NUKHAIL memicit kepalanya, pening. Semuanya serba tidak kena, semuanya hendak diletakkan di atas bahunya seorang. Sedangkan lelaki itu sendiri yang mempunyai anak buah yang tiada otak, sekarang mahu menuduhnya pula.
"Mana kau waktu kejadian tu berlaku?! Sepatutnya kau yang awasi mereka dan bagitahu aku, bukan selepas kejadian tu berlaku baru kau nak report aku. Macam mana kau buat kerja?!" Tengking Wayith kasar, bengang. Seorang demi seorang anak buahnya dicekup, lebih lebih lagi mengenai kes terbaru ini. Walaupun jumlah yang ditangkap tidak banyak, namun pengawasan mereka semakin lama semakin meningkat dengan mendadak. Mana-mana sahaja ada yang memerhati, sehingga ingin melakukan kerja pun tidak tenang.
"Anak buah kau yang otak dekat paras kaki binatang, kalau diorang pandai buat kerja takkan kena tangkaplah" bantah Nukhail kasar, tidak habis-habis hanya dia sahaja yang salah. Cubalah mendengar cadangan dan pendapat orang lain, ini tidak cuma mahu memberontak dan memaki hamun. Langsung tidak boleh dibawa bincang, akhirnya asik terjerumus di ambang kemarahan.
Wayith membaling gelas yang berada di tangannya itu dengan kuat ke dinding, melepaskan rasa baran yang semakin memuncak naik. Baru beberapa hari rancangan je berjalan, namun satu pun tidak seperti yang diharapkan. Sangat memalukan.
"Kau tak payahlah nak gopoh sangat, benda baru berjalan. Jangan sampai bila semuanya dah lancar, anak-anak buah kau buat taik kat tempat tu" ugut Nukhail mendatar, dia mengambil nafas kasar. Sepanjang hari ini keadaannya langsung tidak aman, semuanya tidak kena. Itu salah, ini salah. Ini semua gara-gara terpaksa bekerjasama dengan lelaki yang tidak tahu bersabar, cuma tahu mengarah dan memaki sahaja.
"Aku tak nak sebab perkara ni periuk nasi aku kena tutup, kau kena fikir walaupun kes ni cuma sebesar zarah tapi guna akal kau apa yang akan jadi bila zarah-zarah tu semakin merebak. hancur." Ujar Wayith tegas, sejak perbincangan mereka tadi wajahnya langsung tidak berubah. Bengis. Tidak suka dengan apa yang didengari beberapa hari lepas, sangat memanaskan hatinya.
Nukhail menghembuskan nafas lemah, letih.
"Dalam hal ini, bukan akal aku sorang yang kena berfungsi. Kalau akal aku dah elok-elok boleh berfikir, sampai dekat anak buah kau yang memang tak ada akal tu memang-- aku malas nak cakap lebih-lebih. Jadi kau sebagai ketua diorang, dermakan akal kau tu" jujur Nukhail tanpa tapisan. Sudah lama dia memendam perkara ini, akhirnya terluah juga. Kalau dulu dia takut hendak berterus terang namun sekarang dia tidak tahan, jika tidak diluahkan sehingga ke akhir rancangan mereka dia akan dipersalahkan.
Riak wajah Wayith berubah, seolah-olah menahan rasa amarah.
"Akal aku?" Soalnya, sinis.
"Memang, dengar sini. Tanpa aku, kau tak akan dapat maklumat yang tepat. Selama ni duit yang kau perolehi tu datang dari pencarian aku, jadi kalau kau rasa selama ini semuanya salah aku then aku nak blah" luah Nukhail marah, lantaklah jika hendak menembak atau membunuhnya sekalipun dia tidak peduli. Asalkan dia tidak terlibat dengan kerjasama yang tidak berperikemanusiaan ini, hanya menggunakan kebaikan ke atas satu pihak sahaja. Dia terus bangun dengan kasar dari duduknya, diabaikan wajah amarah Wayith ke arahnya.
Hentakan kuat di meja itu menghentikan langkahnya, dia menoleh memandang wajah bengis Wayith yang turut sama bangkit dari duduknya. Tajam pandangan mata lelaki itu memandang ke arahnya, menzahirkan rasa amarahnya yang semakin membara.
"Jangan cabar aku, Nukhail" ugut Wayith, sinis.
"Kau yang cabar aku, sampai satu masa bila kau rasa betapa pentingnya aku dalam sumber pendapatan kau selama ni... kau tak akan hina aku" balas Nukhail tidak mahu kalah, biarlah apa jadi sekalipun. Dia tidak tahan, lelaki itu terlalu bongkak dan sombong dengannya. Seolah-olah selama ini lelaki itu yang melakukan segala-galanya sedangkan dia yang bersusah payah menjadi periuk nasi lelaki itu, sangat takbur.
"Jangan sampai aku buat sesuatu yang kau benci, Nukhail" semakin lama semakin sinis nada Wayith berkata-kata, sengaja dia melewakan nadanya. Ingin menyakitkan hati Nukhail.
"Tak perlu ugut--"
"Adik perempuan kau." Satu ayat yang berjaya menggelukan lidah Nukhail. Dia tergamam memerhati senyuman sinis Wayith, matanya bergerak-gerak menahan rasa benci dan amarah yang semakin bernanah naik.
"Jangan. Sentuh. Adik. Aku." Ujar Nukhail, mendatar. Dimatanya terpapar berjuta amaran yang tegas, tidak sangka Wayith akan menggunakan satu-satunya titik kelemahannya. Sangat kurang ajar, kerana bermain secara kotor.
Tawa besar Wayith memenuhi bilik sunyi itu, dia tergelak sinis pada Nukhail. Wajah amarah lelaki itu benar-benar menarik minatnya, menghiburkan hati.
"Seberapa banyak langkah yang kau buat untuk khianati aku, sebanyak itu jugalah sentuhan yang aku akan berikan pada adik kau. Sama nikmatnya dengan sentuhan perempuan-perempuan dekat luar sana" ujar Wayith sambil melangkah beberapa tapak ke arah Nukhail, dia membuat muka mengejek sebaik sahaja bertentang mata dengan pandangan tajam lelaki itu. Takut ? Huh, perkara itu tidak pernah ada di dalam kamus hidupnya.
Dia tersenyum memandang genggaman tangan Nukhail yang erat, dia tahu lelaki itu sedang menahan sabar dengannya.
"Geram, nak pukul aku? Buatlah" ejeknya dengan nada menyakitkan hati.
Bergegar mata Nukhail menahan rasa amarahnya, jika tidak mengenangkan pengaruh besar lelaki itu, sudah lama dia mengerjakan lelaki itu. Lelaki binatang.
"Aku bagi kau pilihan, adik kau... atau kau?" Sejurus selepas itu dia terus mengeluarkan tawa besar, tawa yang sengaja diletuskan untuk membuakkan rasa amarah lelaki itu. Dia teruja memandang wajah amarah Nukhail, sangat menghiburkan hatinya.
"Kalau aku tahu, budak-budak kau sentuh adik aku... aku akan kerjakan diorang sampai lunyai" kata-kata Nukhail itu ibarat ceramah di telinga Wayith, selamba sahaja lelaki itu mengeluh dan membuat muka bosan. Langsung tidak berminat dengan hujah dan amaran Nukhail, sangat membuang masa.
"Huh, bosan. Macam mana kau buat kerja, macam itulah hasilnya, jadi pandai-pandailah fikir" balas Wayith sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar, dia mengatur langkah ke meja kerjanya kembali.
Jika pandangan tajamnya diibaratkan seperti pisau, pasti sudah terbelah badan lelaki itu. Nukhail mengambil nafas kasar, memaksa diri untuk bertenang. Hatinya menjadi tidak tenteram mengenangkan keselamatan adiknya, dia tahu cara permainan kotor Wayith itu dan dia pernah melihat individu-individu di luar sana menghadapinya. Sangat perit.
"Apa yang kau nak?" Ujar Nukhail, mengalah. Keselamatan adik perempuannya adalah pertaruhan tatkala ini, dia perlu meneruskannya dalam keterpaksaan.
"Bagus" serentak itu Wayith menepuk kedua-dua tangannya, dia tersenyum lebar. Mengejek.
"Teruskan kerja kau dan jangan sesekali kau berpaling dari aku, sampai kau mati. Jangan buat taik dengan aku Nukhail, kalau kau sayangkan adik perempuan kau. Yang cantik tu" sempat dia menyelitkan kata-kata nakal dihujung ayat, sengaja ingin melihat reaksi lelaki itu. Setiap patah perkataan yang terkeluar dari bibirnya adalah kata-kata amaran yang dia akan pegang sehingga nafas lelaki itu sendiri berhenti di tangannya, dan dia benar-benar memaksudkannya.
Nukhail memejamkan matanya, cuba menahan diri dari menumbuk wajah sinis itu.
"Sepanjang aku bekerja dengan kau, jangan sesekali kau atau anak buah kau sentuh adik aku" Dia tahu caranya ini akan menjerat diri sendiri namun demi keselamatan adiknya dia harus mempergadaikan diri sendiri, dia hanya ada satu-satunya ahli keluarga yang masih berada di sisi. Dan dia akan menjaganya dengan baik.
"Hahaha, itu kau jangan risaulah. Yang penting, duit aku masuk" Balas Wayith tamak, siapa kisah dengan ahli keluarga lelaki itu? Walaupun adik perempuannya memang menarik perhatian namun dia masih menjaga syaratnya, mungkin semasa lelaki itu ada sahaja. Selebihnya... erm.
"Aku nak blah" Nukhail mengatur kembali langkahnya ke arah pintu keluar, dia risau jika rasa amarahnya tidak dapat ditahan lagi. Silap haribulan tidak bernyawa lelaki itu, senang-senang sahaja menaikkan bara apinya.
"Eh, jangan lupa. Penglibatan kau dalam hal Diraja masih tersenarai, jangan pura-pura ya" sempat Wayith memerli dihujung kata-katanya, dia bersiul nakal di akhir ayat. Masih tidak puas untuk menaikkan amarah Nukhail yang memang sudah memuncak tinggi itu.
Nukhail mengendahkan kata-kata lelaki itu dan hanya berlaku pergi tanpa suara. Cara itu lebih baik, untuk meredakan rasa amarahnya.
MAWAR termenung di hadapan tingkap hospital, dia memandang kaki kanannya yang berbalut itu. Masih terasa sakitnya namun degil juga untuk berjalan, bukan apa dia hanya bosan berlama-lama di hospital ini. Apatah lagi luka di tubuhnya masih lagi berbisa, lagi susah untuk dia mencipta alasan pulang ke rumah.
Permandangan waktu petang itu sedikit melekakannya, dia tersenyum memandang matahari yang terbenam itu.
"Kau ni memang nak kena ajar dua kalikah?" Suara yang menegur itu mengakukan tubuhnya, sejak semalam lagi dia berdebar untuk menghadap lelaki itu. Lebih-lebih lagi tatkala mendengar kata-kata lelaki itu semalam, benar-benar menyesakkan nafasnya.
Mawar sekadar mendiam diri, ketika itu jugalah terdengar bunyi tapak kasut Nathan melangkah ke arahnya. Entah mengapa, perutnya bergelodak hebat dan mukanya mulai panas dengan tiba-tiba.
"Dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Tubuh Mawar terenjat sedikit tatkala mendengar suara Nathan yang benar-benar berada di sebelahnya, wajah lelaki itu berkerut seribu memandang ke arahnya. Pelik. Serentak itu juga dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, sengaja mengendahkan suara lelaki itu.
Nathan terdiam seketika, keliru. Namun beberapa saat kemudian, bibirnya mula mengukirkan senyuman mengusik. Malu ?. Baik, kita tengok sampai mana situasi ini akan berterusan.
"Aku ada belikan makanan, kau belum makan kan?" Soal Nathan seraya meletakkan bungkusan coklat berisi makanan di atas meja hospital, dia melabuhkan duduk dengan santai di atas katil hospital yang sedikit renyuk itu.
Soalan Nathan itu dibalas bersama gelengan kecil, sedaya upaya Mawar mengawal dirinya dari memandang ke arah lelaki itu. Kejadian semalam semakin berputar-putar di mindanya, dia menghembus nafas debar. Mengapalah lelaki itu suka sangat memberi kejutan? Tidak cukup dia menerima trauma hari kelmarin kemudian ditambah pula dengan kejutan budaya lelaki itu semalam. Selepas itu selamba sahaja gaya lelaki itu berjumpanya pada hari ini, seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka semalam.
"Mari sini makan, aku hidangkan" tawar Nathan dengan rela hati, bukan lakonan ya tetapi memang dia hendak melakukannya. Apa salahnya dia berbuat baik sementara memandangkan wanita itu sedang sakit, namun ketika sembuh nanti dia akan membulinya cukup-cukup. Seolah-olah tiada hari esok, eh jahatnya.
"Erm.." ngumam Mawar sambil mengemam bibirnya, dia berusaha memakukan pandangannya ke luar tingkap. Biarlah, asalkan degupan jantungnya menjadi normal. Ini jika jururawat masuk ke dalam wad untuk menyemak keadaannya, pasti menjadi bahan tawa sahaja. Tidak normal ! Sudah pasti Nathan akan mentertawakannya tanpa henti.
Nathan menjongketkan sebelah keningnya, tidak habis habis lagi.
"Ke sini, sebelum aku sendiri yang dukung kau"
Serentak itu juga Mawar melangkah laju ke arah katil, namun sekejap sahaja sebelum dia berdiri betul-betul di sisi katil. Memerhati betapa santainya lelaki itu melabuhkan duduk di atas katilnya, bila hendak bangun ni ? Tidak sedarkan dia mahu duduk.
"Asal?" Soal Nathan, pelik. Semacam sahaja wanita itu memerhatinya, ada sesuatukah di wajahnya?.
Dengan diam Mawar mengangkat jarinya, menunjuk ke arah katil. Seolah-olah memberi isyarat kepada lelaki itu, jika tidak sehingga ke penghujungnya lelaki itu masih mamai.
Beberapa saat kemudian baru Nathan tersedar, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Spontan. Dengan sengihan tak bersalah dia bangkit dari duduknya.
Mawar menundukkan wajahnya dengan segera, setunduk yang boleh agar tidak memandang wajah lelaki itu. Entah mengapa, mengingatkan lelaki itu sahaja sudah membuatkannya malu apatah lagi bertentangan mata secara semula jadi seperti ini. Membuatkan perutnya semakin dipenuhi dengan rama-rama yang berterbangan. Pipinya yang kemerahan semakin tidak dapat disorokkan, dia mengemam bibir tatkala terlihat lirikan mata lelaki itu melalui ekor mata.
"Naiklah" lembut sahaja suara lelaki itu menyuruhnya, Nathan masih lagi setia berdiri di sisi katil bertentangannya. Baliklah cepat!.
Mawar mengemaskan kedudukannya di atas katil dengan selesa, dia memandang sekilas bungkusan makanan yang terhidang itu. Sedangkan sarapan pagi tadi pun dijamah sedikit sahaja, inikan pula ingin menambah lagi.
Selera makannya sudah hilang, tiada satu makanan pun yang menarik minatnya buat masa ini.
"Satu dua gigitan pun tak apa, asalkan isi perut kau sebelum masuk waktu makan tengah hari. Sarapan yang nurse hantar pagi tadi, kau makan tak?" Soal Nathan sambil membuka bungkusan maknanya itu, makanan yang masih hangat itu dihidangkan dengan kemas di hadapan Mawar. Sempat dia melakukan lirikan mata bersama wanita itu namun, namun pandangannya langsung tidak berbalas.
Mawar sekadar mengangguk kepalanya. "Sikit..." Ujarnya perlahan. Sempat dia menjengukkan kepalanya memandang makanan yang terhidang, roti canai... Eh?.
Serentak itu juga Mawar mengangkat kepalanya, terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu.
"Kuah banjir, nak?" Soal Nathan bersama kening yang terjongket sebelah, cuba mengumpan.
"Haa?" Mawar menggigit lembut bibirnya, tiba-tiba terasa sedap pula. Dia memerhati dengan tekun kuah yang melimpah ruah memenuhi roti canai itu, ditambah pula dengan sambal kemerahan yang dituang enak. Mengapa mulutnya tiba-tiba berair? Rasa hendak dipotong pula tangan Nathan, geram sungguh.
"Sedap" umpan Nathan sambil menghisap ibu jarinya yang tercalit sedikit kuah, sengaja dia menarik pinggan yang berisi roti canai itu ke kiri dan kanan. Dia tergelak kecil tatkala melihat mata bundar itu sedari tadi mengikuti gerakan tangannya, nampak lapar sangat.
"Nakk" ucap Mawar laju, tidak dapat menahan mulutnya yang sudah banjir dengan air liur.
Pantas tangannya ingin mencapai pinggan itu namun ditarik semakin jauh, ketika itu juga dia memandang wajah Nathan dengan tanda tanya. Kenapa?.
"Siapa kata ini untuk kau?" Soal Nathan dalam tanda tanya, berpura-pura terkejut.
"Tapi tadi awak bagi saya kan? Awak kata untuk saya" laju sahaja bibir Mawar membalas, dia masih lagi berbalas pandangan dengan lelaki itu. Tidak puas hati ! Baru sebentar tadi Nathan kata itu adalah untuknya, kali ini lain pula. Sengaja lah tu hendak mencari gaduh, eee!.
Sengaja Nathan mengerutkan wajahnya, pelik.
"Kenapa buat muka macam tu? Awak bagi saya tadi!" Marah Mawar, geram. Terasa hendak ditarik sahaja pinggan itu, namun difikirkan betapa nikmatnya menikmati makanan itu tanpa sedikit pun pembaziran membuatkannya menghentikan niatnya sendiri. Kalaulah makanan itu tumpah walaupun setitik kuah roti canai itu, sudah pasti merugikan.
"Bukti? Adakah aku kata?" Semakin lama semakin seronok pula mengusik, lebih-lebih lagi apabila bibir mungil itu laju membalas. Hilang sudah suasana sepi diantara mereka.
"Tapi... tadi awak kata kan? Awak kata untuk saya, sebab awak tanya saya dah makan kah belum" jelas Mawar dengan terperinci, dia benar-benar ingin menikmati roti canai berkuah banjir itu. Mulutnya mulai berair semula, bau yang sedap itu semakin menusuk ke rongga hidung.
"Tanya je, bila masa nak bagi?" Nathan menyembunyikan senyumannya, meriah pula mulut wanita itu bila lapar.
"Habistu, buat apa awak nak makan kat sini? Pergi baliklah!" Berasap sahaja kepalanya ketika itu, sakit hati betul!. Apa guna lelaki itu bungkus jika bukan untuknya, tidak mungkinlah dia sengaja ingin makan di hospital, di dalam wad pula itu. Tak logik!.
"Saja, kedai makan tu ramai orang" alasan, semakin panjanglah muncung makcik itu. Sekarang pun sudah kelihatan seperti itik, mengalahkan itik sebenar.
"Siapa..?" Sengaja Mawar menggantungkan ayatnya.
"Apa?" Soal Nathan semula.
"Siapa tanya?!" Balasnya dengan nada geram, sedari tadi dia menahannya. Kalaulah dia boleh menendang lelaki itu keluar, sudah pasti ketika itu juga dia halau. Ketika keadaannya seperti inilah lelaki itu mahu mengacaunya, sakit hati benar.
"Aik, marahnya" usik Nathan, dia tersengih seperti kerang busuk.
"Marahlah! Saya lapar!" Rasa mahu dihentak-hentak kepala lelaki itu dengan pinggan di atas meja, tidak cukup dengan peristiwa semalam yang berlaku di antara mereka kali ini ditambah pula pergaduhan yang lansung tidak masuk akal. Roti canai?!.
"Awak dahlah semalam, awakk--" serentak itu juga terhenti kata-katanya, ketika itu terus terasa pahit di anak tekaknya. Bagaimanalah dia boleh terlepas kata? Kejadian semalam kembali berputar di mindanya, ketika lelaki itu melamarnya dengan mengejut.
"Jadi isteri aku"
Mawar mengemam bibirnya, malu.
"Aku buat apa? Kenapa berhenti? Aku sendiri teringin nak dengar, apa yang aku buat semalam" usik Nathan bersama senyuman sinis, matanya tunak membalas pandangan wanita itu. Dia tersenyum panjang, wajah kemerahan wanita itu kembali memenuhi ruangan matanya.
Dengan segera Mawar menundukkan wajahnya, dia menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Sudah tidak sanggup berbalas mata bersama lelaki itu, apa yang aku buat ni?.
Nathan tertawa kecil, pinggan berisi roti canai itu didekatkan kembali kepada Mawar. Karang sejuk tidak sedap pula, leka sungguh mengusik.
"Makanlah, aku gurau je" pujuk Nathan, lembut. Dia meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan itu, jangan kata tidak ada selera sudahlah.
Tanpa kata Mawar mencapai sudu dan garfu itu, dia menjamah roti canai itu dengan berselera. Malu memang malu, tetapi makan tetap nombor satu.
Sedaya-upaya Nathan menahan tawanya, ingatkan tiada selera tetapi berselera pula makan. Lapar sungguh ni.
"Jangan gelojoh sangat, tersedak nanti" risau pula melihat betapa berseleranya wanita itu makan, laju benar.
"Uhuk! Uhuk!" Batuk Mawar, hidungnya mulai terasa pedih.
"Ya Allah, aku dah cakap tadi" tegur Nathan sambil membuka setin air milo, pantas dia menghulurkan air itu kepada Mawar. Dia menggeleng melihat mata wanita itu yang mulai berair, itulah padahnya jika makan dengan nafsu.
"Ehem! air, milo? Awak biar betul?" Soal Mawar dengan riak tidak percaya.
"Haa?" Balas Nathan bingung.
"Pagi lagi Nathan, awak bagi saya minum air Milo? Dalam tin pula tu, kalau bungkus tak apa juga" kata-kata Mawar itu mengundang tawa kecil di bibir Nathan, dia tersengih lebar.
"Aku malas nak bungkus, panas berapi air dia. Jadi aku beli kat mesin bawah ni je" jelas Nathan tanpa rasa bersalah, semakin lebar pula senyumannya. Gembira melihat wajah sakit hati wanita itu, lagipun tiada beza pun. Air milo juga.
Semakin berkerut wajah Mawar, hendak menang sahaja. Tanpa mempedulikan lelaki itu dia kembali menyambung makanannya, kali ini dia makan dengan berhati-hati. Tidak kuasa disumbat air milo lagi jika tersedak, entah kenapa perginya air mineral di dalam wad ini pun dia tidak tahu.
Beberapa saat kemudian suasana sepi di antara mereka, Mawar leka dengan makanannya manakala Nathan pula leka memerhatikan wanita itu. Sepatutnya kehadirannya pada pagi itu adalah untuk memeriksa keadaan wanita itu, sambil itu bersoal jawab untuk mencatat apa apa maklumat yang berkaitan. Memandang situasi semalam tidak berjalan dengan lancar, malah bersambung dengan situasi yang lain pula. Situasi yang dicipta mengejut oleh dirinya, malah kata-kata berani yang juga terkeluar secara mengejut dari bibirnya. Tetapi entah mengapa, dia terasa begitu lega.
Tunak matanya memandang wajah kemerahan Mawar, cantik benar. Walaupun dalam keadaan marah ataupun malu, hatta seperti biasa pun wanita itu tetap cantik di matanya. Kerana itu dia tiba-tiba ingin melindungi wanita itu, wajah itu sudah berjaya menangkap matanya sejak dari pertemuan pertama mereka.
Dia terkedu tatkala pandangannya berbalas bersama wanita itu, segera dia mengalihkan pandangannya. Dia berdeham perlahan, menghilangkan rasa gemuruh. Berdebar.
"Awak tak makan?" Soal Mawar perlahan, rasa tidak balik pula membiarkan Nathan seperti itu. Sudahlah lelaki itu yang membelikan makanan untuknya selepas itu dia melayan lelaki itu seperti pelayan pula. Berdiri teguh memerhatinya, langsung tidak bersuara.
Nathan terkebil. "Haa ? Tak apa makan je, memang aku belikan untuk kau" balasnya kekok. Tiba-tiba, Allahuakbar apa yang kau buat ni Nathan?.
Suasana kembali senyap di antara mereka.
Perlahan-lahan Mawar mengangkat kepalanya, dia memerhati lelaki itu tanpa kata. Lelaki itu seolah-olah memikirkan sesuatu, tanpa suara lelaki itu menghampiri meja makannya.
"Awak nak buat apa?--"
"Sekejap" potong Nathan, dia mencapai air tin Milo itu dan mencabut penutupnya.
Mawar hanya memerhati dengan senyap, menantikan tindakan lelaki itu yang seterusnya. Entah apalah yang lelaki itu fikirkan, pelik.
"Tangan" pinta Nathan, sepatah.
"Tangan?" Soal Mawar kembali, keliru. Jujur dia tidak faham dengan kata-kata lelaki itu, apa yang dia hendak lakukan?. Sudahlah lelaki itu menayangkan wajah kosong sahaja, langsung tiada riak.
"Iya, hulur tangan kau" terang Nathan semula.
Tanpa ragu-ragu Mawar menghulurkan tangannya sebelum mengalihkan semula wajah memandang lelaki itu.
Ketika itu juga Nathan menyarungkan ruangan kecil di penutup tin itu di jari manis Mawar, tetapi hanya muat separuh sahaja.
"Cincin" ujar Nathan bersama senyuman kecil.
Mawar tergamam, cincin?.
"Jari kau terlalu gemuk, sebab tu muat separuh je" ejek Nathan selamba, sejurus selepas itu dia mengemas plastik makanan yang bersepah di atas meja itu. Seolah-olah tiada apa yang berlaku, walaupun ketika itu jantungnya berdegup kencang. Dia berusaha menyembunyikan telinganya yang kemerahan, walaupun dia sendiri keliru bagaimana hendak menyembunyikannya.
Kata-kata ejekan itu langsung tidak menyakitkan hati Mawar, malah membuatkan wanita itu kehilangan kta-kata. Tergamam dan terkedu, serentak itu juga perutnya kembali bergelodak dan jantungnya berdegup laju. Wajahnya yang kemerahan kembali terserlah dengan jelas, Ya Allah.
Dia memerhati penutup tin yang tersarung di jari manisnya, kalau diceritakan semula memang terasa kelakar tetapi bukan itu yang dia rasakan sekarang.
"Kalau.." suara itu Nathan kembali menarik perhatiannya, dia memandang lelaki itu dengan berdebar.
Lelaki itu memusingkan tubuh ke arahnya, pandangan mata mereka bersatu.
"Kalau kau terima aku... aku akan bawa kau cari cincin yang sebenar" ujar Nathan seraya menundukkan pandangannya, dia bermain dengan jari jemarinya.
Mawar mendengar tanpa kata, dia memegang dadanya yang berdebar. Jelas terasa betapa laju dengup jantungnya.
"Dan aku sendiri, yang akan sarungkan cincin tu di jari manis kau" Ya Allah, mengapa bibir aku ini terasa ringan sangat untuk meluahkan kata kata itu. Langsung tiada takut atau gentar untuk mengucapkan kata-kata itu, lancar dan jelas sahaja ucapannya.
Bibir Mawar terketar-ketar ingin membalas namun tiada satu patah perkataan pun yang meniti di bibirnya.
Nathan melangkah ke arah wanita itu bersama senyuman nipis, dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja seraya menunjukkan wajahnya memandang wanita itu. Pandangannya yang berbalas itu mengundang berjuta rama-rama di dalam perut, dia menarik nafas debar.
"One day, Mawar. Aku akan lafazkan akad dan masa tu... kau dah halal untuk aku" ketika itu juga dia mendekatkan wajahnya benar-benar di hadapan wanita itu, jelas terasa betapa hangatnya hembusan nafas Mawar menyapa pipinya. Wajah cantik yang kemerahan itu semakin menarik minatnya, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa tertariknya dia melihat mata bundar itu.
Ayat-ayat itu semakin menyesakkan dadanya, debaran semalam masih lagi berbisa ditambah pula dengan kata-kata yang semakin menyelam ke dalam hati.
"Na--Nathan" panggil Mawar tersekat-sekat, dia tidak mampu untuk menutup debarannya.
Lelaki itu mengukirkan senyuman manis, benar-benar berjaya untuk memakukan matanya.
"Kahwin dengan aku"
Share this novel