•prolog•

Romance Series 12832

          NAFAS dihembus perlahan. Udara waktu pagi itu dihirup segar. Sudah tiga hari berada di Kerajaan Tehran namun sebarang bukti kukuh masih belum diperolehi. Segala perbincangan dan persepakatan dilakukan dalam menjayakan tugas diraja tetapi masih menemui jalan buntu. Malah, maklumat mengenai Kerajaan Tehran juga masih belum diketahui.

Dia sedar, Pasukan Polis Diraja masih di dalam langkah berjaga-jaga agar tidak diketahui identiti oleh tuan rumah. Ketika berada di mana-mana sahaja, pasti akan ada mata-mata yang memandang. Tidak lupa juga ketaatan rakyat Tehran terhadap negaranya. Sebarang pertanyaan mahupun jawapan tidak memberikan sebarang kepastian. Pasti, mempunyai kiasan.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan lamunannya, tidak sedar akan kesejukan pagi yang menyengat tubuh. Lantas diberi arahan untuk masuk.

"Inspektor Nathan, kita telah mendapat arahan dari Tuanku untuk pulang. Pencarian Tuanku Syeikh Lais ditangguhkan" setelah menyampaikan arahan, dia menundukkan kepalanya dan beredar keluar. Itu merupakan salah satu tanda hormatnya kepada Ketua Polis Diraja Versailles, walaupun tidak mempunyai pertalian darah diraja namun pangkat dan kemahiran tersebut menjadikan beliau golongan yang dihormati.

Sekali lagi, Nathan mengeluh. Ini pasti berkaitan dengan kekangan masa yang diambil. Berkemungkinan tempoh waktu yang digunakan semasa pencarian melebihi jangkaan Diraja. Tugasan yang diberikan kali ini, tidak mudah untuk diselesaikan. Pencarian yang turut menjangkaui jangkaannya juga.

Raja Syeikh Lais , abang kepada Raja Syeikh Luthfan yang telah hilang hampir 11 tahun. Misi pencarian menjadi semakin sukar kerana pangkat golongan kerabat tersebut. Harta dan pangkat yang menjadi dendam kerajaan lain. Keamanan dan kemajuan juga semakin terancam apabila melibatkan kehilangan golongan Diraja ini.

Dia mendail nombor seseorang.
"Hujan, tomorrow morning. Sharp." panggilan dimatikan.

           "FLIGHT kita pukul berapa esok? Pagi ke?" Soalnya. Pakaian yang masih berada di dalam almari diambil, kemudian dilipat. Sengaja melakukan persiapan lebih awal, tidaklah esok menjadi huru-hara. Hanya sehelai pakaian sahaja ditinggalkan tidak berlipat untuk pulang esok. Semua barangan peribadi juga telah disimpan.

"Tengah hari, ingat pagi tu nak pusing-pusing kejap kat sini. Bukan selalu kita pergi sini kan" balasnya pula. Siaran televisyen ditukar berkali-kali. Bosan. Cubalah bagi cerita yang gempak sikit. Ini tidak, asik mafia, tembak and mati. Lepastu pusing-pusing jalan cerita sama. Macam mana kerajaan nak maju kalau macam tu?. Tapi kat sini mafia pun aku tak nampak, penjual aiskrim je memanjang kat sini. Yang asik gaul aiskrim guna batang besi tu, alah yang suka cari gaduh guna aiskrim tu.

"Baguslah kalau macam tu pun, alang-alang aku nak beli sorverniars sekali" beg yang sudah padat itu dizipkan. Muat pun, dah puas kena pijak dengan aku gamaknya.

Beg tersebut diletakkan di sebelah almari, langkah diaturkan ke arah katil. Mahu melelapkan mata, ngantuk.

"Weyh Mawar, jomlah teman aku. Mafia tu tak mati lagi" kata Maya, merengek. Tadi bukan main, asik Mafia je. Ini dia layan pula.

Rengekannya diabaikan oleh Mawar.
Lebih selesa wanita itu tidur sambil memeluk bantal golek di tengah itu. Sudahlah dengan beberapa bantal yang sudah terpelanting jauh ke lantai, bantal aku pula tu. Memang nak aku tidur bawah ke apa?. Dasar lo wanita buntat.

Bunyi alarm kedengaran kuat di gegendang telinganya. Telefon yang bergetar dengan ringtone ayam berkokok itu dimatikan. Lantas dia bangkit dari baring dan menggeliat kepuasan. Tanpa sedar, tangannya tertumbuk pipi sahabatnya yang sedang lena di sebelah. Biarkanlah, itu cara wanita sejati kejut bangun tidur.

Tidak lama kemudian, terdengar rengekan Maya. Marah mungkin, tidurnya diganggu.

"Weyhh, bangun. Kita subuh jom" kejut Mawar lembut. Dia mengenyeh matanya dengan tapak tangan kemudian mengesatnya di lengan Maya. Berpura-pura mengejutkan wanita itu dengan lemah lembut. Kadangkala, rambut wanita itu ditarik geram. Kejut bangun pun susah. Kalau dengan lelaki bukan main, tidak dikejut lagi sudah bangun. Konon-kononnya nak jadi snow white. Prince charming kejutkan. Lepas ni, aku doakan malaikat maut kejut kau. Baru puas hati aku.

Dia melangkah ke arah tingkap bilik, lalu langsir diselak seluas-luasnya. Hmmm, gelap lagi rupanya. Tiada sinar matahari pula nak dicucuk ke mata Maya. Biarlah, pemandangan waktu ini memang cantik.

Langkahnya diteruskan ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sejadah dibentang lalu dia memulakan harinya bersama Yang Maha Esa.

"Ya Allah, kejutkanlah sahabatku dari mimpi yang lagho Ya Allah. Sesungguhnya dia khilaf Ya Allah, bantulah dia kembali pada jalan yang benar Ya Allah.." doanya kuat. Sengaja. Namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Sudah nampak, ajal dia hampir sampai tu.

"Woi, bangunlah! Sleeping beauty konon, sleeping ugly adalah! Subuh ni Maya!" Jeritnya kuat. Pantas sahaja jari mencubit lengan sahabatnya itu. Tidak cukup dengan itu, kemudian peha Maya pula ditampar sekuat hati.

"Hish! Belum azan kan?!" Balas Maya geram. Tubuh dipusing membelakangi Mawar, pehanya yang baru menerima tamparan berapi itu diusap.

"Belum azan hotak kau! Kat sini celah mana nak dengar azan?!" Selimut yang menutupi tubuh Maya sepenuhnya itu ditarik geram, dicampak sejauh mungkin selimut yang tidak bersalah itu. Kalau tidak difikirkan keadaannya yang masih bertelekung, sudah dia melompat di atas tubuh sahabatnya itu. Lebih bagus jika tubuh leper itu dibelasah sehingga jatuh dari bangunan.

Maya hanya membalas dengan menggaru belakang telinganya, gatal pula. Mana datang nyamuk ni?. Ouh lupa, ada mak nyamuk kat sebelah. Bising dari tadi.

"Berlagak kau kan, dulu beria cita-cita nak jadi isteri mithali lah bagai! Berambus sana, waktu macam ni pun kau cari selimut bukan cari Allah ada hati nak jadi isteri mithali!" Bising Mawar lagi. Geramnya sudah tidak boleh dibendung lagi. Pantas langkahnya diatur ke tandas.

Sebaldi air yang berada di tangannya itu dibacakan Al-Fatihah, sebelum disiram ke atas tubuh Maya.

"Basahlah perempuan!"

"Astaghfirullahalazim"

"Pergi mati sana."

          "AKU yakin yang perkara ni takkan selesai cepat, kita bukan buru orang biasa. Tetapi, kerabat. Risiko dia berlipat kali ganda" Hujan yang ketika itu sedang memandu hanya melepaskan keluhan berat. Baru prolog dah ada orang hilang. Belum lagi bab-bab seterusnya, semua watak dah arwah agaknya.

"Tiga hari kita kat sini tak membuahkan apa-apa hasil pun. Taat setia rakyat sini, kuat. Sebab itu negara dia tenteram, masyarakat dia ada sifat kesepaduan" Nathan menganggukkan kepalanya sedikit. Bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu. Benarlah apa yang dibicarakan, jika dilihat dari jarak jauh mahupun dekat, kerjasama mereka sesama penduduk amat kukuh. Biarpun, kadangkala tergolong dengan orang yang berlainan agama. Mereka masih mampu bekerjasama dan berganding bahu.

"Aku dengar Tuanku nak kita naik istana, berita tentang kerajaan Tehran dah sampai ke pendengaran dia" ujarnya tenang. Pemandangan luar dipandang seketika sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan. Tidak hairan pun sekiranya mereka harus menjejakkan kaki ke Istana mewah itu, pasti mengenai misi yang hampir gagal kali ini. Orang kanan mahupun pasukan polis diraja pasti sudah membawa mulut ke pengetahuan Diraja.

"Macam yang kau dengar, kita tiada pilihan pun. Hadap atau berpaling" balasnya tanpa riak. Telefon yang memaparkan kedudukan Diraja Tehran itu diperhati dengan tekun, seketika keningnya terjongket pelik.

"Aku rasa, gps tu dah hilang. Kedudukan Diraja semakin kabur" dia mencapai tablet kecil yang terletak di dashboard kereta dan mengakses kedudukan terkini. Benarlah sangkaannya, gps itu sudah tertanggal. Sama ada kedudukan itu diketahui ataupun hilang tanpa jejak.

Hujan memberhentikan keretanya di sebelah kedai cenderamata. Tanpa kata dia menanggalkan seatbelt dan membuka pintu kereta.

"Where?" Soal Nathan, ringkas.

"What? Aku nak beli ole-ole untuk family lah" balas Hujan tidak bersalah. Riak wajah memaparkan segalanya. Beria, tanya je pun. Dia terus mengeluarkan tubuhnya dari kereta dan mula menuju ke arah kedai cenderamata yang berdekatan.

Keadaan sekeliling yang lengang itu menarik perhatian Nathan, hanya beberapa orang sahaja yang menghuni di situ, termasuk dengan bilangan pelancong yang melawati tempat tersebut. Dia menoleh tatkala mendengar pintu kereta pemandu terbuka. Cepatnya beli. Terjongket sebelah keningnya, bercampur dengan riak pelik dan terkejut. Apatah lagi apabila gerangan itu selamba sahaja mencampakkan beberapa beg hadiah ke arahnya.

Aku tak rasa situasi ni pelik, tapi aku rasa macam bangang je.

"Kau tahu tak, Maya. Tadi ramai gila orang kat kedai tu. Sampai berebut lah aku. Punyalah, tolak-tolak orang keliling nak bayar. Kat luar kemain sikit, bila masuk dalam.. masya-Allah, mengucap aku. Nak aja, aku baca Yassin kat telinga diorang-" bebelannya terhenti saat terpandang tempat duduk penumpang. Erk, lelaki?.

Aduh, aku salah kereta ke?. Hadumak buat malu lagi. Again and again and again ! bilalah nak hilang perangai yang satu ini, menyusahkan tuan badan betul !. Dia tersengih kelat memandang lelaki itu. Maaf, saya tak berdosa. Saya teraniaya. Banyaklah kau !. Tangannya yang hampir memakai seatbelt itu perlahan-lahan dilepaskan dan diletakkan di tempat asal pemandu. Dia berdeham, menghilangkan rasa malu yang semakin bertandang. Buat hal ! Buat hal ! Buat hal !. Dahlah selamba badak je aku campak barang-barang tu kat dia. Haaaaa.

Mawar menundukkan sedikit kepalanya memohon maaf.
"I'm sorry, I thought this is my car" sekali lagi dia memohon maaf. Adui, nak angkat muka macam kena brek pula. Segan hendak memandang wajah lelaki yang dari tadi tidak lepas merenungnya. Habislah aku, tak apa aku baca dua kalimah syahadah siap-siap.

"And I thought that I'm your maid" kata-kata maafnya dibalas dengan sindiran. Dia punya menusuk hati tu, sampai zirafah pun boleh terbang.

Mawar membiarkan sindiran itu terbang bersama zirafah. Apa yang penting adalah cara untuk dia melarikan diri dari disoal siasat. Sudahlah lelaki itu duduk di tempat duduk penumpang, jadi pasti dia tidak berseorangan. Sebelum dia ditangkap oleh seorang lagi manusia, baik dia beredar dulu. Tidak ke naya jika dia dituduh bukan-bukan dan diheretkan ke balai polis. Jatuh nilai level kesopanannya sebagai perempuan melayu terakhir.

"Ermm, sekali lagi saya minta maaf. Assalamualaikum" pantas sahaja tangannya mencapai beg-beg hadiah yang dibeli sambil melemparkan kata-kata maaf. Tidak apa, perempuan yang rajin meminta maaf ni perempuan yang limited edition. Hehe. Dah tu salah aku, takkanlah dia pula yang mahu meminta maaf pula kan.

Tidak henti-henti kata maaf yang diberikan Mawar kepada lelaki itu, tangannya diangkat perlahan ingin membuka pintu kereta. Namun, pintu pemandu yang sudah terbuka dari luar itu menghentikan niatnya.

"Nathan kau nak- woii!" Hampir tercampak beg barangan yang dibelinya sebentar tadi. Wajah mempamerkan riak kurang senang. Dah salah ni, dia ada perempuan cari, aku tak ada. Eh, apa aku merepek ni. Pintu kereta semakin dibuka luas, memberi laluan kepada wanita itu untuk beredar. Dia tersenyum kecil melihat wanita yang terkebil-kebil itu. Malu lah tu.

Kereta yang berada di hadapan mereka itu dipandang. Bentuk kereta yang berbeza namun warnanya sama. Merah. Pelik, sengaja masuk salah kereta ke?.

"Cik adik, kalau nak ngorat abang ni jangan buat perkara macam ni. Dia suka perempuan yang pemalu, bukan perempuan yang tak tahu malu" ujar Hujan sekadar untuk mengusik. Wajah yang semakin memerah itu menggelikan hatinya. Aduhai, dalam banyak-banyak lelaki kat negara ni, Nathan juga kau kejar kenapa?. Aku kan ada, eh melebih. Gurau je.

Nathan memberikan riak, menyampah. Mulalah tu, dia nak buat kesimpulan sendiri. Sejak bila entah, aku nak ngorat dia. Eh silap, dia ngorat aku.

Tubuh kecil itu melangkah keluar dari kereta perlahan-lahan. Rasa mahu hentak sahaja kepalanya di atas jalan raya. Tidak cukup seorang lelaki, datang pula yang seorang lagi. Kalau senyap tak apa, ini tidak. Banyak pula syarahannya.

Dia menundukkan sekali lagi kepalanya tanda memohon maaf. Kedua kakinya terasa digam pula untuk bergerak. Aduh, time macam nilah brek nak makan. Lututnya ditumbuk kuat, geraklah!. Dia hanya tersengih memandang kedua-dua lelaki yang melihatnya hairan. Apa, ingat aku buat kelakar.

"Hey, perempuan" panggil Nathan mendatar. Kepalanya dijengukkan sedikit di bahagian pemandu. Wanita yang masih berdiri kaku itu menoleh ke arahnya lambat. Riak tanda tanya terhias di wajahnya.

Pembalut luka yang berada di dashboard diambil lalu dihulurkan kepada wanita itu.
"Jari kau luka." Ujarnya tanpa riak. Hanya muka tanpa senyuman yang menyapa wanita itu.

"Baikk" aduh, apa kena mengena baik pulak ni ?!.
"Bukan, maksud saya terima kasih" senyuman tanpa noktah dihadiahkan dengan perasaan yang bercampur baur. Baik pula mamat ni, dia sendiri tidak sedar ketika bila jarinya terluka. Caring lah pula. Sudah sudah ! Jom balik !. Apa lagi nak buat kat sini. Menambahkan malu lagi adalah.

"Nak saya hantarkan ke?" Kata Hujan apabila wanita itu langsung tidak bergerak dari tempatnya.

"Bukan! saya nak berambuslah ni. Bukan bukan! Pergi! Bye" kakinya terus melangkah pergi dari tempat tersebut. Langkah yang diambil terlalu laju sehingga kereta yang sepatutnya dinaiki terbabas jaraknya. Dia berlari semula pada kereta asal dan pantas sahaja masuk ke dalam kereta. Jangan salah kereta lagi sudahlah.

Tercungap-cungap nafasnya tatkala melabuhkan duduk di bahagian pemandu. Selepas ini taubat, tidak mahu menghadapnya lagi. Beg hadiah yang dibeli beberapa minit tadi diletakkan pada tempat duduk belakang. Wajah Maya yang memandang dengan pelbagai riak itu diabaikan. Tidak lain tidak bukan, pasti sudah mengetahui tentang kejadian yang menimpanya sebentar tadi.

"Kenapa lama sangat dalam kereta dia tadi? Dia marah kau ke? Aku dah panggil kau punya kuat tadi, takkan tak dengar? Bila kau masuk dalam kereta dia tadi aku dah tak boleh tolong tahu tak ?! Nak sergah karang, jadi cerita lain pula. Dia buat apa pada kau?" Soal Maya bertalu-talu. Tidak lupa juga tangannya yang menyelongkar beg-beg yang berisi hadiah itu. Matanya tertancap pada hadiah tersebut namun mulutnya dibebelkan ke arah Mawar.

Mawar mengerling sahabatnya itu, menyampah.
"Entah" balasnya tanpa ringkas.

Bunyi hon kereta di sebelah membuatkannya menoleh, tingkap diturunkan.

Wajah lelaki yang menjadi mangsa bibiknya tadi dipandang dengan persoalan. Kenapa ? Nak minta ganti rugi ke?. Tapi aku tak buat apa-apa kat dia pun!.

"If you want my number, just ask. Tak perlu terjah masuk untuk tarik perhatian aku" sebaik sahaja dia menghabiskan kata, kereta itu terus meluncur pergi. Sempat dia mengenakan cermin mata hitam dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.

"Eleh, kau fikir aku nak sangat ke. Aku tak desprete lah!" Ayat terakhirnya sengaja dikuatkan.

Tindakan yang tidak dijangkakan.
Kereta itu berhenti dengan tiba-tiba.

"Adumak, maaflah! Orang gurau je!" Tingkap pantas ditutup kembali. Spontan tangannya menjatuhkan sandaran tempat duduk pemandu dan terus sahaja tubuh itu terbaring tanpa sebarang halangan. Aduh, gelabah punya pasal. Semua benda jadi bengong je.

"Dia dah pergikan?" Soalnya pada Maya. Melihat anggukan wanita itu menghadirkan satu perasaan lega di dalam hatinya. Dia menjatuhkan kepalanya dengan keluhan yang berpanjangan. Macam baru lepas pergi berperang, dia punya lega tu.. haih.

Tingkap kereta yang diketuk mengejutkannya. Mukanya kembali pucat. Maya dipandang dengan riak wajah yang resah.

"Ouh, kau nak aku bukakan ke?" Tanpa kata Maya menurunkan tingkap kereta di bahagian pemandu itu. Dia tersengih memandang Mawar yang mengetuk kepalanya berkali-kali. Orang dah tolong pun nervous lagi. Apalah.

Mawar bangkit dari pembaringannya perlahan-lahan. Rasa lemah pula tubuh tatkala itu. Wajah lelaki yang bercermin mata hitam itu dipandang dengan senyuman nipis. Saya minta maaflah, saya bukan sengaja nak kata macam tu. Tapi awak tu haa, berlagak, takbur, sombong, bongkak, riak, perasan bagus, perasan hensem.

"This is my number, don't forget to save it" sehelai kertas kecil yang berlipat dua itu dihulurkan. Senyumannya ditahan melihat tangan kecil itu terketar-ketar mengambil kertas di tangannya. Berdebarlah tu, well aku tahu aku hensem.

Langkahnya kembali diatur ke kereta tatkala senyuman kecilnya berbalas. Aku bukan tak nak senyum. Cuma.. tak nak.

Kertas yang berlipat dua itu dibuka. Dipandang seketika sebelum pandangannya dialihkan kepada Maya yang turut melihat kertas tersebut.

"Kau kata dia dah pergi." Soal Mawar bernoktah.

"Yelah, maksud aku pergi ke kereta kita" balas Maya sedikit bendul. Dahinya berkerut melihat wajah tidak berperasaan sahabatnya itu. Adakah tindakannya salah?. Dia hanya menjawab pertanyaan wanita itu sahaja, jadi tidak ada apa yang perlu dipersoalkan bukan?.

"Terima kasih Maya, sebab jadi kawan aku" ujar Mawar melemparkan senyuman tawar. Dia sedar, sahabatnya itu tidak mengerti langsung maksud yang cuba disampaikan olehnya.

Maya tersenyum girang.
"Sama sama!"

Mawar tersenyum kecil. Well, kawan akulah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience