BAB 26

Romance Completed 26341

Sudah seminggu berlalu, Widya masih lagi dingin dengan Arief. Puas Arief memujuk, namun Widya masih sama. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kadang-kadang dia hanya mendiamkan diri. Hanya di depan Puan Fatimah mereka berpura-pura bahagia.

" Kak lang, ni untuk akak " Afiq menghulurkan sejambak bunga ros merah kepada Widya.

" Ha ? Siapa yang bagi ? " Widya menyambut huluran Afiq.

" Akak tengok jer lah dekat kad tu. Achik nak keluar ni. Ada kelas tambahan. Bye bye " Afiq terus menghidupkan enjin motorsikal nya lalu memecut laju.

Widya masih lagi terpinga-pinga.

" Siapa yang bagi ea ? " dia mengeluarkan sekeping kad yang diselitkan pada bunga ros itu.

Untuk cinta hati saya selamanya.

- Khairul ? -

" Siapa pulak Khairul ni ? " Widya cuba mengingati nama ' Khairul ' yang dikenalinya.

" Tak..tak. Seumur hidup aku, aku takda pun kawan nama Khairul " Widya membelek-belek bunga itu.

" Dya " sapa Aishah. Aishah terus melabuhkan punggungnya di sebelah Widya.

" Eh along " .

" Cantiknya bunga " .

" Err..er cantik kan. Khairul yang bagi " .

" Oh Khairul. Untunglah Dya kan. Dya, akak nak pergi kedai sekejap, nak beli barang. Akak pergi dulu ea " Aishah bangun dari duduknya.

" Akak jalan kaki ke ? " soal Widya.

" Ha'ah. Kedai dekat jer. Akak pergi dulu " Aishah terus mengatur langkah.

Widya hanya memerhatikan Aishah sehingga tidak lagi lihat bayang Aishah.

" Along kenal ke Khairul tu ? " Widya mengomel sendirian.

********************************************************

" Siapa yang bagi bunga tu ? " soal Arief sebaik masuk ke dalam bilik.

" Adalah. Sibuk jer nak tahu " Widya terus membaringkan badannya ke atas katil.

Arief tersenyum kecil. Dia menghampiri Widya.

" Dya, tak rindu dekat abang ke ? " Arief melabuhkan punggungnya di tepi katil.

" Diamlah. Jangan kacau saya. Saya nak tidur " Widya menolak sedikit lengan Arief.

" Abang tahu Dya rindu dekat abang sebenarnya kan. Macam lah abang tak tahu " .

Widya malas mahu melayan. Dia terus melelapkan matanya.

Arief terbatuk-batuk kecil. Dia memegang dadanya.

Widya berpura-pura tidur. Namun batuk Arief semakin kuat. Widya terus bangun dari pembaringannya.

" Ok tak ? " soal Widya.

Arief tidak menjawab. Dia masih lagi batuk.

" Awak ok tak ni ? " sekali lagi Widya menyoal. Dia mengurut perlahan belakang Arief.

" Sekejap ya. Saya panggil mak " Widya terus meluru keluar dari bilik.

5 minit selepas itu, Puan Fatimah muncul bersama Widya.

" Alang ok tak ? Kita pergi klinik ya " Puan Fatimah membantu Arief bangun.

" Takpa lah mak. Sikit jer ni. Alang ok " jawab Arief bersama sisa batuknya.

" Takpa mak. Biar Dya bawak abang pergi klinik " Widya terus mencapai cardigan nya dan sweater Arief.

Widya membantu Arief menyarungkan sweater nya. Dia terus mencapai kunci kereta Arief di atas meja solek.

" Hati-hati ya Dya " pesan Puan Fatimah. Dia membantu Widya memapah Arief masuk ke dalam kereta.

" Ok mak " jawab Widya. Dia terus menghidupkan enjin kereta.

Puan Fatimah hanya memerhati kereta yang dipandu oleh Widya meluncur keluar dari laman rumah nya.

********************************************************

" Puan jangan risau. Suami puan tak apa-apa cuma batuk sahaja dan dia penat sikit. Saya akan bagi ubat lepas tu puan pastikan suami puan cukup rehat ya " terang Doktor Faqih.

Widya mengangguk faham. Dia menjeling sekilas Arief si sebelahnya. Wajah nya pucat dan lesu.

" Terima kasih ya doktor. Saya keluar dulu " ucap Widya.

" Sama-sama. Nanti puan amik ubat dekat kaunter ya " .

Widya mengangguk lalu memapah Arief keluar dari bilik doktor.

********************************************************

" Tu lah siapa suruh kerja teruk sangat " bebel Widya. Matanya masih tertumpu pada pemanduan.

" Mana ada teruk. Abang cuma penat sikit jer " jawab Arief.

" Tak teruk apanya kalau dah sampai sakit macam ni. Esok jangan nak mengada-ngada pergi kerja ea. Duduk jer rumah diam-diam " bebel Widya lagi.

" Sayang ni, abang tengah sakit. Sayang bebel-bebel pulak. Bukannya nak kesian kat orang " .

" Kalau saya ni tak kesian saya biarkan jer awak sakit tau. Tak kuasa saya nak bawak awak pergi klinik tengah-tengah malam buta ni. Baik saya tidur jer kat rumah " .

Arief tersenyum kecil. Hatinya riang melihat Widya mengambil berat tentangnya.

" Dya sayang kat abang kan. Tu yang risau sangat kat abang " Arief ketawa kecil.

Widya mencebikkan bibirnya.

********************************************************

Intan menyiram minyak tanah di sekeliling rumahnya lalu menyalakan mancis.

Api mula marak. Intan segera berlari ke bilik Puan Fadzilah.

" Mak ! Bangun mak ! Rumah kita terbakar " jerit Intan.

Puan Fadzilah yang sedang tidur segera bangun. Tangannya di tarik oleh Intan.

Mereka berdua selamat keluar dari rumah. Rumahnya sudah pun dijilat api.

" Intan ! Macam mana rumah kita boleh terbakar Intan ? Mana kita nak duduk Intan ? " Puan Fadzilah sudah pun meraung-raung.

" Intan tak tau mak. Intan tiba-tiba bau hangit lepas tu Intan tersedar tengok api dah marak " Intan berpura-pura menangis.

" Ya Allah mana kita nak duduk ni Intan ? Barang-barang kita semuanya habis terbakar " .

" Macam ni lah mak, kita pergi rumah mak ngah. Kita tumpang rumah dia buat sementara waktu " .

Puan Fadzilah masih lagi memerhati rumahnya.

" Mak sudahlah. Dah tak ada apa lagi kita nak selamatkan. Semuanya dah hangus terbakar. Jom lah kita pergi rumah mak ngah " Intan menarik tangan maknya.

" Mak tak nak. Mak tak nak Intan " Puan Fadzilah mengeraskan dirinya.

" Mak jangan degil boleh tak, jom lah. Esok kita pergi buat report. Dah jom. Jangan degil " Intan terus menarik tangan Puan Fadzilah.

********************************************************

" Assalamualaikum " laung Intan.

" Waalaikumsalam " jawab Puan Fatimah. Dia segera membuka pintu.

" Eh Intan, akak. Ada apa ni ? " soalnya cemas.

" Rumah kitorang terbakar " terang Intan.

" Ha ? Ya Allah. Dah mari masuk " .

Intan dan Puan Fadzilah terus masuk ke dalam rumah.

" Macam mana boleh terbakar ? " soal Puan Fatimah. Dia duduk di hadapan Intan dan Puan Fadzilah.

" Tak tahu lah mak ngah. Intan sedar jer tengok api dah marak. Intan rasa ada orang sengaja bakar " .

" Macam ni lah, esok korang pergi buat report. Lepas tu korang tinggal jer lah kat sini ya " .

" Terima kasih mak ngah " Intan tersenyum lebar.

' Yes ! Rancangan aku berjaya jugak. Lepas ni abang Arief akan jadi milik aku ' .

" Dah, pergi masuk dalam bilik ya. Sabarlah kak, ini semua dugaan Allah " Puan Fatimah mengusap perlahan bahu kakaknya.

" Assalamualaikum " ucap Arief. Dia dan Widya berjalan seiringan masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam " jawab mereka bertiga serentak.

" Ada apa ni ? " soal Arief.

" Rumah kami terbakar " Intan terus meluru ke arah Arief.

Widya hanya menjeling tajam ke arah Intan.

" Ya Allah macam mana boleh terbakar pulak ni ? " soal Arief terkejut.

" Ni mesti kerja kau kan perempuan ! " Puan Fadzilah meluru ke arah Widya. Bahu Widya ditolak kasar.

" Kak, astagfirullahalazim. Kenapa nak tuduh Dya pulak, dia baru jer balik dari klinik dengan alang " marah Puan Fatimah.

" Betul tu mak long, Dya ada jer dengan alang " kata Arief pula.

" Abang buat apa pergi klinik ? Abang sakit ke ? " soal Intan. Dia memegang lengan Arief.

Arief segera menepis tangan Intan.

" Abang ok. Tak sihat sikit jer. Abang nak rehat dulu lah. Jom sayang " Arief menarik tangan Widya.

Widya senyum sinis memandang Intan. Arief dan Widya terus masuk ke dalam bilik.

' Tak guna punya betina ! Takpa hari ni hari kau, tengoklah nanti ' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience