•bab 15•

Romance Series 13115

          "HUJAN, mana Nathan? Tok Ummi suruh dia ambilkan penyapu tadi" soal Ummi Dahlia sambil melilaukan pandangannya ke sekeliling ruang tamu, ketika itu juga dia terlihat susuk tubuh Hujan yang sedang menghampirinya sambil memegang sebatang penyapu.

"Nathan keluar, dia kata pergi ambil bibik" balas Hujan lalu menghulurkan penyapu itu.

"Kamulah sapu" sejurus selepas itu Ummi Dahlia terus mengatur langkah ke pintu utama, dibiarkan sahaja cucunya itu menyapu lantai. Alah, bukan selalu orang lelaki buat kerja.

"Dah lamakah dia pergi?" Tambah Ummi Dahlia lagi, dia berdiri di sisi pintu utama. Setengah jam lagi tetamu akan hadir, segala juadah juga telah dipersiapkan. Cuma tinggal menunggu tetamu sahaja.

"Bolehlah, 15 minutes" ujar Hujan kurang pasti. Sisa-sisa habuk yang kelihatan itu disapu bersih, tadi aku dengar suruh ambil penyapu je bukan suruh menyapu.

"Patutlah penyapu tak sampai-sampai, kan Tok Ummi dah malas nak sapu. Haa, padan muka kamu Hujan" tawa besar Ummi Dahlia memenuhi ruang tamu sunyi itu, lagipun hanya mereka berdua sahaja di rumah itu. Suaminya sedang menunaikan solat Isyak di masjid dan akan hadir bersama-sama jemaah masjid ke rumah, Nathan pula sudah melencong ke dimensi yang lain. Tidak pernah-pernah pula anak muda itu mengupah bibik untuknya, cucunya itu lagi sanggup untuk membantunya.

Hujan mencebikkan bibirnya, macam tak biasa je. Nathan cari pasal, then aku yang kena sambung kerja dia. Mamat tu memang haram jadah, suka hati dia je memperkulikan aku.

"Itu kawan kamukah?" Soal Ummi Dahlia tatkala melihat dua buah kereta memasuki halaman rumah. Dia menoleh ke sisi apabila menyedari kedudukan cucunya itu di sebelah.

"Entah... oh" muka toya ditayangkan tatkala melihat susuk tubuh Nubhan dan Raaid di sisi kereta, manakala kereta satu lagi pula dibawa oleh Gwenn. Dia menggelengkan kepala perlahan, bukannya tidak boleh membawa satu kereta. Sengaja sahaja hendak memenuhkan halaman rumahnya.

"Assalamualaikum wahai si cantik" sapa Nubhan lalu mencium tangan tua Ummi Dahlia, serentak itu dia menerima pukulan lembut di bahu.

"Kamu ni, Tok Ummi ingatkan siapalah tadi" tawa Ummi Dahlia lalu menghulurkan tangannya kepada Raaid dan Gwenn pula. Bukannya dia tidak kenal dengan rakan-rakan cucu-cucunya itu, selalu juga mereka datang melawat. Cuma beberapa waktu ini jarang, mungkin kerana kesibukan mereka di balai polis.

"Apahal bawa dua kereta? Kau fikir halaman rumah tu ayah kau punya" serang Hujan bersama sebatang penyapu di tangan. Kalau tersilap langkah, melayang penyapu itu.

"Eh, lantak kaulah. Halaman rumah tu luas kot" bentak Raaid pula. Dia menayangkan riak menyampah, selama ni sorang satu kereta tak kecoh pun.

"Entah, batak je" campur Gwenn turut menyampah.

"Haa, kau ni. Apahal pakai baju kurung? Pergi tukar seluar sana, nampak pelik" tambah Hujan lagi, kali ini dengan batang penyapu yang terangkat sekali. Mengawang-awangkan batang penyapu itu di atas diiringi kata-katanya.

"Apa yang kau dengki sangat ni?!" Takkanlah aku pakai baju kurung pun, boleh buat mata dia terbakar !.

"Pergi menyapu sana, Hujan. Tak baik buat tetamu macam ni" tegur Ummi Dahlia bersama tepukan lembut di bahu cucunya itu. Kalau dibiarkan nanti, melayang segala kelengkapan rumah. Dia tahu akan perang besar cucunya itu dengan wanita separuh cina itu.

"Ambil ni, sapu" penyapu itu terus dibaling ke arah Gwenn sebelum dia mengatur langkah ke luar rumah. Itu semua bukan kerja aku, tapi kerja perempuan.

"Ya Allah budak bertuah ni" marah Ummi Dahlia sambil bercekak pinggang. Tidak beradab sungguh perangainya ! Boleh pula membuat tetamu seperti, tidak cukup dengan pergaduhan ditambah pula dengan arahan tidak bermoral anak muda itu. Ini memang hendak kena !.

"Dah biasa, Tok Umi. Biarkanlah dia" pujuk Gwenn bersama senyuman nipis, dah biasalah sangat.

"Hujan memang macam tulah, Tok Umi. Suka bergurau" tambah Nubhan. Raaid pula sekadar menganggukkan kepalanya. Mengapa mahu terasa hati dengan sikap sahabat mereka itu? Sudah cukup bagi mereka untuk mengetahui perangai tidak senonoh lelaki itu.

Bam !

"Uhuk! Sakit hanatimuntah !" Raung Hujan kesakitan, badannya sudah tersembam penuh di rumput. Lututnya dipaut erat, mujur tidak patah. Bawa kereta pakai mata ke lutut ?!.

Dia memandang tajam tubuh Nathan yang baru keluar dari perut kereta, hanya senyuman sinis yang diberikan kepadanya. Tidak guna.

"Siapa suruh jalan pandang depan" balas Nathan tidak bersalah.

"Kesian dia, jahat lah awak ni" marah Mawar pula, dia memandang kesian ke arah tubuh Hujan yang mencium rumput. Bukan main terkejut dia tatkala melihat tindakan selamba Nathan melanggar sahabatnya itu, mujur tidak terlalu kuat. Jika tidak, terpelanting lelaki itu ke atas atap rumah.

"Selama ni kau jalan pandang belakang kah?!" Tengking Hujan, masih lagi terbaring di atas rumput.

"Woohoo, one shot one kill bro !" sahut Raaid dari belakang, dia bersorak gembira bersama Nubhan. Batang penyapu yang sebentar tadi berada di tangan Gwenn diangkat tinggi, terkenal betul penyapu tu hari ni.

"Apa yang kamu suka sangat ni? Kesian cucu Tok Ummi" tegur Ummi Dahlia sebelum mengatur langkah ke luar rumah. Dia berdiri di sisi Mawar yang masih lagi berasa terkejut dengan situasi tadi.

"Kamu okay, cu?" Soal Ummi Dahlia sambil mengusap tangan Mawar yang menggenggam erat pintu kereta.

Hujan yang sedari tadi menayangkan muka kasihan mula bertukar riak, mati-mati aku ingat dia kesiankan aku. Perlahan-lahan dia bangkit dari baringannya, bersusah payah dia menengakkan kakinya. Sengaja, padahal bukan sakit sangat pun.

"Saya okay" balas Mawar bersama senyuman, tangan Ummi Dahlia yang mengusap tangannya itu dipegang kembali.

Tersenyum Ummi Dahlia mendengar suara sopan itu, personalitinya pun lembut sahaja. Tetapi.. ini bibik?.

"Kau keluar ni, nak pergi mana?" Soal Nathan tatkala tubuh sahabatnya itu sudah berdiri seperti sedia kala. Sewaktu memandu tadi dia sudah melihat perangai Hujan di hadapan pintu rumah, kerana itu dia berpura-pura melanggar sahabatnya itu. Tahlil sudah mahu bermula tetapi masih lagi mahu merayap.

"Petik buah mangga, Tok Ummi suruh" balas Hujan selamba, sisa habuk di badannya dikibas-kibas.

"Bila Tok Ummi suruh?" Tanya Ummi Dahlia dengan keliru.

"Shhhh, Tok Ummi diam je" Hujan meletakkan jari telunjuknya di bibir, memberi isyarat senyap. Aduih, aku nak menipu pun tak senang.

"Aku akan anggap kau belum bangang lagi, sebab rumah kita mana ada pokok mangga" Ujar Nathan sambil berpeluk tubuh, ceruk mana rumah mereka ini terdapat pokok mangga pun dia ingin tahu. Selama ini tidak pernah nampak pun, kerana selama ini dia yang menolong Tok Ummi mengemas halaman rumah. Hujan lebih banyak mengemas di dalam rumah.

"Eh, kenapa aku tak tahu? Selama ni aku petik pokok apa?" Hujan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pokoknya kau pergi mampus, pergi masuk dalam" arah Nathan lalu menutup pintu kereta, habis aircond keluar. Budak tak guna ni punya pasallah, tidak habis-habis ingin mencipta alasan. Dia memandang ke pintu utama, ketiga-tiga manusia sudah masuk ke dalam rumah. Kalau tidak, bersorak seperti orang tiada akal di luar rumah.

"Ini ke bibik Tok Ummi? Macam tak kena je" suara Ummi Dahlia tiba-tiba sebelum meneliti tubuh Mawar dari atas sehingga ke bawah, terlalu cantik pula untuk dijadikan bibik.

"Bb-bibik?" Ulang Mawar semula, serentak itu dia memberikan pandangan maut kepada Nathan. Namun selamba sahaja lelaki itu membalas pandangan matanya, seperti tiada apa-apa berlaku. Dia gelar aku bibik? Nak mati ke haa?!.

"Apa? Bila masa Nathan kata bibik?" Soal Nathan seolah-olah tidak tahu. Dia menayangkan riak penuh tanda tanya, pandai sungguh berlakon.

"Ada je, waktu kau keluar tadi. Lepastu, aku tanya nak pergi mana? Then, kau kata pergi ambil bibik-- umphh!" Tersekat-sekat nafas Hujan menahan nafas, dia menggenggam erat tangan Nathan yang menekup mulutnya kuat. Manakala, sebelah lagi lengan lelaki itu mengunci bahunya, tidak mahu dia melawan. Payahlah dapat member yang pandai lawan ni !.

"Masuk masuk" tubuh Hujan ditolak diiringi masuk bersamanya, takut jika semakin melalut.

"Arh! Maafkan Mawar, Assalamualaikum Tok Ummi" tergesa-gesa Mawar mencium tangan tua itu, bagaimana dia boleh melupakan perkara seperti itu. Mujur dia tersedar, kalau tidak dianggap kurang ajar pula.

Kalau ibunya ada tadi, pasti sudah lama dihempuk. Tetapi Ibu Ayana tidak dapat mengikuti mereka kerana penat menguruskan majlis tengah hari tadi, jadi hanya dia sahaja yang hadir sebagai wakil. Lagipun abangnya Ferhadh akan pulang malam ini, jadi dia tidak risau sekiranya meninggalkan Ibu Ayana.

Tertawa Ummi Dahlia melihat tindakan wanita itu, risau benar jika dianggap tidak menghormatinya.

"Waalaikumsalam, dah jom masuk" balas Ummi Dahlia sebelum tangan wanita itu ditarik bersamanya, mengatur langkah ke dalam rumah. Aduh, berkenan pula.

Terkebil-kebil Mawar mengikuti langkah Ummi Dahlia, mesra benar wanita itu dengannya. Tanpa sedar dia tersenyum lebar.

"TERIMA kasih bagi mereka yang hadirkan diri pada hari ini, saya amat bersyukur dengan kesudian pakcik dan makcik. Jadi, mari kita mulakan" sayup kedengaran suara Nathan membaca ayat dan kalimah suci bagi memulakan tahlil. Beberapa saat kemudian, bacaan sudah bermula.

Dari jauh Mawar memerhati bersama senyuman lebar, lelaki itu kelihatan kacak sungguh mengenakan kurta berwarna maroon bersama songkok. Dia tidak pernah lagi melihat sisi Nathan yang satu ini, walaupun dia pernah diimamkan oleh lelaki itu namun malam ini lelaki itu kelihatan lain sungguh. Auranya itu semakin menarik-nariknya.

"Astaghfirullahalazim, Mawar. Apa yang kau melalut ni?" Bisik Mawar pada diri sendiri tatkala menyedari keterlanjurannya sendiri, kalau orang lain lihat kelakuannya ini pasti memalukan.

"Kau okay tak?" Soal Gween bersama senyuman mengusik. Lain macam benar pandangan mata wanita itu terhadap Nathan, macamlah dia tidak sedar perkara itu. Jelas sungguh kelakuan Mawar di matanya.

Dia, Mawar dan Ummi Dahlia harus berada di dapur memandangkan mereka perlu menguruskan juadah yang bakal dihidangkan nanti, manakala pakcik dan makcik yang lain sedang membaca tahlil di ruang tamu. Tertawa dia melihat tindak tanduk Mawar, meletakkan dua jenis lauk di dalam satu pinggan. Khayal sungguh.

"Haa? Oo-okay" balas Mawar separuh sedar sebelum memandang ke arah pinggannya.

"Argh! Apa aku merepek ni?!" Marahnya perlahan. Dua jenis makanan berkuah dicantumkan di dalam satu pinggan, bangang sungguh. Ini kalau Ummi Dahlia melihatnya, pasti dianggap seperti orang tidak siuman. Seperti langsung tidak pernah masuk dapur.

"Lain kali jangan khayal sangat, Mawar" gurau Gween bersama senyuman usikan. Dia mengelap pinggan mangkuk yang akan digunakan nanti, bibirnya masih lagi tidak henti-henti mengukirkan senyuman.

"Eh, mana ada. Errrr, aku termenung je. Haa" nampak sangat alasan itu tidak logik, nampaknya dia tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri.

Tiba-tiba tawa Ummi Dahlia menyapa mereka berdua, berdekah-dekah tawa Ummi Dahlia melihat mangkuk berisi ayam dan ikan itu.

Laju Mawar menutup mangkuk itu dengan kedua-dua tangannya, dia tersengih seperti kerang busuk.

"Kan banyak mangkuk tu, Mawar. Macam mana boleh tersilap? Berangan ea?" Usik Ummi Dahlia pula, dia tersenyum memandang wajah yang mulai kemerahan itu.

"Mawar tak sedar, Tok Ummi. Tak apa, yang ni nanti Mawar makan" tergesa-gesa Mawar mengemas mangkuknya, dia tersengih seperti kerang busuk sepanjang mengemas mangkuknya itu. Aduhai, jatuh sudah saham aku.

"Eh apa pula, lain rasanya nanti" halang Ummi Dahlia, mangkuk yang berada di tangan Mawar itu diambil. Boleh pula hendak menelan makanan yang bercampur, karang sakit perut kan sudah susah. Lagipun wanita itu tidak sengaja, bukannya mahu melakukannya pun.

"Tak apa, Tok Umi. Selama ni makan nasi pun campur semua lauk, haha" tawa Mawar segan, dia mengambil kembali mangkuk itu dan meletakkannya di kabinet dapur sebelahnya. Dia yang bersalah jadi dialah yang perlu makan, takkan mahu buang. Membazir.

"Biarkan dia Tok Ummi, nanti mesti ada yang nak join dia juga tu" usik Gwenn sambil mengelap pinggan, dia tersenyum lebar memandang wajah kalut Mawar. Itulah padahnya jika berangan, habis semua lauk yang terhidang hendak dicampur.

"Haa? Siapa?" Soal Ummi Dahlia, keliru. Siapa yang rela hati hendak menelan lauk itu?.

"Ada je, tunggu nanti" tambah Gwenn lagi.

"Merepek je Gwenn ni, jangan pedulikan dia Tok Ummi" rajuk Mawar bersama cebikkan di bibir. Dia kembali meneruskan kerjanya mengisi lauk-lauk di pinggan, kemudian menyusunnya di dulang besar. Dia cukup bangga dengan cara tradisi keluarga Ummi Dahlia, masih lagi mengamalkan cara masa dahulu.

Menghidangkan semua lauk di pinggan kemudian menyusun semuanya di satu dulang, dan membiarkan para tetamu menjamahnya dengan berselera. Jika tidak cukup, mereka akan menghidangkannya lagi. Walaupun agak penat, namun perkara itu lebih memadai.

"Uuu, merajuk. Nat--"

"Arghh!" Jerit Mawar sengaja, hendak menghentikan kata-kata Gwenn. Wajah ayunya sudah hilang, kini dihiasi dengan kemerahan yang menyala-nyala. Gwenn tidak berhenti mengusiknya ! Mujur Ummi Dahlia tidak sempat mendengarnya.

"Woi, tahlil ni bahlul" tegur Gwenn bersama tawa besar, terhenti terus kerjanya.

"Terkejut Tok Ummi, apa yang Gwenn nak kata tadi?" Soalan Ummi Dahlia semakin mengundang kemerahan di wajah Mawar, dia sudah lama mengagak kata-kata Gwenn itu kerana itu dia menjerit. Namun lain pula Ummi Dahlia, lagi bertanya soal itu. Arghhhh!.

"Tok Ummi pergilah ke depan, Mawar dengan Gwenn boleh uruskan dapur" Mawar menolak lembut tubuh tua Ummi Dahlia kehadapan, jika dibiarkan lama-lama semakin terbakar mukanya.

"Tak mahulah, Tok Ummi nak duduk sini" Ummi Dahlia memusingkan tubuhnya bertentangan kemudian melabuhkan duduk di kerusi yang terdapat di meja makan itu.

Mawar menggigit bibirnya, habislah aku.

"Dahlah Mawar, aku tak kacau kau cepatlah. Karang kebulur pula tetamu kat depan tu" walaupun begitu namun Gwenn masih lagi tidak menghentikan tawanya. Masih kedengaran walaupun perlahan.

Mawar hanya akur dengan wajah yang menahan malu, dia tidak berani mengangkat kepalanya memandang mereka berdua. Hanya menunduk mengisi lauk-lauk itu.

Setelah itu suana kembali senyap, masing-masing sibuk menguruskan kerja.

"Err, Tok Ummi. Mawar nak tanya sesuatu, boleh?" Tanya Mawar memecahkan kesunyian antara mereka.

Ummi Dahlia mengangkat wajahnya yang sedari tadi menunduk menyusun pinggan, tunak matanya membalas pandangan wanita itu.

"Tahlil ni, untuk siapa?" Soal Mawar dengan perlahan, rasa bersalah mulai terbit tatkala mempersoalkan perkara itu.

"Nathan tak bagitahu?" Soal Ummi Dahlia kembali.

Mawar menggelengkan kepalanya membawa maksud tidak. Nathan bagitahu? Tunggu aku ada cucu lapan agaknya baru nak bagitahu.

"Tahlil ni untuk ibu bapa Nathan, dan ayah Hujan" balas Ummi Dahlia bersama senyuman nipis.

Tatkala itu juga Mawar tersedar sesuatu, dia langsung tidak sedar akan kewujudan kedua-dua ibu bapa Nathan. Patutlah terasa ada sesuatu yang kurang, dia tidak menyedari kehadiran ibu bapa lelaki itu sewaktu dia tiba lagi. Subhanallah, bagaimanalah dia boleh alpa dengan perkara itu.

"Maafkan Mawar..." Mawar tidak berani hendak meneruskan kata-katanya, risau jika mengguris hati Ummi Dahlia. Tidak betah pula hendak bertanya dengan lebih dalam.

Ummi Dahlia sekadar membalas dengan senyuman kecil. Dia sudah redha dengan ketentuan Allah, jadi mengapa dia mahu meratapinya lagi.

"Tak apa, Nathan pun dah membesar dengan baik. Perkara itu dah cukup bahagia buat Tok Ummi" tawa Ummi Dahlia sekadar untuk menyedapkan hatinya, dia tidaklah menyalahkan Mawar namun perasaan sedih itu masih lagi menjentik pangkal hatinya.
Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, namun dia masih lagi gagal untuk kelihatan kuat.

Mawar mengukirkan senyuman lebar. Benarlah, Nathan memang manusia yang baik. Dan Ummi Dahlia adalah bukti terciptanya manusia seikhlas Nathan. Walaupun perangai Nathan kadang kala menyakitkan hati namun lelaki itu tidak pernah mengeluh setiap kali menolongnya.

"Aik, sukanya Mawar" usikan Gwenn itu menghentikan suara sedih mereka. Tidak habis-habis hendak mengenakannya.

"Seriuslah Gwenn" keluh Mawar kecewa, aku punyalah cuba ambil feeling tadi. Last-last dia spoil macam tu je.

Tawa besar mulai kedengaran di setiap pelusuk dapur itu, suka benar mengusik Mawar.

"Apa yang kecoh sangat dapur ni?" Satu suara garau yang menyoal menarik perhatian mereka.

Serentak itu juga mereka mengalihkan pandangan kepada empat susuk tubuh lelaki yang menghampiri, siapa lagi kalau bukan Nathan, Hujan, Raaid dan Nubhan.

"Kenapa ke dapur ni?" Soal Ummi Dahlia pula.

"Nak hidang makananlah, Tok Ummi" balas Hujan separuh keliru, jika tidak mengapa mereka mahu hadir ke dapur. Bukankah tugas mereka sebagai lelaki mengangkat dulang makanan itu untuk menghidangkannya kepada tetamu.

"Eh, doa dah habis?" Soal Mawar terkejut.

Nathan mengerutkan dahinya.
"Dah lama habis, kau tak tadah tangan tadi?" Tebak Nathan.

Mawar tersengih, benarlah itu. Dia langsung tidak sedar dengan bacaan doa yang dibaca tadi, itulah leka sangat bersembang di dapur sehingga terlupa tahlil yang sedang berlangsung. Tetapi dia lebih dibuli berbanding bersembang tadi.

"Munafik" terus sahaja sengihan Mawar mati, Nathan tidak pernah berhenti dari menyakitkan hati. Cubalah kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu manis sedikit, ini tidak pahit sungguh!.

"Sudahlah, cepat" potong Nubhan sebelum mengangkat satu dulang dan membawanya ke ruang tamu, mahu kebuluran tetamu yang hadir sekiranya menunggu pergaduhan mereka.

Tanpa kata mereka mengikuti arahan Nubhan itu, satu persatu dulang dibawa ke ruang tamu.

"Mawar balik nanti, Nathan hantarkan juga?" Soalan Ummi Dahlia itu mengundang senyuman bersalah di wajah Mawar, bukannya dia yang minta tetapi lelaki itu yang bersungguh ingin menghantarnya pulang walaupun sudah banyak kali dia membantah.

"Haah, Tok Ummi. Mawar bukan nak kacau waktu Nathan tapi--"

"Tak apalah, lagipun elok dia yang hantar kamu. Dah malam kan" tersenyum-senyum Ummi Dahlia membalas, dia tahu Mawar diselubungi rasa serba salah namun dia lagi tahu akan perangai degil cucunya itu. Tidak suka orang membantah keputusannya, jika dikata ya maka ya lah. Langsung tidak boleh melawan !.

"Habistu, Gwenn? Gegirl juga" sampuk Gwenn bersama cebikkan kecil, kita pun perempuan juga siapa yang nak hantar ?.

"Kamu nak suruh siapa? Ada lagi 3 orang tinggal kat depan tu" usik Ummi Dahlia pula, sengaja hendak bergurau. Bukannya dia tidak hadam dengan sikap angin Gwenn bersama jejaka-jejaka di ruang tamu itu, berasap sungguh.

"Kalau macam tu lebih baik balik seorang, takut kereta itu nanti tiba-tiba membelok ke hospital" sejurus selepas itu Gwenn terus membawa sedulang air ke ruang tamu, takkan mahu membiarkan tetamu tercekik semasa makan. Lagipun dia tidak mahu berada lama di dapur, panjang pula ceritanya nanti.

"Hahaha, marah lah tu" usik Mawar bersama tawa kecil. Ummi Dahlia turut mengukirkan senyuman kecil, terhibur betul dia dengan perangai mereka semua. Berbeza-beza ragamnya.

"Suka apa ha? Pergi mengemaslah" arah Nathan yang baru muncul di dapur, dibelakangnya turut diikuti oleh Hujan, Raaid dan Nubhan. Masing-masing melabuhkan duduk di atas kerusi meja makan.

"Tak baiklah kamu ni, dia dah tolong banyak tau" tegur Ummi Dahlia lembut lalu menjeling cucunya.

"Entah apa kamu ni, dosa bak hang" tambah Raaid pula sambil melakukan gaya yang sama. Semua yang berada di ruangan dapur itu tertawa kecuali Nathan, lelaki itu hanya merenung semangkuk kaca di meja dapur belakangnya. Berkerut dahinya cuba mentafsir makanan yang berada di dalam mangkuk itu.

Kerana malas ingin berfikir dia terus bangkit dari duduknya, dua langkah ke hadapan sebelum mangkuk kaca itu dirampas. Dia memandang sekilas mangkuk kaca yang berada di tangan Mawar itu sebelum menjongketkan sebelah keningnya menghantar persoalan.

"Apa masalah kau?" Soal Nathan serius.

"Apa? Mangkuk ni saya punya" automatik kedua-dua mata Mawar membulat membalas soalan lelaki itu. Dia mengalihkan mangkuk itu disisinya, di atas meja dapur.

"Mana ada nama kau" ujar Nathan sengaja ingin memanaskan keadaan, hampir sahaja dia melihat makanan apa yang berada di dalam mangkok itu.

"Ada" balas Mawar separuh gementar.

"Kau buat perangai tadi kan? Sebab tu aku dengar suara kecoh dekat dapur ni tadi, bagitahu aku sekarang masalah apa" Nathan memajukan satu langkah ke hadapan, secara automatik Mawar melangkah selangkah ke belakang. Tindakan drastik.

"Tak!" Bantah Mawar sedikit kuat.

Nathan merenung wajah itu tunak, penipuan yang tidak dapat disorokkan. Hidung Mawar bertukar merah.

"Kau tipu, now explain" arah Nathan tanpa riak. Hanya wajah kosong yang membalas pandangan wanita itu.

Mawar mengemam bibirnya, segan hendak membuka cerita. Kalau pada Nathan seorang tidak mengapa, tetapi di dapur ini terdapat beberapa orang rakan lelaki itu. Sudah pasti kata-katanya nanti dijadikan bahan tawa. Walaupun dia tahu bahawa lelaki itu juga akan mentertawakannya namun biarlah lelaki itu sahaja. Ini tidak, ditambah pula dengan rakan-rakannya.

"Ish biar Tok Ummi katalah, itu lauk campurlah" potong Ummi Dahlia, kesian melihat keadaan Mawar yang sudah seperti anak yang dimarahi ibunya. Tertunduk-tunduk memandang ke bawah, barang benar Nathan ni.

"Tomyam campur?" Soal Hujan pula, berkerut dahinya cuba mentafsir kata-kata neneknya itu.

"Nasi campur?" Sambung Nubhan pula.

"Eh jap, lauk campur?" Soal Raaid kembali.

"Bukanlah ! Saya tercampur lauk ayam dengan ikan sekali ! Haa puas hati ?!" Potong Mawar geram, tidak sanggup mendengar tekaan mereka. Membuatkannya semakin malu.

"Bwahahahahaha !!" Kuat kedengaran suara tawa mereka bertiga di dapur kecuali Nathan, lelaki itu lebih kepada memandangnya dengan tanda tanya. Seolah-olah keliru.

"Apa?!" Soal Mawar garang.

Semakin berkerut dahi lelaki itu.
"Bila orang kata lembab marah, padahal memang betul" bidas Nathan lalu menggelengkan kepalanya perlahan, kenyataan sudah terang lagi bersuluh lagi mahu membantah.

"Awak ingat saya sengaja nak buat macam ni?" Rajuk Mawar. Dia menjeling lelaki itu geram, dia tidaklah lembab mana cuma kadang-kadang pemikirannya itu yang lambat menangkap maksud seseorang.

"Siapa pula nak makan tu?" Soal Nathan masih lagi dalam mood untuk bergaduh.

"Buanglah, karang sakit perut makan" balas Ummi Dahlia, menjawab bagi pihak Mawar. Tidak habis-habis ingin mengenakan wanita itu, mentang-mentang lah dia lelaki. Suka hati sahaja ingin membidas wanita, samalah perangai seperti Ayah Syah itu.

"Ohh, kalau Nathan menang lawan dengan Mawar, Mawar kena makan benda tu" cadang Hujan seperti orang tidak berakal, dalam situasi itu pun masih hendak bermain-main lagi. Tiba-tiba sahaja.

Ternganga Mawar mendengar cadangan itu, lelaki itu tiada otakkah?. Sempat pula hendak bergurau dengannya.

"Eh kau, kau yang cadang apahal nak libatkan nama aku pula" balas Nathan tidak puas hati. Sudahlah tiba-tiba  bersuara kemudian selamba sahaja menjual namanya.

"Sebab kau yang cari gaduh dengan dia" balas Hujan kembali. Langsung tiada riak bersalah di wajahnya.

"Kamu yang lembab" marah Ummi Dahlia, dia mencubit lengan cucu lelakinya itu.

"Hahahahaha lembab!" Sahut Raaid dan Nubhan dengan tawa yang besar, masing-masing cuba menganjing Hujan dengan gembira. Seronok betul dapat membidas lelaki itu, bukan selalu.

"Ish cepat lah" ujar Hujan dengan wajah yang kelat, dia menggosok lembut lengannya yang perit. Cubitan Ummi Dahlia benar-benar mempunyai kuasa, sakit sungguh.

"Korang lawan osomlah" sampuk Gwenn yang sudah lama memerhati gelagat mereka di pintu dapur.

"Eh, tiber" balas Raaid.

"Diamlah, anjing" wajah Raaid yang tersenyum kambing itu dijeling geram, aku tak cakap dengan dia pun.

"Malas aku nak main dengan dia" kata Nathan riak, seperti dari awal sudah tahu kemenangan bakal berpihak kepadanya.

"Saya pun tak naklah" balas Mawar tidak mahu kalah.

"Okay cepat, aku kira" ujar Hujan seakan-akan tidak mendengar bebelan mereka berdua.

"Bodoh" maki Nathan perlahan.

"Mulut kamu tu Nathan" marah Ummi Dahlia sambil mengangkat senduk yang berada di tangannya, hampir sahaja dia ingin membaling senduk itu.

"Hehe, gurau je" Nathan tersengih comel.

"Oooooooo..." sampuk Hujan kuat.

Nathan dan Mawar masing-masing menyorokkan sebelah tangan mereka di belakang. Layan sahajalah.

"Som!" Terjah Hujan separuh menjerit.

Dan mereka berdua terus mengeluarkan tangan mereka.

"Weyh belakang kau" kata Nathan kepada Mawar separuh kuat, tanpa kata Mawar menolehkan kepalanya ke belakang.

Nathan memandang posisi tangan mereka, dia mengubah gaya tangannya dari batu kepada kain memandangkan Mawar mengeluarkan gaya gunting.

"Penipu mana ada apa !" marah Mawar sebelum memandang tangan mereka, seketika kemudian dia menjerit gembira. Aku menang !.

"Yeay yeay! saya tak payah makan" sorak Mawar seronok, dia menepuk tangan kegembiraan. Aku yang buat perangai tapi dia yang kena habiskan, hahaha maaf Nathan!.

Namun beberapa saat kemudian dia terdiam, mengapa manusia di dalam dapur ini senyap sahaja? Mereka hanya memerhati mereka berdua dengan mata yang membulat tanpa suara. Mawar memandang wajah Nathan dengan tanda tanya.

"Diorang terkejutlah tu, sebab selama ni aku mana pernah kalah" jelas Nathan cuba menyembunyikan senyumannya, pasti selepas ini dia akan disoal selidik dengan teliti. Terutamanya mengenai kejadian tadi.

"We-weyh..." tersekat-sekat nada suara Hujan ingin membalas. Matanya terpaku memandang sahabatnya itu, pertama kali!.

"Kau bunuh jelah aku" suara Nubhan sambil mengambil tangan Raaid dan mencucuk dadanya.

"Kenapa ni?" Soal Mawar keliru.

"Biarlah" sepatah sahaja Nathan membalas, menyampah dengan riak sahabatnya itu. Melebih-lebih pula.

"Tak sangka betul, cucu Tok Ummi dah besar" balas Ummi Dahlia bersama senyuman lebar, dia berpura-pura mengelap tubirnya yang seolah-olah berair.

"Hahaha, dahlah. Nathan nak pergi depan" balas Nathan cuba menutup rasa malunya sebelum melangkah dengan laju ke ruang tamu, sebentar tadi dia boleh menahan rasa malunya tetapi kali ini dia kalah, lebih-lebih lagi ketika mendengar suara Ummi Dahlia. Jika ada Ayah Syah, pasti lagi teruk dia akan dibahan.

Terkebil-kebil mata Mawar memandang pemergian lelaki itu, dia biarkan aku macam ni je?. Dahlah orang dalam dapur ni mula jadi pelik.

"Bagitahu aku rahsia kau sekarang, macam mana nak tundukkan mamat tu" paksa Hujan bersama mata yang membulat besar sebesar besar alam, selepas ini bolehlah dia menggunakannya untuk mengerjakan lelaki itu.

"Apa ni?" Soal Mawar, semakin keliru.

"Ayat apa kau baca kat dia? Aku nak hafal" paksa Nubhan pula, dia mulai memanjat meja makan dan merangkak ke arah Mawar.

"Subhanallah, apa yang awak merepek ni? Ayat apa ni? Saya ni suci dari syirik tau!" Marah Mawar, semakin lama semakin merepek dan meraban. Tidak cukup dengan mentertawakannya tadi, kali ini ditambah pula cerita rekaan yang langsung tidak masuk akal.

"Alif Ba Ta, Alif Ba Ta..." ulang Raaid beberapa kali, tangannya disatukan seolah-olah sedang membaca cakera seperti di dalam cerita Naruto.

"Kenapa buat diri sendiri macam tak ada otak haa?!" Tegur Gwenn geram, dia menghentak meja makan itu dengan dulang air yang sedari tadi berada di pegangannya.

Ummi Dahlia menggelengkan kepala perlahan, dia menuju ke arah Mawar lalu menarik tangan wanita itu mengikutinya. Lebih baik mereka keluar sekarang, tetamu yang berada di ruang tamu itu nanti siapa yang hendak uruskan? Mujur sahaja Ayah Syah ada, kalau tidak buat malu digelar sombong.

"Eh sabar! Dia tak bagi mentera lagi!" Halang Hujan separuh menjerit. Tangannya dihulurkan seolah-olah menghalang namun punggungnya masih lagi melekat di atas kerusi. Sungguh dramatik.

"Aku dah baca tadi" balas Raaid.

"Apa?" Soal Nubhan.

"Bila masa pula ni?" Soal Hujan pula.

"Baru kejap tadi, tulah pekak sangat. Orang hantar pergi sekolah suruh belajar, tapi kau pergi lompat pagar. Sekarang dah tak ada otak, siapa yang nak kahwin dengan kau?" Bebal Raaid panjang sebelum mengatur langkah keluar dari dapur. Tidak mahu terjebak dengan manusia yang tidak berotak.

"Dasar tak ada otak" tambah Gwenn lalu turut mengatur langkah keluar dari dapur.

"Dia kata kita tak ada otak weyh" rajuk Hujan bersama cebikkan di bibir, wajah Nubhan di sisinya dipandang bersama mata yang hampir berkaca. Sungguh berpura-pura.

"Kau memang tak ada otak" kali ini giliran Nubhan pula bangkit dari duduknya, dia membuat tabik hormat dengan wajah mengejek sebelum berpusing dengan bergaya keluar dari dapur.

"Haa giteww..." serentak itu dahinya dihentakkan ke atas meja makan. Aku okay je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience