BAB 24

Romance Completed 26341

Tepat jam 12 tengahari penduduk kampung sudah pun memenuhi rumah Puan Fatimah.

" Cantiknya menantu kau Timah, model rupanya " puji Puan Asmah.

Puan Fatimah hanya ketawa.

" Untunglah kau dapat besan pangkat Tan Sri. Boleh lah kau tumpang senang kan " kata Puan Zawiyah pula.

" Tak adalah. Aku ni tak kisah dapat menantu kaya ke, pangkat tinggi ke, semua sama jer " bidas Puan Fatimah.

" Err mak " panggil Arief yang baru saja muncul.

" Haa alang. Ada apa ? Lauk tak cukup ke ? " soal Puan Fatimah.

" Eh tak. Lauk semua cukup. Mak nampak Dya tak ? Dari tadi alang cari dia " .

" Amboii Arief, tak boleh berenggang sikit dengan isteri " sakat Puan Asmah.

Arief hanya senyum tersipu-sipu.

" Mak pun tak nampak dia. Dya ada jer tu. Tak lari mana pun lah " .

" Haa ialah mak, alang pergi cari Dya dulu " Arief terus berlalu.

Puan Fatimah dan rakan-rakan nya hanya ketawa melihat Arief.

" So ada apa kau nak jumpa aku ? " soal Widya. Sinis pandangannya pada Intan.

" Aku nak kau pulangkan balik hak aku ! " teriak Intan.

Intan mengajak Widya pergi ke dusun kerana tidak mahu orang lain masuk campur.

" Hak ? Hahaha. Hak apa ? Aku tak pernah rampas apa-apa pun dari kau " .

" Kau jangan nak bagi aku naik angin ea. Kau sengaja kan buat-buat tak faham " .

" Arief ? Kau nak dia ? " .

" Habis tu ? Takda siapa boleh rampas dia dari aku ! " .

" Tapi sayang lah Intan, Arief taknak dekat perempuan meroyan macam kau ni " Widya ketawa sinis.

" Kurang ajar ! " Intan mengutip sebiji batu di tanah lalu segera di baling tepat ke kepala Widya.

Widya tidak sempat mengelak. Batu itu tepat mendarat di dahinya.

" Arh " Widya memegang dahinya. Titisan darah mula menitis.

Intan sudah ketawa.

" Hey perempuan ! Berani kau kan " Widya terus meluru ke arah Intan.

Rambut Intan ditarik sekuat hatinya. Intan meronta-ronta. Sempat dicapai sebatang ranting kayu, Intan segera mengetuk lengan Widya menggunakan ranting itu. Pegangan tangan Widya pada rambut Intan terlepas.

Widya merampas ranting di tangan Intan, baru sahaja Widya ingin menghayunkan ranting itu.

" Hey betina ! Kau jangan sentuh anak aku " jerit Puan Fadzilah.

Dibelakangnya ada Puan Fatimah, Aishah, Ayu dan Arief. Mereka semua terus menerpa ke arah Widya dan Intan.

" Mak, perempuan ni nak bunuh Intan mak " Intan memulakan lakonannya.

" Tak..tak. Ini semua salah faham " Widya cuba membela dirinya. Darah di dahinya masih lagi mengalir. Tudung berwarna biru turqoise yang dipakainya sudah pun dibasahi darah.

" Salah faham ? Kau ni apa masalah ha ? Tak puas lagi hati kau cederakan Intan hari tu ? Kali ni kau nak bunuh dia pulak. Kau nak tunjuk gengster kau ? " marah Ayu.

Air mata Widya mengalir laju. Tiada siapa mahu mempercayai nya ketika itu. Dipandang wajah serius Arief meminta simpati.

" Abang..abang percayakan Dya kan ? Dya tak buat semua ni. Ni semua salah faham. Intan yang bawak Dya datang sini " Widya menggoyangkan lengan Arief.

Arief masih kaku. Tiada riak di wajahnya. Dia sendiri buntu.

" Dah jom balik. Kita selesaikan kat rumah " Puan Fatimah terus berlalu. Aishah juga terus menghayunkan langkah mengikut Puan Fatimah.

Puan Fadzilah dan Intan terus berlalu. Ayu pantas menarik lengan Arief. Arief tidak menepis. Dia hanya mengikut. Widya ditinggalkan sendirian.

Widya hanya memandang Arief berlalu. Air matanya semakin laju. Tangisannya makin kuat.

Widya terduduk jatuh. Badannya lesu. Seperti hilang semua semangatnya. Mudahnya mereka semua mendengar kata-kata Intan. Dan Arief, teganya Arief tidak mempercayainya dan membiarkan nya sendirian ketika semua mata memandang hina padanya.

flashback

" Hey perempuan " Intan menolak sedikit bahu Widya.

Widya terus berpaling.

" Ikut aku sekejap. Aku nak buat perhitungan " .

" Taknak. Aku malas nak bergaduh lagi dengan kau " Widya ingin berlalu.

Intan menarik tangan Widya.

" Aku nak kita selesaikan masalah. Aku janji, kali ni aku takkan sentuh kau walau sikit pun. Kita bincang cara baik. Aku pun malas nak bermusuh " .

" Okey. Good idea " Widya setuju. Dia juga ingin menamatkan peperangannya dengan Intan.

" Ikut aku " Intan terus melangkah. Widya menyusun langkah mengikut Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience