•bab 12•

Romance Series 12837

          MAYA menggubah bunga di sisi pelamin, tubuhnya juga tidak habis-habis membongkok dari tadi. Datin inginkan hiasan bunga sepanjang red carpet, jadi dari situlah bermula sakit belakangnya. Menunduk dan membongkok menghias bunga-bungaan rose itu.

"Aduih, nak patah pinggang aku" rungutnya perlahan, hanya sekadar ingin mengucapkannya pada diri sendiri. Kedua-dua tangannya dibawa ke belakang, ingin merengkan badan yang lenguh.

"Meh aku tolong picit" pelawa Mawar yang tiba-tiba muncul. Sebenarnya dari jauh dia memerhatikan sahabatnya itu, dari tadi tidak lepas memicit pinggang dan leher. Hampir beberapa jam juga dia melihat Maya menguruskan tugas gubahan bunga itu, bukannya dia tidak mahu tolong tetapi tugasnya juga belum selesai. Masih ada lagi beberapa baki meja yang belum berhias dan bernapkin.

Maya menggeliat tatkala tangan sahabatnya itu memicit-micit bahunya, geli!.

"Itu bukat urut, itu geletek" balas Maya lalu menepis tangan yang tidak henti memicit itu. Kalau salah urut, mahu terbalik tulangnya.

"Banyak songeh" cebik Mawar sebelum melabuhkan duduk di sisi sahabatnya itu. Dia memerhati tangan Maya yang lincah mengatur bunga itu. Sudah hampir lewat petang, banyak lagi kerja mereka yang masih belum siap. Hanya tinggal dua hari lagi termasuk hari lusa, jika masih tidak selesai habislah maruah mereka sebagai pengurus perkahwinan.

Mawar memandang ke arah pintu utama dewan, jelas kelihatan titis-titis hujan yang jatuh menyembah bumi. Patutlah rasa sejuk, malah aircond pun tidak terpasang hanya kipas sahaja yang berpusing.

"Babe, tolong ambilkan white rose dekat meja luar. Tapi hati-hati sebab kat luar tu licin" minta Maya sambil menayangkan sengihan. Malas betul hendak bangun, punggungnya sudah melekat penuh di lantai.

"Jangan paksa diri sangat, kalau penat rehat" nasihat Mawar sebelum bangkit mengatur langkah ke luar. Dia menuju ke arah meja yang menempatkan pelbagai jenis bunga itu, ringan tangannya mengangkat kotak sederhana besar yang berisi bunga ros putih.

"Cik" panggil seseorang seakan-akan kepadanya. Mawar mengalihkan pandangannya ke hadapan, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arahnya sambil memegang payung. Namun tumpuannya teralih apabila ada seorang lagi lelaki di belakang yang berjalan ke arahnya, dengan payung yang turut tergenggam di tangan.

Mawar terkedu tatkala mengenali lelaki di belakang itu. Nathan? Apa dia buat kat sini?.

Terpaku pandangannya melihat jejaka itu. Lebih terpaku apabila payung yang menutupi sebahagian wajah itu terangkat, memandang ke arahnya. Dengan topi hitam yang tersarung di kepala dan riak wajahnya yang serious, ditambah pula dengan titisan-titisan hujan yang menitik di sisi payung. Persis sungguh dengan drama "goblin" pujaan ramai itu.

Telinganya seakan-akan terdengar lagu 'stay with me' pula, nyanyian Chanyeol EXO feat Punch.

Aduhai, mengapa Nathan nampak sungguh bergaya di pandangan matanya hari ini? Selama ini biasa sahaja, kacak itu selalu namun lain pula auranya hari ini. Eh, aku puji dia? Ini memang hasutan syaitan!.

Tidak mahu beralih pula sepasang matanya dari membalas pandangan lelaki itu, masih lagi dikunci sejak awal lagi mereka bertentang mata. Mujur sahaja kotak bunga yang dipegangnya tidak jatuh, kalau ya pasti air mukanya jatuh. Hendak disorok ke mana wajah yang serupa ceri nanti.

"Cik Mawar"

Dia tersentak apabila namanya dipanggil sekali lagi. Kalut Mawar memandang ke arah lelaki yang sudah berdiri di hadapannya, seolah keliru dengan tindak balas yang dia berikan. Mawar membalas dengan senyuman yang kecil, mahu menutup rasa malunya sebentar tadi.

"Iya?" Balasnya ringkas, walhal matanya mencuri-curi pandang ke arah Nathan yang sedang mendekati mereka.

"Saya datang untuk hantar pasu kaca yang Cik minta" ujar lelaki itu sambil menurunkan payungnya. Dia tersenyum memandang wajah yang terkebil-kebil itu, seperti baru sahaja bangkit daripada mamai.

"Oh, thank you. Kejap saya minta yang lain angkat" tergesa-gesa Mawar ingin beredar dari tempatnya apabila tubuh Nathan sudah siap sedia berdiri di sisinya, menadah telinga mendengar perbualan mereka.

"Saya boleh angkat Cik" halang lelaki itu segera.

"Tak apa, awak bawa ke sini pun saya dah berterima kasih" ujar Mawar bersama senyuman manis sebelum memajukan langkahnya ke dalam dewan, langsung tidak mengendahkan keberadaan Nathan di situ. Apa yang dia tahu, dia mahu segera beredar dari situ. Sedar akan ketelanjuran pandangan matanya yang seolah-olah ingin menelan lelaki itu, makin memerah wajahnya memikirkan perkara itu. Bukan telan tapi tertarik! Eh, silap!.

"Jebat, panggil yang lain. Tolong angkat pasu kaca kat luar, hati-hati tau" pinta Mawar sebaik sahaja melihat tubuh pekerjanya itu di sisi meja, kemudian dia mengatur langkah ke arah Maya yang masih lagi membongkok di sebelah pelamin. Kotak itu diletakkan benar-benar di hadapan sahabatnya itu, hampir sahaja bunga-bunga itu jatuh kerana sikapnya yang tergopoh-gapah.

"Baik-baiklah Mawar, macam tak ikhlas je tolong aku" bebel Maya segera membetulkan kedudukan kotak berisi penuh dengan bunga ros putih itu. Berlapis dahinya memandang wajah berkerut seribu sahabatnya itu, seolah-olah baru menghadapi satu masalah yang besar. Mengalahkan perdana menteri pula masalahnya itu.

"Bukan tak ikhlas, tapi kau pelik tak?" Pertanyaan Mawar itu membuatkan dia menggaru kepala yang tidak gatal, mahu pelik mengapa sedangkan perkara sebenar pun dia tidak tahu. Terfikir pun jauh sekali.

"Kau okay tak?" Soal Maya kembali. Sekarang ni aku ke dia yang pelik? Habis terhenti kerjanya kerana mendengar soalan Mawar yang berbunyi gelisah itu.

"Dahlah, aku nak keluar kejap" terus Mawar mengatur langkah pergi meninggalkan sahabatnya yang masih tertanya-tanya. Dia pun satu juga, bertanyakan soalan yang sudah tentu Maya tidak tahu jawapannya. Lagipun dia mengalami situasi itu sendiri, bukan bersama sahabatnya itu. Sudah pastilah Maya semakin bingung.

Sempat Mawar membetulkan kerusi yang sedikit senget semasa perjalanannya lalu meneruskan langkahnya ke luar dewan, ingin membantu mengangkat pasu kaca yang banyak itu.

Pap!

Bunyi hentakan pintu itu menyentakkannya, terkaku dia memandang tangan Nathan yang menghalang jalannya. Lebih-lebih lagi apabila kedudukan lelaki itu seakan-akan mengurungnya sekarang ini, terdongak wajahnya membalas pandangan mata Nathan yang benar-benar di hadapannya. Dia terdiam tatkala hembusan nafas itu menyentuh pipinya, membuatkan jantungnya berdegup kuat dan perutnya bergelodak gelisah.

"Siapa izinkan kau tinggalkan aku?" Soal lelaki itu, perlahan. Hanya menyapa gegendang telinga sahaja, semakin menambahkan rasa berdebar di dalam hatinya.

Mawar mengalihkan pandangannya ke arah lain, segan sekiranya ada mata-mata yang memandang ke arah mereka.

"Saya hantar barang" balasnya dengan nada yang sama, pandangannya jatuh mencium lantai tatkala membalas panahan mata lelaki itu. Langsung tidak bergerak dari merenungnya, semakin bertambah malu apabila sebelah tangan lelaki itu masih lagi tidak bergerak dari mengepungnya.

"Kenapa pandang aku macam tu tadi? Aku nampak hensem macam Gong Yoo kau?" Soalan Nathan itu mendapat sepenuh perhatiannya, terdongak kepalanya memaparkan riak terkejut memandang lelaki itu. Dia fikir apa yang aku fikir?!.

Nathan tersenyum sinis. Dia fikir aku tak layan goblin?. Sebenarnya bukan aku layan pun, Ummi Dahlia yang sibuk menontonnya di kaca tv. Konon nak muka Ayah Syah sama macam tu. Tanpa sedar dia mencebikkan bibir.

"Awak..." ayat wanita itu tergantung, diiringi dengan bebola mata yang tidak lepas dari membalas pandangan matanya.

"Apa?" Balasnya sambil menjongketkan sebelah kening.

"Mana ada saya fikir awak macam tu, siapa Gong Yoo haa?!" Lenting Mawar tiba-tiba. Tidak mahu diselubungi dengan rasa malu yang semakin bertambah-tambah, Reidht Nathan benar-benar mengujinya!.

"Well, dahtu kau memang suka pandang aku?" Soalan yang berjaya mematikan kata-kata Mawar, lagipun dia tidak boleh menyorokkan penipuannya! Lelaki itu sudah dapat menekanya tanpa beragak.

"Memang saya suka pandang awak, kenapa?!" Balasnya tanpa rasa malu, dia membalas pandangan mata Nathan itu dengan berani. Daripada dia menipu dan menyembunyikan kebenarannya, lebih baik dia jujur. Menipu atau tidak, dia akan tetap rasa malu.

Tawa Nathan terletus tatkala hidung wanita itu tidak bertukar warna, jadi dia jujur lah ni.

"Aku lagi hensem dari mamat Korea tu kan?" Soal Nathan bersama bibir yang tersenyum senget, mengejek.

Mawar mengemam bibirnya, tidak mahu membalas persoalan lelaki itu. Dia yakin yang lelaki itu akan mengejeknya sekiranya mengetahui kebenaran yang sebenar, sangat riak dan takbur.

"Then..." sengaja Nathan menggantungkan ayatnya, mahu mengusik wanita itu. Tubuhnya semakin ditundukkan menyamai ketinggian wanita itu, matanya dijelajah ke seluruh wajah kemerahan Mawar.

Mawar mengecilkan tubuhnya, dadanya terasa hendak meletup menahan debaran.

"I'll be your goblin"

           "KAU tak rasa perkara ni macam sengaja diputar belitkan? Aku dah siasat kawasan aktif diorang, tapi semuanya sunyi" ujar Raaid sambil menyelak satu persatu helaian kertas yang memaparkan maklumat kes. Dahinya berkerut seribu tatkala melihat kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan, kerana inikah kes tersebut asik bertukar tangan?.

"Selama ni, anak buah diorang tak pernah kena tangkap. Kena serbu tu ya, tetapi mereka semua terlepas. Budak dalam pun dah puas kena lunyai dengan Nathan, sebab tu settle" terang Hujan diiringi keluhan lemah. Jika tidak difikirkan tugas besar yang satu ini, sudah lama dia merehatkan mindanya di rumah. Terpaksa bekerja sehingga lewat malam semata-mata kerana ingin melengkapkan maklumat. Kes jenayah kali ini pun turut besar, jadi tidak peliklah jika mereka bersusah payah sekalipun.

"Budak ni cuba nak game kita. Mungkin sebab kita tak ambil tindakan, diorang mula rancang sesuatu yang lebih menguntungkan. Lagipun korang tahu, banyak penyamaran yang diorang lakukan untuk dapatkan mangsa" sampuk Nubhan pula. Dia turut melepaskan lelah setiap kali menyemak fail kes ini, tidak kiralah maklumat baru ataupun lama. Bukannya mereka malas, tetapi otak mereka sudah hampir pupus memikirkan kegiatan jenayah mereka.

Hujan memutar-mutarkan pen di tangannya, dia merenung helaian kertas yang bertaburan di atas meja itu.

"Perjumpaan seterusnya bila?" Soal Hujan dengan wajah yang masam, terasa malas benar ingin menjejakkan kaki ke bilik mesyuarat itu. Lebih-lebih lagi apabila mengingatkan wanita separuh lelaki itu.

"Esok" balas Raaid diiringi tawa kecil. Bukannya dia tidak faham maksud riak wajah itu, terasa tidak sabar pula hendak menonton episode drama yang seterusnya.

"Aku tengok dia okay je, kau yang cepat melenting" kata-kata Nubhan itu mewujudkan perasaan menyampah di dalam hati Hujan, dia sendiri tidak tahu mengapa mudah sahaja dia berbalas kata dan bergaduh bersama Gwenn itu. Rasa tidak macho pula bertengkar bersama wanita, jatuh ranking kehemsemannya yang mencanak naik itu.

"Aku bukan melenting, cuma mulut aku ni ringan untuk balas kata-kata dia" balasnya sambil tersenyum plastik.

"Aku malaslah nak kata, tapi kau nampak lembab kena tindas dia" jujur Raaid mula membuka telefonnya, aplikasi game yang sering menjadi pilihannya ditekan. Sudah lama dia tidak menyenamkan tangannya yang mulai keras, alah tidak lama mana pun. Kali terakhir adalah sewaktu mesyuarat mereka yang pertama.

"Weak actually" tambah Nubhan pula. Bukan niat untuk mengapi-apikan kawannya itu, namun rasa tidak berfaedah pula bergaduh dengan perempuan.

"Jangan nak membangang, hasutan korang binasa sangat" Hujan menyandarkan tubuhnya di kerusi, dia berpusing ke kiri dan ke kanan sekadar untuk menghindari rasa bosan.

"Weyh, hujan" kata Nubhan sambil jari telunjuknya menunjuk ke luar tingkap. Raaid turut melihat ke luar tingkap, bersyukur melihat titisan hujan yang turun itu. Sudah lama mereka berkampung dengan panas terik, akhirnya hadir juga kesejukan.

"Apa?" Soal Hujan tatkala namanya dipanggil, dia menoleh ke arah dua orang sahabatnya yang sedang melabuhkan duduk di sisi meja.

"Bukan kau, hujan kat luar tu" ujar Raaid lalu memuncungkan bibirnya ke luar tingkap. Perasan sungguh, siapa entah yang hendak menyebut nama dia.

Kata-katanya disambut tawa besar Nubhan tetapi dibalas dengan cebikan Hujan. Marah lah tu, itulah siapa suruh nama serupa cuaca. Mujur tidak jumpa dengan sahabat lain yang bernama petir, kilat dan guruh.

"Benci aku cakap dengan korang" rajuk Hujan memasamkan riak wajahnya, tidak suka benar orang mempermainkannya. Fail yang berada di atas meja kembali diambil, sempat dia mencucuk punggung Nubhan dengan sebatang pen yang sedari tadi di tangannya.

"Aku nak fail senarai maklumat mangsa yang terlibat" arah Hujan, mula bersikap serius.

"Kat bilik Nathan" balas Raaid sebelum menyepak Nubhan yang tidak henti-henti mengusap punggungnya, menyuruh lelaki itu pergi mengambilnya. Dia juga tidak melepaskan peluang untuk menyepak punggung lelaki itu sekali lagi, rezeki di depan mata jangan ditolak.

"Stupid" maki lelaki itu sepatah sebelum melangkah pergi ke bilik Nathan. Malas mahu membalas, membangkitkan kemarahannya sahaja. Rasa seperti mahu mengeluarkan kuasa tiganya, menyumbat ke semua makhluk itu di dalam kubur.

"Anyway, where's Nathan?" Soalan Raaid itu menimbulkan kerutan di dahi Hujan. Benar juga, mana lelaki itu pergi?. Dia hanya diberitahu bahawa sahabatnya itu keluar sahaja, ke mana dia tidak tahu.

"Keluar" pergi cari pasal. Sambungnya dalam hati, dia mahu tergelak namun ditahan. Terhibur dengan ayat sendiri.

"Haa, kutuk aku" tegur Raaid tatkala melihat bibir lelaki itu sedikit ternaik, apa lagi kalau bukan menahan tawa. Entah perkara apa yang difikirkan lelaki itu sehingga mampu untuk menggeletek hatinya sendiri.

"Aku suka kutuk kau depan-depan, talk back is not my style" bangganya menayangkan wajah yang kerek, cinta sungguh dengan dirinya sendiri. Raaid mempamerkan riak menyampah, kalau sehari tidak membangga diri pasti tidak lengkap hidup lelaki itu.

"Aku tengok maklumat ni, majoriti mangsa diorang lelaki" celah Nubhan yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat itu, matanya tidak lepas dari memerhati segala maklumat yang terpapar. Mati-matian dia menganggap mangsa yang sering diculik adalah perempuan, rupa-rupanya mangsa lelaki adalah tumpuan mereka yang utama.

"Anak jantan, lelaki lawan lelaki lah" balas Hujan main-main lalu mengambil fail yang dihulurkan, baru hari ini dia ingin menyemak senarai mangsa. Selama ini dia menguruskan fail maklumat data dan aktiviti kegiatan jenayah mereka sahaja, dia tidak rajin seperti Nathan untuk menyelak setiap helaian kertas fail-fail tebal itu.

"Tak mungkin ahli diorang semuanya lelaki, berkemungkinan juga ahli perempuan turut terlibat" Raaid turut mengintai maklumat tersebut, dia sedikit terkejut melihat jumlah mangsa lelaki yang terlibat. Boleh dikatakan 70% lebih tinggi berbanding perempuan, sedangkan selama ini mereka menjangkakan bilangan mangsa perempuan adalah lebih ramai. Tidak termasuk lagi dengan bilangan kanak-kanak yang turut menjadi korban.

"Diorang bukan gay, right?" Soalan Nubhan itu agak mengejutkan mereka, tidak mungkinlah.

"Biar betul, berdasarkan penyelidikan ahli forensik cuma mangsa perempuan sahaja yang luka di bahagian kemaluan mereka" balas Raaid dengan dahi yang berkerut. Tidak terfikir langsung dengan masalah yang satu itu, sepanjang mereka meneliti maklumat ahli forensik tiada satu pun masalah berkaitan lelaki. Sekadar organ dalaman mereka diambil sahaja.

"Aku terfikir je, lagipun selama ni kita anggap mangsa perempuan yang ramai. Kita langsung tak terfikir dengan mangsa lelaki, maklumat ahli forensik yang baru sampai di balai kita pun mengenai mangsa perempuan je. Sebab tu aku tak jangkakan rupa-rupanya mangsa lelaki lebih ramai" terang Nubhan lebar. Jika benarlah apa yang dia fikirkan, kes jenayah kali ini memang benar-benar berat. Maruah lelaki dan perempuan menjadi galang ganti, walaupun dari jantina yang sama. Meremang pula bulu romanya memikirkan hal itu.

"Wait, ahli forensik baru hantar maklumat mangsa perempuan?" Soal Hujan terkejut, dia fikirkan semua fail maklumat sudah diterima.

Teragak-agak Nubhan menganggukkan kepalanya, seolah-olah keliru dengan soalan Hujan itu.

"Maksudnya fail mangsa lelaki masih ada kat sana?" Soalnya lagi. Dia sudah bangkit dari duduknya, seakan-akan ada sesuatu yang berlegar di fikirannya.

Sekali lagi Nubhan menganggukkan kepalanya.

"Nathan tahu pasal ni?" Tambah Hujan lagi, banyak pula persoalan yang berlegar di fikirannya kali ini. Terutamanya apabila Nubhan mempersoalkan mengenai kehidupan seks penjenayah tersebut, gay.

"Nathan lah yang berbincang dengan aku mengenai hal tu, dia yang beritahu berkemungkinan diorang biseksual" jelas Nubhan bersama riak wajah yang tertanya-tanya. Dia masih ingat lagi kata-kata Nathan ketika itu, benar-benar mengejutkannya. Langsung tidak terlintas di fikirannya akan hal itu, apa yang dia tahu banyak mangsa yang telah menjadi korban mereka.

"Macam mana pula fail mangsa lelaki masih belum sampai sini? Sedangkan kita dah ambil masa lama untuk siasat kes ni" kata-kata Raaid itu berjaya menjentik minda mereka, mengapa mereka tidak mempersoalkan apa-apa mengenai hal itu?. Sudah hampir berapa minggu mereka memegang kes ini, sepatutnya fail itu sudah sampai di balai mereka.

"Nathan ada call haritu, but diorang kata mungkin fail tu ada terselit kat mana-mana. Sebab tiba-tiba hilang, lagi satu kes ni dah banyak kali bertukar tangan, jadi tak pelik jika fail tu tiba-tiba hilang" Nubhan mengakhiri kata-katanya dengan satu keluhan panjang, rasa serabut mula menganggu fikirannya. Bagaimana dia boleh lupa mengenai fail yang satu itu? Sedangkan Nathan selalu bertanya kepadanya mengenai maklumat mangsa.

Tanpa berfikir panjang Hujan mengambil kunci keretanya, dia perlu segera mengambil fail tersebut.

"Nubhan kau ikut aku pergi makmal, Raaid kau tolong jaga balai" arah Hujan sebelum melangkah keluar dari pejabat diikuti Nubhan, sempat lelaki itu mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya itu  dengan kenyitan mata. Sungguh menggelikan.

Raaid menggeliat kegelian, jijik.

          NATHAN merenung tubuh Mawar yang berada di hadapannya, wanita itu masih lagi sibuk menghias dan membentuk meja makan tetamu. Lebih bosan apabila dia ditinggalkan sendirian, hari sudah hampir menginjak malam namun wanita itu masih lagi melakukan kerjanya. Jam sudah menunjukkan pukul 7.55 malam. Boleh tahan lama juga dia berada di sini, sejak lewat petang tadi. Sekarang pun sudah masuk waktu Maghrib, takkan lah wanita itu ingin bekerja sehingga lewat malam pula.

"Mawar, lamanya" keluhhnya bosan. Dia menghentak dahi di atas lengan yang berlipat di meja, dari tadi wanita itu memalaunya. Langsung tidak mahu berbual dengannya.

"Kalau penat, awak baliklah" pujuk Mawar lembut, dari tadi dia memaksa lelaki itu pulang tetapi masih lagi mahu menemaninya di sini. Alasannya kerana ingin menghantarnya pulang. Dia langsung tidak ingat bila dia memberitahu lelaki itu untuk membawanya pulang.
"Aku kena hantar kau balik" balas Nathan bersama wajah masam. Sudah berapa kali dia mengulang ayat yang sama, namun wanita itu masih lagi memaksanya.

"Siapa suruh?" Baru kali ini Mawar berjaya mempersoalkan perkara, sudah letih memikirkan jawapan.

"Abang kau" jawapan Nathan itu benar-benar mengejutkannya, sejak bila pula abangnya mempunyai nombor telefon lelaki itu?.

"Bila dia telefon awak?" soalnya lagi, terhenti sudah tangannya yang sedari tadi bekerja membentuk napkin itu menjadi bunga. Lebih tertarik dengan jawapan lelaki itu.

"Petang tadi, pakai phone kau" kali ini Nathan menongkat dagunya di atas meja dengan sebelah tangan, sepasang matanya ditujukan memandang wajah wanita itu. Tidak berkelip sepasang mata itu membalas pandangan matanya.

Semakin berkerut dahi Mawar, penat dia memproses ayat lelaki itu.

"Dia minta tolong aku untuk teman kau and hantar kau balik. But aku busy pagi tu, sebab tu aku datang lewat petang. Ingatkan kerja kau habis petang, rupa-rupanya sampai malam kerja kau tak selesai" keluh Nathan panjang, ingatkan dia boleh menghantar wanita itu terus pulang ke rumahnya. Namun dia perlu menunggunya sehingga waktu malam.

Kata-kata Nathan itu membuatnya sedikit terkedu, lelaki itu tidak membantah dan sanggup untuk menemaninya di sini?.

"Abang saya tu tak ada otakkah? Dia pergi telefon awak buat apa" ujar Mawar bergurau, sekadar meredakan jantungnya yang sedari petang tadi tidak berhenti berdegup kencang. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan situasi mereka petang tadi, membuatkan wajahnya semakin kemerahan.

Nathan mencebikkan bibirnya, banyak songeh.
"Bila kau nak balik ni?" Dia mengabaikan kata-kata wanita itu malah dia pula yang mengajukan soalan. Dia sudah membaringkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan sebelah lengan, namun pandangannya masih lagi ke arah wanita itu. Mahu melihat bibir yang dari tadi tidak berhenti mengomel tanpa suara, membebel.

"Jomlah, lagipun boleh sambung esok" Mawar memberikan sentuhan terakhir kepada kerjanya sebelum mengatur langkah ke arah Maya, ingin memberitahu mengenai kepulangannya. Karang aku balik tiba-tiba, dia kata aku kena culik pula.

Nathan hanya menghantar pemergian wanita itu dengan ekor matanya. Dia mulai bangkit dari duduk lalu merenggangkan tubuhnya, lenguh tubuh badannya kerana melabuhkan duduk terlalu lama. Kerjanya di sini pun hanya memerhati tubuh wanita itu ke sana ke mari, bukan tidak mahu menolong tetapi dia sendiri tidak mahir dalam bidang tersebut. Takut jadi tema perang pula sekiranya dia masuk campur.

"Hai, abang. Baru waktu ni Jibby dapat tegur, tadi Jibby sibuk" suara itu membangkitkan bulu roma Nathan.

Kehadiran Jebat yang tidak diundang itu membuatnya mengucap dua kali syahadat. Tolonglah cepat beredar, dia tidak mahu berlama-lama di situ. Boleh terhenti nafasnya tatkala berada bersama lelaki yang mempunyai aura berbeza itu, aura gatal.

"Abang nak hantar Mawar ke? Boleh Jibby ikut?" Tergedik-gedik suara itu meminta, tubuhnya sengaja didekatkan bersama lelaki itu. Wah, Abang sungguh sasa.

"Ehem, blah" tersedak Nathan menghalau lelaki itu, sengaja dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup untuk memandang wajah yang berikat rambut ekor kuda itu. Satu tocang tidak apa, ini sampai empat hingga lima tocang. Terasa mahu pengsan pula memandangnya.

"Boleh tak kita change number? Bolehlah Jibby minta tolong abang nanti" telefonnya dihulurkan betul-betul di hadapan wajah lelaki itu, tersengih dia melihat pandangan mata lelaki itu yang cuba mengelaknya. Alah macam tidak tahu pula, wajahnya terlalu cantik sehingga terbakar lelaki itu melihatnya. Kecantikannya sangat panas membara.

'Mana pula makcik ni? Aku dah terseksa kat sini'. rungutnya di dalam hati. Riak wajah resah langsung tidak boleh disembunyikan. Namun lain pula dengan Si Sotong disebelahnya ini, masih lagi mahu menempel disisinya. Entah mengapa kakinya terasa digam, langsung tidak boleh bergerak!.

"Kenapa abang senyap? Panas ya" soal Jebat sambil tertawa manja, dia menutup mulutnya menahan malu. Tidak tahan pula dengan sikap romantik lelaki itu.

Eh, sejak bila?.

Tawa kejantanan itu membuatkan Nathan menjarakkan dirinya beberapa langkah dari lelaki itu. Berkerut dahinya menghadamkan maksud yang cuba disampaikan, bila masa pula dia panas?.

"Abang, panas... panas sebab..." sengaja Jebat bermain dengan kata-katanya, mahu bergurau bersama lelaki itu. Walaupun dia tidak sedar dirinya hanya syok sendiri.

Nathan mengalihkan pandangannya memerhati sekeliling, mencari kelibat Mawar yang masih lagi tidak kelihatan. Langsung tidak tertarik dengan kata-kata Si Jebat itu. Makcik tu memang sengaja tinggalkan akukah?!.

"Sebab Jibby hot sangat, ahaks!" Kuat kedengaran tawa manja Jebat memenuhi ruangan dewan itu, langsung tidak malu dengan diri sendiri yang menarik perhatian. Dia mengelap matanya yang mulai berair, kelakar sungguh lelaki itu bergurau dengannya. Membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.

Terpejam matanya mendengar suara itu, Nathan melepaskan keluhan lemah. Kerana itulah dia memikir dua tiga lagi untuk menjemput wanita itu, tidak mahu berjumpa dengan lelaki separuh kejantanan itu. Dia masih melilaukan pandangan matanya ke sekeliling, mahu mencari kelibat Mawar dan matanya terhenti tatkala wanita itu sedang menghampirinya bersama beg tangan yang tersandang di bahu.

Tanpa banyak kata dia terus berlari ke arah wanita itu lalu menarik tali beg tangan itu agar mengikutinya, nak balik cepat!.

"Eh eh, Nathan. Sabar kejap" tergesa-gesa Mawar membetulkan lariannya tatkala lelaki itu berlari sambil memegang tali beg tangannya. Mahu cepat-cepat ini hendak ke mana?!.

"Kita belum solat Maghrib, kena lah cepat nanti habis waktu" balas Nathan sekadar memberi alasan.

"Abang nak ke mana tu? Jibby tak habis berbual lagi!" Teriak Jebat apabila tubuh jejaka Idamannya semakin menjauh, punah harapannya ingin berdua-duaan bersama lelaki itu.

Mendengar suara yang teriak itu mewujudkan senyuman lebar di bibir Mawar. Patutlah hendak cepat, tidak mahu dikejar sotong gergasi.

"Kesian Jebat, tak baiklah awak layan dia macam tu" gurau Mawar bersama tawa kecil. Rasa kelakar pula melihat wajah kegelisahan lelaki itu setiap kali bersama Jebat, menyampah sungguh.

"Nama Jebat kalau nak lawan dengan aku tak apa, kalau menggeletis macam tadi pergi mampus. Aku tak suka" Nathan melepaskan tali beg tangan wanita itu tatkala mereka tiba di kereta, wajah Mawar yang tersengih mengusik memandangnya itu dijeling tajam. Seperti sudah mengagak modal wanita itu untuk mengenakannya, pasti dengan menggunakan si pahlawan masa kini itu.

"Tak baik benci-benci tau, nanti awak sayang" semakin lebar sengihannya melihat cebikkan lelaki itu, jelas riak tidak suka yang memenuhi ruangan matanya.

"Kau fikir aku terlalu bodoh untuk jatuh cinta dengan lelaki? Aku masih bernafsu dekat perempuan" ayat Nathan itu membuatkan mata Mawar membulat besar, laju kedua-dua tangannya diangkat naik menutup dada. Sangat menyeramkan.

"Kau kenapa?" Soal Nathan tidak mengerti, bercantum keningnya melihat mata bulat tidak lepas dari memandangnya.

Mawar mendekatkan wajahnya dengan lelaki itu, riak terkejutnya masih belum pudar.
"Awak menakutkan" ujarnya sebelum menjauhkan diri kembali. Rasa seram pula hendak menumpang lelaki itu pulang, kalaulah dia boleh terbang.

"Sudahlah, jom balik but kita singgah masjid dulu" kata Nathan sambil membuka pintu kereta penumpang sebelum melangkah ke arah tempat pemandu, dia berdiri di sisi kereta tatkala tubuh wanita itu masih lagi tidak bergerak.

"Pergi masjid? Untuk?" Ulangnya semula, terasa bebal tiba-tiba.

"Solat jemaah lah, Maghrib dah nak habis ni" terang Nathan lalu mengisyaratkan agar wanita itu masuk. Masih mahu berlama-lama di sini buat apa, tidak pasal-pasal datang pula makhluk yang tidak diundang itu nanti. Haru biru hidupnya.

"Tapikan sekarang dah lewat, mana ada solat jemaah. Siapa nak jadi imam saya?" Soal Mawar sambil melangkah ke arah pintu kereta penumpang. Dia berdiri di sisi pintu lalu memandang Nathan dengan tanda tanya. Waktu Maghrib pun sudah hampir ke penghujung, siapa lagi yang masih berjemaah?. Nathan turut memandang ke arahnya dengan riak wajah yang sama, seolah-olah tidak mengerti maksud yang dia cuba sampaikan.

"Kau tanya soalan masa depan mana ni?" Soal Nathan semula. Rasa tidak logik pula hendak menjawab soalan itu.

"Iyalah, awak kata solat jemaah. Kenalah ada imam, tapi sekarang kan dah lewat. Kita nak jemaah dengan siapa?" Mawar memuncungkan bibirnya, sakit hati apabila lelaki itu berpura-pura tidak mengerti soalannya. Suka benar memutar belitkan keadaan, kalau tidak faham kata sahajalah tidak faham.

"Akulah jadi imam kau, jangan risau solat kau takkan terpesong kalau jadi makmum aku" kata-kata Nathan itu berjaya mengembalikan debarannya, degupan jantungnya berdegup laju semula. Tidak pernah menjangkakan langsung arahan lelaki itu, terutamanya ketika diajak menjadi makmum. Lain benar rasanya, lebih-lebih lagi apabila solatnya itu berimamkan Nathan buat kali pertama.

"Tunggu apa lagi? Masuklah cepat" Nathan terus menghumbankan tubuhnya ke dalam kereta. Semakin lama dia di situ, semakin banyak jugalah pertanyaan wanita itu. Lebih baik dia beredar cepat, kalau tidak waktu mereka akan dihabiskan di situ sahaja. Bukannya dia tidak dapat menangkap riak wajah wanita itu, namun dia turut merasakan perkara yang sama. Pertama kali mengajak seorang wanita luar menjadi makmumnya, amat mendebarkan. Seperti tidak tahu malu pula mengajak wanita itu dengan selambanya, tetapi tidak salah sekiranya dia ingin menambahkan pahala.

"I think you have two personality" ujar Mawar sebaik sahaja melabuhkan duduk di tempat duduk penumpang, pintu kereta ditutup sebelum dia memusingkan tubuhnya memandang lelaki itu. Dia hanya memandang lelaki itu menghidupkan enjin kereta.

"What?" Soal Nathan sambil memegang stereng, rasa kurang hadam pula dengan soalan wanita itu. Tidak habis-habis mengujarkan perkara yang tidak masuk akal.

"Maksud saya, satu perangai malaikat and satu lagi perangai iblis" terangnya tanpa rasa bersalah. Langsung tidak memikirkan perasaan lelaki itu, tidak kiralah sakit hati ataupun tidak. Alah, lelaki itu hari-hari menyakitkan hati aku.

"Cubalah sehari minda kau tu terbuka sikit" ejek Nathan selamba. Memulangkan kembali rasa sakit hati yang diterima, walaupun dia tidak rasa apa-apa pun. Cuma wanita itu sahaja yang selalu beremosi, mengalahkan Drama Queen.

"Awak tulah. Haritu kata saya hodoh, lepastu tiba-tiba hari ni nak jadi imam saya" bulat matanya memandang lelaki itu, menyampah. Teringin pula hendak berjumpa dengan cikgu lelaki ini, bagaimanalah dia bertahan mengajar budak berotak dua ini?.

"Apa budak hodoh tak layak ada imam kah?" Soalannya itu berjaya mendapat hentakan yang kuat dari Mawar, hendak tercabut lengannya mendapat pukulan beg wanita itu.

"Saya tak suka awak!" Marahnya geram. Beg tangannya itu kembali dipeluk erat, cepatlah sikit pulang ke rumah. Malas betul mahu berlama-lama bersama lelaki ini.

"Lama-lama sukalah tu" balas Nathan bergurau. Seketika dia mengusap lengannya yang terasa perut, kuat betul wanita itu memukulnya.

Mawar hanya mendiamkan diri sehinggalah kereta itu bergerak meninggalkan kawasan dewan itu. Dia cuma termenung memandang ke luar tingkap sehingga matanya disajikan pemandangan masjid yang masih lagi bercahaya terang. Dia melangkah keluar dari kereta sebaik sahaja lelaki itu selesai memarkirnya.

"Now, let me be your 'imam'" usik Nathan sebelum mengatur langkah ke masjid, dia meninggalkan susuk tubuh Mawar yang kaku tidak bergerak.

"Menyampah" bisik Mawar perlahan. Dia mengikuti langkah Nathan dari belakang namun hanya sementara apabila lelaki itu tiba-tiba memberhentikan langkahnya. Dia terkebil-kebil memandang tubuh Nathan yang berdiri menghadapnya, terdongak kepalanya membalas pandangan lelaki itu. Riak penuh persoalan dipamerkan.

"Kalau kau sudi, aku tawarkan diri aku untuk jadi imam akhirat kau juga" tambahnya lagi bersama senyuman penuh makna sebelum meneruskan langkahnya.

Ayat lelaki itu membuatkan Mawar terkedu di tempatnya. Argh! Suka tinggalkan aku lepas kena tembak dengan ayat dia!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience