Dengan sekali lafaz Arief dan Intan sah menjadi suami isteri. Luluh hati Widya apabila melihat suaminya bernikah di hadapan matanya sendiri.
Widya masih lagi berdiri di hadapan pintu. Kakinya terasa kaku untuk bergerak.
Semua mata yang ada memandang ke arahnya. Widya tercari-cari wajah yang dirinduinya.
Arief memandang sayu ke arah Widya.
' Maafkan abang Dya, abang terpaksa ' .
***************
" Dya, mak minta maaf. Mak yang desak alang untuk kahwin dengan Intan " Puan Fatimah mengusap perlahan bahu Widya.
Widya tersenyum kelat. Tiada lagi air mata yang turun. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka semua. Dia harus menunjukkan dia kuat melalui semua ini.
" Takpa mak. Dya balik dulu ya " pinta Widya.
" Bahaya Dya, abang tak izinkan. Dya tidur jer lah kat sini. Dah lewat malam ni " pujuk Arief .
Sejak dari tadi Widya tidak bersuara dengan Arief. Hatinya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan Arief.
" Betul tu Dya, bahaya nak. Mak taknak apa-apa jadi dekat Dya " tambah Puan Fatimah.
Intan dan Puan Fadzilah memandang Widya dengan penuh kebencian.
Setelah didesak, akhirnya Widya akur untuk bermalam di rumah ibu mertuanya itu.
Widya duduk di atas katil. Gambar perkahwinannya bersama Arief dicapai.
Dipeluk gambar itu seeratnya. Air matanya ditahan. Widya mengusap perlahan perutnya.
" Kita kena kuat ya sayang. Mama ada baby jer, kita kena kuat. Kita tak boleh tunjuk yang kita lemah " .
Pintu bilik perlahan dibuka dari luar. Mata Widya terus memandang ke arah pintu.
Arief perlahan-lahan mendekati Widya.
" Dya, abang minta maaf " punggungnya dilabuhkan di sebelah Widya.
" Abang tak pernah terfikir pun untuk duakan Dya. Maafkan abang ya sayang " .
" Saya terima semua ni dengan hati yang terbuka. Saya minta maaf sebab tak percayakan awak, sepatutnya saya percayakan awak bukan orang lain " .
" Takpa sayang. Abang tak pernah marahkan Dya pun " Arief menarik Widya ke dalam dakapannya.
Widya memejamkan matanya. Rindu. Dia terlalu rindukan Arief.
" Walau apa pun yang jadi abang tetap sayang dan cintakan Dya " bisik Arief di telinga nya.
Widya tersenyum kelat. Perlahan - lahan Widya melepaskan pelukan Arief.
" Awak pergilah masuk bilik Intan. Dia dah jadi isteri awak sekarang ni " .
" Abang taknak. Dya pun isteri abang " .
" Awak, tak boleh lah macam tu. Awak kena adil. Kesian dia. Pergilah "
" Dya please jangan paksa abang. Abang taknak. Abang nak tidur sini dengan Dya " .
" Kalau awak tak nak tidur dalam bilik Intan malam ni, saya balik KL sekarang jugak " ugut Widya.
Arief mengeluh perlahan.
" Pergilah " .
Arief mencium dahi Widya. Perut Widya diusap sekejap.
" I love you sayang. Assalamualaikum " Arief perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik. Berat hatinya untuk meninggalkan Widya.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat. Air mata Widya mengalir laju.
" Maafkan Dya, maafkan Dya abang..." .
Widya perlahan-lahan bangun lalu mengambil wudhuk. Hanya pada Allah tempat dia mengadu.
" Ya Allah, kau pinjamkanlah aku kekuatan. Kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Kau bantulah untuk aku redha dengan takdir yang telah kau aturkan.. " teresak-esak Widya menangis di atas sejadah.
***************
" Selamat pagi maduku " sapa Intan.
Widya mengeluh perlahan. Dia malas mahu bergaduh dengan Intan.
" Lah, dah bisu ke ? " .
" Hey " Intan menolak kuat bahu Widya.
" Apa masalah kau ? Aku tak kacau hidup kau kan ? " marah Widya.
" Boleh pun cakap. Tak kacau ? Memang kau kacau hidup aku pun. Kau sengaja kan hasut abang Arief tidur dalam bilik kau malam tadi ? Kau ni memang betina sundal kau " Intan menolak kasar kepala Widya.
Widya terdiam seketika. Ini bermakna Arief tidur di ruang tamu dan bukannya di bilik Intan.
" Woii ! Kau pahal ? " .
" Kau jangan nak sentuh aku lah. Aku jijik, jijik dengan perangai buruk kau. Entah anak siapa kau mengandung lepas tu kau tuduh abang Arief mengandungkan kau ! Kesian kan, baru hari pertama nikah dah kena tinggal dengan suami " sengaja Widya menyakitkan hati Intan.
" Eh apa masalah kau nak tuduh aku macam tu ? Aku peduli apa semua tu, yang penting sekarang Abang Arief dah jadi hak milik aku. Kau faham tak ? " .
" Ya memang dia dah jadi milik kau tapi bukan hati dia. Hati dia untuk aku and aku dah dapat pun hati dia " sengaja Widya mencurahkan minyak di atas kemarahan Intan.
Intan terus terdiam. Widya menepuk perlahan bahu Intan sebelum berlalu.
" Arghh bodoh punya betina ! Siaplah kau nanti " .
***************
" Dya, janganlah balik lagi " pujuk Puan Fatimah.
" Mak, Dya kena balik. Nanti papa dengan mama risau pulak. Takpalah nanti ada masa Dya datang jenguk mak ya " .
" Dya masih menantu mak dan sampai bila-bila Dya tetap menantu mak " Puan Fatimah menggenggam erat tangan menantunya itu.
Widya tersenyum kelat. Wajah tua itu dipandang sepi. Hatinya tidak sanggup mengecewakan permintaan Puan Fatimah tetapi dia tidak sanggup tinggal serumah dengan suami dan madunya.
" Dya pergi dulu " Widya terus mencium tangan ibu mertuanya.
Intan tersenyum puas melihat kekecewaan Widya. Hatinya senang melihat Widya tersiksa. Ayu juga begitu. Pandangan sinis diberikan pada Widya.
" Dya, taknak tunggu alang balik dulu ke ? " soal Aishah.
" Takpalah kak. Dya nak cepat. Nanti jalan sesak " Widya perlahan-lahan mengatur langkah.
Baru sahaja Widya masuk ke dalam kereta, Arief muncul. Dia baru sahaja pulang daripada melawat kandangnya.
Widya cepat - cepat menghidupkan enjin kereta. Arief terus berlari keluar dari keretanya.
" Dya, Dya nak pergi mana ? Dya berhenti dulu , abang nak cakap dengan Dya. Dyaa ! " Arief mengetuk-ngetuk tingkap kereta Widya.
Widya melarikan pandangan matanya. Dengan pantas Widya terus memandu keretanya.
" Dya !!! Kenapa buat abang macam ni " Arief tersungkur jatuh di tanah.
Puan Fatimah terus berlari mendapatkan Arief. Jatuh kasihannya melihat keadaan anaknya itu.
" Mak, apa salah alang mak ? " .
Puan Fatimah merangkul tubuh Arief ke dalam dakapannya.
" Alang kena kuat. Mak tahu alang tak macam ni. Ingat Allah, doa banyak-banyak " .
Share this novel