BAB 42

Romance Completed 26350

" Abang, kalau benci sekali pun dekat Dya tolong jangan buat Dya macam ni. Dya cuma nak bantu abang " Widya meluahkan segala yang tersimpan.

Sejak dari tadi dia mahu membantu Arief untuk mandi tetapi Arief tetap menolak.

" Aku boleh buat sendiri " .

" Abang! Boleh tak jangan degil? Kaki abang tu tak boleh berjalan lagi, biar Dya tolong abang. Lepas abang dah sembuh, abang nak buat apa pun buatlah. Dya takkan halang. Cuma bagi peluang dekat Dya untuk jaga abang. Tolong, kali ni jer izinkan Dya jaga abang sampai abang sembuh " Widya memapah Arief untuk dibawa ke bilik mandi.

Arief melihat Widya, ada air mata yang bergenang di tubir matanya. Entah kenapa setiap kali Widya menangis, hatinya juga sakit. Padahal dia lah punca Widya menangis.

Akan tiba saatnya kita akan berhenti mencintai seseorang, bukan sebab seseorang itu berhenti mencintai kita. Melainkan kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi. Sedih ya amat untuk kita ungkapkan dengan kata-kata.

*****

Widya menyikat rambut Arief perlahan.

" Okay dah siap. Hensem dah suami Dya ni " senyuman diukirkan dibibirnya hanya untuk menutup kesedihan di hati.

Arief masih sama dengan riak wajahnya yang tiada perasaan.

" Abang, dulu kan sebelum kita kahwin kita selalu gaduh. Pantang berjumpa mesti bergaduh. Dya tak suka dengan abang sebab rasa abang annoying sangat " .

Arief masih diam. Namun tumpuan nya dialihkan pada Widya.

" Tapi baru Dya sedar yang dia dah mula sayangkan abang. Sampai takut nak kehilangan abang. Masa Dya perlu ' berkongsi ' abang pun Dya rasa Dya dah separuh gila.. " Widya diam seketika mengambil nafas.

"...Ketika Dya takut kehilangan. Dya terlupa bahawa tiada satu pun milik Dya. Semuanya yang Dya miliki hanyalah milik Allah swt. Alhamdulillah abang selamat dan masih ada dengan Dya. Dya taktahu nak cakap macam mana, tapi abang dah banyak ubah Dya. Mungkin Allah menghantar seseorang untuk menjadikan kita manusia yang jauh lebih baik, dan orang tu ialah abang " .

Telefon bimbit Widya berbunyi menandakan ada pesana ringkas masuk.

Laura

Dya, jangan lupa hari ni kau ada appointment dengan doktor. Checkup baby. Pukul 11.30.

Widya tersenyum kecil. Dia hampir terlupa. Mujur ada sahabatnya itu. Dia membalas mesej Laura. Jam ditangan nya dipandang sekilas. Lagi setengah jam. Dia harus cepat.

Arief hanya memerhati gerak Widya. Perasan ingin tahu sangat kuat, tetapi ego menghalangnya untuk bertanya sendiri dengan Widya.

Selesai melilit shawl berwarna ungu di kepalanya, Widya mencapai tas tangannya. Wajahnya malas hendak dialas mekap. Sejak dia mengandung, tiada mood untuknya memakai mekap.

" Abang, Dya nak pergi keluar sekejap. Kalau ada apa-apa panggil mama okay. Ataupun telefon jer Dya " .

Arief hanya diam tidak berkutik. Ikutkan hatinya mahu saja dia mengikut Widya.

" Petang nanti pukul 3.00 abang kena jumpa doktor untuk terapi kaki abang. Nanti Dya bawakkan. Dya pergi dulu " tangan dihulurkan pada Arief.

Arief langsung tidak menyambut tangan nya. Widya terus mencapai tangan Arief lalu menciumnya seketika.

" Assalamualaikum " pintu bilik ditutup semula.

Arief hanya menghantar pandangannya pada Widya. Hatinya begitu ingin tahu kemana Widya pergi.

*****

" Hoi cacat " Tengku Amshar tersenyum sinis memandang Arief.

Tujuannya ke situ untuk mencari Widya namun hampa apabila Widya tiada.

Arief memandang tajam lelaki itu. Amshar berjalan mendekati Arief.

" Dah cacat kau ni kan, kesian. Pulang jer lah Widya tu dekat aku. Biar aku jaga dia, lelaki macam kau ni tak berguna pun " Dia tersenyum mengejek.

Ikutkan hati Arief mahu saja dia menumbuk lelaki itu.

" Hey kenapa diam? Dah bisu? Lama dah aku nak jumpa kau, baru sekarang dapat jumpa " .

" Kau nak apa? Tak guna " akhirnya Arief bersuara.

" Haa boleh pun bercakap. Ingatkan bisu. Eh Arief kau jangan nak tunjuk gangster ea, dah lah cacat. Kau tu tak mampu buat apa-apa pun. Kalau aku tolak kau dari kerusi roda ni pun, belum tentu kau dapat bangun sendiri " .

" Am " .

Amshar terkejut. Arief juga berpaling ke arah suara itu.

" Bila sampai? " soal Puan Sri Nora.

Amshar menarik nafas lega. Mujur sahaja Puan Sri Nora tidak mendengar apa yang dikatakannya pada Arief tadi.

" Ehh auntie. Am baru jer sampai tadi. Ternampak Arief tu yang tegur, saja tanya khabar " .

" Oh ye lah. Fiq takda. Dia keluar " .

" Takpa auntie. Saya datang pun bukan sebab nak jumpa Fiq, saja nak lawat orang sakit " bahu Arief diusap perlahan.

" Haa duduk lah dulu. Auntie nak buat air sekejap " .

" Okay auntie " Amshar menghantar pandangannya pada Puan Sri Nora.

Perhatian dialihkan semula pada Arief.

" Nasib baik bakal mak mertua aku ada tau, kalau tak dah lama aku tolak kau " .

Arief menggenggam penumbuk nya, dia menahan geram.

*****

Arief mengambil sebuah album di atas meja Widya, satu persatu diselaknya.

Itu adalah gambar ketika Widya masih bayi sehinggalah remaja. Wajah Widya tetap sama. Tiada sedikit pun perubahan, malah makin bertambah cantik.

Arief mengambil sebuah album lagi dia atas meja, album berwarna ungu itu tertera namanya dan juga Widya. Arah Arief pantas menyelak album itu.

Gambar perkahwinan mereka terpampang. Pelbagai gaya. Arief melihat wajahnya di dalam gambar, dia mengeluh kasar. Andai saja dia dapat mengingati semua itu.

Pintu biliknya terbuka. Widya pantas masuk ke dalam bilik kemudian menutup pintu semula. Arief memandang ke arah Widya. Album di tangannya diletakkan semua di atas meja.

Widya tersengih memandang Arief.

" Takpa abang nak tengok pun album tu. Dya tak marah. Kan Dya cakap buat bilik ni macam bilik abang sendiri, abang dah makan? " soalnya prihatin.

Seperti biasa, Arief hanya mengangguk.

Widya membuka lacinya pula. Sekeping gambar bersaiz A4 dikeluarkan. Lantas dihulurkan pada Arief.

Arief teragak-agak untuk mengambilnya. Widya masih lagi menghulur. Akhirnya Arief menyambut juga huluran Widya.

Gambar di tangannya dilihat. Gambar candid dia dan Widya, mereka berdua saling berpandangan.

" Comel kan? Tu gambar sebelum kita kahwin lagi. Masa tu Zaqif dengan Ara bertunang. Asyik bergaduh jer kita dulu " Widya senyum seketika mengingat kembali kenangan mereka dahulu.

Sungguh dia terlalu merinduinya.

" Dya ada satu permintaan dekat abang " matanya direnung tepat mata Arief.

Arief pantas mengalihkan pandangannya. Entah kenapa dia merasa satu perasaan yang berbeza ketika menatap mata Widya.

" Boleh tak kalau Dya nak abang senyum. Sekali jer " .

Arief masih tidak beriak. Hujung matanya memerhatikan Widya. Wajah Widya agak kecewa.

" Okaylah saya senyum. Tapi sekali jer. Perhati betul-betul. Saya tak ulang lagi dah " .

Widya senyum ceria.

" Okay cepat " dia agak teruja. Sudah lama dia rindukan senyuman itu.

Arief tersenyum kecil.

" Okay dah. Senyuman saya mahal, tak boleh tengok lama-lama nanti awak cair " dia cuba bergurau.

Widya ketawa riang. Hatinya sedikit lega melihat sedikit perubahan Arief. Walaupun hanya sedikit. Apa yang diperlukannya sekarang adalah kesabaran. Dia harus bertahan. Untuk apa dia berjuang mempertahankan cintanya selama ini, jika dia harus mengalah.

Biar diuji dengan banyak dugaan.Biar letih hadapi rintangan.

Biar sakit menahan.Namun adanya kesabaran menjadi pengangan semuanya indah pada waktu yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience