•bab 43•

Romance Series 12837

                 "MAAF TOK UMMI, tak perasan pula tertinggal. Abang Nathan tu memang suka cari nahas" cebik Mawar, boleh pula lelaki itu meninggalkan kunci keretanya di sini. Itulah, pagi tadi beria nak hantar orang lepastu suruh balik sendiri. Kepala otak dia.

"Tak apa, adalah alasan nak jumpa. Tak nak makan tengah hari dulukah?" Senyum Ummi Dahlia, terhibur melihat wajah cucu menantu perempuannya itu.

"Hehe, lain kali ya Tok Ummi. Kerja Mawar banyak dekat butik, ada orang nak buat event last minute" balas Mawar dengan rasa bersalah, dia menggenggam tangan tua itu dengan rasa sayang.

"Alahai, lain kalilah gitu. Ni ha, kunci Mawar tu ada dekat atas meja. Tok Ummi nak bungkuskan makan tengah hari sekejap, Mawar ambil sendiri tau" balas Ummi Dahlia sebelum tergesa-gesa ke dapur, sengaja dia tidak mahu mendengar balasan wanita itu. Pasti menolak pelawaannya nanti, jadi kena mengelak secepat mungkin.

Mawar sekadar tertawa kecil, agak dah. Dia melangkah masuk ke dalam dengan pantas.

"Atas meja--" langkahnya terhenti tatkala melalui almari yang terhias beberapa bingkai gambar itu, baru perasan dengan beberapa keping gambar yang memenuhi almari itu. Selama ini tidak sedar pula.

"Eh, ada abang" sengih Mawar, dia mengambil bingkai gambar berukuran segi empat tepat itu. Di situ terpapar senyuman Nathan bersama Ummi Dahlia dan Ayah Syah di sisi, nampak manis sahaja.

Gambar sebelah pula diambil, gambar sewaktu Nathan kecil. "Alahai, nampak innocent je muka dia. Sekarang nampak bengis, macam bapak singa" kutuknya sendirian. Sayang memang sayang, tapi itulah kita tidak boleh mengabaikan fakta ya anak-anak.

Setiap bingkai diperhati dengan senyuman lebar, gambar dari Nathan bayi sehingga dewasa sekarang. Daripada comel, bertukar menjadi maskulin dan berkarisma. Hari-hari kena serangan jantung walaupun aku isteri dia, berapa kali dalam sehari kena ambil oksigen tambahan.

Mawar menggigit bibirnya, lagi nak pengsan tatkala bibir suaminya itu mulai memanggil dengan berbagai gelaran.

Kitten. Sayang. Sweetheart. Sunshine. Baby. Paling teruk setakat ni tiga suku, erm.

"Tok Ummi ada satu album kalau Mawar nak lihat" sergah Ummi Dahlia, sedari tadi lagi dia lihat wanita itu merenung leka bingkai gambar cucunya itu. Boleh rabak bingkai itu terkena panahan mata.

"Bukanlah. Tertarik pula tengok" dia tersenyum malu. Maklumlah, baru kali ini dia dapat melihat wajah lelaki itu semasa kecil.

"Jom ikut Tok Ummi ambil album, nanti boleh tengok kat rumah" tangan wanita itu ditarik mengikutinya ke sebuah bilik, Ummi Dahlia membuka pintu bilik itu bersama senyuman lebar. Rasanya ini adalah kali pertama Mawar menjejakkan kaki ke bilik ini.

Lampu bilik mulai memenuhi ruangan, Mawar tergamam melihat suasana bilik itu.

"Satu persatu gambar Nathan arwah bapa mentua kamu bingkaikan, dari dia lahir sampai lah dewasa" terang Ummi Dahlia, dia menutup pintu dengan kemas.

"Dari lahir?" Soal Mawar, agak tertarik.

"Dari usia sebulan Nathan lahir sehingga.." ayatnya tergantung, nafasnya seakan-akan terhenti.

Kening Mawar terjongket sebelah, agak keliru dengan kata-kata yang tidak habis itu. "Tok Ummi?" Panggil Mawar.

Ummi Dahlia tersenyum nipis. "Sehingga nafas terakhir arwah bapa mentua kamu, gambar terakhir dia dengan Nathan adalah semasa pemergian mereka ke Kerajaan jiran. Sebelum berlakunya peperangan mendadak di situ" ayat terakhir itu diungkap dengan perlahan, lemah jantungnya mengenangkan hari itu. Semuanya hilang dalam sekelip mata.

"Tok Ummi, boleh Mawar tanya?" Soal Mawar. Entah mengapa, hatinya seakan-akan mengetahui sesuatu.

"Apa dia, sayang?" Lengan yang berbalut baju itu diusap lembut, wajah gadis itu jelas menunjukkan riak keliru.

"Bagaimana arwah walid boleh meninggal dunia?" Soalan itu menghentikan usapan tangan Ummi Dahlia di lengannya, dia memandang wajah tua itu dengan tanda tanya.

"Bukankah Nathan dah jelaskan?" Balas Ummi Dahlia pula.

"Dia cuma bagitahu, arwah walid terkorban semasa peperangan. Itu sahaja" Mawar menggenggam tangan Ummi Dahlia, mengharapkan jawapan.

Ummi Dahlia mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Betullah, arwah Nahdan meninggal semasa peperangan tu" balasnya, sedikit gusar.

"Tapi, abang Nathan--"

"Sekejap ya, Tok Ummi ambilkan album" pegangan itu segera dilepaskan, dia terus melangkah ke arah almari yang tersusun beberapa album itu.

Mawar menarik nafas kecil, dia tahu Ummi Dahlia mengelak dari menjawab pertanyaannya.

Tetapi, mengapa pertanyaannya itu seakan-akan sukar untuk dijawab?. Haih, keliru.

Mawar menggelengkan kepalanya sebelum tersenyum lebar, dia melangkah ke sisi Ummi Dahlia.

"Banyaknya album, penuh satu almari. Sayang betul arwah walid dengan anak dia" usik Mawar dihujung kata, cuba mengembalikan hatinya yang agak terguris.

"Mestilah, satu-satunya pewaris yang dia ada. Anak lelaki pula tu" balas Ummi Dahlia dengan nada yang sama, cuba menyembunyikan rasa bersalahnya.

Maafkan Tok Ummi, sayang. Tok Ummi bukan orang yang sepatunya untuk berikan kamu jawapan.

"Wah, apa ni?" Suara Mawar bertukar riang tatkala melihat sebuah kotak yang dipenuhi dvd itu.

"Ha?" Hampir gugur jantungnya mendengar suara ceria itu.

"Ini!" Mawar mengangkat kotak dvd itu.

Ummi Dahlia tertawa kuat, ingat apalah tadi.

"Itu semua video Nathan yang arwah walid simpan, sengaja dia jadikan dvd. Seronok katanya tengok video Nathan membesar" mulut Mawar ternganga, koleksi video Nathan?!.

"Erm, nak boleh?" Soalnya malu, dia tersenyum segaris.

"Ambillah semua bawa balik, video laki kamu pun. Kalau dia marah kamu siku je dia" Mawar bersorak gembira, akhirnya aku ada memori dengan Nathan!. Dia tertawa di dalam hati.

"Nathan masih berkeras dengan Mawar? Maksud Tok Ummi, masih beku untuk kongsi semuanya?" Soalan Ummi Dahlia itu sedikit sebanyak menjetik hatinya, dia tersenyum pahit.

"Mana ada, abang Nathan dah mula cerita semuanya pada Mawar" tipulah diri kau sendiri, Mawar. Tidak ada apa pun yang dia mahu dengar dari Nathan, tetapi sebagai isteri dia juga mahu menjadi tempat bergantung. Jika suaminya itu meluahkan walau sedikit pun rungutan mengenai kerja mahupun penat, dia sanggup menadah telinga mendengarnya.

Ummi Dahlia tersenyum nipis, wanita itu masih belum berjaya lagi untuk menyembunyikan perasaan sendiri. Tangan cantik itu digenggam erat.

"Percayalah kata Tok Ummi, lelaki beku ni ada manisnya" pujuknya, lebih kepada mengusik.

Mawar tergelak kecil. Iyalah tu, terlebih manis.

"Jangan terlalu pandang rendah, Mawar. Takut goyah je nanti dengan suami sendiri" kata-kata Ummi Dahlia itu membuatnya menelan liur, lain benar maksudnya itu.

"Tok Ummi ni, suka takutkan orang tau" cebik Mawar, dahlah Nathan itu suka sangat menduga dirinya. Tidak kiralah dari segi apa pun, setiap masa berdebar sehingga kehilangan oksigen sendiri.

"Ha, kenapa tu?" Soal Ummi Dahlia tiba-tiba.

Riak wajah Mawar bertukar keliru, ha?.

"Wajah kamu merah tiba-tiba, teringat suamikah?" Ya Allah! Dengar segera Mawar memegang wajahnya, hangat. Aduhai Mawar, suka betul memalukan diri sendiri.

"Tak sabar nak dukung baby" usik Ummi Dahlia.

Mata Mawar mulai membulat sebesar alam.

Tok Ummi ni!.

                CERMIN MATA yang tergantung elok di hidung ditanggalkan, dia mengusap wajahnya dengan lemah. Keletihan semasa membaca, pedih biji matanya.

Fail dan cermin mata itu diletakkan di atas meja.

"Nampak hensemlah bila abang pakai cermin mata" suara itu membuat Nathan memandang ke sisinya dengan segera, dia tersenyum kecil melihat tubuh si isteri yang sedang mendekati itu. Di tangan wanita itu terdapat sebotol losyen, patutlah bau wangi dari tadi. Menguji kesabaran betul.

Dia menyandarkan tubuh dengan selesa di sofa ruang tamu itu.

"Hensem?" Soal Nathan semula, mengusik.

Mawar menganggukkan kepalanya dengan bersemangat, dia tersengih manja.

Nathan tertawa kecil. "Tapi tak boleh pakai selalu lah sayang, nanti susah nak dekatkan muka dengan awak" ayat terakhir itu mewujudkan senyuman nakal di wajah suaminya, kening lelaki itu sudah membawa maksud double-jerk.

"Boleh je, abang tanggalkanlah bila nak sayang Mawar" giliran Mawar pula yang mengukirkan senyuman nakal, dia melabuhkan duduk di sisi suaminya. Dengan berjarak 2 meter jauh, takut. Hehe.

Pandai cari nahas, tetapi takut bila kena.

Nathan meyelesakan lengannya di kepala sofa, hujung jarinya sengaja menyentuh helaian rambut isterinya. Punyalah banyak ruang, dekat hujung juga dia nak duduk, menyusahkan kerja aku tau.

"Kalau macam tu, mari sini" telinga itu dicuit.

Dengan segera Mawar menjauhkan dirinya. "Ha, mulalah tu" debar Mawar, dia menahan rasa detak jantung yang mulai berdegup hebat.

"I'm trying to love you, come here baby"  bisik Nathan, dia kembali menegakkan tubuhnya. Bersiap sedia untuk bertindak.

Mawar menggelengkan kepalanya, dia menyelesakan kedudukannya di sofa itu. Silap haribulan bukan di sini tempat duduknya, tahu-tahu sudah terkunci di genggaman lelaki itu. Lelaki bernama Reidht Nathan ini jarang membiarkannya sendirian.

"Suka tolak benda yang awak minta, memang minta kena lempar kah?" Amboi ayat, tak sayang bini. Dasar suami imposter.

"Mana ada saya minta" dalih Mawar, dia mencebikkan bibirnya.

"Kalau nak sayang Mawar, bukalah cermin mata tu. Acah" ajuk Nathan dalam suara keperempuanan, dia menjeling isterinya. Macamlah aku ni pekak sangat, memanglah perbezaan umur terlalu jauh tetapi tidaklah terlalu merosakkan pendengaran.

Mawar tergelak besar ditempatnya. "Ya Allah, abang. Kepitnya suara, terus tak berkenan Mawar" tidak terbayang di fikirannya lelaki yang acah macho serupa Nathan ini mampu mengepitkan suara, mengalahkan si Jebat.

Nathan mengendahkan isterinya, malas layan. Dia membuka siaran di televisyen.

Eleh, merajuk. Tersenyum-senyum Mawar memandang suaminya, comel aja. Botol losyen yang sedari tadi berada di tangan dibuka, dia menekan sedikit di tangan sebelum menyapunya di kedua lengan. Lebihan yang di tangan itu disapu di keliling leher, baru gojes.

"Pakai apa tu?"

"Eh mak kau" latah Mawar, terkejut dengan wajah Nathan yang berada betul-betul di sisinya. Hidung lelaki itu rapat menyentuh pipinya.

Nathan tersenyum sinis, sengaja dia merapatkan kedudukan mereka. Membuang segala ruang yang sebentar tadi mengambil alih.

"Janganlah rapat sangat, tter--terkejut saya" hilang nafasnya menahan debaran, walaupun sudah beberapa bulan berkahwin namun debaran itu tetap ada. Kalau boleh, sehingga jantungnya hampir tercampak keluar.

"Tak nak. Apa tu, baby? Wangilah" soal Nathan bersemangat, matanya tidak lepas memandang mata isterinya. Lawanya awak, sayang.

"Lo--losyen" balasnya perlahan, bergerak-gerak anak matanya cuba membalas pandangan cinta suaminya itu. Mata sudah serupa orang buat salah, tapi hati ni tidak boleh mengawal diri. Rasa hendap meletop tatkala ditatap dengan pandangan seperti itu.

"Ouh, can I have-- no no. I mean, abang nak bau" ayat terakhir itu membuat Mawar menelan liurnya, bukan mahu salah faham tetapi lain pula tanggapan yang dia hadamkan.

"Bo--boleh. Nah" botol losyen itu terus dihala ke arah Nathan, dia cuba menjarakkan kedudukan mereka namun terkunci. Tidak sedar dengan sebelah tangan suaminya yang sudah berlingkar di pinggang, nafasnya mulai menjadi tidak teratur.

"Bukan situ" ujar Nathan.

Ha? Mawar terkebil-kebil sendirian.

Tatkala itu terasa tangan Nathan memegang tangannya. Dia menggigit bibir apabila bibir itu mencium kekura tangannya.

Lebih meluluhkan hati apabila pandangan mata itu masih menatapnya tanpa henti.

"Kata nn--nak ba--bau" debar Mawar, sengaja dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak betah membalas pandangan suaminya itu.

"Sekali lah ni" bisik Nathan, dia tersenyum penuh makna melihat wajah yang kemerahan itu. Baru cium, takkan malu?.

Nafas Mawar semakin tidak teratur apabila bibir suaminya mulai naik ke atas, mencium lengan sebelum mendaratkan satu lagi kucupan di bahu.

Dia menahan dada Nathan tatkala tubuh lelaki itu semakin mendekat. "Ab--abangg nak apa?" Soalnya perlahan, bergerak-gerak anak matanya membalas pandangan suaminya itu. Gagal untuk mengawal diri sendiri.

"Abang nak bau je, bau dia wangi" dalih Nathan, beralasan.

Liur ditelan pahit tatkala tangan yang sebentar tadi di pinggang itu mulai naik mengusap belakang badannya sebelum terhenti di leher, jari jemari suaminya itu mula bermain mengusik di telinga.

Nafasnya seakan-akan terhenti apabila dua ulas bibir merah itu mendarat di leher, mengucupnya beberapa kali di situ.

"Nathann" tolak Mawar apabila debarannya tidak dapat dikawal lagi, hilang kesemua oksigen yang berusaha ditahan sebaik mungkin. Kalau dia boleh pengsan di situ, agaknya sudah lama dia tidak akan sedarkan diri.

Nathan mengeratkan lagi kedudukan mereka, mengunci isterinya dari setiap sudut.

"Baby wangi sangat, I can't control myself" bibirnya mulai mengucup telinga isterinya, wangi. Dia tersenyum sinis.

"Janganlah usik saya, saya tak sukalah" marah Mawar dengan nada perlahan, dia menundukkan wajahnya. Menyembunyikan wajah yang sudah sepenuhnya bertukar kemerahan. Malu!.

"Abang suka" wajah yang menunduk itu didongakkan membalas pandangannya. Bibirnya tersenyum suka melihat wajah bak tomato itu, merah sungguh.

"Tt-tapi Mawar--"

"Kena terima" bibirnya terus dilabuhkan di landasan merah itu, dia mengucup isterinya dengan rasa cinta yang mendalam.

Susah, bila terlalu cintakan isteri sendiri.

Susah, bila terlalu gilakan isteri sendiri.

Sudah, bila terlalu ketagihkan isteri sendiri.

Susah, untuk kawal diri sendiri.

"Ermm" Nathan melepaskan pautan bibir mereka. Dia tersenyum segaris melihat wajah ibarat ceri itu tercungap-cungap mengambil nafas. Itulah, uji aku lagi.

"I love the scent, use it when you're with me. Not with someone else, only me" bisiknya lembut, pipi gebu yang kemerahan itu dicium sayang sebelum dia melepaskan pautan mereka.

Tubuh Mawar terbaring rebah di atas sofa.

"Ya Allah" Nathan tertawa kecil, dia memandang isterinya dengan rasa tidak percaya.

"I almost drown" Mawar memegang dadanya, cuba menenangkan hati yang hampir-hampir sahaja kritikal.

"Drama Queen--"

"In your romance!" Potong Mawar dengan pantas sebelum menutup wajahnya sendiri. Betul, aku hampir lemas dalam lautan cinta suami sendiri.

Tawa besar mulai memenuhi ruang tamu itu. Wah, betapa hebatnya dia sehingga mampu melemahkan isteri sendiri. Sehingga terbaring lemas pula tu.

"Mawar tak patut datang sini tadi! I should go upstair and sleep!" Rungut Mawar lagi, masih lagi tidak lepas dari menutup wajahnya sendiri.

Nathan menggeleng kecil, baru usik sikit. Rambut isterinya itu diusap sayang, kenalah pujuk. Karang susah hati aku.

"Sebab sayang abang buat macam tu, kalau tidak abang abaikan je. Sentuh Mawar pun abang tak nak" pujuk Nathan, pandai pula dia nak merajuk-merajuk ni. Selama asik balas je apa orang kata.

Mawar hanya mengumam kecil.

"Dia ibarat abang nak dekat dengan Mawar bila Mawar wangi je, bila tak wangi abang tak nak. Busuk dan bacin, erm" pujuk Nathan lagi, lebih kepada menyakitkan hati. Tangannya tidak henti-henti mengusap rambut isterinya, biasalah orang perempuan ni.

"Ark sakit!" Aduh Nathan tatkala tangannya digigit, dia menariknya dengan pantas. Kesan gigitan di tangan itu dipandang dengan rasa tidak percaya, seriuslah?.

"You bite me?" Soalnya, masih lagi tidak percaya.

Soalan itu dibalas dengan jelingan kecil oleh Mawar, dah tahu tanya lagi.

"Kau ni memang nak kena" kaki isterinya ditarikan rapat.

"Arghhh!" Jerit Mawar dengan kuat, dia terus melarikan diri ke sofa bertentangan.

"Pandai pula menjerit-- wait" kata-kata Nathan terhenti tatkala matanya tertancap pada sebuah kotak kecil di sisi sofa. Rasanya benda tu tak ada kat situ tadi.

"Apa tu? Present?" Soalnya setelah memerhati terlalu lama, bentuk kotak itu sama seperti kotak hadiah cuma tiada reben di atasnya.

"Oh ya!" Jerit Mawar, dia terus mencapai kotak itu dan meletakkan di atas meja. Menindih fail report Nathan yang menggunung itu.

"Oh goat, baby" keluh Nathan sambil menggeleng kecil.

"Abang abang abang, tadikan Mawar pergi rumah Tok Ummi sebab abang suruh ambil kunci kereta. Lepastukan Mawar jumpa ni!" Cerita Mawar dengan bersemangat, dia tersenyum lebar ke arah suaminya.

Nada itu membuat Nathan tersenyum segaris, bersemangat betul. "okay, lepastu?" Layannya.

"Dekat situ, semua ada video abang masa kecil! Dari abang bayi lagi, awww" jika dilihat dengan lebih teliti biji mata Mawar itu seakan-akan sedang bersinar memandang suaminya. Terlalu teruja untuk melihat suaminya dari kecil sehingga dewasa.

Nathan ternganga kecil, budak ni jumpa?. "Dekat mana baby ambil?" Soalnya keliru. Punyalah semangat aku sorok.

"Tok Ummi bawa masuk satu bilik ni, bilik ni penuh dengan gambar abang. Lepastu--"

"Tok Ummi bawa?" Soalnya, masih dengan rasa terkejut. Aduhai, tak pandai simpan rahsialah Tok Ummi ni. Habis jatuh saham aku.

"Haah, lepastu Mawar macam Ya Allah comelnya!" Ujarnya dengan nada teruja, dia memandang wajah suaminya bersama senyuman cair. Terbayang-bayang wajah suaminya semasa kecil di fikiran, rasa nak gigit-gigit dia. Itu yang tanpa sedar tergigit Nathan tadi tu.

Nathan menggeleng dengan tawa kecil, ni mesti terlalu gilakan aku ni.

"Pandai pula dia bawa balik ya?" Soalnya lebih kepada mengusik, dia rembat sampai bawa balik rumah.

"Mestilah! Mawar nak tahu pasal abang, abang tu je yang tak nak kongsi dengan Mawar. Nak tunggu Mawar pergi sendiri juga" cebikkan kecil terbentuk di hujung bibir wanita itu, nada pun seakan-akan berjauh hati. Suka sangat berahsia pasal diri sendiri.

Dengan laju Nathan menggigit bibir isterinya.

"Haa!" Wajah suaminya ditolak, bibir bawahnya dicebikkan. Ish, habis tembam bibir orang.

Suka hati je gigit orang.

"Cebik lagi cebik, buat orang geram je" itu mujur aku lepas, kalau tidak memang aku biar sampai ada anak nanti.

"Tak senonoh dia ni" gumam Mawar perlahan, mujur aku tak hentak dia pakai kotak ni.

Kali ini cubitan lembut pula yang menyinggah di bibirnya.

"Abang!" Marahnya dengan geram.

"Jangan buat, takut abang tergigit" ayat terakhir itu membuat Mawar melepaskan pukulan Hulk di dada suaminya, gatal!.

"Dahlah, orang nak tengok" salah satu dvd itu terus dipasang di tv. Macam retro lah arwah Walid ni, banyak simpan dekat dvd.

Mawar berlari di sisi suaminya. "Jom tengok, abang!" Remote dvd itu diambil sebelum dia menekannya dengan pantas. Tidak sabar untuk melihat suaminya, kalau boleh dia hendak khatamkan semua dvd itu hari ini juga.

Nathan tersenyum nipis, suka betul dia nak tahu pasal suami dia. Rambut panjang itu diusap sayang sebelum dia menarik tubuh Mawar bersandar di dadanya, layankan ajalah.

"Oh my, it's embarrassing" Nathan terus menghalakan pandangannya ke arah lain, awal-awal video lagi sudah menunjukkan wajahnya yang comot dengan nasi dalam umur yang sebaya Aathif. Ala masatu tak boleh berfikir!.

"Awww, my baby" cair seluruh tubuh Mawar melihat betapa comelnya Nathan sewaktu kecil dahulu, mata yang bulat bersama dengan lesung pipit yang menyerlah. Ya Allah, rasa nak kunyah-kunyah.

Nathan membuat muka toya melihat wajahnya yang tersenyum sewaktu kecil dahulu, dengan gigi dua batang baru nak tumbuh atas bawah. Mengapalah Walid suka rakam video-video macam ni, malu nak tengok semula.

"Awww" tak habis-habis lagi.

"Eeee, kiutnyaa!" Dada suaminya ditepuk beberapa kali dengan rasa teruja.

Dada yang agak sakit itu dipegang dengan riak wajah yang menjengkelkan, Nathan menggeleng tidak mahu. Aku rasa nak tutup televisyen tu.

Riuh ruang tamu itu dengan 'awww', 'eeee' dan 'comelnyaa', ianya sangat memalukan.

"Kalau kita ada anak lelaki, mesti dia comel macam abang" ujar Mawar bersama senyuman manis.

Nathan menoleh ke sisi, seketika terpegun melihat wajah isterinya yang seakan-akan bersinar melihat kaca televisyen itu. Kusyuk betul layan, orang kat sebelah pun dilayan hendak tidak hendak sahaja.

Anak?. Dia tertawa sendirian, jika ada rezeki.

Aduhai, comel betul bini aku. Pipi Mawar pantas digomol dengan geram.

"Ish, janganlah kacau!" Marah Mawar dalam nada yang tinggi.

Ingat aku kisah? Lantak.

                "AYOB BIN YUSOF, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun di atas pertuduhan..." Suara hakim mulai bergema memenuhi sidang mahkamah. Hujan tersenyum sinis disebalik mask yang dipakainya, sangat berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan.

"Allahuakhbar" Mak Cik Syuhana tersungkur jatuh di atas lantai, hatinya luluh mendengar pertuduhan yang dikemukakan itu. Dia memandang tubuh suaminya yang sedang digari bersama linangan air mata, apa dah jadi ni abang?.

"Menarik" ujar Hujan.

Raaid hanya tersenyum sinis di sisi, sudah terlambat untuk menyesal. Itulah padahnya jika terlalu menguji lelaki bernama Seif Hujan, sidang mahkamah disediakan khas buat lelaki tua itu pada waktu malam di atas perbincangan dan persetujuan pihak-pihak tertentu. Lain dari yang lain. 

"Saya tak bersalah! Ini semua fitnah!" Jelah Pak Ayob dipegangan pihak polis, dia meronta dengan kasar. Tidak boleh menerima kenyataan.

"Pasti ada yang disuap dalam kes ni! Sebab itu hukuman dijatuhkan begitu mudah!" Tambah Mak Cik Syuhana, berang dengan manusia di sekelilingnya.

"Bawa bertenang, kamu sepatutnya bersyukur Encik Ayob" ujar Hakim di situ dengan tegas, wajahnya menunjukkan rasa kurang senang dengan situasi yang berlaku.

"Kau beritahu aku, apa yang patut aku bersyukur? Ni semua sampah!" Tengkingan Pak Ayob semakin kuat, tangan yang bergari itu menyukarkannya untuk bergerak.

"Jika diterangkan secara terperinci, Kamu akan dikenakan hukuman terus ke tali gantung. Kamu patut berterima kasih pada pihak polis yang berhati nurani datang kepada kami untuk memohon ringankan hukuman kamu" kata-kata Hakim itu membuat Pak Ayob terpampan di tempatnya, ke tali gantung?.

Hujan menoleh ke sisi, tempat di mana Mak Cik Wardah dan Leinani melabuhkan duduk mereka. Riak wajah mereka menayangkan rasa simpati dan kasihan.

"Bro, how come hukuman diringankan pula?" Soal Raaid, tidak tahu menahu.

"Leinani minta aku ringankan hukuman dia, kalau boleh tarik semula kes. Tapi aku tak nak" terang Hujan, agak tidak berpuas hati. Penat mulutnya untuk berdebat dengan gadis itu, pihak yang bersalah patut dijatuhkan hukuman yang sepatutnya, bukan untuk dikasihani.

"Baik sangat budak perempuan tu, patut ramai yang nak dia. Termasuklah orang tua kat depan tu" ayat itu mengundang jelingan kecil dari Hujan, ramai?.

Raaid tersenyum tidak bersalah, salahkah aku cakap?.

"Wardah!" Jerkahan itu mengejutkan mereka semua.

Mak Cik Syuhana meluru ke arah Mak Cik Wardah dengan perasaan baran dan amarah. "Kau jujur dengan diorang, apa yang Ayob buat dekat kau. Jangan nak suap diorang dengan duit!" Tengking Mak Cik Syuhana sebaik sahaja berada di hadapan wanita itu.

Mak Cik Wardah berdiri dari duduknya, wajah tua itu terlakar riak kecewa. "Tanya sendiri pada suami kau, apa yang dia buat pada kami" nasihat nya semula.

"Kau dengar sini Leinani, aku nak kau beritahu diaorang apa yang berlaku. Sebelum mak kau, aku habiskan hayat dia di sini" ugut Mak Cik Syuhana, dia menggenggam tangannya menahan amarah.

"Berhenti. Jangan nak buat kecoh di sini" ketukan kuat mulai memenuhi ruangan itu, Hakim sudah bangkit dari duduknya untuk meredakan keadaan.

"Leinani" tekan Mak Cik Syuhana, kasar.

Leinani mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak mahu membalas pandangan yang bertukar baran itu.

"Ikut kaulah, aku bersyukur sebab Allah tunjukkan pada semua orang betapa teruknya perangai suami kau" balas Mak Cik Wardah dengan berani, dia menarik lengannya untuk bangun dan beredar dari situ.

"Tak guna--" tangan Leinani ditahan sebelum dia mengangkat tangannya untuk menampar wanita itu.

"Arghh!" Aduh Mak Cik Syuhana tatkala tangannya dipulas oleh seseorang, dia meronta dengan kasar.

"Berhenti" arah Hujan, tegas. Tangan wanita itu dilepaskan sebelum dia menarik Leinani ke belakangnya.

"Engkau. Engkau yang bersubahat dengan diorang semua!" Marah Mak Cik Syuhana sambil menunding jari ke arah hakim, peguam dan semua anggota polis di situ. Mata wanita tua itu mulai berkaca menahan sebak, terlalu tertekan untuk menerima perkara mendadak seperti ini.

Keluhan kecil terbit di bibir lelaki itu. "Kami ada bukti, Puan. Sila beri kerjasama" ujar Hujan dengan nada yang masih boleh dikawal, tidak mahu terlalu menghamburkan kata-kata.

"Mana buktinya? Kalau setakat kata-kata di mulut ni tak menjaminkan apa-apa, dasar penipu!" Jerit Mak Cik Syuhana dengan kuat, sudah lebih dari cukup untuk menarik perhatian individu di sekelilingnya.

Hujan tersenyum sinis. "Kami tak kemukakan aib dan tingkah laku jenayah secara tak formal seperti ini, jika Puan mahu sila berurusan dengan pihak mahkamah" terang Hujan dengan nada lembut, cuba menenangkan keadaan yang sudah tidak terkawal.

"Anggota, tahan mereka" suara Hakim mulai bergema mengeluarkan perintah, tidak tahan lagi melihat aksi melampau seperti ini.

"Jangan ingat aku tak tahu, korang semua dah lama rancangkan perkara ini. Korang semua nak perangkap keluarga aku! Korang penipu! Korang aniaya aku!" Mak Cik Syuhana memegang kepalanya menahan kesakitan, wajahnya juga sudah basah dipenuhi air mata yang berjuraian.

"Puan, tak salah untuk pertahankan seseorang yang kita sayang. Tetapi bukan sebagai kambing hitam" ayat terakhir itu membuat Mak Cik Syuhana kehilangan kata-katanya, wanita itu terdiam seribu bahasa.

"Kami pergi dulu" Hujan terus mengiringi Mak Cik Wardah dan Leinani ke luar sidang mahkamah, meninggalkan Mak Cik Syuhana yang masih lagi terdiam di tempatnya. Seakan-akan sedang mengimbas kembali kesakitan yang dirasai.

"Raaid akan hantar Mak Cik balik, saya ada urusan hendak diselesaikan. Kalau ada masa, saya akan datang melawat Mak Cik" ujar Hujan sebaik sahaja mereka melangkah jauh dari tempat itu, dia mengarahkan Raaid untuk mengambil kereta.

Mak Cik Syuhana tersenyum kecil. "Tak apa, yang penting semua dah selesai. Alhamdulillah" rasa syukur yang tidak terhingga meniti di bibir, akhirnya semuanya telah selesai.

"Alhamdulillah. Jangan risau, walaupun dah selesai saya akan tetap awasi keadaan Mak Cik dan keluarga" balas Hujan sedikit gementar tatkala menyedari pandangan Leinani yang sedari tadi memandang ke arahnya, membuatkan dia sedaya upaya mengelakkan diri dari membalas sepasang mata itu.

Mak Cik Syuhana mengangguk faham, bersyukur kerana berjumpa dengan lelaki seperti Hujan. Sanggup membantunya dari awal sehingga akhir.

"Kenapa hukuman 20 tahun, Tuan?" Soal Leinani tiba-tiba, tidak bernada.

Hujan hanya membalas dengan pandangan kosong, tidak berniat untuk membalas.

"Hujan" panggil Mak Cik Wardah.

"Iya?" Sahut Hujan bersama senyuman nipis.

"Maafkan kami ya, jika terlalu menyusahkan kamu. Mak cik tahu, tugas kamu tengah penuh  tapi kamu sudi datang sini teman Mak Cik dan Leinani. Terima kasih sangat-sangat" senyuman Hujan terukir lebar. Perkara kecil sahaja, tidak perlu berterima kasih pun. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Tanggungjawab saya, Mak Cik. Tak perlu berterima kasih" ujarnya bersama tawa kecil.

"Bro!"  Panggil Raaid setelah memarkir kan kereta, dia sudah membuka pintu untuk Mak Cik Wardah dan Leinani.

"Raaid dah sampai, Mak Cik pergilah. Nanti kalau apa-apa jangan teragak-agak untuk telefon saya" sempat Hujan menyelitkan pesanan di akhir kata, meletuskan tawa kecil di bibir Mak Cik Wardah.

Masih lagi sanggup bersusah payah demi mereka.

"Iyalah, nanti jangan lupa makan" nasihat Mak Cik Wardah pula. Hujan mengangguk patuh.

"Mari, Leinani" ajak Mak Cik Wardah sebelum bergerak ke kereta, meninggalkan Leinani yang masih lagi tidak bergerak dari tempatnya. Dia tahu anaknya masih mempunyai beberapa kata yang hendak diluahkan.

"Tunggu apa lagi?" Soal Hujan dengan nada yang agak tegas.

"Bukan haritu, Tuan kata nak pendekkan hukuman?" Ya Allah, tak habis lagi dengan perkara ni.

"Hukuman yang sepatutnya adalah ke tali gantung, you should thank me. 20 tahun adalah hukuman paling minimum yang dia boleh dapat" tegas Hujan lagi, sudah tidak betah lagi ingin membincangkan soal ini. Letih.

"Kalau kau rasa kau sayang dia sangat, pergi melutut depan hakim" sambung Hujan sebelum meninggalkan wanita itu sendirian.

Sebagai lelaki yang masih lagi menyimpan perasaan pada dia, aku akan hindarkan diri aku. Aku akan asingkan diri dari dia.

Aku akan tinggalkan kau, buat sementara waktu.

"Bukan itu maksud saya" tahan Leinani, cuba menganggapai lengan lelaki itu.

"Jaga diri kau" ayat itu membuat Leinani terkedu di tempatnya.

Dia sudah melampaukah?. Langkah Hujan dipandang dengan sayu, dia menghembus nafas kecil.

Salahkah tindakan aku?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience