BAB 16

Romance Completed 26341

Hujan sudah pun mulai turun. Wiyda tidak keruan. Di situ juga dia menangis. Air matanya sudah bercampur dengan sir hujan yang menitis.

Pandangan Widya mulai kabur. Tanpa memandang kiri kanan Widya terus melintas.

Sebuah kereta meluncur laju. Widya tidak sempat untuk mengelak.

" Arghhh " jerit Widya sebelum badannya terhumban ke tepi jalan.

Pemandu kereta itu segera memberhentikan keretanya. Dia berlari mendapatkan Widya.

" Adik, ok tak ? " soal wanita berusia 30-an itu.

Mujur Widya masih sedarkan diri. Darah pekat mengalir dari lengannya.

Wanita itu membawa Widya masuk ke dalam keretanya.

" Adik nak pergi mana sebenarnya ? " .

" Saya sesat. Saya tak tahu saya kat mana. Saya tak pernah pergi sini " terang Widya.

" Bahaya tau. Kat sini jarang kereta lalu. Nama akak Salmi, panggil kak Sal jer " .

" Saya Widya. Akak panggil Dya jer. Akak boleh hantarkan saya balik ? " .

" Boleh. Tapi sebelum tu akak bawak Dya pergi klinik dulu ya. Akak minta maaf sebab langgar Dya. Akak tak perasan " .

" Ehh tak payah kak. Sikit jer ni luka. Dya nak balik cepat " .

" Betul ni ? " .

Widya mengangguk.

" Rumah Dya kat mana ? " .

" Seingat Dya, nama kampung tu kampung Melor " .

" Lah Dya tak ingat rumah Dya sendiri ? " .

" Tak. Sebenarnya tu rumah mak suami Dya. Dya baru jer datang sini. Sebab tu Dya tak tahu " .

" Oh macam tu. Akak tahu kampung Melor tu. Pak Long akak ketua kampung tu " .

" Oh. Akak hantarkan Dya ea ? " .

Salmi mengangguk. Dia meneruskan pemanduannya.

Kepalanya terasa berat. Pandangannya juga kabur. Widya terus pengsan.

Arief terkejut melihat sekujur tubuh yang telah terbaring. Dia segera menghampiri Widya.

" Dya, Dya bangun " Arief menepuk pipi Widya perlahan.

Namun masih tiada respon. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Widya. Panas. Mungkin sahaja akibat terkena hujan lebat tadi.

Arief mengangkat Widya ke atas katil. Dia mengambil sehelai tuala bersih dan semangkuk air. Direndamnya tuala itu sehingga basah lalu diperah. Kemudian dia mengambil tuala itu dan diletakkan di atas dahi Widya.

Luka di lengan Widya di perhatikan. Arief mengeluh perlahan. Widya jadi begini kerananya. Dia mengambil kotak First Aid Kit. Arief mencuci terlebih dahulu luka Widya lalu disapukan ubat kuning menggunakan kapas. Setelah itu, Arief membalut luka itu menggunakan bandage.

" Dya, maafkan saya " Arief mengelus rambut Widya.

" Dya macam mana ? " soal Puan Fatimah.

" Dya belum bangun lagi mak. Ni semua salah alang. Kalau alang tak bawak dia pergi rumah mak long semua ni takkan jadi " Arief mengeluh perlahan.

" Apa yang jadi sebenarnya ? " soal Aishah pula.

" Mak long tak suka dekat Dya. Dia tiba-tiba tarik tangan alang ajak makan kat dapur. Bila alang datang ruang tamu cari Dya, Dya dah takda " .

" Haishh mak long kamu ni, mana tak terasanya Widya kalau dia buat macam tu " Puan Fatimah kesal dengan sikap kakaknya itu.

" Alah bukan salah mak long pun. Perempuan tu yang mengada-ngada. Sikit-sikit nak merajuk lah apa lah " Ayu meluahkan rasa hatinya.

" Angah ni kenapa, cuba angah yang ada kat tempat kak lang. Apa angah rasa ? " Afiq cuba membela Widya.

" Ish kau diam lah achik. Kau tu tak tau apa-apa pun. Jangan sibuk nak masuk campur hal orang tua " marah Ayu.

Afiq mencebikkan bibirnya. Aina juga membuat muka tidak puas hati. Tanda protes.

" Afiq dengan Aina pergi masuk bilik. Esok nak sekolah kan. Pergi siapkan apa yang patut " arah Puan Fatimah. Dia tidak mahu anak-anaknya berterusan bertegang lidah.

Afiq akan menduduki STPM tahun ini. Manakala Aina akan menduduki SPM.

Afiq dan Aina akur. Mereka berdua terus masuk ke bilik masing-masing.

" Kalau tak baik demam Widya tu, alang bawak dia pergi klinik " .

Arief mengangguk.

" Alang masuk bilik dulu ea. Nak tengokkan Dya " Arief terus berlalu masuk ke bilik.

" Kan betul angah cakap perempuan tu mengada-ngada. Baru sehari duduk sini dah buat hal " .

" Angah sudah lah tu. Tak baik cakap Widya macam tu " marah Puan Fatimah.

Aishah hanya diam.

Widya tersedar dari pengsan. Dia meraba dahinya. Ada sehelai tuala basah. Lukanya juga sudah dibalut kemas.
Dia juga perasan baju yang dipakainya tadi sudah ditukar.

Arief menolak daun pintu lalu terus masuk ke dalam bilik. Dia tersenyum melihat Widya sudah sedar. Hatinya sedikit tenang.

" Dya, lama dah sedar ? " soal Arief. Dia meluru ke katil.

" Siapa yang tukarkan baju saya ? " soal Widya. Soalan Arief dibiar sepi.

Arief tergelak kecil.

" Saya yang tukarkan. Baju awak kan basah tadi nanti kembung perut awak " jawab Arief selamba.

" What ? Kenapa awak tukarkan ?!! " Widya mengambil bantal lalu membalingnya ke arah Arief.

Arief pantas mengelak.

" Stop it Dya. Saya cuma tukarkan baju awak jer. Saya tak buat apa-apa pun " .

" Penipu ! Awak sengaja nak ambil kesempatan dekat saya kan ? " satu lagi bantal dicapai lalu dibaling ke arah Arief.

Sekali lagi Arief sempat mengelak.

" Sumpah Dya. Saya tak buat apa-apa pun. Kalau saya nak ambil kesempatan, dah lama dah. Sejak hari pertama kita nikah lagi " .

Widya terdiam seketika. Lengannya terasa sakit kembali akibat dia membaling bantal ke arah Arief.

" Auchh " keluh Widya.

Lengannya berdarah kembali. Bandage yang membalut lengannya juga sudah bertukar warna.

" Dya, lengan awak " Arief mendekati Widya.

" Mari sini saya sapukan ubat balik " Arief menarik perlahan lengan Widya.

Widya menarik kasar lengannya. Marahnya pada lelaki itu masih belum reda. Hatinya masih sakit.

" Dya, please. Biar saya ubatkan balik " Arief menarik kembali tangan Widya.

Kali ini Widya hanya membiarkan sahaja.

Arief membuka kembali balutan bandage yang sudah dipenuhi darah. Dia mengambil kapas dan dettol untuk mencuci luka itu.

" Tahan sikit ya " Arief menyapu perlahan kapas yang sudah dicelup dengan dettol.

Dahi Widya berkerut-kerut menahan kesakitan.

Selepas itu Arief menyapu ubat kuning lalu membalut kembali dengan bandage.

" Ok siap. Jangan kasar-kasar lagi. Nanti luka tu berdarah balik " Arief senyum memandang Widya.

" Dya, saya minta maaf sebab saya awak jadi macam ni. Macam mana awak boleh luka ni ? " .

" Bukan urusan awak lah " .

" Dya, jangan lah macam ni " Arief cuba memujuk kembali.

" Hey Arief, awak dengar sini. Kita kahwin bukan sebab cinta. Saya cuma upah awak jer. Saya tak hadap pun nak duduk sini. Kalau tak disebabkan awak ugut saya, saya takkan ikut awak lah. Saya hormat keluarga awak, tapi jangan cabar kesabaran saya " nafas Widya turun naik menahan marah.

Puan Fatimah tersentak mendengar kata-kata Widya. Benarlah sangkaan Ayu, mereka bernikah kerana Widya mengupah Arief.

Arief terus berlalu keluar dari bilik. Puan Fatimah segera beredar dari hadapan pintu bilik Arief apabila melihat tombol pintu dipulas dari dalam.

Air mata Widya mengalir. Dia penat. Penat berpura -pura. Penat mengambil hati keluarga Arief. Namun yang dia dapat hanya sakit hati. Baru sehari dia tinggal di rumah itu, pelbagai dugaan harus dia lalui. Hatinya memberontak ingin pulang ke KL semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience