BAB 31

Romance Completed 26341

Hubungan Arief dan Widya semakin baik dari hari ke hari.

" Dyaa " panggil Arief.

" Iyaa " .

" Dya sayang abang tak ? " soalnya.

" Tak..tak sayang pun. Buat apa nak sayang " usik Widya.

Arief menarik wajahnya tanda merajuk. Perlahan-lahan dia jalan ke depan tanpa menghiraukan Widya.

Widya tersenyum melihat gelagat Arief. Dia terus mengikut langkah suaminya itu.

Arief duduk di tepi pantai. Matanya menghadap ke laut.

" Abanggg.. " meleret sahaja suara Widya memanggil Arief.

Arief tidak menghiraukan panggilan Widya.

" Taknak layan Dya ea ? Takpalah " Widya pura-pura merajuk. Langkahnya perlahan diatur.

Arief pantas menarik pergelangan tangan Widya.

" Dya ni, abang yang merajuk abang pulak yang kena pujuk Widya. Ni lah perempuan " leter Arief.

Widya ketawa kecil.

" Abang ni mengada lah. Kuat merajuk " Widya mencuit pipi Arief.

" Dya sayang kat abang tak ? " soal Arief lagi.

" Ya sayang. Dya sayang sangat. Kalau lah Dya tahu yang Dya akan bahagia macam ni bila dengan abang, mesti dari first kita kenal, Dya dah ajak abang kahwin " .

Arief ketawa kecil mendengar kata-kata Widya.

" Elehh tu lah siapa suruh benci sangat kat abang. Kutuk abang macam-macam. Last-last jatuh cinta dengan abang " .

" Alahh tu dulu. Terima kasih sebab abang dah banyak sangat ubah Dya " .

Arief merangkul pinggang Widya.

" Memang tugas abang nak bimbing Dya " .

" Abang, Dya ingat nak mula pakai tudung. Boleh tak malam ni abang bawak Dya pergi pekan, Dya nak beli tudung dengan baju-baju baru. Baju Dya banyak yang sexy " .

" Boleh sayang. Boleh sangat. Sekarang pun abang boleh bawak " .

" Khairul ! " jerit seorang lelaki. Dia terus meluru ke arah Arief dan Widya.

" Eh Farhan. Bila kau balik sini ? " Arief bersalam dengan Farhan.

" Semalam. Aku tengah cuti, tu yang aku mai sini " .

" Amboi sejak kahwin dengan orang kedah, kau pun dah terikut cakap kedah " .

Farhan ialah sahabat Arief dan Zaqif. Mereka bertiga bersahabat baik. Tapi selepas sahaja Farhan melanjutkan pelajaran di Kedah mereka bertiga tidak lagi rapat. Hanya sesekali Farhan akan pulang ke Melaka. Ibu dan ayah Farhan sudah meninggal dua tahun lepas kerana kemalangan. Adik beradiknya pula membawa diri masing-masing bersama keluarga sendiri.

Widya hanya menjadi pemerhati.

" Ni bini hang ka ? " soal Farhan.

" Ha'ah. Widya nama dia. Kau lah tak nak datang masa aku nikah " .

" Aku bukan tak mau mai. Tapi tu lah keadaan tak mengizinkan. Bini aku sarat mengandung. Susah sikit lah nak mai " .

" Lahh, kau dah jadi bapak lah ni ? " .

" Ha'ah. Baru jer dua bulan lepas bini aku bersalin. Dapat anak lelaki " .

" Wah seronok lah kau ea. Tahniah, tahniah " Arief menepuk perlahan bahu Farhan.

" Hang bila lagi ? Aku dengaq cerita Zaqif pun tak lama lagi nak jadi bapak dah " .

" Aku pun tak tau lagi. Insya Allah ada rezeki. Kau doa-doa kan lah ea " .

" Aminnn. Zaqif duk KL lagi ke ? " .

" Ha'ah. Dia kerja kat sana. Ni kau datang sini dengan siapa ? Tak bawak anak bini kau ? " .

" Aku datang sorang jaa. Anak aku tu kecik lagi. Biaq lah dia duk rumah dulu. Nanti dah besaq sikit aku bawak dia mai sini. Hang tinggal sini terus ke ? " .

" Ha'ah. Aku sekarang kerja - kerja kampung ni jer " .

" Ok lah tu. Takpa. Hang usaha lebih sikit, Insya Allah ada lah rezeki hang. Ni aku nak minta diri dulu naa. Nanti ada masa jumpa lagi " .

" Haa iyalah hati-hati " Arief dan Widya memerhati langkah Farhan.

Terngiang-ngiang di telinga Widya Farhan memanggil Arief dengan nama ' Khairul ' .

" Khairul " sebut Widya perlahan, namun masih boleh didengari oleh Arief.

" Sayang cakap apa tadi ? " soalnya.

" Kenapa dia panggil abang ' Khairul ' ? " soal Widya.

" Dah nama abang Khairul. Khairul Arief, dia sorang jer yang selalu panggil abang ' Khairul ' yang lain semua panggil ' Arief ' jer " terang Arief.

' Maknanya orang yang bagi bunga setiap hari kat aku tu Arief lah. Patutlah along senyap jer bila aku cakap Arief yang bagi bunga kat aku ' Widya termenung seketika.

" Kenapa Dya ? " .

" Jadi abanglah yang bagi bunga kat Dya hari-hari ? " .

Arief tersenyum kecil.

" Dya ingat siapalah yang bagi. Kenapa tak cakap abang yang bagi Dya bunga tu ? " .

" Saja jer. Sampai hati sayang kan tak ingat nama abang " .

" Yela-yelah sorry ok " Widya terus menolak Arief ke persisiran pantai. Seluar Arief basah kuyup.

" Sayang ! " .

Widya ketawa melihat Arief. Tanpa dia sedar Arief menariknya juga.

" Ishh abang " seluar yang dipakai Widya juga basah.

Arief mengibas-ngibaskan air sehingga terkena ke wajah Widya.

Widya pantas berlari ke hadapan. Arief terus mengejarnya. Tanpa mereka berdua sedari ada hati yang tersakiti melihat kemesraan mereka berdua.

Intan memandang penuh dengan perasaan benci. Benci yang meluak-luak. Seharusnya dia yang ada bersama Arief, berkejaran di tepian pantai. Bukannya Widya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan Arief menjadi miliknya. Walaupun harus membunuh.

********************************************************

" Uwekk.." sejak dari tadi Intan muntah-muntah. Tekaknya terlalu loya. Kepalanya pening.

" Macam mana kalau aku pregnant ? Tak..tak..mati aku " Intan terus mencapai tas tangannya.

Intan pernah menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki mat saleh di US. Semuanya telah dilakukan bersama lelaki itu. Sebelum dia pulang ke Malaysia, lelaki itu telah meniduri Intan.

Teksi ditahan. Segera dia masuk ke dalam teksi.

" Pakcik bawak jer lah saya kat mana-mana klinik yang dekat ea " arahnya.

Pemandu teksi itu hanya menurut.

" Awak mengandung 2 bulan " doktor Dahlia mengesahkannya.

" Apa ? " terkejut Intan.

" Saya nak gugurkan kandungan ni doktor " hatinya runsing memikirkan. Banyak masalah yang akan timbul.

" Tak boleh cik. Cik dah pernah gugurkan kandungan 3 kali sebelum ni kan ? Kalau cik gugurkan kali ni, peluang cik untuk mengandung lagi amat tipis " terang doktor itu.

Di US, Intan sudah 3 kali menggugurkan kandungannya kerana lelaki yang menidurinya tidak mahu bertanggungjawab.

Intan bingung memikirkan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hanya Arief yang terlintas di fikirannya. Yaa hanya Arief yang mampu membantunya.

********************************************************

" Sayang ok tak ni ? Kita pergi klinik lah " Arief risau melihat keadaan Widya. Wajahnya pucat.

" Dya ok lah. Tak sihat sikit jer. Nanti dah rehat mesti ok. Abang pergi jer lah kerja " jawab Widya lemah.

Berat hati Arief mahu meninggalkan Widya dalam keadaan begitu.

" Tapi abang risau lah. Abang cuti jer lah hari ni, tak payah pergi kerja " .

" Mana boleh macam tu. Tak pa abang pergi jer. Dya janji kalau apa -apa jadi Dya telefon abang. Lagipun mak kan ada boleh tengok - tengokkan Dya " .

" Yelah. Kalau ada apa-apa telefon abang cepat - cepat tau. Abang pergi dulu " .

Widya mencium tangan Arief. Dahi Widya dicium Arief.

Berat kakinya mahu melangkah keluar. Dipandang sekilas wajah Widya, Widya tersenyum kelat.

Perlahan-lahan langkahnya diatur keluar dari bilik.

********************************************************

" Along, Dya nak mintak tolong boleh tak ? " soal Widya.

" Yer Dya. Apa dia ? " .

" Tolong belikan Dya pregnancy test. Along nak keluar kan dengan abang long ? "

" Ya Allah Dya mengandung ke ? Syukur alhamdulillah kalau macam tu " .

" Er..er Dya pun tak tahu kak. Sebab period Widya dah lewat 2 minggu. Tu yang Dya nak comfirm kan balik " .

" Haa yelah. Sekarang jugak akak pergi. Tak sabar nak tahu " kata Aishah teruja.

Widya ketawa kecil melihat telatah kakak iparnya.

********************************************************

Widya memandang sepi ke arah alat ujian kehamilan di tangannya. Sayu rasa hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience