BAB 25

Romance Completed 26350

" Apa yang dah jadi sebenarnya ? " soal Puan Fatimah.

Mujur sahaja tetamu sudah pulang. Jika tidak pasti Puan Fatimah akan mendapat malu.

" Perempuan tu tiba-tiba bawak Intan pergi dusun. Lepas tu dia nak bunuh Intan. Dia cakap Intan perosak hubungan dia dengan abang Arief " tipu Intan.

" Jangan tipu mak ngah " tegas suara Puan Fatimah.

" Mak ngah, buat apa Intan nak tipu ? Semua nampak kan tadi perempuan tu nak pukul Intan pakai ranting " Intan tetap membela dirinya.

" Eh Timah, kau jangan nak tuduh anak aku. Menantu kau tu yang perangai macam hantu. Asyik nak cari pasal dengan orang jer " marah Puan Fadzilah.

" Kalau Dya yang salah kenapa dahi dia berdarah tadi ? Dya baru jer seminggu duduk kampung ni, macam mana pulak dia tahu jalan pergi dusun tu ? " Puan Fatimah memandang tepat ke arah Intan.

Muka Intan sudah pucat. Dia takut jika rahsianya bocor.

" Jawab lah " desak Puan Fatimah. Hatinya kuat mengatakan Widya tak salah.

" Alang, pergi cari Dya sekarang " Puan Fatimah.

Arief masih lagi tidak bergerak.

" Mak cakap pergi cari Dya sekarang. Selagi tak jumpa, jangan balik rumah " tegas Puan Fatimah. Wajahnya tegang. Tiada lagi senyuman.

Arief terus berlalu tanpa sepatah kata.

********************************************************

Widya berjalan perlahan. Langkahnya longlai. Air matanya masih lagi menitis. Wajahnya pucat.

" Macam dia " Arief memberhentikan keretanya di tepi jalan. Segera dia turun dari kereta.

" Dya " panggil Arief.

Langkah Widya terhenti. Perlahan-lahan dia toleh ke belakang.

" Jom balik " wajah Arief serius.

" Saya ingat awak tak datang " jawab Widya. Dia menyapu perlahan air matanya. Senyuman mula terukir di bibirnya.

" Mak yang suruh. Kalau tak, saya takkan datang pun. Buang masa jer. Dah jom cepat " Arief terus menarik tangan Widya pergi ke kereta.

Senyuman Widya terus mati. Hatinya pedih. Tidak pernah dia rasakan seperti ini.

" Awak tak percayakan saya ? " perlahan-lahan Widya menyoal.

" Saya tak buta lagi. Saya nampak awak nak pukul Intan " .

" Memang. Memang saya nak balas balik apa yang dia dah buat dekat saya. Awak sepatutnya dengar penjelasan saya. Bukannya dengar dari sebelah pihak jer " .

" Buang masa saya jer dengar benda yang tak penting " .

Sampai sahaja di rumah, Arief terus turun dari kereta tanpa mempedulikan Widya. Widya menggengam tangannya mencari sumber kekuatan. Sungguh dia tidak kuat ketika itu. Perlahan-lahan dia turun keluar dari kereta.

Sewaktu ingin mendaki tangga rumah, Widya tidak dapat mengimbangi badannya. Dia terus jatuh.

Arief berlari keluar semula, Widya sudah pun terbaring kaku.

********************************************************

" Macam mana doktor keadaan isteri saya ? " soal Arief. Wajahnya cemas.

" Dia cuma banyak kehilangan darah. Encik jangan risau, kami dah pun tambahkan semula darah dia. Dia cuma perlukan rehat sekarang ni " terang Doktor Irfan.

Arief mengangguk faham. Doktor Irfan terus berlalu.

" Mak dah cakap yang Dya tak salah. Tapi alang tak percaya. Alang langsung tak bagi Dya jelaskan " marah Puan Fatimah. Matanya berair, kasihan dia melihat nasib menantunya itu.

Mujur sahaja Aina menerangkan perkara yang sebenar. Aina mendengar perbualan Intan mengajak Widya ke dusun dan ada seorang pekerja di dusun melihat kejadian yang berlaku.

" Alang salah mak. Alang berdosa sangat dengan Dya " Arief tertunduk lesu.

" Sudahlah. Pergi masuk tengok Dya " .

Arief terus melangkah masuk ke wad. Dia perlahan-lahan menuju ke katil Widya.

Widya kaku terbaring dengan kepalanya yang berbalut. Arief mencapai tangan Widya, dicium seketika lalu digenggam erat. Jatuh kasihannya melihat Widya dalam keadaan begitu.

" Dya, maafkan abang sebab tak percayakan Dya. Abang minta maaf Dya. Cepat sedar ya " serak suaranya melafazkan kata.

********************************************************

" Kau ni kan Intan, kalau nak buat kerja tu pandanglah kiri kanan dulu. Bila dah kantoi macam ni, kau susahkan aku jugak tau " marah Ayu.

" Alah kak. Manalah Intan tahu kat kebun tu ada pekerja. Bukan salah Intan " .

" Elok-elok alang tak percayakan perempuan tu tau. Sakit pulak hati aku tengok dia " .

" Takpa kak. Intan ada banyak lagi plan. Akak jangan risau. Abang Arief tetap hak Intan " Intan tersenyum sinis.

" Kau nak buat apa lagi ? " .

" Nanti Intan bagi tahu. Akak tak payah risau lah " .

" Suka hati kau lah. Asalkan plan kau tu boleh pakai " .

" Intan puas sangat bila tengok perempuan tu kalah. Hahahaha " .

" Kau tak payah nak suka sangat ea. Tu pun nasib baik kitorang datang, kalau tak memang dengan kau sekali masuk hospital " .

Intan menjuihkan bibirnya.

" Apa-apa jer lah kak. Yang penting sekarang Intan puas hati sangat " .

********************************************************

Widya tersedar dari pengsannya. Dia memandang keadaan sekeliling. Widya cuba menarik tangannya dalam genggaman Arief. Arief sudah pun lena disisi Widya.

Widya mencuba berkali-kali, akhirnya tangannya lepas juga dari genggaman Arief.

Arief terjaga dari lenanya. Terus dia memandang ke arah Widya.

" Dya, Dya ok ? " soal Arief.

" Saya kat mana ? " soalan dikembalikan dengan soalan. Soalan Arief dibiarkan sepi.

" Hospital. Esok baru Dya boleh keluar. Dya nak makan ? Sekejap ya abang amikkan " Arief bangun dari kerusi dan terus ke tepi katil Widya. Dia mengambil semangkuk bubur bersama air kosong yang dibekalkan oleh Puan Fatimah.

Arief duduk kembali. Dia mencedokkan sesudu bubur dan menyuakan ke mulut Widya.

" Saya boleh makan sendiri " tegas Widya.

" Takpalah abang suapkan Dya " Arief masih lagi menyuapkan bubur itu.

" Taknak. Saya ada tangan. Saya tahulah makan sendiri. Saya bukan cacat " tidak dipandang wajah Arief ketika itu.

Arief meletakkan bubur itu di tepi. Dicapai tangan Widya. Widya tidak menepis.

" Dya, maafkan abang. Abang silap. Abang tahu Dya marah sangat dekat abang " .

Widya tersenyum sinis. Ditarik tangannya kembali.

" Tak payahlah minta maaf. Saya ni jahat. Yang baik semuanya Intan kan " .

" Dya jangan macam ni. Abang minta maaf " suaranya sendu.

" Mana awak masa saya perlukan awak ? Mana awak bila semua mata pandang hina dekat saya ? Mana awak bila saya perlukan awak percaya saya ? Mana awak ? " air matanya laju mengalir.

Arief dihimpit perasaan bersalah.

" Dya, saya minta maaf " itu sahaja yang mampu Arief katakan.

********************************************************

" Hati-hati Dya " pesan Puan Fatimah.

" Iya mak " Widya perlahan-lahan mendaki anak tangga.

Sampai sahaja di dalam rumah, Widya terus masuk ke dalam bilik. Arief mengikuti langkah Widya.

" Dya, sekejap lagi kita solat jemaah ya " tutur Arief.

" Takpa. Awak solat jer kat surau. Saya cuti " jawab Widya.

Arief mengangguk perlahan.

" Kalau macam tu abang pergi surau dulu " pinta Arief.

Widya tidak menghiraukan. Arief perlahan-lahan keluar dari bilik.

Widya mencapai bingkai gambar di atas meja solek. Gambar perkahwinan nya dengan Arief.

Di tenung gambar itu lama. Dia rindu. Rindu ingin bergurau senda dengan Arief. Rindu apabila disakat oleh Arief. Tapi hatinya masih lagi keras untuk memaafkan Arief. Hatinya masih lagi sakit.

Widya terbayang saat-saat indah dia bersama Arief. Air matanya laju mengalir. Dia sendiri tidak tahu mengapa mudahnya dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience