Proceed" lebih baik dia meneruskan perbincangan mereka dengan lebih cepat, jika tidak semakin meraban-raban Hujan di pejabatnya. Sahabatnya itu bukan boleh diramal.

"Apa?" Soal Hujan, keliru. Seakan-akan baru tersedar dari sesuatu.

Kelakuan Hujan itu membuatkan Nathan menghembuskan nafas perlahan, sabar.

"Laporan kes semalam Hujan" terang Nathan dengan nada mendatar, cuba menahan rasa sakit hatinya. Selepas ini jika sahabatnya itu berkelakuan seperti itu, dia sendiri akan menyeksa Hujan dengan kejam. Contohnya? Menukar otak lelaki itu kepada yang lebih baik dan berpelajaran. Dan yang paling penting dia akan membuang segala koleksi lawak hambar yang bertimbun itu.

"Ouh" tawa Hujan perlahan, terhibur dengan diri sendiri.

"Kau nak dengar yang mana?" Soal Hujan, masih lagi di dalam mood bergurau. Langsung tidak gentar dengan wajah ketat Nathan walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu tidak berada di dalam mood yang baik. Namun nama pun Hujan kan? Hujan yang turun tidak akan berhenti.

"Jangan minta aku tampar kau boleh? Aku tak ada masa nak main-main" ujar Nathan tegas, dia berpeluk tubuh membalas pandangan sahabatnya itu. Hanya tunggu masa untuk menyumbat kasutnya ke dalam mulut lelaki itu, tidak habis-habis ingin bermain. Langsung tidak serius dan tegas, hanya tahu mempermainkan orang lain.

"Garang sangatlah kau ni, yalah yalah" pasrah Hujan, dia mengeluh perlahan. Bekerja di dalam keadaan yang tegas ini sungguh krik-krik, lebih banyak berdiam diri dan berpandangan kosong. Kerana itu dia lebih suka bermain-main, ceria gitu.

Serentak itu juga Nathan menongkat dagu di meja, bersedia untuk mendengar laporan sahabatnya itu.

"Mangsa bernama Liany Rihanna Binti Ayaaz Widad ditemui meninggal pada pukul 9.40 pagi oleh penduduk kampung, dan menurut siasatan ahli forensik mayat ditinggalkan hampir 30 minit oleh pembunuh sebelum ditemui oleh penduduk" jelas Hujan secara terperinci, dia memandang kagum wajah Nathan yang sedang tekun meneliti fail laporan yang terpapar. Walaupun penat, namun lelaki itu masih lagi bersikap profesional dan amanah dengan kerjanya.

"Sama seperti kes yang sebelum ini mangsa dirogol tanpa belas kasihan dan ditinggalkan di dalam keadaan yang mengaibkan, organ dalamannya hilang dan usus badannya mengalir keluar dari badan. Mangsa juga dibiarkan di dalam keadaan tidak berpakaian dan memilukan" sambung Hujan lagi, masih terlayar lagi di fikirannya keadaan mangsa yang memilukan dan menyeksakan. Mereka yang melihat pun turut merasai sakitnya perbuatan pembunuh kejam itu apatah lagi mangsa-mangsa sebelum ini yang terkorban disebabkan kejadian kejam itu.

"Apa lagi yang ahli forensik temui?" Soal Nathan ingin tahu, dia yakin bukan itu sahaja maklumat yang diperolehi daripada siasatan makmal.

"Berkemungkinan mangsa dipengsankan melalui klorofom, kerana bau tersebut masih melekat pada mangsa malah terdapat juga kesan biru dan bengkak di pergelangan tangan mangsa memandang mangsa cuba berlawan di dalam keadaan yang lemah. Apa yang lagi mengejutkan, mangsa disuntik di bahagian peha dengan ubat perangsang. Aku rasa nafsu kuda diorang semakin menggila, nafsu syaitan" Hujan menghembuskan nafas lemah, tipu lah jika dia tidak merasa kasihan tatkala melihat keadaan mangsa yang mengilukan. Sungguhkan tiada sebarang talian namun dia sebagai manusia turut mempunyai perasaan simpati. Apatah lagi keluarga mangsa yang melihat sendiri kejadian itu.

"Lagi" tambah Nathan, dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

"Kedua-dua bahagian buku lali mangsa retak, berkemungkinan dihentak dengan sesuatu yang keras.
Kalau nak disimpulkan, keadaan mangsa seratus peratus parah" sambung Hujan dengan keluhan berat, dia sendiri hampir buntu memandang bilangan mangsa yang semakin meningkat naik. Bukan mereka tiada usaha, namun perancangan yang dibuat membuta tuli akan memakan diri mereka sendiri. Jadi mereka harus bertindak dengan lebih cekap.

"Kali ni mungkin mereka buat kerja secara berseorangan, kalau tidak mengapa penjenayah harus retakkan buku lali mangsa? Sedangkan ramai ahli boleh bertindak sama, itu sahaja laporan yang kau ada?" Terang Nathan mendatar, dia menyandarkan tubuh dengan tenang. Semakin hari semakin rumit perancangan musuh, berbelit dan bertambah keliru.

"Itu sahaja buat masa ni, laporan tu berdasarkan siasatan mereka semalam. Nampaknya keselamatan individu diluar sana semakin terancam, walaupun dengan bilangan ahli yang sedikit kerja diorang tetap lancar" Hujan turut menyandar lemah di kerusi, dia turut berasa letih ketika ini. Tidak kira di mana mereka berada tugas mereka hendaklah diselesaikan, langsung tiada istilah rehat. Jika mendapat panggilan penting ketika itu jugalah mereka harus bertindak.

"Lagi satu, kami masih lagi menganalisis kesan cap cari di senjata yang digunakan dan sebarang senjata lain di lokasi kejadian. Tetapi kau kena fahamlah, penjenayah dia bukan seorang" tambah Hujan lagi, dia memejamkan mata keletihan. Tidak sampai satu hari di balai namun dia sudah letih, mindanya berat.

"Penerangan keluarga mangsa?" Hujan terus menegakkan kepalanya tatkala mendengar kata-kata Nathan itu, dia tersenyum lebar memandang sahabatnya.

"Aku uruskan" serentak itu juga Hujan menjongketkan keningnya berkali-kali, wajahnya terukir beribu maksud.

Nathan menganggukkan kepalanya, faham. Lantak kamulah manusia, asalkan kerja kau jalan.

"Apa yang berlaku di istana semalam?" Soal Hujan bersama kening yang terjongket sebelah, tiba-tiba ingin tahu pula.

Hanya keluhan berat yang meniti di telinga Hujan, dia mulai curiga. Ada apa-apa berlakulah?.

"Anything?" Sambungnya lagi.

"Raja Uwais Hayyadh hadir ke istana semalam" ketika itu mata Hujan membulat besar, terkejut tatkala mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Nampaknya ini petanda yang kurang baik, tidak sedap pula didengar.

"Tuanku Uwais, pasal kes haritu kah?"  Rasa hendak terjun di dalam laut pula, seram dia tidak boleh dibawa bincang. Walaupun bukan dia yang hadirkan diri ke istana semalam namun dia turut merasai perasaan sahabatnya itu. Mereka hendak mengadap Raja Syeikh Luthfan pun seperti sudah hilang separuh nyawa apatah lagi Nathan yang perlu menghadap kedua-dua Raja terhormat. Mujur ketika pulang semalam, lelaki itu tidak pengsan.

"Bukan, aku cuma... aku risau Tuanku Luthfan perintahkan kita untuk buka semula kes Raja Syeikh Lais. Buat masa ni, bukan masa yang sesuai untuk kita pegang kedua-dua kes berat" seperti tidak mahu keluar sahaja kata-kata itu dari mulutnya, Nathan mengemamkan bibirnya. Cuba menyedapkan hati, sejak semalam dia berasa kurang tenang. Tidak tahulah mengapa, mungkin dia berasa terlalu risau sekiranya berlaku sebarang perkara di luar kawalan. Dia hanya perlu berfikiran positif dan menenangkan mindanya.

Kata-kata Nathan itu membuatkan Hujan terdiam seketika, ada benar juga ayat sahabatnya itu. Bagaimana mereka hendak mengawal dua kes besar dalam satu masa, mereka berdua merupakan ketua utama kedua-dua pasukan.

"Andai kata perkara tu berlaku, berkemungkinan kita berdua akan dipecahkan" tambah Nathan lagi, dia memandang sahabat bersama senyuman kecil. Jika perkara itu benar-benar berlaku, dia yakin bahawa mereka berdua dapat mengawalnya. Walaupun selama ini mereka sering ditugaskan berdua namun mereka tidak boleh membantah sekiranya perkara itu berlaku.

"Sama ada kau di bahagian istana dan aku di balai, ataupun sebaliknya. Lek lah bro, walau macam manapun otak kita berdua tetap satu" mereka berdua tertawa kuat, mahu acah sedih pula. Di rumah pun boleh berjumpa, lagipun mereka berdua ini jenis yang degil. Suka masuk campur kes masing-masing, maklumlah sudah lama hidup berdua. Perangai pun hampir sama.

"Dahlah, drama kau tak jadi" ujar Nathan bersama tawa yang bersisa, tiada makna lah hendak bersedih-sedih dengan Hujan. Situasi mereka berdua terlalu lawak.

"Lantak situ, janji aku hensem. Pfttt." Tersembur air liur Hujan menahan tawa, sudahlah senak perut aku.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan di pintu menghentikan tawa mereka berdua, serentak itu juga wajah mereka bertukar serius.

Wajah pegawai wanita di pintu pejabat itu mengundang persoalan di fikiran mereka, Nathan memberi pandangan tanda tanya.

"Maaf, Tuan. Tetapi ada pegawai yang hendak melapor diri" kata-kata wanita itu mengundang kerutan seribu di dahi mereka berdua. Mereka berpandangan serentak, menghantar persoalan sesama sendiri.

"You may go" arah Nathan. Pegawai wanita itu menunduk kepala penuh hormat dan mengarahkan seseorang untuk masuk ke dalam.

"Ada peralihan pegawai ke, bro?" Soal Hujan tidak sabar.

Nathan sekadar menjongketkan bahunya, dia sendiri tidak menerima sebarang panggilan.

Ketika itu juga muncul satu tubuh sasa di hadapan mereka, berpakaian kemas dan rapi. Wajahnya juga tegas dan tegang, terasa aura maskulin di sekeliling tubuh itu.

"Speak" arah Nathan, dia menjongketkan sebelah kening. Keliru, pada masa yang sama cuba menghadamkan situasi yang dilalui ketika ini.

"Aku Inspektor Nukhail, pegawai polis yang diarahkan untuk bekerjasama dalam kes jenayah pembunuhan kejam di balai ni"

          "HEY, termenung apa lagi? Jom balik" suara Maya itu mengejutkan Mawar dari lamunan yang panjang. Terkebil-kebil wanita itu memandang sahabatnya sebelum dia tersengih comel, sudah tiba waktu pulangkah?.

"Dah pukul 6 petang kah?" Soal Mawar, keliru. Berkerut wajahnya memandang jam yang terlekat di dinding, cepat benar waktu berlalu.

"Kalau tidak aku takkan ajak kau balik, jomlah. Aku tak nak kes dulu jadi balik" ujar Maya separuh risau, lewat beberapa minit pun boleh membahayakan mereka. Cukuplah situasi dulu yang hampir meragut maruah dan nyawa mereka, mendengar cerita yang disebarkan sudah cukup mengilukan apatah lagi mereka yang hampir merasainya.

"Jomlah, tunggu aku tutup suis dulu. Jebat dah balikkah?" Soal Mawar sambil memandang sekeliling, ketika itu juga dia berjalan ke arah suis lampu dan menutup segala keperluan.

"Dah lama dah, kan dia ada bagitahu" balas Maya bersama dahi yang berkerut, pelik. Sedangkan ketika Mawar berada bersamanya ketika Jebat meminta diri untuk pulang awal ke rumah, bagaimanalah Mawar boleh terlepas pandang perkara itu?.

"Iyakah? Maaflah, aku tak sedar" ujar Mawar perlahan, lemah pula tubuhnya ketika ini. Rasa hendak melayang, kepalanya berpusing sedikit. Namun dia masih lagi larat untuk memandu ke rumah, mungkin dia terlalu serabut dengan tempahan baru-baru ini. Terlalu rumit dan memerlukan banyak kesempurnaan.

"Kau okay tak? Nak aku hantarkan kau balik?" Pelawa Maya risau, seiring itu dia memimpin sahabatnya itu keluar butik. Pintu kaca itu dikunci sebelum dia mengiring Mawar ke kereta, jika terlepas pegangannya ini pasti tubuh sahabatnya itu rebah ke tanah. Lemah sungguh, terasa beban di pegangannya tatkala mengiringi tubuh itu.

"I'm fine, kau baliklah. Aku rehat kejap dalam kereta" tolak Mawar lembut, dia tersenyum memandang wajah Kerisauan Maya. Takkanlah dia mahu menyusahkan Mawar dengan perkara-perkara seperti ini, sahabatnya itu juga perlukan rehat yang cukup sama sepertinya.

"Aku tunggu sini, kita balik sama-sama" bantah Maya, geram. Tidak mungkin dia akan membiarkan sahabatnya itu berseorangan di sini, walaupun kedai-kedai yang lain masih belum ditutup namun dia tetap risau. Ketika ini, Mawar adalah dibawah tanggungjawabnya.

"Maya, tak apa. Aku tak nak susahkan--"

Deringan telefon di tangan menghentikan kata-kata Mawar, serentak itu dia memandang nombor asing yang tertera di screen telefon.

"Nombor siapa ni?" Soal Mawar, pelik. Maya turut melihat sama nombor asing yang tertera itu, dia menggeleng pantas.

"Tak payahlah angkat, kau tak kenalkan?" Maya mengambil telefon tersebut lalu menolak panggilan, buatnya scammer yang menelefon, tidakkah semua maklumat dan rahsia peribadi sahabatnya itu terbongkar?.

"Mungkin customer kot" ujar Mawar, cuba bersangka baik. Manalah tahu salah seorang daripada pelanggannya yang menelefon untuk mengetahui peningkatan kadar persiapan ataupun untuk menukar tempahan kepada tema yang berbeza, siapalah tahu kan?.

Maya hanya menghembuskan nafas perlahan, suka hati lah. Dia juga tidak boleh membantah, berkemungkinan juga kata-kata Mawar itu ada benarnya.

Telefon itu berdering sekali lagi, kali ini tanpa ragu-ragu Mawar mengangkatnya sebelum menekapkannya ke telinga.

"Hello" sapa Mawar.

"Mawar, aku ni Nathan. Tolong aku, kereta aku tersadai ni. Enjin problem" sahut suara di hujung talian, kedengaran sungguh resah dan risau.

"Okay okay saya datang" balas Mawar sedikit tergesa-gesa, tanpa kata dia mematikan panggilan dan membuka pintu kereta sebelum Maya menahannya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Maya agak resah.

"Nathan, kereta dia ada masalah. Dia minta tolong aku ke sana, aku pergi dulu ya. Bye Maya" terang Mawar lalu masuk ke dalam kereta.

"Eh, hati-hati. Apa-apa telefon aku" pesan Maya sebelum menutup pintu kereta.

Mawar sekadar mengangguk faham,  dengan segera dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Sempat dia memberi lambaian sayang kepada sahabatnya itu sebelum memandu pergi. Kasihan pula pada Nathan, lelaki itu pasti sudah lama menunggu bantuan.

Ketika berada di lampu isyarat dia tersedar sesuatu, lokasi. Serentak itu juga dia mencari nama Nathan dan menghantar mesej.

Beritahu saya lokasi awak, senang nanti saya nak beritahu mekanik.

Dia meletakkan kembali telefon bimbitnya sebaik sahaja mesej itu dihantar, tidak lama kemudian mesejnya berbalas tanpa melihat gerangan dia terus menekan lokasi yang dihantar. Siapa lagi yang ingin membalas mesejnya jika bukan Nathan, sedangkan lelaki itu sendiri yang meminta tolong padanya.

Tidak sampai satu jam dia sudah tiba di lokasi, tanpa kata dia memarkirkan kereta dan melangkah keluar. Kawasan yang hampir gelap itu dipandang kaku, maklumlah jam sudah hampir menginjak waktu maghrib. Tatkala itu juga dia terlihat sebuah kereta yang terparkir di hadapan sebuah rumah usang, serentak itu juga dia melangkah ke arah kereta tersebut.

"Nathan?" Tubuh lelaki itu dicari disekeliling kawasan itu, ke manakah lelaki itu pergi? Tidak mungkinlah dia terlambat, dia langsung tidak menerima sebarang mesej yang mengatakan bahawa lelaki itu sudah selamat pulang.

"Awak kat mana? Saya dah sampai ni" panggil Mawar semakin kuat, dia berdiri di sisi kereta yang terbiar itu lalu mengalihkan pandangan ke dalam. Tiada apa-apa pun, malah barang Nathan pun tiada di dalam itu.

"Nathan jangan macam ni, dah maghrib ni. Nanti ibu risau, saya tak telefon ibu lagi" tambah Mawar, berharap agar lelaki itu segerea muncul di hadapannya namun sebarang tanda pun tidak kelihatan. Apatah lagi suara dan tubuh lelaki itu, langsung tidak muncul di hadapan matanya.

Sentuhan di bahu segera memusingkan tubuhnya kebelakang, dia terkedu memandang tubuh lelaki yang semakin mendekatinya.

"Ss--siapa?" Terketar-ketar Mawar bersuara, matanya menggigil ketakutan. Ya Allah, apa yang sedang menimpa hambamu ini?.

"Datang pun, penat abang tunggu" balas suara itu, meleret. Dia tersenyum miang memandang tubuh cantik itu dari atas sehingga ke bawah, bibirnya dijilat miang, matanya bernafsu.

"Jj--jangan, tolonglah" rayu Mawar dengan suara yang bergetar ketakutan, matanya mulai berair resah. Ya Allah bukan sekali lagi Ya Allah, aku tidak mahu menerima musibah seperti ini Ya Allah. Lindungilah aku Ya Allah, sesungguhnya aku masih lagi trauma dengan kejadian sama yang menimpa aku.

"Jom masuk, ramai dah tunggu" lelaki itu mencengkam lengan Mawar namun pantas sahaja ditepis. Dia tersenyum memandang wajah ketakutan itu, sungguh memukau. Cantik. Kalau diluar sudah memukau seperti ini, apatah lagi di dalam?.

Dengan nafas yang laju Mawar berlari ke arah yang bertentangan, kakinya melangkah laju ke dalam rumah usang itu tetapi disambut dengan empat orang lelaki yang berdiri di hadapan pintu. Masing-masing tersenyum miang memandang ke arahnya, apatah lagi sebahagian daripada mereka sudah menanggalkan separuh pakaian.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Dia bersuara sebak, hadirkanlah bantuan untuknya, tolonglah. Dia tidak putus-putus berdoa di dalam hati.

"Adik manis dah datang, tak sabarkah?" Gurauan itu disambut siulan nakal lelaki-lelaki yang berada di situ, mereka semua melangkah dengan perlahan-lahan ke arah tubuh cantik itu. Masing-masing bersuara nakal, semakin bernafsu.

Nafas Mawar semakin sesak menahan ketakutan, air matanya mengalir resah. Tidak henti-henti cecair jernih itu mengalir di pipinya, mengapa dia boleh leka dengan perkara seperti ini?! Mengapa dia mudah tertipu?!.

Sentuhan di belakang tubuh membuatkannya melawan dengan kasar, dia kebelakang beberapa langkah sehingga belakang tubuhnya benar-benar bersentuhan dengan dinding. Kakinya menggigil teruk, tubuhnya menggeletar ketakutan.

"Jangan takut, kami akan jaga adik dengan baik punya. Takkan kasar, lembut je" sejurus selepas mengujarkan kata-kata itu dia mula tertawa kuat, seolah-olah dikawal oleh syaitan. Tidak mengingati Tuhan dan hanya menginginkan kepuasan dalam dosa.

Hembusan nafas Mawar semakin sesak, siapa yang akan membantunya tatkala ini?. Sesungguhnya dia amat  ketakutan, tidak dapat dibayangkan tubuhnya yang bakal menjadi hamba nafsu syaitan mereka malah keadaan tubuhnya yang bakal tidak bernyawa beberapa ketika nanti. Berita-berita yang tersebar di televisyen mulai menghantui mindanya, dia memejamkan matanya erat sebelum menutup mulutnya menahan nafas yang semakin sesak. Sebak. Sakit.

"Alala, dia takut" ejek salah seorang lelaki, membuatkan rakan-rakannya yang lain turut tertawa.

Mereka mula tersenyum sinis. Lauk sudah berada di depan mata, tunggu apa lagi?.

"Baringkan dia" arahan lelaki itu membuatkan air mata mengalir semakin deras, suara esakannya mulai kuat. Dia mulai menjerit ketakutan.

Mereka pula memegang kedua-dua lengan Mawar manakala yang lain memegang kakinya sebelum menghempaskan tubuh cantik itu di atas lantai simen itu.

"Ya Allah! Bantu aku Ya Allah! Tolong! Aku tak nak!" Jerit Mawar semakin nyaring, dia melawan dengan kuat namun tidak berdaya untuk melawan kekuatan kesemua lelaki bertubuh sasa itu. Setiap sudut tubuhnya dipegang kuat, badannya kaku tanpa pergerakan. Hanya tangisan yang menemaninya saat, esakannya semakin lama semakin kuat.

"Ambil kayu tu, hentak kaki dia" tanpa kata salah seorang daripada mereka mengambil kayu separuh besar di atas lantai simen itu, mereka tersenyum sinis.

"Lepaskan akulah! Syaitan! Mana iman kau?!" Tengking Mawar bersama esakan, tidak henti-henti tubuhnya melawan sentuhan mereka. Aku tak rela Ya Allah! Sesungguhnya aku teraniaya! Lindungilah aku Ya Allah!.

Mereka hanya tertawa melihat tindak balas Mawar itu, pegangang semakin dikuatkan.

Pakk!

Kayu itu hentakkan kuat pada kaki kanan Mawar.

"Ya Allah!" Raung Mawar dalam kesakitan, air matanya mengalir semakin lebat. Sakit Ya Allah. Ibu, tolong Mawar ibu. Mawar tak larat, sakit.

Lelaki itu mula menanggalkan butang baju Mawar satu persatu dengan rakus.

"Lepaslah tak guna! Dasar binatang! Lepaskan akulah! Ya Allah aku tak rela! Bantu aku Ya Allah!" Tengkingnya dengan tangisan yang semakin kuat, dia menyepak lelaki itu menggunakan kaki kirinya sebelum pipinya dilempang kuat. Dengan kasar lelaki itu menyantumkan wajahnya benar-benar di kepala Mawar yang berlapik tudung. Hembusan hangat lelaki itu menyentuh lembut wajah basah Mawar. Mawar mengalihkan wajahnya dengan kasar.

"Aku tak teragak-agak untuk buat dengan kasar kalau kau melawan" ugut lelaki itu bersama tawa sinis. Dia menanggalkan bajunya dengan rakus sebelum menekan lututnya di kaki kanan Mawar yang membengkak.

"Sakit!" Raung Mawar dengan air mata yang lebat, wajahnya sudah sepenuhnya basah dengan air mata. Aku tak larat Ya Allah, tubuh aku semakin sakit. Bantu aku Ya Allah, lindungilah maruah aku Ya Allah.

Lelaki itu tersenyum nafsu memandang tubuh cantik yang masih ditutupi singlet hitam itu, dia menjilat bibirnya menahan geram. Laju tangannya membuka butang seluar wanita itu, tidak sabar. Nafsunya tidak tertahan-tahan.

"Binatang!" Tengking Mawar sebak lalu melawan dengan kuat, tanganya yang terlepas itu ditampar kasar ke wajah lelaki itu. Aku bukan hamba kau! Dasar lelaki bertopengkan syaitan!.

"Diamlah tak guna!" Dengan baran dia menampar wajah lembut itu, wajah itu dicengkam kuat. Dia tersenyum sinis melihat bibir mungil yang berdarah itu, puas.

"Aku suruh senyap pun susahkah sundal?! Ambil cecair perangsang tu, biar perempuan ni sendiri yang bernafsu" dengan kasar dia mengoyakkan baju di bahagian lengan wanita itu, lengan putih itu dipegang geram.

"Apa kau buat ni?! Lepaslah tak guna! Dasar iblis! Syaitan!" Tubuh Mawar semakin agresif melawan, sudah tidak dihiraukan wajahnya yang basah lenjun dengan air mata. Apa yang dia mahukan adalah kebebasan! Dia tidak mahu disentuh oleh lelaki-lelaki kotor ini, jijik!.

Lelaki-lelaki itu memegang Mawar dengan kuat, dari kepala sehingga ke kaki wanita itu ditahan tanpa pergerakan. Seorang wanita pun susah hendak memuaskan!.

"Lepaskan aku..." Rayu Mawar tidak berdaya, dia semakin lemah menahan cengkaman dan genggaman kuat mereka. Tubuhnya sakit, pedih. Dia tidak larat, dia hanya inginkan segala ini berakhir. Dia tidak mahu melaluinya, bantu aku Ya Allah. Aku memerlukan perlindunganmu Ya Allah.

Tidak putus-putus doa meniti di bibirnya, kesakitan di kakinya terasa semakin berdenyut-denyut. Dia tidak berdaya untuk melawan dengan tenaga yang kuat, tubuhnya seolah diikat dengan tali yang erat. Pedih, sakit.

"Cepatlah cucuk! dia dah lemah ni" marah salah seorang dari mereka, wanita ini sudah lemah! Tunggu apa lagi! Dia sudah tidak tahan menahan nafsunya. Dia inginkan kepuasan!.

"Pegang dia" lelaki itu mula menghalakan jarum itu di lengan layu Mawar.

Bang!

"Arghhhh!" Tembakan di bahu membuatnya rebah ke lantai, jarum itu sudah tercampak jauh darinya. 

"Pasukan satu masuk!" Arah satu suara di luar.

Ketika itu juga lelaki-lelaki itu bergegas melarikan diri ke merata tempat, tubuh Mawar dibiarkan terbaring lemah di atas tanah.

"Lari bodoh!" Jerit mereka sebelum melangkah dengan laju keluar rumah usang itu, mereka mulai mengambil laluan masing-masing. Belum sempat mereka merasa kepuasan, kerja mereka diganggu! Tak guna!.

Mawar mengalirkan air mata kesyukuran, Allah mendengar doanya. Doa-doanya dimakbulkan dengan sempurna, dia dilindungi dari menjadi hamba kepuasan nafsu syaitan mereka. Dia tersenyum lemah, sungguh bersyukur dengan aturan yang diterima. Terima kasih Ya Allah.

"Perhatikan setiap sudut! Jangan biarkan seorang pun terlepas!" Arah suara itu nyaring, pistol tersedia mengacu di sekeliling kawasan rumah usang itu. Langkahnya diatur dengan laju dan kemas sebelum terhenti tatkala melihat susuk tubuh lemah yang terbaring di atas lantai keras itu.

"Mawar" panggil Nathan risau, dia melangkah laju ke arah tubuh yang hampir tidak berpakaian itu. Dia melutut di sisi tubuh itu sebelum tergesa-gesa menanggalkan kotnya lalu menutupi tubuh wanita itu sepenuhnya.

Dadanya berdegup laju memandang wajah basah itu, matanya merah. Bibirnya bergetar-getar kecil, apatah lagi mata wanita itu memandang sayu ke arahnya. Sungguhpun sakit, namun wanita itu masih lagi berdaya untuk mengukirkan senyuman buatnya.

"Nathan..." Lemah sahaja suara Mawar memanggil nama itu, matanya kembali berair. Rasa bersyukurnya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata, dia amat bersyukur. Maruahnya dilindungi dengan sebaiknya, walaupun auratnya sudah menjadi tatapan mata lelaki-lelaki iblis itu.

Nathan terdiam menahan rasa, entah mengapa dia tidak mampu berkata apa-apa. Hanya pandangan matanya sahaja yang tidak lepas dari memerhati wanita itu, dadanya sakit menahan kebenaran yang dilihat. Jika dia terlambat tadi, pasti nyawa dan maruah wanita itu sudah melayang.

"Tuan--"

"Jangan masuk" arah Nathan pantas. Dia tidak mahu aurat wanitanya menjadi tatapan sesiapa lagi, cukuplah kejadian yang menimpa wanita itu tadi. Dan dia sendiri tidak sedar bahawa matanya juga telah tersasar melihat aurat yang selama ini dilindungi oleh wanita itu, dia tidak sedar. Pandangannya hilang tatkala melihat tubuh kesakitan wanita itu, hatinya turut merasai sakit yang sama.

"Baik, Tuan. Kesemua penjenayah telah ditangkap" balas pegawai itu dengan kemas sebelum berlalu pergi setelah melakukan tanda hormat.

"Tunggu sini, aku panggil Gween untuk papah kau. Kau belum halal lagi untuk aku sentuh" ujar Nathan separuh berbisik, baru kali ini dia mampu mengeluarkan suaranya. Dadanya tiba-tiba berasa sesak melihat keadaan wanita itu, hatinya turut sakit melihat tubuh lemah itu.

Perlahan-lahan Mawar mengangkat tangannya menggenggam seluar lelaki itu, dia tersenyum nipis.

"Duduk dengan saya" pintanya bersama setitis air mata yang mengalir, air mata kesyukuran. Terima kasih Ya Allah, aku selamat di bawah perlindunganmu.

Tanpa sedar seluar lelaki itu digenggam kuat, seakan-akan tidak mahu dilepaskan. Tidak dihiraukan tubuhnya yang terbaring itu, apatah lagi ketika auratnya juga terpapar jelas. Mujur sahaja lelaki itu yang melihatnya, namun itu tetap auratnya. Dia terlalu lemah untuk menutupnya, tubuhnya sakit.

Nathan tersenyum nipis. Dia mengambil walkie talkienya dan bersuara.

"Arahkan Gwenn untuk masuk, yang lain duduk di luar. Arahkan medic untuk ke dalam" arah Nathan sebelum dia menyimpan kembali alat itu, pandangannya masih lagi tertumpu ke arah wajah pucat itu. Sungguhpun pucat, namun wajah itu tetap cantik mengukirkan senyuman. Walaupun sekadar senyuman nipis.

"Aku akan lindungi kau" bisik Nathan lembut, hatinya tenang melihat senyuman tipis itu. Sungguhpun dalam kesakitan, namun wajah itu masih lagi mampu untuk memberinya senyuman.

Mawar tersenyum sebak, matanya berair.

"Walau apa pun yang terjadi, aku akan lindungi kau. Walaupun dengan cara mengorbankan nyawa aku sendiri, aku akan tetap lindungi kau" tambah Nathan lagi, dia turut tersenyum melihat senyuman tipis itu. Rasa hendak diusap wajah pucat itu namun dia masih lagi sedar akan status mereka yang bukan mahram. Kalau tidak, sudah lama dia mengangkat tubuh itu ke hospital.

Mawar tertawa kecil, cuba untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri.

"Sakit..." Adu Mawar lemah, sungguhpun tersenyum namun air matanya masih lagi mengalir keluar. Kesakitannya terasa semakin perit, pedih.

"I know" balas Nathan lembut, dia tidak mampu mengungkap perasaannya ketika ini. Sakit yang dia sendiri tidak jangka untuk merasainya, ibarat tubuh itu juga sebahagian daripada tubuhnya. Dada yang sesak menahan rasa, hati yang sakit memendam rasa. Dia sedar akan itu.

"Periksa tubuh mangsa, aku tak nak keadaan mangsa semakin lemah" ketika itu juga terdengar suara Gween menghampiri mereka, memberi arahan kepada medic yang turut bersama mereka.

"Tolong ke tepi Nathan, mereka nak periksa keadaan Mawar" ujar Gween masih setia berdiri di belakang mereka, tatkala itu juga ahli medic mendekati mereka berdua.

Perlahan-lahan Nathan bangkit dari tempatnya, serentak itu juga genggaman wanita itu terlepas. Dia masih lagi tersenyum memandang wajah pucat itu, mata wanita itu masih lagi berair dengan bibir yang bergetar. Trauma.

"Awak" panggil Mawar perlahan.

"Aku ada" balas Nathan pada masa yang sama, dia berdiri beberapa langkah ke belakang. Memberi peluang kepada ahli medic untuk memeriksa tubuh Mawar, namun pandangannya masih lagi tertumpu kepada wanita itu.

Mawar memandang wajah lelaki itu dengan mata yang masih berkaca, air matanya tidak mampu berhenti dari mengalir. Dia tersenyum kecil memerhati gerakan bibir lelaki itu, sudah lebih dari cukup untuknya.

"I will always be with you"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience