BAB 3

Romance Completed 26350

Widya mengatur langkah masuk ke dalam sebuah butik. Widya ke situ kerana ingin mengambil baju yang ditempah pada minggu lepas.

Dalam pada masa yang sama juga, Arief ke butik itu. Majikannya, Dato Bahrain telah meminta tolongnya untuk mengambil baju yang ditempah.

" Cik Widya , sekejap ya saya ambilkan baju cik " kata Anisa, pekerja butik itu. Widya sudah berulang kali menempah baju di butik itu, jadi tidak hairanlah semua pekerja di butik itu mengenalinya.

" Assalamualaikum. Saya nak ambil baju yang boss saya tempah minggu lepas " kata Arief kepada pekerja di situ.

Widya seperti mengenali suara itu. Lantas dia mencuri lihat siapakah lelaki itu.

Widya memandang tajam lelaki itu. Ya, lelaki yang telah menyakitkan hatinya.

Arief terasa seperti ada yang memerhatikan nya. Dia menoleh ke belakang. Arief melihat renungan tajam yang diberikan oleh Widya.

Arief memaparkan senyuman seikhlas mungkin kepada Widya. Dia sedar, dia juga salah dalam hal semalam.

" Widya, beli baju ke ? " soal Arief ramah.

Sangkanya Widya akan menjawab pertanyaannya, namun yang dia dapat hanyalah jelingan tajam.

' Hek eleh. Kerek betul Minah ni. Macam bagus sangat '

Namun Widya terasa ingin menjawab soalan Arief dengan perlian.

" Ehh taklah. Kan saya tengah beli barang dapur ni. Awak tak nampak ke? Buta ya? Patutlah langgar orang " perli Widya sambil tersenyum sinis.

" Oh beli barang dapur. Muka cantik, famous tapi sayang akal takda pulak kan. Nanti kalau boleh cari ya kedai yang ada jual akal. Sebab saya tengok awak ni macam takda akal , kesian awak " riak wajah Arief hanya selamba.

Muka Widya sudah mula merah. Hatinya rasa ingin meletup di situ juga.

' Tak guna punya mamat tiga suku. Aku kenakan dia, dia kenakan aku pulak ' .

Pekerja-pekerja di situ masing-masing berbisik sesama sendiri.

" Btw awak ada duit ke beli baju kat sini ? " soal Widya sengaja. Padahal dia sudah tahu Arief hanya membantu majikannya mengambil baju.

" Bukan duit saya. Lagi satu saya cuma tolong boss saya jer. Yelah saya ni kan pekerja yang baik " balas Arief.

Widya mendapat satu idea untuk memalukan Arief.

" Oh ya lah kan. Awak kan driver jer. Mana lah ada duit kan. Baju pun mesti beli kat pasar malam jer " Widya tersenyum puas dapat mengenakan Arief. Sengaja dia menekankan perkataan ' driver ' itu.

Pekerja - pekerja di situ memandang Arief pula sambil berbisik. Mereka berdua seolah-olah sedang berlakon dan pekerja-pekerja itu menjadi penonton.

Muka Arief cukup tenang dan masih lagi tersenyum.

" Saya memang driver, tapi kerja saya halal. Allah suka orang berusaha. Saya mungkin tak kaya , tapi apa yang saya dapat semuanya cukup. Sampai saya tak tahu lagi macam mana saya nak bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Saya ada pekerjaan yang halal , ada ibu saya , ada adik-adik saya dan saya ada Allah yang sentiasa bersama saya " luah Arief dengan tenang.

Papp ! Setiap bait kata yang keluar dari mulut Arief seolah-olah batu yang menghimpap Widya. Lagi-lagi ayat terakhir Arief , " Ada Allah yang sentiasa bersama saya " . Dunia Widya terhenti seketika.

" Cik Widya, ini bajunya " Anisa menghulurkan beg kertas itu kepada Widya.

Anisa muncul disaat yang tepat. Widya mengambil beg kertas yang dihulur sambil menghulur tujuh helai wang kertas RM 100 . Setelah menghulur duit, Widya terus keluar dari butik itu. Arief hanya memerhatikan Widya dengan wajahnya yang sentiasa tenang.

" Qif, cuba teka aku jumpa siapa tadi ? " Arief menuang jus oren di dalam gelas.

" Siapa ? " soal Zaqif semula. Mulutnya dipenuhi dengan pisang goreng.

" Widya " jawab Arief pendek.

" Series ? Uhuk..uhukk " Zaqif memegang lehernya.

Arief yang terkejut terus menghulurkan gelas yang berisi jus oren nya tadi.

Zaqif pantas menyambut huluran Arief.

" Arhh, lega " ucap Zaqif.

" Haa nasib baik tak mati tercekik. Kalau tak, habis aku kena bayar duit rumah sewa semua sekali " Arief ketawa halus.

Zaqif dan Arief berkongsi duit menyewa sebuah rumah. Bukannya Zaqif tidak mampu membeli rumah, tetapi dia lebih suka tinggal di rumah sewa sebelum menamatkan zaman bujangnya. Lagipun dia kasihan dengan Arief, kos hidup di Kuala Lumpur sangat tinggi. Jadi dia mengambil keputusan untuk berkongsi duit menyewa sebuah rumah.

" Kurang asam kau. Ingatkan risau kalau aku mati sebab taknak kehilangan aku yang hensem ni " .

Arief menghamburkan tawanya.

" Yelah nanti kalau kau mati, tinggal lah aku seorang-seorang. Kat KL ni aku ada kau jer " .

" Hmm so sweet honey " Zarif membuat gaya lembut.

" Ishh kau. Mulalah datang gay kau tu. Lain kali makan baca bismillah. Ni tak, main sumbat jer. Lepas tu sumbat banyak-banyak pulak tu " Arief mula membebel.

" Yelah yelah. Haa sambung balik cerita kau tadi " Zaqif cepat-cepat menukar topik sebelum Arief membebel lebih panjang.

" Aku pergi butik tadi. Dato suruh aku ambilkan baju dia. Lepastuh aku jumpa Widya. Dia perli-perli aku kerja driver jer " cerita Arief.

Zaqif mendengar dengan penuh tekun.

" Dah tuh ? Kau diam jer ? " soal Zaqif bertubi-tubi.

" Aku mana boleh diam. Widya tu kena ajar sikit. Aku ceramah dia, sampai dia diam tak tahu nak jawab apa " .

" Yeke ? Cayalah kau Rief " Zaqif menepuk bahu Arief.

" Widya tu keras hati dia. Ego tinggi melambung " .

" Betul tu. Haa ni aku nak bagi tahu, Laura dah setuju nak kahwin dengan aku. Minggu depan mak ayah aku masuk minang dia. Kau datang tau. Ikut sekali rombongan meminang tu " .

" Ehh mestilah aku datang. Jangan risau lah. Sedih aku rasa, tak lama lagi kau nak naik pelamin. Tinggallah aku seorang-seorang " .

" Apa kau ni Rief ? Tak payah lah sedih-sedih. Kalau kau risau pasal duit rumah sewa ni, takpa aku tetap bayar jugak walaupun aku dah tak duduk sini " .

" Ishh bukan pasal duit lah. Aku tak sangka kau dah nak kahwin. Yelah , kita kenal dari tadika. Sampailah sekarang , nanti dah kahwin jangan lupa aku tau " .

" Yer Arief. Jangan risau lah. Kau tu insya Allah tak lama lagi naik juga pelamin " .

" Ameen. Tapi tunggu aku betul-betul stabil lah , baru dapat sara anak dara orang kan " .

" Ameen. Haa betul jugak tu. Aku sentiasa doakan kau Rief " .

Persahabatan Arief dan Zaqif terjalin sejak dari umur 6 tahun sehingga kini mereka berumur 25 tahun. Pelbagai dugaan mereka tempuhi bersama.

" Widya " Puan Sri Nora menegur anak bongsunya itu.

" Hmm " balas Widya malas.

Widya mempunyai dua orang adik beradik sahaja. Widya anak bongsu oleh kerana itu apa sahaja permintaannya pasti dituruti. Abang Widya , Shafiq Danial bekerja di syarikat papanya , Tan Sri Hashim.

" Dya , mama nak cakap sikit ni " .

" Apa dia ? " .

" Papa cakap dengan mama yang dia nak kahwinkan Dya dengan Dato Johan kalau Dya takda lagi calon suami dalam tempoh 6 bulan ni " .

" Apa ma ?!! Papa merepek apa ni ? " Widya terkejut.

Siapa tidak mengenali Dato Johan. Seorang buaya darat. Walaupun dah tua , masih tidak sedar diri lagi. Dia sudah mempunyai 3 orang isteri. Dan kini papanya nak Widya menjadi isteri keempat lelaki tua itu. Mustahil.

" Mama tak tahu. Dya tahu kan papa macam mana. Kalau hitam katanya hitamlah. Tak akan putih. Dya kena lah cari calon suami cepat-cepat " nasihat Puan Sri Nora.

" Dya baru jer 23 tahun ma. Lagi pun Dya tak berminat nak kenal dengan mana-mana lelaki. Dya dah serik " .

Widya berubah 360° darjah kerana seorang lelaki. Tengku Amsyar, lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya. Hadir membawa kebahagiaan dan juga penderitaan.

" Dya , benda tu kan dah lama. Tak semua lelaki macam Amsyar. Dya patut beri peluang untuk kebahagiaan Dya. Laura tu sama baya dengan Dya kan, dah nak kahwin pon dia. Dya taknak ke bahagia macam Laura? " .

" Dah lah ma. Dya penat. Dya nak naik atas rehat dulu " .

Widya meninggalkan Puan Sri Nora sendirian di ruang tamu.

' Harap-harap lah Dya setuju nak cari calon suami. Kalau tak habis gagal semuanya ' .

Ini adalah rancangan Tan Sri Hashim. Dia kenal anak bongsunya itu. Jadi dia merancang untuk mengugut Widya berkahwin dengan Dato Johan jika Widya masih lagi tidak mempunyai calon suami dalam tempoh 6 bulan. Tidak mungkin dia sengaja ingin mengahwinkan Widya dan buaya darat itu. Bapa mana yang ingin hidup anaknya musnah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience