BAB 34

Romance Completed 26341

Widya tersedar dari lenanya. Dia terasa seperti ada sesuatu yang berlingkar di pinggangnya.

" Arief ! " Widya terjerit sedikit kerana terkejut. Dia cuba melepaskan pelukan Arief, namun tidak berjaya.

Widya mendongakkan sedikit kepalanya. Wajah Arief di tatap.

Namun apabila mengenangkan apa yang berlaku antara Arief dan Intan, Widya segera menolak badan Arief sekuatnya. Namun masih tidak berjaya. Widya menumbuk sedikit dada Arief.

" Arghh " erang Arief. Dia terus terjaga dari tidurnya.

" Kenapa Dya tumbuk abang ? " soal Arief.

Widya pantas bangun membuka lampu bilik. Bilik yang tadi samar-samar kini terang benderang.

" Awak buat apa kat sini ? " soal Widya.

Arief tidak menjawab soalan nya.

" Arghh " Arief memegang tepi bibirnya yang bengkak dan ada kesan lebam akibat ditumbuk Shafiq.

" Kenapa ni ? " Widya meluru ke arah Arief.

Arief hanya diam.

" Tunggu sekejap " Widya terus keluar dari bilik.

10 minit kemudian Widya kembali ke bilik bersama semangkuk air dan sehelai tuala bersih.

Tangan Widya pantas merendamkan tuala bersih di dalam mangkuk yang berisi air.

Selepas diperah, Widya menekap perlahan-lahan ke luka Arief.

Arief tersenyum kecil. Dia menahan tangan Widya.

" Sayang jugak Dya kat abang kan " matanya redup memandang Widya.

" Saya ni memanglah sayang dekat awak. Awak tu yang tak sayang saya. Tu yang sanggup tidur dengan perempuan tu kan ? " sindir Widya.

Kata-kata Widya bagai batu besar yang menghempap Arief. Arief terdiam seketika.

" Dya, abang tak buat Dya. Abang tak buat semua tu. Percayalah kat abang " rayu Arief.

Widya melarikan pandangan matanya apabila matanya bertentang dengan Arief. Dia takut dia akan kalah dengan panahan mata Arief.

" Dya.. abang sayang dekat Dya takkanlah abang..." kata -kata Arief dipotong oleh Widya.

" Lepas ni awak balik lah. Nanti tak pasal-pasal masuk ICU pulak sebab abang Fiq " .

Widya yakin Shafiq lah penyebab wajah Arief lebam dan luka.

" Abang datang nak amik Dya " .

" Buat apa ? Saya taknak balik sana lagi " .

" Dya isteri abang. Dya kena ikut abang balik. Dya, anak kita..abang nak jaga Dya " Arief memegang perut Widya yang masih lagi kempis.

Widya dengan pantas menepis tangan Arief. Arief tersentak dengan kelakuan Widya.

" Kenapa Dya tak bagi tahu abang yang Dya mengandung ? Kalau mama tak bagitahu abang, sampai sekarang abang tak tahu " Arief mengeluh perlahan.

Tubir mata Widya bergenang air mata. Hanya tinggal masa untuk menitis.

" Awak baliklah. Saya taknak tengok muka awak lagi " .

" Sampai hati Dya buat abang macam ni " .

" Dan sampai jugak hati awak duakan saya " .

" Dya..abang tak buat semua tu Dya " Arief sudah tertunduk. Dia tidak tahu lagi cara apa yang harus dilakukan.

" Awak balik lah.. saya taknak... " kata-kata Widya terhenti disitu.

' Saya taknak tengok awak sakit. Saya taknak tengok Abang Fiq pukul awak lagi ' .

Arief memegang tangan Widya. Diletakkan di dadanya.

" Widya, abang cintakan Widya. Abang cintakan Widya sangat-sangat. Demi Allah abang tak pernah buat benda terkutuk tu. Abang masih kenal dosa pahala Dya. Abang nak Dya tahu yang takda orang lain dalam hati abang. Abang selalu cintakan Dya. Kalau ada apa-apa telefon abang ya. Kalau Dya nak balik, beritahu abang. Abang boleh terus amik Dya. Jaga diri Dya baik-baik, sebab abang takda untuk jaga Dya. Abang pergi dulu " Arief terus mencium dahi Widya.

" Assalamualaikum " Arief terus berlalu keluar.

Serentak dengan itu air matanya mengalir.

" Abang...jangan tinggalkan Dya.. " rintihnya.

***************

" Akak tak kira, alang kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat dekat Intan " tegas Puan Fadzilah.

" Sabarlah kak. Alang tengah selesaikan dengan keluarga Widya " Puan Fatimah cuba menenangkan kakaknya.

" Nak bersabar macam mana Timah ? Ini soal maruah. Mana aku nak letak muka nanti ? " .

" Mak long, saya rasa baik kita selesaikan masalah yang ada dulu " sampuk Aishah.

" Along, sekarang ni melibatkan maruah. Kamu tahu maruah tu penting ? Macam mana kalau Intan mengandung ? " .

" Tak..Intan tak akan mengandung sebab alang tak buat apa-apa pun dekat dia " Arief tiba-tiba muncul di hadapan pintu.

" Abang, abang yang rogol Intan malam tu. Sekarang, abang taknak mengaku pulak " Intan yang sejak tadi diam mula bersuara.

" Sampai hati Intan perangkap abang kan ? Lepas tu fitnah abang " .

" Alang cakap apa ni ? Kitorang semua nampak apa yang jadi. Tak payah nak berdalih lagi " marah Puan Fadzilah.

" Arghh ! Apa semua ni ! " Arief meraup kasar rambutnya lalu terus masuk ke dalam bilik.

Semua yang ada di ruang tamu terkejut melihat Arief. Arief tidak pernah marah sebegitu.

***************

Gambar perkahwinannya bersama Widya ditatap. Air matanya perlahan-lahan menitis.

" Dya, abang rindukan Dya " rintihnya.

Arief terus mendail nombor Widya. Tiada jawapan. Arief mencuba lagi beberapa kali namun masih tidak berjaya. Arief mengeluh perlahan.

Nombor Zaqif pantas didail.

" Hello Rief. Ada apa ? " .

" Qif, kau free bila ? " .

" Sekarang ni aku free sentiasa. Ada apa ni ? " .

" Lepas Isyak nanti aku gerak KL. Aku terus pergi rumah kau tau " .

" Ok-ok baik " .

Arief terus menamatkan panggilan. Harapannya agar Zaqif dan Laura dapat membantunya.

***************

" Encik Shafiq, ada orang nak jumpa " kata Lydia, setiausaha Shafiq.

" Suruh dia masuk " arah Shafiq.

Lydia terus keluar. Selepas beberapa minit muncul seorang lelaki.

" Hai " sapa lelaki itu.

Shafiq mengerutkan keningnya. Dia berusaha cuba mengingati lelaki itu.

" Tengku Amshar " ujar lelaki itu.

" Am ? Ex boyfriend Dya yang dulu tu ke ? " .

" Yes tepat sekali " .

" Ada apa ? Duduklah " jemput Shafiq.

Tengku Amshar duduk di hadapan Shafiq.

" Actually saya sebenarnya nak melabur dekat syarikat ni. Well, saya rasa syarikat awak ni boleh pergi lebih jauh lagi " .

Shafiq tersenyum senang. Dengan hati yang terbuka dia menerima Tengku Amsyar. Satu Malaysia tahu bahawa Syarikat milik ayah Tengku Amsyar adalah syarikat terbesar.

" Dengan hati terbuka saya setuju. Terima kasih. By the way bila awak balik Malaysia ? " .

" Baru seminggu. Saya akan ambil alih tempat papa. Papa dah tak larat nak uruskan syarikat tu lagi " .

" Oh ya i see " .

" Jasmine macam mana ? Saya rindu dekat dia. Lama dah tak jumpa " .

" Dia ok jer. Tapi sayang, awak terlambat sikit jer. Dia dah kahwin " .

Tengku Amsyar terkejut.

" Really ? Dengan siapa ? " .

" Budak kampung jer. And now rumah tangga dia ada problem. Saya rasa tak lama lagi tu " .

" So saya masih ada peluang untuk dapatkan Mine ? " .

Shafiq tersenyum sambil mengangguk.

****************

Aku dah menang. Abang Arief milik aku. Aku akan kahwin dengan dia. Well kan aku dah cakap Abang Arief tu cintakan aku. Kalau tak, takdalah sampai dia tidur dengan aku.

Hati Widya bagai ditusuk sembilu apabila membaca pesanan ringkas daripada Intan. Entah dari mana Intan dapat nombor telefonnya, dia sendiri tidak tahu.

Widya mencampakkan iphone 6s nya di atas katil.

" Tak guna ! Menyesal aku cintakan kau Arief. Aku ingat kau lelaki yang baik rupanya sama jer ! Arghhhh !!! " teriak Widya.

Barang-barang di atas meja soleknya dibaling ke bawah. Katilnya yang kemas diselerakkan.

Widya terus terduduk di tepi katilnya. Widya memeluk lututnya. Tangisannya semakin lama semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience