BAB 13

Romance Completed 26341

" Mama, papa, abang Dya pergi dulu " wajah Widya jelas menunjukkan berat hatinya untuk berpindah.

" Dya, jaga diri. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap Arief " pesan Puan Sri Nora lalu memeluk anak bongsunya itu.

" Arief, jaga Dya ya. Nanti bila free baliklah sini. Papa yakin Arief dapat jaga Dya dengan baik " Tan Sri Hashim mengusap perlahan bahu menantunya.

" Dik, kau jangan nakal-nakal, jangan mengada-ngada merengek tak tentu pasal pulak " Shafiq mengusap perlahan kepala Widya.

" Iyalah orang tahu " .

" Ingat Dya, jangan lawan cakap Arief. Jangan malas duduk rumah orang " nasihat Tan Sri Hashim pula.

Widya hanya mengangguk lalu memeluk Tan Sri Hashim sekejap.

" Kami pergi dulu ya " Arief mengangkat bagasi nya dan Widya masuk ke dalam kereta viva kesayangan nya.

" Bye mama, papa, abang. Assalamualaikum " Widya terus mengikuti langkah Arief ke kereta.

Seumur hidupnya tidak pernah dia menjauh dari keluarganya. Inilah kali pertama.

" Waalaikumsalam " jawab mereka bertiga.

Mereka bertiga hanya memerhati kereta viva hitam milik Arief meluncur keluar dari halaman rumahnya.

Arief sempat membunyikan hon sebelum keretanya meluncur keluar.

" Dah mari masuk " ajak Tan Sri Hashim.

" Berat hati saya ni sebenarnya bang nak lepaskan Dya " keluh Puan Sri Nora.

" Nora, kalau ini cara yang terbaik untuk ubah Dya. Tak salah pun. Abang pun taknak Dya pergi sebenarnya. Nora kena ingat Dya dah ada suami " Tan Sri Hashim mengusap perlahan bahu isterinya.

" Alaa tak mau lah sedih-sedih mama, papa. Fiq bawak pergi jalan-jalan jom " Shafiq cuba menukar mood mereka semua.

" Haa dah jom kita bersiap " Tan Sri Hashim terus menarik Puan Sri Nora masuk ke dalam rumah.

Shafiq hanya ketawa melihat karenah ibu bapanya itu.

" Dya, awak ok ? " soal Arief.

Widya hanya mengangguk.

" Saya minta maaf. Saya takda niat pun nak pisahkan awak dengan keluarga awak. Saya cuma nak berdikari. Saya taknak harapkan keluarga awak, saya nak usaha sendiri untuk berjaya. Awak faham kan ? " sesekali Arief memandang Widya di tempat duduk penumpang sebelahnya.

Tiada respon dari Widya.

Arief memandang ke arah Widya. Widya sudah pun lena di buai mimpi.

" Dya, Dya comel jugak kau ni kan " Arief tersenyum sendirian.

' Dia cakap aku comel ? Omg ' . Widya hanya berpura-pura tidur.

Setelah hampir 3 jam perjalanan, Arief dan Widya tiba di rumah maknya.

Arief memandang Widya di sebelahnya yang masih lagi lena.

" Dya, bangun. Kita dah sampai " Arief menepuk perlahan bahu Widya.

" Hurmm " Widya menggosok-gosok matanya.

" Dah jom turun. Kita makan. Mesti awak lapar kan " Arief membuka pintu kereta dan terus keluar.

Widya juga keluar dari kereta.

" Assalamualaikum " laung Arief.

Widya masih lagi memerhati rumah Arief dan kawasan sekelilingnya.

" Waalaikumsalam, alang dah sampai. Mari naik " Puan Fatimah segera menjemput anak dan menantunya itu masuk ke dalam rumah.

" Jom naik " Arief menarik tangan Widya. Widya hanya menurut.

Arief bersalam dengan Puan Fatimah. Selepas itu Widya juga bersalam dengan ibu mertuanya itu.

Puan Fatimah tiba-tiba menarik Widya ke dalam pelukannya. Mahu atau tidak Widya terpaksa membalasnya.

Arief bimbang Widya tidak selesa.

' Aduhh. Mak ni pun satu, yang pergi peluk menantu dia ni buat apa. Habislah bau minyak wangi dia yang beratus tubercampur dengan bau peluh mak ' .

Widya cuba memaniskan wajahnya di hadapan keluarga Arief.

Selepas itu Aishah dan suaminya Faizal, Ayu dan suaminya Rahim, Aina dan Afiq muncul.

Widya segera menghulurkan tangan bersalam dengan Aisyah dan Aina.

Tiba giliran Ayu, dia hanya bersalam ala kadar sahaja.

" Pukul berapa korang bertolak ? " soal Aishah.

" 10.30 pagi tadi. Mia mana angah ? " soal Arief. Sejak dari tadi dia tidak melihat anak buahnya itu.

" Tidur dalam bilik " jawab Ayu ringkas.

" Oh ya Dya, ni suami akak, abang long Faizal. Masa Dya nikah hari tuh dia takda. Yang ni pulak suami angah, Abang ngah Rahim. Dia pun takda masa Dya kahwin hari tu " Aishah memperkenalkan suaminya dan suami Ayu kepada Widya.

Faizal dan Rahim bekerja sebagai pemandu lori sahaja. Jadi susah untuk mereka berdua mengambil cuti.

Widya hanya mengangguk.

Ayu dan Rahim mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun manakala Aishah masih lagi belum mempunyai anak.

" Eh ni alang dengan Widya mesti lapar kan. Dah mari kita makan. Sekejap lagi sambung borak semula " Puan Fatimah mengajak mereka semua makan tengahari.

Mereka semua bergerak ke dapur. Makanan sudah pun siap dihidangkan.

Selepas makan, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Rahim dan Faizal sudah pun pergi kerja. Manakala Ayu terus masuk ke dalam biliknya.

" Mak harap Widya selesa lah ya tinggal dekat rumah mak ni. Rumah mak ni kecik jer " kata Puan Fatimah.

" Eh takpa mak. Dya ok. Dya tak kisah pun " hanya mulutnya kata begitu tetapi dalam hatinya Allah saja yang tahu betapa tidak selesa nya dia disitu. Lagi-lagi dengan sifat Ayu, kakak iparnya itu. Hatinya kuat mengatakan bahawa Ayu tidak suka akan kehadirannya disitu.

" Alang, bawaklah Dya masuk bilik. Pergi rehat dulu. Mandi ke tidur ke " arah Puan Fatimah.

" Haa yelah. Jom Dya " Arief terus bangun dari kerusi.

Widya hanya membuntuti langkah Arief.

Widya memerhati keseluruhan bilik Arief. Tiada penghawa dingin. Hanya ada kipas. Katilnya juga hanya bersaiz queen. Bilik Widya dua kali ganda lebih besar berbanding Arief.

Widya duduk di atas katil sambil matanya masih lagi memerhati bilik Arief.

" Saya tahu banyak beza bilik awak dengan saya " Arief terasa kehidupan nya dengan Widya terlalu jauh perbezaan.

Widya hanya diam.

" Awak tunggu sekejap. Saya nak pergi ambil beg dalam kereta " Arief terus keluar dari bilik.

" Macam mana aku nak tinggal terus dekat sini kalau sehari pun aku dah tak tahan. Mama, papa Dya nak balik " Widya mengeluh perlahan.

Arief masuk semula ke dalam bilik sambil menjinjing dua bagasi manakala di tangan adiknya, Afiq ada lagi tiga buah bagasi. Kesemuanya bagasi milik Widya. Bagasi Arief hanya ada satu sahaja.

" Achik letak jer beg tu dekat tepi " arah Arief.

" Ok dah " Afiq terus keluar dari bilik.

" Terima kasih tau " .

Afiq membuat isyarat ' no hal ' .

" Awak nak mandi tak ? " soal Arief.

Widya hanya menggeleng perlahan.

" Saya nak pergi mandi sekejap. Asar nanti saya solat dekat surau. Awak solat sorang ea ? Tak pun awak ajak mak dengan along solat jemaah dekat rumah jer " Arief membuka almari bajunya lalu menarik sehelai tuala mandi keluar.

" Ok " balas Widya ringkas.

Arief terus keluar dari bilik.

Widya membuka iphone 6s nya itu. Dia mengeluh perlahan kerana tiada line.

" Susahnya nak hidup dekat sini. Macam mana lah orang kampung ni boleh hidup " Widya mencampakkan iphone 6s nya ke tepi. Dia terus baring di atas katil.

Selesai mandi, Arief kembali ke biliknya. Dia hanya memakai tuala dan t-shirt nya sahaja.

" Dya, betul awak tak nak mandi ? " soal Arief lagi. Dia membuka bagasinya dan mengeluarkan sehelai kain pelekat.
Memandangkan lagi 15 minit akan masuk waktu zohor, Arief terus bersiap untuk ke surau.

Kedudukan surau hanya di seberang jalan rumah nya sahaja. Jadi Arief tidak melepaskan peluang untuk solat berjemaah.

" Taknak. Petang nanti saya mandi lah " jawab Widya. Widya terus membelakangkan Arief ketika Arief memakai kain pelekat nya.

Arief hanya tersenyum kecil melihat Widya.

" Saya nak pergi surau dulu. Lepas asar nanti saya bawak awak jumpa keluarga besar saya. Haritu ramai yang tak dapat datang sebab jauh " Arief memperbetulkan songkok di atas kepalanya.

" Perlu ke jumpa diorang semua ? " .

" Mestilah sayang. Keluarga saya kan dah jadi keluarga awak. Awak kena lah kenal dengan diorang semua. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum " Arief terus keluar.

" Waalaikumsalam " jawab Widya perlahan.

" Eh kejap, dia panggil aku sayang ke tadi ? Masuk ni dah dua kali dia panggil aku sayang " hati Widya sudah berbunga - bunga. Dia senang apabila Arief memanggilnya ' sayang '. Widya senyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience