BAB 2

Romance Completed 26341

Selesai menunaikan solat Arief mengambil Al-Quran. Setiap kali lepas solat, dia pasti akan membaca ayat suci itu. Suaranya yang merdu itu pasti dapat mencairkan gadis-gadis di luar sana.

Sesudah dia membaca, dia meletakkan kembali Al-Quran ke tempat asal.

Tok tok. Pintu bilik Arief dikuak perlahan oleh Zaqif.

" Arief, boleh tak aku masuk ? " soal Zaqif.

" Kau dah masuk dah pun. Kalau aku cakap tak boleh pun, kau masuk jugak kan? " .

Zaqif tersengih memandang Arief. Dia mengambil tempat di sebelah Arief.

" Ada apa ni ? " Arief hairan melihat Zaqif. ' Dah kenapa, kena sampuk hantu ke apa? ' .

" Aku nak ajak kau teman aku esok. Boleh tak ? " .

" Pergi mana? " .

" Dating dengan Laura " .

" Selama ni dating berdua ok jer. Kenapa kali ni nak ajak aku pulak ? " .

" Alahhh jom lah teman. Kita orang nak pergi dating kat taman. Tapi taman tu macam sunyi sikit. Sebab tu aku ajak kau teman. Kang tak pasal-pasal aku dapat kahwin free " .

" Punya lah banyak tempat kat KL ni. Kat situ jugak nak dating. Macam takda tempat lain " .

" Aku nak lamar dia kat situ. Duit simpanan aku dah cukup untuk kahwin. Daripada aku bercinta tak tentu arah, baik aku kahwin jer " .

" Haaa yelah-yelah, aku teman " .

" Yeayyy. Sayang Arief " Zaqif memeluk Arief namun ditolak oleh Arief.

" Eiiii geli lah aku. Menggeletis pulak kau. Gedik macam ulat sampah " Arief membuat gaya geli dengan Zaqif.

Mereka berdua ketawa serentak. Bagi Zaqif, Arief seorang sahabat yang baik. Jika Zaqif meminta pertolongan tidak pernah dia berkata tidak.

" Widya, cantik tak aku ? " Laura menelek wajahnya di cermin .

" Pernah ke kau tak cantik? " soal Widya semula.

" Ha'ah kan. Pernah ke aku tak cantik ? " Laura sudah tersengih memandang Widya. Tahi lalat di dagunya menambahkan lagi keayuannya. Tidak mustahil lah dia menjadi seorang model.

" Haihh. Dah mula dah angkat bakul sendiri " Widya mengeluh perlahan tapi masih didengari oleh Laura.

" Hehe. Thanks tau sebab temankan aku date dengan Zaqif " .

" Yer. Alahh kau kan bff aku. Apa-apa jer untuk kau " .

" Auww so sweet " .

" Dah jom cepat. Lambat pulak nanti " Widya menarik tangan Laura. ' Haishh minah ni , over lah pulak ' .

Mereka berdua bergerak masuk ke dalam kereta.

" Mana dia orang ni ? " soal Arief. Hampir sejam dia tiba di taman itu. Ini semua gara-gara Zaqif yang ingin pergi segera.

" Sabar sikit Rief. Datang lah tu kejap lagi. Biasalah perempuan kan " Zaqif telah menempah dua meja makan malam di taman itu. Meja makan yang ditempah sangat indah di bawah cahaya bulan dan kilauan bintang. Ditambah pula dengan lampu kelip-kelip dan lilin di sepanjang jalan.

Dari jauh kelihatan dua orang gadis. Laura memakai gaun labuh berwarna merah dan rambutnya disanggul. Widya pula hanya memakai gaun paras lutut berwarna hijau emerald. Rambutnya yang lurus dibiarkan begitu sahaja.

" Haaa tu. Sampai dah pun " kata Zaqif sambil melambaikan tangan kepada Laura dan Widya.

" Omg ! Widya, aku tak sangka Zaqif buat kejutan untuk aku " Laura menarik tangan Widya.

" Hai sayang " sapa Zaqif.

" Hai " balas Laura.

Widya dan Arief saling berpandangan.

' Apa mamat tiga suku ni buat dekat sini pulak? . Tolong jangan cakap dia ni kawan Zaqif ' .

' Laura ni pun satu. Macam takda orang lain nak bawak. Cik Enon ni jugak dia nak bawak ' .

Zaqif perasan Widya dan Arief saling berpandangan tanpa mengeluarkan sepatah kata . Zaqif mencuit bahu Laura sambil matanya menunjukkan ke arah Widya dan Arief.

" Err korang. Jemput lah duduk dekat meja sana tu. Khas aku tempahkan untuk korang " Zaqif bersuara.

" Jom sayang. Kita duduk dekat sana " Zaqif mengajak Laura pergi ke meja. Laura hanya mengikut. Zaqif sempat berbisik di telinga Arief " Good luck bro " .

Widya dan Arief duduk di meja yang disediakan oleh Zaqif. Masing-masing hanya mendiamkan diri sambil menikmati makanan yang disediakan.

" Kawan Laura ea ? " soal Arief memecahkan kesunyian diantara mereka.

" Yup " balas Widya ringkas.

" Oh. Sedap kan makanan ni. Pandai Zaqif order " Arief terasa janggal.

" Hmm. You kerja satu office dengan Zaqif ke? " soal Widya pula.

" Taklah. Tapi majikan kita orang sama. Saya cuma jadi driver jer " .

" Oh. Okey " .

" Tapi awak kan ' Cik Enon ' yang langgar saya hari tu? " Arief mula membuka cerita.

" What ? ' Cik Enon ' ? . Hey ! You yang macam orang buta langgar I , then nak tuduh I langgar you " Widya mula naik angin. Lelaki di hadapannya ini benar-benar menguji kesabaran nya.

" Sayangnya muka cantik tapi tak beradap langsung " Arief juga geram dengan sikap Widya.

" Ehh mamat tiga suku ! You tu cuma driver. Tak payah nak berlagak sangat lah. Setakat driver, ada hati nak suruh orang beradap dengan dia " .

" Ya memang saya cuma driver. Tapi kerja saya halal. Awak yakin kerja awak tu halal ? Pakai seksi-seksi. Tayang badan kat orang. Murah sangat ! " .

Widya mengambil gelas di hadapannya lalu menyimbah air itu di wajah Arief.

" Kau tak payah nak menyibuk hal aku. Kau bukan sesiapa nak tegur aku ! " .

Zaqif dan Laura meluru ke arah mereka berdua apabila mendengar bunyi riuh.

" Apa yang jadi ni ? " soal Laura. Dia kaget melihat Widya mengamuk dan Arief mengelap wajahnya yang basah.

" Aku nak balik " ucap Widya pendek.

Widya terus berlalu meninggalkan tempat itu. Laura memberi isyarat kepada Zaqif yang dia terpaksa pergi. Zaqif hanya mengangguk.

" Sorry Qif. Sebab aku, jadi macam ni " ucap Arief.

" Takpalah. Aku okey. Lagi pun aku sempat lamar Laura tadi. Cuma Laura belum sempat jawab soalan aku " balas Zaqif.

Arief berasa bersalah dengan Zaqif. Jika dia tidak membuka cerita itu dengan Widya pasti ini semua tidak akan terjadi. Mulut Widya yang berbisa itu menyebabkan Arief mula baran. Widya tidak pantas untuk menghinanya walaupun pekerjaannya cuma seorang driver.

Selesai menghantar Laura pulang ke rumah. Widya terus pulang ke rumahnya. Ketika dalam perjalanan ke rumah Laura , Widya hanya mendiamkan diri. Soalan yang Laura ajukan , tidak dijawab. Laura kenal dengan sahabatnya itu, jika dia marah dia akan mendiamkan dirinya. Widya bimbang jika dia mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada Laura. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja.

Lagipun bukan salah Laura. Ini semua kerana lelaki itu. Ya , jika sahaja lelaki itu tidak mencari pasal dengannya pasti semua ini tidak akan terjadi. Sumpah, dia benar-benar bencikan lelaki itu.

Widya menghempaskan tubuhnya di atas katil. Masih terngiang-ngiang suara lelaki itu. " Ya memang saya cuma driver.Tapi kerja saya halal. Awak yakin kerja awak tu halal? Pakai seksi-seksi. Tayang badan kat orang. Murah sangat " .

Ahhh dia bencikan lelaki itu. Didikan yang diberi oleh ibu bapanya sempurna tetapi kerana inginkan glamour, Widya sanggup membuka tudungnya dan mula memakai baju yang menayangkan badannya. Ini semua kerana pengaruh rakan-rakannya. Puas sudah orang tuanya menasihati namun ibarat ' mencurah air ke daun keladi ' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience