•bab 40•

Romance Series 12832

          BALINGAN kayu yang dicampak ke arahnya dielak, Nathan mengejar lelaki berbaju lusuh itu bersama pistol di tangan.

"Amik laluan bertentangan!" Arah Nathan sebelum melepasi batu bata yang menyusun tinggi, dia melompat melepasi objek itu dengan mudah.

Hujan di sisi meluncur laju melalui timbunan kayu, dia mengacu pistol ke arah kaki pelarian itu.

"Siapa yang terlepas?!" Soal Hujan, dia kembali berlari mengejar musuh.

"Dua daripada lima penjenayah yang ditangkap" balas Nubhan sayup-sayup dari belakang.

"Kuat stamina aku macam ni" mabuk Hujan.

"Watlek, stamina kuat yang mantap. Idaman wanita" tambah Nathan pula, turut merapu.

Nathan mengangkat pistolnya separas bahu sebelum melepaskan tembakan ke arah kaki musuh, dia mengejar dengan pantas tatkala larian lelaki itu mulai terkial-kial.

"Sakit s*al!" Jerit suara itu nyaring.

"Nubhan!" Panggil Nathan dengan kuat setelah menangkap musuh, dia menahan tubuh itu dari belakang.

"I got one!" Sahut Hujan pula.

Nubhan terus menggari tubuh yang longlai itu dengan pantas, risau jika terlepas semasa bergelut.

"Degil" Hujan menjentik dahi penjenayah itu.

"Bebal" kutuk Nathan, risau kadang.

"Sini" Raaid menyambut penjenayah di tangan Hujan, dia menahan gari itu dengan kuat.

"Letih bhai, nak tercabut jantung aku" keluh Hujan, dia menyandar dengan lelah di pokok.

"Kau dah tua lah tu, dah tak selevel dengan aku" balas Nathan sebaik sahaja memastikan kedua-dua penjenayah ke dalam kereta polis, lega tatkala semuanya telah selesai.

Hasil penangkapan individu pembunuhan dan cubaab merogol, 10 individu ditangkap dengan kemas. Sama seperti kes-kes sebelum ini. Penjenayah selalu dikesan, namun lokasi dan ketua utamanya masih di dalam pencarian. Rumit.

"Kita memang tak sama, kau tak single. Puih!"  Ejek Hujan, membanggakan kehidupan alone yang dia alami tatkala ini.

"Sekurangnya makan pakai aku, ada orang yang uruskan" kata-kata itu berjaya membuat Hujan terdiam ditempatnya, dia meleparkan jelingan tajam. Tak guna.

"Eleh, aku pun orang uruskan" nak kata Tok Ummi lah tu, tak padan dengan teruna lapok.

"Tak sama, aku diurus dengan sayang yang mendalam" sambung Nathan lagi, sengaja ingin menyakitkan hati.

"Apa kau fikir Tok Ummi tu, Hulk kah? Nak kasar sangat" perli Hujan semula.

"I got the kisses every morning, bro" akhirnya Hujan terdiam mendengar kata-kata itu, main kotor.

Nathan tersenyum sinis, puas hati aku.

"Aku nak report!" Nathan tergelak mendengar ayat itu, mengalah ah tu.

Dia melangkah ke arah kereta yang bertentangan, ingin kembali ke balai.

"Aku dah buat tinjauan, kita dah boleh mulakan serbuan kembali" ujar Gween bersama report di tangan, dia melangkah ke arah mereka bersama carta di tangan.

"2 bulan diorang senyapkan diri, dan kerja diorang bermula semula minggu lepas. Baru-baru ni, kita baru dapat 2 orang mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita" jelas Gween lagi sambil menyerahkan fail itu kepada mereka.

"Jadi yang terkini, adalah kes sekarang?" Soal Hujan.

"Yup, 10 orang mangsa yang baru ditangkap"

"Kali ini mangsa di target melalui apa? Masih dalam prosedur yang sama?" Soal Nathan pula, sehelai demi sehelai helaian itu diselak.

"Masih sama. Food grab and posmen adalah inisiatif diorang yang utama, memandang mangsa yang akan datang sendiri pada mereka" Dia menghembus kecil. Jika diikutkan, tiada satu cara pun yang akan menyelamatkan mereka. Semuanya perlu berhati-hati.

"Dua orang mangsa yang baru ni, apa report yang diperolehi dari ahli forensik?" Nathan menyerahkan semual fail itu kepada Gween.

"Mangsa lelaki dan perempuan, dua-duanya menjadi mangsa rogol" kata-kata Gween itu tidak mengejutkan mereka, memang itu yang mereka dengari dari permulaan kes lagi.

"Kes rogol bagi mangsa lelaki meningkat sebanyak 5 peratus" ayat itu mewujudkan bentuk 'ooo' di bibir Hujan, impressive.

"What a great taste" uhuk. Nathan menggeleng kecil, payah untuk dibayangkan melalui akal fikiran.

"Sama seperti sebelum ni, organ dalaman menjadi bahan utama" kali ini mereka mengangguk, sudah faham.

"Macam biasa, beri aku full report" arah Nathan, dia menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket.

"Roger, boss" sejurus selepas itu Gween terus melangkah ke kereta, ingin menyiapkan tugasannya di balai.

"Jom berambus" ajak Nathan.

"Eh, wait. Kenapa kau absent kelmarin? Kau tahukan kita ada meeting dengan Pegawai Kerajaan Laurent?" Soalan itu membuat Nathan menghentikan langkahnya. Hehe.

Hujan menjongketkan sebelah keningnya menyoal, baru teringat nak bertanya.

Nathan tersengih busuk. "Ada hal yang tak dapat dielakkan, bro. Aku dilema" terang Nathan dengan agak kekok, dia mengusap belakang lehernya.

Kening Hujan terjongket sebelah, dilema?.

"Dilema apa-- wait, apa benda dekat leher kau tu?" Soalnya terus.

"Ha?" Nathan terkaku ditempatnya.

Satu usapan lembut terasa melingkar naik di dadanya, ketika itu terasa kedua-dua belah tangan putih yang halus itu memeluk erat dadanya dari belakang. Nathan terkedu.

"Abang" kepala isterinya terasa bersandar selesa di belakang tubuh.

Dia berdeham kecil, perit.

"Buat apa ni?" Soal Mawar sambil memegang tangan suaminya yang mengenggam sejadah.

"Nn-nak solat sunatlah" balas Nathan, gementar. Aduhai, mencabar sungguh Si Bunga ni semasa demam.

"Nantilah, temanlah Mawar dulu" pujuk Mawar dengan lembut, dia menukar tempat ke hadapan suaminya. Bibirnya tersenyum manis membalas pandangan suaminya.

Nathan tergamam memandang pemandangan di hadapan matanya, dia menelan liur melihat tubuh yang berbalut tuala separas peha itu.

"Kenapa pa-pakai tuala je nn-ni?" Dia menarik nafas dengan kasar, sesak!.

"Baru lepas mandi" ringkas sahaja balasan yang diterima.

Nathan memegang dahi isterinya yang masih lagi lembab dengan air, masih lagi terasa haba yang hangat itu di tapak tangannya.

Lepastu berbalut tuala pula, tak sejukkah?.

"Hehe" tawa Mawar dengan manja.

"Kenapa?" Soalnya tatkala mendengar tawa isterinya itu.

"Wuduk abang dah batal" balas Mawar bersama senyuman manja.

"Wuduk abang- oh no, Allahuakbar" spontan tangannya naik menepuk dahi, bagaimanalah boleh tersasar ni? Aduhai bini bini.

"Dah alang-alang batal ni, pakaikan lah baju Mawar" Ya Allah, sungguh besar dugaan mu.

"Mawar pakai sendirilah, ya? Abang nak solat dulu" tolak Nathan dengan pantas. Gila apa dia boleh menahan melihat permandangan indah di hadapan mata ini, silap haribulan boleh sasau mengingatkannya. Jadi, lebih baik dia mengelak terlebih dahulu.

"Kenapa Mawar kena pakai sendiri pula?"

"Ha?" Soal Nathan tidak faham, keliru.

"Mawar nak tangan abang yang pakaikan untuk Mawar" Astaghfirullahalazim! Nazak aku macam ni. Jauhkanlah dugaan ini Ya Allah, sebelum aku melambung budak ini di asmara cinta kami.

Menggoda. Erm.

"Macam ni" dia menahan segala perasaan apabila Mawar menarik tangannya ke pinggang wanita itu, tangannya bergetar hebat tatkala menyentuh permukaan lembut yang berbalut tuala itu. Sangat memukau.

"Baby tunggu kejap, nanti lepas solat abang buat" Nathan cuba menarik tangannya namun ditahan, jantungnya berdegup kencang apabila bersentuhan dengan genggaman hangat itu. Perasaan lain mulai hadir mengetuk diri.

"Alaa, nak sekarang" hampir sahaja dia kehilangan nafasnya tatkala kepala yang masih basah itu menyandar selesa di dadanya, tidak cukup dengan itu tangan nakal isterinya pula mulai naik mengusap dada. Memang menguji kesabaran benar, nak meletop dada aku dengan sentuhan dia.

"Nanti dulu, abang janji abang terus datang pada Mawar" kuat Nathan! Kau kena tahan, Mawar sekarang tengah demam.

Jujur dia kata, sepanjang demam ini Mawar selalu menguji zahir dan batinnya, luar dan dalamannya diuji hebat. Kakinya menjadi rapuh sepenuhnya setiap kali menghadapi godaan wanita itu. Dia kalah. Mawar benar-benar menjadi wanita lain sewaktu demam, berbeza!.

"Tipu, nanti abang lari, abang tinggalkan Mawar sampai Mawar tidur"  nafasnya tersekat apabila merasai satu kucupan hangat di rahangnya, dia memejamkan mata menahan segala sentuhan bibir Mawar di lehernya. Kalah kalah kalah!.

"Mm--Mawar" dadanya kembali sesak.

"Abang nampak sexy, Mawar suka" Nathan cuba menahan sentuhan isterinya yang mulai merayap ke dalam baju, naik menyentuh dadanya dengan tapak tangan.

"Mawar cintakan abang" ayat itu semakin merapuhkan fizikalnya, hampir-hampir sahaja dia rebah di atas lantai bilik itu. Lebih-lebih lagi tatkala memandang wajah isterinya.

Bibir yang merah bak delima, hidung yang kemerahan kerana selesema, pipi yang merah kesejukkan. Kesemuanya benar-benar menguji jiwa dan raga. Dia tidak mampu menahannya.

"Baby janganlah macam ni, Mawar demam kan sayang" Nathan cuba menolak tubuh itu namun pegangan tangan isterinya di pinggang terlalu erat, seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

"Abang tak suka Mawar?"

Spontan Nathan membuka matanya semula.

"Kenapa pula tak suka, sayang? Abang cintakan Mawar sepenuh jiwa dan raga abang" Nathan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha sudah, merajuk pula. Masalahnya, aku dah nak pengsan ni.

Mawar mendongak memandang suaminya, dagunya ditongkat atas dada sasa itu.

"Dah tu kenapa asik elak Mawar? Asik tak nak dekat dengan Mawar, Mawar nampak geli--"

"Ya Allah, baby. Tak pernah langsung abang fikir macam tu, janganlah macam ni, abang risaukan Mawar demam sayang" Nathan mengusap lembut kepala isterinya. Allahu sayang, orang risaukan dia boleh pula dia kata macam tu.

"Demam je, bukan nazak" ha, pandai pula mulut tu nak membalas.

"Abang tetap risau, nanti--" ayatnya terhenti tatkala bibir lembut isterinya itu menindih bibirnya, dia tertunduk apabila tangan wanita itu memeluk lehernya dengan erat.

Aku kalah!. Bibirnya dibenam dengan puas di bibir isterinya, kalah kalah kalah!. Minatnya semakin tertarik tatkala mendengar rengekan manja itu.

"Ma-Mawar" sesak Nathan tatkala bibir merah itu sudah menurun dia leher, matanya terpejam menahan nikmat kucupan yang bermain di leher itu. Dia mendesis tatkala merasai satu gigitan kecil di lehernya, nakal!.

"Jangan macam ni sayang" hampir meletop jantungnya apabila tangan halus itu kembali merayap ke dalam baju, memegang dadanya.

"Abangg.." Ya Allah, nada itu sungguh menguji jiwanya. It's sounds so addictive.

Dia pasrah apabila tangan putih kemerahan itu mulai membuka tiga butang baju melayunya, kucupan yang turun ke dada itu berjaya membuatnya lelah. Nafasnya sesak dan laju, aku betul-betul kalah.

Serentak itu tangannya naik memegang pinggang Mawar, dia mengusapnya lembut sebelum berhenti di simpulan tuala itu.

"Mawar yang cabar abang"

Rengekan manja di telinga itu semakin menaikkan perasaannya, dia tersenyum sinis.

She's mine.

"Rasa tak masuk akal pula, kalau aku kata nyamuk yang gigit" terjahan Hujan itu menyedarkan lamunanya, Nathan terkebil-kebil memandang sahabatnya. Apa dia?.

"Tapi aku macam  pernah tengok, kesan merah jenis ni" Nathan berdeham kecil sebelum membetulkan kembali kolar bajunya, banyak soal tau mamat ni.

"Yang telinga kau merah--"

"Dah. Jom pergi balai, aku kena siapkan report bebudak tu" potong Nathan, tidak sanggup lagi mendengar kata-kata itu. Nak tercabut telinga aku menahan rasa malu, hendak-hendak dengan si Hujan ni. Bukan boleh dibuat Main.

"Sabar, aku ada soalan" tahan Hujan.

"Arh, tak payah. Aku malas nak dengar" balas Nathan lalu berlalu pergi tanpa suara, tidak mahu memanjangkan hal itu.

Aduhai sayang, kantoilah apa yang kita buat semalam.

"Satu je soalan, Nathan!" Jerit Hujan, cuba menahan sahabatnya yang telah menonong jauh ke hadapan itu.

"Satu kah, 0.5 kah aku tak peduli" endah Nathan.

"Senang je--" bunyi semak samun menghentikan ayat Hujan, mereka berdua memandang ke arah sebatang pokok yang terdapat bayang hitam itu.

"Hantu apa pagi-pagi ni, bro?" Soal Hujan, berkerut dahinya tatkala cuba menjelaskan imej yang samar-samar itu.

"Itu.." ayat Nathan terhenti seketika sebelum keningnya terjongket sebelah. Aku kenal tubuh tu. "Tunggu aku dekat kereta" arahnya pada Hujan.

"Anything just call me" Nathan menganggukkan kepalanya.

Dia tersenyum sinis. Qays Tufail.

          "WRAP IT here, apa tujuan kau?" Soal Nathan sebaik sahaja bertentang mata dengan lelaki itu. Dia berpeluk tubuh.

"Aku bukan cuba rumitkan keadaan, tapi aku perlukan--"

"Bantuan? Asal? Kau dah kena buang kerajaan?" Soal Nathan bertubi-tubi, memerli.

Qays mengeluh kecil, susah.

"Aku tahu bukan mudah untuk yakinkan engkau, tapi aku dah fikir perkara ni berbulan. Aku perlukan kerjasama kau" ayat terakhir mengundang kerutan kecil di dahi Nathan.

"Selepas apa yang berlaku, dengan mudahnya kau minta bantuan dari aku? So easy" sinisnya, seakan-akan bayang-bayang yang hilang dan tidak tahu malu muncul kembali demi kemahuan diri sendiri. Mudah.

"Aku tahu apa yang kau buat, Nathan" ayat itu mengundang tawa sinis di bibir Nathan, tahu?.

"Cukup dengan drama yang kau tabur semasa di istana, tak perlu untuk tambah kat sini pula" wajahnya bertukar serius semula, tidak suka dengan masa yang terbuang tatkala ini.

"Sebab tu aku kata, memang tak mudah untuk yakinkan engkau. Tapi, jangan ingat aku tak tahu apa-apa. Permainan istana bukan berada dalam tangan kau seorang saja, dari kerjasama kita semasa pemerintahan Raja Syeikh Lais dulu aku kenal kau bagaimana. Tak susah untuk aku tangkap semua perkara tu" balas Qays senada, nafas dihela berat. Kerana dia fikirkan kerjayaan mereka dulu, dia berani datang meminta.

Nathan melemparkan pandangannya ke arah lain, malas mahu mendengar.

"Pemergian aku ke kerajaan lain bukan kerana aku mengkhianat, tapi sama seperti yang kau rasa sendiri, ada sesuatu yang tidak kena dengan pemerintahan di bawah Raja Syeikh Luthfan" noktah. Titik. Cukup untuk menjelaskan segalanya.

"Kalau tidak, pencarian Raja Syeikh Lais tidak akan makan bertahun" pandangan mereka bertaut semula, Nathan melemparkan pandangan tajam kepada lelaki itu sebelum tersenyum sinis.

"Bukan kau yang berada dalam tempat aku, pencarian kerabat diraja bukan sama seperti pencarian guli di dalam tanah" perlinya di hujung ayat, konon seakan-akan mengetahui semuanya. Namun sepatah perkataan pun tiada kena mengena.

Giliran Qays pula tersenyum sinis. "Dan perwatakan kau bukan sehari dua aku kenal, almost 15 years in the war bro. Hujan dan engkau adalah manusia yang paling aku kenal dalam dunia ni" ujarnya yakin, langsung tiada riak bergurau dan main-main.

"Engkau adalah manusia yang full with suprises" sambungnya lagi.

"Aku rasa masa kau dah cukup, dan kita pun tiada urusan lain" henti Nathan di situ. Tidak malu berlama-lama. Masih banyak lagi urusan yang dia perlu selesaikan.

Dia terus mengorak langkah pergi namun ditahan sekali lagi oleh Qays.

"Aku tak perlu ungkit kejadian arwah Tuan Reidht Nahdan" ayat itu berjaya membuatnya terdiam, wajah Qays dipandang dengan tajam.

"Walid aku tiada kena mengena dalam hal ni" tegas Nathan, mendatar.

"Yup, aku tahu you knew it. But kau cuba selesaikan sendiri, act like the one. Sebab tu aku berani jejakkan kaki jumpa kau harini, you're not stupid" Qays menayangkan riak sombong di wajahnya, cuba mengapi-apikan lelaki itu.

Act like the one, huh. Nathan tersenyum sinis, kiddos.

"Aku tahu kau pun dapat rasa perkara yang sama macam aku. Bagaimana permergian Walid kau sendiri, seolah-olah berputar kembali di kes Raja Syeikh Lais" Ayat yang sememangnya masuk akal, namun dia mengendahkannya.

"What do you get?" Soal Nathan, berpeluk tubuh.

"Almost everything, sebab itu aku kaitkan kes ni dengan arwah Tuan Reidht Nahdan. Bukan niat aku untuk mempersendakan engkau, tapi kejadian butir-butirnya hampir sama dengan kes arwah" Terang Qays sambil mengeluarkan telefonnya dari poket, beberapa fail dibuka sebelum menyerahkannya ke arah Nathan.

"Aku cuba bandingkan kedua-dua kejadian,  dan hampir 50 persen sama" tegasnya dihujung ayat.

Nathan sekadar menganggukkan kepalanya. Benar. Kedua-dua gambar itu ada kaitannya.

"Give me the files" arahan itu mengundang senyuman penuh makna di bibir Qays.

"Selamat berkerjasama" ucap Qays.

Nathan tersenyum sinis sebelum menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket. "Aku cuma minta aja" balasnya.

Qays menggeleng kecil, macamlah aku tak tahu.

"Aku tahu kau sedang lakukan pencarian secara bersendirian, hanya kau yang tahu setiap butir dan maklumat setiap kes kejadian. Cuma, kalau ada apa-apa tolong berbesar hati untuk beri pada aku. Mungkin perkara tu akan menolong" sambung Qays.

"Bapak-bapak kau tak tahu tentang perjumpaan kau ni?" Soal Nathan, merujuk kepala Raja baru lelaki itu.

Qays menggeleng. "Kedatangan aku ni, cuma aku saja yang tahu. Dan aku memang sengaja" ayat terakhir itu mengundang kerutan kecil di dahinya.

"Aku tahu kau mampu, sebab tu aku perlukan kerjasama dari kau" tambahnya lagi. Jujur, sepanjang persahabatan mereka selama ini, Nathan memang seorang yang berkebolehan. Jika tidak, lelaki itu tidak akan berada di tempatnya sekarang.

"Aku tak akan panggil itu kerjasama" kata-kata itu mengundang tawa kecil dibibir Qays, masih lagi sombong.

"Ikut suka kau. I'm done with my words" balasnya mengalah. Aku tak akan menang.

"Chau" sejurus selepas itu Nathan terus melangkah ke kereta, meninggalkan Qays yang masih lagi tersenyum sinis di situ. Malas mahu berlama-lama.

"Anything?" Soal Hujan sebaik sahaja Nathan melabuhkan duduk di tempat penumpang.

"Aku akan buka cerita di balai" ayat itu membuatnya mengangguk faham.

Nathan memandang tubuh yang masih lagi berdiri kaku di pohon itu, dia tersenyum sinis.

It's not easy as it look.

           "ABANG" panggilan itu membuat Nathan mengangkat kepalanya. Dia terkebil-kebil memandang tubuh yang sedang mengintai di pintu itu.

Keningnya menjongket menyoal.

"Jom main nyorok-nyorok"

"Ha?" Balasnya tidak faham. Dahinya berkerut seribu.

Mawar tersengih di pintu, dia melangkah masuk ke ruangan pejabat suaminya itu. Bilik yang diubah suai tidak ubah seperti pejabat lelaki itu dibalai, dalam rumah pun ada aura maskulin dia. Aduhai.

"Sejak baik demam ni, makin merapu" kutuk Nathan setelah tubuh langsing itu berdiri di sisinya.

"Mana ada. Itu perubahan fizikal je" cebik Mawar.

"Sama je. Mental tetap gila" uhuk. Mawar terdesak di tempatnya. Dia punya kutuk tu kaw kaw betul.

"Mawar bosan. Abang asik duduk dalam bilik ni je" ayat itu membuat Nathan terdiam seketika, iyakah?.

"Jomlah duduk dengan Mawar, dapat luangkan masa satu jam pun tak apa. Asalkan dapat tengok muka abang" Ya Allah, dia terlalu sibukkah? Bagaimanalah dia tidak sedar perkara itu.

Nathan tersenyum nipis. "Abang minta maaf ya, mungkin abang tak perasan yang masa kita makin kurang" ujar Nathan dengan perasaan bersalah yang menggunung tinggi, kesibukan kerja membataskan fikirannya dengan mudah.

"Tak apa, Mawar faham" sekali dengar, ayat Mawar itu seakan-akan merajuk pula.

Tubuh cantik itu ditarik ke arahnya, pinggang ramping itu ditarik sehingga tubuh itu terduduk di pehanya. Wajah Mawar dipandang sayang, tangannya naik mengusap pinggang itu dengan lembut.

"Kerja abang makin banyak sekarang, nanti bila semuanya dah selesai. Kita jadi pengantin baru balik" usiknya dihujung ayat, dia tersenyum kecil tatkala bibir mungil itu tertawa.

"Mawar okaylah, abang selesaikanlah kerja abang dulu. Mawar cuma nak kacau je, nak tengok muka abang" Allahuakbar, comelnya ayat awak sayang.

"Sejak bila pandai memahami ni? Selama ni tahu marah abang je" pap ! Dadanya terasa dipukul kuat.

"Haritu suruh orang jadi isteri taat, ni bila dah taat nak bising pula!" Nada Mawar mulai meninggi.

Nathan tergelak besar, yang ini betul-betul Mawar.

"Rindunya dengan isteri abang" Nathan menyembamkan wajahnya di baju itu, leher wangi itu dikucup geram.

Bibir Mawar tercebik, rindu konon. "Ayat romeo. Selama ni tak peduli kat orang pun" balasnya berkecil hati, namun kedua tangannya naik memeluk leher suaminya. Siapa je tak rindu suami? Sebab tu sanggup terjah masuk bilik kerja dia.

"Bukan tak peduli, abang sibuk" kali ini kucupannya naik ke pipi gebu itu, jarang kalau tak berskin touch dengan Mawar ni. Isteri kan.

"Abang buat kerja apa? Kenapa susah sangat nak luangkan masa sekarang?" Soalan itu membuat Nathan mengangkat kepalanya semula, wajah yang berjarak seinci itu dipandang dalam.

Patutkah aku cerita?.

"Mawar tu isteri kamu, kalau jari luka digigit semut sekalipun kamu perlu beritahu dia"

Nasihat Ummi Dahlia berlegar-legar di kepala, kejadian di mana mindanya dibasuh teruk sewaktu di hospital dulu.

"Kes di balai semakin meningkat. Lepastu abang ditugaskan dalam kes diraja pula, sebab tu makin sibuk" cerita Nathan, jujur. Dia menyandarkan kepalanya di dada wanita itu, kepalanya terasa ringan tatkala tangan halus itu membelai rambutnya.

"Kes Diraja? Rasuah kah?" Soalan itu mengundang tawa kecil di bibir Nathan. Memanjang asik rasuah je budak ni.

"Haah" layan Nathan.

"Ouh, kenapa? Apa berlaku?" Soal Mawar, berminat.

"Diorang rasuah abang dengan perempuan simpanan, tapi abang tak nak" ayat itu membuat rambutnya terasa dicengkam seketika--

"Bukan bukan, abang gurau je" potong Nathan pantas, tak pasal-pasal botak kepala aku.

"Tahu pun" rambut suaminya kembali diusap lembut, ingat saya tak pandai dera suami?.

"Macam mana abang nak cerita ea, cerita tu panjang"

"Pendekkan" selamba badak kau je perempuan.

"Abang kena ambil semula kes pencarian Diraja" eh, pendek sangat tu.

"Aik? Kan haritu ada yang jumpa abang tu, dia bukan raja?" Soal Mawar, keliru.

Sebab itu aku tak nak pendekkan cerita.

"Dia pengganti sementara. Senang cerita, dia kembar kepada Raja yang hilang" jelas Nathan.

"Ooooo" automatik bibir Mawar membentuk bulat.

"Macam mana dia boleh hilang? Jadi, abang ditugaskan untuk cari dia lah?" Soal Mawar lagi.

Nathan mengangkat wajah memandang isterinya bersama keluhan panjang, dia beriak kosong.

"Tak adalah, cari tapir" dia menayang senyuman kambing.

Buk !

"Bergurau tak bertempat!" Nathan memegang dadanya yang ditumbuk kuat, ganas!.

"Abang tak pasti tentang kehilangan Tuanku Lais, sebab semua tu berlaku secara mendadak. Dan masuk harini, dah hampir 11 tahun pencarian beliau dijalankan" penjelasan itu membuat Mawar ternganga seketika, 11 tahun?.

"Maksudnya, abang dah bertugas dengan kes ni dari umur 22 tahun lah?"

"Bingo" gurau Nathan, dia tertawa kecil.

Mawar menutup mulutnya, kagum. "Wow, amazing" pujinya bersama kenyitan menggoda.

"Mata masuk habukkah tu?" Usik suaminya.

"Nathan!"

"Tadi kata nak luangkan masa dengan abang, nak main nyorok-nyorok kah?" Walaupun kedengaran pelik, tapi itu yang disebutkan oleh isterinya mula-mula tadi.

"Tak jadilah. Rasa seronok pula dengar cerita abang" ayat itu mewujudkan senyuman kecil di bibir Nathan, tidak tahulah bahagian mana yang menarik dalam cerita tu.

Tangan Mawar naik memegang pipi suaminya, lesung pipit yang muncul itu dimain dengan jari. Selalu tergoda tengok lesung pipit suami sendiri, menarik perhatian.

"Menawan lah lesung pipit abang" ujar Mawar tanpa sedar.

Senyuman Nathan semakin melebar.

"Menawan macam mana?" Bisiknya, serak. Tubuh langsing itu ditarik menyandar bersamanya, tangannya mengusap lembut ruangan lembut itu.

Mawar membalas pandangan suaminya, pandangannya mulai redup.

"Abang nak macam mana?" Soalan itu selalu membuatnya gila ditempat sendiri, Mawar suka mengujinya seperti Itu.

"Macam ni" Debaran Mawar mulai meningkatkan tatkala tangan berurat itu menyeluk masuk ke dalam baju, dia menahan gugup apabila permukaan tangan itu menyentuh perutnya.

"Ab--abang" dadanya kembali berombak.

"Iya, sayang" dia menggigit bibir apabila bibir lelaki itu merayap menyentuh lehernya, dia menarik nafas tatkala hembusan hangat itu terasa menyentuh batang lehernya.

"Na--nathan" dia cuba menahan tangan suaminya tatkala lelaki itu mulai mengangkat bajunya di paras perut--

"Assalamualaikum, anak baba" ucapan itu membuatkan Mawar terkedu seketika.

Anak baba?.

"Bila nak duduk dalam ni?" Ketika itu terasa usapan lembut di permukaan perutnya, wajah lelaki itu juga sudah menunduk memandang perutnya.

"Baba tak sabar nak jumpa si kecil ni" tatkala itu terukir senyuman manis di bibir Mawar, ingatkan apalah tadi. Rupa-rupanya bercakap dengan cahaya mata yang masih belum bertandang lagi.

"How cute when you call yourself baba" usik Mawar, dia mencium ubun-ubun suaminya dengan sayang.

"Can't wait to see my baby" bisikan perlahan itu membuat Mawar tertawa kecil, dalam diam rupanya Nathan memendam satu keinginan. Tapi mahu bagaimana? Mereka masih belum diberi rezeki untuk mempunyai cahaya mata.

Nathan's junior. Hehe.

"Can't wait to see baba too" usik Mawar.

Nathan tersenyum. "Maaf jika abang macam mendesak, abang cuma tak sabar nak tunggu baby bump dekat sini" dia mengusap lembut perut halus itu. Tersenyum-senyum dia membayang tubuh Mawar sewaktu mengandung, mesti macam bidadari.

"Mawar pun sama, tapi belum ada rezeki. Kita doa sama-sama" pujuk Mawar, tipulah jika dia kata dia tidak mahu anak. Siapa je tidak mahu generasi photostate. Hahaha.

Dalam merasai keinginan bercahaya mata, terbit satu keluhan kecil di bibir Nathan tanpa sedar. Mindanya agak bercelaru.

Bahagia mempunyai anak, namun agak berisiko buat masa sekarang.

"Jaga Mawar baik-baik, dia tak boleh bersendirian buat masa ni. Memandangkan dia pernah di aim sehingga tiga kali, berkemungkinan diorang akan kejar dia sekali lagi"

Kata-kata Gween siang hari tadi berjaya menganggu fikirannya, hati mulai resah memikirkannya.

Telapak tangan yang menekap di pipi itu menyedarkannya, sentuhan hangat itu menghapuskan lamunanya.

"Jauhnya termenung, fikirkan nama anakkah?" Soalan itu berjaya menghilangkan rasa resahnya, pandai sungguh cari andaian.

"Haah. Kalau perempuan, abang nak nama Bunga macam mama dia juga" alaaa, dia panggil kita mama. Comelnya.

"Yang penting bukan Bunga taik ayam" Mawar tergelak kuat, sempat selit lawak tak senonoh tu.

"Kalau lelaki, Mawar nak nama dia Reidht juga" Nathan tersengih, itu semestinya.

"Tapi bukan Reidht mbo. Rembo, ayam Tok Dalang dalam tv tu" kali ini tawa Nathan pula yang terletus.

Aduhai, bini.

Nathan menarik Mawar ke pelukannya, tangannya memeluk erat tubuh itu. Dalam gelak dan tawa rasa susah hatinya tetap ada, masih lagi merayap-rayap di ruangan hati.

Mawar tersenyum manis, dia membalas pelukan suaminya dengan erat.

"Jangan tinggalkan abang" ayat itu menyentapkan hatinya seketika, namun Mawar masih tetap menganggukkan kepalanya.

Ada sesuatu yang berlakukah?.

"Mawar tak akan tinggalkan abang"

Rasa sayang dan cinta yang disemai hari demi hari sudah lebih dari berjaya untuk menguncinya, sudah tentu dan pasti dia akan setia di sisi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience