BAB 44

Romance Completed 26341

" Abang Arief! Abang! " Intan bagaikan dirasuk.

Widya keluar dari rumahnya saat mendengar jeritan kuat nama Arief dari luar.

" Widya mana abang Arief?! " .

Widya kaku di muka pintu. Dia takut jika kedatangan Intan mahu mengambil Arief darinya. Dia masih belum sedia kehilangan Arief.

" Widya!! " jeritnya lagi.

Widya berjalan perlahan ke arah pagar. Pintu dibuka. Intan terus meluru masuk.

" Intan, kau nak apa? " soalnya.

" Dya aku nak abang Arief. Aku rindu dia. Aku nak dia " .

" Tolong jangan ambil dia daripada aku Intan. Aku perlukan dia. Aku tak kisah kalau kau nak jumpa dia. Aku takkan halang. Tapi tolong lah jangan amik dia. Jangan bawak dia pergi dari sini " rayu Widya. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

Dia sungguh takut mimpi semalam akan menjadi kenyataan. Kenyataan yang terlalu perit untuk dia lalui.

" Ah suka hati aku lah. Dia suami aku. Aku ada hak " tubuh Widya ditolak kasar. Intan terus meluru masuk ke dalam rumah.

Widya mengerang sambil memegang perutnya. Terlalu sakit. Di pehanya mengalir cecair merah.

" Intan tolong! " jeritnya.

Dirumahnya tiada sesiapa. Hanya tinggal dia bersama Arief. Hanya Intan tempat dia meminta pertolongan. Tetapi Intan tidak mempedulikan nya.

Amshar berlari turun dari kereta saat melihat tubuh Widya terbaring di hadapan pagar rumah Widya. Mujur sahaja hatinya tegerak untuk datang ke rumah Widya.

" Mine, Ya Allah. Kenapa ni? " soalnya cemas.

" Am tolong I. Sakit sangat " ujarnya dalam tangis.

" Arief " jerit Amshar sebelum tubuh Widya dicempung. Dia terpaksa sudah tiada cara lain lagi.

Arief dan Intan keluar apabila mendengar keadaan yang bising. Terkejut Arief melihat keadaan Widya. Belum sempat dia bertanya, Amshar sudah membawa Widya masuk ke dalam kereta.

Intan cemas. Bimbang Arief akan memarahinya apabila mengetahui dia lah punca sebenar Widya terjatuh.

*****

Sebaik sahaja Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim pulang, dia membawa Arief mengikutnya ke hospital sekali.

" Mama risau Arief, Dya tengah mengandung sekarang. Mama risau kalau apa-apa jadi dengan kandungan dia " .

" Kita sama-sama doakan moga Dya takda apa-apa ya " pujuk Tan Sri Hashim.

Arief tersentak. Baru dia tahu Widya mengandung. Dan sudah pasti itu anaknya. Hatinya rasa begitu sebak. Widya seorang yang tabah, dengan keadaannya pasti mahu dimanjakan dan dilayan seperti seorang puteri oleh suami. Tetapi Widya tidak, pelbagai dugaan harus dilalui.

Arief merenung Amshar disebelahnya. Yakin benar bahawa Amshar terlalu risaukan Widya.

" Macam mana Dya boleh jatuh? " soal Arief membuka kata.

Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim pergi ke surau kerana mereka masih belum menunaikan solat zohor.

" Bini kau tu lah. Dia yang tolak Dya sampai jatuh " cerita Amshar.

Arief baru teringat bahawa dia mempunyai seorang lagi isteri. Dia sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dua.

" Diorang tak baik? " soal Arief.

Amshar diam sahaja.

" Maksud aku, diorang bergaduh? " soalnya lagi.

" Kau cakap dengan aku, perempuan mana yang nak bermadu? Perempuan mana yang nak berkongsi kasih sayang? Takda. Widya tu dah banyak terseksa dan semuanya sebab kau " jarinya dituding ke wajah Arief.

Arief diam. Lidahnya kelu.

" Sepatutnya Mine jadi milik aku. Kalau kitorang berkahwin, dah lama bahagia. Mine tak sepatutnya terseksa macam ni. Ni semua disebabkan kau. Kalau kau taknak dia, pulangkan dengan cara baik. Aku sanggup amik dia, aku akan bahagiakan dia. Lebih dari apa yang pernah kau buat " .

Arief ingin membuka mulut membalas tetapi doktor sudah keluar.

Amshar terus meluru ke arah doktor itu.

" Suami puan Widya? " soal doktor itu.

Amshar mengangguk.

" Mari ikut saya " .

Amshar mengikut doktor itu ke biliknya.

Arief hanya kaku. Dia tidak dapat melakukan apa-apa. Hatinya sakit. Tapi dia yakin cinta Amshar pada Widya lebih besar darinya.

*****

" Saya minta maaf encik. Mungkin berita ni buatkan encik sedih. Isteri encik keguguran " .

Amshar terdiam seketika. Berita itu sebenarnya bukanlah berita buruk baginya. Peluang untuk dia mendapatkan Widya semakin besar.

Amshar mengangguk.

" Takpa doktor. Saya redha. Mungkin takda rezeki. Terima kasih " .

Amshar senyum seketika. Kini yang perlu dilakukan adalah memujuk Widya. Dia takkan sesekali mengalah.

*****

Air mata Widya masih mengalir. Susah untuk dia menerima hakikat yang anaknya sudah tiada.

Puas sudah Puan Sri Nora memujuknya. Namun tangisnya semakin deras.

" Dya nak anak Dya balik ma.. " .

" Dya, mengucap sayang. Ini semua ketentuan Allah. Dya kena redha. Jangan macam ni sayang " bahu anaknya itu diusap. Jatuh kasihan melihat anak bongsunya itu.

Pintu bilik Widya dibuka dari luar. Tan Sri Hashim menolak perlahan kerusi roda Arief.

" Nora, mari keluar dulu " panggil Tan Sri Hashim.

Puan Sri Nora yang mengerti maksud suaminya itu keluar dari bilik Widya.

" Abang, anak kita dah takda.. " .

Arief mengenggam erat jari Widya.

" Jangan menangis lagi. Mungkin bukan rezeki kita. Awak kena kuat. Kalau awak lemah macam ni, saya pun akan lemah. Awak kan kekuatan saya.. " .

" Mana senyuman awak? " .

Widya seakan mendapat kekuatan. Tidak mengapa jika dia keguguran, dia masih lagi punya satu kekuatan iaitu Arief.

Widya tersenyum kecil.

" Awak kena redha Dya. Awak masih ada saya. Saya takkan tinggalkan awak " .

" Abang tak marah Dya kan? " soal Widya perlahan.

" Tak. Abang takda sebab pun nak marah Dya. Ini semua takdir Allah. Mungkin kita takda rezeki lagi untuk ada anak " Arief mengesat airmata Widya.

Hatinya sebak melihat Widya. Kebahagiaan masih belum berpihak kepadanya. Mungkin jika dia melepaskan Widya bersama Amshar, Widya akan bahagia.

*****

" Kau betul cintakan Dya? " soal Arief.

" Sangat. Dia cinta pertama aku. Aku terlalu sayangkan dia " .

Arief menarik nafasnya seketika. Kali ini dia yakin dengan keputusannya.

" Aku.. " kata-katanya terhenti disitu.

" Kau apa? Tolong lah Rief. Aku merayu. Aku janji akan jaga Dya. Tolong lepaskan Dya. Dya dah banyak terseksa hidup dengan kau. Aku boleh bahagiakan dia. Dan kau perlu tahu, aku cinta pertama Dya " .

" Okay. Aku akan lepaskan dia " tutur Arief terpaksa.

Entah apa yang merasuk fikirannya sehinggakan sanggup melepaskan Widya untuk Amshar.

Amshar tersenyum gembira.

" Thanks bro " bahu Arief ditepuk perlahan sebelum berlalu.

' Betul ke keputusan yang aku buat ni? ' .

Dadanya dipegang. Terasa sakit. Hatinya seakan tidak rela kehilangan Widya.

Arief mengeluh perlahan. Tiada guna penyesalan. Keputusan telah dibuat.

*****

Arief perlahan-lahan cuba berjalan tanpa berpaut apa-apa. Selangkah demi selangkah dia berjalan.

Dia mengucap syukur, kakinya hampir pulih. Arief tersenyum gembira.

" Alang " panggil Ayu.

Arief berpaling kepada pemilik suara itu.

Ayu berjalan mendekati Arief.

" Alhamdulillah alang dah boleh berjalan macam biasa. Dya mesti suka tengok Arief macam ni " .

Arief tersenyum kelat.

Ya Widya pasti suka, tapi selepas dia melepaskan Widya mungkin perasaan itu berubah.

" Angah nak cakap sekejap dengan alang. Boleh? " .

" Boleh. Jom kita duduk kat pangkin tu " ajak Arief.

Ayu hanya menurut. Sudah 2 minggu Arief meninggalkan Widya dengan alasan dia mahu tinggal di kampungnya dahulu sehingga sembuh. Widya terpaksa akur walaupun berat hatinya untuk berjauhan dengan Arief.

" Alang nak tahu macam mana alang boleh kahwin dengan Intan? " soal Ayu.

Arief mengangguk laju. Matanya difokuskan pada Ayu.

" Ini semua rancangan angah dengan Intan. Intan mengandung anak luar nikah dan dia nak Arief yang jadi pak sanggup. Malam tu Intan letak ubat tidur dalam air Arief. Lepas Arief pengsan, Intan bawak Arief masuk dalam bilik dia.. " tubir mata Ayu bergenang.

Arief terdiam. Jadi selama ni dia jadi mangsa keadaan.

" Sambung kak. Saya okay " .

Ayu mengambil nafas seketika sebelum menyambung ayatnya.

" Lepas tu Intan cakap dengan semua orang yang alang rogol dia. Widya nampak, malam tu Arief ada dalam bilik Intan. Intan ugut nak bunuh diri kalau alang taknak kahwin dengan dia. Sebab tu alang kahwin jugak dengan Intan " Ayu tidak dapat menahan lagi. Tangisannya pecah. Tersedu-sedu dia menangis mengingatkan dosa yang telah dilakukannya.

Arief meraup kasar wajahnya.

" Kenapa kak? Kenapa baru sekarang? Kenapa akak sanggup bersubahat dengan Intan? " soal Arief bertubi-tubi.

" Angah mintak maaf alang. Angah mintak maaf. Angah tahu banyak salah angah. Maafkan angah " rayu Ayu.

Arief kaku. Teganya darah daging dia sendiri menganiaya dia dan Widya.

" Kenapa akak buat semua tu? " soal Arief perlahan.

" Angah tak suka Widya kahwin dengan alang. Angah dari dulu nak alang kahwin dengan Intan. Tapi alang tolak, alang pilih Widya. Tapi alang tak silap pilih, Widya tu baik. Angah minta maaf sebab rosakkan kebahagiaan korang berdua " .

" Sampainya hati akak buat adik sendiri macam ni. Berdosa tahu tak kak? Ya Allah dah berapa kali Widya tu menderita " Arief meraup kasar mukanya.

" Angah minta maaf alang. Maafkan angah " tangisan Ayu semakin kuat.

" Saya maafkan akak. Apa yang akak kena buat sekarang, minta maaf dengan Widya. Kesian dia kak. Dia mangsa keadaan " .

" Angah tahu Arief. Angah tahu. Angah banyak buat salah dengan dia. Alang taknak balik rumah Dya? " .

" Bagi saya sikit masa. Lepasni saya akan balik, tapi tu pun sebab nak uruskan penceraian kitorang " .

" Cerai? Alang nak bercerai dengan Dya? " soal Ayu terkejut.

Arief mengangguk perlahan.

" Dia layak dapat kebahagiaan kak. Mungkin jodoh saya dengan Widya tak panjang. Saya redha " .

" Alang. Melepaskan bukan suatu jalan penyelesaian yang mudah. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Padahnya kelak hati sendiri yang sakit " .

" Saya dah fikir masak-masak. Insya Allah ini yang terbaik " Arief tersenyum kelat.

Melepaskan orang yang pernah kita sayang, bukan bererti kita menyerah, tapi lebih kepada menyedari dan menerima bahawa dia akan lebih bahagia bersama orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience