BAB 4

Romance Completed 26350

Keluarga Zaqif sudah bersiap-siap untuk menghantar rombongan meminang. Arief mengikut sekali keluarga Zaqif.

" Ishh nervous lah Rief " luah Zaqif.

" Ehh mangkuk! Kau tu nak tunang jer sekejap lagi. Bukan nak nikah. Hadoii kau ni " Arief menepuk bahu Zaqif perlahan.

" Ha'ah jugak kan " Zaqif menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Semua dah siap ke ? Kalau dah siap, kita bertolak sekarang lah " arah Encik Samad, ayah Zaqif.

Mereka semua bertolak dari Melaka semalam. Memandangkan keluarga Zaqif tidak ramai, mereka membuat keputusan untuk bermalam di rumah sewa Zaqif sahaja.

" Haa jomlah kita bertolak. Pihak perempuan dah tunggu dah tu " kata Zaqif.

Mereka semua bertolak ke rumah Laura.

Widya membetulkan veil Laura. Memandangkan mereka berdua model, Laura mengambil keputusan untuk mekap sendiri sahaja. Laura kelihatan anggun dengan memakai kebaya moden berwarna coklat keemasan.

" Laura, cantiklah kau ni. Ni kalau Zarif tengok ni, mahu terbeliak biji mata dia " Widya ketawa kecil.

" Hishh kau ni. Kau tu lagi cantik tau. Patutnya kau tu laku dulu. Bukannya aku " balas Laura.

" Apa pulak macam tu. Ni bukan soal laku tak laku. Ni soal jodoh dah sampai ke belum. Dah jodoh kau sampai awal kan. Cuma tu lah, aku pening fikir macam mana nak elak kahwin dengan orang tua gatal tu " .

" Cara dia senang jer. Kau cari lah calon suami. Aku tau memang susah nak cari yang baik sekarang ni. Nasib-nasib jer lah kan. Takpa tu kau tak payah risau. Aku dengan Zaqif akan tolong kau. Okey? " .

" Series ni Laura? Sayang kau " Widya memeluk Laura.

Widya sanggup melakukan apa sahaja. Asalkan dia tidak berkahwin dengan lelaki buaya darat itu.

" Haa ya. Sayang kau jugak. Dah dah, tolong touch-up sikit mekap aku ni " .

" Anything for you " .

" Dah siap ke belum? Keluarga lelaki dah sampai tu. Sekejap lagi akak panggil turun " arah Kak Nita, sepupu Laura yang baru muncul di pintu bilik Laura.

" Okey kak " balas Laura.

Laura tidak mempunyai adik beradik. Dia anak tunggal, sama seperti Zaqif.

" Cepat Dya. Tak sangka aku dengan Zaqif dah nak tunang " Laura tersenyum memandang Widya.

" Ha tu lah. Ingat lagi masa first meet korang. Zaqif hampir langgar kau kan " Widya mula membuka cerita.

Laura ketawa kecil mengenangkan pertemuan pertamanya dengan Zaqif.

" Kan. Tak sangka dia jodoh aku. Entah-entah kau dengan Arief pun berjodoh nanti. Rancangan Allah kan. Siapa tahu " .

" Hishh kau ni. Orang tengah cerita pasal kau tau , bukan pasal aku " Widya mula membuat muka.

" Alolo gurau jer lah Dya. Janganlah merajuk, tak lama lagi aku nak kahwin. Masa ni jer lah nak usik-usik kau " Laura ketawa kecil.

" Jangan lah cakap macam tu. Sedih aku tau. Dah 10 tahun kita kawan kan. Tak sangka kau boleh masuk dengan perangai aku kan " .

Persahabatan mereka sudah mencecah 10 tahun. Mereka berkenalan sejak di bangku sekolah menengah.

" Alaa sedihnya. Tapi aku janji, walaupun aku dah kahwin aku tetap tak lupakan kau " .

" Janji ea ? " .

" Yer Dya. Aku janji " .

Mereka berdua saling berpelukan. Laura sudah menganggap Widya sebagai adik beradik kandungnya.

" Saya rasa lagi cepat lagi bagus. Tak payah lah bertunang lama-lama. Yelah dugaan orang bertunang ni besar, takut budak-budak tuh tak dapat hadap " ujar Encik Samad, ayah Zaqif.

" Betul juga tu. Saya setuju. Jadi macam ni lah, tunang sebulan jer. Soal persiapan perkahwinan jangan risau. Saya akan upah wedding planer " balas Dato Zahari, bapa kepada Laura.

Ahli keluarga yang lain juga sudah bersetuju.

Nita naik ke bilik Laura untuk memanggilnya. Sebentar lagi sesi menyarung cincin akan dijalankan.

" Laura, Dya mari turun. Dah selesai semua dah tu " arah Kak Nita.

Laura dan Widya beriringan turun ke bawah.

Arief terpana melihat Widya disisi Laura. Widya kelihatan cantik dengan memakai baju kurung moden berwarna biru turqoise dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu lembut. Biarpun tidak menutup rambut sepenuhnya tetapi masih kelihatan cantik.

Widya terpandang Arief yang kelihatan kacak memakai kemeja berwarna biru dan dipadankan dengan seluar jeansberwarna hitam.

Laura dan Widya beriringan menuju ke pelamin yang sudah disediakan.

Puan Qamariah datang ke pelamin untuk sesi menyarung cincin.

Selesai menyarung cincin, sesi mengambil gambar pula bermula.

" Dya marilah amik gambar sekali " ajak Laura.

" Ehh takpa takpa. Sekejap lagilah. Kau selfie dulu puas-puas dengan Zaqif and family dia. Sekejap lagi aku join. Aku nak pergi makan dulu. Lapar ni " Widya meminta diri ke khemah untuk makan. Sejak dari pagi lagi dia tidak menjamu apa-apa makanan.

Widya mencari tempat duduk yang kosong. Kesemuanya hampir penuh dengan tetamu yang hadir.

' Haa ada pun satu kosong ' .

Widya terus bergegas ke tempat duduk yang kosong. Widya terus melabuhkan punggungnya di kerusi kosong itu.

" Assalamualaikum " sapa lelaki di sebelahnya.

Widya terkejut melihat lelaki di sebelahnya. ' Macam mana aku boleh tak perasan mamat ni ' .

" Waalaikumsalam " jawab Widya. Dia terus menyambung makan. Malas dia mahu mencari gaduh lagi dengan Arief.

" Lapar sangat ke ? " soal Arief. Dia hairan melihat Widya makan begitu banyak.

" Suka hati lah. Sibuk pahal ? Tuan rumah tak sibuk, dia pulak yang sibuk " Widya menjeling tajam pada Arief.

Arief hanya membuat muka selamba.

" Dya , Arief pandang sini " arah Kak Nita. Dia terus mengambil gambar Widya dan Arief.

Memandangkan Widya dan Arief masing-masing terkejut dengan panggilan Kak Nita, gambar yang diambil menjadi gambar candid.

" Ok cun. Nanti dah siap cuci, akak bagi kat korang " Kak Nita terus berlalu untuk mengambil gambar lain pula.

" Kan lawa pakai tudung " kata Arief sambil memerhati Widya makan.

" Diam lah. Bising jer dari tadi " marah Widya.

" Lah marah pulak. Kita dah puji dia bukannya nak ucap terima kasih " balas Arief.

" Tak suruh pun puji. Lain kali kalau puji tak ikhlas, tak payah puji ! " Widya terus bangun dan masuk ke dalam rumah semula. Makanan dalam pinggannya masih belum habis.

' Adoii mulut ni. Kenapalah suka sangat cari pasal. Kesian dia , nak makan pun tak senang ' . Arief menepuk mulutnya. Dia bangun mengikut Widya masuk ke dalam rumah.

" Dya mari lah sini amik gambar " ajak Laura sebaik melihat Widya masuk ke dalam rumah. Hanya dia dan Zaqif sahaja di pelamin itu. Keluarga Zaqif yang lain sudah beredar ke khemah untuk menjamu selera.

Widya datang ke pelamin.

" Arief ! Meh sini woii amik gambar " jerit Zaqif.

Widya mula membuat muka menyampah. Arief datang juga ke pelamin.

" Ok, 1..2..3 " kata photographer itu.

Widya berada di sebelah Laura manakala Arief di sebelah Zaqif.

" Sayang, jom teman saya makan kejap. Lapar lah " ajak Zaqif kepada Laura.

Laura hanya menuruti. Widya ingin mengangkat kaki dari situ, namun ditahan oleh photographer itu.

" Kejap-kejap. Korang berdua dah makan kan? Haa posing lah puas-puas. Biar abang tangkap gambar korang " kata photographer.

Arief dan Widya hanya menurut. Muka Widya jelas menunjukkan dia terpaksa. Arief hanya menayangkan wajah selambanya.

Selesai majlis pertunangan Zaqif dan Laura, Zaqif dan keluarganya mengundur diri.

" Dya tidur rumah aku ea malam ni " ajak Laura.

" Hmm tak tau lah " balas Widya.

" Ehh takda takda. Kena tidur sini jugak. Kita boleh tengok gambar-gambar pagi tadi " .

" Haa okeylah. Kejap aku sms mama aku. Kau ni, nasib baik aku ada bawak baju spair tau " .

Laura hanya ketawa sambil membuka folder laptop nya.

" OMG ! Dya tengok ni " Laura menarik tangan Widya mendekatinya.

" Apa ? " soal Widya kehairanan.

Laura terus menunjukkan gambar candid Arief dan Widya sewaktu mereka makan.

" So sweet. Cantik tau gambar ni. Nanti aku cuci, then aku bagi kau. Frame cantik-cantik kat bilik tau " Laura ketawa halus.

Widya sudah menjeling tajam ke arah Laura.

' Tapi cantik jugak gambar ni kan. Arief, Arief kalaulah mulut kau tak macam longkang dah lama aku jatuh hati kat kautau. Ishh kau dah kenapa Widya, Arief tu cuma driver jer lah. Mana layak untuk kau ' . Widya tetap dengan egonya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience